pen gen alan

11
PENGENALAN Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris iaitu “Corporate Culture” telah diperkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya “In Search Of Excellence” telah mendapati bahawa kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat bahawa sesebuah syarikat atau sesuatu kumpulan atau jabatan yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kecenderungan untuk berjaya. Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju dengan negera-negara lain yang membangun seperti Amerika Syarikat dan Jepun termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh institusi kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia program penerapan budaya korporat bermottokan “KAMI SEDIA MEMBANTU”. Secara ringkasnya, motto “Kami” bermaksud semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. “Sedia’ pula menunjukkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dalam memberi perkhidmatan secara professional dan “ Membantu” adalah ikhlas dalam memberi bantuan dan menjalankan tugas. Hal ini amat berkait rapat dengan tugas dan peranan Penolong Pegawai Perubatan(PPP) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana seseorang PPP perlu besikap sedemikian dalam menghadapi pelbagai situasi sama ada di hospital/klinik atau di lapangan bersama pelanggan/pesakit.

Upload: ahmad-najmin

Post on 19-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris iaitu “Corporate Culture” telah diperkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya “In Search Of Excellence” telah mendapati bahawa kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat bahawa sesebuah syarikat atau sesuatu kumpulan atau jabatan yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kecenderungan untuk berjaya.

Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju dengan negera-negara lain yang membangun seperti Amerika Syarikat dan Jepun termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh institusi kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia program penerapan budaya korporat bermottokan “KAMI SEDIA MEMBANTU”.

Secara ringkasnya, motto “Kami” bermaksud semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. “Sedia’ pula menunjukkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dalam memberi perkhidmatan secara professional dan “ Membantu” adalah ikhlas dalam memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Hal ini amat berkait rapat dengan tugas dan peranan Penolong Pegawai Perubatan(PPP) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana seseorang PPP perlu besikap sedemikian dalam menghadapi pelbagai situasi sama ada di hospital/klinik atau di lapangan bersama pelanggan/pesakit.

Page 2: Pen Gen Alan

Konsep Budaya Korporat

Pada umumnya,konsep budaya korporat dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa unsur

asas ,nilai,norma dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota sesuatu organisasi.

Konsep budaya korporat sebenarnya adalah ditunjukkan dengan jelas melalui bagaimana

sesuatu kerja dalam sesebuah organisasi itu harus dilaksanakan dan dinilai.Di samping

itu,budaya korporat juga melibatkan jalinan hubungan para pekerja,baik di peringkat dalaman

mahupun di peringkat luaran pada sesebuah organisasi.Oleh itu,konsep budaya korporat

adalah juga dilihat melalui bentuk hubungan sesama pekerja dalam sesebuah organisasi serta

hubungan dengan pihak lain yang berkaitan seperti pelanggan,pembekal atau agensi yang lain.

Antaranya contoh ialah setiap anggota KKM perlu mempunyai sifat penyayang supaya mereka menjadi lebih peka, prihatin dan mengambil berat ke atas individu yang datang untuk mendapatkan rawatan. Amalan sifat penyayang yang penuh dengan rasa mesra dan keikhlasan akan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM. Sebagai contoh, amalan sifat penyayang ini telah dipraktikkan oleh semua anggota kesihatan di Malaysia terutamanya anggota-anggota KKM di hospital-hospital seperti Hospital Tuanku Jaafar di mana mereka begitu bertanggungjawab ke atas masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan selain mereka proaktif dalam memberikan rawatan serta menghormati privasi dan hak pesakit.

, Kementerian Kesihatan khususnya juga memberikan penekanan terhadap penilaian

Profesionalisme di kalangan anggota KKM. Hal ini kerana bagi memastikan setiap anggota

KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan

serta kemahiran berkaitan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan

dengan baik.

