penamatan kerja penjawat awam

9
perkhidmatan ini, melainkan dalam kes-kes seperti di Perintah Am 60 , tidak boleh diambil sehingga pegawai itu telah diberi sebab-sebab mengapa penamatan perkhidmatannya telah dicadangkan dan dia telah pun diberi peluang untuk membela dirinya dalam tempoh yang tidak kurang daripada 14 hari. Notis menamatka n dari kerajaan. 60. Walau apa pun perbekalan lain dalam bab ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang bukan dalam perjawatan berpencen dengan memberi notis yang sesuai dengan syarat- syarat perlantikannya termasuk notis-notis penamatan jawatan seperti dalam Perintah Am ini. Dalam hal pegawai-pegawai sementara dan pegawai- pegawai bukan di dalam perjawatan berpencen yang lain, tempoh ini ialah 3 bulan jika mereka telah berkhidmat lebih daripada satu tahun; dan satu bulan jika mereka berkhidmat kurang daripada satu tahun. Dalam kedua-dua hal Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta dan tanpa memberi apa-apa sebab dengan membayar

Upload: kesyganhamba

Post on 11-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

berhenti kerja sektor awam penamatan kerja penjawat awam

TRANSCRIPT

perkhidmatan ini, melainkan dalam kes-kes seperti di Perintah Am 60, tidak boleh diambil sehingga pegawai itu telah diberi sebab-sebab mengapa penamatan perkhidmatannya telah dicadangkan dan dia telah pun diberi peluang untuk membela dirinya dalam tempoh yang tidak kurang daripada 14 hari.

Notismenamatkandarikerajaan.60. Walau apa pun perbekalan lain dalam bab ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang bukan dalam perjawatan berpencen dengan memberi notis yang sesuai dengan syarat-syarat perlantikannya termasuk notis-notis penamatan jawatan seperti dalam Perintah Am ini. Dalam hal pegawai-pegawai sementara dan pegawai-pegawai bukan di dalam perjawatan berpencen yang lain, tempoh ini ialah 3 bulan jika mereka telah berkhidmat lebih daripada satu tahun; dan satu bulan jika mereka berkhidmat kurang daripada satu tahun. Dalam kedua-dua hal Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta dan tanpa memberi apa-apa sebab dengan membayar sebulan gaji sebagai pengganti notis.

Notisberhentikerja pegawaitiada ikatan.61. (a) Seseorang pegawai yang hendak meletakkan jawatan Kerajaannya hendaklah terlebih dahulu memberi notis berhenti kerja seperti berikut:

(i)Pegawai-pegawai yang telah disahkan dalam jawatan ............... tiga bulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis.

(ii)Pegawai-pegawai dalam percubaan atau pegawai-pegawai sementara sebulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis.

(iii)Pegawai-pegawai kontrek. mengikut syarat-syarat dalam kontrek.

Notis berhenti kerja hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan yang akan memanjangkannya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Notis berhentikerja pegawaiada ikatan.62. Melainkan jikalau telah diberi pengecualian-pengecualian tertentu oleh Kerajaan pegawai-pegawai yang mempunyai apa-apa ikatan dengan Kerajaan seperti syarat terpaksa berkhidmat bagi masa tertentu yang belum selesai lagi atau mempunyai hutang-piutang dengan Kerajaan akan dikehendaki menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum notis-notis seperti di Perintah Am 61 boleh diluluskan.

Pertimbangankhasmemendekannotis.63 (a) Dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh membenarkan tempoh notis berhenti kerja itu dipendekkan.

(b) Seseorang pegawai, samada dalam jawatan sementara atau tetap, yang dilantik ke satu jawatan Kerajaan yang lain tidak dikehendakki meletakkan jawatannya.

IX. UMUR BERSARA

Umurbersara.64. Umur-umur bersara pilihan dan wajib bagi pegawai-pegawai adalah sebagai berikut:

Bersara PilihanBersara Wajib

Lelaki ... ... ...50 Tahun ... 55 Tahun

Perempuan ... ...45 Tahun ... 55 Tahun

mukasurat 12Perihal Perletakan JawatanPerletakkan jawatan bermaksud berhenti daripada berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang dibuat melalui notis bertulis yang dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabtan yang menyebabkan perkhidmatannya terputus, manakan pemendekan notis merujuk kepada tempoh notis perletakkan jawatan pegawai dipendekkan dari tempoh notis sebenar yang ditetapkan dengan kelulusan Ketua Jabatan.

