pendekatan apresiasi seni kbsr kssr
TRANSCRIPT
PENDEKATAN APRESIASI
SENI KBSR/KSSR
OLEH:
Nur Shapinatul Nashira binti
Mohammad Nashir
Liyana Binti Azman
Saiyidah Sarah binti Ghazali
Nurul atiqah binti Saiman
DEFINISI APRESIASI
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai
kajian mengenai pelukis-pelukis atau
pandai tukang mengenai hasil-hasil seni
mereka, faktor yang mempengaruhi
mereka, cara mereka bekerja, bagaimana
mereka memilih tema dan ‘subject matter’
serta gaya dan stail mereka
Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap,
minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini
berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini
memerlukan “logical operation such as defining,
valuing and explaining”
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang
lebih luas. Umumnya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan
sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik
menghasilkan karya seni sahaja.
melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan
deria pandang.
Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan
dipandang sementara arca dan binaan disentuh.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan
orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan.
Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni
serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai
seni yang diperlukan.
PENDEKATAN APRESIASI
Mengikut John A. Michael dalam
bukunya “art and adolescence” ada
dua pendekatan dalam apresiasi
seni iaitu :
cara pendekatan secara logik
pendekatan secara psikologi.”
PENDEKATAN SECARA LOGIK
pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan
memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak
berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada
yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik ialah secara
penerangan membaca, mengkaji, bila dihasilkan,
tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika
dan pengaruh
-bermaksud penerangan terhadap sesuatu karya
seni yang berasaskan kefahaman intelek
-berfaktakan dengan andaian dan munasabah
dalam sesuatu karya.
terdapat empat proses dalam pendekatan
secara logik dalam apresiasi seni iaitu,
-Penerangan
-Pemerhatian
-Perbandingan
-Penghasilan
PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI-memberikan penerangan berdasarkan emosi, perasaan
dalam terhadap sesuatu karya seni visual
-pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu
pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi
- proses inkuiri
- secara perbincangan dan perbandingan
- lawatan/pameran
- koleksi buku-buku scrap dan lakaran
- mengkritik hasil karya seni
APRESIASI SENI VISUAL SECARA
MUDAH Salah satu daripada fokus mata pelajaran seni
visual.
Memberi pengalaman kepada murid mengenali
aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui
hasil kerja.
Pernyataan tentang hasil kerja
pula boleh dibuat dalam pelbagai
cara seperti lisan, cerita, lakonan,
nyanyian, karangan dan puisi.
Murid diperkenalkan kepada
tokoh-tokoh seni dan menghargai
sumbangan mereka.
PENDEKATAN APRESIASI SENI
KBSR
Dalam objektif pembelajaran :
- Tahun 1: mengenali serta menghargai
hasil kerja sendiri dan rakan.
- Tahun 3: Menghargai hasil kerja
sendiri dan rakan
- Tahun 4: Menghargai hasil kerja
sendiri dan rakan.
- Tahun 5: Menghargai sumbangan pelukis
dan tokoh kraf tempatan .
- Tahun 6: Menghargai sumbangan pelukis
tempatan dan unsur-unsur budaya
tanah air melalui kegiatan Seni
Visual. Membuat pernyataan secara
lisan tentang kerja sendiri dan rakan
secara kritis dan merekod pengalaman
pembelajaran dalam portfolio.
PENDEKATAN APRESIASI SENI
KSSR
Tidak seperti KBSR, KSSR dilengkapi dengan
empat Standard Kandungan. Standard Kandungan
Keempat adalah APRESIASI SENI VISUAL.
Standard kandungan tersebut membolehkan
murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
Murid juga boleh membuat
penghayatan dan penghargaan seni
warisan serta hubung kait seni
visual dengan disiplin ilmu yang
lain, kehidupan dan kerjaya
BANDING BEZA
ANTARA KBSR DAN
KSSR
KBSR: Tidak dijelaskan secara
khusus atau terperinci bagaimana
apresiasi seni visual diterapkan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
KSSR: Apresiasi seni dipraktikkan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Berdasarkan KSSR, standard
kandungan apresiasi seni adalah
elemen terakhir yang diajar dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
- 1.1 Persepsi estetik - 1.2
Aplikasi Seni
- 1.3 Ekspresi Kreatif - 1.4
Apresiasi Seni
Menerusi 1.4 Apresiasi Seni, murid dapat
membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan berpandukan bahsa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya seni
yang dihasilkan.
1.4.2 Menceritakan karya sendiri
secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan
rakan
TERIMA KASIH KERANA
SUDI MEMINJAMKAN
TELINGA DAN MATA ANDA
UNTUK MENJAYAKAN
PEMBENTANGAN KAMI ^_^