pemikiran daripada perspektif islam
TRANSCRIPT
pPP4023Pemikiran Kritis Dan
Kreatif
BAB 3PEMIKIRAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
AHLI KUMPULAN Nur Faizah Binti Mohamed Eran L20112008685
Rose Azureen Binti Shuib L20112008688
Norhasnini Binti Jamalludin L20112008690
Siti Zunairah Binti Baharol L20112008682
Sharmiza Binti Saharim L20112008687
KEMULIAAN AKAL
AKAL
ANUGERAH DARI ALLAH
MARTABAT YANG
TINGGIMEMIKUL AMANAH SEBAGAI
KAHLIFAH
mengkaji, mencari ilmu
dan mengukuhkan
keimanan kepada Allah
PENGERTIAN AKAL Menurut kamus dewan, akal bermaksud
segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia
Menurut pendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab, akal membawa pengertian kepintaran.
Menurut al-Muhasabi, akal ialah al-Gharizah, iaitu sesuatu sifat semula jadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu isu.
Pendapat imam ghazali terhadap akal
Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan haiwan dan makhluk lain.
Akal ialah segala ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mungkin dan kemustahilan terhadap perkara yang berbentuk mustahil.
Akal ialah segala ilmuan dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalui pengalaman-pengalaman yang lalu dan apa yang dialaminya
Akal ialah sesuatu yang mempunyai kekuatan atau sesuatu kekuatan yang diperolehi atau dicapai ekoran perkembangan daripada kemuncak naluri tersebut
Keistimewaan akal
• Penentu utama kepada kebahagiaan dan kesengsaraan.
• Berupaya mencari petunjuk kepada kebenaran dan meninggalkan segala larangan.
• Akal sebagai tempat bergantungnya hukum.• Dapat meningkatkan pencapaian manusia.• Manusia dapat mengenali dan mengakui
kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.• Menjadikan manusia yang bertaqwa dan
beiman.
KEPENTINGAN BERFIKIRIslam menjadikan perbuatan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua umat manusia
Dengan berfikir, manusia berupaya mencapai tujuan asal kejadiannya – mengabdikan diri kepada Allah SWT.Berfikir merupakan satu ibadah tertinggi kerana dengan adanya akal fikiran yang waras, manusia berupaya menjalankan ibadah-ibadah lain dengan sempurna.Contoh : Menunaikan Rukun Islam
Allah secara jelas mengangkat martabat manusia yang
menggunakan akal fikiran & merendahkan darjat manusia
yang gagal menggunakan akal fikirannya melalui firmannya
dalam surah al-Anfal ayat 22 yang bermaksud
“ Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk melata di sisi Allah ialah mereka (manusia) yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya” surah al-Anfal ayat 22
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga:-• melata : taraf terbawah, daif, hina• tuli : tidak dapat mendengar : tidak mempedulikan sesuatu apa pun
Manusia
berupaya
menambah
keyakinan &
keimanan
kepada Allah SWT
Dengan melihat kejadian
alam yang hebat,
pemikiran manusia
akan teringat &
menghubungkaitkan dengan
Yang Maha Pencipta
Ingatan yang
berterusan akan
mendorong manusia
melakukan perkara-perkara
yang makruf dan menghindari perkara-
perkara mungkar.
Hal ini selaras dengan
firman Allah dalam surah
Ali-Imran ayat 191
“ Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka”. Surah Ali-Imran ayat 191
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga:- Kebatilan : perihal tidak benar
Peranan akal berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah
PEMIKIRAN ISLAM
PEMIKIRAN ISLAM VS PEMIKIRAN SEKULAR (BARAT)
PEMIKIRAN ISLAMCara berfikir dalam islam berteraskan kepada penjelasan wahyu (berpandukan al-
Quran dan hadis)PEMIKIRAN SEKULAR (BARAT)
Wujud hasil daripada kegeniusan akal fikiran manusia semata-mata
PEMIKIRAN ISLAM
• Meskipun pemikiran Islam berasal daripada wahyu yang turun daripada langit, itu bukanlah bermaksud ia semata-mata tentang urusan ukhrawi (akhirat).
