pengajaran berbantukan komputer satu kajian kes
DESCRIPTION
pengajarn berbantukan komputerTRANSCRIPT
BAHAGIAN B
LAPORAN PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
DI SEKOLAH SAYA
Penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah pada masa kini amat
penting khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu alat teknologi yang digunakan oleh guru pada masa kini adalah penggunaan teknologi
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer merupakan salah satu
media pengajaran yang bertujuan untuk menarik perhatian dan meningkatkan tumpuan pelajar
ketika pembelajaran serta sebagai medium penyampaian ilmu daripada guru kepada pelajar agar
ilmu yang disampaikan lebih bermakna dan kekal dalam ingatan pelajar. Penggunaan komputer
ini akan mempermudahkan tugas guru bagi menerangkan sesuatu konsep atau isi dan
menambahkan kefahaman pelajar berkaitan sesuatu topik yang dipelajari.
Bagi meninjau tentang penggunaan dan penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah saya, satu kajian kes telah saya jalankan. Tinjauan tentang penerapan
teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu ini telah saya jalankan selama dua minggu di
sekolah saya dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Sekolah
saya terletak di kawasan pinggi bandar. Jarak sekolah saya dari bandar Kuantan lebih kurang 22
kilometer. Bilangan murid di sekolah saya adalah seramai 325 orang, manakala bilangan guru
pula seramai 30 orang. Terdapat 12 buah bilik darjah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6, dua
buah kelas prasekolah, sebuah bilik pemulihan, sebuah makmal komputer, sebuah bilik JQaF,
sebuah perpustakaan, sebuah bilik BBM, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan sebuah Bilik
Sains. Bilangan komputer di sekolah saya ialah sebanyak 20 buah dan bilangan komputer riba
pula sebanyak 7 buah. Daripada 20 buah komputer, cuma 11 buah sahaja yang berfungsi dengan
baik. Nisbah bilangan komputer dengan bilangan murid pula ialah satu komputer untuk dua
orang murid. Kesemua 15 buah komputer yang berfungsi dengan baik mempunyai kemudahan
internet. Kelajuan internet pula sangat perlahan dan kadang kala pencapaian internet ini sering
terganggu. Bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah saya adalah seramai 10
orang.
1
Dapatan daripada tinjauan yang dijalankan selama dua minggu menunjukkan bahawa
guru-guru tahap 1 lebih kerap menggunakan komputer dan internet dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana dalam KSSR , terdapat Elemen TMK yang merentas
kurikulum untuk semua subjek. Dalam dokumen standard kurikulum , semua subjek termasuk
Bahasa Melayu perlu menerapkan eleman TMK dalam pengajaran mereka. Subjek yang paling
kerap mennggunakan komputer adalah Dunia Sains dan Teknologi dan Rekabentuk Teknologi
berbanding subjek-subjek yang lain.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pula, penerapan penggunaan komputer dalam
pengajaran Bahasa Melayu amat kurang. Cuma guru Bahasa Melayu kelas Tahun 6 sahaja yang
didapati menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka berbanding guru
Bahasa Melayu kelas-kelas yang lain. Tetapi kekerapan penggunaannya amat rendah. Guru-guru
Bahasa Melayu lebih banyak menggunakan carta, kad imbasan, kad gambar, kad perkataan, buku
rujukan dan buku teks sebagai media pengajaran berbanding penggunaan komputer. Namun
begitu, terdapat juga guru Bahasa Melayu yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran, tetapi jumlahnya amat kurang.
Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan daripada pemerhatian dan temu bual tentang
kekerapan penggunaan komputer semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh sepuluh
orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya.
Kekerapan Menggunakan Komputer Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
Bilangan Guru
Seminggu sekali 0
Dua minggu sekali 0
Sebulan sekali 3
Dua bulan sekali 5
Tidak pernah menggunakan komputer 2
Jadual 1: Kekerapan penggunaan komputer oleh guru Bahasa Melayu semasa mengajar.
