pendapat 4 mazhab

3
1 Pendapat 4 Mazhab Berkenaan Mengirim Pahala Bacaan Al Quran. Ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mengirim pahala bacaan al-Quran. Pertama, Mazhab Hanafi. Ulama Hanafiyah berpendapat bahwa mengirim pahala bacaan al-Quran kepada orang mati hukum dibolehkan. Pahalanya sampai kepada mayit, dan bermanfaat bagi mayit. Seorang ulamak Hanafiyyah, Imam Ibnu Abil Izz menuliskan di dalam Syarh Aqidah Thahawiyah, ﻣﻦ ﻳﻤﻨﻊ اﳌﺴﻠﻢ ﻷﺧﻴﻪ وﻫﺒﻪ ﻓﺈذا, اﻟﻌﺎﻣﻞ ﺣﻖ اﻟﺜﻮاب إن ﻟﻪ وإﺑﺮاﺋﻪ, ﺣﻴﺎﺗﻪ ﻟﻪ ﻣﺎﻟﻪ ﻫﺒﺔ ﻣﻦ ﻳﻤﻨﻊ ﻛﲈ, ذﻟﻚ وﻓﺎﺗﻪ ﺑﻌﺪ ﻣﻨﻪ. وﻗﺪ اﻟﻌﺒﺎدات ﻣﻦ وﻧﺤﻮﻫﺎ اﻟﻘﺮاءة ﺛﻮاب وﺻﻮل ﻋﲆ اﻟﺼﻮم ﺛﻮاب ﺑﻮﺻﻮل اﻟﺸﺎرع ﻧﺒﻪ اﻟﺒﺪﻧﻴﺔ“Sesungguhnya pahala adalah hak orang yang beramal. Maka apabila ia hibahkan kepada saudaranya sesama Muslim, tidak jadi masalah. Sebagaimana dia boleh menghibahkan hartanya kepada orang lain ketika masih hidup. Atau membebaskan tanggungan saudara Muslim, yang telah wafat. Syariat telah menjelaskan pahala puasa dapat sampai kepada mayit, yang itu mengisyaratkan sampainya pahala bacaan al-Quran, atau ibadah badaniyah lainnya.” (Syarh Aqidah Thahawiyah, 1/300). Kedua, Mazhab Malikiyah. Imam Malik berkata bahwa menghadiahkan pahala amal kepada orang mati hukumnya dilarang dan pahalanya tidak sampai, dan tidak bermanfaat bagi mayit. Seorang ulamak Malikiyah, al-Qarrafi, di dalam kitab Minan al-Jalil membahagi ibadah menjadi tiga: 1- Ibadah yang pahala dan manfaatnya dibatasi oleh Allah, dan hanya diperolehi oleh pemiliknya. Allah tidak menjadikannya boleh dipindahkan atau dihadiahkan kepada orang lain. Seperti iman, atau tauhid. 2 - Ibadah yang disepakati ulama bahawa pahalanya boleh dipindahkan dan dihadiahkan kepada orang lain, seperti ibadah maliyah (harta). 3 - Ibadah yang diperselisihkan ulama, samada pahalanya boleh dihadiahkan kepada mayit atau tidak, seperti bacaan al-Quran. Imam Malik dan Imam Syafii melarangnya. (Minan al-Jalil, 1/509). Selanjutnya al-Qarrafi menyebutkan dirinya berbeza dengan pendapat Imam Malik, dan lebih menguatkan pendapat yang membolehkan. Beliau menyatakan, ﻣﻐﻴﺐ ﻓﺈﻧﻪ, اﻟﻮﺻﻮل ﻫﻮ اﳊﻖ ﻓﻠﻌﻞ, ﻳﱰﻛﻪ أن ﻟﻺﻧﺴﺎن ﻓﻴﻨﺒﻐﻲ“Sebaiknya orang tidak meninggalkannya. Maka jika ia jadi yang benar (dibolehkan), [maka] pahala itu sampai. Kerana ini masalah ghaib.” (Minan al-Jalil, 7/499). Sebahagian ulama Malikiyah yang lain sependapat dengan sebahagian ulamak Hambali, ia itu bahwa menghadiahkan pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayit. Walaupun begitu, jika yang hidup membaca al-Quran dekat dengan mayit atau di kuburan, maka mayit mendapatkan pahala mendengarkan bacaan al-Quran. Namun pendapat ini ditolak al-Qarrafi karena mayit tidak lagi mampu beramal, kerana kesempatan beramal telah putus (Inqitha’ at-Taklif). (Minan al-Jalil, 1/510).

