pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
TRANSCRIPT
SARINA JUMA & AZURA OTHMANDPLI-SR RBT
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (ASK 2202W)
TAJUK 11: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS
KURIKULUM
Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam
sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke
arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar sekolah. Konsep ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum danpenghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.
Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh
Pendekatan Kurikulum
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulumPendidikan Alam Sekitar?
Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaranmanusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab
Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar
Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu Pendidikan mengenai
alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikanmelalui ataupun dalam alam sekitar itu
sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008).Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek
Kelolaan Maktab.
Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.
Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam SekitarModel Palmer dan Neal (1994)
Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan
tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan
juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi
kompleks elemen semula jadidan manusia.
Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan
sikap dan nilai menyayangi alam sekitartermasuk elemen kefahaman manusia dan
tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam
sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat
terhadap alam sekitar.
Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.
Kaedah dan aktiviti yang sesuai digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan
seperti berpusatkan kepada pelajar. Contoh seperti berikut:
Kerja amali
Membuat uji kaji dan kajian
Perbincangan
Sumbang saran
Demonstrasi
Menonton televisyen, video dan slaid
Memerhati dan memeriksa spesies, objek
dan gambar foto
Cerita
Membaca buku, majalah dan akhbar
Projek
Permainan dan simulasi
Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara
dan forum
Lawatan
Kempen alam sekitar
Kem alam sekitar
Program sandaran
KAEDAH & AKTIVITI
16 Nilai Murni Alam Sekitar
1. Prinsip rendah diri- Bumi bukanlah milikkita manusiakita adalah sebahagian dari Bumi
dan Alam (sekurang-kurangnya diri atau jasad kita yang fizikal ini adalah sebahagian daripada Alam).
2. Prinsip kerjasama– Peranan kita ialah memahami alam tabii dan bekerja serta hidup
dengan cara seiring jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya, dan bukan untuk menawan atau menjajahnya.
3.Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem– Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki
semula semua yang telah rosak.
4. Prinsip menghormati alam/ bumi– Spesis mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang dijadikan Tuhan. Hak mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis tersebut ‘berguna’ atau tidak kepada manusia.
5. Prinsip kehidupan seimbang– Perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja
kebendaan, perasaan kebahagiaan perlu diambil kira.
6.Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem– Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan
ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di Bumi untuk kita dan hidupan-hidupan lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang sebaliknya.
7. Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup– Amatlah salah bagi manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana
spesis liar serta menghapus dan mengdegradasikan habitat mereka.
8. Prinsip kerosakan minima– Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi
untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima.
9. Prinsip kesederhanaan– individu, badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak
terbatas ke atas sumber-sumber Alam atau Bumi yang terhad,
10. Prinsip mencintai persekitaran– Kenalilah persekitaran kita.
11. Prinsip perubahan berterusan– Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi,
kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan Alam atau Bumi.
12. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya– Amatlah salah sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup
sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi.
13. Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir atau hak generasi yang akan datang– Kita harus meninggalkan Bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak
pun lebih baik lagi.
14. Prinsip tanggungjawab setiap individu– Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan
degradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat kita membuang bahan cemar itu.
15. Prinsip etika melebihi hukum– Di dalam melindungi dan memastikan keteruswujudan Alam atau Bumi
berbuatlah lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang.
16. Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik– Cintailah Alam atau Bumi dengan mengalami dan menghayati udara,
air, tanah, tumbuhan dan haiwan-haiwannya.
Strategi Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar
Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk
utama berikut:Tuhan pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
Bumi dan alam semesta
Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
Benda hidup dan alam sekitarnya
Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
Pengurusan alam sekitar.
Penerapan Alam Sekitar Dalam Mata Pelajaran
Melalui Penerapan nilai-nilai murni Pendidikan AlamSekitar dalam aktiviti pembelajaran
Menyediakan rangsangan aktiviti yang membina kreativiti pelajar bagi menyelesaikan masalah
berkaitan alamsekitar
Penggunaan sumber/alat bahan bantu belajar berunsurkan Pendidikan Alam Sekitar
cth: bahan terbuang, kitar semula
Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui pendekatan:
Rohani dan moral
Penyerapan
Berpusatkan pelajar
Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
Pengetahuan dan kefahaman
Nilai-nilai murni dan sikap positif
Kemahiran berfikir
Penggunaan deria
Aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi
hakisan tanah
Stesen mengkaji pencemaran
Stesen mengkaji tumbuhan
Stesen mengkaji haiwan
Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan
tumbuhan
Stesen mengkaji penggunaan tenaga
elektrik
Stesen mengkaji penggunaan air
Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
Stesen mengkaji penggunaan bahan api
Stesen mengkaji penggunaan bahan
buangan
Stesen mengkaji tanam-tanam
Stesen mural
Stesen mengkaji cuaca
Stesen permainan pendidikan alam sekitar
Stesen di tiang bendera
Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
Stesen di tandas dan dibilik darjah.