2
Berdasarkan jadual 1, dari segi kekerapan penggunaan computer dalam pengajaran
Bahasa Melayu, didapati kebanyakan guru amat kurang menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Daripada 10 orang guru Bahasa Melayu, tiga orang menggunakan komputer
dalam pengajaran Bahasa Melayu sebanyak sebulan sekali, lima orang guru Bahasa Melayu yang
lain pula menggunakan komputer dua bulan sekali dan dua orang guru yang lain belum pernah
menggunakan komputer dalam pengajaran pada tahun ini. Guru Tahun 6 sahaja yang didapati
lebih banyak mennggunakan computer dalam pengajaran mereka berbanding guru kelas yang
lain. Menurut guru Bahasa Melayu yang telah di temu bual iaitu Cikgu Norhayati, beliau amat
gemar menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Menurut
beliau, penggunaan komputer dapat memudahkan lagi penerangan tentang teknik-teknik menulis
karangan dengan baik serta dapat menunjukkan contoh-contoh karangan yang lebih banyak dan
pelbagai . Di samping itu, murid-murid juga lebih teruja, berminat dan mudah faham. Tetapi
penggunaan komputer ini hanya berlaku di kalangan guru sahaja, manakala murid-murid hanya
memerhati dan mendengar sahaja. Mereka tidak terlibat secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut kerana bilangan computer yang berfungsi dengan baik amat kurang.
Beliau hanya menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu cuma sekali dalam
sebulan dan selama 60 minit sahaja. Menurut Cikgu Rosenizam pula, beliau hanya menggunakan
komputer pada minggu terakhir sebelum murid menduduki peperiksaan. Beliau akan
menggunakan computer untuk mengulangkaji semula contoh-contoh karangan dan tatabahasa
yang telah diajar sebelum murid menduduki peperiksaan. Di samping itu, beliau juga
menggunakan computer untuk menerangkan teknik-teknik menulis karangan yang baik serta
contoh-contoh karangan murid yang cemerlang. Manakala Cikgu Sharifah Nawaitu Akshah pula
menyatakan bahawa, beliau masih belum menggunakan computer dalam pengajaran Bahasa
Melayu pada tahun ini. Beliau lebih selesa mengajar dengan menggunakan carta, kad gambar,
buku rujukan dan buku teks.
Dari aspek kekerapan penggunaan perisian aplikasi pula, kebanyakan guru Bahasa
Melayu menggunakan aplikasi MS Powerpoint dan Ms Word. Jadual 2 di bawah menunjukkan
dapatan daripada pemerhatian dan temu bual tentang kekerapan penggunaan perisian aplikasi
komputer semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh sepuluh orang guru Bahasa Melayu
di sekolah saya.
3
Perisian aplikasi komputer Bilangan Guru
MS Word 3
MS Power Point 8
MS Excel 0
CD Pembelajaran 1
Jadual 2: Kekerapan penggunaan perisian aplikasi computer oleh guru Bahasa Melayu
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu lebih
gemar menggunakan aplikasi MS Powerpoint semasa mengajar berbantukan komputer di dalam
kelas. Kebanyakan guru membina bahan pengajaran mereka dalam bentuk slaid persembahan
dengan mennggunakan perisian aplikasi MS Power Point. Kesemua guru yang ditemubual
menyatakan bahawa peggunaan slaid persembahan lebih mudah digunakan untuk memaparkan
maklumat atau isi pelajaran kerana dalam slaid Power Point boleh dimasukkan teks, grafik, audio
dan animasi. Menurut Cikgu Norhayati, beliau lebih gemar menggunakan slaid Power Point
kerana dalam slaid ini boleh dimasukkan teks dan gambar. Selain itu, slaid persembahan ini amat
sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran menulis terutamanya tentang teknik-teknik menulis
karangan yng baik. Beliau juga boleh menggunakan hyperlink melalui slaid persembahan
PowerPoint dengan MS Word untuk menujukkan contoh-contoh karangan yang cemerlang dalam
MS Word. Manakala Cikgu Rosenizam dan Cikgu Sharifah Nawaitu Akshah pula menyatakan
bahawa selain mudah memasukkan teks, audio dan gambar, penggunaa slaid Power Point
menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan animasi-animasi yang
disediakan serta mampu mengilustrasikan idea-idea yang sukar kepada murid-murid.
Penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek Bahasa Melayu di
sekolah saya amat kurang. Berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual dengan beberapa orang
guru Bahasa Melayu, didapati bahawa guru-guru kurang mengguna computer dalam pengajaran
kerana mereka kurang kemahiran menggunakan aplikasi dalam komputer sebagai media
pengajaran dan pembelajaran. Kesemua guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka
4
belum pernah menghadiri kursus khas tentang pengaplikasian perisian komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran penggunaan computer ini diperolehi daripada kursus
dalaman, rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja. Akibat kurangnya kemahiran menggunakan
perisian aplikasi computer sebagai media pengajaran telah menyebabkan timbulnya sikap malas
dan kurang minat menggunakan perisian aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru yang tidak mahir juga akan hilang keyakinan untuk melaksanakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas atau di makmal komputer.
