pendorong utama pembangunan sistem kewangan utama.pdf · lebih dinamik. sistem pembayaran merupakan...
TRANSCRIPT
produktif
5.1 Pembayaran secara elektronik untuk meningkatkan kecekapan ekonomi
5.2 Memperkasakan pengguna
5.3 Pembangunan tenaga mahir untuk menyokong sektor kewangan yang lebih dinamik
Sistem pembayaran merupakan komponen
penting dalam ekonomi dan infrastruktur
kewangan sesebuah negara. Sistem ini
memainkan peranan yang penting dari segi
memudahkan edaran wang dalam ekonomi,
dan membantu pengendalian perniagaan,
perdagangan dan kegiatan ekonomi yang
lain. Oleh itu, kewujudan sistem pembayaran
yang memudahkan pergerakan dana yang
cekap amat penting bagi pembangunan
kewangan dan pertumbuhan ekonomi
negara.
pembayaran secara elektronik untuk meningkatkan kecekapan ekonomi
140
| 141
Pembayaran secara elektronik (atau e-pembayaran) yang menawarkan
kaedah pergerakan dana yang lebih pantas, selamat dan berkesan kos
berbanding dengan pembayaran berasaskan kertas, merupakan salah satu
alat strategik untuk mencapai kecekapan, produktiviti dan pertumbuhan
ekonomi yang lebih tinggi seiring dengan langkah Malaysia beralih ke
arah ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi. Dengan
bertambahnya penawaran dan penggunaan e-pembayaran, sektor perniagaan
dan seluruh lapisan masyarakat boleh mendapatkan lebih banyak kemudahan
dan peningkatan kecekapan operasi daripada pembayaran dan penerimaan
dana yang lebih pantas dan cekap. Ini seterusnya menyumbang kepada daya
saing ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik. Manfaat daripada
perpindahan kepada e-pembayaran bukan hanya terhad kepada peningkatan
dalam kecekapan kewangan, malah turut memupuk persekitaran yang lebih
mesra alam.
Dalam dekad yang lalu, usaha Bank Negara Malaysia (Bank) yang
diperkukuh oleh perkembangan teknologi dan inovasi, telah memacu
transformasi landskap pembayaran hingga menghasilkan pertambahan
dalam penawaran dan penggunaan produk dan perkhidmatan e-pembayaran.
Bank telah menjadi peneraju bagi penggunaan e-pembayaran yang lebih
luas dan menyelaraskan usaha di negara ini untuk mencapai matlamat
agenda ini. Ini termasuk sesi interaksi dan perjumpaan dengan beberapa
sektor ekonomi dan sektor Kerajaan untuk memudahkan perpindahan kepada
e-pembayaran. Bank turut menjalin kerjasama dengan beberapa bank pusat di
rantau ini untuk meningkatkan kecekapan pembayaran runcit dan memudahkan
hubungan antara rangkaian perkongsian mesin teler automatik (ATM) yang
dikendalikan oleh Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd. (MEPS)
dengan rangkaian perkongsian ATM di Singapura, Indonesia, Thailand, Korea
dan Republik Rakyat China. E-pembayaran mencatat pertumbuhan yang
menggalakkan sejak dilancarkan, dengan pertumbuhan yang nyata dalam semua
kaedah e-pembayaran. Penggunaan e-pembayaran per kapita meningkat sekali
ganda daripada 22 pada tahun 2005, kepada 44 pada tahun 2010, dengan
pertumbuhan yang ketara dalam penggunaan kad debit sebanyak 8.2 kali,
perbankan Internet 6.3 kali dan GIRO Antara Bank 4.5 kali.
Untuk 10 tahun yang akan datang, matlamat Bank adalah untuk meningkatkan
urus niaga e-pembayaran per kapita daripada 44 urus niaga pada tahun 2010,
kepada 200 urus niaga menjelang akhir tahun 2020, yang setara dengan
pencapaian e-pembayaran per kapita di negara lebih maju. Visi Bank adalah
supaya e-pembayaran menjadi kaedah pembayaran pilihan bagi urus niaga
ekonomi di Malaysia. Visi ini akan dapat dicapai dengan mewujudkan persekitaran
yang dinamik dan kondusif yang menawarkan insentif bagi penggunaan dan
penyediaan produk dan perkhidmatan e-pembayaran yang lebih meluas.
Ini memerlukan langkah baharu dan berani serta komitmen semua pihak
berkepentingan untuk mengubah sistem pembayaran Malaysia menjadi sistem
yang amat cekap dari segi kepantasan, keselamatan, kemudahan dan kos.
142
| 14
3p
em
ba
ya
ra
n s
ec
ar
a e
le
kt
ro
nik
un
tu
k m
en
ing
ka
tk
an
ke
ce
ka
pa
n e
ko
no
mi
Sehubungan dengan ini, kos dan ketidakcekapan yang dikaitkan dengan
pembayaran berasaskan kertas secara manual akan dapat dikurangkan dengan
nyata. Apabila pasaran menjadi lebih terbuka dan bersepadu, keperluan untuk
memperuntukkan dan menggunakan sumber-sumber secara lebih cekap
selain mengurangkan kos adalah penting agar kita kekal berdaya saing pada
peringkat antarabangsa. Sistem pembayaran negara yang benar-benar berdaya
tahan dan cekap merupakan pemangkin utama ke arah ekonomi bernilai
tambah tinggi dan berpendapatan tinggi.
Dalam mengorak langkah ke hadapan, subsidiari pembayaran Bank, Malaysian
Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear), yang ditubuhkan untuk
menerajui agenda e-pembayaran, akan memainkan peranan utama dalam
agenda perpindahan kepada e-pembayaran yang lebih meluas. Bank akan terus
mewujudkan persekitaran pengawalseliaan yang diperlukan untuk mendorong
agenda perpindahan kepada e-pembayaran, meningkatkan kecekapan
termasuk melaksanakan inisiatif yang boleh menghasilkan penjimatan kos
untuk negara secara keseluruhan dan menyumbang kepada kestabilan sistem
pembayaran. Salah satu inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah local switching,
penjelasan dan penyelesaian urus niaga kad pembayaran domestik. Usaha
Untuk 10 tahun yang akan datang, matlamat
Bank adalah untuk meningkatkan urus niaga
e-pembayaran per kapita daripada 44 urus
niaga pada tahun 2010 kepada 200 urus niaga
menjelang akhir tahun 2020
untuk mempercepat perpindahan kepada e-pembayaran bagaimanapun
memerlukan tahap kerjasama dan usaha sama yang tinggi dalam kalangan
semua pihak berkepentingan sistem pembayaran, termasuk penyedia
perkhidmatan pembayaran, pengguna korporat, pengguna, Kerajaan dan
pengawal selia lain untuk menambah baik seluruh proses pembayaran serta
membawa perubahan dalam cara pembayaran dibuat.
