penerangan tentang konstruk
DESCRIPTION
notaTRANSCRIPT
PENERANGAN TENTANG KONSTRUK - JSU PENERANGAN TENTANG KONSTRUK
Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan Penilaian (Bloom 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.
Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.
P01: Pengetahuan tentang Terminologi
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara
P02: Pengetahuan tentang Fakta
Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen
P03: Pengetahuan tentang KonvensyenPengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim
P04: Pengetahuan tentang UrutanPengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti
P05: Pengetahuan tentang PengelasanPengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan
P06: pengetahuan tentang Kriteria
Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara
P07: Pengetahuan tentang Metodologi
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja
P08: Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi
Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan
P09: Pengetahuan tentang Teori dan Struktur
Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan pemerhatian
Kod Konstruk Penerangan Aspek
COO Kefahaman(comprehension) Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut
AOI Aplikasi (application) Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi (penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru
NOO Analisis (analysis) Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas
TOO Sintesis (synthesis) Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya
VOO Penilaian (evaluation) Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah, kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan (kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)
PendahuluanJadual Penentu Ujian (JPU) merupakan satu “ blue print” yang dapat membantu
guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang
ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan
yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan
perancangan yang rapi.
Jadual Penentuan Ujian mengenal pasti objektif dan kemahiran yang
akan diuji dan pemberatan yang akan diberikan kepada setiap kemahiran. JPU juga
memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu ujian.
Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JPU sebelum membina item-item soalan
dalam sebuah ujian.
JPU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras
kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan,
kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian yang akan diuji.
2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian
JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu
sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru
mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah
kepada penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu,
guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.
Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk
mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu
disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk
meningkatkan kesahan penilaian. JSU seharusnya mengandungi data yang berikut,
iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.
Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item
ujian : item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item
beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil
perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item
beraras tinggi berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih
kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item
atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan
perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.
Rajah 2.2 :Pengiraan Bilangan Item Mengikut Topik
Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= Jumlah Masa X Jumlah Soalan
Jumlah Masa Keseluruhan
Rajah 2.3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4
PenutupJPU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau
mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu
bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan
kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak
layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu,
penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran,
dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran
ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua
pihak yang terlibat.