pengajian am(s.selidik)
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
1/50
BAB I
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Sistem letak kereta adalah salah satu cabang dalam bidang
kejuruteraan dan ianya adalah salah satu daripada tugas-tugas Jurutera
Lalulintas. Tempat letak kereta adalah penting untuk dibuat kajian bagi
mengetahui samada ianya mencukupi keperluan semasa atau
sebaliknya.Tempat letak kereta boleh di definasikan sebagai satu kawasan
perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan
dimatikan enjinnya di sesuatu kawasan. Ianya merupakan satu kemudahan
kepada pemandu-pemandu meletak atau menyimpan kenderaan untuk
menjalankan urusan masing-masing. Kepadatan tempat meletak kereta dapat
diukur dalam kenderaan perluas kawasan atau kenderaan per panjang jalan.
Kemudahan tempat meletak kereta merupakan kunci utama dalam
menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan
satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang sempurna dalam
sesuatu kawasan.
1
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
2/50
Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah kawasan akan
mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan secara
tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat
meletak kereta juga bertamabah.
Dalam kajian tempat meletak kereta, kita perlu tahu masalah yang
sebenarnya, kemudahan yang sediada bersesuaian atau tidak, kesan terhadap
lalu lintas dan juga kesan pada persekitaran perlu dipertimbangkan dalam
penilaian masalah perletakan kereta. Disamping membuat kajian terhadap
pergerakan kenderaan, kajian terhadap kenderaan berhenti juga adalah sangat
penting. Setelah kenderaan sampai ke distinasi masing-masing, pemandu
akan memandu secara perlahan-lahan untuk mencari tempat meletak
kenderaan.
Beberapa kaedah bancian tempat meletak kereta yang boleh
dijalankan mengikut jenis dan saiz kawasan kajian. Daripada kaedah kajian
ini dapat mengambarkan keadaan sebenar sistem letak kereta yang sediada
ataupun untuk penyediaan tempat meletak kereta yang baru. Daripada data-
data yang diperolehi dapat menyediakan polisi-polisi perletakan kereta
disamping ciri-ciri dan kawalan tempat perletakan kereta yang diperlukan.
1.1 SEJARAH TEMPAT MELETAK KERETA
Jika dilihat daripada segi sejarah, kemudahan tempat meletak kereta
telah diadakan sejak zaman pemerintahan Kaiser Juleus di Rom lagi dan
beliau juga telah mengadakan undang-undang melarang kenderaan yang
berlebihan daripada memasuki Bandaraya Rom pada masa yang tertentu yang
boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas. Ini bermakna tempat letak kereta
2
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
3/50
bukanlah merupakan satu fenomena yang baru wujud masa kini. Ianya telah
wujud sejak zaman dahulu lagi.
Pada abad ke-18 dan ke-19 di England telah berlakunya Revolusi
Perindustrian yangmenyebabkan pembangunan terhadap kemudahan
pengangkutan seperti keretapi dan juga sistem pengangkutan jalanraya yang
bermula pada tahun 1825. Pertambahan penduduk dan juga perkembangan
perindustrian yang berpusat di kawasan bandar juga menyebabkan
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta juga bertambah. Oleh kerana
di bandar yang telah pesat membangun, perancangan yang baru merangkumi
rangkaian jalanraya, sistem pengangkutan keretapi dan penempatan penduduk
telah dibuat. Di negara-negara Eropah seperti Belgium, Perancis dan German
juga berlaku keadaan seperti ini.
Pengguna kenderaan bermotor terus bertambah menjelang abad ke-20.
Kepentingannya sebagai kemudahan pengangkutan serta kemajuan
rekabentuk kenderaan itu sendiri telah menarik minat orang ramai untuk
memiliki kenderaan sendiri. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan sudah
pastinya permintaan terhadap kemudahan meletak kenderaan juga bertambah.
1.2 KEPENTINGAN TEMPAT MELETAK KERETA
Tempat meletak kereta perlu disediakan untuk kemudahan orang
ramai meletak kereta mereka dengan mudah dan selamat untuk mereka
mereka menjalankan sesuatu urusan. Kemudahan tempat meletak kereta yang
disediakan mestilah mempunyai kawalan keselamatan supaya pemandu tidak
perlu bimbang terhadap kereta mereka yang ditinggalkan.
3
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
4/50
Memang tidak dapat dinafikan tentang kepentingan tempat meletak
kereta selaras dengan peningkatan penggunaan kereta pada masa kini. Pihak
berkuasa perlu menyediakan tempat meletak kereta disetiap kawasan atau
bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok
tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan bandar atau pun di luar
bandar. Contohnya seperti dikawasan kolej dan universiti, hospital, stadium,
kompleks membeli belah, pejabat dan lain-lain lagi.
Kekurangan tempat meletak kereta akan menyebabkan kesesakan
serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping pencemaran lain
seperti bunyi bising dan udara. Dari segi ekonomi juga berlakunya
pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dari segi
penggunaan minyak.
Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi
permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya pada masa
puncak. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di
jalanraya. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan
permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan
menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan
tersebut.
Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di
jalanraya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan.
Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka apabila
berkunjung ke sesuatu tempat.
4
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
5/50
1.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN RUANG LETAK KERETA
Kaedah-kaedah yang dijalankan ke atas ruang meletak kereta adalah
bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem ruang letak kereta dan juga
untuk mendapatkan bilangan ruang letak kereta yang diperlukan. Penyediaan
ruang letak kereta bergantung kepada faktor ekonomi dan sosial. Kebanyakan
permintaan ruang letak kereta di bandar besar dan sederhana memerlukan
permintaan yang tinggi dan biasanya pihak pengurusan tidak dapat memenuhi
permintaan tersebut. Antara masalah yang menghalang kelancaran
perancangan ruang meletak kereta secara tepat dan berkesan adalah :-
a. Pertambahan bilangan penduduk pada masa hadapan bagi
kawasan kajian.
b. Aras pemilikan kereta pada tahun rekabentuk.
c. Bilangan dan kadar perjalanan perseorangan.
d. Kadar perjalanan harian yang wujud semasa waktu perjalanan
harian biasa dan waktu perjalanan puncak.
e. Muatan jalan yang menuju kekawasan kajian.
f. Hubungan antara jumlah tumpuan pengguna ruang letak kereta
tempoh puncak dengan jumlah ruang letak kereta keseluruhan.
g. Tempoh letak kereta bagi pelbagai kategori pengguna ruang
letak kereta.
h. Masa yang dipertimbangkan bagi tujuan perancangan.
i. Pertambahan luas lantai bagi kawasan kajian yang sedang
dalam pembinaan.
j. Perubahan tarikan terhadap kawasan yang berkenaan selepas
pembangunan.
Butiran yang di atas perlu diberi perhatian yang serius bagi
mendapatkan penilaian yang lebih realistik dan keputusan yang dibuat lebih
tepat. Dengan keputusan yang tepat keperluan permintaan ruang letak kereta
5
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
6/50
pada masa hadapan dapat dikurangkan. Jumlah ruang meletak kereta yang
diperlukan adalah berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk dan
perkembangan kawasan kajian.
1.4 LATARBELAKANG KAJIAN
Di Malaysia, sehingga ke akhir tahun 1970-an, Pihak Berkuasa
Tempatan tidak begitu mengambil berat tentang menyediakan tempat letak
kereta di pusat bandar. Bahkan banyak perhatian diberi bagi mengurangkan
bilangan tempat letak kereta dilorong dan mengimbangi tempat letak kereta
ini yang dikendalikan oleh orang awam (dalam lorong dan sisi lorong)
dengan berbagai-bagai bentuk pengawalan. Tetapi penguasaha tempat letak
kereta ini biasanya hanya memikirkan tentang pulangan ekonomi yang baik
sahaja tanpa memikirkan dan tanpa memberi banyak perhatian tentang tempat
letak kereta yang strategi di pusat bandar.
Kepincangan pengawalan atau pengurusan tempat letak kereta ini
mula diatasi pada akhir tahun 1980-an dimana apabila Pihak Berkuasa
Tempatan diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada pengusaha-
pengusaha persendirian tempat letak kereta di sisi lorong dalam kawasan
bandar. Pengusaha-pengusaha tempat letak kereta ini diberi syarat-syarat
berikut :-
a. Had bilangan tempat letak kereta.
b. Nisbah petak yang perlu disediakan untuk berlainan kategori
kenderaan.
c. Kadar bayaran bagi berbagai-bagai jenis kenderaan.
d. Masa dibuka dan ditutup.