Bank akan menggalakkan tahap persaingan yang saksama dan wajar
dalam bidang pembayaran runcit. Penggunaan piawaian antarabangsa
akan meningkatkan saling kendalian (interoperability), keselamatan dan
kecekapan pengendalian infrastruktur pembayaran. Pada masa yang sama,
Bank menyedari bahawa penghasilan manfaat ekonomi ikut bidangan
dalam sektor pembayaran tertentu adalah penting untuk meraih hasil
kecekapan kos yang diinginkan. Ini seperti yang terbukti dalam beberapa
negara yang kewujudan peserta tunggal atau kewujudan secara bersama
dengan sebilangan kecil peserta adalah lebih cekap kos dan berkesan dalam
sektor tertentu, contohnya dalam sektor pengangkutan. Lazimnya, sektor
tersebut memerlukan perbelanjaan modal yang sangat tinggi untuk membina
infrastruktur yang diperlukan. Persaingan yang terhad ini akan dapat
mengelakkan pertindihan sistem dan sumber, lantas akan:
• Menghasilkan peruntukan sumber yang lebih cekap dan menyumbang
ke arah kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi dalam ekonomi
keseluruhan; dan
• Memberikan lebih kemudahan kepada pengguna dan menjana manfaat sosial
lain bagi ekonomi.
144
| 145
pe
mb
ay
ar
an
se
ca
ra
el
ek
tr
on
ik u
nt
uk
me
nin
gk
at
ka
n k
ec
ek
ap
an
ek
on
om
i
Persaingan yang terhad ini akan tertakluk kepada proses yang kompetitif
dan telus. Pengawasan dan arahan pengawalseliaan yang teliti juga
akan memastikan tiada tindakan antipersaingan berlaku kerana ini boleh
mengakibatkan kesan yang buruk kepada pengguna dan juga orang ramai.
Paling penting adalah untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan
perkhidmatan pembayaran terus terpelihara dan model perniagaan adalah
mampan, cekap dan adil khususnya dari segi harga dan penyediaan akses.
Selain itu, bidang tumpuan lain dalam tempoh 10 tahun yang akan datang
ialah menambah baik sistem pembayaran dan penyelesaian merentas
sempadan. Hubungan antara sistem pembayaran bernilai tinggi dengan
sistem pembayaran runcit akan dibangunkan dan ditingkatkan untuk
menyokong integrasi kewangan ASEAN.
Saranan 5.1.1
Menambah baik infrastruktur e-pembayaran dan menyediakan perkhidmatan
yang lebih baik dan baharu yang akan lebih meningkatkan kemudahan
buat pengguna dan juga akses kepada perkhidmatan pembayaran untuk
memudahkan lagi penggunaan e-pembayaran. Ini termasuk:
i. Memperluas akses kepada sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara
Elektronik Masa Nyata (Real Time Electronic Transfer of Funds and
Securities, RENTAS) melalui saluran elektronik seperti perbankan Internet
untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran bagi urus niaga bernilai
tinggi.
ii. Menerima pakai piawaian khidmat pesanan antarabangsa bagi sistem
RENTAS yang akan memudahkan bank dan syarikat korporat Malaysia untuk
Saranan 5.1.2
Meningkatkan saluran perbankan mudah alih
dengan menggalakkan penggunaan telefon
mudah alih sebagai saluran yang mudah
dan senang untuk urus niaga perbankan
dan pembayaran. Ini dilaksanakan dengan
menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh
penyedia perkhidmatan kewangan dan peniaga
dalam ekosistem perbankan dan pembayaran
mudah alih1. Usaha akan diambil untuk
memastikan pembayaran boleh dibuat dan
diterima dengan mudah pada kadar bayaran
yang berpatutan. Ciri-ciri lain dan perkhidmatan
nilai tambah baharu yang akan diperkenalkan
untuk meningkatkan keselamatan saluran
mudah alih dan memudahkan pengguna adalah
seperti yang berikut:
i. Pelaksanaan kaedah penentusahan yang
kukuh dan selamat, serta mudah dan berkesan
kos seperti mPKI untuk memupuk keyakinan
pengguna terhadap perbankan dan pembayaran
mudah alih.
ii. Pengenalan Portal Pembayaran Bil Secara
Elektronik (Electronic Bills Payment Portal)
untuk membolehkan pengguna dan pengeluar
bil menikmati kecekapan dan kemudahan
daripada penggunaan satu portal untuk
membayar semua bil melalui pelbagai saluran.
iii. Memanfaatkan teknologi Near Field
Communication (NFC) untuk menawarkan
perkhidmatan pembayaran mudah alih
yang mudah.
1 Ekosistem perbankan dan pembayaran mudah alih ialah ekosistem pelbagai bank dan neutral pengendali rangkaian mudah alih, yang menawarkan aplikasi perbankan mudah alih standard dan piawaian keselamatan yang sama.
mencapai ‘straight-through-processing’ yang
lebih meluas dan kos infrastruktur yang lebih
rendah dengan memperkemas pemprosesan
perbendaharaan bagi operasi domestik
dan serantau.
iii. Memudahkan penyelarasan urus niaga
elektronik yang cekap dengan menyediakan
maklumat pembayaran yang mencukupi kepada
benefisiari.
iv. Menyediakan mekanisme untuk memudahkan
jaminan pembayaran dan pemberian maklumat
yang tepat pada masanya mengenai penolakan
bagi urus niaga elektronik yang tidak berjaya.
v. Memperkenalkan peraturan melalui kerjasama
dengan institusi kewangan bagi pengkreditan
dana yang lebih pantas dan seragam untuk
e-pembayaran. Ini akan memberikan manfaat
kepada peniaga melalui pengurangan risiko dan
aliran tunai yang lebih baik.
vi. Memudahkan penetapan had urus niaga yang
lebih tinggi melalui saluran elektronik dengan
memanfaatkan kemudahan seperti mobile public
key infrastructure (mPKI). Langkah ini akan
menggalakkan penggunaan saluran elektronik
sebagai kaedah pembayaran alternatif yang
lebih berdaya maju berbanding dengan cek.
