pen gen alan

3
PENGENALAN Setiap bangsa mempunyai karya kesusasteraan masing-masing sama ada dalam bahasa ibundanya ataupun dalam bahasa bangsa lain. Hasil sastera yang ditulis dalam bahasa lain dapat dilihat dengan banyak terutama sekali di Malaysia yang berbilang kaum dan nasionaliti. Setiap hasil sastera mempunyai ideologi dan kreativiti yang berbeza bergantung kepada siapa si pengkarya. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai perbezaan yang dapat dilihat sama ada ketara ataupun tidak antara sastera Melayu dengan sastera- sastera lain di dunia. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah dari segi genre hasil kesusasteraan. Karya sastera Melayu seperti prosa tradisional banyak menerapkan unsur-unsur kuasa luar biasa atau pun supernatural. Contohnya, terdapat penekanan pada perihal kuasa-kuasa ajaib dan sakti raja-raja pada zaman dahulu serta wujudnya makhluk-makhluk seperti dewa, dewi dan bidadari sebagai salah satu watak dalam prosa tersebut. Hal ini berbeza dengan hasil kesusasteraan dari Barat contohnya, mereka kurang menerapkan genre ini dalam hasil karya mereka malah banyak menggunakan genre yang lebih realistik. Seterusnya, perbezaan yang paling dominan ialah gaya bahasa yang digunakan. Hal ini sangat ketara kerana penggunaan bahasa dalam sastera antara satu bangsa dengan bangsa yang lain juga berbeza. Walau bagaimanapun, konsep kiasan bahasa yang digunakan dalam karya-karya masih sama jika sastera-sastera tersebut dibandingkan. Misalnya, sastera Melayu lebih cenderung

Upload: sharidah-shahrom

Post on 23-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Setiap bangsa mempunyai karya kesusasteraan masing-masing sama ada dalam

bahasa ibundanya ataupun dalam bahasa bangsa lain. Hasil sastera yang ditulis dalam

bahasa lain dapat dilihat dengan banyak terutama sekali di Malaysia yang berbilang

kaum dan nasionaliti. Setiap hasil sastera mempunyai ideologi dan kreativiti yang

berbeza bergantung kepada siapa si pengkarya. Walau bagaimanapun, terdapat

pelbagai perbezaan yang dapat dilihat sama ada ketara ataupun tidak antara sastera

Melayu dengan sastera- sastera lain di dunia.

Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah dari segi genre hasil kesusasteraan.

Karya sastera Melayu seperti prosa tradisional banyak menerapkan unsur-unsur kuasa

luar biasa atau pun supernatural. Contohnya, terdapat penekanan pada perihal kuasa-

kuasa ajaib dan sakti raja-raja pada zaman dahulu serta wujudnya makhluk-makhluk

seperti dewa, dewi dan bidadari sebagai salah satu watak dalam prosa tersebut. Hal ini

berbeza dengan hasil kesusasteraan dari Barat contohnya, mereka kurang menerapkan

genre ini dalam hasil karya mereka malah banyak menggunakan genre yang lebih

realistik.

Seterusnya, perbezaan yang paling dominan ialah gaya bahasa yang digunakan.

Hal ini sangat ketara kerana penggunaan bahasa dalam sastera antara satu bangsa

dengan bangsa yang lain juga berbeza. Walau bagaimanapun, konsep kiasan bahasa

yang digunakan dalam karya-karya masih sama jika sastera-sastera tersebut

dibandingkan. Misalnya, sastera Melayu lebih cenderung menggunakan perkataan yang

dipinjam daripada bahasa Inggeris manakala sastera Indonesia lebih cenderung

menggunakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Belanda dalam hasil sastera

mereka. Bahasa Melayu-Indonesia juga mempunyai dialek Riau dan Jawa yang agak

pekat.

Selain itu, bentuk ataupun cara penulisan puisi tradisional Melayu seperti pantun

dan syair berbeza daripada sastera bangsa lain. Puisi-puisi tradisional Melayu

mempunyai bentuk terikat. Selalunya mempunyai empat baris dalam satu rangkap,

jumlah perkataan dan suku kata dalam setiap baris juga mempunyai bilangan yang

hampir sama. Rima akhir puisi tersebut juga mempunyai persamaan. Dua baris pertama

Page 2: Pen Gen Alan

puisi ini terdiri daripada pembayang dan baris seterusnya mempunyai mesej yang ingin

disampaikan oleh penulis. Cara penulisan ini jarang dilihat dalam hasil kesusasteraan

bangsa lain terutama sekali bangsa yang bukan daripada Asia Tenggara.

Di samping itu, perbezaan antara sastera Melayu dengan sastera bangsa lain ialah

latar belakang sesuatu cerita yang disampaikan. Kebanyakan hasil kesusasteraan

seperti drama ataupun cerpen penulis dari Malaysia mempunyai latar masyarakat

penduduk yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Hal ini demikian

kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dengan latar belakang yang berbeza-

beza yang hidup bersama-sama. Berbeza dengan bangsa lain, umum mengetahui

kebanyakan mereka hanya hidup dalam kalangan bangsa mereka sendiri sahaja.

Akhir sekali, sastera Melayu berbeza dengan sastera lain dari segi cara dan intonasi

semasa menyampaikan sesuatu hasil sastera. Masyarakat Melayu terkenal dengan

pelbagai cerita rakyat pelbagai kaum. Pasca era kemodenan, penyampaian cerita-cerita

rakyat, puisi dan sebagainya menjadi salah satu cara masyarakat Melayu mengisi waktu

senggang mereka. Hasil sastera ini pula disampaikan dengan cara yang tersendiri bagi

menarik perhatian para pendengar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Syair

merupakan hasil sastera yang mempunyai perbezaan paling ketara dari segi intonasi

sewaktu menyampaikannya.

Kesimpulannya, hasil kesusasteraan setiap bangsa mempunyai keunikan dan

keindahan bahasa yang tersendiri. Oleh itu, kita haruslah menghargai setiap karya-karya

sastera daripada apa-apa bangsa sekalipun. Kita juga perlulah memberikan sokongan

moral kepada pengkarya-pengkarya yang baru menceburi bidang ini. Hal ini kerana

mereka sedang berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan cuba

menyampaikan mesej yang positif melalui hasil penulisan mereka.