Jika seorang pegawai berhasrat untuk meletakkan jawatan, permohonan secara bertulis yang juga dikenali sebagai notis perlu dihantar kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (1). Kemudian Ketua Perkhidmatan hendaklah menghantar surat akuan terima kepada pegawai melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (3). Ketua Perkhidmatan hendaklah merekod dan maklumkan Suruhanjaya dan KPPA seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 52 (2). Peletakan jawatan merupakan hak pegawai dan tidak memerlukan kelulusan untuk ia menjadi efektif. Walau bagaimanapun perlu dingatkan bahawa tempoh notis perlulah sejajar dengan peruntukan yang terdapat dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam. Perletakan jawatan seorang pegawai akan menjadi efektif sebaik tempoh notis tamat tempoh, iaitu pada hari berikutnya. Perletakkan jawatan yang telah berkuatkuasa adalah tidak boleh ditarik balik. Oleh yang demikian, seseorang pegawai perlulah berfikir secara rasional sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan mereka. Walau pun begitu, peletakan jawatan yang belum berkuatkuasa boleh ditarik balik dengan syarat pegawai mengemukan notis secara bertulis kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan diterima oleh Ketua Perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.

Dasar perletakan jawatan bagi semua pegawai ditetapkan bertujuan untuk memutuskan perkhidmatan jawatan yang sedang disandang oleh pegawai, pegawai boleh meletak jawatan dengan mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani oleh pegawai berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan.

Prosedur Perletakan Jawatan dari Perkhidmatan AwamUntuk penjawat awam yang ingin meletakkan jawatan, menurut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1) Seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis sebagaimana keadaan berikut :

a) Jika pegawai dilantik selain pelantikan tetap adalah mengikut syarat pelantikan pegawai

itu atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

b) Jika pegawai dalam percubaan, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis atauc) Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatannya, sembilan puluh (90) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

Perletakan jawatan yang tidak memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Gaji bagi maksud ini adalah gaji pokok berdasarkan kepada matagaji dalam struktur gaji yang tidak termasuk imbuhan tetap yang terakhir diterima oleh pegawai sebelum meletak jawatan. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51, cuti tanpa gaji tidak diambilkira sebagai tempoh notis, contohnya pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji, dalam tempoh berkenaan tidak boleh dikira sebagai sebahagian daripada tempoh notis.

Pegawai boleh memohon pemendekan tempoh notis peletakan jawatan dengan alasan yang

munasabah berdasarkan perkara 53, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005 atau dalam kata lainnya, pegawai boleh memendekkan notis perletakan jawatannya dengan mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan atas alasan-alasan seperti dibawah:

1. Pegawai tersebut akan menyandang mana-mana jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2. Pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu menghidapi masalah kesihatan

3. Pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan

4. Apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan

5. Sebab-sebab lain yang diluluskan oleh KKPA. Untuk ini, Ketua Jabatan yang menyokong permohonan tersebut hendaklah mengemukakan perakuan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan memanjangkan kepada KPPA untuk pertimbangan.

Permohonan pemendekan notis perlu dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan. Notis peletakan jawatan tersebut hendaklah dikemukakan oleh pegawai kepada Pendaftar melalui Ketua Jabatan bersama surat tawaran pelantikan di agensi baru.

Tempoh percubaan merujuk kepada satu tempoh untuk menilai kebolehan dan kesesuaian pegawai yang dilantik sebelum layak disahkan dalam perkhidmatannya. Kebiasaannya seorang pegawai dikehendaki untuk berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 sehingga 3 tahun seperti dalam Perkara 26 (1) dan Suruhanjaya atas sebab khas boleh memendekkan atau tidak mengenakan tempoh percubaan kepada seseorang pegawai seperti yang termaktub dalam Perkara 26 (2).Perletakan Jawatan Tidak PerluDalam sesuatu situasi, perletakakn jawatan tidak perlu bagi pegawai samada yang bertafat tetap, sementara maupun yang dilantik dalam perkhidmatan awam dengan syarat permohonan itu adalah yang;1. Dikemukakan dan disokong oleh Ketua Jabatan, dan

2. Dilantik oleh Suruhanjaya berikut:a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

c. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

d. Suruhanjaya Pasukan Polis

e. Pihak Berkuasa Berkanun

f. Pihak Berkuasa Tempatan