pencapaian & perancangan sl1m tahun 2012
TRANSCRIPT
Pencapaian & Perancangan
Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M)
Skim Latihan 1Malaysia
Seksyen Pembangunan Modal Insan
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri, Malaysia
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia ii
Isi Kandungan
Senarai Jadual .............................................................................................................................. iii
Senarai Rajah ............................................................................................................................... iii
1. Latar Belakang ....................................................................................................................... 1
2. Pelaksanaan Program SL1M 2011/2012 ................................................................................ 2
a) Peringkat Zon Wilayah Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya) ......... 2
b) Peringkat Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak) ...................................... 3
c) Peringkat Malaysia Timur .............................................................................................. 3
d) Peringkat Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) ....................................... 4
e) Peringkat Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) ...................................... 5
3. Pengembangan Model SL1M ................................................................................................. 6
3.1. Veteran Hiring Programme dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia
(MINDEF), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) .............................................................................. 6
3.2. SL1M-Jururawat............................................................................................................ 6
4. Status Terkini Pelaksanaan Program SL1M Sesi 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012 .... 7
4.1. Statistik Syarikat yang menyertai Program SL1M mengikut Sektor dan Negeri
sehingga 31 Disember 2012 ......................................................................................... 7
4.2. Statistik status peserta yang menyertai Program SL1M sehingga 31 Disember 2012 ... 9
4.3. Statistik keseluruhan peserta SL1M yang berjaya mendapat pekerjaan termasuk yang
masih dibantu atau sedang menjalani program mengikut sektor sehingga
31 Disember 2012 ...................................................................................................... 11
5. Perancangan Program SL1M 2013 ...................................................................................... 12
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia iii
Senarai Jadual
Jadual 1 : Sektor syarikat yang menyertai program SL1M sehingga 31 Disember 2012 ........................ 7
Jadual 2 : Jumlah syarikat mengikut Negeri yang menyertai program SL1M ......................................... 8
Jadual 3 : Status peserta program SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012 ................................ 9
Jadual 4 : Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012 ................................. 10
Jadual 5 : Statistik peserta SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012 .......................................... 11
Jadual 6 : Kerjasama SL1M dengan pelbagai organisasi .................................................................... 12
Jadual 7 : Perancangan Kalendar Aktiviti Skim Latihan 1Malaysia 2013 ............................................. 13
Senarai Rajah
Rajah 1 : Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut Sektor sehingga 31 Disember 2012 ................ 7
Rajah 2 : Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut Negeri sehingga 31 Disember 2012 ................ 8
Rajah 3 : Status peserta program SL1M 2011/2012 .............................................................................. 9
Rajah 4 : Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan mengikut Sektor ................................................ 10
Rajah 5 : Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012 ............................................................................... 11
Pelancaran Program Outreach SL1M Peringkat Zon Wilayah Tengah (K. Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya)
Putrajaya International Convention Centre (PICC), 27 Jun 2012
Sesi Penerangan Potongan Cukai Berganda oleh Dr. Mohd Gazali Abas (UPE, JPM), Puan Khodijah Abdullah (Kem. Kewangan), Pn. Noraini Ismail (LHDN) dan En. Mustaffa Md. Ali (JobsMalaysia)
