pembudayaan pbs
DESCRIPTION
1TRANSCRIPT
Pembudayaan PBS
PROGRAM PEMBUDAYAAN SEKOLAH
GURU
Mesyuarat jawatankuasa PBS
Kursus dan latihan dalam perkhidmatan
Penubuhan bilik KSSR/PBS
Pengemaskinian Fail Perkembangan Murid
Penggunaan rekod transit SPPBS
Kemasukan data SPPBS
Pencerapan guru
Pengemaskinian Fail Showcase
Pengemaskinian Fail Pentaksir
Lawatan penanda aras ke SK Alma
Jaringan hubungan PBS (KPM, JPN, PPD, PIBG,
Sekolah)
IBUBAPA
Taklimat waris mengenai KSSR/PBS
Pengedaran surat pemberitahuan kepada waris
mengenai jadual pelaksanaan PBS
Mesyuarat Agung PIBG
Hari perjumpaan waris
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Banner KSSR/PBS
Sudut Transformasi
MURID
Laluan Ilmu
Program Cerdas Minda
Aktiviti minggu panitia
Temasya Sukan Tahunan
Pemberian pelaporan dalam bentuk sijil kepada
murid
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Hari Kanak-kanak
•Program NILAM
•Sambutan Hari Kemerdekaan
Tujuan Pembudayaan PBS
1. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat tentang perubahan dan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan.2. Merancang dan melaksanakan aktiviti / program kesedaran dan penerimaan kepada murid, guru dan masyarakat terhadap PBS.3. Memantapkan pengurusan dan pengendalian PBS di peringkat negeri, daerah dan sekolah dalam penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan.
Pembudayaan PBS1. Murid2. Ibu bapa3. Guru4. Jalinan dan Jaringan
1. MURIDa) Minggu Orientasi Tingkatan 1i) Murid dimaklumkan tentang Penambahbaikan PMR mulai tahun 2011.ii) Murid diterangkan tentang komponen PBS dan pengertiannya.iii) Murid diterangkan tentang Standard Prestasi, pengunaan Band dalam pertumbuhan pembelajaran dan penggunaan Sistem SPPBS bagi pelaporan Formatif dan Pelaporan Sumatif.
Jangkamasa aktiviti : 1 hari
b) Persembahan Perhimpunan Rasmii) Murid-murid membuat persembahan semasa perhimpunan rasmi sekolah.ii) Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan ( Pentaksiran boleh dilaksanakan oleh guru jika bahan yang dipersembahkan berkaitan dengan apa yang diajar ).iii) Sebaik-baiknya semua murid dapat membuat persembahan bertujuan untuk menengahkan bakat dan keyakinan diri. Jangkamasa aktiviti : 5 – 10 minit
c) Sudut Showcasei) Semua hasil kerja yang terbaik dipamerkan di sudut atau dipaparkan di papan kenyataan di bilik darjah.ii) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik.iii) Hasil kerja yang terbaik boleh dijadikan bahan pameran semasa majlis rasmi sekolah. Jangkamasa aktiviti : Sepanjang sesi persekolahan
d) Program Penerapan Nilai Murnii) Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan nilai-nilai murni,
ii) Memberi kesedaran penanaman nilai-nilai murni yang dimulai di peringkat sekolah.iii) Menerangkan tentang dasar-dasar Pendidikan dan FPN yang mewujudkan insan yang seimbang dan holistik yang bertanggungjawab dan berbakti kepada diri, masyarakat, agama dan bangsa. Jangkamasa aktiviti : Setiap semester dan dikendalikan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling atau Panitia Mata Pelajaran.
e) Karnival PBS Tingkatan 1i) Karnival yang dilaksanakan untuk melihat penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang dirancangkan oleh sekolah serta potensi atau kemahiran yang ada pada murid.ii) Aktiviti yang dijalankan melibatkan Sukan dan Permainan, Unit Beruniform dan Kokurikulum Akademik.iii) Melibatkan semua murid mengambil bahagaian mengikut potensi dan kemahiran masing- masing.iv) Ibu bapa dijemput sekali dalam karnival ini sama ada sebagai pemerhati, peserta ataupun pengadil. Jangkamasa aktiviti : 3 hari
2. GURU/SEKOLAHa) Taklimat PBS
i) Semua guru diberikan taklimat / pendedahan tentang pelaksanaan PBS dalam penambahbaikan PMR mulai tahun 2012.ii) Semua guru didedahkan konsep standard prestasi, pengunaan Band dalam Pentaksiran Sekolah dan Sistem SPPBS.iii) Memastikan semua guru dapat memahami pelaksanaan PBS supaya dapat menyebarluas kepada masyarakat, Jangkamasa aktiviti : Mesyuarat guru 1 dan disampaikan oleh Pengetua
b) Penataran Pengendalian dan Pengurusan PBSi) Semua Pengetua dan GPK diberikan taklimat tentang pengendalian dan pengurusan PBS.ii) Pengetua memastikan penubuhan JK PBS dan setiap JK berperanan dan berfungsi mengikut jadual kerja PBS.iii) Semua GPK didedahkan tentang penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah dan penggunaan Sistem SPPBS.iv) Memastikan Penjaminan Kualiti PBS di peringkat sekolah dilaksanakan sepanjang tahun. Jangkamasa aktiviti : Awal persekolahan
c) Penyediaan Instrumen Pentaksirani) Memastikan pentaksir dapat menyediakan instrumen pentaksiran mengikut band yang selari dengan standard dan deskriptor daripada standard prestasi.ii) Melaksanakan perkongsian pintar dengan sekolah lain dalam pengurusan dan pengendalian PBS dan penyediaan Instrumen pentaksiran.iii) Semua GPK didedahkan tentang penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah dan penggunaan Sistem SPPBS.iv) Memastikan Penjaminan Kualiti PBS di peringkat sekolah dilaksanakan sepanjang tahun. Jangka masa aktiviti : Awal persekolahan
d) Majlis Pelancaran PBS Peringkat Sekolahi) Menyebarluas dan memaklumkan kepada masyarakat tentang penambahbaikan sistem pentaksiran dan PMR 2014.ii) Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru untuk melihat bentuk pentaksiran yang dilaksanakan melalui evidens yang dipamerkan atau persembahan murid.
