pendidikan pencegahan dadah edit
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PENDAHULUAN
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti dadah telah
mengistiarkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini , Kementerian
Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan
ibubapa.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid ,guru , kakitangan
pendidikan dan ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan
berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘ Sekolah
Bebas Dadah Tahun 2012’.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan ,kefahaman dan kemahiran Pendidikan
Pencegahan Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah supaya dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani.
3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
CARTA ORGANISASIJAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
2011
PENASIHAT
(pengarah pelajaran negeri)
PENOLONG SETIAUSAHA IIPUAN.N.SASIKALA
(GURU PPDa
PENOLONG SETIAUSAHA IEN.R. SELVAM
(PENOLONG KANAN KO-KU)
SETIAUSAHAPUAN K. PREMAH
(PENOLONG KANAN HEM)
NAIB PENGERUSIEN. P. BALAKRISHNAN
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
PENGERUSIEN.C.PANDU RENGAN(TUAN GURU BESAR)
AHLI JAWATANKUASASEMUA GURU
AKTIVITI PENGURUSAN
RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
AKTIVITI KURIKULUM
MESEJ JAUHI DADAH
Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit
Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga
sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kokurikulum ini bertujuan
menyampaikan maklumat PPDa.
Program Cuma Lima Minit merupakan salah satu aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah yang boleh dilaksanakan di sekolah. Ia merupakan satu
aktiviti yang sangat mudah dilaksanakan tetapi boleh memberi pengetahuan
yang sangat berguna kepada pelajar. Cara penyampaian guru perlulah menarik
supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk mendengarnya. Bahan yang
dibekalkan boleh diubahsuai bergantung kepada tahap pelajar.
Buku Lima Minit Anti Dadah ini diterbitkan bertujuan untuk membantu
guru- guru sekolah rendah terutamanya bagi menyampaikan maklumat
mengenai pendidikan pencegahan dadah melalui pelbagai variasi yang mudah
difahami oleh murid – murid sekolah rendah.
Bersesuaian dengan kaedah pelaksanaannya yang dijalankan selama
lima minit sewaktu sesi perhimpunan rasmi yang melibatkan semua murid dan
warga sekolah, modul ini dapat diterapkan dengan pelbagai genre yang pasti
menarik perhatian murid. Bahan yang disusun mengikut minggu juga
dipermudahkan dengan pembahagian bahan – bahan yang menarik.
Selain daripada itu, bukan sahaja pelaksanaan program ini memerlukan
masa yang singkat dan padat malah ia mampu memberi impak yang positif di
kalangan murid. Pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan buruk
akibat pengambilan rokok, inhalan, dadah, HIV/AIDS dan arak turut diterapkan.
Modul ini boleh juga digunakan semasa aktiviti ko-kurikulum di sebelah petang di
samping membantu murid mencungkil bakat dan potensi murid - murid.
RASIONAL
Kurikulum yang mudah yang ringkas wajar digunakan dalam penyebaran
maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu
disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.
OBJEKTIF
Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga
sekolah.
Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah kearah
gaya hidup
yang cemerlang.
Meningkatkan kemahiran penyampaian maklumat Pendidikan
Pencegahan Dadah
kepada warga sekolah.
CADANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT
1. Guru waktu pertama membaca petikan pertama di kelas. Petikan kedua
dibaca oleh guru waktu kedua dan seterusnya. Ini bermakna 3 ke 4 petikan
dibaca pada setiap hari bergantung kepada jumlah guru yang memasuki sesuatu
kelas atau
2. Petikan pertama dibaca pada waktu pertama. Petikan kedua dibaca pada
keesokannya, juga pada waktu pertama. Ini bermakna sebanyak lima petikan
dibaca pada satu minggu. Atau
3. Petikan pertama dibaca pada waktu pertama. Petikan kedua dibaca pada
waktu selepas rehat. Ini bermakna, dua petikan dibaca pada satu hari. Atau
mengikut kesesuaian/ suasana di sekolah.
4. Guru boleh memberi kuiz bagi menggalakkan pelajar mendengar petikan.
Soalan terkumpul boleh diberikan pada hujung minggu.