Hal ini juga dijelaskan dalam Buku Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni Di Kalangan Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia halaman 57 hingga 81 di mana kerja berpasukan adalah lebih berkesan sekiranya elemen-elemen seperti bersatu menuju matlamat, adanya perasaan kekitaan, kepimpinan, saling mempercayai antara satu sama lain, akauntabiliti, berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif, berinovasi serta bekerjasama dalam pasukan dilaksanakan oleh warga KKM di dalam tugas harian mereka.

Banyak faedah yang akan diperolehi oleh individu sekiranya mengamalkan konsep kerja berpasukan seperti kurangnya tekanan kerja, tanggungjawab dapat dikongsi bersama, pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan, dapat memupuk perasaan harga diri, kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama serta setiap ahli mempunyai semangat kekitaan.

Page 3: Pen Gen Alan

PERBINCANGAN / HUJAH

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memfokuskan beberapa strategi penerapan budaya

korporat dan nilai murni di kalangan anggota kesihatan di seluruh Malaysia bagi

memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Strategi penerapan budaya korporat adalah dengan menerapkan nilai-nilai ini di dalam

tugas harian. Ini bermakna bahawa di dalam setiap apa jua tugasan yang sedang dijalankan,

nilai-nilai budaya korporat perlu diamalkan samada secara langsung atau tidak langsung

melalui empat langkah iaitu pertama, kesedaran dan latihan di mana kesedaran adalah langkah

awal yang paling kritikal dan juga merupakan kunci kejayaan bagi penerapan nilai-nilai ini.

Matlamat aktiviti kesedaran adalah untuk mewujudkan kesedaran dan keyakinan dalam diri

setiap anggota kesihatan. Aktiviti kesedaran adalah tidak terhad kepada ceramah semata-mata

tetapi merangkumi sesi dialog, taklimat, pameran dan juga bengkel kesedaran. Aktiviti

kesedaran mesti diikuti dengan latihan. Oleh itu, setiap hospital di Malaysia termasuklah

Hospital Tuanku Jaafar sentiasa mengadakan aktiviti kesedaran budaya korporat seperti

ceramah, pameran dan sebagainya kepada anggota kesihatannya untuk meningkatkan

perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Bagi sesi latihan pula, ia dapat memberikan pengetahuan dan tunjuk ajar kepada

kakitangan dalam melakukan sesuatu perkara. Kursus-kursus yang diadakan adalah

berasaskan refleksi di mana peserta akan dapat menilai diri mereka secara telus. Mereka akan

berusaha untuk mengikis sifat-sifat buruk dan menanam sifat-sifat yang mulia dalam diri

mereka. Peserta harus dilatih untuk menerapkan nilai-nilai budaya korporat dan nilai-nilai

murni sewaktu menjalankan tugas harian mereka sebagai anggota KKM. Sebagai contohnya,

setiap anggota kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar akan menghadiri kursus-kursus tertentu

Page 4: Pen Gen Alan

untuk mempertingkatkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dalam memberikan

perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia dan juga dalam kehidupan mereka seharian.

Langkah yang kedua ialah melalui amalan dan teladan yang baik di mana Ketua

Jabatan haruslah mengambil inisiatif menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak buahnya. Jika

ramai yang menjadi contoh teladan yang baik, secara tidak langsung organisasi tersebut telah

mengamalkan budaya korporat. Hal ini juga akan mencerminkan komitmen dan kepimpinan

Ketua Jabatan itu sendiri. Jika seseorang ingin menjadi ‘role-model’ kepada yang lain, mereka

perlulah mempunyai sikap yang mulia, cara pertuturan yang menyenangkan dan berkemahiran

tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contohnya, di dalam wad, Ketua

Jururawat akan menjadi ‘role-model’ kepada jururawat-jururawat terlatih yang bertugas di

dalam wad tersebut. Jika sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Jururawat itu baik, maka anak-

anak buahnya akan menunjukkan sikap yang baik terhadapnya dan juga pesakit dan begitulah

juga sebaliknya.