iii) Memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan kefahaman tentang pelaksanaan PBS di sekolah. Jangkamasa aktiviti : 1 hari
e) Sudut Informasi PBSi) Pihak sekolah menyediakan suatu lokasi di mana murid, guru, ibu bapa atau masyarakat mendapat maklumat yang berkaitan dengan PBS.ii) Sebaik-baiknya sudut ini mudah dilihat dan diakses oleh semua pihak.iii) Bahan-bahan yang dipamerkan dipastikan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangkamasa aktiviti : Sepanjang tahun
f) Suasana Bilik Darjah yang Kondusif dan Ceriai) Sekolah memastikan bilik darjah berada dalam keadaan kondusif dan selamat.ii) Pentaksir memastikan susun atur dalam bilik darjah dapat menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii) Menimbulkan minat dan rasa seronok untuk belajar dalam kalangan murid. Jangkamasa aktiviti : Sepanjang tahun
3. IBU BAPA
a) Taklimat Pendaftaran Tingkatan 1i) Semua ibu bapa diberi pendedahan dan kefahaman tentang PBS dalam penambahbaikan PMR.ii) Ibu bapa diberikan penerangan tentang komponen PBS, standard prestasi, sistem SPPBS.iii) Ibu bapa juga diperjelaskan tentang peranan ibu bapa dalam pentaksiran sekolah. Jangkamasa aktiviti : 1 hari
b) Penyebaran Maklumat PBSi) Semua ibu bapa diberi pendedahan dan kefahaman tentang PBS semasa majlis rasmi sekolah seperti Hari Terbuka, Mesyuarat PIBG, Hari Penyampaian Hadiah, Program Motivasi atau Majlis Keagamaan.ii) Ibu bapa juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat tambahan atau perkara-perkara
yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS di sekolah.iii) Memberi keyakinan terhadap perubahan sistem pentaksiran kebangsaan. Jangkamasa aktiviti : Program sekolah
c) Majlis Apresiasi PBSi) Majlis yang dilaksanakan untuk menunjukkan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat tentang kebolehan, bakat dan potensi yang dijelmakan daripada pelaksanaan PBS.ii) Aktiviti yang dijalankan melibatkan persembahan murid dan ianya dikelolakan oleh murid sendiri dan dibimbing oleh guru.iii) Ibu bapa diberi peluang dan ruang untuk membuat penilaian terhadap persembahan murid. Jangkamasa aktiviti : 3 jam
d) Perkongsian Pintar i) Satu program di mana semua ahli jawatankuasa PIBG sekolah diberikan penerangan dan kefahaman tentang pelaksanaan PBS dengan lengkap.
ii) AJK PIBG berperanan untuk membantu menyebarluaskan maklumat yang berkaitan dengan PBS kepada ibu bapa dan masyarakat setempat.iii) Pengetua akan memberi maklumat PBS kepada AJK PIBG dan dalam masa sama sekolah boleh mengedarkan pamplet bagi menambahkan kefahaman. Jangkamasa aktiviti : Semester 1
4. JALINAN DAN JARINGAN
a) Agensi Kerajaan Masuk Sekolah i) Satu program di mana agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penjara, AADK, JPAM dan lain-lain memberi penerangan, bimbingan dan khidmat dalam memantapkan lagi pelaksanaan PBS di sekolah mengikut kapisiti agensi tersebut.ii) Perkhidmatan yang diberikan adalah dalam bentuk ceramah, demonstrasi, kejurulatihan atau pembangunan modal insan. Jangkamasa aktiviti : Sepanjang tahun
b) NGO / SWASTA dan Sekolah i) Satu program dimana agensi-agensi NGO dan Swasta bersama-sama dengan sekolah memberi perkhidmatan dalam memantapkan lagi pelaksanaan PBS di sekolah mengikut kapasiti masing-masing dalam bentuk kepakaran, penajaan atau sumbangan. Jangkamasa aktiviti : Sepanjang tahun
c) Pameran PBS Peringkat Daerahi) Pameran PBS dilaksanakan dengan kerjasama pusat membeli belah di peringkat daerah yang mempamerkan maklumat-maklumat tentang PBS dan hasil kerja / evidens murid sekolah- sekolah di daerah. Pada pameran ini boleh juga diadakan pertandingan-pertandingan kokurikulum akademik.ii) Melalui pameran ini masyarakat akan dapat maklumat dan kefahaman berkaitan dengan PBS. Jangkamasa aktiviti : Semester 2
d) Program Pengantarabangsaani) Satu program untuk memberi pendedahan,perkongsian ilmu dan amalan-amalan yang terbaik yang terdapat di sekolah / tempat
yang dilawati yang boleh membantu dan memantapkan lagi pelaksanaan PBS. ii) Melalui pengantarabangsaan ini, murid-murid dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang membolehkan mereka berkeyakinan dan berketrampilan di peringkat antarabangsa. Jangkamasa aktiviti : Semester 2