SUMBER PETIKAN
1. Petikan boleh diambil daripada Buku Cuma Lima Minit dan Buku Kenali dan
Perangi Dadah yang telah dibekalkan kepada setiap sekolah.
2. Guru boleh melayari internet, laman web ADK dan PEMADAM.
3. Guru boleh membaca petikan daripada surat khabar atau majalah atau risalah
yang berkaitan.
KUMPULAN SASARAN
• Warga sekolah
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Perhimpunan
PERSONALIA
• Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Guru Bertugas Mingguan
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM LIMA MINIT ANTI DADAH
1. CERAMAH ANTI DADAH
Ceramah Anti Dadah merupakan satu daripada kepelbagaian
pendekatan untuk memerangi dadah. Aktiviti ini boleh digunakan untuk
menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.
Ceramah Anti Dadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan
untuk memerangi dadah. Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej
PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.
Seminar dan ceramah anti dadah bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat dan
mencegah mereka daripada terlibat dengan dadah, melalui program-program
berikut;
1.1 Program Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Pencegahan Dadah
(PKDPPD)
Program PKDPPD diperkenalkan oleh PEMADAM Negeri Sabah untuk
dilaksanakan oleh semua PEMADAM Daerah di Sabah bermula pada
tahun 2000.
Program ini mensasarkan semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada
pemimpin, ibu bapa, belia, remaja, pelajar dan penduduk di kawasan
kediaman tertentu, untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada
semua lapisan masyarakat tentang bahaya dadah dan mendorong
mereka turut serta dalam usaha pencegahan dadah dalam komuniti
setempat .
1.2 Program Penglibatan Ibubapa Dalam Pendidikan Pencegahan Dadah
(PIBPPD)
Program PIBPPD diperkenalkan oleh PEMADAM Kebangsaan untuk
dilaksanakan oleh semua PEMADAM Negeri dan Daerah bermula pada
tahun 1998.
Program ini mensasarkan ibu bapa sebagai golongan sasaran untuk
memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibubapa tentang bahaya
dadah dan meningkatkan kesedaran tentang peranan mereka dalam
mencegah anak-anak daripada terlibat dengan dadah.
1.3 Program Kesedaran Belia Banteras Dadah (PKBBD)
Program PKBBD diperkenalkan oleh PEMADAM Kebangsaan untuk
dilaksanakan oleh semua PEMADAM Negeri dan Daerah bermula pada
tahun 2000, bagi menangani masalah penagihan dadah di kalangan
golongan belia yang semakin membimbangkan.
Program ini bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada para
remaja/belia tentang bahaya dadah dan mencegah mereka daripada
terlibat dengan dadah serta mendorong mereka melibatkan diri dalam
usaha pencegahan dadah.
1.4 Seminar / Ceramah Anti Dadah Untuk Pelajar
Program seminar dan ceramah anti dadah dilaksanakan setiap tahun di
sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk memberi kesedaran kepada
para pelajar tentang bahaya dadah, supaya dapat mencegah mereka
daripada terlibat dengan dadah dan seterusnya membantu ke arah
mewujudkan Sekolah Bebas Dadah.
1.5 Program Pencegahan Dadah Di Kalangan Wanita
Program ini akan dilaksanakan bagi menangani masalah penglibatan
wanita dalam penagihan dadah, khususnya di negeri Sabah yang semakin
membimbangkan.
Program ini bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada
golongan wanita tentang bahaya dadah dan mencegah mereka daripada
terlibat dengan dadah serta mendorong mereka melibatkan diri dalam
usaha pencegahan dadah.
1.6 Seminar/ Ceramah Anti Dadah di Tempat Kerja
Program seminar dan ceramah anti dadah di tempat kerja ini bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada golongan majikan dan pekerja tentang
bahaya dadah dan meningkatkan kesedaran tentang peranan mereka
dalam membantu usaha pencegahan dadah, khususnya di tempat kerja
bagi mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada dadah.
RASIONAL
• Perkongsian maklumat , pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah
disampaikan melalui ceramah. Ini dapat membantu warga sekolah memperolehi
maklumat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.
OBJEKTIF
• Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dadah dan kesannya
• Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah
• Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.