Selain itu juga, langkah seterusnya ialah dengan melakukan penilaian dan pembaikan

di mana proses penilaian hendaklah dilakukan dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-

kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan perlaksanaan sesuatu tugas dan

pembaikan yang boleh dijalankan bagi melicinkan proses pelaksanaan tersebut. Penilaian

tidak semestinya berbentuk formal bahkan boleh diselitkan semasa mesyuarat, perhimpunan

atau semasa minum kopi. Hal ini turut diamalkan oleh setiap hospital di Malaysia di mana

setiap anggota kesihatan akan dinilai dari segi perkhidmatan dan sahsiahnya oleh ketua

mereka setiap bulan bagi memastikan perkhidmatan dan sikap anggotanya berada di tahap

yang terbaik.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menerapkan budaya

korporat dalam diri setiap anggota kesihatan ialah dengan mengamalkan sifat nasihat-

Page 5: Pen Gen Alan

menasihati antara satu sama lain secara berhemah. Setiap individu yang berpengalaman boleh

berperanan sebagai mentor kepada anggota yang lain. Amalan nasihat-menasihati perlu

sentiasa dipraktikkan oleh semua anggota KKM kerana manusia adakalanya cepat lupa akan

tanggungjawab yang diberikan. Hal ini kerana amalan ingat mengingati antara satu sama lain

akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan selain dapat mengeratkan hubungan

silaturahim antara rakan sekerja.

Page 6: Pen Gen Alan

RUMUSAN

Kesimpulannya,budaya korporat perlu diterapkan dalam diri setiap warga Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya bagi memastikan setiap komitmen dan tanggungjawab

yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Nilai-nilai teras seperti perkhidmatan

Penyayang, Profesionalisme dan juga Kerja Berpasukan yang termaktub dalam Program

Kempen Penerapan Budaya Korporat bukan sahaja merupakan sebahagian daripada nilai-nilai

budaya korporat Kementerian Kesihatan malahan ia juga merupakan sebahagian daripada

komponen misi baru Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kejayaan kempen tersebut sebenarnya bergantung kepada komitmen dan kesanggupan

semua anggota KKM menerima dan mengadaptasikan perubahan secara sukarela dengan

sikap yang terbuka. Dengan berteraskan komitmen, sikap serta semangat cintakan organisasi

dan negara, usaha pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik

untuk rakyat bermatlamatkan kecemerlangan akan tercapai dengan sebaik mungkin.

Bagi kementerian lain, mereka hanya berurusan dengan masyarakat yang sihat tetapi

bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka berurusan dengan pesakit. Oleh yang

demikian, setiap anggota KKM harus berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dengan

lebih berhati-hati. Ini bererti apabila kita berinteraksi dengan pesakit, kita hendaklah melayan

mereka seperti keluarga kita sendiri. Untuk memastikan pesakit mendapat layanan yang baik

dari kita sebagai perawat, kita perlu mengamalkan sifat dan kelakuan yang dianggap baik oleh

pesakit iaitu dengan mempraktikkan nilai-nilai budaya korporat seperti yang diwar-warkan

oleh pihak kerajaan.

Page 7: Pen Gen Alan

RUJUKAN

i) Buku

Dr Roslan Johari Bin Mohd Ghazali, Dr Roslinah Binti Ali, Dr Nor Filzatun Binti

Borhan dan Dr Noriah Binti Bidin, 2007. Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni

di Kalangan Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Dr. Liow Tiong Lai, 2009. Teks Ucapan Semasa Perasmian Kempen

Penerapan Budaya Korporat, Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009. Buku Kecil Penerapan Budaya Korporat,

Kuala Lumpur.

ii) Laman Web

http://nmsyukra.blogspot.com/2009/04/budaya-korporat-kami-sedia-membantu.html

http://jknsabah.moh.gov.my/v3/modules/wfdownloads/singlefile.php?cid=4&lid=4

http://www.moh.gov.my/v/bu_kor?theme_color=co_default

http://www.infosihat.gov.my/BudayaKoperat/BudayaKorporat_Pameran.php