Lebih dari 1,300 wakil-wakil dari organisasi swasta, GLCs dan graduan yang hadir ke Sesi Taklimat Potongan Cukai Berganda di PICC, Putrajaya
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sedang memberi perincian berkenaan Program SL1M kepada wakil media yang hadir
Antara barisan Tetamu Kehormat terdiri daripada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr. Mohd Gazali Abas (Pengarah PMI, UPE, JPM) dan Dr. Zainal Abu Zarim (Telekom Malaysia Berhad)
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop melawat ke booth UEM Group Berhad yang merupakan salah satu dari 31 booth pameran syarikat yang menyertai Program SL1M
Persembahan yang bersemangat daripada peserta-peserta SL1M-GEOP TM
BN Youth Job Fair 2012 di Kuala Lumpur
Putra World Trade Centre (PWTC), 16-18 Nov 2012
Booth SL1M dikunjungi oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan YB Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO)
Suasana di Booth SL1M yang tidak putus-putus dikunjungi para peserta yang berminat selama 3 hari berturut-turut
Encik Nik Azman Nik Abdul Majid (Timb. Ketua Pengarah DASAR, UPE, JPM) turun padang ke Booth SL1M untuk melihat sendiri sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung
Wakil media yang mengerumuni Booth SL1M ketika dikunjungi para tetamu kehormat
Booth SL1M menjadi tumpuan umum para pengunjung yang hadir terutamanya para graduan dan syarikat
Pelbagai organisasi, wakil-wakil syarikat serta pencari kerja yang hadir memberi sokongan semasa program dijalankan selama 3 hari dengan anggaran kehadiran seramai 120,540 pengunjung
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 1
PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)
1. Latar Belakang
Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 oleh Y.A.B Perdana
Menteri dengan tujuan membantu graduan meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability)
atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan yang baik. Program di bawah seliaan Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) ini dijayakan melalui kerjasama dan
penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta secara
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Program SL1M dilaksanakan bagi membantu graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang
tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan pengajian. Sasaran utama adalah
graduan yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
Program ini juga dibuka kepada graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah
yang diperolehi. Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-
Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri
dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar.
Program Outreach SL1M Peringkat Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 14 Ogos 2012
Wakil-wakil graduan dan syarikat dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis memenuhi Dewan Budaya USM untuk mendengar Taklimat Potongan Cukai Berganda
YB Menteri menandatangani mock cert sebagai tanda Maybank Berhad selaku organisasi sulung menerima insentif Potongan Cukai Berganda setelah melaksanakan Program SL1M dengan jayanya
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkobar-kobar memberikan ucapan semasa merasmikan Program Outreach SL1M Zon Utara
Wakil agensi kerajaan dan swasta yang bekerjasama dengan pihak SL1M menerima cenderahati dari YB Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop [Prof. Dato’ Omar Osman (Naib Canselor USM), Dato’ Reza Rafiq Abdul Razak (Ketua Pegawai Eksekutif NCIA), Encik Cheng Fong Tuan (Maybank Berhad), Dato’ Boonler Somchit (Pengarah PSDC), Encik Hoe Lean Fat (Pengarah JTK P.Pinang) dan En Mustaffa (JobsMalaysia)]
Graduan berdebar-debar mengisi borang sebelum ditemuduga oleh panel-panel syarikat swasta
YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas bersungguh-sungguh memberikan Taklimat Berkenaan Potongan Cukai Berganda kepada wakil-wakil syarikat dan graduan yang hadir
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 2
2. Pelaksanaan Program SL1M 2011/2012
Program SL1M telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari syarikat-
syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), syarikat-syarikat swasta (kecil dan sederhana) serta para
graduan semenjak dilancarkan pada 1 Jun 2011. Sebanyak 49 GLCs telah terlibat dalam program
SL1M pusingan pertama (2011/2012) dan menjalankan program ini secara CSR serta memberikan
komitmen yang tinggi dalam membantu seramai 8,262 graduan yang menyertai program.