Selain itu, kekangan masa juga menyebabkan guru Bahasa Melayu tidak menerapkan
penggunaan computer dalam pengajaran mereka. Dapatan daripada temu bual membuktikan
kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menyebabkan mereka tidak mengaplikasi
penggunaan computer dalam pengajaran mereka. Menurut Cikgu Norhayati dan Cikgu Sharifah
Nawaitu Akshah, mereka perlu menghabiskan silibus atau sukatan pelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan seperti yang terkandung dalam Rancangan Mengajar Tahunan. Oleh itu, mereka
menghadapi kekangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini. Penyediaan bahan pengajaran berbantukan computer ini mengambil
masa yang agak lama kerana guru perlu mengenal pasti bahan-bahan yang sesuai untuk
digunakan dalam pengajaran mereka. Selain itu, reka bentuk persembahan juga perlu diambil
kira agar slaid persembahan mereka menarik dan mempunyai maklumat penting yang hendak
disampaikan. Tambahan pula, kemahiran untuk menggunakan aplikasi computer dalam kalangan
guru ini amat kurang, ini akan menyebabkan penggunaan masa yang lama untuk menghasilkan
media pengajaran ini. Manakala Cikgu Rosenizam pula menyatakan bahawa guru terpaksa
mengambil masa yang lama untuk memasang dan menyelengara peralatan computer semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kala ketika mengajar computer dan LCD Projektor
menghadapi masalah dan mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Selain itu, kadang kala masa juga
dihabiskan ketika melayari internet untuk mancari bahan dan maklumat tentang kemahiran dan
pengetahuan yang hendak diajar.
_________________________________________________________________________
5
Di samping itu, banyak masa yang guru diperlukan untuk memasang komputer. Selain itu,
bilangan komputer yang berfungsi juga kurang dan tidak mencukupi untuk semua murid di
dalam kelas. Ini menyebabkan murid yang tidak mempunyai komputer tidak berminat untuk
belajar atau tidak mahu berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Guru boleh meminta bantuan
Juruteknik Komputer untuk memasang komputer lebih awal sebelum guru masuk ke makmal
komputer. Juruteknik komputer juga boleh membimbing guru dan murid ketika menggunkan
komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat menjimatkan masa guru untuk
memasang dan mematikan komputer.
Kekurangan bilangan komputer yang berfungsi dengan baik dan kekurangan kemahiran
menggunakan komputer sebagai media pengajaran menyebabkan penggunaan komputer di
kalangan guru di sekolah ini kurang menggalakkan. Oleh itu, pihak sekolah perlu mencari jalan
dengan mendedahkan guru-guru tentang teknik-teknik menggunakan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui kursus-kursus pendek dengan menjemput pakar-pakar
komputer dari luar atau guru-guru yang mahir komputer yang terdapat di sekolah itu sendiri.
2.4. Pandangan guru tentang penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah
Pandangan guru tentang penggunaan bahan bantu mengajar diperolehi daripada temu
bual dan borang soal selidik yang telah diedarkan. Temubual tentang penggunaan bahan bantu
mengajar telah dijalankan ke atas tiga orang guru di sekolah saya iaitu guru Bahasa Melayu, guru
Pendidikan Agama Islam dan guru Bahasa Inggeris.
Menurut guru Bahasa Melayu.Tahun 6 yang telah ditemu bual, beliau sentiasa
menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dengan
menggunakan bahan bantu mengajar ini, tumpuan murid kepada pembelajaran akan lebih baik.
Murid juga dapat melibatkan diri dan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Bahan bantu mengajar yang sering beliau guna dalam pengajarannya ialah kad perkataan, kad
gambar, poster dan carta. Beliau juga menggunakan komputer dalam pengajarannya,
terutamanya ketika mengajar penulisan. Beliau menggunakan komputer untuk memaparkan
6
contoh-contoh karangan yang baik dan teknik-teknik menulis karangan dengan baik kepada
murid-murid melalui aplikasi powerpoint.
Temu bual kedua dijalankan bersama guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Tahun 5.