Upload: emjay34

Post on 07-Jul-2016

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendapat 4 Mazhab berkenaan kirim pahala baca al-Quran

TRANSCRIPT

Page 1: Pendapat 4 Mazhab

1

Pendapat 4 Mazhab Berkenaan Mengirim Pahala Bacaan Al Quran. Ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mengirim pahala bacaan al-Quran. Pertama, Mazhab Hanafi. Ulama Hanafiyah berpendapat bahwa mengirim pahala bacaan al-Quran kepada orang mati hukum dibolehkan. Pahalanya sampai kepada mayit, dan bermanfaat bagi mayit. Seorang ulamak Hanafiyyah, Imam Ibnu Abil Izz menuliskan di dalam Syarh Aqidah Thahawiyah,

ذلك, كام مل يمنع من هبة ماله له يف حياته, وإبرائه له إن الثواب حق العامل, فإذا وهبه ألخيه املسلم مل يمنع من البدنية نبه الشارع بوصول ثواب الصوم عىل وصول ثواب القراءة ونحوها من العبادات وقد. منه بعد وفاته

“Sesungguhnya pahala adalah hak orang yang beramal. Maka apabila ia hibahkan kepada saudaranya sesama Muslim, tidak jadi masalah. Sebagaimana dia boleh menghibahkan hartanya kepada orang lain ketika masih hidup. Atau membebaskan tanggungan saudara Muslim, yang telah wafat. Syariat telah menjelaskan pahala puasa dapat sampai kepada mayit, yang itu mengisyaratkan sampainya pahala bacaan al-Quran, atau ibadah badaniyah lainnya.” (Syarh Aqidah Thahawiyah, 1/300). Kedua, Mazhab Malikiyah. Imam Malik berkata bahwa menghadiahkan pahala amal kepada orang mati hukumnya dilarang dan pahalanya tidak sampai, dan tidak bermanfaat bagi mayit. Seorang ulamak Malikiyah, al-Qarrafi, di dalam kitab Minan al-Jalil membahagi ibadah menjadi tiga: 1- Ibadah yang pahala dan manfaatnya dibatasi oleh Allah, dan hanya diperolehi oleh pemiliknya. Allah

tidak menjadikannya boleh dipindahkan atau dihadiahkan kepada orang lain. Seperti iman, atau tauhid.

2 - Ibadah yang disepakati ulama bahawa pahalanya boleh dipindahkan dan dihadiahkan kepada orang lain, seperti ibadah maliyah (harta).

3 - Ibadah yang diperselisihkan ulama, samada pahalanya boleh dihadiahkan kepada mayit atau tidak, seperti bacaan al-Quran. Imam Malik dan Imam Syafii melarangnya. (Minan al-Jalil, 1/509).

Selanjutnya al-Qarrafi menyebutkan dirinya berbeza dengan pendapat Imam Malik, dan lebih menguatkan pendapat yang membolehkan. Beliau menyatakan,

فينبغي لإلنسان أن ال يرتكه, فلعل احلق هو الوصول, فإنه مغيب

“Sebaiknya orang tidak meninggalkannya. Maka jika ia jadi yang benar (dibolehkan), [maka] pahala itu sampai. Kerana ini masalah ghaib.” (Minan al-Jalil, 7/499). Sebahagian ulama Malikiyah yang lain sependapat dengan sebahagian ulamak Hambali, ia itu bahwa menghadiahkan pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayit. Walaupun begitu, jika yang hidup membaca al-Quran dekat dengan mayit atau di kuburan, maka mayit mendapatkan pahala mendengarkan bacaan al-Quran. Namun pendapat ini ditolak al-Qarrafi karena mayit tidak lagi mampu beramal, kerana kesempatan beramal telah putus (Inqitha’ at-Taklif). (Minan al-Jalil, 1/510).

