pengajaran

12
Pengajaran Mikro dan Penilaian Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep pengajaran dan pembelajaran; 2. Menerangkan strategi pengajaran; 3. Menyatakan matlamat pengajaran dan pembelajaran; 4. Menjelaskan teknik membuat perancangan; dan 5. Mengaplikasikan beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran. www.zairedin.com

Upload: ahmad-husairi

Post on 22-Jul-2015

66 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

PengajaranMikro dan Penilaian

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep pengajaran danpembelajaran;

2. Menerangkan strategi pengajaran;

3. Menyatakan matlamat pengajaran danpembelajaran;

4. Menjelaskan teknik membuat perancangan; dan

5. Mengaplikasikan beberapa teknik pengajaran danpembelajaran.

www.zairedin.com

Pengajaran Mikro

• Prinsip dan teknik pengajaran yang perlu dikuasai untukmelaksanakan sesuatu proses pengajaran di dalam kelas. Antara lain, pelajar akan didedahkan dan dibimbing untukmenyediakan perancangan pengajaran, pelaksanaan, pengenalan, perkembangan dan penutup pengajaran. Di samping itu pelajar akan belajar tentang pelbagai teknikpenyampaian, penyoalan dan penilaian perkembanganpelajar, penggunaan papan tulis dan alat bantu mengajar. Pengajaran Mikro memberi peluang kepada bakalbakal guru untuk mengaplikasikan, mengajar serta berkomunikasi di dalam kelas. Bakal guru akan diminta melaksanakanpengajaran yang telah disediakan untuk sekumpulan'pelajar' yang terdiri daripada rakan sekuliah

www.zairedin.com

Penulisan Hasil Pembelajaran (ObjektifPengajaran)

• Pernyataan objektif pengajaran hendaklahditulis berasaskan kepada:

• (a) Hasil yang akan diperoleh pelajar(pemusatan kepada pelajar);

• (b) Prestasi atau tingkah laku pelajar yang boleh dilihat atau diukur, selepas mengikutisesuatu sesi pengajaran; dan

• (c) Keadaan atau syarat yang diperlukan bagisesuatu tingkah laku.

www.zairedin.com

• Objektif pengajaran hendaklah melibatkan:

• (a) Perkara yang masih belum dikuasai olehpelajar.

• (b) Masa objektif tersebut hendak dicapai(misalnya, di akhir pengajaran).

• (c) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaranterdahulu.

• (d) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatuyang dikehendaki, dinyatakan dengan jelas.

www.zairedin.com

Pemilihan objektif

• (a) Mudah (untuk dicapai pelajar);

• (b) Sesuai (dari segi tahap pencapaian pelajar danperuntukan masa);

• (c) Realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);

• (d) Jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan larasbahasa yang betul);

• (e) Tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); dan

• (f) Disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah kepada yang sukar).

www.zairedin.com

Aktiviti dan Kaedah Pengajaran

• Kesesuaian sesuatu kaedah itu hendaklahmengambil kira objektif pelajaran dan proses pembelajaran yang pelajar-pelajar akan sertai. Tidak ada sesuatu kaedah pengajaran yang dapat diiktirafkan sebagai kaedah pengajaranyang terbaik dalam apa jua mata pelajaran di sekolah.

www.zairedin.com

• Beberapa kaedah yang biasa diamalkan:

• (a) Kaedah Langsung atau Arahan;

• (b) Kaedah Tugasan;

• (c) Kaedah Timbal Balik (Reciprocal) atauBertindak Balas;

• (d) Kaedah Penyelesaian Masalah; dan

• (e) Kaedah Eklektik atau Gabungan.

www.zairedin.com

Kepentingan Penulisan RancanganPengajaran

• (a) Meningkatkan keyakinan diri guru pelatihsebelum masuk mengajar.

• (b) Merancang dengan teliti setiap komponenpengajaran.

• (c) Mengelakkan sebarang penyelewengan atauterkeluar daripada perkara/aspek yang perludiajar.

• (d) Mengingati bahan serta pendekatanpengajaran yang perlu digunakan untukmenyampaikan sesuatu isi pelajaran.

www.zairedin.com

• (e) Membuat pertimbangan yang sesuai tentangcara menggunakan

• teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaranserta menilai pembelajaran pelajar.

• (f) Mengembangkan pengajaran secara lancardan tersusun, di mana setiap aspek yang diajardapat dikaitkan antara satu sama lain, secarajelas.

• (g) Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan caramengaitkan tajuk dengan isu semasa ataufenomena harian yang biasa ditemui ataudilakukan pelajar semasa di luar bilik darjah.

www.zairedin.com

• (h) Menilai secara objektif kemampuan merekauntuk merancang dan menulis sesuatu aktivitipengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arahmengatasi sebarang kelemahan.

• (i) Merancang aktiviti untuk membantu pelajarmengubah sikap,kebiasaan, kebolehan danpengetahuan ke arah yang dikehendaki.

• (j) Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun danbersistematik.

• (k) Menghadkan skop yang akan diajar dalamsesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supayasegala objektif pengajaran dapat dicapai denganberkesan.

www.zairedin.com

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

• Segala aktiviti guru-pelajar yang dicadangkanhendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. Ia akan mengandungi butiranseperti berikut:

• (a) Kemahiran yang hendak dikuasai;

• (b) Catatan isi pelajaran;

• (c) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan

• (d) Alat/bahan/catatan.

www.zairedin.com

• Persediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancanganyang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akandilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada:

• (a) Butiran am;• (b) Tajuk pelajaran;• (c) Objektif;• (d) Kemahiran;• (e) Bahan bantu mengajar;• (f) Pengetahuan sedia ada;• (g) Penerapan ilmu;• (h) Penerapan nilai;• (i) Set induksi;• (j) Teknik mengajar;• k) Langkah perkembangan;• (l) Penutup; dan• (m) Tindakan susulan.

www.zairedin.com