Beliau berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar ini, guru lebih mudah untuk
menerangkan konsep-konsep yang sukar terutamanya tentang perbendaharaan kata dan
penggunaan tatabahasa yang sesuai dalam Bahasa Inggeris. Beliau lebih banyak menggunakan
gambar, kad perkataan, bahan-bahan maujud dan carta sebagaia bahan bantu mengajar. Beliau
juga menggunakan komputer dalam aktiviti pengajarannya di sekolah. Bagi beliau, penggunaan
komputer dapat memudahkan lagi penerangan dengan contoh-contoh yang lebih banyak dan
pelbagai . Murid-murid juga lebih teruja, berminat dan mudah faham.
Temu bual ketiga dijalankan bersama guru yang mengajar mengajar subjek Dunia Sains
dan Teknologi (DST) Tahun 3. Menurut beliau, penggunaan bahan bantu mengajar ini amat
penting dalam pengajaran dan pemnbelajaran. Tambahan pula, beliau mengajar subjek KSSR
yang menekankan kepada konsep didik hibur. Justeru, penggunaan bahan bantu mengajar ini
amat perlu agar sesuatu topik yang diajar lebih mudah difahami oleh murid. Elemen Sains dalam
Subjek Dunia Sains dan Teknologi ini memerlukan guru banyak membuat eksperimen dengan
murid, Jadi, penggunaan bahan bantu mengajar amat diperlukan untuk memudahkan guru
menunjukkan konsep dan membuat eksperimen. Bahan bantu mengajar yang biasa beliau guna
dalam pengajarannya ialah carta, kad gambar, bahan-bahan maujud dan komputer.
Jadual 3 di bawah menunjukkan dapatan daripada soal selidik tentang penggunaan bahan
bantu mengajar di kalangan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
No.Item
SoalanTandakan (√ ) pada petak yang sesuai
TS TP S
1 Saya sentiasa menggunakan Bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. 3 (12.5%) 3 (12.5%) 18 (75%)
2 Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran 0 (0 %) 6 ((25%) 18 (75%)
7
3 Saya memerlukan kursus tentang penggunaan bahan bantu mengajar 2(8.3%) 10 (41.7%) 12 (50%)
4 Saya memerlukan pendedahan tentang kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar 1 (4.2%) 13 (54.2%) 10 (41.7%)
5.
Saya mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajarsaya 0 (0%) 6 (25%) 8 (33.3%)
6.
Saya menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar.
10 (41.7%) 3 (12.5%) 11 (45.8%)
7 Bahan bantu mengajar mencukupi di sekolah saya. 10 (41.7%) 6 ((25%) 8 (33.3%)
8 Alat bantu mengajar yang disediakan di sekolah sayasentiasa dalam keadaan yang baik 7 (29%) 7 (29%) 10 (41.7%)
9 Kekerapan menggunakan alat bantu mengajar dalam prosespengajaran boleh menambahkankeyakinan saya mengajar
3 (12.5%) 6 (25%)
15 (62.5%)
10 Saya mudah menyediakan alat bantu mengajar 12 (50%) 3(12.5%) 9 (37.5%)
Jadual 3: Persepsi guru tentang penggunaan bahan bantu mengajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan jadual 2 di atas, dapatlah dinyatakan bahawa 75% guru menggunakan
bahan bantu mengajar semasa mengajar di dalam kelas. Sebanyak 12.5% guru tidak
menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar, manakala 12.5% guru tidak pasti tentang
penggunaan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Mengenai kemahiran menggunakan bahan
bantu mengajar di dalam kelas pula, sebanyak 75% guru bersetuju dan 6% guru tidak pasti.
Sebanyak 50% guru memerlukan kursus tentang penggunaan bahan bantu mengajar. Sebanyak
8.3% orang guru tidak memerlukan kursus dan 41.7 % orang guru tidak pasti .
Dari segi penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas pula, cuma
45.8% orang guru yang menggunakannya, manakala 41.7% guru tidak menggunakan komputer
semasa mengajar dan 12.5% orang guru tidak pasti tentang penggunaan komputer semasa
mengajar. Kekurangan guru menggunakan komputer ini berkemungkinan disebabkan bilangan
komputer yang tidak mencukupi dan guru kurang berkemahiran menggunakan komputer sebagai
alat bantu mengajar.
8
Seramai 41% orang guru bersetuju bahawa bahan bantu mengajar di sekolah tidak
mencukupi dan dalam keadaan yang kurang baik. Manakala 29% guru tidak bersetuju dan 29%
guru tidak pasti tentang kecukupan bahan bantu mengajar di sekolah.