Bagi menghargai peranan pihak swasta dalam menjayakan program SL1M, Kerajaan telah
meluluskan insentif potongan cukai berganda mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016 ke
atas perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat-syarikat bagi menggilap potensi dan membimbing
para graduan ini agar dapat memperolehi pekerjaan dan membantu menaikkan taraf kehidupan
keluarga mereka. Pengumuman insentif cukai ini oleh Y.A.B Perdana Menteri telah dibuat semasa
pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
Program Outreach Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi menarik minat para graduan dan syarikat-
syarikat swasta telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Program Outreach SL1M telah
diadakan mengikut zon seperti berikut:
a) Peringkat Zon Wilayah Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya)
i) Program telah diadakan di Putrajaya
Tempat : Putrajaya International Convention Centre
(PICC)
Tarikh : 27 Jun 2012 (Rabu)
Bil. Tetamu yang hadir : 1,300 orang
Bil. Syarikat yang hadir : 500 syarikat (1,000 orang)
Bil. Graduan yang hadir : 300 orang
Dirasmikan oleh : YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
ii) Program telah diadakan di Kuala Lumpur
Menyertai Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012 di Putra World Trade Centre
(PWTC) atas jemputan Pergerakan Pemuda BN
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC)
Tarikh : 16, 17 dan 18 November 2012
(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Bil. Tetamu yang hadir : 120,540 orang
Bil. Syarikat yang hadir : 270 syarikat (540 orang)
Bil. Peserta yang hadir : 120,000 orang
Dirasmikan oleh : YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri pada 17 November 2012
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 3
b) Peringkat Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak)
i) Program telah diadakan di Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia
(USM) dan Northern Corridor Economic Region (NCER)
Tempat : Auditorium Dewan Budaya
Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh : 14 Ogos 2012 (Selasa)
Bil. Tetamu yang hadir : 500 orang
Bil. Syarikat yang hadir : 60 syarikat (300 orang)
Bil. Graduan yang hadir : 200 orang
Dirasmikan oleh : YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
ii) Menyertai Program Outreach SL1M 2012 di Program Amanjaya Job Career & Youth
Fair 2012 di Ipoh, Perak atas jemputan Pergerakan Pemuda BN Perak
Tempat : Dataran Majlis Bandaraya Ipoh
Tarikh : 10 dan 11 November 2012 (Sabtu dan Ahad)
Bil. Tetamu yang hadir : 15,200 orang
Bil. Syarikat yang hadir : 100 syarikat (200 orang)
Bil. Peserta yang hadir : 15,000 orang
Dirasmikan oleh : YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar Perak
c) Peringkat Malaysia Timur
i) Program telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah Pusat 2
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Tarikh : 2 Oktober 2012 (Selasa)
Bil. Tetamu yang hadir : 1,500 orang
Bil. Syarikat yang hadir : 100 syarikat (500 orang)
Bil. Graduan yang hadir : 1,000 orang
Dirasmikan oleh : YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman,
Ketua Menteri Sabah
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 4
d) Peringkat Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
i) Sesi Taklimat mengenai Program SL1M oleh Ketua Sekretariat di Program Karnival
Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK) anjuran Jabatan Tenaga Kerja
Cawangan Johor Bahru
Tempat : Stadium Pasir Gudang
Tarikh : 5 Oktober 2012 (Jumaat)
Bil. Syarikat : 30 syarikat
Bil. Peserta yang hadir : 6,000 orang
ii) Taklimat berkenaan Program SL1M oleh Pn. Hajjah Norashikin Datuk Hj Ismail,
Ketua Sekretariat SL1M di Program Azam Kerja Johor Bahru anjuran Jabatan
Tenaga Kerja Cawangan Johor Bahru
Tempat : Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru
Tarikh : 30 Oktober 2012 (Selasa)
Bil. Syarikat : 50 syarikat
iii) Pameran dan Program Outreach SL1M di Program Azam Kerja Night Career Fair
anjuran JobsMalaysia Cawangan Johor Bahru
Tempat : Pandan City Tebrau, Johor Bahru
Tarikh : 2 & 3 November 2012 (Jumaat & Sabtu)
Bil. Syarikat : 80 syarikat
Bil. Peserta yang hadir : 10,000 orang
Dirasmikan oleh : YB Tan Sri Sharir Abdul Samad
Ahli Parlimen Johor Bahru
iv) Kempen promosi dan edaran risalah kepada syarikat-syarikat semasa BIMP-EAGA &
IMT-GTConsumer Fair 2012 anjuran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka
Tempat : Melaka International Trade Centre (MITC)
Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Bil. Syarikat : 500 syarikat
Dirasmikan oleh : YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 5
e) Peringkat Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
i) Pembentangan mengenai Pelaksanaan Program SL1M oleh Ketua Sekretariat SL1M
di Mesyuarat Focus Group Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Kelantan
anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK)
Tarikh : 19 September 2012 (Rabu)
Tempat : Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan
(JPPK) Kota Bharu, Kelantan
ii) Menyertai Program Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia anjuran dan atas
jemputan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dan Jabatan Tenaga
Kerja Kelantan (JTKK)
Tempat : Kelantan Trade Centre
Tarikh : 14, 15 dan 16 Disember 2012
(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Bil. Syarikat : 32 syarikat
Bil. Peserta yang hadir : 4,800 orang
Dirasmikan oleh : YBhg. Dato’ Makhtar Mustapha
Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan
Kelantan
Sebanyak 32 syarikat dari kawasan Pantai Timur termasuk Kuala Lumpur dan
Selangor telah menyertai karnival tersebut.