Penubuhan Stesen-stesen Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
Kaedah dan aktiviti yang sesuai digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan
seperti berpusatkan kepada pelajar. Contoh seperti berikut:
Kerja amali
Membuat uji kaji dan kajian
Perbincangan
Sumbang saran
Demonstrasi
Menonton televisyen, video dan slaid
Memerhati dan memeriksa spesies, objek
dan gambar foto
Cerita
Membaca buku, majalah dan akhbar
Projek
Permainan dan simulasi
Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara
dan forum
Lawatan
Kempen alam sekitar
Kem alam sekitar
Program sandaran
Kaedah & Aktiviti
Buku Panduan Guru
Sumber Pengajaran & Pembelajaran• BAHAN PENERBITAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR
SIRI MODUL KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR
MAJALAH ERA HIJAU
RISALAH BUMI KITA
RISALAH AMALAN HIJAU
POSTER-POSTER ALAM SEKITAR
BAHAN BACAAN LAIN– buku siri kenali alam sekitar, buku alam sekitar anugerah tuhan, buku the environment
BAHAN-BAHAN AUDIO-VISUAL.
Sumber Pengajaran & Pembelajaran
BBM Bukan Elektronik
• Buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan
BBM Berbentuk Elektronik
• Filem tayangan, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman , piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer
Bahan Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar Daripada Alam
Sekitar
• Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.
Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut:
Unit Beruniform
Kelab / Persatuan
Sukan / Permainan.
Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum
diperlukan untuk meningkatkan amalan hidup lestari.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Projek Kesedaran – gotong royong, pameran, seminar, program tanam angkat
Pembangunan Maklumat Alam Sekitar – sudut maklumat, bahan rujukan, multimedia
Jaringan – antara kelab & persatuan di sekolah, antar sekolah, komuniti setempat
Pembangunan Keupayaan – lawatan sambi belajar, pertandingan, perkhemahan
Aktiviti Kokurikulum
GURU PERLULAH…• Berfikiran positif terhadap idea penerapan pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum
• Meningkatkan pengetahuan tentang kurikulum, istilah, konsep, isu-isu dan masalah alam sekitar
• Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan tentang pedagogi pengajaran
• Guru juga perlu tahu pengetahuan pedagogi kerana mempengaruhi pendekatan dan kaedah
• Pengajaran serta pemilihan dan penyediaan sumber pengajaran.
• Guru perlu tahu dengan jelas sesuatu topik, masalah atau isu diolah dan disampaikan kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai minat dan keupayaan.
– Termasuk dalam kategori ini ialah bentuk persembahan, analogi, ilustrasi, contoh, penjelasan dan demonstrasi.
– Sumber yang relevan dan mencukupi penting bagi memastikan keberkesanan pengajaran.
• Membuat perancangan
• Melibatkan diri dengan program dan projek yang berkaitan dengan
pendidikan alam sekitar
Program Penghijauan
• Tujuan:– memberi peluang kepada individu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.– Mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti bersama setiap individu untuk
menguruskan persekitaran yang lestari– Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar di sekolah.– Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah
khasnya dan masyarakat setempat amnya.– Untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.– Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.
• Amalan 5R (Rethink, Reduce, Repair, Reuse, Recyle)
– Pengasingan sampah
– Guna semua air hujan untuk menyiram pokok, membersihkan longkang, dsb.
– Membuat baja kompos dari sisa makanan dan tumbuhan
• Pengurusan sumber
– Penjimatan kertas, air dan elektrik di sekolah
• Penghijauan taman
– Ada keterangan dan fungsi pokok
– Pelebalan baja organik
– Membuat dan menggunakan baja kompos
Ciri-ciri penghijauan sekolah yang baik
• Tidak terhad kepada penanaman bunga-bungaan dan pokok, juga menumpu kepada
pemeliharaan tenaga dan air, pengurangan dan pengurusan bahan buangan dan mengitar
semula
• Melibatkan semua warga sekolah, terutamanyapelajar
• Mengenalpasti pelan pembangunan sekolah –kedudukan taman, urusan bahan
buangan,pemeliharaan sumber, penjimatan tenaga dan air
• Contoh:
– Program penanaman pokok menggunakan baja organik
– Program Satu Pelajar Satu Pokok
– Program penanaman pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok-pokok tertentu
– Melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok
– Projek membuat baja kompos
– Penubuhan Stesen Pembelajaran
– Penyelenggaraan kawasan padang.
Aktiviti Penghijauan
Aktiviti Penghijauan
Program Satu Pelajar Satu Pokok
Penubuhan Stesen Pembelajaran
Program penanaman pemeliharaan dan
pemuliharaan spesies pokok-pokok tertentu
Projek membuat baja kompos
Aktiviti Penghijauan
Aktiviti Penghijauan
Renungkanlah……
TERIMA KASIH
Bibliografi
1. Perpustakaan Negara Malaysia. (2004). Asas pembentukan sekolah lestari. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kementerian Pelajaran Malaysia. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),Universiti Kebangsaan Malaysia
2. http://www.doe.gov.my/files/u1/EraHijau%20Isu%204-09.pdf