pendekatan pengajaran yang digunakan oleh … · terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan ......
TRANSCRIPT
PENDEKATAN PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN OLEH GURU SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK
NOR ASMAH BINTI SALLEH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat bonda tercinta.. Arbaiyah Bt Ahmad
Terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini...
Buat Abg Man & Kak Imah
Abg Dan & Kak Mawar Kak Rahmah, Abg Ajib, Abg Nizam, Abg Zul & Sahar
terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Kalian inspirasi dalam meneruskan perjuangan ini...
Buat anak-anak sedaraku, Mohd Firdaus, Mohd Asri,,Mohd Taufiq, Mohd Iqbal, Mohd Faris & Nurfirdaus
Kalianlah pembakar semangatku.. Jadikan Kejayaanku pendorong buatmu semua...
Buat insan tersayang.. Mohd Nadzir Saem
terima kasih di atas kesabaranmu, sokongan dan dorongan yang diberikan dalam meneruskan perjuangan ini
Untuk semua teman dan sahabat yang dikasihi Terima kasih di atas persahabatan dan sokonganmu....
Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. Dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini.
Setinggi perhargaan kepada En. Abdul Razak B. Idris selaku penyelia tesis
atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau sehinggalah saya dapat menyiapkan
tesis ini.. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat
iaitu sekolah- sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kerjasama dari mereka
amatlah dihargai.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga dan
rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya
menyiapkan tesis ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan
di atas sumbangan yang tidak ternilai.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang
digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini
ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.
Seramai 177 orang guru matematik di jadikan responden dan mereka adalah guru-
guru dari beberapa buah sekolah menengah di Johor Bahru yang dipilih secara
rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dikumpul
dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS
10.0). Dalam kajian, analisis statistik deskriptif (peratus dan min) dan inferensi (ujian
korelasi) telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di
sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Walaubagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan
guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila
menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut. Keputusan ujian korelasi Pearson-r
yang dijalankan ke atas ketiga-tiga pendekatan pengajaran dengan pengalaman
mengajar menunjukkan nilai korelasi,r kurang daripada 0.02. Ini menunjukkan
perhubungan antara pengalaman mengajar guru dengan pendekatan pengajaran
adalah sangat lemah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine of teaching approach used by
mathematics teachers in teaching Mathematics in secondary school in Johor Bahru.
The study will focus on the teachers approaches normally used by teachers that are
teachers centered, students centered and resource based. Respondents was 177
teachers randomly selected from secondary school in Johor Bahru. Statistical
Package for Social Sciences (SPSS 10.0) was used to analyzed the data using
descriptive (mean, percentage) and inferential (correlation test) statistics. The results
showed that most of the teachers used student centered, and resource based for their
teaching approach. But there are a teacher who’s still used the teachers centered in
teaching Mathematics. The teachers also faced several problems while using these
approaches in teaching Mathematics. The result also showed that there are very low
correlation between teaching approaches and teaching experiences.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Definisi dan Istilah 8
viii
2 SOROTAN KAJIAN 10
2.0 Pengenalan 10
2.1 Pendekatan Berpusatkan Guru. 11
2.1.1 Ciri – ciri pendekatan berpusatkan guru 12
2.1.2 Kaedah dalam pendekatan berpusatkan guru. 13
2.1.2.1 Pengajaran secara kelas 13
2.1.2.2 Tunjukcara ( Demonstrasi) 14
2.2 Pendekatan Berpusatkan Pelajar 16
2.2.1 Ciri-ciri pendekatan berpusatkan pelajar 17
2.2.2 Kaedah dalam pendekatan berpusatkan guru. 18
2.2.2.1 Pengajaran secara kumpulan 18
2.2.2.2 Kaedah Penyoalan 19
2.2.2.3 Kaedah Perbincangan 20
2.2.2.4 Kaedah Sumbangsaran 22
2.2.2.5 Kaedah Projek 24