• Intipati wahyu dalam al-Quran dan hadis sebenarnya berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia disamping mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.
2 Kaedah utama dalam Pemikiran Islam
KAEDAH
NAQLIAHKaedah berfikir
bersumberkan wahyu
AQLIAHPemikiran
berteraskan wahyu
dengan akal sebagai
pembantu.
KAEDAH NAQLIAH
FAKTA DAN HUKUM- Fakta boleh terdiri daripada benda atau perbuatan- Jika fakta adalah benda, 2 hukum mendasarinya iaitu
samada halal atau haram.- Contoh : Buah-buahan (halal), Arak (haram).- Dalil daripada al-Quran dan hadis akan diambil bagi
menjelaskan hukum ke atas fakta di atas.- Jika fakta adalah perbuatan pula, maka ia tertakluk
kepada lima hukum utama iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Makanan yang haram dimakan
• Bangkai• Darah yang mengalir• Daging babi• Sembelihan dengan selain nama Allah• Sembelihan yang diperuntukkan selain Allah• Haiwan yang diterkam binatang buas lainnya
Contoh perbuatan dan hukum
HUKUM PERBUATAN
WAJIB Berpuasa di bulan Ramadhan, Solat Fardhu
SUNAT Bersedekah, Membaca al-Quran
HARUS Makan, minum, memasak
MAKRUH Bersembang di laman chat, makan minum sambil berdiri
HARAM Berzina, Mencuri
KAEDAH NAQLIAH
NAQLIAH FAKTA
BENDA
PERBUATAN
2 HUKUM
5 HUKUM
HALAL
HARAM
WAJIB
SUNAT
HARUS
HARAM
MAKRUH
KAEDAH AKLIAH
AKLIAH
4. Pemikiran akliah turut
digunakan untuk memberikan
justifikasi terhadap
sesuatu syariat Allah SWT
3. Ketajaman akal manusia
diperlukan untuk
menterjemahkan hukum
kerana tidak semua hukum datang dalam bahasa yang
jelas.
1. Merujuk kepada
pemikiran yang
berteraskan wahyu dengan
akal sebagai pembantu
2. Akal berfungsi sebagai alat untuk memahami wahyu
Allah SWT yang disampaikan menerusi
al-Quran dan hadis.
Kesimpulan Pemikiran Islam
• Secara konklusinya, jelas di sini bahawa pemikiran islam sangat mengutamakan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum dan pedoman kehidupan.
• Namun begitu, penggunaan akal fikiran turut diperlukan terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan nyata tentang kedudukan hukumnya, dan untuk mendalami ilmu al-Quran dan hadis yang akhirnya boleh membawa manusia ke arah keimanan yang lebih mantap.
Pemikiran Ibnu Khaldun
Biodata
• Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hassan atau dikenali sebagai Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732 Hijrah(17 Mei 1332 M)
• Berketurunan Arab• Mendapat pendidikan daripada ayahnya dalam
pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, Hadis perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik
• Meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun 808 Hijrah(Mac 1406 Masihi) di Mesir.
Teori Epistemologi Ibnu Khaldun• Dalam bukunya al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun menjelaskan
manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka berfikir untuk mengatur dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan manusia
• Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang wujud dalam diri manusia mempunyai dua sumber, iaitu akal dan wahyu.
• Keupayaan akal jugalah yang membezakan manusia
dengan makhluk lain
• Berbekalkan ilmu pengetahuan juga, darjat manusia berupaya ditingkatkan untuk menjadi semakin hampir dengan Tuhan.
