pemulihan membaca

8
PEMULIHAN MEMBACA Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara- cara ini adalah seperti berikut : a) memerhatikan murid yang sedang membaca. b) menilai jawapan mereka dari soal selidik guru. c) menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. d) mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. e) memberi ujian tara. f) memberi ujian yang direka oleh guru. g) memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan). Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. 1.Memerhatikan murid yang sedang membaca. -Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut : a) Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya. b) Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu. c) Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan.

Upload: leejiachyi

Post on 11-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PEMULIHAN MEMBACA

TRANSCRIPT

PEMULIHAN MEMBACA

Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :a) memerhatikan murid yang sedang membaca.b) menilai jawapan mereka dari soal selidik guru.c) menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan.d) mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca.e) memberi ujian tara.f) memberi ujian yang direka oleh guru.g) memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan).

Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca.

1.Memerhatikan murid yang sedang membaca. -Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut :a) Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya.b) Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu.c) Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan.d) Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca.e) Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca.f) Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara seperti diatas dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan antara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca.g) 2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca. -Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid.h) -Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca.i) -Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

Nama murid : . Tarikh : ..

1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku?3. Apakah jenis buku yang anda suka baca?a) Riwayat hidupb) Pengembaraanc) Cerita binatangd) Dongenge) Berita4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dantandakan buku yang anda suka.5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca?6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa?7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka?8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

Contoh soal selidik mengenai tabiat membaca murid-murid.

3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan -Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.

4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca. Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut :a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan.

CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA

1) Aktiviti:Sebut Nama Huruf Mengikut MelodiProsedur pelaksanaan:1. Guru menunjukkan kad imbasan huruf besar dan huruf kecil2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.3. Guru memperdengarkan lagu Huruf Besar Dan Huruf Kecil4. Murid menyanyi lagu Huruf Besar Dan Huruf Kecil sambil menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.

2) Aktiviti: Mengeja Satu Dan Dua Suku Kata Mengikut MelodiProsedur pelaksanaan:1. Murid menyebut sukukata KVKV yang terdapat dalam senikata lagu.Contoh :Saya Suka Hati,kaki ,jari2. Guru memberi penerangan dan tunjukkan cara cara menepuk detik meter.3. Murid menepuk detik secara berulang-ulang4. Murid bermain kastenet mengikut detik sambil menyebut suku kata KVKV seperti saya suka hati,jari , kaki

3) Aktiviti: Mengeja Perkataan Berdasarkan GambarElemen Bahasa: Suku Kata KVKVProsedur Pelaksanaan.1. Guru menunjukkan gambar yang mempunyai suku kata KVKV2. Guru mengeja dan menyebut suku kata KVKV di hadapan murid.3. Murid mengikut suku kata yang disebut oleh guru.4. Murid mengeja dan menyebut suku kata KVKV tanpa bimbingan guru.

4) Aktiviti: Bermain Dengan Huruf Secara Lokomotor Dan Bukan LokomotorProsedur pelaksanaan:1. Murid-murid ditunjukkan gambar mengenai anggota tubuh badan2. Setelah itu,murid dikehendaki menyusun huruf yang membentuk perkataan bagi anggota tubuh badan.3. Murid mengeja dan menyebut perkataan tersebut.

5) Aktiviti Permainan MengejaProsedur pelaksanaan:1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan2. Seorang murid dalam setiap kumpulan akan diberi kad ayat yang mengandungi ayat lengkap atau maklumat .3. Murid berkenaan akan beraksi mengikut maklumat kad yang dibaca.4. Murid lain akan menyebut perkataan dan membina ayat yang tepat berdasarkan pemerhatian tadi.

PEMULIHAN TULISAN Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis dalam kalangan muri-murid. Kebolehan menulis diperlukan bagi semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat hebat dalam mengenal pasti kenal tulisan buruk, dan selalunya mereka akan marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman buku dalam setahun yang menyukarkarkan mereka untuk membaca.

Pelbagai cara telah dikemukakan untuk mengesan atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah adlah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan kerana terdapat murid yang mempunyai tulisan yang memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan.

Berikut merupakan cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis dalam kalangan murid-murid dalam bilik darjah.

1. Membuat ayat atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut:a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.

2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah mereka kenal semua kandungannya, maka guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut sebanyak lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masa yang diberikan adalah tidak dihadkan.

3. Setelah semua murid selesai menulis, guru boleh menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam jangka masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti menulis dan mengutip tulisan tersebut untuk disemak.

4. Semasa menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.b) Kaitan kualiti antara tulisan dalam ujian yang tidak dihadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa.

5. Setelah ujian ini selesai, murid-murid berikut perlulah mengikuti latihan pemulihan tulisan.a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang dihadkan masanya.b) Murid yang tulisannya sukar dibaca dalam ujian yang tidak dihadkan masa.c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau tulisannya yang terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.