6
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
7/50
Peranan dasar dan strategi tempat letak kereta ini perlulah difikirkan
dari semasa ke semasa kerana semakin maju sesebuah negara maka akan
bertambahlah jumlah kenderaan di atas jalanraya dan secara tidak langsung
maka tempat letak kereta perlulah ditambah dari masa ke semasa dan untuk
tidak mendatangkan banyak masalah di kemudian hari, maka sistem
pengurusan hendaklah diambil berat oleh semua golongan.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tempat letak kereta dijalankan bertujuan untuk mengetahui
samada ianya mencukupi ataupun tidak bagi kawasan Medan Letak Kereta
Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah kerana
kawasan ini sering berlaku kesesakan lalulintas akibat pemandu yang
memandu dengan perlahan untuk mencari tempat letak kereta pada satu-satu
masa tertentu. Disamping itu, kawasan ini adalah kawasan pusat bandar dan
ianya berhampiran dengan pasaraya, pasar, bank, farmasi, kedai makan dan
sebagainya.
Tempat letak kereta merupakan asas kepada pengawalan sistem
lalulintas di kawasan pusat bandar ataupun tempat-tempat tumpuan orang
ramai menjalankan urusan harian. Oleh kerana itu, saya akan cuba untuk
mengatasi serta memperbaiki sistem yang sediada agar dapat
mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan dan pengawalan tempat
letak kereta. Satu kajian perlu dilakukan sehinggalah siap agar ia dapat
membantu sistem yang telah dilaksanakan.
Dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun, kenderaan
dijalan raya semakin banyak dan ianya memerlukan tempat letak kereta yang
7
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
8/50
selamat dan sesuai dengan tempat urusan masing-masing. Tempat-tempat
yang biasa menjadi tumpuan orang ramai dan sering berlaku kekurangan
tempat letak kereta ialah seperti di bank, pasar raya, jabatan kerajaan yang
berurusan dengan orang ramai dan lain-lain lagi. Dengan ini, diharap kajian
yang akan saya laksanakan nanti akan dapat membantu mengatasi masalah
kekurangan dan pengurusan tempat letak kereta.
1.6 SKOP KAJIAN
Oleh kerana peruntukkan masa yang terhad untuk menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini, maka hanya skop-skop kerja yang tertentu sahaja
digariskan untuk mencapai objektif kajian. Kerja-kerja yang dikaji hanyalah
melibatkan tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja.
Dalam hal ini hanyalah dua (2) perkara sahaja yang ditumpukan iaitu :-
a. Kajian ditumpukan di Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan
Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan.
b. Kajian hanyalah tentang pengurusan tempat letak kereta yang
terlibat sahaja.
Beberapa kaedah bancian tempat letak kereta perlu dijalankan.
Melalui bancian yang dibuat, maka keputusan tentang keperluan tempat letak
kereta akan diketahui dan digambarkan dengan jelas. Analisa juga akan dapat
dijalankan samada perlu penyediaan tempat letak kereta yang baru ataupun
sebaliknya.
8
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
9/50
Dalam kajian yang dibuat dikawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya,
kaedah bancian kandang atau bancian keliling dijalankan. Melalui kaedah ini,
jumlah kereta yang masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh masa yang
ditetapkan akan dicatat. Perbezaan di antara kereta yang masuk dan keluar
akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam kawasan tersebut
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Selain daripada itu, penilaian permintaan meletak kereta juga
dilakukan. Untuk membuat anggaran berkenaan permintaan tempat letak
kereta ini memerlukan teknik kajian mengikut perkembangan semasa yang
mana soal selidik atau temuramah pemandu-pemandu kereta di kawasan
kajian atau pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan tempat letak
kereta di Medan Letak Kereta Pantai Jaya dilakukan. Melalui kaedah ini,
gambaran tentang permintaan yang berlebihan atau berkurangan diperolehi.
Perbezaan di antara permintaan dan penyediaan tempat letak kereta
membolehkan pernilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak
kereta yang diperlukan.
Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa jangkaan
menunjukkan keperluan tempat letak kereta di kawasan ini adalah tidak
mencukupi kerana permintaan yang terlalu tinggi terutamanya dalam satu-
satu masa tertentu. Ini adalah kerana kawasan ini adalah kawasan yang
menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai urusan semasa.
9
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
10/50
BAB II
HUBUNGAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA
DENGAN KEPERLUAN TEMPAT LETAK KERETA
DI BANDAR KOTA BHARU
2.1 LATARBELANG KEPERLUAN MEDAN LETAK KERETA
PANTAI JAYA.
Perancangan pembangunan sesuatu kawasan memerlukan satu
penilaian yang mendalam dan teliti bagi keselesaan penduduk kawasan
tersebut dan memastikan keadaan persekitaran tidak terjejas akibat kesesakan
lalulintas di jalanraya. Sesuatu perancangan yang dibuat seharusnya akan
dapat menampung pertambahan penduduk dan kemajuan lain dimasa akan
datang.
Salah satu kemajuan yang telah pun dilihat ialah bertambahnya
kenderaan di jalanraya jalanraya dan dengan secara tidak langsung
bertambahlah juga tempat letak kereta. Keadaan ini adalah disebabkan oleh
pertambahan keperluan individu disamping itu juga ia adalah disebabkan oleh
kemajuan dan pembahuruan terhadap rekabentuk kenderaan.
10
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
11/50
Setip kawasan mempunyai ciri ciri dan persekitaranya yang
tersendiri. Oleh itu, sesuatu perancangan pembinaan dan kemudahan di
sekitar Jalan Pintu Pong perlu dilaksanakan. Maka, penilaian yang teliti perlu
dilakuakn agar memenuhi keselesaan semua pengguna jalan raya. Keperluan
kepada tempat letak kereta adalah disebabkan oleh faktor sosio ekonomi yang
semakin bertambah. Ini secara tidak langsung menyebabkan semakin ramai
yang menggunakan kereta dalam sebarang urusan harian. Oleh yang
demikian, perancangan yang dibuat hendaklah mengambil kira dalam semua
aspek terutamanya dalam keselesaan tempat meletak kereta.
Dua aspek penting dalam perancangan tempat meletak kereta ialah :
a) Kemudahan bagi kenderaan adalah merangkumi perkara perkara
seperti rangkaian jalanraya yang baik bagi memudahkan kenderaan
tersebut menuju ke destinasi yang dituju dan juga kemudahan untuk
meletak kereta.
b) Masalah persekitaran ialah proses penyelenggaraan kenderaan seperti
bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan.
Sebelum membuat sesuatu perancangan untuk penempatan tempat
letak kereta di sesuatu kawasan, kod bangunan dan zon bolehlah digunakan
sebagai panduan. Ia berguna kerana didalam kod ini telah dinyatakan tempat
letak kenderaan yang minimum dan juga yang maksimum.
Sebagai kesimpulan, sebelum membuat sesuatu perancangan
lalulintas, perkara penting yang perlu diketahui adalah sistem jalanraya di
kawasan tersebut berupaya menampung bilangan kenderaan, tempat letak
kereta yang sedia ada dan masalah masalah yang terdapat di kawasan
tersebut. Perkara perkara yang perlu ada di dalam setiap keputusan dan
cadanagn yang dibuat ialah :
11
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
12/50
a. Perancanagn untuk memperbaiki simpang jalan
b. Penyediaan kawalan ke atas zon meletak kereta
c. Spesifikasi kajian untuk memperbaiki keadaan jalan
dan persekitaran
d. Perancangan untuk jalanraya
e. Tempat letak kereta di luar dan di dalam kawasan jalan
2.2 KAJIAN KENDERAAN LALULINTAS DAN PENGGUNAAN
TANAH
Kajian kenderaan lalulintas adalah merupakan satu bahagian yang
penting dalam proses perancangan di sesebuah bandar. Ia akan menyediakan
faktor asas yang penting dalam penilaian dan perancanagan pembangunan.
Ini adalah kerana ia melibatkan penggunaan tanah di sesuatu kawasan dan
satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan.
Cara kajian kenderaan lalulintas dan penggunaan tanah di buat dengan
menentukan kawasan kaijan. Kawasan tersebut pula dibahagikan kepada
beberapa zon tertentu iaitu zon zon luaran dan zon dalaman. Kajian yang
dijalankan biasanya meliputi kajian temuramah di jalanraya, kajian tempat
letak kereta, kajian bilangan jumlah kenderaan dan jenis serta kegunaan
kenderaan tersebut.
Data data yang diperolehi dianalisa untuk membuat perancangan
dan seterusnya meramalkan pertambahan aliran kenderaan untuk masa
hadapan dengan menggunakan faktor pertumbuhan yang sesuai. Kajian ini
dapat memberi garis panduan yang sesuai bagi mencadangkan penggunaan
12
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
13/50
tanah dan dengan ini juga dapatlah menafsirkan permintaan terhadap sisitem
pengangkutan di masa akan hadapan.
2.3 PENEMPATAN TEMPAT LETAK KERETA
Penempatan tempat letak kereta juga merupakan satu perkara penting
dalam membuat perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Proses
kajian lalulintas dan penggunaan tanah serta kajian tempat letak kereta dapat
memberi garis panduan kepada kita untuk menyediakan tempat letak kereta
yang diperlukan sama ada untuk kegunaan jangka pendek atau pun
jagkamasa panjang.
Penyediaan tempat letak kereta dalah bedasarkan kepada masa puncak
jumlah kereta dan juga jumlah kereta keseluruhan di jalanraya.Penyedian
tempat letak kereta yang mencukupi akan menggelakkan daripada berlakunya
kesesakan di tempat letak kereta dan juga dapat meggelakan pemandu-
pemandu kereta meletak kereta mereka di tempat-tempat larangan.
Kesesakan lalulintas di Bandar Kota Bharu adalah semakin meningkat
memandangkan pembangunan yang semakin pesat di bandar ini. Oleh sebab
itu, langkah-langkah kawalan diperlukan untuk memastikan kawasan tempat
letak kereta adalah mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang
banyak.
Oleh sebab itu, penempatan tempat letak kereta mestilah dibuat
dengan melihat perkara-perkara yang mempengaruhi tumpuan kenderaan ke
sesuatu kawasan tersebut bagi memastikan kemudahan tersebut berfungsi dan
berkesan kepada orang ramai, seterusnya ia akan dapat mengelakkan
kesesakan lalulintas dan pencemaran persekitaran.
13
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
14/50
2.4 KESAN TEMPAT LETAK KERETA KE ATAS LALULINTAS
Kawasan tempat letak kereta sedikit sebanyak memberi kesan
terhadap kenderaan yang terdapat di jalanraya. Ini dapat dilihat di mana
penempatan tempat letak kereta pada kawasan jalan on-stereet parking akan
mengurangkan muatan kenderaan di jalan tersebut. Selain dari itu, jumlah,
jenis dan keluasan ruang di jalan atau sisi jalan akan mempengaruhi jumlah
kenderaan. Seterusnya penempatan kawasan tempat letak kereta tersebut akan
memberi kesan terhadap perjalanan dan pergerakan kenderaan.
Tanpa pengawalan yang sewajarnya,penempatan tempat letak kereta
di kawasan jalan akan menimbulkan kesan yang merbahaya pada kenderaan
yang bergerak berikutan kekurangan lebar jalan tersebut.
Cara meletak kereta yang berdekatan antara satu sama lain akan
mengakibatkan kesukaran kepada kereta lain yang keluar masuk ke kawasan
tempat letak kereta. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada
pengguna jalanraya yang lain dan juga kepada pejalan kaki.
Mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai hendaklah
di buat pengawalan yang sempurna terhadap tempat letak kereta. Dengan cara
ini, ianya akan dapat memberi keselesaan kepada para pemandu dan ianya
juga dapat menjimatkan masa. Jika pengawalan yang sempurna dapat di buat,
tempat letak kereta di kawasan yang terlibat dapat menampung bilangan
kereta yang banyak dalam masa yang singkat.
14
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
15/50
Oleh itu, prinsip utama dalam polisi tempat letak kereta adalah
menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi bagi kereta yang
menuju ke sesuatu kawasan.
2.5 KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP
PERSEKITARAN.
Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kereta
akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Di
mana kita akan dapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan
bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kereta.
Cara yang lebih baik dan yang lebih sesuai untuk kawasan tempat
letak kereta ialah mengadakan tempat letak kereta di luar kawasan jalan off-
street parking. Di mana,ianya dapat mengurangkan masalah gangguan
terhadap persekitaran. Sebagai kesimpulannya, dapatlah di rumuskan bahawa
polisi tempat letak kereta perlu diambil berat dengan mengambilkira kesan
terhadap kenderaan dan juga kawasan persekitaran.
2.6 KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP
KEINDAHAN
Kesan tempat letak kereta yang tidak begitu di ambil berat adalah
kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Di mana, kebanyakkan
cadangan membina kawasan tempat letak kereta yang baru, perkara ini tidak
begitu diambil berat.
15
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
16/50
Kesan kerosakkan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi
pemandangan, dimana kita hanya dapat melihat deretan kenderaan yang
panjang sahaja walhal sebelum ini kita mungkin dapat melihat tumbuhan
yang hidup menghijau dan pemandangan yang lebih menarik.
Jadi, untuk mengatasi keadaan ini kawasan tempat letak kereta yang
menarik hendaklah direka dan dibina dengan begitu teliti agar kesan dari segi
keindahan pemandangan dapat di kekalkan.
2.7 JENIS-JENIS TEMPAT LETAK KERETA
Terdapat berbagai jenis tempat letak kereta yang dapat diperolehi
dalam sistem lalulintas. Jenis tempat letak kereta boleh di kelaskan kepada
dua iaitu :-
Tempat letak kereta di atas kawasan jalan
Tempat letak kereta di luar kawasan jalan.
2.7.1 Tempat Letak Kereta Di Atas Kawasan Jalan
Penyediaan tempat letak kereta di atas kawasan jalan boleh dibina
samada pada satu sisi atau kedua-dua sisi jalan mengikut kesesuaian jalan
tersebut. Penyediaan tempat letak kereta jenis ini biasanya dilakukan di
kawasan jalan yang mengandungi kenderaan yang sedikit dan permintaan
terhadapnya rendah.
16
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
17/50
Tempat letak kereta jenis ini boleh dikawal dengan menghadkan
jangkamasa perletakan kereta. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara
seperti berikut :-
Menggunakan meter letak kereta
b. Menetapkan masa yang tertentu untuk
meletak kereta di sesuatu kawasan yang kritikal
Menetapkan keluasan tempat letak kereta
2.7.1.1.Tempat Letak Kereta Bermeter
Terdapat letak kereta jenis ini banyak terdapat di bandar-bandar yang
peratus lalulintasnya tinggi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Well pada tahun
1969. Sesuatu kawasan bandar boleh direkabentuk sebagai zon meter iaitu
semua dilarang meletak kecuali di lot kereta yang telah ditandakan.
Di dalam kaedah ini terdapat beberapa kebaikan diantaranya ialah :-
a. Perletakan kereta mudah diselaraskan.
b. Tempoh perletakan kereta akan berkurangan.
a. Kawasan letak kereta ditandakan dengan terang dan pemandu
akan sentiasa mengawasi yang ia tidak meletak di tempat lain.
b. Pembayaran yang dikenakan menggalakkan perusahan
persendirian menyediakan tempat letak kereta luar jalan dengan itu
menjimatkan peruntukan awam.
2.7.1.2 Pita Letak Kereta
17
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
18/50
Merupakan alternatif utam kepada kaedah letak kereta bermeter.Skim
ini menawarkan pemanduan meletak kereta percuma di sepanjang bebendul
yang tidak bertanda pada masa-masa yang ditetapkan. Apabila pemandu
memasuki zon skim ini dia akan mencari tempat meletak kereta dan
mempamerkan pita tersebut di cermin keretanya.
Kebaikan kaedah ini ialah tiada kos modal pemasangan tetapi kaedah
ini terdapat beberapa keburukan iaitu:
a) Tiada hasil yang dikeluarkan.
b) Memerlukan ramai pegawai lalulintas
c) Pemandu-pemandu dalam lawatan sukar untuk mendapatkan pita
berkenaan.
2.7.2 Tempat Letak Kereta Di Luar Kawasan Jalan.
Penyediaan tempat letak kereta di luar jalan dapat mengurangkan
tumpuan pemandu untuk meletak kereta di atas kawasan jalan sahaja. Dengan
cara ini ianya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut.
Penempatannya mesatilah bersesuaian dan strategik untuk memudahkan
orang ramai menjalankan urusan mereka.
Untuk memudahkan kenderaan keluar masuk, lorong masuk dan
lorong keluar hendaklah direka dengan baik supaya ianya dapat memberi
keselesaan pada para pengguna tempat letak kereta tersebut. Penyelenggaraan
dan pengursannya pula biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan
ataupun syarikat-syarikat persendirian.
