pendekatan & strategi pengajaran
DESCRIPTION
pendekatan & strategi pengajaran dalam mata pelajaran ilmu pendidikanTRANSCRIPT
Pengajaran ialah satu aktiviti atau proses berkaitan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut
Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan
pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau
berpendapat, di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah
satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar. Manakala, teknik tunjuk ajar atau
indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru.
Disini akan diterangkan tentang beberapa strategi dan pendekatan yang
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi
yang pertama ialah strategi pemusatan guru. Strategi ini melibatkan guru yang
memainkan peranan yang utama. Di dalam proses P&P, guru yang akan
mengawal persekitaran kelas, memberi penerangan dan murid hanya bertindak
sebagai pendengar sahaja. Terdapat beberapa ciri di dalam startegi ini iaitu yang
pertama ialah komunikasi antara guru dan murid adalah sehala kerana guru
bertidak sebagai penyampai dan murid hanya sebagai penonton. Ciri kepimpinan
guru adalah bersifat autokratik iaitu murid-murid tidak berpeluang untuk
menyumbangkan pendapat mereka kerana guru yang bertindak mengawal
keseluruhan kelas dan memberi arahan. Strategi ini lebih mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diuatamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi.
Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan
peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada
penyampaian fakta secara menghafal. Oleh yang demikian, murid tidak dapat
membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat
sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Seterusnya ialah berkenaan dengan strategi berpusatkan murid. di
bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang utama. Murid digalakkan
untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk
membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan
atau individu. Perkara yang menajdi pertimbangan asas semasa menggunakan
strategi ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan sumbangsaran. Perkembangan
murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian
kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula
ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami
maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri.
Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan
sifat kreatif dan berinisiatif.
Strategi pengajaran yang berikutnya ialah strategi pemusatan bahan.
Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) seperti slaid, video, gambar, kaset,
radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan
ABM tersebut ketika proses P&P dijalankan. Ia bertujuan supaya proses P&P
menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara
berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru
pandai menggunakan ABM yang sesuai.
Seterusnya ialah penerangan tentang pendekatan yang digunakan dalam
proses P&P. Terdapat tiga jenis pendekatan iaitu induktif, deduktif dan elektif.
Pendekatan induktif melibatkan aktivit mengumpul dan menafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru
akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang
khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan contoh-contoh
yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan
mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian
kesimpulan yang diberikan. Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan
pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti
soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal
pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak
digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.
Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan
membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan. Kelebihan pendekatan
induktif ini ialah murid melibatkab diri secara aktif, bersifat saintifik,
menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid. Namun, terdapat juga
kelemahannya iaitu sukar mendapatkan kerjasama daripada murid-murid,
menggunakan banyak masa apabila murid-murid diminta memberikan contoh,
membebankan tugas guru kerana banyak persediaan harus dilakukan dan
kurang bermanfaat kepada murid pandai. Kaedah induktif adalah salah satu
kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran,
khususnya Matematik, Sains dan Bahasa.
Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu
memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran
induktif yang dihuraikan seperti berikut :
Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus
menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat
rumusan.
Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing
murid mendapat kesimpulan yang berkenaan
Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi
pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan.
Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan
sendiri.
Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi
mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid
mengenal pastinya.
Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid
mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.
Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan
deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan
sentuh.
Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang
tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.
Berikutnya ialah pendekatan deduktif. Ia boleh dikategorikan sebagai
sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas
contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakanuntuk mendapatkan
kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui. Kaedah ini
berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam,
pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi
dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu
murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali
hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapatkan kesimpulan yang baru. Terdapat tiga jenis induktif iaitu
menyelesaikan masalah, membentuk kesimpulan baru dan membuktikan
hipotesis. Prinsip-prinsip bagi pendekatan deduktif ialah :
Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan
terlebih dahulu.
Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip
atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
hipotesis yang telah didedahkan
Kesimpulan,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah atau membuktikan hipotesis haruslah duketahui serta
difahamkan.
Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur
yang betul.
Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak
terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang
telah dipelajari.
Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah
atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing
murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti
penyelesaian masalah.
Kelebihan deduktif ialah ia merupakan cara yang mudah untuk
menyampaikan isi-isi pelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, amat sesuai
untuk murid-murid bertahap kogniif tinggi dan mudah menyempurnakan sukatan
pelajaran. Kelemahannya pula ialah kurang bermanfaat untuk murid-murid yang
lemah, ia lebih berpusatkan guru dan kurang menggalakkan kemahiran berfikir.
Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan elektif. Ia menggunakan
kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif secara serentak. Dalam konteks
pendidikan, ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan
sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam
kelas. Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya
menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Disamping itu, pendekatan ini
juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan.
Khasnya, semasa melaksanakan aktiviti pemulihan dan penggayaan secara
serentak. Sehubungan ini, guru akan menggunakan pendekatan dan strategi
pemusatan bahan untuk kumpulan bagi aktiviti penggayaan. Strategi pemusatan
guru untuk aktiviti pemulihan.
Kesimpulannya, setiap strategi dan pendekatan yang digunakan bagi
melaksanakan proses P&P mempunyai tujuan, kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting
dalam menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid-muridnya supaya proses P&P dapat dijalankan secara menarik
dan berkesan,