penda hulu an

10
1.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Oleh itu, banyak fasa-fasa yang dilakukan untuk memperkembangan sistem pendidikan di negara Malaysia ini sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Perkembangan sistem pendidikan di negara ini melangkah ke fasa baru pembangunan adalah untuk menambahbaik sistem pendidikan dan merealisasikan aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun 2020. Maka, fasa-fasa pembangunan telah berlaku dan banyak memberi impak kepada sistem pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, berpandukan Misi Nasional iaitu merupakan dasar dan rangka kerja perlaksanaan yang bertujuan meningkatkan prestasi dan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rencana terperinci lima tahun yang pertama dalam Misi Nasional yang menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras dan objektif misi tersebut. Oleh itu, ia menampakkan usaha kerajaaan bagi meningkatkan pembangunan negara Malaysia terutamanya dalam sistem pendidikan di negara kita. Dalam menjayakan Misi Nasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan 1

Upload: fariezzaim95-1

Post on 11-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KKP

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan

pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Pendidikan merupakan suatu proses yang

berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik

serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras

dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya

saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan

generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Oleh itu, banyak fasa-

fasa yang dilakukan untuk memperkembangan sistem pendidikan di negara Malaysia ini

sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.

Perkembangan sistem pendidikan di negara ini melangkah ke fasa baru

pembangunan adalah untuk menambahbaik sistem pendidikan dan merealisasikan

aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun 2020. Maka, fasa-fasa

pembangunan telah berlaku dan banyak memberi impak kepada sistem pendidikan di

negara kita. Sebagai contoh, berpandukan Misi Nasional iaitu merupakan dasar dan

rangka kerja perlaksanaan yang bertujuan meningkatkan prestasi dan impak daripada

gabungan usaha pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)

merupakan rencana terperinci lima tahun yang pertama dalam Misi Nasional yang

menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras dan objektif misi

tersebut. Oleh itu, ia menampakkan usaha kerajaaan bagi meningkatkan pembangunan

negara Malaysia terutamanya dalam sistem pendidikan di negara kita.

Dalam menjayakan Misi Nasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang

menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan

pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha

ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan dapat diberikan tumpuan.

1

Page 2: Penda Hulu An

Hal ini kerana, kita haruslah mempunyai usaha yang besar dan bersungguh-

sungguh apabila ingin melakukan sesuatu perkara yang menginginkan kejayaan seperti

pepatah yang dikeluarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2006). Menurut

beliau dalam ucapan usul mengenai Rancangan Maaysia Kesembilan (2006-2010), iaitu

rencana lima tahun yang pertama, “sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan

Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarah kejayaan lebih

unggul demi membina tamadun dan menjulang martabat negara”. Oleh itu, usaha yang

dilakukan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai

perancangan yang rapi dan teratur agar ia dapat membangunkan dan menambahbaik

sistem pendidikan di negara kita.

Selain itu, Kementerian Pelajaran juga telah melaksanakan kajian semula sistem

pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh terhadap Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan pada Oktober 2011 dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan

Pendidikan (2013-2025) yang baharu. Hal ini kerana, adalah bertujuan

menambahbaikkan dasar pendidikan negara seterusnya mampu memberikan

perubahan yang besar terhadap sistem pendidikan di negara kita. Kerajaan telah

mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan

standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara

dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam

mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Oleh itu, banyak perubahan yang dilalui dalam sistem pendidikan di negara kita

untuk memastikan bahawa sistem pendidikan kita sentiasa mempunyai

penambahbaikkan agar mampu melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi serta

mempunyai minda kelas pertama yang mampu menjadi generasi yang cemerlang,

gemilang dan terbilang kepada negara kita.

Tambahan pula, pendidikan juga mampu merapatkan jurang terhadap rakyat

yang berbilang kaum di negara Malaysia. Hal ini kerana, sistem pendidikan di negara

kita mementingkan hak yang sama rata terhadap etnik-etnik yang pelbagai.

2

Page 3: Penda Hulu An

2.0 Jelaskan mengapa perubahan-perubahan perlu dilakukan sehingga

membentuk Dasar Pendidikan Negara.

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.

Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak

langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang

berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita

sehingga membentuk dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan di negara kita akan

sentiasa berubah-ubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik.

Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan

kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan dalam

menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya dengan

betul agar dapat menyumbang kepda pembangunan bangsa dan negara.

Faktor utama yang menyumbang kepada perlunya perubahan sistem pendidikan

di negara Malaysia ini adalah perubahan dasar politik. Hal ini kerana, menurut Wiles

Bondi (1989) dalam bukunya “Curriculum Development : A Guide to Practice”, beliau

menjelaskan bahawa pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu

kurikulum. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan sistem pendidikan

iaitu dasar kurikulum dipengaruhi oleh proses politik. Buktinya, setiap kali pucuk

pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan

akan dikaji semula dan dibentuk semula. Setiap kabinet-kabinet yang baru dibina

mempunyai buah fikiran yang tersendiri terhadap perancangan yang baharu untuk dasar

pendidikan. Kerajaan bertanggungjawab dan berkuasa dalam menetapkan Dasar

Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Seterusnya, sistem pendidikan seringkali berubah adalah kerana untuk

memenuhi kehendak masyarakat. Hal ini kerana, biasanya kurikulum yang diubah dan

dilaksanakan adalah untuk mengikut dan memenuhi kehendak masyarakat untuk

melahirkan generasi yang berjaya pada masa hadapan dengan keperluan ilmu

pengetahuan yang banyak. Namun, masyarakat juga akan menentukan sama ada

kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Tetapi, bukanlah mudah

untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya

3

Page 4: Penda Hulu An

pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami

perubahan yang pesat.

Selain itu, perubahan di dalam sistem pendidikan adalah amat perlu agar dapat

menyediakan masyarakat untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain sesuai dengan

perubahan semasa dunia. Oleh kerana sekolah sebagai salah satu agen perubahan

sosial yang utama di dalam masyarakat, maka perubahan ke atas sistem pendidikan

perlulah dilakukan supaya dapat menyediakan generasi masyarakat yang mampu

berdaya saing dengan bangsa-bangsa yang lain dari seluruh dunia. Hal ini kerana,

generasi pada masa hadapan akan berdepan dengan cabaran kehidupan di dalam era

teknologi maklumat di abad ke-21. Oleh itu, mereka diharapkan agar dapat menyokong

dan membantu usaha negara untuk mencapai dan mengekalkan daya saing ekonomi

dengan negara-negara maju.

Di samping itu, sistem pendidikan di negara kita perlu berubah-ubah adalah

disebabkan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Hal ini kerana, negara

yang ingin mencapai kemajuan dan membangun selaras dengan negara-negara yang

lain tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu, ia harus diubahsuai

mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Tambahan pula, menurut

Hida Taba (1962) dalam buku Perkembangan Kurikulum Sekolah, beliau menyatakan

bahawa “teknologi telah berubah dan berubah bukan sahaja di muka bumi dan institusi

masyarakat kita, tetapi manusi itu sendiri”. Oleh itu, kenyataan beliau itu jelas

menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat

pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu, perkembangan kurikulum haruslah

sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia.

Akhir sekali, sistem pendidikan yang membangun adalah yang mengalami

perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia. Oleh itu, sistem pendidikan

di negara kita seringkali berubah adalah kerana kurikulum hari ini perlu disesuaikan

mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu, perancangan kurikulum

bertanggungjawab dalam menyemak semula dari semasa ke semasa untuk

memperbaiki kurikulum agar kurikulum sistem pendidikan di negara kita ini mengikut

peredaran masa.

4

Page 5: Penda Hulu An

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah iaitu pengetahuan yang baru

sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat akan

diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan

masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana

pembelajaran harus berlaku. Oleh sebab itu, dengan menyedari bahawa murid-murid

harus disediakan dengan ilmu pengetahuan yang banyak, maka perancang kurikulum

harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid selaras

dengan peredaran masa.

5

Page 6: Penda Hulu An

3.0 Bincangkan sejauhmana sistem persekolahan yang sama diamalkan di

negara membentuk perpaduan antara kaum.

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota

masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota

masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan

kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek

yang terpenting dalam membentuk perpaduan negara. Hal ini kerana, Malaysia kini

dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada

wujudnya jurang perpisahan.

