pemulihan sjh

Upload: lie-na-majih

Post on 07-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sjh

TRANSCRIPT

TUGASAN SJH 3093E

TUGASAN SJH 3093E48

PENGENALAN

Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seharian, program pemulihan sejarah akan dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam sejarah. Sejarah merupakan mata pelajaran yang amat penting dalam sistem persekolahan di negara ini. Kini ianya mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2014. Murid-murid perlu menguasai asas sejarah itu sendiri. Program pemulihan sejarah pula adalah merujuk kepada satu set tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam bahagian-bahagian tertentu mata pelajaran sejarah di sekolah. Kebanyakan masalah yang ditemui adalah berkaitan dengan fakta yang memerlukan murid memahami isi pelajaran dan menghafalnya. Program pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan. Kanak-kanak pemulihan memerlukan suatu kaedah pengajaran yang berlainan daripada apa yang telah dialami mereka semasa kelas biasa. Teknik pengajarannya pula memerlukan pertimbangan penetapan objektif dengan menggunakan kaedah terancang untuk pencapaian objektif eksplisit pengajaran. Dengan kata lain, guru perlulah memastikan seseorang murid telah menguasai kemahiran-kemahiran asas yang awal seperti maksud sejarah, pra sejarah, dan peringkat tamadun manusia. Pada peringkat ini, murid sememangnya bersedia untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut pada bila-bila masa diperlukan. Selain itu, murid perlu memahami sesuatu konsep terutama dalam hubung kait pengalaman baru dan pengalaman lama dalam isi kandungan pembelajaran. Sebelum sesuatu masalah sejarah itu diselesaikan, wujudkan ruang dialog antara murid dan guru bagi menilai sejauh mana mereka memahami masalah/soalan sejarah mereka itu. Pada tahap ini, mungkin banyak perkara (konsep) yang difahami oleh murid yang perlu diperbetulkan.Seterusnya, murid perlu terus mengukuhkan pengetahuan mereka, bukan hanya kepada isi / kemahiran yang lepas malah teknik dan kemahiran semasa yang dikuasai supaya dapat melahirkan rasa keyakinan murid selain daripada menggilap kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh mereka itu.Didapati, beberapa keadaan yang menyebabkan murid tidak dapat mmemahami kandungan sejarah. Salah satunya, sememangnya tahap pemikiran itu yang menjadi halangan kepada murid. Selain itu, masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Faktor mental murid, mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan dan pemakanan murid. Faktor PdP pula skopnya terlalu luas. Mungkin murid itu diajar oleh guru yang bukan opsyen dalam matapelajaran sejarah atau teknik dan strategi pengajaran guru berkenaan tidak berkesan. Mungkin juga murid tidak memberi perhatian yang sewajarnya sewaktu belajar, tersalah faham tentang sesuatu konsep atau kehendak soalan/masalah dan murid itu tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, program pemulihan dalam matapelajaran sejarah bertujuan membantu murid-murid menguasai semula kemahiran-kemahiran yang tertinggal atau terlupa dan dapat digunakan semula sebaiknya dalam keadaan pembelajaran semasa atau sesuatu penilaian yang dibuat. Selain itu program pemulihan juga bertujuan melatih murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya wujud rasa yakin dengan kebolehan mereka. Keyakinan seumpama ini akan menghakis ketakutan murid untuk menerima pembelajaran yang seterusnya. Bermakna mereka lebih bersedia untuk menerima pelajaran baharu. Program pemulihan bertujuan untuk membetulkan konsep dan kemahiran sesuatu aspek dalam matapelajaran sejarah. Latih tubi yang dibuat akan meningkatkan kefahaman mereka terhadap kehendak soalan atau masalah sejarah itu. Program ini pula semestinya menjadi satu platform kepada murid-murid yang lemah untuk terus belajar sejarah di dalam bilik darjah. Dengan itu mereka tidak terus tercicir dalam proses pembelajaran meskipun mereka telah terkebelakang daripada murid lain. Sekiranya program pemulihan tidak dibuat, murid-murid lemah akan terus tercicir atau tertinggal, mereka bukan sahaja tidak menguasai pelajaran baharu malah pelajaran lama pun akan dilupai atau tidak dikuasai.

PENGENALPASTIAN MURID YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN

Setelah melalui ujian yang dijalankan, terdapat tiga (3) orang murid Tahun 4 yang amat lemah dalam menjawab soalan sejarah yang dikemukakan. Mereka tidak mengetahui dan memahami Zaman Air Batu. Sungguhpun murid-murid ini telah dikenalpasti, namun masalah sebenar mereka perlu diketahui. Oleh itu proses pengenalpastian murid dan masalah mereka telah dijalankan. Peringkat pertama, ujian saringan dibuat (screen test). Satu lembaran kerja diberi kepada ketiga-tiga orang murid tersebut. Tujuannya, adalah untuk memastikan bahawa mereka benar-benar tidak boleh menjawab soalan yang diberikan. Mereka diberi masa 20 minit untuk menjawab lima (5) soalan. Mereka menjawab secara berasingan dan tidak dibenarkan berbincang. Jawapan atau hasil kerja murid seperti jadual di bawah.Jadual : Hasil jawapan murid dalam latihan yang diberiBil.Soalan-soalanJawapanMurid AJawapanMurid BJawapanMurid C

1Maksud Zaman Air BatuBanyak aisAir batuTiada air

2Bila Zaman Air BatuTahun 2014Zaman sejarahZaman dulu

3Sebab air batu mula mencairTidak sejukTidak disimpan dalam peti aisAda air

4Berapa benua yang terbentuk111

5Tulis nama benua yang kamu tahuBumiNegeri SembilanMalaysia

CatatanTidak ada satu soalan yang dijawab dengan betulTidak ada satu soalan yang dijawab dengan betulTidak ada satu soalan yang dijawab dengan betul

Berdasarkan jadual, jelas menunjukkan murid tidak mengetahui dan memahami Zaman Air Batu walaupun telah mempelajari kemahiran ini di dalam kelas sebelum ini. Ini menunjukkan, pola kesalahan murid adalah sama sama ada dalam kertas ujian bulanan mahupun latihan yang diberikan. Oleh itu, murid yang terlibat perlu diberikan pemulihan bagi membantu mereka menguasai kemahiran ini agar tidak tercicir di masa hadapan.

PERANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN

Beberapa perancangan telah dicadangkan bagi membantu murid menguasai kemahiran ini. Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:MINGGUKEMAHIRANAKTIVITISUMBER/BBM

12.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu1. Mengenalkan maksud Zaman Air Batu dengan membuat perbandingan peti ais yang sejuk dan peti ais yang tidak sejuk.2. Mengenalkan maksud Zaman Air Batu dengan menunjukkan video pencairan air batu.3. Mengenalkan maksud Zaman Air Batu dengan membuat eksperimen kecil. Air batu diletakkan di dalam mangkuk dan dibiarkan cair.

Kad gambar Klip video Air batu Mangkuk

22.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu2.1.3 Menyatakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu1. Membuat perbandingan : Memegang air batu di tangan kanan dan air suam di tangan kiri

2. Murid melakukan eksperimen kecil iaitu mencairkan air batu dan bola akan terapung.3. Menyanyikan lagu benua dan lautan

Air batu Air suam Bola Lirik lagu

33. Penyelesaian masalah.1. Mengadakan aktiviti puzzle.2. Mengadakan aktiviti Di mana Joe Jambul3. Membimbing murid menjawab soalan Puzzle Kad Soalan

PERLAKSANAAN

Program pemulihan telah dilaksanakan seperti dirancangkan. Contoh-contoh lembaran kerja yang menjadi aktiviti pemulihan dapat dilihat di LAMPIRAN B. Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian yang dibuat ke atas hasil kerja murid.Jenis kemahiranMurid AMurid BMurid C

2.12.1.1MemuaskanMemuaskanMemuaskan

2.1.2MemuaskanMemuaskanMemuaskan

2.1.3Agak MemuaskanMemuaskanKurang Memuaskan

KESIMPULAN

Program pemulihan sejarah adalah program yang bersifat berterusan. Semasa berlakunya P&P seseorang guru dan murid yang berkenaan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan program seumpama ini. Keupayaan pembelajaran sejarah di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah adalah berbeza. Pasti akan ada murid-murid yang lemah yang memerlukan program seperti ini. Oleh itu guru perlu bersiap sedia dengan program-program pemulihan yang disediakan mengikut topik-topik dalam matapelajaran sejarah. Ini membolehkan guru dengan cepat membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Sekiranya persediaan tidak dibuat, ia akan mengganggu proses P&P kelas harian.Ibubapa murid yang terlibat juga perlu mengetahui dan peka terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka. Kejadian salah faham di antara ibubapa dan guru sudah tentu dapat diatasi jika sekiranya ibubapa mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka. Biasanya, ada ibubapa yang tidak dapat menerima hakikat akan hasil kerja anak-anak mereka dan mula menuding jari kepada guru berkenaan. Sekiranya, ibubapa memahami situasi sebenar, aktiviti-aktiviti pemulihan ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu ibubapa juga mengambil tindakan yang proaktif seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan sebagainya.Keberkesanan program-program pemulihan yang sedia ada hendaklah dibuat kajian dari semasa ke semasa. Maksudnya, program ini dilaksanakan dengan bertanggungjawab supaya hasilnya mencerminkan impak yang sebenar-benarnya. Jika impaknya tidak memuaskan maka beberapa kajian tindakan perlu dibuat iaitu untuk mencari kaedah-kaedah lain yang lebih baik atau formula yang sedia ada dimurnikan lagi. Segala dokumen, hasil kerja murid dan lain-lain yang terlibat dalam program pemulihan perlu didokumentasikan supaya ia akan menjadi bahan rujukan yang berguna dan akan bermanfaat pada masa akan datang.

LAMPIRAN

AKTIVITI PEMULIHAN DIJALANKAN

Mencairkan air batu

Murid membuat aktiviti puzzle

Aktiviti Mencari Di Mana Joe Jambul

Puzzle yang hamper siap

Murid menjawab soalan

Murid dibimbing untuk menjawab latihan

BAHAN YANG DIGUNAKAN

BESENKAD PUZZLE

KAD SOALAN AIR BATU DAN AIR SUAM

HASIL KERJA MURID

LAMPIRAN ACONTOH: LEMBARAN KERJA PEMULIHAN

1. Apakah maksud Zaman Air Batu?________________________________________________________________________________________________________________________

2. Bilakah Zaman Air Batu?________________________________________________________________________________________________________________________

3. Apakah sebeb air batu mula mencair?_________________________________________________________________________________________________________________________

4. Tuliskan nama benua.i) ____________________ii) ____________________iii) ____________________iv) ____________________v) ____________________vi) ____________________vii) ____________________

5. Tuliskan nama lautan.i) ____________________ii) ____________________iii) ____________________iv) ____________________v) ____________________vi) ____________________vii) ____________________

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, 2003. Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap Satu. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Pusat perkembangan kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia 1982.Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR edisi percubaan.

Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997.Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Ali Ahmad. (1977). Kajian Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Arbayah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh.(1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Badriyah Haji Salleh,& Tan Liok Ee. (1996). Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad. (1977). Ulasan Buku Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Tun Seri Lanang. (1997). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.