KUMPULAN SASARAN
• Warga sekolah
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Semasa perhimpunan sekolah
PERSONALIA
• Pegawai daripada JPN , ADK , Jabatan Narkotik PDRM , Jabatan Kesihatan ,
Jabatan Kastam , Jabatan Penjara , Jabatan Farmasi dan Pemadam.
2. PAMERAN ANTI DADAH
Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang
berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.
RASIONAL
• Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan
menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.
OBJEKTIF
• Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.
• Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah
• Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Semasa Sambutan Minggu PPDa
PERSONALIA
• Guru Bimbingan dan kaunseling
3. PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)
PINTAR merupakan satu program teras PPDa di sekolah rendah
berasaskan kurikulum dan kokurikulum. Program ini dilaksanakan dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
RASIONAL
Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran
untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
OBJEKTIF
Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh
negatif rakan sebaya.
Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid
supaya mengata TIDAK kepada dadah.
Menggalakkan murid murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk
menjauhi dadah.
Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.
KUMPULAN SASARAN
Tahap Dua Sekolah Rendah.
KAEDAH PELAKSANAAN
Pelaksanaan di semua sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah
Kebangsaan. 2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia. 4 waktu kepada guru
PJPK.
Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.
PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR 24 TAJUK
PENGAJARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Tahun 4
1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun.
2. Jenis-Jenis Dadah.
3. Kesan atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang.
4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK“(i).
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).
7. Kemahiran Berkomunikasi (i).
8. Kemahiran Berkomunikasi (ii).
Tahun 5
1. Faktor-Faktor Penagihan Dadah
2.Meningkatkan Penghargaan Kendiri.
3. Alternatif-Alternatif Yang Sihat.
4. Pengaruh Rakan Sebaya.
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (ii).
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).
7. Kemahiran Membuat keputusan (ii).
8. Undang-Undang Dadah.
9. Kemahiran Pengurusan Tekanan.
Tahun 6
1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi dan Keselamatan Negara.
2. Masalah Dadah Semasa.
3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-Strateginya.
4. Penghargaan Kendiri (iii).
5. Tingkah Laku Berisiko.
6. Peranan Agensi-Agensi/Masyarakat Dalam Pengawalan dan Pencegahan
Dadah.
7. Media Massa dan Dadah.
8. Kemahiran Asertif.
AKTIVITI KOKURIKULUM
1. SLAD
PENGENALAN
Skim Lencana Anti Dadah adalah usaha terancang Kementerian
Pendidikan, PEMADAM Kebangsaan, Agensi Dadah Kebangsaan, Majlis
Keselamatan Negara dan persatuan-persatuan pakaian seragam untuk
melibatkan anggota pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah menengah
dalam aktiviti pencegah dadah. Mereka menjadi agen penyampai mesej anti
dadah kepada rakan-rakan yang lain supaya misi menjadikan "Sekolah Bebas
Daripada Dadah" dapat dicapai.
Aktiviti-aktiviti Skim Lencana Anti Dadah yang diintegrasikan ke dalam
aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah yang membolehkan
penglibatan aktif anggota pasukan pakaian seragam tersebut dalam aktiviti
pencegahan dadah ini membolehkan mereka diiktiraf dan dianugerahkan
lencana Anti Dadah. Usaha ini bertujuan untuk menimbulkan rasa benci dan
ingin menjauhi diri dari dadah bukan sahaja di kalangan peserta skim tetapi juga
di kalangan rakan mereka. Kementerian Pendidikan berharap usaha ini akan
memberi kesan jangka panjang yang benar-benar dapat merealisasikan hasrat
mewujudkan Sekolah Bebas Daripada Dadah pada tahun 2012.
KONSEP
Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal
untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar.
Walaupun adalah pelajar sekolah yang terlibat dalam perbuatan
menyalahgunakan dadah, tetapi penglibatan mereka masih dapat dikawal dan
kebanyakan hanya pada peringkat mencuba-cuba dadah sahaja. Oleh itu
program ini adalah satu program yang cuba menyekat dan akhirnya
menghapuskan perbuatan menyalahgunakan dadah di kalangan pelajar-pelajar.