Page 2: Pendapat 4 Mazhab

2

Ketiga, Mazhab Syafi’iyah. Pendapat yang masyhur dari Imam as-Syafii bahwa beliau melarang menghadiahkan bacaan al-Quran kepada mayit dan itu tidak sampai. An-Nawawi mengatakan,

:وأما قراءة القرآن, فاملشهور من مذهب الشافعي, أنه ال يصل ثواهبا إىل امليت, وقال بعض أصحابه يصل ثواهبا إىل امليت

“Untuk bacaan al-Quran, pendapat yang masyhur dalam madzhab as-Syafii [ialah] bahwa itu tidak sampai pahalanya kepada mayit. Sementara sebahagian ulama mengatakan, pahalanya sampai kepada mayit”. (Syarh Shahih Muslim, 1/90). Seorang ulama Syafiiyah yang sangat tegas menyatakan bahwa itu tidak sampai adalah al-Hafiz Ibnu Katsir. Ketika mentafsirkan firman Allah di surat an-Najm,

وأن ليس لإلنسان إال ما سعى“Bahwa manusia tidak akan mendapatkan pahala kecuali dari apa yang telah dia amalkan.” (an-Najm: 39). Kata Ibnu Katsir,

املوتى;اتبعه أن القراءة ال يصل إهداء ثواهبا إىل ومن وهذه اآلية الكريمة استنبF الشافعي, رمحه اهللا, ومن كسبهم ألنه ليس من عملهم وال

“Dari ayat ini, Imam as-Syafii, rahimahullah, dan ulama yang mengikuti beliau (menyimpulkan), bahwa menghadiahkan pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayit. Kerana itu bukan bahagian dari amal mayit maupun hasil kerja mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/465). Dalam tafsir beliau, Ibnu Katsir juga ada menyebutkan dalil-dalil dan alasan yang mendukung pendapatnya. Keempat, Mazhab Hambali. Dalam Madzhab Hambali ada berbagai pendapat. Sebahagian ulama hambali membolehkan dan sebahagian melarang, sebagaimana yang terjadi pada madzhan Malikiyah. Pendapat ulama Mazhab Hambali dalam hal ini, 1. Boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati dan itu adalah bermanfaat baginya. Ini

pendapat yang mayhur dari Imam Ahmad. 2. Tidak boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayit, meskipun jika ada orang yang

mengirim pahala, itu boleh sampai dan bermanfaat bagi mayit. Pendapat mereka ialah, pahala tetap menjadi milik pembaca (yang hidup), tetapi rahmat boleh sampai ke mayit. Al-Buhuti mengatakan,

وقال األكثر ال يصل إىل امليت ثواب القراءة وإن ذلك لفاعله “Kebanyakan ulamak Hambali mengatakan, pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayit, dan

itu milik orang yang beramal.” (Kasyaf al-Qana’, 2/147). Sementara Ibnu Qudamah mengatakan,

Page 3: Pendapat 4 Mazhab

3

علها وجعل ثواهبا للميت املسلم نفعه ذلكوأي قربة ف “Ibadah apapun yang dikerjakan dan pahalanya dihadiahkan untuk mayit yang Muslim, maka dia

boleh mendapatkan manfaatnya.” (as-Syarhul Kabir, 2/425). Ibnu Qudamah, juga menyebutkan,

وقال بعضهم إذا قرئ القرآن عند امليت أو اهدي إليه ثوابه كان الثواب لقارئه ويكون امليت كأنه حارضها فرتجى له الرمحة

“Dan telah berkata sebahagian dari mereka, jika seseorang membaca al-Quran di dekat mayit, atau menghadiahkan pahala bacaan untuknya, maka pahala tetap menjadi milik yang membaca, sementara keadaan mayit seperti orang yang hadir di tempat bacaan al-Quran maka diharapkan dia mendapat rahmat.” (as-Syarhul Kabir, 2/426). Ini hampir sama dengan pendapat Al Buhuti.