146
| 147
pe
mb
ay
ar
an
se
ca
ra
el
ek
tr
on
ik u
nt
uk
me
nin
gk
at
ka
n k
ec
ek
ap
an
ek
on
om
i
Saranan 5.1.3
Memperluas infrastruktur kad pembayaran untuk meningkatkan penggunaan
kad debit daripada 0.6 urus niaga per kapita pada tahun 2010, kepada
30 urus niaga per kapita menjelang tahun 2020. Inisiatif yang akan
diambil termasuk:
i. Menambah bilangan terminal jualan (point-of-sale, POS) yang menerima
kad pembayaran daripada lapan terminal bagi setiap 1,000 orang penduduk
pada tahun 2010, kepada 25 terminal bagi setiap 1,000 orang penduduk
menjelang tahun 2020 dengan mempercepat penyediaan terminal POS,
termasuk di premis peniaga kecil. Di negara yang penggunaan e-pembayaran
per kapitanya adalah tinggi, penyediaan terminal POS di merata tempat telah
menyumbang kepada penggunaan kad pembayaran yang lebih meluas dan
pengurangan penggunaan wang tunai.
ii. Membentuk struktur insentif yang menggalakkan penggunaan kad debit.
iii. Memudahkan penyediaan terminal POS kendiri (standalone) di premis peniaga
kecil.
iv. Memperluas penerimaan kad debit berasaskan PIN domestik atau e-Debit
dalam kalangan peniaga.
Potensi penjimatan kos oleh sesebuah negara adalah
sebanyak kira-kira 1% daripada KDNK setiap tahun
apabila berpindah sepenuhnya daripada pembayaran
berasaskan kertas kepada e-pembayaran
Saranan 5.1.4
Menggalakkan struktur harga yang kondusif bagi perkhidmatan pembayaran
yang memudahkan penggunaan kaedah pembayaran lebih berkesan kos
dan mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan cek
daripada 207 juta setahun pada tahun 2010, kepada 100 juta menjelang
tahun 2020.
Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kos urus niaga
e-pembayaran adalah antara satu pertiga hingga separuh daripada kos
penggunaan instrumen berasaskan kertas. Potensi penjimatan kos oleh
sesebuah negara adalah kira-kira 1% daripada KDNK setiap tahun apabila
berpindah sepenuhnya daripada pembayaran berasaskan kertas kepada
e-pembayaran. Kaji selidik dalam kalangan bank di Malaysia berhubung
dengan kos pembayaran berasaskan kertas dan e-pembayaran menunjukkan
keputusan yang hampir sama. Penjimatan kos dan peningkatan kecekapan
148
| 149
pe
mb
ay
ar
an
se
ca
ra
el
ek
tr
on
ik u
nt
uk
me
nin
gk
at
ka
n k
ec
ek
ap
an
ek
on
om
i
daripada perpindahan kepada e-pembayaran akan meningkatkan daya
saing negara. Oleh itu, perbezaan harga (price distortion) semasa antara
e-pembayaran dengan instrumen pembayaran berasaskan kertas perlu
ditangani. Penyedia perkhidmatan pembayaran perlu memberikan isyarat
harga yang tepat agar dapat menggalakkan pengguna untuk bertukar
daripada kaedah pembayaran lebih mahal kepada kaedah pembayaran
alternatif yang lebih murah. Langkah berikut akan dilaksanakan untuk
menggalakkan peralihan daripada penggunaan cek kepada kaedah
pembayaran yang lebih berkesan kos:
i. Membenarkan caj dikenakan ke atas cek untuk mencerminkan kosnya yang
lebih tinggi, sambil menetapkan bayaran lebih rendah untuk e-pembayaran.
Walau bagaimanapun, caj yang dikenakan ke atas cek tidak seharusnya
terlalu membebankan, manakala perkhidmatan e-pembayaran harus
dipertingkat lagi untuk memastikan kaedah pembayaran sebegini senang
untuk diakses, serta mudah dan murah untuk digunakan.
ii. Institusi perbankan hendaklah memperkenalkan produk perbankan yang
berkesan kos yang menggalakkan penggunaan e-pembayaran dan tidak
menggalakkan penggunaan cek.
iii. Menyokong usaha Kerajaan dan syarikat swasta untuk mengurangkan
penggunaan dan penerimaan cek.
Penyedia perkhidmatan pembayaran perlu
memberikan isyarat harga yang tepat agar dapat
menggalakkan pengguna untuk bertukar daripada
kaedah pembayaran lebih mahal kepada kaedah
pembayaran alternatif yang lebih murah.
iv. Mengkaji pengenalan insentif cukai untuk
menggalakkan lebih banyak pengguna
berpindah kepada e-pembayaran dan
melengkapi struktur harga baharu bagi
perkhidmatan pembayaran.
Saranan 5.1.5
Meningkatkan kesedaran dan keyakinan
pengguna untuk menggunakan e-pembayaran
secara lebih meluas. Ini kerana kesedaran dan
keyakinan pengguna merupakan komponen
yang amat penting bagi memastikan agenda
e-pembayaran ini dapat dicapai. Saranan ini
akan dilaksanakan dengan:
i Membangunkan portal maklumat setempat
khusus untuk menggalakkan e-pembayaran,
yang menyediakan maklumat berguna kepada
pengguna dan peniaga, seperti mekanisme
e-pembayaran yang tersedia, manfaat
e-pembayaran dan tip untuk memastikan urus
niaga yang selamat.
ii. Menganjurkan lebih banyak kempen promosi
seperti jeyarawara (road show) dan pameran
melalui kerjasama dengan persatuan industri
dan perdagangan.
Inisiatif perpindahan kepada e-pembayaran akan
dilaksanakan secara berperingkat. Dalam jangka
masa terdekat hingga sederhana, usaha akan
ditumpukan untuk menambah baik dan memperluas
infrastruktur e-pembayaran yang sedia ada bagi
menyediakan alternatif bagi instrumen pembayaran
berasaskan kertas. Peringkat seterusnya akan
melibatkan kajian semula terhadap struktur insentif
bagi e-pembayaran melalui pengenalan strategi
harga dan kempen promosi yang lebih agresif.