Segala penerangan yang diberikan kepada peserta skim ini adalah untuk
menerangkan secara menyeluruh ancaman dan bahaya penggunaan dadah
untuk mewujudkan persefahaman yang tinggi di kalangan penuntut-penuntut
sekolah terhadap masalah dadah di Malaysia.
Skim ini adalah menggunakan pengaruh teman sebaya (peer group
influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid
yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing.
Pengetahuan yang diperoleh menerusi penyertaan dalam skim ini akan
membolehkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan-rakan sekolah, teman-teman
sebaya, keluarga, sahabat-handai dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan
mereka. Penuntut yang menyertai skim ini akan dapat berinteraksi secara
berkesan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, misalnya dapat memujuk
atau meyakinkan pelajar yang bermasalah itu berjumpa dengan guru bimbingan
atau sesiapa sahaja yang difikirkan dapat membantu menyelesaikan masalah
pelajar berkenaan.
Untuk mendapat anugerah Lencana Anti Dadah, ahli-ahli persatuan
berpakaian seragam yang menyertai skim dikehendaki melibatkan diri secara
berterusan dalam aktiviti-aktiviti anti dadah. Anggota pasukan seragam yang
telah menerima lencana atau sijil anti dadah ini boleh terus berkhidmat kepada
masyarakat selepas tamat tempoh persekolahan; umpamanya sebagai ahli panel
penceramah, kaunselor dalam program seliaan lanjutan bekas penagih atau
sebagai sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.
Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan
satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan. Untuk
menimbulkan rasa penglibatan bersungguh-sungguh dalam Program Skim
Lencana itu, anggota-anggota Pasukan Pakaian Seragam yang menyertai skim
ini dikehendaki lulus dalam ujian-ujian dan melakukan kerja-kerja praktikal,
barulah dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana Anti Dadah ini adalah
merupakan penghargaan kepada penglibatan pelajar-pelajar itu dalam aktiviti
anti dadah. Mereka boleh memakai lencana itu sebagai satu daripada lencana-
lencana kemahiran.
RASIONAL
Murid lebih mudah ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu,
penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej
antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih
berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di
kalangan rakan, keluarga dan sahabat handai.
OBJEKTIF
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej
antidadah.
Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaaruh dalam
menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, keluarga dan
sahabat handai.
Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung
dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat
persekolahan.
KUMPULAN SASARAN
Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah.
KAEDAH PELAKSANAAN
Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD
Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti
SLAD
untuk tempoh satu hingga dua tahun.
Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak
menerimanya.
PERSONALIA
Guru Penyelaras SLAD
Guru Penasihat Persatuan Seragam Sekolah.
PENGISIAN
Kurikulum SLAD
1. Rekod Penilaian Guru
Ujian teori - Secara objektif - 20% (markah)
Ujian teori - Secara mengarang - 20% (markah)
Ujian amali :
Mengahadiri ceramah - 10% (markah)
Membuat lawatan - 10% (markah)
Penyertaan pertandingan - 10 %(markah)
Menghasilkan buku skrap - 10% (markah)
Menyampaikan penerangan - 10 % (markah)
Aktiviti seranta - 10 % (markah)
2. Aktiviti SLAD (Teori)
Bahagian 1 (Teori)
Aktiviti wajib
Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian.
Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi
Tekanan hidup kesan dan cara mengatasinya.
Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain.
Sebab dan kesan merokok
Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah.
Bahan dan kesan inhalan.
Kesan dan akibat penggunaan dadah.
Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya.
Akta Dadah Merbahaya 1952 dan pindahan 39(B) - gantung sampai mati.
Bahagian II (Amali)
Aktiviti Pilihan
Pertandingan melukis poster
Pertandingan Esei
Pertandingan Sajak
Pertandingan Kuiz
Pertandingan Nasyid
SENARAI TUGAS GURU SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)
1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai aktiviti Skim Lencana
Antidadah (SLAD) di sekolah.
2. Memilih seramai 30 hingga 40 orang pelajar 4,5 dan 6 daripada unit
beruniform sebgai ahli SLAD.