• Ibnu Khaldun menyatakan bahawa hidupnya manusia kerana ilmu pengetahuan, dan gelapnya hati manusia adalah kerana miskinnya ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan dikelaskan kepada dua jenis :
Ilmu-ilmu Tradisional (al-Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah)
• Ilmu yang didapati melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
• Ilmu Tafsir yang menjelaskan lafaz-lafaz al-Quran• • Ilmu Qiraah yang menyatakan bacaan al-Quran
• Ulum Hadith yang menjelaskan sanad dan perkhabaran perawi-perawi tentang Sunnah Rasulullah
• Ilmu Fiqh yang merupakan hukum yang diperolehi daripada perbuatan manusia
• Ilmu Kalam yang membahaskan aqidah keimanan dan hujah-hujahnya
• Ilmu Bahasa yang meliputi lughah, nahu, bayan dan adab. Jelasnya, semua ilmu ini adalah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
• Menurut Ibnu Khaldun ilmu dalam kategori ini merupakan ilmu yang perlu dipelajari kerana faedah dari ilmu itu sendiri.
Ilmu-ilmu Falsafah/Rasional Akal (al-Ulum` al Hikmiyyah al-
Falsafiyyah)
• Ilmu Matematik yang menjelaskan sukatan dan ukuran
• Ilmu Handasah (Geometri) yang membahaskan persoalan ukuran dan timbangan
• Ilmu Hay’ah (Astronomi) yang melihat kepada pergerakan cakerawala
• Ilmu Mantik yang menyatakan cara menjaga akal dari kesalahan
• Ilmu Tabii (Nature) yang mengkaji hal jisim dan persoalan-persoalan fizik
• Ilmu Ilahiyyat (Metafizik) yang membahaskan persoalan ketuhanan
• Ilmu-ilmu ini merujuk kepada ilmu sokongan yang perlu dipelajari bagi membolehkan seseorang untuk menguasai ilmu dari golongan yang pertama
Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan penting bagi memenuhi 6 tujuan
utama
• Keagamaan• Akhlak• Kemasyarakatan• Pekerjaan• Pemikiran• Kesenian
Beberapa prinsip asas yang perlu dipatuhi oleh pendidik dalam menyampaikan ilmu
• Ilmu yang disampaikan sesuai dengan usia pelajar dan kemampuan akal pelajar
• Pendidikan dilakukan secara bertahap dan melibatkan pengulangan
• Menggunakan satu buku untuk satu tajuk pada satu masa
• Setiap sesi pembelajaran boleh diselangi dengan masa rehat
• Melaksanakan kaedah berdialog atau berdiskusi
2 Metod Pengajaran mengikut perspektif Ibnu Khaldun:
Metod bertahap dan pengulangan
• Melibatkan 2 tahap:
a)tahap pertama: guru menyampaikan ilmu secara ringkas dan melihat kemampuan pelajar
b)tahap kedua: guru akan menerangkan kembali pelajaran dengan lebih jelas dan mendalam
Metod dialog dan diskusi
• Mengadakan pertanyaan dan jawapan untuk mencari kebenaran
• Untuk membentuk dan meningkatkan kemahiran berfikir
• Untuk menghormati pendapat orang lain
• Mendorong pelajar bersikap aktif dalam pembelajaran
• Mempraktikkan ilmu yang diperolehi
PEMIKIRAN : IMAM AL-GHAZALI
BIODATA IMAM AL-GHAZALI
• Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali
• Gelaran “Al-Ghazali” diberi bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada juga yang mangatakan sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.
• Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Tus, Khurasan iaitu di utara Iran.
• Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.
• Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.
• Beliau mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah
• Beliau juga menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan spt bidang perundangan, kehakiman, sains dan juga pendidikan.
• Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.
• Kebanyakkan hasil-hasil karya beliau berbentuk falsafah. Oleh itu, pengkaji-pengkaji Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah
• Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah Mizanul-amal, Hidfayah Al-Salikin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Jawahir Al-Quran dan sebagainya.
• Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya
TEORI EPISTEMOLOGI IMAM AL-GHAZALI
• Epistemologi bermaksud ilmu/pengetahuan
• Teori epistemologi Imam Al-Ghazali adalah berasaskan teori ilmu Islam.