Ini bagi mencapai visi menjadikan e-pembayaran
sebagai kaedah pembayaran pilihan bagi urus niaga
ekonomi. Langkah-langkah juga akan diperkenalkan
sepanjang tempoh pelan sektor kewangan 10 tahun
ini untuk memupuk kesedaran dan menarik minat
serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap
e-pembayaran. Dengan cara ini, perpindahan kepada
e-pembayaran akan dapat dipergiatkan lagi.
150
| 151
pe
mb
ay
ar
an
se
ca
ra
el
ek
tr
on
ik u
nt
uk
me
nin
gk
at
ka
n k
ec
ek
ap
an
ek
on
om
i
Dalam persekitaran globalisasi yang
semakin meningkat, teknologi yang semakin
maju dan persaingan yang semakin sengit
dalam sektor kewangan serta perubahan
tingkah laku pengguna, pendekatan yang
komprehensif dan menyeluruh terhadap
perlindungan dan pendidikan pengguna
adalah amat penting. Sepanjang dekad
kebelakangan ini, perlindungan dan
pendidikan pengguna kewangan telah
mendapat pengiktirafan yang lebih
menyeluruh dalam memberikan sumbangan
penting ke arah sektor kewangan yang
kukuh, stabil dan berdaya saing.
memperkasakan
pengguna
152
| 153
Usaha pembaharuan pada peringkat antarabangsa yang memberikan
tumpuan kepada pengukuhan rangka kerja dan infrastruktur keinstitusian
bagi perlindungan pengguna dan peningkatan celik kewangan juga telah
meningkat dengan ketara.
Di dalam negeri pula, pelbagai pendekatan telah diterima pakai bagi
memastikan pertumbuhan berterusan sektor kewangan disokong oleh
amalan dan tingkah laku pasaran yang saksama dan bertanggungjawab,
dan pengguna diberikan pengetahuan kewangan yang perlu untuk
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap. Beberapa
inisiatif perlindungan pengguna telah dilaksanakan bagi tujuan ini, seperti
mengukuhkan peraturan amalan pasaran yang terpakai kepada penyedia
perkhidmatan kewangan dan mewujudkan pengaturan keinstitusian
yang komprehensif untuk menguruskan pertanyaan, aduan dan bantuan
penyelesaian bagi pengguna. Ini termasuk memastikan pusat hubungan
pelanggan ditubuhkan di pusat penyedia perkhidmatan kewangan
selain Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara Malaysia
(BNMLINK), Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau,
FMB) dan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Inisiatif
ini diperlengkap oleh program celik kewangan komprehensif yang akan
memantapkan keupayaan kewangan pengguna.
Sepanjang dekad kebelakangan ini, perlindungan
dan pendidikan pengguna kewangan telah mendapat
pengiktirafan yang lebih besar dalam memberikan
sumbangan penting ke arah sektor kewangan yang
kukuh, stabil dan berdaya saing
Peralihan Malaysia ke arah ekonomi bernilai tambah tinggi dan
berpendapatan tinggi akan menjadikan sektor kewangan lebih berdaya
saing dengan adanya pengantara dan saluran penyampaian yang lebih
pelbagai. Di samping itu, produk dan perkhidmatan kewangan yang inovatif
dan kompleks akan lebih banyak ditawarkan bagi memenuhi permintaan
dan profil pengguna yang berbeza-beza. Dalam persekitaran ini, usaha
mengukuhkan keupayaan kewangan
pengguna akan terus menjadi keutamaan
untuk menyokong keputusan kewangan yang
berdasarkan maklumat yang mencukupi,
berkesan dan bertanggungjawab. Usaha
ini adalah selari dengan perhatian yang
ditumpukan ke arah memastikan penyedia
perkhidmatan kewangan menjalankan
perniagaan mereka dengan penuh integriti.
Kerjasama yang berkesan serta komitmen
dan sokongan yang berterusan daripada pihak
berkepentingan yang berkaitan seperti agensi
kerajaan, agensi pengawalseliaan, kumpulan
pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan juga
akan menjadi semakin penting.
Penggalakan budaya saling bertanggungjawab
antara pengguna dengan penyedia
perkhidmatan kewangan akan melibatkan
perkara yang berikut:
• Pengguna yang diperkasakan dengan
pengetahuan, kemahiran dan kaedah untuk
Kerjasama yang berkesan
serta komitmen dan sokongan
yang berterusan daripada
pihak berkepentingan
yang berkaitan seperti
agensi kerajaan, agensi
pengawalseliaan, kumpulan
pengguna dan pertubuhan
bukan kerajaan juga akan
menjadi semakin penting 154
| 155
me
mp
er
ka
sa
ka
n p
en
gg
un
a
mengumpul, mengurus dan melindungi kekayaan
peribadi mereka;
• Penyedia perkhidmatan kewangan yang
mengamalkan budaya urus niaga yang saksama
dan bertanggungjawab dalam menjalankan
perniagaan mereka;
• Infrastruktur yang menyokong bagi memastikan
pelaksanaan inisiatif pendidikan kewangan yang
mampan dan berkesan;
• Mekanisme penyelesaian yang cekap dan
berkesan bagi produk dan perkhidmatan
kewangan;
• Infrastruktur maklumat kredit yang dipertingkat
bagi menggalakkan budaya kredit yang
bertanggungjawab dalam kalangan peminjam
dan pemberi pinjaman; dan
• Rangka kerja keinstitusian dan perundangan
yang cekap dan menyeluruh untuk perlindungan
pengguna dan menggalakkan celik kewangan.
Saranan dalam Pelan Sektor Kewangan ini bagi
lebih memperkasakan pengguna dalam sektor
kewangan bertujuan untuk memperkukuh rangka
kerja perlindungan pengguna kewangan dan
celik kewangan pada peringkat kebangsaan agar
inisiatif dapat dijajarkan dan diselaraskan dengan
lebih baik dalam kalangan pihak berkepentingan
utama dengan cara yang lebih menyeluruh.
Saranan 5.2.1
Menggalakkan keupayaan kewangan sebagai
kemahiran hidup yang penting daripada usia
yang muda melalui penggabungan pendidikan
kewangan ke dalam sukatan pelajaran rasmi di
sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bidang
keutamaan termasuk:
i. Menggabungkan aspek penting pendidikan
kewangan ke dalam subjek utama terpilih
dalam sukatan pelajaran yang merangkumi
pengurusan asas wang, perbelanjaan dan
simpanan, kredit dan hutang, e-pembayaran,
pengurusan risiko kewangan dan
tanggungjawab pengguna.