Namun, interaksi antara kaum di Malaysia iaitu sebelum mencapai kemerdekaan

tidak begitu meluas dan bermakna semasa zaman penjajahan. Interaksi antara etnik

sebelum merdeka kita boleh lihat pada era Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan

British, era penjajahan Jepun, dan semasa negara di ambang kemerdekaan. Dalam

membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya

rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai

perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan ini boleh dicapai melalui dua cara

iaitu Dasar pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa

Kebangsaan iaitu Perkara 152 Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu,

revolusi sistem pendidikan di Malaysia mampu hubungan etnik yang terdapat di negara

kita ini.

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar

pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat

(Melaka, Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan

yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk

kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada

pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi

jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan

Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai

pendidikan vernakular.

6

Page 7: Penda Hulu An

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk

perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman

penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak

dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan

Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah

supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku.

Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir

kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan

huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang

dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang

bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan

kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,

keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, satu cara yang penting

untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-

sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris,

Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa

penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun

menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem

persekolahan yang sama. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji

sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang

meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan

melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu digunakan

sebagai bahasa pengantar utama yang diselaraskan kepada semua jenis sekolah. Hal

ini kerana, bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah difahami dan dipelajari untuk

digunakan dalam kehidupan seharian. Maka, ia dapat membina hubungan perpaduan

yang baik dalam etnik masyarakat di Malaysia kerana semua etnik yang berbilang kaum

dapat memahami dan menggunakan bahasa Melayu.

7

Page 8: Penda Hulu An

Selain itu, kurikulum kebangsaan juga diselaraskan kepada semua jenis

sekolah. Semua jenis sekolah sama ada sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular

Cina dan juga sekolah vernakular Tamil menggunakan kurikulum yang sama agar dasar

yang digunakan terhadap semua sekolah sama dan mewujudkan perpaduan.

Seterusnya ialah sukatan pelajaran yang digunakan juga diselaraskan agar apa

yang dipelajari setiap jenis sekolah mempunyai sukatan pelajaran yang sama dan

menjadikan sistem pendidikan di negara kita terancang dan tersusun.

Akhir sekali, dalam mewujudkan perpaduan terhadap etnik yang berbilang kaum

di negara kita ini, sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah telah

diwujudkan. Hal ini agar proses peperiksaan iaitu penilaian terhadap generasi di negara

kita ini sama. Tambahan pula, melalui sistem peperiksaan yang selaras ini, ia dapat

menilai pencapaian rakyat yang berbilang kaum dengan sama rata seterusnya

mewujudkan perasaan yang puas hati dalam diri masyarakat yang berbilang kaum. Oleh

itu, perpaduan dapat dijalinkan dan diwujudkan di dalam negara Malaysia.

8

Page 9: Penda Hulu An

4.0 Kesimpulan

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua

bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan

potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi

pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu,

mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan

kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta

memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat. Dari segi keadilan sosial,

semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang

saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit

sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak

mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira

kaum.

Selain itu, penggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda

kerajaan dalam mewujudkan interaksi. Tetapi sejauh manakah keberkesanan dasar ini

dalam isu interaksi? Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa

Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad

(bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa masih belum

tercapai disebabkan masih wujud pebagai masalah interaksi antara indivudu. Interaksi di

antara individu pelbagai etnik hanya kerap berlaku sekiranya individu berkenaan berada

dalan satu persekitaran multi-etnik sahaja. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak,

Kadazan, Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang

fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan?

Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka interaksi yang berlaku hanya

relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah berjaya

dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang

untuk berinteraksi antara pelbagai etnik. Kejayaan meningkatkan interaksi antara

pelbagai etnik bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan

kejayaan perlaksanaannya oleh pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak

dapat dilaksanakan interaksi sosial pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan maka ‘Satu

9

Page 10: Penda Hulu An

Negara Satu Bangsa’ hanya akan tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan semua

rakyat Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

2010. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2015. Kuala Lumpur: KPM.

Mohd Daud Hamzah. (1995). Perkembanagn Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wiles. J & Bondi. J. (1989). Curriculum Development : A Guide to Practice. Ohio: Merrill

Publishing Company.

10