pengacara ceramah motivasi
DESCRIPTION
teks pengacaraTRANSCRIPT
Bismilahhirahman nirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha/ Yang DihormatiEncik Mohd Suhaimi B Abd Hamid
Yang Diperua PIBG Sk Wangsa Maaju zon R10
Yang BerbahagiaDatin Hajah Faizah Bt Shamsudin
Guru Besar Sk Wangsa Maju
Yang Dihormati,Tuan Haji Mohammed Ghazali Bin Hamzah
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Petaling Perdana
Guru-guru, para ibu bapa dan waris yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Ceramah Motivasi Keibubapaan. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka
majlis ini akan menjadi lebih bermakna.
Bacaan DoaBagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan bagi memimpin bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasihkepada atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan YDPHadirin yang dihormati,
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua PIBG SK Wangsa Maju Zon R10.Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd
Suhaimi Bin Abd Hamid, bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Sekalung penghargaan kepada Yang Dihormati Encik Mohd Suhaimi, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Taklimat Program Skor AHadiri sekalian,
Majlis kita seterusnya ialah Taklimat mengenai Program Skor A. Untuk itu majlis menjemput__________________________________________________________________________
Dipersilakan.
Begitulah tadi taklimat mengenai Program Skor A. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
CeramahHadirin yang dihormati,
Majlis kita diteruskan lagi, untuk mendengar ceramah motivasi keibubapaan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Mohammed Ghazali Bin Hamzah untuk menyampaikan ceramah motivasi beliau yang bertajuk “Pendidikan dan Asuhan Berterusan
Pemangkin Pelajar Cemerlang”
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Kamarudin Kasim atas kesudian beliau mengendalikan ceramah motivasi sebentar tadi.
SoaljawabHadirin sekalian,
Sekarang diadakan sesi soal jawab, para hadirin bolehlah bertanyakan soalan jika ada sebarang kemusykilan. dipersilakan….
CenderahatiDengan berakhir sesi soal jawab tadi, maka majlis kita sudah hampir ke penghujungnya. Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput ___________________________________________untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan kita pada hari ini. dengan segala
hormatnya dipersilakan.
BersuraiHadirin yang dirahmati,
Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisahDi lain acara bersua lagi
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan Majlis.
Akhir kata, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang majlis
berlangsung.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.