Perak AmanJaya Job & Career Fair 2012 Khemah Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dibanjiri lebih 15,200 orang pengunjung pada
10 & 11 Nov 2012
YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Ahli-Ahli Exco meluangkan masa mengunjungi pameran SL1M
Sudut SL1M bertali arus menerima kunjungan graduan dan syarikat ketika Career Fair yang diadakan di Ipoh, Perak
Kesesakan pengunjung yang hadir di dalam khemah sementara yang didirikan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh ini menunjukkan program kerjaya sentiasa dinanti-nantikan oleh pencari kerja
YAB Menteri Besar Perak berbesar hati menandatangani buku pelawat di Booth SL1M
Aktor popular Iqram Dinzly yang menyokong Program SL1M bergambar dengan Sekretariat SL1M
Kaunter pendaftaran Perak AmanJaya Job & Career Fair yang
padat dengan kehadiran para pengunjung yang ingin mendaftar
masuk ke khemah pameran kerjaya tersebut
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 6
3. Pengembangan Model SL1M
Berikutan dengan kejayaan Program SL1M, kementerian-kementerian lain telah menjadikan model
SL1M selaku rujukan meningkatkan tahap kebolehpasaran veteran dan jururawat.
3.1. Veteran Hiring Programme dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia
(MINDEF), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
Pihak UPE telah dirujuk oleh pihak MINDEF, PERHEBAT dan JHEV bagi menangani isu
para veteran menganggur yang tidak mempunyai pencen selepas menamatkan
perkhidmatan lebih awal.
3.2. SL1M-Jururawat
Kerjasama di antara pihak UPE dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
menggunapakai modus operandi program SL1M bagi membantu jururawat yang tidak
mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian lepasan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS).
Program Outreach SL1M Peringkat Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia dan Skim Latihan 1Malaysia
Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, 14-16 Dis 2012
YBhg. Dato' Makhtar Mustapha (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan), Encik Pezman Che Hussin (Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan) dan YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif (Timb. Naib Canselor UMK) diiringi Puan Hjh Norashikin meluangkan masa melawat Booth SL1M sambil beramah mesra dengan graduan Zon Pantai Timur
Salah seorang graduan yang hadir mengajukan soalan semasa sesi taklimat SL1M
Tidak mengira tempat dan waktu, Booth SL1M sering menjadi tumpuan hot spot graduan tidak kira sama ada untuk mendaftar dengan program atau mendapatkan penjelasan terus daripada Sekretariat SL1M
Ketua Sekretariat SL1M, Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail memberi penerangan berkenaan Program SL1M dan motivasi kepada para graduan Zon Pantai Timur
Para graduan Pantai Timur yang kebanyakannya terdiri dari golongan wanita khusyuk memberi tumpuan semasa mendengar taklimat yang disampaikan
Mahasiswa-mahasiswi yang mengerumuni ke Booth SL1M untuk
mendapatkan maklumat syarikat-syarikat yang menyertai
Program SL1M
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 7
Kewangan & Pelaburan
29%
Maklumat dan Komunikasi
8%
Minyak dan Gas4%
Pembinaan dan Hartanah
12%
Pembuatan6%
Pengangkutan dan Logistik
16%
Perkhidmatan12%
Pertanian dan Perladangan
8%
Utiliti4%
Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut sektor sehingga 31 Disember 2012
4. Status Terkini Pelaksanaan Program SL1M Sesi 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
4.1. Statistik Syarikat yang menyertai Program SL1M mengikut Sektor dan Negeri sehingga