2.2.2.6 Penyelesaian masalah 25
2.2.2.7 Kaedah inkuiri penemuan 26
2.2.2.8 Kaedah Koperatif 31
2.3 Pendekatan berpusatkan bahan 33
2.3.1 Ciri-ciri pendekatan berpusatkan bahan 34
2.4 Rumusan 35
3 METODOLOGI KAJIAN 36
3.0 Pengenalan 36
3.1 Rekabentuk kajian 36
3.2 Populasi dan sampel kajian 36
3.3 Instrumen Kajian 37
3.4 Prosedur Kajian 38
3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Kaedah Penganalisisan Data 39
3.6.1 Kaedah peratusan 40
3.6.2 Kaedah skor min 40
3.6.3 Ujian Korelasi Pearson 41
3.7 Penutup 41
ix
4 ANALISIS DATA 42
4.0 Pengenalan 42
4.1 Analisis Bahagian A 43
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 44
4.1.4 Taburan Kursus atau Latihan peningkatan
profesion yang berkaitan dengan pendekatan
pengajaran 45
4.2. Analisis Bahagian B 45
4.2.1 Persoalan Kajian 1 46
4.2.1.1 Pendekatan Berpusatkan Guru 46
4.2.1.2 Pendekatan Berpusatkan Pelajar 49
4.2.1.3 Pendekatan Berpusatkan Bahan 53
4.2.1.4 Kesimpulan 55
4.2.1 Persoalan Kajian 2 56
4.2.2.1 Kesimpulan 58
4.2.3 Persoalan Kajian 3 58
4.2.3.1 Analisis Ujian Korelasi 58
4.2.3.2 Kesimpulan 60
4.3 Analisis Bahagian C ( Soalam Terbuka ) 60
4.3.1 Pendekatan Berpusatkan Guru 60
4.3.2 Pendekatan Berpusatkan Pelajar 61
4.3.3 Pendekatan Berpusatkan Bahan 61
4.3.4 Kesimpulan 62
4.4 Penutup 62
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63
5.0 Pengenalan 63
5.1 Rumusan 63
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Pendekatan Pengajaran yang digunakan oleh guru
x
dalam P&P Matematik 64
5.2.2 Mengenalpasti Masalah yang dihadapi apabila
menggunakan pendekatan pengajaran dalam P&P
Matematik 71
5.2.3 Mengetahui sama ada terdapat perhubungan antara
pendekatan pengajaran dengan pengalaman
mengajar guru dalam P&P Matematik. 73
5.3 Cadangan 73
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 74
5.6 Kesimpulan 75
RUJUKAN 76
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan Bahagian Soal selidik 37
3.2 Pecahan Item Soalan 38
3.3 Tahap Persetujuan Responden mengikut skala Likert 38
3.4 Perubahan Min dan Skala 40
3.5 Tahap Min Skor 40
3.6 Nilai Korelasi dan Kekuatan Hubungan 41
4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden mengikutBangsa 43
4.3 Taburan Responden mengikut Pengalaman Mengajar 44
4.4 Taburan kursus/latihan peningkatan profesion
yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran. 45
4.5 Taburan Responden mengikut min dan peratus
bagi aspek pendekatan berpusatkan guru 46
4.6 Taburan Responden mengikut min dan peratus
bagi aspek pendekatan berpusatkan pelajar 49
4.7 Taburan Responden mengikut min dan peratus
bagi aspek pendekatan berpusatkan bahan 53
4.8 Perbandingan purata min bagi pendekatan yang
digunakan oleh guru matematik 55
4.9 Taburan Responden mengikut min dan peratus
bagi aspek masalah yang dihadapi oleh guru 56
4.10 Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan
pendekatan berpusatkan guru 58
4.11 Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan
pendekatan berpusatkan pelajar 59
4.12 Hubungan di antara pengalaman mengajar dengan
pendekatan berpusatkan bahan 59
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 2.1 Komunikasi Sehala 11
Rajah 2.2 Peringkat dalam proses untuk kaedah sumbangsaran 23
Rajah 2.3 Langkah-langkah inkuiri penemuan 30
xiii
SENARAI SINGKATAN
NCTM National Council for Teachers of Mathematics P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 79– 84
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 85
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor 86
D Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM 87
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep asas yang dipelajari. Dalam era
teknologi pada masa kini, tenaga kerja yang berlatarbelakang kepada sains dan
matematik adalah amat diperlukan kerana peluang dan pilihan bagi menentukan
masa depan individu tersebut akan meningkat jika individu tersebut mahir atau cekap
dalam matematik (National Council for Teachers of Mathematics (NCTM), 2000).
Begitu juga dengan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, matapelajaran
yang berasaskan sains dan matematik adalah diutamakan.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara semulajadinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran matematik dikenali sebagai satu
proses konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu dalam bidang
matematik dengan mengaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu
atau konsep yang sedia ada pada mereka.