2.5 Pandangan murid tentang penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah
Selain guru, murid juga telah dijalankan sesi temu bual untuk mengetahui sejauh mana
penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah dan kepentingan bahan bantu mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Temu bual telah dijalankan bersama tiga orang murid dari
tahun yang berbeza.
Murid pertama merupakan seorang pelajar Tahun 6. Menurut beliau, guru subjek Sains,
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Kajian Tempatan yang sering
menggunakan bahan bantu mengajar dan komputer di dalam kelas. Guru-guru subjek lain amat
kurang menggunakan bahan bantu mengajar. Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Kajian
Tempatan banyak menggunakan carta, gambar-gambar dan kad perkataan. Manakala guru Sains
dan Kamahiran Hidup pula lebih kepada penggunaan benda-benda maujud kerana melibatkan
amali dan eksperimen. Guru Pendidikan Sivik paling kurang menggunakan alat bantu mengajar.
Beliau amat seronok dan gembira apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar di
dalam kelas kerana topik yang diajar oleh guru lebih mudah difahami dan pengajaran di dalam
kelas tidak membosankan. Selain itu, saya juga dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberi pengalaman baru kepadanya. Beliau lebih suka
jika guru menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar kerana banyak maklumat dan
contoh yang boleh ditunjukkan berbanding menggunakan carta, gambar dan kad perkataan.
Murid kedua pula merupakan pelajar dari kelas Tahun 5. Menurut beliau, guru Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains paling banyak menggunakan bahan bantu mengajar di dalam
kelas. Kebanyakkan guru menggunakan carta, kad perkataan, kad gambar dan model 3D.
Beliau amat suka dan lebih mudah faham apa yang diajar guru, jika guru menggunakan
bahan bantu mengajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar juga dapat memfokuskan perhatian
9
semasa belajar kerana dapat mengelak saya daripada mengantuk. Namun begitu, jika guru asyik
menggunakan bahan bantu mengajar yang sama jenis sahaja, murid-murid akan menjadi bosan.
Murid ketiga merupakan pelajar dari kelas Tahun 3. Menurut beliau, kebanyakan guru
yang mengajar di kelasnya menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Beliau amat
suka dan berminat jika guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar terutamanya
komputer. Beliau boleh merasa pengalaman sendiri bermain komputer kerana beliau tidak
mempunyai komputer di rumah. Selain itu, pembelajaran tidak membosankan. Tetapi bilangan
komputer yang tidak cukup menyebabkan beliau terpaksa berkongsi dengan orang lain dan tidak
dapat belajar dengan sepenuhnya. Ini sedikit mengurangkan minatnya untuk belajar pada hari
tersebut.
3. Kesimpulan
Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah untuk memudahkan guru menyampaikan
pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Di samping itu, pelajar juga akan lebih mudah
memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru. Guru mestilah mencari satu pendekatan yang
terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar agar pelajar tersebut dapat menerima
isi pelajaran dengan mudah dan kekal dalam ingatan mereka.
3.1 Pandangan saya tentang penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah.
Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan soal selidik yang diperolehi, penggunaan bahan
bantu mengajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya masih kurang.
10
Terdapat sebilangan guru mata pelajaran yang hanya menggunakan buku teks dan lembaran kerja
sahaja sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Ini menyebabkan suasana pembelajaran di
dalam kelas menjadi pasif dan interaksi hanya berlaku di antara guru dan murid sahaja.
Kaedah pengajaran berpusatkan guru dan chalk and talk masih diamalkan di sekolah
saya, dimana murid hanya menerima sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Sedangakan sistem
pendidikan kita kini telah mengalami transformasi dengan memperkenalkan KSSR yang
berkonsepkan didik hibur di kalangan murid-murid. Jadi, penggunaan alat bantu mengajar ini
amat penting untuk meransang minda murid-murid agar mereka dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.
Penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar juga masih kurang di sekolah saya.
Sedangkan dengan menggunakan komputer, lebih banyak isi pelajaran yang sukar yang boleh
disampaikan kepada pelajar melalui teknik simulasi dan animasi melalui komputer. Disamping
itu, murid-murid juga lebih berminat dan seterusnya dapat melahirnya pelajar yang celik IT.