31 Disember 2012
Jumlah syarikat yang terlibat dalam program SL1M : 49 GLCs & Swasta
Jumlah komitmen syarikat : 8,262 Pelatih
Jadual 1 : Sektor syarikat yang menyertai program SL1M sehingga 31 Disember 2012
Bil. Sektor syarikat yang menyertai program SL1M sehingga 31 Disember 2012
Jumlah Syarikat Peratus (%)
1 Kewangan dan Pelaburan 14 29
2 Maklumat dan Komunikasi 4 8
3 Minyak dan Gas 2 4
4 Pembinaan dan Hartanah 6 12
5 Pembuatan 3 6
6 Pengangkutan dan Logistik 8 16
7 Perkhidmatan 6 12
8 Pertanian dan Perladangan 4 8
9 Utiliti 2 4
Jumlah Keseluruhan 49 100
Rajah 1 : Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut Sektor sehingga 31 Disember 2012
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 8
Johor4% Kuala Lumpur
76%
Pahang4%
Selangor16%
Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut negeri sehingga 31 Disember 2012
Rajah 2 : Pecahan syarikat SL1M 2011/2012 mengikut Negeri sehingga 31 Disember 2012
Jadual 2 : Jumlah syarikat mengikut Negeri yang menyertai program SL1M
Bil. Jumlah Syarikat mengikut negeri yang menyertai program SL1M sehingga 31 Disember 2012
Jumlah Syarikat
Peratus (%)
1 Johor 2 4
2 Kuala Lumpur 37 76
3 Pahang 2 4
4 Selangor 8 16
Jumlah Keseluruhan 49 100
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 9
7,838
424
Status peserta program SL1M 2011/2012
Peserta yang berjayamemperolehi pekerjaan
Peserta yang masih dalamprogram atau sedang dibantumendapatkan pekerjaan
4.2. Statistik status peserta yang menyertai Program SL1M sehingga 31 Disember 2012
Jadual 3 : Status peserta program SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Bil. Status peserta program SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Jumlah Peserta Peratus (%)
1 Peserta yang berjaya memperolehi pekerjaan 7,838 95
2 Peserta yang masih dalam program atau sedang dibantu mendapatkan pekerjaan
424 5
Jumlah 8,262 100
Rajah 3 : Status peserta program SL1M 2011/2012
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 10
Kewangan dan Pelaburan
45%
Maklumat dan Komunikasi
10%Minyak dan Gas2%
Pembinaan dan Hartanah
16%
Pembuatan1%
Pengangkutan dan Logistik
4%
Perkhidmatan10%
Pertanian dan Perladangan
3%
Utiliti7%
Peserta yang Berjaya Mendapat Pekerjaan Mengikut Sektor
Jadual 4 : Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Bil. Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Jumlah peserta yang berjaya mendapat
pekerjaan Peratus (%)
1 Kewangan dan Pelaburan 3,564 45
2 Maklumat dan Komunikasi 758 10
3 Minyak dan Gas 195 2
4 Pembinaan dan Hartanah 1,284 16
5 Pembuatan 116 1
6 Pengangkutan dan Logistik 320 4
7 Perkhidmatan 812 10
8 Pertanian dan Perladangan 232 3
9 Utiliti 557 7
Jumlah Keseluruhan 7,838 100
Rajah 4 : Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan mengikut Sektor
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 11
4.3. Statistik keseluruhan peserta SL1M yang berjaya mendapat pekerjaan termasuk yang
masih dibantu atau sedang menjalani program mengikut sektor sehingga
31 Disember 2012
Jadual 5 : Statistik peserta SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Bil. Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012 sehingga 31 Disember 2012
Jumlah peserta yang berjaya
mendapat pekerjaan
Peratus (%)
Jumlah peserta yang masih
dalam program atau sedang
dibantu
Peratus (%)
1 Kewangan dan Pelaburan 3,564 45 68 16
2 Maklumat dan Komunikasi 758 10 2 0
3 Minyak dan Gas 195 2 0 0
4 Pembinaan dan Hartanah 1,284 16 57 13
5 Pembuatan 116 1 24 6
6 Pengangkutan dan Logistik 320 4 27 6