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru dalam sistem sekolah formal agar dapat
menyampaikan pendidikan kewangan dengan
berkesan kepada pelajar yang pelbagai
peringkat umur.
iii. Membangunkan program untuk menggalakkan
pembukaan akaun simpanan dengan tujuan
untuk menyemai budaya menyimpan pada usia
muda dan menyediakan kemahiran pengurusan
wang asas.
Saranan 5.2.2
Menerima pakai pendekatan program
berdasarkan peristiwa mengenai kehidupan,
dalam pembangunan dan penyampaian
program serta menggalakkan kerjasama
yang lebih erat dalam kalangan pihak
berkepentingan dalam menyampaikan
pendidikan kewangan. Ini termasuk:
i. Melaksanakan program sasaran keupayaan
kewangan yang memberikan tumpuan kepada
peristiwa mengenai kehidupan yang khusus,
yang mempengaruhi gaya hidup dan tingkah
laku pengguna, yang juga akan mengubah
komitmen kewangan mereka. Peristiwa
penting termasuk meneruskan pembelajaran,
membeli kereta atau rumah pertama,
memulakan pekerjaan pertama, berkahwin,
hidup berkeluarga dan persaraan. Program ini
akan melengkapi Program Pengurusan Wang
Ringgit Anda (POWER!) yang dihasilkan untuk
peminjam kali pertama dan bertujuan untuk
bersama-sama memberikan maklumat kepada
pengguna yang disesuaikan kepada situasi
khusus masing-masing.
ii. Memanfaatkan perkongsian strategik dengan
agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan,
pihak berkuasa agama, majlis tempatan
dan majikan untuk memberikan pendidikan
kewangan bagi memperluas jangkauan kepada
semua segmen masyarakat. Program melatih
jurulatih (train the trainer) perlu dipertingkat
untuk menyampaikan pendidikan kewangan
secara berkesan kepada kumpulan sasaran
yang dikenal pasti.
iii. Menggiatkan penggunaan teknologi untuk
meningkatkan jangkauan, fleksibiliti dan
keberkesanan penyampaian pendidikan
kewangan. Hal ini juga akan membolehkan
penghasilan kit peralatan yang baharu dan
diperbaik untuk perancangan dan pengurusan
kewangan.
iv. Memperluas peranan penyedia perkhidmatan
kewangan dan persatuan industri berkaitan
untuk menyokong inisiatif celik kewangan
dengan mengumpul sumber dan menyelaras
aktiviti dengan lebih optimum.
AKPK akan memainkan peranan penting
sebagai agensi peneraju untuk memacu inisiatif
pendidikan kewangan yang menyasarkan
pengguna dewasa.
Agensi Kaunseling Dan
Pengurusan Kredit akan
memainkan peranan penting
sebagai agensi peneraju untuk
memacu inisiatif pendidikan
kewangan yang menyasarkan
pengguna dewasa
Saranan 5.2.3
Memperkenalkan rejim kawal selia bersepadu
yang menangani jurang pengawalseliaan, serta
dikuatkuasakan dengan konsisten menerusi
penubuhan jawatankuasa yang dianggotai
pihak berkuasa yang berkaitan untuk merumus
dan melaksanakan undang-undang kredit
pengguna baharu. Meskipun aktiviti kredit
pengguna di Malaysia pada masa ini tertakluk
di bawah beberapa perundangan termasuk
Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan
1989, Akta Sewa Beli 1967, Akta Pajak Gadai
1972 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,
masih terdapat beberapa aktiviti kredit pada
masa ini yang tidak tertakluk kepada sebarang
keperluan perundangan. Undang-undang kredit
pengguna yang akan digubal di Malaysia akan
menyediakan penyeliaan dan pengawasan
aktiviti kredit yang menyeluruh dan konsisten
oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Undang-
undang sedemikian perlu fleksibel dan berupaya 15
6 | 1
57m
em
pe
rk
as
ak
an
pe
ng
gu
na
memberikan tindak balas terhadap cabaran yang dihadapi oleh pengguna
dan memberikan lebih kejelasan mengenai perlindungan pengguna dan
pengawasan pasaran dalam pasaran kredit pengguna.
Saranan 5.2.4
Menubuhkan Skim Perkhidmatan Ombudsman Kewangan (Financial
Ombudsman Services, FOS) dengan kuasa yang diperluas bagi
menggalakkan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan
diuruskan secara berkesan dan saksama. Ini termasuk:
i. Mengubah FMB sedia ada menjadi FOS yang disokong oleh perundangan.
ii. Memperluas skop FMB agar mencakupi pertikaian yang lebih pelbagai
terhadap penyedia perkhidmatan kewangan.
iii. Bekerjasama dengan agensi kawal selia lain untuk memudahkan peralihan
ke arah skim penyelesaian pertikaian bersepadu bagi menyelesaikan
pertikaian dengan semua penyedia perkhidmatan kewangan.
Saranan 5.2.5
Menggalakkan penggunaan laporan kredit yang lebih meluas
bagi mendorong budaya kredit dan pembayaran balik yang lebih
bertanggungjawab. Laporan kredit akan mendapatkan maklumat berkaitan
kredit daripada pelbagai sumber yang akan memberikan penilaian
keseluruhan berhubung dengan kekukuhan kewangan dan tingkah laku
kredit pengguna bagi mengelakkan hutang berlebihan. Usaha yang akan
dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
i. Memudahkan perkongsian maklumat kewangan dan kredit antara Sistem
Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information
System, CCRIS) dengan agensi pelaporan kredit lain yang diluluskan untuk
menghasilkan laporan kredit yang mencerminkan secara komprehensif
keupayaan pembayaran balik pengguna.
ii. Memperluas jenis maklumat yang dikumpul oleh agensi pelaporan kredit
yang dibenarkan untuk merangkumi maklumat kredit daripada institusi
kewangan bukan bank, syarikat telekomunikasi dan utiliti serta sumber lain
yang berkaitan yang dapat mempertingkat penilaian kekukuhan kewangan
dan potensi pembayaran balik pengguna.
iii. Menggalakkan akses yang mudah dan efisien kepada laporan kredit yang
tepat pada masanya, bermaklumat dan mesra pengguna oleh penyedia
perkhidmatan kewangan dan pengguna kewangan.