Dengan bantuan bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai ini, objektif pelajaran yang
dirancang akan lebih mudah tercapai. Namun begitu, dengan wujudnya Kurikulum Standard
Sekolaha Rendah (KSSR), penggunaan komputer di kalangan guru dan murid semakin baik.
Terdapat juga sebilangan guru yang hanya menggunakan jenis bahan bantu mengajar
yang sama sahaja ketika mengajar di dalam kelas. Guru asyik menggunakan carta, gambar dan
kad perkataan sahaja ketika mengajar di dalam kelas. Sedangkan banyak lagi bahan bantu
mengajar yang boleh guru gunakan seperti penggunaan komputer dan sebagainya. Oleh itu, guru
harus memupuk sikap ingin cuba,iaitu dengsn penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai
variasi dan mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran pelajar yang
berbeza.
Pada pandangan saya penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah amatlah penting,
kerana dengan menggunakannya bukan sahaja pembelajaran menjadi lebih menarik malah
pemahaman konsep pelajaran yang hendak disampaikan dapat diperkembangkan lagi. Selain, itu
ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar, serta dapat menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi
berkesan, bererti objektif kurikulum telah tercapai.
11
3.2. Pandangan saya terhadap respon guru tentang masalah yang dihadapi dalam
menggunakan bahan bantu mengajar
Berdasarkan respon daripada temu bual dan soal selidik, banyak masalah yang guru
hadapi semasa menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Antara masalah yang guru
sering hadapi adalah kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai di sekolah. Bahan bantu
mengajar di sekolah amat kurang dan tidak sesuai dengan isi pelajaran setiap mata pelajaran
masa kini. Hal ini demikian kerana bahan bantu mengajar tersebut sudah lama sedangkan sistem
pendidikan kita sudah berubah seperti pemansuhan PPSMI. Banyak bahan bantu mengajar untuk
mata pelajaran Sains dan Matematik masih dalam Bahasa Inggeris, sedangkan buku teks yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran dalam Bahasa Melayu. Pada pandangan saya, guru
perlulah kreatif untuk membina bahan bantu mangajar sendiri sekiranya bahan bantu mengajar
yang guru kehendaki tidak terdapat di sekolah. Guru boleh merujuk buku teks terkini atau
melalui internet yang memaparkan contoh-contoh bahan bantu mengajar terkini sebagai panduan
membina bahan bantu mengajar. Selain itu, panitia-panitia mata pelajaran perlu memainkan
peranan dengan mencadangkan kepada pihak sekolah untuk membeli bahan bantu mengajar
terkini yang bersesuaian dengan kurikulum pendidikan sekarang. Pihak panitia juga boleh
merancang dan menjalankan bengkel membina bahan bantu mengajar di kalangan guru mata
pelajaran berkenaan.
Guru juga menghadapi kekangan masa untuk menggunakan bahan bantu mengajar di
dalam kelas. Ini adalah kerana guru terlibat dengan tugas-tugas lain di sekolah dan jadual waktu
guru yang padat. Selain itu, guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan
bantu mengajar sendiri kerana masa senggang guru digunakan untuk menyemak buku latihan
murid. Padan pandangan saya, masalah ini memang sudah lama dihadapi oleh guru. Terdapat
juga sebilangan guru yang terpaksa membawa balik kerja-kerja sekolah untuk diselesaikan di
rumah. Namun begitu, guru boleh merancang dan mengenal pasti topik-topik yang sesuai sahaja
untuk menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh
menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah didapati di bilik BBM atau bahan maujud yang
ada disekitar kawasan sekolah.
12
Penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah amat sedikit. Ini kerana
guru kurang kemahiran menggunakan aplikasi dalam komputer sebagai media pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, banyak masa yang guru diperlukan untuk memasang komputer.
Selain itu, bilangan komputer yang berfungsi juga kurang dan tidak mencukupi untuk semua
murid di dalam kelas. Ini menyebabkan murid yang tidak mempunyai komputer tidak berminat
untuk belajar atau tidak mahu berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Guru boleh meminta
bantuan Juruteknik Komputer untuk memasang komputer lebih awal sebelum guru masuk ke
makmal komputer. Juruteknik komputer juga boleh membimbing guru dan murid ketika
menggunkan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat menjimatkan masa
guru untuk memasang dan mematikan komputer.
Apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas, murid akan menjadi
lebih aktif dan cuba melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Jika guru tidak pandai mangawal kelas, suasana pembelajaran di dalam akan akan menjadi tidak
terkawal dan bising. Jadi, guru sukar untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan boleh mengganggu aktiviti pengajaran di kelas bersebelahan.
3.3. Cara-cara mempertingkatkan penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru-guru. Antaranya ialah guru perlulah mempunyai kemahiran yang
mencukupi dalam menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Jika guru kurang mahir
mengendalikan bahan bantu mengajar, kemungkinan penggunaan bahan bantu mengajar ini tidak
menarik minat pelajar, malahan pelajar akan menjadi bosan dan tumpuan pelajar di dalam kelas
akan terganggu. Selain itu, jika guru tidak mahir menggunakan komputer pula, pelajar akan
memperlekehkan guru kerana pelajar kini lebih celik ilmu teknologi maklumat ini berbanding
guru.
Guru boleh memohon kursus tentang penghasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Banyak kusus tentang
13
penggunaan dan penghasilan bahan bantu mengajar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran
dan Institut Aminuddin Baki yang boleh dipohon oleh guru. Dangan menghadiri kursus-kursus
ini, guru mempunyai kemahiran untuk membina bahan bantu mengajar sendiri dan cara-cara
menggunakannya di dalam kelas.
Selain itu, untuk meningkatkan lagi penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru,
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan perlu menganjurkan kursus
tentang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer. Kemahiran menggunakan
komputer boleh memantapkan lagi pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid kerana
melalui komputer pelbagai aplikasi yang boleh digunakan oleh guru agar pengajaran menjadi
menarik dan seterusnya dapat menarik perhatian murid-murid untuk memberi tumpuan ketika
belajar.
Guru juga perlu mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar di dalam kelas.
Jangan menggunakan jenis bahan bantu mengajar yang sama sahaja seperti gambar, kad
perkataan dan carta sahaja. Guru hendaklah lebih kraetif memilih dan menggunakan pelbagai
bahan bantu mengajar di dalam kelas. Jika bahan bantu mengajar kurang di sekolah, guru boleh
membina bahan bantu mengajar sendiri.
Pihak pentadbir pula harus memberi sokongan sepenuhnya dalam penggunaan bahan
bantu mengajar oleh guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain
menyediakan bilik khas untuk penyimpanan bahan bantu mengajar , pihak pentadbir perlu peka
dengan keperluan bahan bantu mengajar yang lebih baik dan terkini. Mereka juga boleh
memantau sejauh mana guru menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas.
14
RUJUKAN:
1. Atan Long (1978). Prinsip-prinsip Dalam Perciptaan Dan Penggunaan Bahan-Bahan
Pendidikan. Dalam suara pendidik. Jilid 6 bil 2 Dis 1978. Persatuan Pendidkan Malaysia.
Hlm 4.
2. Azizi Yahaya, et. al. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis
dan interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Professional.
3. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
4. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah,Tahap I, Siri
Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd.Bhd.
15
5. Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam pengajaran Basaha Malaysia.
Dalam Seminar Perguruan Dis 1981.Universiti Malaysia Hlm 26-30.
6. Nor Hussin, Normah Abdullah dan Marzuki Nyak Abdullah (1998). Alat Bantu Mengajar
Dalam Bahasa Malaysia KBSM. Petaling Jaya : Longman Sendirian Berhad.
LAMPIRAN
16
Murid Tahun 3
SOAL SELIDIK PENGGUNAAN BBM OLEH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Latar Belakang Sekolah
1. Bilangan murid : ……………………………………………….…………………………
2. Bilangan Guru: ……………………………………………….…………………………..
3. Bilangan Bilik Darjah: ……………………………………….…………………………..
4. Kelengkapan Bilik Komputer:
i. Bilangan Komputer :………………………….…………………………
ii. Bilangan Komputer Riba: ……………………….………………………..
iii. Keadaan Komputer : ………………………………….(Dalam keadaan
baik)
iv. Nisbah Komputer dan bilangan murid:……………………….
……………...
v. Kemudahan internet:
Bilangan computer yang ada kemudahan internet: ………….
21
……
Kelajuan internet :
………………………………………………..
5. Bilik Sumber:
i. Bilik Sumber Khusus atau BBM disimpan di bilik darjah.
ii. Jenis BBM yang terdapat
iii.