7 Perkhidmatan 812 10 0 0
8 Pertanian dan Perladangan 232 3 106 25
9 Utiliti 557 7 140 33
Jumlah Keseluruhan 7,838 100 424 100
3,564
758
195
1,284
116
320
812
232
557
68
2
57
24
27
106
140
0% 20% 40% 60% 80% 100%
Kewangan danPelaburan
Maklumat danKomunikasi
Minyak dan Gas
Pembinaan danHartanah
Pembuatan
Pengangkutan danLogistik
Perkhidmatan
Pertanian danPerladangan
Utiliti
Jumlahpesertayangberjayamendapatpekerjaan
Jumlahpesertayang masihdalamprogramatausedangdibantu
Rajah 5 : Sektor-sektor syarikat SL1M 2011/2012
Program Outreach SL1M Peringkat Malaysia Timur
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, 2 Okt 2012
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman (Ketua Menteri Sabah) merasmikan Program Outreach SL1M peringkat Negeri Sabah dengan gilang gemilang
Kehadiran lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil syarikat dan graduan Negeri Sabah
YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas menyampaikan Taklimat berkaitan Insentif Potongan Cukai Berganda kepada wakil-wakil syarikat Negeri Sabah serta faedah Program SL1M kepada graduan yang hadir
Para graduan SL1M mengisi daftar temuduga untuk mencuba peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat di Sabah
Lawatan YAB Ketua Menteri Sabah ke salah satu booth kerjaya dengan diiringi En Nik Azman (Timb. Ketua Pengarah UPE, JPM) dan Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bersama tetamu kehormat majlis iaitu En. Nik Azman (Timb. Ketua Pengarah, UPE, JPM) dan Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah (Naib Canselor UMS) serta wakil-wakil dari setiap organisasi yang bekerjasama menjayakan Program Outreach di Sabah yang terdiri daripada UMS, EPU JPM, Pejabat Ketua Menteri, JTK Sabah, UPENS, ICU, SEDIA, SEDCO, SSTC, Yayasan Sabah Group, JobsMalaysia dan Kem. Penerangan Sabah
En Nik Azman Nik Abdul Majid Timb., Ketua Pengarah Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri memberikan
ucapan alu-aluan kepada graduan yang hadir dari seluruh negeri
Sabah dan ucapan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan
oleh agensi Kerajaan dan sektor swasta negeri Sabah untuk
melaksanakan Program SL1M dengan jayanya
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 12
5. Perancangan Program SL1M 2013
Bagi Perancangan Program SL1M 2013, Kerajaan telah mensasarkan seramai 4,000 lagi graduan untuk
program SL1M sesi tahun 2012/2013 dengan membuka peluang penglibatan syarikat-syarikat swasta di
seluruh Malaysia.
Dalam usaha untuk merealisasikan kejayaan program bagi tahun 2013, UPE akan menganjurkan
program outreach dengan mengadakan Sesi Taklimat dan Penerangan Mengenai Program SL1M di
samping mengadakan pameran SL1M untuk mempromosikan faedah menyertai program di seluruh
Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengenalan yang lebih terperinci kepada syarikat dan
graduan untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan CSR syarikat untuk membantu graduan miskin
yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pekerjaan dan seterusnya membantu Kerajaan
mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan luar bandar.
Selain mempromosikan SL1M kepada syarikat swasta, pihak SL1M juga membuat perancangan jangka
panjang dengan bekerjasama dengan beberapa organisasi antaranya Talent Corporation Malaysia
Berhad (TalentCorp), Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Malaysian Employers
Federation (MEF), JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, My-Partners, Career Xcell, Kerajaan Negeri
dan lain-lain agensi berkaitan.