Saranan 5.2.6
Memperteguh infrastruktur yang menyokong dengan menyediakan
akses yang menyeluruh kepada maklumat pendidikan kewangan dan
memperkenalkan mekanisme untuk menilai keupayaan kewangan
pengguna dan menambah keberkesanan pelaksanaan inisiatif pendidikan
kewangan. Dalam hal ini, inisiatif yang berikut akan dilaksanakan:
i. Memperkenalkan antara muka yang tunggal (single interface) untuk
memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada maklumat
pendidikan kewangan, pemberitahuan pengguna, panduan untuk mencapai
gaya hidup dengan kedudukan kewangan yang kukuh, alat kewangan,
modul dan sumber pembelajaran, penyelidikan, artikel dan berita yang
disediakan oleh agensi yang berbeza. Antara muka yang tunggal ini akan
memaparkan kandungan pendidikan kewangan daripada laman web agensi
yang berkaitan dalam satu portal dan dengan itu, pengguna kewangan
tidak lagi perlu melayari pelbagai laman untuk mendapatkan nasihat dan
maklumat kewangan.
ii. Menubuhkan rangka kerja penilaian untuk memantau dan mengukur
keupayaan kewangan pengguna secara berkala. Langkah ini memerlukan
pelaksanaan penilaian asas, disusuli dengan penilaian berkala untuk
merekodkan kemajuan tahap kesedaran, pengetahuan, kemahiran,
sikap dan tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan kewangan
yang wajar. Keputusan penilaian juga akan menyokong penghasilan dan
pelaksanaan inisiatif celik kewangan.
15
8 | 1
59m
em
pe
rk
as
ak
an
pe
ng
gu
na
Saranan 5.2.7
Menggalakkan dan mengukuhkan amalan yang saksama dan
bertanggungjawab dalam kalangan penyedia perkhidmatan kewangan
melalui pengawalan yang sesuai dan ketelusan yang lebih nyata. Penekanan
akan diberikan kepada ketelusan selain memperkukuh tadbir urus dan
kawalan dalaman penyedia perkhidmatan kewangan untuk memastikan
amalan yang bertanggungjawab semasa berurusan dengan pengguna.
Khususnya, Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan penyedia
perkhidmatan kewangan mempunyai peranan yang lebih besar untuk
menetapkan budaya, dasar dan sistem insentif yang betul, selaras dan
menyokong amalan perniagaan yang saksama dan bertanggungjawab.
Semua ini akan menyerlahkan imej penyedia perkhidmatan kewangan
sebagai institusi yang saksama dan bertanggungjawab. Apabila pengguna
menjadi lebih berpengetahuan dan perkasa, penyedia perkhidmatan
kewangan yang mengamalkan urusan yang adil akan lebih berupaya untuk
memupuk keyakinan dan kepercayaan bagi memenuhi keperluan pengguna
dan terus berdaya saing. Dalam hal ini, usaha termasuk:
i. Menggalakkan penerbitan piagam pelanggan oleh semua penyedia
perkhidmatan kewangan dan melaksanakan proses untuk mengukur
prestasi berbanding dengan piagam yang telah dinyatakan. Langkah
ini dijangka menjana manfaat jangka panjang kepada pengguna yang
dapat melaksanakan hak mereka untuk memilih penyedia perkhidmatan.
Persaingan yang lebih sengit juga akan meningkatkan tahap kendalian
perniagaan yang telus dan bertanggungjawab, dan menambah mutu dalam
penyediaan penyelesaian kewangan.
Penekanan yang lebih akan diberikan kepada
ketelusan selain memperkukuh tadbir urus
dan kawalan dalaman penyedia perkhidmatan
kewangan untuk memastikan amalan yang
bertanggungjawab semasa berurusan dengan
pengguna
ii. Memperhebat semakan penyeliaan terhadap amalan oleh penyedia
perkhidmatan kewangan untuk memantapkan urusan saksama terhadap
pengguna.
iii. Menyemak kekangan semasa terhadap kemudahalihan produk dan
perkhidmatan kewangan, dan sejauh mana kekangan ini telah atau
berpotensi memudaratkan pengguna.
Usaha ini akan disokong oleh pengukuhan lanjut undang-undang
pengawalseliaan dari segi penyeliaan dan pengawasan kendalian
perniagaan penyedia perkhidmatan kewangan. Rangka kerja ini akan
memberikan dengan jelas keperluan berhubung dengan kendalian
perniagaan, termasuk larangan terhadap tatalaku yang memperdaya atau
menipu, representasi yang palsu atau memperdaya dan gangguan tidak
wajar, selain menambahkan kuasa penguatkuasaan.
Pelaksanaan saranan ini akan berpandukan kepada dua fasa yang luas.
Fasa pertama akan dilaksanakan pada jangka pendek dan sederhana dan
akan menumpukan kepada interaksi dengan pihak berkepentingan bagi
menghasilkan strategi kebangsaan yang terselaras untuk perlindungan
pengguna dan celik kewangan. Pada masa yang sama, langkah akan turut
diambil untuk memperkukuh pengaturan yang menyokong pendidikan
kewangan. Langkah untuk menggalakkan ketelusan dan urusan yang
saksama dalam kalangan penyedia perkhidmatan kewangan juga akan
dilaksanakan dalam fasa pertama pelaksanaan. Fasa kedua akan melibatkan
pelaksanaan inisiatif yang dibentangkan dalam strategi kebangsaan.
160
| 161
me
mp
er
ka
sa
ka
n p
en
gg
un
a
pembangunan tenaga mahir untuk menyokong sektor kewangan yang lebih dinamik
Kejayaan pelaksanaan inisiatif yang digariskan
dalam Pelan Sektor Kewangan bergantung
pada ketersediaan kumpulan tenaga mahir
yang berupaya memacu pembangunan
sektor kewangan pada dekad akan datang.
Dengan sektor kewangan dijangka mencatat
pertumbuhan antara 8 – 11% setahun,
yang seterusnya menghasilkan peningkatan
sumbangan sektor kewangan kepada kira-kira
10 – 12% daripada KDNK nominal pada tahun
2020 (2010: 8.6%), serta transformasi yang
dijangkakan untuk sektor kewangan, maka
162
| 16
3
akan wujud lebih banyak permintaan daripada
sektor kewangan untuk tenaga mahir yang
bermutu tinggi.
Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang,
sektor kewangan dijangka memerlukan tenaga
kerja sebanyak kira-kira 200,000 orang,
iaitu pertambahan sebanyak 56,000 orang
daripada 144,000 orang pekerja pada masa ini.
Peningkatan ini akan disokong oleh permintaan
kukuh merentas sektor kewangan termasuk
permintaan untuk kemahiran pakar dalam bidang
pertumbuhan tinggi dan kebitaraan (niche)
seperti pembiayaan modal risiko, pengurusan
kekayaan, khidmat nasihat Syariah, kewangan
korporat dan khidmat nasihat pelaburan. Dengan
integrasi kewangan serantau yang semakin
luas, set kemahiran yang diperlukan untuk
sektor kewangan juga harus selaras dengan
pembangunan serantau. Sebagai contoh, peranan
dan kepentingan pasaran pertukaran asing
serantau yang semakin ketara akan memerlukan
set kemahiran pakar untuk menguruskan urus
niaga pertukaran asing dan urus niaga pelbagai
mata wang. Pusat Perniagaan dan Kewangan
Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) juga
memerlukan tenaga mahir dalam khidmat nasihat
kewangan, pengurusan dan pengunderaitan
insurans, serta pemberian pinjaman khusus
kepada industri pengangkutan, minyak dan
gas. Sama penting ialah tenaga mahir untuk
perkhidmatan bantuan (ancillary services) yang
diperlukan untuk menyokong sektor kewangan.
Melangkah ke hadapan, usaha membangunkan
tenaga mahir untuk industri kewangan perlu
komprehensif dan holistik dengan mengambil kira
trend masa kini dan masa hadapan. Ini termasuk
cabaran tenaga kerja yang terdiri daripada
beberapa generasi serta pergerakan pekerja yang
semakin mudah merentas sempadan dan industri.
Pada masa yang sama, memandangkan terdapat
pelbagai isu yang lebih luas dalam pembangunan
tenaga mahir yang di luar skop sektor kewangan,
kerjasama dan penyelarasan yang lebih baik
dengan agensi berkaitan diperlukan terutamanya
antara industri, badan pengawal selia, Kerajaan
dan ahli akademik (sila rujuk carta mengenai
Dalam tempoh sepuluh tahun
akan datang, sektor kewangan
akan memerlukan tenaga kerja
sebanyak kira-kira 200,000
orang, iaitu pertambahan
sebanyak 56,000 orang
daripada 144,000 orang
pekerja pada masa ini
lingkungan pengaruh). Oleh itu, pembangunan tenaga mahir sektor kewangan
perlu bertumpu kepada pembangunan tenaga mahir pada peringkat kemasukan,
penggalakan pembelajaran berterusan untuk modal insan yang sedia ada
dalam industri, menarik minat tenaga mahir dari luar negeri dan mewujudkan
pengaturan kerjasama yang bersepadu untuk melonjakkan lagi agenda
pembangunan tenaga mahir tempatan.
Inisiatif pembangunan tenaga mahir untuk dekad akan datang boleh
dilaksanakan berasaskan langkah-langkah komprehensif sedia ada yang
telah dilaksanakan sepanjang sedekad yang lepas untuk membangunkan
tenaga kerja perkhidmatan kewangan yang profesional pada pelbagai
peringkat, daripada peringkat kemasukan untuk graduan hingga peringkat
kepimpinan untuk pengurusan kanan dan lembaga pengarah. Inisiatif
ini, seperti yang ditunjukkan secara ringkas dalam carta berhubung
dengan institusi yang ditubuhkan untuk pembangunan tenaga mahir,
menyediakan platform yang menyokong pengaturan keinstitusian dan
infrastruktur pembangunan modal insan yang selanjutnya dalam industri
pada masa hadapan. Dengan mengambil kira infrastruktur keinstitusian
yang diwujudkan dengan meluas serta keperluan sektor kewangan pada
masa hadapan, wawasan seterusnya adalah untuk memastikan terdapatnya
bekalan tenaga mahir yang kompeten dan berkebolehan untuk sektor
kewangan yang dinamik dan berinovatif secara berterusan.
164
| 165
pe
mb
an
gu
na
n t
en
ag
a m
ah
ir u
nt
uk
me
ny
ok
on
g s
ek
to
r k
ew
an
ga
n y
an
g l
eb
ih d
ina
mik
Saranan 5.3.1
Melahirkan lebih banyak graduan yang bersedia
pada peringkat kemasukan melalui kerjasama
dan penyelarasan yang lebih erat antara industri
kewangan dengan institusi pengajian tinggi bagi
memastikan peralihan graduan menjadi tenaga
kerja industri kewangan berjalan lancar.
Inisiatif termasuk:
i. Mewujudkan pengaturan kerja yang formal
antara industri dengan institusi pengajian tinggi
dalam membangunkan program berstruktur
untuk graduan mempelajari dan meningkatkan
kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam
industri kewangan.
ii . Menerapkan isi kandungan Program
Meningkatkan Tenaga Mahir dalam Sektor
Kewangan (Financial Sector Talent Enrichment
Programme, FSTEP), yang disediakan untuk
melengkapkan graduan untuk industri
kewangan, untuk menjadi sebahagian daripada
kurikulum dan sukatan pelajaran di institusi
pengajian tinggi supaya graduan lebih bersedia
untuk memasuki industri setelah mereka
memperoleh ijazah. FSTEP akan dimansuhkan
secara berperingkat-peringkat apabila usaha
untuk menghasilkan graduan yang bersedia
untuk memasuki industri tercapai.