3. Melaksanakan kurikulum SLAD dengan berpandukan buku log yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1 Teori dan amali
3.2 Perkhemahan Skim Lencana Anti Dadah (Jambori SLAD).
3.3 Aktiviti karnival seni Pendidikan Pencegahan Dadah.
4. Mengedarkan buku- buku log SLAD kepada ahli dan menyelaraskan aktiviti
SLAD untuk tempoh 1 hingga 2 tahun.
5. Menyemak serta menilai buku log dan buku skrap ahli SLAD.
6. Menyelaras dan mengurus ujian SLAD.
7. Mengurus penganugerahan sijil dan lencana kepada ahli SLAD yang layak.
8. Membantu setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam
melaksanakan aktiviti (PPDa) di peringkat sekolah.
9. Bekerjasama dengan semua unit di sekolah dalam melaksanakan program
SLAD.
10. Mengurus penyertaan program/ aktiviti SLAD anjuran PPD, JPN, dan KPM.
11. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru besar dari semasa ke
semasa.
AKTIVITI SENI JAUHI DADAH
Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan
Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.
RASIONAL
• Murid merupakan golongan remaja yang aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang
dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.
OBJEKTIF
• Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat
mengenai
bahaya dadah.
• Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran
pencegahan dadah kepada murid.
• Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalngan
murid.
KUMPULAN SASARAN
• Semua murid ( Tahap 1 dan 2 )
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Poster Antidadah
• Deklamasi Sajak Antidadah
Boria Antidadah
PEMBENTUKAN SAHSIAH
1. KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL
Usaha memberi kemahiran personel dan interpersonal kepada murid.
Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri ,
bertingkah laku positif , mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin
yang cemerlang.
Program ini diadakan untuk golongan pelajar, remaja dan belia untuk
membina ketahanan diri terhadap cabaran-cabaran hidup dan meningkatkan
motivasi mereka untuk meneruskan cita-cita mereka dan mendorong ke arah
mengamalkan cara hidup yang sihat di samping memberi kesedaran tentang
bahaya dadah supaya dapat mencegah mereka dari terlibat dengan dadah
RASIONAL
• Murid yang mempunyai kemahiran personel dn interpersonal perlu dilatih
memalui
satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketermpilan mereka
terserlah.
OBJEKTIF
• Melahirkan murid yang berperibadi mulia
• Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan
• Meningkatkan kemahiran tegas diri.
Mengatakan “TIDAK” kepada dadah
Meningkatkan Kemahiran membuat keputusan
Meningkatkan kemahiran memimpin di kalangan murid
KUMPULAN SASARAN
• Semua murid
KAEDAH PELAKSANAAN
• Bengkel
• Kaunseling Kelompok
Kesedaran kendiri
Asas komunikasi
Asas kaunseling
Perkembangan remaja
Kemahiran lanjutan
1. Tegas diri
2. Membuat keputusan
3. Mengatakan “TIDAK” pada dadah
PERSONALIA
• Guru Bimbingan
SEMINAR PPDA
KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Kaunseling PPDa berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan
terlibat dengan dadah. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling
PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.
RASIONAL
Murid sekolah yang dikesan terlibat perlu diberikan pertolongan secara
khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas
daripada dadah
PENGISIAN
Perubahan tingkah laku
Pengurusan diri, masa dan tekanan
Kemahiran interpersonal
Kemahiran membuat keputusan
Perkembangan konsep kendiri
Kemahiran tegas diri
PROGRAM KEIBUBAPAAN
Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengemblengkan tenaga
semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah.
Usaha yang bersepadu, berterusan dan penglibatan yang aktif ibu bapa akan
dapat mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan generasi dalam membina
sikap membenci dan menjauhi dadah.
RASIONAL
Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas
kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara. Peranan keluarga amat
penting dalam memastikan generasi muda terlibat dengan dadah.
OBJEKTIF
Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya
dadah kepada ibu bapa
Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang
peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam
mewujudkan keluarga bahagia
Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung
dengan pendidikan pencegahan dadah.
KUMPULAN SASARAN
Peserta yang terdiri daripada ibu bapa
KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah
Latihan Dalam Kumpulan
Seminar
Forum
Bengkel
PENGISIAN
Pameran Antidadah
Kemahiran Keibubapaan
Pengurusan Keluarga Bahagia
Ancaman Dadah Terhadap Keluarga
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Dadah Di Sekolah