pendahuluan · web viewsifat amanah merupakan salah satu sifat yang penting dimana saya perlulah...
TRANSCRIPT
LAPORAN KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME (HHHC9401)
SET 5SEMESTER 2 (2014/2015)
NAMA: NORMA BINTI MAT JUSOH (011-19412461)
NO MATRIK:A143440
NAMA PROGRAM:PROGRAM USAHAWANAN MUDA B-MART
TEMPAT:KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN:KELAB KEUSAHAWAN B-MART
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
NAMA PENSYARAH:DR. HARLINA BINTI MOHAMED ON
1.0 Pendahuluan
Tujuan kursus HHHC 9401: NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME antaranya
adalah untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme dikalangan
pelajar. Ianya merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam
sekitar dan sosio-budaya dalam amalan professionalisme. Melalui kursus ini juga, pelajar boleh
menilai tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang sesuai dengan etika kerjaya
nanti.
Program Usahawan Muda Bmart ini diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan
penghuni Kolej Aminuddin Baki yang sukar mendapatkan barangan keperluan asas, khidmat
fotostat dan cetakan serta jualan makanan dalam kawasan kolej kediaman. Selain mempupuk
sifat keusahawanan dalam diri pelajar, program ini turut memupuk sifat nilai-nilai murni, etika
dan professional dalam diri pelajar-pelajar.
Kelak, saya akan menyatakan nilai-nilai dan sikap yang ada sepanjang perancangan
program dan ketika program berlangsung. Saya juga akan turut membincangkan cara-cara saya
menangani secara beretika dan professional dalam isu-isu yang berlaku. Sebagai Majlis Tertinggi
Stok Dan Belian, nilai-nilai yang baik dan sifat beretika sangat penting yang perlu ada dalam diri
saya supaya dapat menjadi role model kepada ahli-ahli yang lain begitu juga dengan sikap
professional dimana saya harus bersikap professional dalam membuat keputusan dan
menunjukkan nilai murni yang baik terhadap anak buah. Ia juga mengajar saya memupuk nilai
professional ketika berurusan dengan pihak pemborong untuk mendapatkan stok jualan.
1
2.0 Nilai
Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang untuk bertindak mengikut pemilihan yang
berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Ilmu, kebijaksanaan, keadilan, kesabaran atau
kesederhanaan merupakan antara nilai-nilai utama masyarakat. Daripada bermulanya sesi
perancangan sehinggalah sesi pelaksanaan, kami mengamalkan nilai kerjasama dimana saya
bersama Majlis Tertinggi yang lain akan bekerjasama dalam memantau kerja-kerja atau tugas
ahli-ahli yang lain.
Selain itu, antara permasalahan yang sering berlaku adalah pertembungan jadual antara
jadual bertugas dan jadual kuliah. Dengan permasalahan itu, kami akan meminta bantuan
daripada ahli-ahli lain yang mempunyai kelapangan untuk menggantikan tugas kami. Disini,
dapat ditunjukkan bahawa kami saling bekerjasama dan turut bantu-membantu antara satu sama
lain. Selaku salah seorang Majlis Tertinggi program, saya haruslah menunjukkan nilai keadilan
supaya tidak berlakunya ketidakadilan ketika membuat keputusan. Saya harus mengetepikan
perkara peribadi dan perlu membuat keputusan yang betul untuk menjayakan program ini.
Sebagai cita-cita saya yang ingin menjadi seorang Pengurus Sumber Manusia, nilai-nilai
tersebut dapat gunakan di alam pekerjaan nanti. Antaranya adalah nilai kerjasama. Saya dapat
mempraktikkan nilai ini ketika saya bekerja di dalam satu bahagian di syarikat nani dimana
bekerjasama menyelesaikan apa jua masalah yang timbul. Apabila menjadi serang yang
berkerjaya jugak, nilai keadilan juga perlu diterapkan. Berdasarkan tugas saya, saya dapat
mempraktikkan nilai ini ketika saya perlu bersikap adil sewaktu pemilihan pekerja dimana
layanan yang diberikan adalah adil antara satu sama lain. Hal yang berkaitan adalah isu yang
berkaitan dengan pampasan dan penilaian prestasi pekerja.
2
3.0 Sikap
Sikap pula adalah penilaian positif atau negatif atau perasaan seseorang individu itu terhadap
orang lain, objek atau sebarang peristiwa. Sikap juga boleh mempengaruhi cara pelajar melihat
dan bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwa-peristiwa yang mereka
hadapi.
Sifat amanah merupakan salah satu sifat yang penting dimana saya perlulah patuh kepada
arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah dan semua urusan yang dipertanggungjawabkan
hendaklah ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Saya juga haruslah bersifat
bertanggungjawab untuk memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna
selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas serta sabar dan bukannya sekadar
"melepaskan batuk di tangga". Antara permasalahan sikap yang berlaku sepanjang program
berlangsung adalah ada segelintir ahli yang kurang bersikap ramah ataupun friendly dengan
pelanggan. Walaubagaimanapun, permasalahan ini dapat diatasi dengan segera.
Sikap yang dapat saya praktikkan di alam pekerjaan adalah sikap bertanggungjawab.
Sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia, saya perlu bersikap bertanggungjawab terhadap apa
yang diarahkan oleh majikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan hal dimana, pengurusan terhadap
apa yang dipertanggungjawabkan oleh majikan, saya harus melaksanakannya dengan
bersungguh-sungguh seperti diberi tanggungjawab menyediakan program latihan kepada setiap
pekerja. Sikap seterusnya adalah nilai sikap amanah. Sikap ini dapat diterapkan apabila saya
diamanahkan memegang sejumlah kewangan yang besar untuk diagihkan sebagai gaji dan upah
kepada pekerja. Saya harus bersikap adil dan amanah terhadap hal yang berkaitan dengan
kewangan.
3
4.0 Etika
Tunjang kepada keharmonian sesebuah organisasi mahu pun komuniti adalah amalan etika yang
baik. Etika adalah satu set prinsip yang digunakan untuk menentukan betul salah sesuatu
tindakan. Etika juga menjadi cermin kepada kelakuan-kelakuan pelaku yang boleh diterima atau
tidak dari segi akhlak.. Etika sentiasa mengikut individu-individu yang dari sekecil-kecil jawatan
sehinggalah ke jawatan tertinggi. Tanpa etika, maka terjadilah amalan-amalan tidak sihat yang
akhirnya membawa kepada keruntuhan sesebuah organisasi.
Antara contoh etika sepanjang program ini berlangsung adalah etika berpakaian dimana
saya dan semua ahli haruslah memakai baju kelab yang telah ditetapkan sewaktu bertugas.
Sekiranya kami tidak dapat memakai baju yang ditetapkan, kami mestilah memakai badge kelab
yang telah diberikan sebagai tanda kami sedang bertugas.
Selain itu, program ini juga turut menitikberatkan etika menepati masa. Disini saya dapat
belajar untuk menjadi seorang yang tepati masa. Saya dilatih untuk datang lebih awal untuk
setiap kali perjumpaan dan setiap kali sebelum menjalankan tugas. Dengan etika menepati masa
ini, saya kini menjadi seorang yang ‘early’ daripada seorang yang ‘punctual’.
Etika yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan adalah etika berpakaian formal. Setiap
pekerja perlu memakai pakaian yang formal dan kemas di tempat kerja kerana ia juga
menggambarkan imej syarikat. Sebagai seorang pekerja yang berkaliber, pemaikaian harus
dijaga justeru ia dapat menyumbang ke arah keyakinan diri. Etika yang seterusnya adalah etika
menepati masa. Saya akan mempraktikkan etika ini dimana saya akan mengelakkan daripada
hadir lewat ke kelas dan sentiasa menjadi seorang pekerja yang produktif.
4
5.0 Profesionalisme
Etika profesional dalam sesebuah organisasi pula adalah satu sistem yang digunakan untuk
menilai prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibentuk. Ini adalah untuk mengawal prestasi
setiap daripada mereka semasa menjalankan tugas dan penggunaan sumber yang dimiliki. Dari
sudut profesionalisme, kod etika memainkan peranan yang penting untuk membentuk nilai
tanggungjawab dan hubungan yang harmoni dikalangan ahli-ahlinya, institusi, dan juga komuniti
yang sedia ada.
Melalui mesyuarat yang diadakan, saya telah belajar untuk bersikap profesional dalam
meluahkan pendapat, menggunakan aras bahasa yang sesuai dan juga menghormati pandangan
orang lain meskipun pandangan mereka berbeza dengan apa yang saya fikirkan. Sikap
profesional ini juga dapat dilatih apabila saya memimpin ahli-ahli yang lain. Saya suka untuk
bersikap terbuka dan profesional semasa menjalankan amanah tanpa membiarkan permasalahan
peribadi menjadi masalah.
Sikap profesional yang saya dapati semasa menjalankan program ini, saya dapat
mempraktikkan sikap ini semasa di alam pekerjaan. Sikap profesional ini dapat saya praktikkan
ketika menjadi seorang pekerja, saya harus bersikap profesional untuk tidak membawa sebarang
hal peribadi di dalam syarikat. Saya juga harus bersikap profesional antara pekerja lain apabila
berlaku sesi bertukar pendapat dan belajar menerima idea orang lain dengan hati yang terbuka.
Sikap profesional ini harus dikekalkan kerana ia akan menjadi motivasi diri untuk sentiasa kawal
diri dan membezakan golongan atasan dan bawahan di samping meningkatkan rasa hormat –
menghormati antara satu sama lain.
5
Gambar Semasa Jamuan Akhir Kelab.
Barisan Majlis Tertinggi Bmart sesi 2014/2015 ( Saya sebagai Pengurus Stok Dan Belian)
12
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pelbagai pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang mengikuti program
Usahawan Muda B-Mart ini iaitu dari awal, semasa dan sehingga selesainya program. Selain itu,
program ini juga memberikan saya pengajaran yang boleh saya aplikasikan dalam menempuh
hari mendatang selepas saya bergraduasi kelak. Di samping itu, saya dapat memantapkan
kemahiran insaniah yang saya pelajari terutamanya dalam kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme. Hal ini dapat memberikan pengajaran kepada saya dalam menonjolkan diri dan
melakukan tugasan dengan baik. Saya juga berharap program Usahawan Muda B-Mart dan
seumpamanya diteruskan untuk memberi peluang dan pengalaman yang menarik kepada para
mahasiswa.
14