Kesesuaian BBM dengan pengajaran:
Sesuai tak sesuai
iv. Bilangan BBM:
Mencukupi Tidak Mencukupi
v. Keadaan BBM
Baru Usang
6. Guru mata pelajaran yang menggunakan BBM:
Bil Alat Bantu Mengajar Tanda (√ ) pada petak yang sesuaiTahapAda Tiada
1. Gambar2. Model 3 D3. Kad Imbasan4. Boneka / patong5. Radio dan pita rakaman6. Benda hidup7. Tumbuh-tumbuhan8. Peralatan sebenar9. Komputer dan LCD10.
OHP dan transperansi11.
Poster atau carta12.
Papan flannel/papan gulung13.
Projektor dan slaid14.
Alat perakam video serta televisyen15. Televisyen pendidikan
22
7. Guru mata pelajaran yang paling kurang menggunakan BBM:…………………………
- Mengapa : ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Bil Mata Pelajaran Tanda (√ ) pada petak yang sesuaiTahapAda Tiada
1. Bahasa Melayu2. Bahasa Inggeris3. Matematik4. Sains5. Kajian Tempatan6. Pendidikan Agama Islam7. Pendidikan Sivik8. Kemahiran Hidup9. Bahasa Arab10.
Pendidikan Jasmani11.
Pendidikan Seni12.
Pendidikan Muzik
23
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
8. Guru mata pelajaran yang paling kerap menggunakan BBM:
……………………………….
- Apakah yang mendorong menggunakan BBM.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
9. Tahap kemahiran guru menggunakan menggunakan BBM
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
10. Tahap kemahiran guru menggunakan computer sebagai BBM.
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
11. Masalah-masalah yang guru hadapi dalam menggunakan BBM.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
24
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
SOAL SELIDIK GURU TENTANG PENGGUNAAN BBM DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
Mata Pelajaran:
……………………………………………………………………………………
25
Nota:
TS - Tidak SetujuTP - Tidak pastiS - Setuju
1. Tandakan (√ ) pada petak yang sesuai.
No.Item
SoalanTandakan (√ ) pada petak yang sesuai
TS TP S
1 Saya sentiasa menggunakan Bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
2 Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
3 Saya memerlukan kursus tentang penggunaan bahan bantu mengajar
4 Pendedahan tentang kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar
5. Saya mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajarsaya6. Saya menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar.
7 Bahan bantu mengajar mencukupi di sekolah saya.
8 Alat bantu mengajar yang disediakan di sekolah sayasentiasa dalam keadaan yang baik
9 Kekerapan menggunakan alat bantu mengajar dalam prosespengajaran boleh menambahkankeyakinan saya mengajar
10 Saya mudah menyediakan alat bantu mengajar
26
11. Penggunaan bahan bantu mengajar adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya
12. Pelajar boleh berminat dalam pembelajaran apabila menggunakanbahan bantu mengajar
13. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberi gambaran yang jelaskepada pelajar
14 Pelajar lebih aktif apabila saya menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar
15. Interaksi antara saya dengan pelajar lebih berkesan apabila sayamenggunakan bahan bantu mengajarsemasa mengajar
16 Bahan bantu mengajar memudahkan saya mengawal kelas
17 Pengajaran lebih mudah dan cepat dengan penggunaan bahan bantumengajar
18 Penggunaan bahan bantu mengajar membantu saya menyampaikan isipelajaran yang sukar
19 Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memotivasikan pelajar
20 Saya dapat mencetuskan suasana belajar yang ceria denganpenggunaan bahan bantu mengajarsemasa mengajar
27
2. Kekerapan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiap kali mengajar
Bilangan kali seminggu : ……………………. (nyatakan)
Bilangan kali sebulan :………………………(nyatakan)
3. Bahan Bantu Mengajar yang biasa saya gunakan di sekolah.
3. Masalah-masalah yang saya hadapi dalam menggunakan BBM.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Bil Alat Bantu Mengajar Tanda (√ ) pada petak yang sesuaiTahapAda Tiada
1. Gambar2. Model 3 D3. Kad Imbasan4. Boneka / patong5. Radio dan pita rakaman6. Benda hidup7. Tumbuh-tumbuhan8. Peralatan sebenar9. Komputer dan LCD10.
OHP dan transperansi11.
Poster atau carta12.
Papan flannel/papan gulung13.
Projektor dan slaid14.
Alat perakam video serta televisyen15. Televisyen pendidikan
28
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
4. Cara-cara meningkatkan penggunaan BBM di kalangan guru.
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
29