18
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
19/50
2.7.2.1 Letak Kereta Di Permukaan
Jenis ini merupakan yang paling terkenal di kalangan jenis letak
kereta luar jalan. Ianya banyak menggunakan keluasan tanah. Jadi ianya
memerlukan rekabentuk yang sempurna, sentiasa dikawal dan dibersihkan.
2.7.2.2 Letak Kereta Bangunan Bertingkat
Jenis ini pula popular di kawasan-kawasan bandar. Letak kereta jenis
ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. Kebiasaannya tempat letak kereta
jenis ini disediakan berhampiran kawasan pejabat, hotel-hotel dan pusat
membeli belah yang tertumpu di pusat bandar dan biasanya dijalankan oleh
syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai bangunan tersebut. Bayaran
akan dikenakan kepada pemandu yang meletak kenderaan berdasarkan
jangkamasa mereka meletak kenderaan.
Letak kereta bangunan bertingkat dapat dikelaskan kepada 3
kumpulan :
a) Letak kereta beratendan
b) Letak kereta pengguna
c) Kombinasi letak kereta pengguna dan beratendan
2.7.2.3 Letak Kereta Bawah Tanah
19
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
20/50
Kebanyakan tempat letak kereta jenis ini biasanya disediakan di
bahagian bawah bangunan hotel, pejabat, pusat membeli belah, di bawah
jalan raya, taman awam ataupun pusat kominiti. Pembinaannya adalah mahal
dan mungkin jenis ini adalah tempat letak kereta yang termahal. Oleh itu,
dikebanyakkan tempat meletak kereta bawah tanah sebahagian daripada kos
awal akan dioffsetkan oleh kerana ia mewakili kos-kos yang sepatutnya akan
wujud meskipun tempat letak kereta tidak dibina.
Pemandu yang meletak kereta di kawasan ini biasanya akan
dikenakan bayaran dan ini mengingatkan mereka agar tidak meletak kereta
terlalu lama. Cara ini adalah merupakan satu cara pengawalan tempat letak
kereta bagi mengurangkan kesesakan di dalam kawasan yang terlibat.
2.7.2.4 Letak Kereta Atas Bumbung
Letak kereta atas bumbung menyediakan tempat letak kereta pada
kadar kos yang berpatutan. Perjalanan utama ialah untuk ram yang
perbelanjaannya meningkat seimbang dengan ketinggian bangunan. Di dalam
setengah kes adalah boleh menghubungkan dua atau lebih bagi membolehkan
satu ram keluar masuk untuk seluruh kawasan.
2.7.2.5 Letak Kereta Sistem Ram
Letak kereta jenis ini adalah salah satu dari jenis tempat letak kereta
di luar jalan. Ia biasanya dibina di kawasan pusat membeli belah, pasar dan
bangunan hotel.
20
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
21/50
2.8 PIAWAIAN TEMPAT LETAK KERETA
Penyediaan tempat letak kereta dalam perancangan pembangunan
yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah berdasarkan kepada piawaian
yang tertentu mengikut kepentingan di sesebuah kawasan. Ini bermakna
mereka mestilah menyediakan tempat letak kereta yang boleh beroperasi
kepada pemandu tanpa kawalan ke atas mereka.
Di kawasan-kawasan perumahan dan luar bandar, polisi tersebut perlu
dilaksanakan agar pemandu-pemandu mendapat kemudahan yang tempat
letak kereta yang selesa. Ini bermakna, perancangan yang teratur perlu dibuat
untuk menyelaraskan kawasan letak kereta dan jumlah bilangan kereta pada
masa puncak. Oleh yang demikian pengawalan terhadap tempat letak kereta
perlu dibuat oleh pihak berkuasa yang menguruskan kawasan yang terlibat.
Tempat letak kereta seharusnya boleh digunakan oleh orang ramai
jika terdapat permintaan terhadapnya. Polisi tersebut adalah untuk
membenarkan orang ramai meletak kereta mereka terutama di kawasan-
kawasan yang tertentu.
2.8.1 Tujuan Piawaian Tempat Letak Kereta
Kepentingan bagi menyediakan piawaian terhadap tempat letak kereta
adalah bertujuan :-
21
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
22/50
a. Untuk memastikan bahawa kawasan tempat letak kereta yang
disediakan adalah mencukupi bagi menampung jumlah perletakan
kereta yang terdapat disesuatu kawasan.
b. Untuk mengelakan kesesakan lalulintas jalan raya akibat jumlah
kereta yang berlebihan dengan menyediakan kemudahan tempat letak
kereta yang lebih teratur. Ini akan dapat mengekalkan keadaan
persekitaran.
Piawaian tempat letak kereta yang dibuat adalah berbeza dan
berlainan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Ini disebabkan oleh
permintaan yang berbeza terhadap tempat letak kereta di antara kawasan yang
terlibat.
Selain daripada itu, piawaian tersebut dibuat berdasarkan kepada
jumlah bilangan kereta yang terdapat di kawasan tersebut. Kawasan yang
mempunyai taraf kemajuan dan kepentingan yang berbeza menyebabkan
bilangan kereta di sesuatu kawasan adalah berbeza. Perbezaan ini dilihat pada
permintaan keperluan tempat letak kereta untuk operasi dan bukan operasi.
2.8.2 Spesifikasi Tempat Letak Kereta
Spesifikasi untuk tempat letak kereta adalah perlu bagi menentukan
bilangan tempat letak kereta untuk sesuatu kawasan. Ia perlu dibuat untuk
memastikan tempat letak kereta yang disediakan akan beroperasi pada tahap
yang paling optima bagi setiap kereta. Kawasan yang diperlukan untuk
tempat letak kereta boleh di lihat pada jadual di sebelah.
22
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
23/50
Jadual 2.8.1 : Spesifikasi Tempat Letak Kereta
Jenis Bangunan Tempat letak kereta
Kawasan Perumahan Penghuni : 1
Pelawat : 1
Kawasan Kedai Pekerja : 1
Pelanggan : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan kedai
Kawasan Pejabat Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain
Pelawat : 10 % dari ruang letak kereta untuk pekerja
Kawasan Bank Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain
Kawasan
Perindustrian
Pekerja : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan perindustrian
Pelawat : 10 % dari tempat letak kereta untuk pekerja
Perpustakaan Awam Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas
Pengunjung : 3 untuk setiap 500 ahli dan 1 tambahan untuk
setiap 10 kerusi
Hospital Pekerja : 1 untuk setiap doktor dan 1 unit setiap pekerja lain
Pesakit dan pelawat : 1 untuk setiap 3 katil
Sekolah Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja
Pelawat : 4 untuk setiap 1000 orang muridInstitut Pengajian
Tinggi
Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas
Pelawat : 5 untuk setiap 1000 orang pelajar
Muzium Dan Pusat
Galeri Seni
Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas
Pengunjung : 1 untuk setiap 30 m2 keluasan kawasan
Panggung Wayang Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas
Pengunjung : 1 untuk setiap 5 tempat duduk
23
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
24/50
BAB III
KAEDAH-KAEDAH BANCIAN, CIRI-CIRI DAN KAWALAN
DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS
3.1 KEPENTINGAN BANCIAN TEMPAT LETAK KERETA DI
DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS
Bancian tempat letak kereta merupakan satu kriteria penting dalam
perancangan lalulintas. Melalui bancian meletak kereta adalah lebih mudah
bagi perancang-perancang lalulintas meramal kaedah sebenar yang dibawa
oleh kereta terutama tentang kesan-kesan seperti pencemaran dan kesesakan.
Daripada bancian tempat letak kereta dapat diketahui tentang
permintaan dan keperluan tempat letak kereta sesuatu kawasan tersebut
mencukupi atau sebaliknya. Keamatan tempoh meletak kereta juga boleh
didapati daripada bancian ini.
Konsep rangka masa perlu diambil kira dalam membuat sesuatu
penilaian permintaan meletak kereta.Sebagai contohnya, permintaan meletak
kereta di kawasan sekitar Jalan Pintu Pong perlu dinilai terlebih dahulu.
Waktu-waktu yang dipilih hendaklah waktu puncak di tempat tersebut.
Definasi tentang permintaan meletak kereta tidak akan didapati
dengan betul tanpa memasukkan konsep rangka masa. Perjalanan seseorang
24
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
25/50
itu selalunya diianggarkan didalam jangka masa 24 jam, dengan ini
permintaan tempat letak kereta juga adalah di dalam satu hari.Tetapi bilangan
jumlah tempat letak kereta yang di perlukan mestilah menggambarka
keperluan waktu puncak didalam sehari.
Sebagai tambahan perlulah diperhatikan bahawa permintaan meletak
kereta berbeza-beza mengikut satu corak yang bermusim. Dengan ini konsep
rangka masa akan memberikan satu puncak atau kadar maksimun permintaan
untuk satu musim puncak. Ini memberikan satu gambaran yang wajar tentang
satu deskripsi tentang permintaan tempat letak kereta untuk sesuatu
penggunaan tanah.
Analisis daripada kajian yang dijalankan, dapatlah pihak yang
berkenaan mengadakan langkah-langkah kawalan untuk mengatasi atau
mengurangkan segala isu dan faktor penting tentang ciri-ciri meletak kereta
di sesuatu kawasan tersebut. Hanya dari sinilah segala bentuk kemudahan yng
sesuai dan di sukai oleh pemandu dapat disediakan.
3.1.1 KAEDAH-KAEDAH BANCIAN
Di dalam menjalankan bancian meletak kereta,beberapa kaedah boleh
diikuti. Kesesuaian penggunaan sesuatu kaedah itu adalah terletak kepada
kawasan yang dipilih, sumber kewangan yang sedia ada, saiz kawasan
bancian, tenaga dan peralatan.
Kaedah-kaedah bancian meletak kereta adalah seperti berikut:
25
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
26/50
1. Perhintungan kadang atau keliling.
2. Temuduga atau soal selidik.
3. Bancian rondaan.
4. Bancian keatas kemudahan yang sedia ada.
5. Penilaian permintaan meletak kereta.
3.1.2 Perhitungan Kandang Atau Keliling
Penggunaan kaedah ini adalah bagi kawasan kajian yang dikelilingi
oleh satu kandang(cordon) dan stesyen-stesyen pengiraan dibuat pada setiap
persimpangan jalan. Di setiap stesyen-stesyen tersebut, pengiraan terhadap
kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan tersebut akan dibuat dan
dicatatkan secara berasingan pada setiap sela masa satu jam atau pada sela
masa yang singkat.
Dengan cara campuran algebra bagi kenderaan yang keluar masuk
akan memberikan jumlah kumulatif kenderaan yang terdapat dalam kawasan
tersebut dan seterusnya bilangan kenderaan yang bergerak dapat ditentukan
bagi menganggarkan jumlah tempat letak kereta bagi kawasan tersebut.
Satu rangka pengawalan terhadap permintaan tempat letak kereta
dapat dihasilkan dengan menggunakan pengiraan ini. Kajian tempat letak
kereta yang terperinci memerlukan masa yang panjang sehingga melebihi
seminggu dan dalam jangka masa tersebut terdapat perbezaan di dalam
jumlah perletakan kereta di kawasan tersebut. Data-data yang diperolehi
boleh dibandingkan dengan rangka yang digambarkan oleh purata jumlah
kumulatif.
26
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
27/50
Pengiraan yang dijalankan menggunakan kaedah ini biasanya
memerlukan kakitangan pembanci atau dengan menggunakan alat automatik.
Kakitangan pembanci diperlukan untuk menyemak rekod-rekod pengiraan
dan untuk membuat klasifikasi yang akan memberikan perbezaan terhadap
tempat letak kereta.
Stesyen yang mempunyai perbezaan aliran yang ketara boleh
dijadikan sebagai stesyen kawalan dan jerja-kerja pengiraan dibuat untuk
jangkamasa 24 jam dibuat berdasarkan data daripada stesyen kawalan.
Perbezaan kereta yang masuk dan keluar di kawasan tersebut untuk
jangkamasa yang tertentu akan memberikan pertambahan atau pengurangan
jumlah kereta dan seterusnya memberikan perhubungan penggunaan tempat
letak kereta di kawasan tersebut.
3.1.3 Temuduga Atau Soal Selidik
Dalam kaedah ini,pemandu yang meletak kenderaan mereka di
kawasan yang akan di soal selidik tentang asal dan destinasi perjalanan
mereka serta tujuan mereka meletak kereta. Maklumat ini beserta jangkamasa
meletak kereta akan membolehkan penentuan terhadap ciri-ciri tempat letak
kereta dibuat.
Dalam menjalankan kajian tempat letak kereta menggunakan kaedah
ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang lebih
27
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
28/50
kecil bagi memudahkankumpulan pembaci menyiapkan kerja dalam masa
sehari. Jarak perjalanan bagi seseorang pembanci ditentukan bedasarkan
kepada keluasan tempat letak kereta, biasanya tidak melebihi 100 meter.
Kajian soal selidik yang dijalankan untuk kawasan tempat letak kereta
di luar jalan dibuat pada susur masuk dan susur keluar kawasan tersebut.
Pembanci yang ramai diperlukan pada masa puncak pada sebelah pagi dan
petang di mana ia perlu dipertimbangkan melalui kajian awal.
Pembanci akan merekodkan maklumat meklumat seperti berikut :-
1. Nombor pendaftaran kenderaan bagi tujuan pengenalan.
2. Klasifikasi kenderaan seperti kereta, lori, teksi dan sebagainya.
3. Jenis tempat letak kereta.
4. Masa kenderaan berhenti.
5. Masa kenderaan bergerak.
6. Destinasi yang dituju selepas meninggalkan kenderaan.
7. Tujuan berhenti dan meletak kenderaan seperti urusan perniagaan,
membeli belah dan sebagainya.
Kajian soal selidik yang dijalankan akan dapat memberikan maklumat
mengenai permintaan tempat letak kereta disesuatu kawasan tersebut.
3.1.4 Bancian Rondaan
28
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
29/50
Dalam kaedah ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada keluasan
yang dapat diliputi tiap tiap satu kali dalam masa satu jam, setengah jam
atau pun dalam jarak waktu yang sesuai.
Pada setiap kali rondaan dibuat, setiap nombor pendaftaran kenderaan
yang diletakkan dalam kawasan kajian dicatat dan dikira. Dari sini akan
memberikan jumlah kenderaan yang terkumpul pada jarak waktu bancian
dijalankan. Tempoh perletakkan sesebuah kenderaan juga dapat diperolehi.
Rondaan rondaan boleh dilakukan dengan berjalan kaki ataupun
berkereta bagi tempat letak kereta tepi jalan. Kawasan yang dibahagikan
mestilah pada satu saiz yang sesuai, supaya pembanci dapat meliputi jarak
yang ditetapkan kepadanya dan kembali semula pada tempat asal dalam
jangka masa yang ditetapkan. Untuk memudahkan bancian, kawasan
dibahagikan kepada seksyen seksyen dan tidak disambung akan
melengkapkan satu sirkit. Oleh itu masa untuk pulang ke tempat asal dapat
diselamatkan.
3.1.5 Bancian Keatas Kemudahan Sedia Ada
Setiap bancian meletak kereta mestilah mempunyai satu senarai
tempat letak kereta yang didapati dalam sesuatu kawasan yang dikaji dan
boleh digunakkan sebagai tempat letak kereta pada masa sekarang atau pun
apabila pembangunan yang sesuia dijalankan.
29
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
30/50
Senarai tersebut mestilah mengandungi butir butir teperinci tentang
tempat letak kereta , samaada di tepi jalan atau di luar jalan, dengan
menggunakan segala atau sebahagian daripada butir butir lanjut yang di
senaraikan di sebelah :
1) Lokasi dan kawalan
a. Tempat letak kereta atas jalan tepi jalan, sebelah,dua
belah,selari dan menyerong.
b. Tempat letak kereta di luar jalan-ruang lapang, tempat letak
kereta berbumbung, jenis ram, susun atur tempat masuk dan
tempat keluar.
c. Persendirian atau hak awam.
2) Had masa
a. Jangka waktu dan had-had masa harian.
b. Percuma dan bayaran.
c. Kadar bayaran yang di kenakan.
3.1.6 Penilaian Permintaan Tempat Letak Kereta
Dalam kajian yang telah di bincangkan, kesemua adalah berhubungan
dengan kenderaan di sesebuah kawasan. Penilaian di buat bagi menetukan
kemudahan tempat letak kereta yang perlu di sediakan di sesebuah kawasan
berdasarkan data-data yang diperolehi daripada kajian yang di jalankan.
Permintaan tempat letak kereta adalah berbeza bagi setiap kawasan
yang berlainan terutamanya jika di lihat pada masa keperluan. Di kawasan
30
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
31/50
pejabat misalnya, permintaan yang tinggi adalah pada hari-hari bekerja
manakala di kawasan pusat membeli belah adalah pada hari cuti.
3.2 CIRI-CIRI DAN KAWALAN TEMPAT MELETAK KERETA
Oleh kerana hingga sampai ketika ini, negara kita Malaysia masih
belum lagi mempunyai satu bancian tempat letak kereta yang menyeluruh.
Oleh itu adalah amat susah untuk menilai ciri tempat letak kereta di negara ini
sepertimana yang telah di jalankan oleh negara-negara maju seperti di
Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.
Apa yang perlu kita perhatikan di sini ialah ciri-ciri kawalan meletak
kereta di negara kita adalah berbeza daripada yang terdapat di negara-negara
yang di sebutkan tadi, terutamanya dari segi magnitud dan sedikit sebanyak
daripada bentuk.
Dari sini bukanlah kita yang kita tidak boleh langsung mengambil
bancian-bancian di sana sebagai contoh, tetapi janganlah mengambil data-
data dan ciri ciri kawalan yang telah mereka buat sebagai asas dan andaian
untuk kita gunakan dalam penyediaan tempat letak kereta. Kadangkala
andaian yang mereka dapati dari kajian dan bancian yang dijalankan adalah
berguna untuk kita gunakan sebagai asas dalam perancangan tempat letak
kereta dan ciri-ciri kawalannya di Malaysia.
Daripada data-data bancian yang diperolehi dapatlah diketahui ciri-
ciri dan kawalan tempat meletak kereta bagi kawasan tersebut. Ciri-ciri dan
kawalan tempat meletak kereta boleh dinilai melalui perkara-perkara berikut :
31
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
32/50
1. Pengukuran perletakan kereta.
2. Penambahan perletakan kereta.
3. Tempoh perletakan kereta.
3.2.1 Pengukuran Perletakan Kereta
Perkara-perkara utama yang digunakan untuk mengukur perletakan
kereta ialah :
a. Jumlah perletakan kereta iaitu bilangan kenderaan yang diletakkan
di sesuatu kawasan pada masa-masa tertentu dan boleh dibahagikan
kepada kategori-kategori mengikut tujuan perjalanan.
b. Isipadu letak kereta ini ialah bilangan kereta di dalam parking
load iaitu jumlah kenderaan pada jangkamasa tertentu, biasanya per
hari. Masa yang diambil oleh kenderaan diletakkan dalam minit atau
jam adalah merupakan tempoh perletakan kereta.
c. Parking Turn Over adalah kadar penggunaan tempat letak kereta
dan ianya diperolehi dengan membahagikan isipadu perletakan kereta
dengan tempat meletak kereta untuk suatu jangkamasa tertentu.
d. Penunjuk meletak kereta ini adalah satu ukuran untuk menentukan
penggunaan panjang jalan yang selalunya diambil sebagai peratus
panjang ruang tepi jalan yang secara teorinya adalah 6m yang
dipenuhi oleh kereta yang diletakkan.
32
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
33/50
BAB IV
KAJIAN KES
4.0 PENGENALAN KAWASAN MEDAN LETAK KERETA
PANTAI JAYA
Medan Letak Kereta Pantai Jaya adalah salah satu tempat letak kereta
yang terdapat di bandar Kota Bharu. Ianya diusahakan oleh orang
perseorangan dengan menggunakan lesen yang diluluskan oleh pihak Majlis
Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pantai Timur Parking Sdn. Bhd. ini
terletak di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ianya adalah kawasan
yang sering berlaku kesesakan lalulintas yang teruk kerana di kawasan ini
terdapat pelbagai tempat urusan orang ramai seperti pasaraya, bank, pasar dan
sebagainya. Kawasan ini kekurangan tempat letak kereta kerana ianya adalah
kawasan jalan sehala dan tempat letak kereta bermeter yang disediakan oleh
pihak MPKB tidak mencukupi.
Medan Letak Kereta Pantai Jaya ini akan mula dibuka kepada
pengunjung pada pukul 10.00 pagi. Ini adalah kerana pada sebelah pagi ianya
dijadikan kawasan pasar borong untuk ikan. Operasinya akan berakhir pada
pukul 10.00 malam. Tempat letak kereta ini mengandungi 98 petak sahaja.
Bersebelahan dengan tempat letak kereta ini, terletak Pasaraya Maidin dan
Pasaraya Pantai Timur disamping kedai-kedai makan dan sebagainya. Ini
adalah faktor utama yang menyebabkan kawasan ini mengalami kekurang
tempat letak kereta terutamanya pada waktu tengahari dan petang.
33
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
34/50
Bedasarkan kepada perkembangan sekarang kemungkinan akan
wujud lain bangunan yang baru sekitar kawasan ini. Dari pemerhatian yang
dibuat jika bangunan Pasar Besar Siti Khadijah yang dalam proses pembinaan
bangunan tambahan siap, kemungkinan akan mendatangkan lebih banyak
masalah dalam pengurusan lalulintas dan juga pengurusan tempat letak kereta
di kawasan ini. Bilangan pelancong dari luar juga semakin ramai datang ke
Kota Bharu dan ini sudah semestinya kawasan ini menjadi tumpuan ramai.
Dengan secara tidak langsung akan berlaku pertambahan bilangan kereta di
sekitar Jalan Pintu Pong. Ini akan menimbulkan masalah dalam segi untuk
meletak kereta.
Dengan pertambahan kenderaan seperti kereta, akan menimbulkan
kesan lain seperti kesesakkan lalulintas dan juga berbagai kesalahan traffik
lagi dan juga menyebabkan permintaan yang bertambah tinggi lagi dari segi
tempat meletak kereta. Jika keadaan ini berterusan, maka timbullah
kesesakan kerana banyak kereta akan diletakkan ditempat yang tidak
sepatutnya.
4.1 PERTAMBAHAN BILANGAN KERETA
Sekarang ini kebanyakkan pekerja sudah mampu memiliki kenderaan
sendiri terutamnya kereta.Jadi dengan bertambahnya kereta maka permintaan
untuk meletak kereta menjadi semakin tinggi. Dari pemerhatian, didapati
banyak kawasan letak kereta di sekitar Jalan Pintu Pong dan Medan Letak
Kereta Pantai Jaya sentiasa penuh. Jadi, mungkin dari masa kesemasa
keadaan ini akan menjadi bertambah teruk jika pengurusan tidak dijalankan
dengan sempurna. Disamping itu juga kesesakkan seringkali berlaku di
34
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
35/50
sekitar kawasan ini. Ini adalah disebabkan ramai pemandu-pemandu kereta
meletak kereta secara tidak mengikut peraturan. Ini menimbulkan kesulitan
kepada orang ramai yang memerlukan kepada tempat letak kereta untuk
menjalankan urusan masing masing.
Dengan kekurangan kawasan tempat letak kereta ini , menyebabkan
pemandupemandu kereta menagambil jalan mudah iaitu meletakkan kereta
mereka di kawasan-kawasan yang dilarang. Ini menimbulkan kesesakkan di
kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan Pegawai-Pegawai Polis Trafik
dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan
saman untuk mengatasi masalah tersebut.
4.2 PENENTUAN KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian tempat letak kereta yang dijalankan,penetapan kawasan
kajian telah di buat di mana kawasan yang di pilih ialah kawasan Medan
Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Kawasan
ini terletak dibelakang Pasaraya Pantai Timur dan berhampiran dengan
Pasaraya Maidin, Bank Simpanan Nasional Dan Juga Pasar Besar Siti
Khatijah. Medan Letak Kereta Pantai Jaya mengandungi 98 petak tempat
letak kereta.
35
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
36/50
Rajah 4.1 : Gambar di atas menunjukkan lokasi kawasan kajian.
Rajah 4.2 : Kereta masuk ke kawasan kajian.
36
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
37/50
Rajah 4.3 : kereta kaluar dari kawasan kajian.
4.2.1 Kepentingan Kawasan Kajian
Keadaan geografi sesuatu kawasan adalah merupakan salah satu aspek
penting yang mempengaruhi penumpuan orang ramai ke kawasan tersebut.Di
kawasan yang di pilih ini, terdapatnya bank-bank, pasar, kedai makan, kedai
menjual pelbagai keperluan, farmasi dan juga berhampiran dengan pusat
membeli belah. Kesemua tempat yang di sebutkan adalah mempunyai
kepentingan tertentu kepada orang ramai. Orang ramai meletak kereta mereka
di kawasan kajian untuk menjalankan tugas masing-masing. Dengan ini
kepentingan kereta yang di pilih sememengnya tidak dapat dinafikan lagi.
Penyediaan tempat kereta yang tidak memenuhi permintaan akan
menyebabkan perkara-perkara seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaranameniti kawasan akan berlaku.
37
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
38/50
4.2.2 Sebab-sebab pemilihan Kawasan Kajian.
Pemilihan kawasan kajian dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor
iaitu :
1. Kawasan ini mempunya tempat letak kereta
yang banyak tetapi masih tidak mencukupi.
2. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat
untuk meletak kereta dan dapat mengurangkan risiko daripada
berlakunya kemalangan.
3. Kawasan tersebut mempunyai kepentingan
kepada orang ramai yang merupakan satu faktor yang mempunyai
penumpuan mereka ke kawasan itu.
Berdasarkan kepada faktor-faktor diatas maka kawasan kajian yang
telah dinyatakan telah dipilih.
4.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN DAN PENGAMBILAN DATA
Dalam menjalankan kajian ini saya menggunakan kaedah kajian
kandang atau kaedah keliling untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.
38
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
39/50
4.3.1 Kaedah kandang atau keliling
Dalam kaedah ini, perhitungan yang berasingan dijalankan untuk
kereta masuk dan kereta keluar dari kawasan kajian dalam sela masa yang
tertentu. Dari sini akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam
sesuatu masa.
Pengambilan data dilakukan selama 7 hari iaitu bermula hari Ahad
dan berakhir pada hari Sabtu. Data mula diambil pada waktu pagi bermula
pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada waktu petang iaitu pada pukul 6.00
petang. Ini adalah kerana kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya mula
dibuka pada pukul 10.00 pagi disebabkan pada sebelum waktu itu, ianya
dijadikan Pasar Borong Ikan. Waktu yang diambil ini merupakan waktu yang
paling tinggi permintaan untuk meletakkan kereta bagi kawasan kajian.
Jumlah kereta yang masuk dan juga yang keluar akan dihitung,
dimana pembanci diletakkan dipintu masuk dan juga dipintu keluar. Di
kawasan kajian ini terdapat satu pintu masuk dan satu pintu keluar.
Daripada kaedah ini maka dapat memberikan gambaran tentang
jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa, kepentingan masa
tersebut, kepentingan jalan disekitarnya serta pertambahan dan pengurangan
kereta dalam kawasan tersebut.
39
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
40/50
4.3.2 Penilaian permintaan meletak kereta
Penilaian permintaan meletak kereta merupakan satu teknik yang
digunakan dimana ia tidak mempunyai kaitan secara lansung dengan
kenderaan. Untuk menganggarkan permintaan tempat letak kereta yang
semakin meningkat, temuramah atau soal selidik pihak-pihak tertentu perlu
dijalankan. Penilaian ini dibuat berdasarkan keadaan perkembangan semasa.
Dalam kaedah ini, temuramah dengan pihak yang bertugas di bahagian
perancangan bandar dan juga pihak Majlis Bandaran Kota Bharu telah
dilakukan.
Melalui penilaian ini, perbezaan diantara penggunaan yang sedia ada
dengan keperluan yang dikehendaki dapat ditentukan. Gambaran permintaan
yang berlebihan ataupun yang tidak mencukupi juga dapat diketahui.
Perbezaan antara permintaan meletak kereta dan penyedian tempat letak
kereta akan membolehkan penilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat
letak kereta yang diperlukan.
40
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
41/50
BAB V
PENGANALISAAN DATA DAN KEPUTUSAN
5.1 LANGKAH-LANGKAH PENGANALISAAN DATA
Data-data yang telah diambil dalam jangka masa 7 hari bermula dari
hari Ahad (1 Ogos 2004) hinggalah pada hari Sabtu ( 7 Ogos 2004 ) telah
dibuat analisa. Semua data-data yang telah diambil semasa kajian ditunjukan
dalam lampiran iaitu bermula dari lampiran 1 hinggalah lampiran 7. Setelah
itu graf-graf dibuat untuk menunjukkan hubungan antara kereta masuk dan
kereta keluar dan disertakan juga graf bilangan kereta terkumpul. Semua graf-
graf yang dibuat adalah dalam bentuk histogram.
Dalam menganalisa data langkah pertama yang diambil kira adalah
membina graf-graf yang berbentuk histogram berpandukan dari data-data
yang ditunjukan dalam lampiran B1 hingga B7. Dari graf-graf inilah dapat
menunjukkan dengan jelas perbezaan antara kereta yang masuk dan kereta
yang keluar dari kawasan kajian dalam satu-satu masa yang telah ditetapkan.
Begitu juga bagi jumlah kereta yang terkumpul, graf dapat dibuat
berpandukan dari data-data yang telah diambil. Graf-graf ini, boleh didapati
di lampiran bermula dari lampiran C1 hinggalah lampiran C14
41
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
42/50
5.2 PENGANALISAAN DATA
Dari data-data yang telah dibuat, maka kita boleh dapati bahawa data-
data yang telah diambil adalah bermula dari hari Ahad hinggalah hari Sabtu.
Semua cerapan data dibuat bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pada pukul
6.00 petang. Jangka masa cerapan dibuat adalah selama satu jam sekali, ini
adalah disebabkan di kawasan kajian ini, kekerapan kereta keluar masuk
adalah kerap. Jadi, untuk tujuan penganalisaan data masa yang sesuai adalah
selama satu jam sekali.
Daripada graf yang telah dibuat iaitu graf 1a dilampiran C1
menunjukkan hubungan bilangan kereta masuk dan keluar ke kawasan kajian.
Graf ini adalah untuk hari Ahad ( 1 Ogos 2004 ) bermula dari pukul 10.00
pagi hinggalah pukul 6.00 petang. Graf ini diplot berdasarkan dari dasar yang
terdapat dalam lampiran B1 jadual 1. Dari graf tersebut boleh dilihat dengan
jelas perbezaan kereta yang masuk dan juga yang keluar dari kawasan kajian
dan dari sinilah juga akan memberikan jumlah bilangan kereta yang
terkumpul dalam kawasan kajian untuk setiap sela masa 1 jam sekali. Setelah
itu barulah jumlah kereta yang terkumpul dalam sela masa tersebut dapat
diplot.
Dari graf 1b iaitu graf jumlah kereta terkumpul dalam satu masa yang
telah diplot. Graf tersebut menunjukkan jumlah bilangan kereta dengan masa.
Dimana dapat dilihat dengan jelas bahawa kawasan kajian ini adalah kawasan
tempat letak kereta yang tinggi permintaannya.
Data-data hari Isnin hinggalah hari Sabtu juga di buat analisa, ia boleh
dilihat dilampiran-lampiran yang telah disertakan. Dari data-data inilah
penilaian dan keputusan dapat dibuat dan dicapai.
42
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
43/50
5.3 KEPUTUSAN
Setelah data dari kajian dan juga graf yang telah diplot diperolehi
maka dari hasil analisis yang telah dibuat didapati bilangan tempat letak
kereta di kawasan kajian berkurangan daripada bilangan kereta. Dari sinilah
didapati kawasan kajian ini adalah popular dikalangan para pemandu kereta.
Di mana pemandu-pemandu kereta lebih suka meletak kereta mereka di
kawasan ini kerana ianya berhampiran dengan tempat yang akan dituju
disamping ianya juga selamat.
Daripada graf 1a didapati kereta yang masuk ke kawasan kajian dalam
masa 1 jam yang pertama ialah sebanyak 34 buah kereta dan kereta yang
keluar sebanyak 5 buah kereta. Pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari,
jumlah kereta yang masuk ke kawasan kajian adalah meningkat sebanyak 36
buah kereta sahaja. Manakala kereta yang keluar pula adalah sebanyak 8 buah
kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehinggalah pukul 1.00 tengahari didapati
41 buah kereta yang masuk dan yang keluar pula sebanyak 12 buah kereta.
Manakala pada sebelah petangnya bermula pukul 1.00 petang hingga
pukul 2.00 petang, bilangan kereta yang masuk ialah 46 buah kereta dan yang
keluar pula sebanyak 34 buah kereta. Waktu ini adalah waktu puncak bagi
permintaan terhadap tempat letak kereta bagi kawasan ini dan ianya terpaksa
diletak papan tanda penuh bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan
tempat letak kereta.Pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang didapati
kereta yang masuk sebanyak 37 buah kereta sahaja manakala yang keluar
pula ialah 41 buah kereta. Pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang
bilangan kereta yang masuk ialah 20 buah sahaja dan yang keluar ialah 32
buah kereta. Pada pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang pula kereta yang
masuk adalah sebanyak 18 buah kereta dan kereta yang keluar ialah 26 buah
sahaja. Sejam yang terakhir iaitu pada pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang
43
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
44/50
ada 61 buah kereta yang masuk manakala yang keluar pula sebanyak 37 buah
kereta. Waktu ini juga adalah waktu puncak bagi permintaan untuk tempat
letak kereta.
Daripada analisis yang dibuat kereta yang masuk ke kawasan kajian
pada waktu pagi agar kurang iaitu pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul
12.00 tengahari. Manakala disebelah petang pula pada pukul 1.00 tengahari
sehingga pukul 6.00 petang, keperluan tempat letak kereta meningkat dan
tidak mencukupi. Ini adalah kerana pada masa ini ramai orang keluar untuk
menjalankan urusan yang berkaitan seperti membeli-belah, makan dan
sebagainya.
Bagi graf-graf yang lain setelah dibuat analisis didapati ada
persamaan dengan graf 1a iaitu persamaan dari segi aliran kereta yang masuk
dan kereta yang keluar. Dan juga pada masa-masa tertentu boleh didapati
kereta yang masuk dan keluar begitu banyak.
Daripada graf 1b pula iaitu graf jumlah kereta yang terkumpul dalam
satu masa didapati pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, jumlah kereta
ialah sebanyak 29 buah kereta sahaja. Manakala pukul 11.00 pagi sehingga
12.00 tengahari, didapati kereta mula bertambah iaitu sebanyak 57 buah
kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehingga 1.00 tengahari, jumlah kereta
ialah sebanyak 86 buah kereta. Kemudiannya pada pukul 1.00 tengahari
sehingga pukul 2.00 petang pula jumlah kereta yang terkumpul ialah
sebanyak 98 buah kereta. Manakala pada pukul 2.00 petang sehingga 3.00
petang pula sebanyak 94 buah kereta yang terkumpul dan pada pukul 3.00
petang sehingga 4.00 petang hanya terdapat 82 buah kereta sahaja.
Kemudiannya 74 buah kereta yang terkumpul dalam pukul 4.00 petang
sehingga 5.00 petang. Pada pukul 5.00 petang sehingga 6.00 petang terdapat
74 buah kereta yang terkumpul. Merujuk kepada graf 1b juga, didapati
44
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
45/50
bahawa kawasan kajian ini telah mengalami masalah kekurangan tempat letak
kereta daripada permintaan.
Semasa kajian ini dijalankan saya dapati pemandu-pemandu kereta
terpaksa meletak kenderaan mereka merata-rata di kawasan yang
berhampiran dengan tempat letak kereta ini. Ini adalah kerana Medan Letak
Kereta Pantai Jaya telah penuh dan tidak dapat menampung keperluan yang
meningkat. Walaupun saman-saman telah dikeluarkan oleh pihak Polis dan
juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu tetapi pemandu-
pemandu ini masih terpaksa berbuat demikian akibat ketiadaan tempat letak
kereta. Keadaan ini menimbulkan kesesakan lalulintas di Jalan Pintu Pong.
Ini juga boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.
Daripada pemerhatian yang dibuat didapati pertambahan bilangan
kereta menyebabkan tempat letak kereta yang disediakan di kawasan ini tidak
mencukupi. Walaupun di bangunan-bangunan tertentu telah disediakan
tempat letak kereta di dalam bangunan tetapi bilangan kakitangan yang
berkereta adalah melebihi daripada tempat yang telah disediakan. Ini
menyebabkan sebahagian kakitangan terpaksa meletak kereta mereka di
kawasan yang disediakan untuk orang awam.
Dengan secara tidak langsung menimbulkan kesan kepada orang
awam yang mana tempat letak kereta bagi mereka telah dipenuhi oleh
pekerja-pekerja di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan orang
ramai meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan dan kerana ini
ianya mendatangkan kesesakan lalulintas. Di kawasan ini juga didapati
banyak kereta yang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta untuk
menjalankan urusan masing-masing.
Bagi pendapat saya kawasan ini mengalami masalah meletak kereta
yang kritikal di mana jumlah kereta yang masuk melebihi daripada jumlah
tempat letak kereta yang disediakan. Dengan ini didapati bahawa tempat letak
45
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
46/50
kereta ini amat penting dalam semua bandar-bandar mahupun pekan-pekan.
Ianya juga adalah salah satu punca yang mendatangkan kesesakan lalulintas
dalam bandar.
46
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
47/50
BAB VI
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan maka dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa di kawasan kajian yang telah dipilih didapati
tempat letak kereta yang disediakan adalah berkurangan daripada permintaan.
Ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta ini sentiasa tidak mencukupi
dan pada waktu-waktu puncak, sesiapa yang ingin meletak kereta mereka di
sini terpaksa menunggu. Ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas lebih-
lebih lagi terdapat pemandu yang meletak kereta mereka ditempat yang salah.
Bagi kawasan ini, tempat letak kereta perlu diperbaiki memandangkan
permintaan semakin meningkat dan ini melibatkan kepentingan kepada orang
ramai. Ada sesetengah pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletak
kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselesaan
orang lain dan juga mereka masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh
pihak-pihak yang berkenaan. Dan dari pemerhatian yang di buat juga,
didapati orang ramai tidak suka meletak kereta mereka di kawasan yang jauh
47
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
48/50
daripada tempat yang hendak dituju kerana pembaziran dari segi masa dan
juga malas untuk berjalan kaki.
Tempat letak kereta yang sempurna dan memenuhi permintaan ramai
hendaklah disediakan berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai.
Walaubagaimanapun tempat letak kereta yang hendak disediakan biasanya
akan melibatkan penggunaan tanah dan ruang yang luas dan ini akan
berlakunya pembaziran jika tempat letak kereta itu tidak digunakan dengan
sepenuhnya. Jadi, sebelum sesuatu tempet letak kereta itu dibuat, kita
hendaklah membuat kajian dan perancangan yang teliti. Ini adalah supaya
tidak menjadi masalah apabila tempat letak kereta siap dibina.
6.2 CADANGAN
Masalah kekurangan tempat letak kereta perlulah diatasi dengan
segera bagi mengelakkan kesesakan lalulintas bagi sesuatu kawasan. Ini
adalah kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukkan kepada orang
ramai seperti bunyi bising dari kenderaan, juga pencemaran alam sekitar
akibat dari asap kenderaan dan juga boleh mendatangkan kemalangan.
Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan agar dapat
mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar kawasan Jalan
Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya khususnya iaitu :-
1. Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik
dimana ianya hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang
ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak
dituju.
48
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
49/50
2. Bagi kawasan yang mengalami kekurangan tempat letak kereta, cara yang
paling sesuai ialah menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini
dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan banyak
tempat letak kereta.
3. Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Dimana
ianya dapat menagtasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga
masalah kesesakan lalulintas.
4. Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar
pemandu-pemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat
yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan
lalulintas dan kemalangan.
Pemilihan langkah-langkah dan strategi bagi mengatasi masalah
tersebut adalah bergantung kepada pihak berkuasa atau pihak yang
menguruskan kawasan tersebut dan kajian yang lebih terperinci lagi
diperlukan kerana ianya melibatkan kos dan peruntukkan yang banyak untuk
menyempurnakan saranan yang telah diberikan itu.
Dalam menyediakan perancangan tempat letak kereta, pihak-pihak
yang berkenaan hendaklah mengambil kira beberapa kriteria dan ianya
hendaklah dibuat dengan sempurna supaya dapat menampung pertambahan
jumlah kereta dari semasa kesemasa.
49
-
7/29/2019 pengajian am(s.selidik)
50/50
RUJUKAN
1. Geoffrey Baker & Bruno Funaro ( 1958 ). Parking New York : Reinhold
Publishing Corporation.
2. Buchanan CD ( 1963 ). Traffic In Town. London : HMSO.
3. John Brierley ( 1972 ). Parking Of Motor Vehicles ( Second Edition ).
London : Applied Science Publisher Ltd.
4. Edward M. Whitlock, P.E. (1982). Parking For Institutions And Special
Event. ENO Foundation For Transportation, INC. Westport Connecticut.
5. Jim Mc Cluskey ( 1987 ). Parking A Handbook Of Environmental Design.
London : E & F.N Spon Ltd.
6. Jason C.Yu ( 1982 ). Transportation Engineering Introduction To Planning,
Design And Operation. Holland : Elsevier North Holland. Inc.
7. Jeffrey Rowbotham (1976). The Need For Standards, Lancashire Country
Planning Department.
8. Paul H Wright & Radnor J. Paquette (1987). Highway Engineering Second
Edition.
9. Alexander LA (1969). The Downtown Parking System; Traffic Quarterly.
50