• Beliau juga telah mengemukakan banyak teori berhubung falsafah ilmu dan pendidikan
• Tujuan pendidikan – untuk mendapat keredhaan Allah dan dihindari daripada tujuan duniawi
Dalam kitab Ihya Ulumuddin – teori falsafah ilmu dan pendidikan merangkumi
Tujuan pendidikan
Keutamaan ilmu
Keutamaan orang
memiliki ilmu
Etika belajar dan mengajar
Dari segi menuntut ilmu
Amalkan prinsip keserataan dalam
pendidikan
Wajibkan semua orng menuntut ilmu –
dibuktikan melalui hadis
Martabat & tahap ilmu
seseorang dapat ditentukan melalui 3
perkara iaitu :
Usaha yang digunakan
Manfaat yang diperoleh
Tempat mempelajari ilmu tersebut – formal & tak formal
ILMU TERPUJI (AL-MAHMUD) i) ilmu fardhu ain - wajib dipelajari spt ilmu agamaii) Ilmu fardhu kifayah – perlu dipelajari spt ilmu matematik
ILMU TERKUTUK (AL-MADZMUM)- ilmu yang tidak digalakkan
untuk dipelajari kerana boleh menyesatkan seperti ilmu sihir, ilmu nujum dan sebagainya
Ilmu pengetahuan
diklasifikasikan kepada 2
kategori utama
Membersihkan jiwa daripada kejelikan
akhlak dan keburukan sifat
Memberi tumpuan sepenuhnya
dalam pembelajaran
Menghormati ilmu dan
guru
Mengelak daripada mendengar perselisihan
manusia
ETIKA-ETIKA MENUNTUT
ILMU
Menetapkan tujuan pendidikan hanya kerana Allah SWT
Mewujudkan hubungan yang positif antara guru
dengan pelajar Meneladani rasul
Sentiasa menasihati
pelajar
Menyampaikan ilmu mengikut
keupayaan pelajar
PENDEKATAN PENGAJARAN
KAEDAH/CARA PENGAJARAN MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
METOD PERBANDINGAN
METOD HALAKAH
METOD PETUNJUK DAN BIMBINGAN
METOD DIALOG DAN PERBINCANGAN
METOD KETELADANAN
RUMUSANAkal
merupakan kekuatan
terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT
kepada manusia. Akal menjadi faktor
utama yang membezakan
manusia dengan haiwan
serta membolehkan
manusia membezakan di
antara kebenaran &
kebatilan
Amalan berfikir dituntut
dalam Islam untuk
memandu manusia ke
arah mencapai keredaan
Allah. Pemikiran
drpd perspektif
Islam berpaksikan
wahyu yg disampaikan menerusi al-Quran dan
Hadis.
Menurut Ibnu Khaldun &
Imam Ghazali,
menuntut ilmu adalah
wajib terutamanya ilmu agama.
Bagi mencapai
tujuan pendidikan,
guru & pelajar perlu
mematuhi beberapa
etika / adab.
bibliografi
Jamal@Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol (2012). Pemikiran Kritis dan Kreatif : Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Kaisar Media Kreatif.
Kamus Dewan Edisi Ketigahttp://www.paranorms.org/t469-tafakur-dalam-perspektif-psikologi-islam http://jomfaham.blogspot.com/2012/04/kepentingan-penggunaan-akal-dan tradisi.htmlhttp://id.wikipedia.org/wiki/Wajib http://drjuanda.com/?p=837 http://afina-hawa2hawa.blogspot.com/2010/03/hukum-hukum-dalam-islam.html http://id.wikipedia.org/wiki/Makruh http://id.wikipedia.org/wiki/Haram http://elhijrah.blogspot.com/2011/02/daftar-makanan-haram-berdasarkan-al.html
Soalan pengukuhan
1.Terangkan dua kaedah pemikiran islam?
2.Apakah perbezaan di antara manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuhan dan jin?
3.Nyatakan 2 kepentingan berfikir dalam konteks agama islam?
4.Nyatakan etika-etika menuntut ilmu yang perlu dipraktikkan oleh pelajar menurut imam Al-Ghazali?