Pendidikan matematik juga merupakan matapelajaran yang dapat mendidik
pelajar memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, kritis dan sistematik,
kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran menggunakan ilmu pengetahuan
matematik dalam kehidupan seharian. Menyedari kepentingan pendidikan matematik
pada masa kini, para pendidik perlulah meningkatkan kemahiran mereka dalam
2
pedagogi, menambah pengetahuan serta perlu mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar. Abdul Shukor
(2000) menjelaskan , untuk menghadapi keperluan masa hadapan, aspek kurikulum
bukan sahaja perlu berfokus kepada isi kandungan pelajaran, tetapi perlu
menyediakan individu dengan kemahiran yang perlu bagi memenuhi kehendak
pembelajaran seumur hidup iaitu dapat menghasilkan pelajar yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan dan berkebolehan dalam semua bidang.
Pedagogi ialah cara penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan. Namun, guru-
guru telah menghadapi satu keadaan di mana mereka sukar menentukan kaedah dan
pelaksanaan yang sesuai untuk pengajaran matematik. Seperti yang dinyatakan,
pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan
pelajar berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan
(NCTM, 2000). Oleh yang demikian, pada hari ini strategi pengajaran adalah
tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan pelajar secara
aktif. Ini bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses P&P. Pengajaran yang baik adalah pengajaran
yang menggalakkan pemahaman konsep dan prosedur matematik.
Tanpa strategi pengajaran yang sistematik, P&P tidak dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
matematik. Kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku teks sahaja
dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dan kekurangan masa (Noraini 2001). Oleh yang demikian, ramai
pelajar menyatakan matematik sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan
kerana guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran bermaksud cara bagaimana sesuatu bahan atau aktiviti
pelajaran disampaikan berdasarkan kepada objektif pengajaran (Abu Hassan Kassim
dan Meor Ibrahim Kamaruddin 2006). Contohnya pendekatan konstruktivisme,
pemusatan pelajar, pemusatan bahan dan sebagainya. Sesuatu pendekatan pengajaran
3
perlu berlandaskan kepada model atau prinsip pengajaran contohnya daripada konsep
konkrit kepada konsep abstrak dan sebagainya.
Proses P&P yang dijalankan di dalam kelas perlulah beransur-ansur dan
mengikut tahap kesukaran pelajar supaya pelajar mudah mengikuti penyampaian isi
kandungan pelajaran. Jika seseorang guru ingin melaksanakan teknik atau kaedah
yang baru dalam pengajarannya, mereka perlu memastikan kaedah tersebut mudah
untuk dilaksanakan di dalam kelas dan sesuai untuk membantu pelajar
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.
Kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik
akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai
sifat kreatif yang boleh dibina melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan
pembelajaran matematik menjadi berkesan jika berpusatkan pelajar. Unsur-unsur
kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
guru, persekitaran dan kaedah pengajaran. Guru perlu berilmu, berinisiatif dan
memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana pula
pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan kondusif juga akan
merangsang pelajar untuk belajar matematik.
Berdasarkan kepada pandangan dan kenyataan di atas, bolehlah dirumuskan
bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran terutamanya pengajaran
berpusatkan pelajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pendidikan Matematik adalah matapelajaran yang penting di semua peringkat
sama ada sekolah rendah , sekolah menengah atau peringkat universiti. Pada hari ini,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris telah
4
dimulakan sejak tahun 2003 lagi. Oleh itu, dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran matematik, guru perlu kreatif dan bersedia dengan kaedah dan strategi
yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman pelajar.
Sama ada di bandar atau luar bandar, ada pelajar beranggapan matematik
adalah subjek yang sukar dan membebankan mereka. Hal ini berlaku kerana
kebanyakan teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru tidak berubah dari zaman
dahulu hinggalah sekarang. Ini menyebabkan pelajar rasa bosan dan hilang minat
terhadap Matematik. Oleh itu, satu teknik atau kaedah pengajaran yang lebih menarik
diperlukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Pada hari ini, pelbagai perubahan yang berlaku dalam pendidikan telah
mempengaruhi isi kandungan dan pedagogi dalam pendidikan matematik di sekolah
menengah (Mohd. Hozi , 2001). Oleh itu guru perlu pelbagaikan kaedah mengajar
atau menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk menarik minat pelajar
dalam pembelajaran Matematik.