Saranan 5.3.2
Meningkatkan kemahiran dan kecekapan
tenaga kerja sedia ada bagi memastikan
mereka berupaya memenuhi keperluan
industri kewangan yang berubah-ubah dalam
memberikan perkhidmatan yang mempunyai nilai
ditambah yang lebih tinggi pada masa hadapan,
serta membolehkan mereka memainkan peranan
dalam persekitaran yang lebih berdaya saing dan
global. Ini termasuk:
i. Mewujudkan pensijilan bagi peringkat kemahiran
atau kopetensi yang diperlukan untuk peranan
dan jawatan utama dalam sektor kewangan.
ii. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses
mudah untuk program pembelajaran jarak jauh
dan pembelajaran sendiri. Bagi melaksanakan
perkara ini dengan jayanya, pengaturan
kerjasama yang kukuh perlu diwujudkan untuk
mengumpulkan penyedia latihan, institusi
pengajian tinggi dan badan-badan profesional.
iii. Menambah baik keseluruhan kandungan dan
kualiti program latihan yang ditawarkan oleh
penyedia latihan termasuk oleh Institut Bank-
Bank Malaysia (IBBM), Institut Insurans Malaysia
serta Institut Perbankan dan Kewangan Islam
Malaysia, dengan:
• Memanfaatkan kepakaran dan pengalaman
pengamal industri, khususnya institusi-institusi
kewangan yang utama, untuk menyumbang
kepada penambahbaikan program latihan.
• Memastikan pengawasan dilakukan terhadap
mutu latihan dan pembelajaran yang dikendalikan
untuk industri.
iv. Memastikan program yang ditawarkan oleh
institusi latihan sekutu Institut Kewangan Asia
(Asian Institute of Finance, AIF) diakreditasikan
bagi memenuhi standard dan syarat yang
ditetapkan dalam Rangka Kerja Penilaian dan
Pengakreditasian Program Pembelajaran AIF.
166
| 167
pe
mb
an
gu
na
n t
en
ag
a m
ah
ir u
nt
uk
me
ny
ok
on
g s
ek
to
r k
ew
an
ga
n y
an
g l
eb
ih d
ina
mik
v . Menetapkan piawaian untuk program dan
kelayakan profesional kewangan Islam yang
mencapai standard yang telah ditetapkan
oleh Association of Chartered Islamic Finance
Professionals (ACIFP), iaitu badan profesional
yang bertanggungjawab terhadap standard kualiti
global untuk profesional kewangan Islam.
vi. Memastikan pendanaan untuk pendidikan
pendidik sektor kewangan adalah mencukupi.
Saranan 5.3.3
Menarik minat tenaga mahir serantau dan
antarabangsa dengan memudahkan kemasukan
tenaga kerja dalam sektor kewangan domestik.
Inisiatif termasuk:
i. Menyampaikan maklumat dengan berkesan
tentang peluang pekerjaan dalam sektor
kewangan Malaysia melalui pelancaran portal
sesawang yang menyerlahkan Malaysia sebagai
destinasi tenaga mahir antarabangsa dan
serantau. Laman sesawang ini akan memberikan
maklumat tentang peluang pekerjaan dalam
sektor kewangan Malaysia dan maklumat
berkaitan yang lain seperti prosedur imigresen,
permit kerja, maklumat perumahan, serta sekolah
antarabangsa.
ii . Memudahkan prosedur penghijrahan tenaga
mahir sementara atau tetap ke dalam sektor
kewangan.
iii. Memulakan pengaturan kerjasama dengan
TalentCorp bagi memanfaatkan program insentif
sedia ada untuk profesional yang berkemahiran
memasuki sektor kewangan.
iv. Mewujudkan perkongsian dengan penyedia
latihan dan universiti terkemuka antarabangsa
bagi memajukan agenda pendidikan untuk sektor
kewangan di Malaysia.
v. Menggalakkan kerjasama dalam penyelidikan
sektor kewangan mengenai isu yang penting
kepada industri.
Saranan 5.3.4
Meningkatkan fokus strategik, penyelarasan,
serta kerjasama bagi memperoleh pendekatan
komprehensif kepada pembangunan tenaga mahir
untuk sektor kewangan dengan mengamalkan
dasar, strategi dan pengawasan bagi menangani isu
yang berkaitan dengan peningkatan standard dan
pembekalan tenaga mahir untuk sektor kewangan.
Penubuhan Majlis Tenaga Mahir Perkhidmatan
Kewangan (Financial Services Talent Council,
FSTC) adalah disarankan untuk memacu, menyelia
dan menyelaraskan agenda pembangunan tenaga
mahir sektor kewangan dan merangka strategi
pembangunan seterusnya. Ahli Majlis akan terdiri
daripada peserta industri, agensi pengawalseliaan,
institusi akademik pengajian tinggi, kementerian
kerajaan dan pemimpin berwawasan. FSTC akan
menyelaraskan usaha sektor kewangan berhubung
dengan keperluan pembangunan tenaga mahir dan
bekerjasama dengan agensi dan pihak berkuasa
yang berkaitan untuk memajukan pembangunan
tenaga mahir secara berterusan dan mampan.
Peranan FSTC termasuk:
• Memupuk dan memacu kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan peserta
industri, badan pengawal selia, pendidik dan Kerajaan dalam mengenal pasti
langkah-langkah untuk memastikan ketersediaan tenaga mahir yang bermutu
tinggi dan berpengalaman untuk sektor kewangan Malaysia;
• Merumuskan dasar dan strategi umum untuk memudahkan pembangunan
tenaga mahir secara keseluruhan dalam sektor kewangan;
• Memacu dan menyelia perlaksanaan dasar dan strategi yang diluluskan; dan
• Menjalankan kajian dan penilaian yang menyeluruh secara berkala berhubung
dengan keperluan dan jurang tenaga mahir dalam sektor kewangan.
Menyedari kepentingan tersedianya bekalan tenaga mahir yang berkemahiran
secara berterusan untuk memacu pembangunan sektor kewangan pada masa
hadapan, perlaksanaan inisiatif pembangunan tenaga mahir akan dimulakan
serta-merta dan secara serentak. Pada masa ini, tumpuan akan diberikan
kepada penubuhan FSTC dan urus setianya. Inisiatif untuk melahirkan
graduan yang bersedia pada peringkat kemasukan untuk memasuki industri,
meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja yang sedia ada serta
menarik minat tenaga mahir dari luar negara perlu dilaksanakan serentak.
Transformasi peluang pendidikan untuk sektor kewangan perlu dilaksanakan
dengan agresif pada peringkat awal tempoh pelan.
Majlis Tenaga Mahir Perkhidmatan Kewangan
(Financial Services Talent Council, FSTC)
akan ditubuhkan bagi memacu, menyelia dan
menyelaraskan agenda pembangunan tenaga
mahir sektor kewangan16
8 | 1
69p
em
ba
ng
un
an
te
na
ga
ma
hir
un
tu
k m
en
yo
ko
ng
se
kt
or
ke
wa
ng
an
ya
ng
le
bih
din
am
ik