Keterangan ringkas mengenai program kerjasama adalah seperti jadual di bawah:
Jadual 6 : Kerjasama SL1M dengan pelbagai organisasi
Agensi Pelaksana Keterangan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
Kerjasama yang erat dijalinkan antara pihak TalentCorp dan pihak SL1M untuk mempertingkatkan tahap kebolehpasaran graduan di Malaysia melalui latihan industri yang diberikan.
Northern Corridor Implementation Authority (NCIA)
Pihak NCIA akan bekerjasama dengan pihak SL1M untuk mengendalikan soft-skill training dan on-job training kepada peserta SL1M yang berasal daripada kawasan Utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
My-Partners Sdn. Bhd. Pihak My-Partners bekerjasama dengan pihak SL1M untuk menjalankan soft-skill training melalui Graduates Career Accelarated Programme (GCAPs) untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran para graduan menganggur. Peserta akan menghadiri temuduga pekerjaan dengan syarikat-syarikat gergasi di karnival kerjaya yang dianjurkan oleh My-Partners selepas tamat kursus.
JobsMalaysia Pihak JobsMalaysia bekerjasama dengan pihak SL1M dalam mewujudkan sistem pendaftaran secara online kepada graduan dan syarikat yang ingin menyertai program SL1M di portal JobsMalaysia. Selain itu, pihak JobsMalaysia juga menyediakan data peserta SL1M yang mendaftar secara online kepada pihak EPU, menyebarkan maklumat berkenaan program SL1M melalui sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dan emel, serta sistem suaipadan peserta SL1M dengan syarikat di dalam pusat pangkalan data JobsMalaysia.
Malaysian Employers Federation (MEF)
SL1M akan menghadiri perjumpaan bulanan bersama MEF untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan serta penglibatan yang lebih mantap daripada majikan-majikan di seluruh Malaysia untuk menyertai program SL1M.
Career Xcell Sdn. Bhd. Bekerjasama dalam pengambilan peserta yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Biologi dan Bioteknologi yang mempunyai kelulusan gred 3.0 ke atas.
Pencapaian & Perancangan Skim Latihan 1Malaysia 13
Jadual 7 : Perancangan Kalendar Aktiviti Skim Latihan 1Malaysia 2013
Januari Februari Mac
7/1 Mesyuarat dengan
JobsMalaysia 1/2
BN Youth Job Fair 2013 di
Kedah, Alor Setar
2/3-
3/3
BN Youth Job Fair 2013 di
Tawau, Sabah
7/1 SL1M Maybank 2013 4/2 Taklimat mengenai SL1M-
Jururawat
7/3-
9/3
Karnival Sarawak Career and
Training (SCaT) & Program
Outreach SL1M 2013
Peringkat Negeri Sarawak
14/1
SL1M-GCAP-
Pengambilan Januari 2013
di GMI, Bangi
17/2
SL1M-GCAP –
Pengambilan Febuari 2013
di GMI, Bangi
14/3
Kempen Promosi dan
Taklimat SL1M kepada
Majikan di Perak bersama
MEF
Mg-3 Kolaborasi dengan NCER 22/2-
23/2
BN Youth Job Fair 2013 di
Kuala Terengganu,
Terengganu
25/3 Pembentangan Data Bulanan
JobsMalaysia kepada SL1M 31/1
BN Youth Job Fair 2013 di
Kedah, Alor Setar
April Mei Jun
17/4
Program Outreach SL1M
2013 untuk Majikan dan
Graduan di Zon Tengah
(KL) bersama MEF
9/5
Program Outreach SL1M
2013 untuk Majikan di Zon
Pantai Timur (Pahang)
Pahang bersama MEF Mg-3
Program Outreach SL1M
2013 untuk Majikan di Zon
Utara (Kedah) bersama MEF
Mg-4
Pembentangan Statistik
Bulanan JobsMalaysia
kepada SL1M
27/5
Pembentangan Data
Sistem Bulanan
JobsMalaysia kepada
SL1M
Julai Ogos September
Kemaskini pangkalan data dan statistik SL1M bagi semester pertama 2013
Mg-1
Audit perkembangan
Program SL1M 2013 di
syarikat- syarikat terlibat
12/9
Kempen dan Promosi SL1M
kepada Majikan bersama
MEF dan Program Outreach
Graduan di Melaka
9/7
Kempen dan Promosi SL1M kepada Majikan dan Graduan di Shah Alam bersama MEF
26/8
Pembentangan
Penjodohan Pekerjaan
JobsMalaysia kepada
SL1M
30/9
Pembentangan Data dan
Statistik Bulanan
JobsMalaysia kepada SL1M
Oktober November Disember
22/10
Kempen dan Promosi
SL1M kepada Majikan-
majikan di Johor bersama
MEF
11/11
Kempen dan Promosi
SL1M kepada Majikan-
majikan di Negeri
Sembilan bersama MEF
Mg-3
Majlis Penyampaian
Anugerah kepada 49 GLC’s
dan Syarikat-syarikat yang
menyertai SL1M
25/11
Pembentangan Data
Jumlah Peserta dan
Syarikat SL1M yang
berdaftar dengan
JobsMalaysia
30/12
Pengumpulan Data dan
Statistik Tahunan 2013 dari
JobsMalaysia kepada SL1M
Program Outreach SL1M Peringkat Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Program Azam Kerja Night Career Fair, Johor Bahru, dari jam 3.00 petang - 11.00 malam 2 & 3 Nov 2012
Hari pertama di Pandan City, Johor Bahru Booth SL1M telah mendapat sambutan hangat dari warga Zon Selatan
Para pengunjung berpusu-pusu membanjiri khemah pameran walaupun sudah lewat malam
Keadaan yang sesak dan panas bukan penghalang pencari kerja berusaha mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh lebih 80 syarikat yang menyertai Career Fair tersebut
YB Tan Sri Sharir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru gembira melawat Booth SL1M dan beramah mesra dengan Sekretariat SL1M setelah beliau selesai merasmikan Majlis Night Career Fair tersebut
Sekretariat SL1M berdedikasi memberikan penerangan dan menjawab setiap persoalan yang dikemukakan para graduan yang bertali arus membanjiri Booth SL1M
10,000 pencari kerja hadir mengintai peluang yang ada untuk mendapatkan pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah
Program Outreach SL1M Peringkat Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK), Pasir Gudang, 5 Okt 2012
Taklimat berkenaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang disampaikan oleh Puan Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M
Salah seorang wakil syarikat mengajukan soalan kepada Ketua Sekretariat SL1M
Persiapan awal oleh sebahagian syarikat yang hadir untuk membuka peluang pekerjaan kepada 6,000 pengunjung di Pasir Gudang dan Zon Selatan
Wakil-wakil syarikat Zon Selatan sedang meneliti syarat-syarat Program SL1M kerana baru pertama kali mengetahui tentang insentif Program SL1M ini
Wakil syarikat berdialog dengan Puan Hjh Norashikin berkenaan faedah Potongan Cukai Berganda yang bakal diterima oleh syarikat swasta yang menyertai Program SL1M ini
Mercu tanda utama Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang tempat berlangsungnya Program Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK)
Sekalung Penghargaan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan
kerjasama yang erat, secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada agensi-agensi
kerajaan, swasta dan individu-individu yang telah merealisasikan Program SL1M ini secara
tanggungjawab korporat sosial atau amal jariah bagi membantu mengubah nasib para graduan
khususnya dari keluarga berpendapatan rendah dan kawasan pedalaman. Hanya Tuhan
sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi baik yang telah dicurahkan selama ini. Semoga
usaha murni yang dihulur dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Setulus ikhlas daripada:
Sekretariat
Skim Latihan 1Malaysia
Seksyen Pembangunan Modal Insan
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Aras 3, Blok B5, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, Putrajaya
Tel: 03-8872 5336 / 5291/ 5337/ 3393/ 3386/ 3387/ 3388/ 3390
Fax: 03-8888 3857
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.epu.gov.my/sl1m
Facebook: Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
© Hak Cipta Terpelihara