Pendidikan Matematik memerlukan kurikulum yang mantap, pedagogi yang
terkini dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar pada hari ini. Penggunaan alat
bantu mengajar untuk membantu pelajar membentuk konsep-konsep matematik
adalah amat digalakkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
menggunakan objek sebenar atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan
pengalaman dan membantu pelajar membina idea-idea yang abstrak, mereka bentuk,
membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan memupuk sikap
bekerjasama. Ini disokong oleh Gagne (dalam Mok, 2003) menyatakan pembelajaran
konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu
dengan memberi pelbagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi, memberi
contoh yang berbeza-beza, memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan
konsep yang disampaikan untuk membuat perbezaan dan memberi pelbagai jenis
contoh matematik untuk memperolehi konsep yang tepat. Oleh yang demikian ia
dapat membantu pelajar menguasai konsep matematik dengan lebih baik.
5
Pada hari ini Kementerian Pendidikan telah menyarankan guru-guru
menggunakan pendekatan pengajaran matematik yang lebih mudah dan berkesan
mengikut tahap usia pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran dan
pengetahuan tanpa disedari oleh mereka. Seperti yang telah dinyatakan oleh Noor
Azlina (1999), proses pengajaran yang seronok dan mencabar dengan melibatkan
pelajar secara aktif selain kehadiran guru yang bertindak sebagai fasilitator akan
menjadi pemangkin kepada penjanaan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah
matematik.
Menurut Aziz (dalam Noor Azlina, 1999), menyatakan pelajar di negara ini
tidak menghadapi masalah untuk membuat pengiraan atau menyelesaikan masalah
berdasarkan kemahiran proses. Sebaliknya mereka menghadapi masalah untuk
memahami dan membuat transformasi daripada sebuah cerita kepada bentuk
pengiraan. Antara puncanya ialah pelajar tidak dibiasakan atau didedahkan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar,
contohnya perbincangan daripada cerita dan situasi harian yang mereka selalu
hadapi.
Menurut Marzita (2002), apabila guru-guru tidak mempersembahkan
keyakinan terhadap pengajaran Matematik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, maka pelajar itu sendiri tidak akan berminat terhadap subjek tersebut.
Dalam kajian yang telah dijalankan juga didapati guru adalah sebagai penggerak
sama ada positif atau negatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Jika
guru memainkan peranannya sebagai pendidik dan melaksanakan kaedah atau teknik
pengajaran yang sesuai, maka pelajar akan rasa seronok dan sesi pengajaran itu akan
dapat menarik minat pelajar. Kajian ini menunjukkan guru adalah punca utama sama
ada untuk pelajar berminat atau sebaliknya dengan matapelajaran tersebut.
Oleh itu guru perlu mencari satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar
terhadap subjek Matematik dan menjadikan Matematik ini sebagai satu subjek yang
mudah supaya pelajar tidak lagi takut atau fobia apabila mempelajari subjek ini.
Seperti yang telah dinyatakan oleh Abdul Rafie Mahat (2003), pengajaran dan
6
pembelajaran sains dan matematik di negara ini memerlukan kaedah yang sesuai
supaya tidak menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar terhadap matapelajaran
tersebut. Guru seharusnya tidak tertumpu kepada pengajaran berasaskan teks atau
pendidikan dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya mencari kaedah yang lebih
mesra “Sains dan Matematik” untuk menarik minat pelajar.
Guru-guru perlulah mempunyai kesedaran dan penyediaan untuk
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pedagogi
bagi mempertingkatkan kepercayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang
semakin mencabar.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, pengkaji ingin
mengkaji pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik, mengetahui sama ada pengalaman mengajar mempengaruhi pelaksanaan
pendekatan pengajaran dalam kelas serta masalah yang dihadapi semasa
menggunakan pendekatan pengajaran.
1.3 Objektif Kajian
Terdapat beberapa perkara yang menjadi tujuan utama kajian ini dilakukan
iaitu:
i) mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
ii) mengenalpasti masalah yang dihadapi apabila menggunakan
pendekatan pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
7
i) mengetahui sama ada terdapat perhubungan antara pendekatan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan
seperti:
i) Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik?
ii) Apakah masalah yang dihadapi apabila menggunakan pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?
iii) Adakah terdapat perhubungan antara pendekatan pengajaran dengan
pengalaman mengajar guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik?