pengajian malaysia - bab 1 · 2020. 3. 7. · • pantang larang dalam anggota masyarakat •...
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agama,bangsa dan budaya,namun mereka hidup
dalam keadaan aman dan harmoni
Perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan sejarah
pembentukan Malaysia haruslah dihargai
Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah negara dapat melahirkan rasa cinta terhadap negara
Bab ini menjelaskan tentang latar belakang sejarah awal negara,proses kemerdekaan dan pembentukan Malaysia
Usaha membina kejayaan Malaysia harus diteruskan dengan mengekalkan semangat perpaduan,kerjasama dan
menjaga keharmonian antara semua kaum di Malaysia
1.1 - LATAR BELAKANG SEJARAH
AWAL NEGARA
Sejarah Malaysia telah bermula sebelum era Kesultanan Melayu Melaka
Pengkajian arkeologi dan sumber sejarah secara bertulis dari (Cina,India,Yunani,Arab & Parsi) telah membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu
Antara kerajaan Melayu awal di
Semenanjung Tanah Melayu adalah:
Kerajaan Langkasuka di Pattani
Kerajaan Chih-Tu di Kelantan
Kerajaan Tun-Sun,Ko-Lo,Pan-Pan di Segenting Kra
Kerajaan Tan-Tan di Terengganu
Kerajaan Gangga Negara di Perak
Kerajaan Lo-Yueh di Johor
Kerajaan Kedah Tua di Kedah
1.1.1-KESULTANAN MELAYU MELAKA
KESULTANAN
MELAYU
MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia
Kebanyakan sarjana sejarah menyatakan Melaka diasaskan oleh Parameswara iaitu seorang putera raja dari Palembang pada tahun 1400
Kajian mendalam terhadap naskah Melayu iaitu Sulatus Salatin menyatakan bahawa Kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah
Parameswara terpaksa mengundurkan diri dari
Palembang ke Temasik(Singapura) apabila
negara itu diserang oleh Majapahit
Kedudukan Temasik yang mendorong Parameswara
membunuh Raja Temagi,pemerintah Temasik
ketika itu
Parameswara & pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila
mengetahui kerajaan Ayudhya,Siam yang menjadi
penaung Temasik sedang mengatur serangan balas
Kemudian,Parameswara & pengikutnya ke Sening
Ujong(Sungai Ujong) setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk dijadikan penempatan
baharu
Parameswara & pengikutnya sampai ke sebuah
perkampungan nelayan di Muara SunGi Bertam,Melaka
ASAL USUL NAMA MELAKA
Diambil sempena nama sebatang pokok iaitu
“Malaka”
Semasa Parameswara & pengikutnya berehat di bawah pokok itu setelah penat berburu,baginda menyaksikan
peristiwa seekor pelanduk menendang & mengalahkan anjing perburuannya
Melalui peristiwa tersebut,Parameswara yakin bahawa tempat itu membawa tuah & sangat sesuai untuk membina
sebuah kerajaan baharu
PEMERINTAHAN Peranan pembesar utama Sistem Empat Lipatan Kerajaan Melayu Melaka
PEMBESAR UTAMA PERANAN
Bendahara • Penasihat kanan Raja • Pemangku Raja & bertindak sebagai Ketua Hakim semasa ketiadaan Raja • Pemilih & pelantik Raja
Penghulu Bendahari • Mengawal perbendaharaan negara • Memungut cukai & hasil negeri • Menyimpan daftar hamba Raja • Ketua bagi semua Syahbandar
Temenggung • Ketua & pelaksana undang-undang • Ketua polis negara • Pendakwa bagi kesalahan individu • Ketua protokal dalam urusan adat istiadat
Laksamana • Ketu bagi semua pahlawan terutama di laut • Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi • Menjadi diplomat & membawa uusan kerajaan
PEMBESAR TIGA PULUH DUA
PEMBESAR ENAM BELAS
PEMBESAR BERLAPAN
PEMBESAR BEREMPAT
SULTAN
Antara golongan pentadbir yang penting (Syahbandar,Hulubalang Besar)
Melaka menjadi negara berdaulat,aman &
harmoni kerana mengamalkan: Undang-undang Laut
Melaka
Hukum Kanun Melaka
Digubal berlandaskan undang-undang Islam
Melaka Berjaya memperluaskan
empayarnya sehingga ke Semenanjung Tanah
Melayu & Sumatera di bawah pemerintahan:
Sultan Mansur,Sultan Muzaffar Shah & Bendahara Tun
Perak,Pahang,Kelang,Kelantan & Terengganu
PERDAGANGAN
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari luar
kerana:
Kedudukan geografi yang strategik
Terletak di tengah-tengah laluan (laut) perdagangan antrabangsa di antara benua China & benua India
Kedudukan Melaka terlindung dari tiupan angina kencang
Kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan & hasil galian seperti emas & bijih timah
Menjalankan hubungan diplomatik dengan Cina,Arab,Siam & Jawa
Hubungan rapat dengan China menjadi kelebihan Melaka untuk berlindung dari ancaman Siam
KEJATUHAN MELAKA
Zaman Kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Syah
Melaka diserang Portugis pada
tahun 1511
Alfonso de Albuquerque yang mengetuai tentera
Portugis Berjaya menawan Melaka
pada 25 Ogos 1511
Kekalahan Melaka disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor dalaman & faktor
luaran
Sultan Mahmud Syah terpaksa
melarikan diri ke Muar,Pahang & akhirnya Bintan
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang lemah akibat rasuah & fitnah
Pentadbiran negeri yang tidak cekap & pilih kasih
Berlaku permusuhan antara orang Melayu & India Muslim
Kegiatan perdagangan yang merosot akibat rasuah dan pilih kasih
Orang Laut tidak membantu Melaka semasa serangan Portugis kerana Bendahara tidak menjaga kebajikan mereka
Penemuan jalan perdagangan baru iaitu Tanjung Harapan pada 1488 oleh Bartholomew Diaz
Sikap tidak jujur pedagang asing yang membantu Portugis khasnya pedagang cina & India
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511
WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
JOHOR Selepas Melaka
diserang Portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud Syah & anaknya Sultan
Ahmad Syah melarikan diri ke
Ujong Tanah (Johor)
Mereka merancang untuk menawan
semula Melaka namun diketahui oleh
Portugis lalu mereka berundur ke Pahang & akhirnya berhijrah ke
Bentan
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad
Syah,Sultan Mahmud Syah melantik
puteranya sebagai pengganti baginda &
digelar Raja Muda
Selepas Raja Ali dilahirkan,Raja Ali
ditabalkan menjadi Sultan Muda oleh
Sultan Mahmud Syah atas permintaan Raja
Fatimah
Kedudukan Raja Muzaffar dirampas & beliau membawa diri ke Perak & ditabalkan menjadi Sultan Perak
Sultan Mahmud Syah bersemayam di
Bentan hampir 13 tahun & berundur ke
Kampar apabila Bentan diserang
Portugis & baginda mangkat di sana
Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti baginda & digelar
Sultan Alauddin Riayat Syah & berpindah ke
Pahang lalu mengahwini Puteri
Kesuma Dewi
Baginda berpindah ke Johor & membuka
penempatan tetap di hujung Tanah &
menyebabkan beliau disebut sebagai Sultan
Johor pertama
PERAK
Raja Muzaffar membawa diri ke
Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor
oleh Raja Ali
Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada
tahun 1528
Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama
selepas Tun Saban,Pembesar Negeri Perak & Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di
Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak
Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada
waris Kesultanan Melayu Melaka
mampu memajukan negeri Perak
Sistem perwarisan takhta kerajaan Perak
berbeza sedikit dengan system
Kesutanan Melayu Melaka
Sistem perwarisan takhta Perak
menggunakan sistem giliran dan bukan
secara turun temurun
PAHANG
Pemerintah negeri Pahang mempunyai
perkaitan dengan Kesultanan Melayu
Melaka
Sultan Mansur Syah menghantar
anaknya,Raja Muhammad ke Pahang sebagai
hukuman kerana telah membunuh Tun Besar
Pembunuhan itu terjadi apabila bola
sepak raga yang disepak oleh Tun
Besar telah terkena dastar Raja
Muhammad yang sedang menaiki kuda
Raja Muhammad ditabal menjadi Sultan Pahang yang pertama denagn gelaran Sultan
Muhammad Syah pada tahun 1470
Negeri Pahang & Johor disatukan
apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai
Sultan Johor & meneruskan
pemerintahan Kesultanan Johor Riau
Tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil
alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Bendahara
Tun Abdul Jalil
KERAJAAN MELAYU BAHARU
TERENGGANU
Salah satu negeri taklukan Kesultanan
Melayu Melaka
Disebut sebagai negeri di bawah
pemerintahan Bendahara Johor sejak
abad ke-18
Pengasas kesultanan bermula apabila Tun Zainal Abidin,anak kepada Tun Abdul
Majid,Sultan Pahang dari keturunan
Bendahara
Putera almarhum bersetuju
menyerahkan takhta pemerintahan
Terengganu kepada putera bongsu,Engku
Tuan Mansur
Tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu
dipegang oleh kakanda
sulungnya,Engku Tuan Wangsa & Bendahara
Tun Hussein
Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 & meninggalkan
6 orang putera
KELANTAN
Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511 & dibahagikan
kepada beberapa kawasan yang
diperintah oleh ketua-ketua kecil
Kelantan dibahagikan kepada 4 wilayah oleh kerajaan pusat Pattani
iaitu Kelantan Timur,Kelantan
Barat,Legeh & Ulu Kelantan
Long Deraman ingin merampas takhta &
menyebabkan kematian Long
Sulaiman Long Yunos,anak
kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri
ke Terengganu & mendapat
perlindungan daripada
sahabatnya,Ku Tana Wangsa,anak
Sultan Mahmud Syah bersemayam di
Bentan hampir 13 tahun & berundur ke
Kampar apabila Bentan diserang
Portugis & baginda mangkat di sana
Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti baginda & digelar
Sultan Alauddin Riayat Syah & berpindah ke
Pahang lalu mengahwini Puteri
Kesuma Dewi
Baginda berpindah ke Johor & membuka
penempatan tetap di hujung Tanah &
menyebabkan beliau disebut sebagai Sultan
Johor pertama
SELANGOR
Selangor merupakan negeri taklukan
Melaka pada abad ke-15
Pada Mei 1745,Daeng Chelak 5 bersaudara yang berpengaruh di
Johor telah mangkat & meninggalkan 2 orang
putera,Raja Haji & Raja Lumu
Raja Lumu merancang untuk menjadi Sultan
Selangor untuk mengelakkan Selangor
dikawal oleh Johor secara berterusan
Pada tahun 1766,Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan
Selangor dengan gelaran Sultan
Salahuddin Shah
Sultan Ibrahim Shah yang menggantikan
Sultan Salahudin Shah pada tahun 1782 telah
berjaya memajukan Selangor
Apabila Melaka dijajah oleh
Portugis,Kesultanan Melaka berpindah ke
Johor menjadikan Selangor berada
bawah taklukan Johor sehingga abad ke-18
Kejayaan Selangor menjadi pengeluar bijih timah menarik
minat Belanda & menyebabkan
Selangor diserang oleh Belanda
NEGERI SEMBILAN Pada akhir kurun ke-
17,pembesar-pembesar N9
menjemput anak raja dari Minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha &
bersedia menghadapi serangan Bugis
Pemerintahan oleh Yamtuan Radin Ibni
Raja Lenggang merupakan
permulaan era pemerintahan oleh warisan takhta dari anak raja tempatan
Pewaris takhta pemerintahan N9 yang seterusnya adalah dari jurai
keturunan Raja Radin Ibni Raja Lenggang
Negeri Sembilan mengamalkan adat
perpatih yang berasal dari
Minagkabau,Sumatera Indonesia
Adat ini mengandungi susunan pentadbiran &
pembahagian kuasa politik,pembahagian
harta,aturan perkahwinan & kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan
Pada tahun 1733,Raja Melewar dititahkan datang ke N9 dari
Pagar Ruyung,Minangkabau
menjadi yang dipertuan besar N9
yang pertama
KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
PERANAN TOKOH SEJARAH CATATAN
Pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab
John Crawford • Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China pada abad ke-7 Masihi iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah
• Wujud persamaan antara bahan penulisan & kesusasteraan Asia Tenggara denagn Semenanjung Tanah Arab
Pedagang Islam dari China Emanuel Gadinho Eredia • Penemuan batu bersurat di Sungai Tersat,Kuala Berang Terengganu serta persamaan unsur seni bina di China dan Kelantan,Melaka & Pulau Jawa
Pedagang Islam dari India Snouck Hurgronje • Islam tersebar melalui aktiviti perdagangan
• Terdpat persamaan unsur Hindu dalam budaya masyarakat Asia Tenggara
UNDANG-UNDANG DALAM HUKUM KANUN MELAKA & UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
UNDANG-UNDANG FASAL ISI KANDUNGAN
Hukum Kanun Melaka 44 Fasal • Tanggungjawab raja & pembesar • Pantang larang dalam anggota
masyarakat • Hukuman terhadap kesalahan jenayah
mengikut syariat Islam
Undang-Undang Laut Melaka 24 Fasal • Hal yang berkaitan dengan maritim & perdagangan
• Tugas-tugas nakhoda diumpamakan sebagai imam & anak buah kapal sebagai makmum
Selepas kedatangan Islam,mata wang
dengan tulisan Jawi digunakan dalam kegiatan ekonomi
Wang Katun diperbuat daripada timah &
digunakan di Johor juga terukir dengan tulisan Jawi tetapi tidak mempunyai
tarikh
Pada bahagia belakang wang
kupang emas terdapat tulisan Khalifatul Mukminin yang merujuk Sultan
sebagai pemimpin orang Mukmin
Kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga dapat dilihat dari
aspek pendidikan,bahasa &
kesusasteraan,cara hidup serta kesenian
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,penduduk
tempatan digalakkan menuntut ilmu di
rumah ulama,masjid & surau
Penggunaan mata wang semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera
nama Sultan yang memerintah & tarikh Islam dalam tulisan
Jawi
Istana pula dijadikan pusat pendidikan
formal untuk golongan bangsawan
Dari aspek bahasa & kesusasteraan,tulisan
Arab Jawi diperkenalkan &
menjadiakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa sastera yang terkenal
Huruf Arab diubahsuai & dijadikan tulisan
Jawi sekali gus menjadi tulisan utama
untuk membaca & menulis
Unsur kesenian Islam dapat dilihat pada
seni bina masjid,rumah & istana yang mempunyai ciri-
ciri ukiran yang bermotif tumbuh-
tumbuhan,bunga & geometri
Tulisan khat atau kaligrafi juga dilihat
sebagai hiasan masjid,batu
nisan,barangan tembikar,mata
wang,pakaian & lain-lain
Prinsip kepercayaan atau akidah,syariah & akhlak adalah antara
gaya hidup orang Melayu yang berubah
dengan kedatangan Islam
Amalan menghormati ibu bapa & orang yang lebih
tua,adab sopan,adab berziarah & semangat perpaduan merupakan
antara anjuran Islam yang dapat dilihat
Kedatangan Islam menambahkan lagi
penulisan karya berbentuk prosa &
puisi
ZAMAN PENJAJAHAN
PORTUGIS BRITISH JEPUN BRITISH BELANDA
1511-1641 130 tahun
1641-1824 183 tahun
1824-1941 117 tahun
1941-1945 4 tahun
1945-1957 12 tahun
PORTUGIS
Tujuan Portugis datang ke Tanah Melayu
Mengembangkan & menyebarkan ajaran
Kristian
Portugis tertarik dengan Melaka kerana
lokasi & kedudukannya yang
strategik iaitu di tengah laluan antara
India & China
Menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh
pedagang Islam
Portugis Berjaya menawan Melaka di
bawah pimpinan Alfonso de
Albuquerque
Akhirnya,Portugis tewas apabila waris Kesultanan Melayu
Melaka di Johor Berjaya menawan
semula Melaka dengan bantuan
Belanda
Kesan utama peninggalan
Portugis adalah kewujudan masyarakat
Serani,Pengenalan tulisan Rumi &
penyerapan bahasa Portugis dalam bahasa melayu
seperti Jendela,almari,tuala,garfu,palsu & lain-
lain
Beliau membina kota A Famosa untuk
melindungi Melaka daripada serangan
Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan
semula Melaka
BELANDA
Tujuan Belanda menyerang Melaka
Menghancurkan pelabuhan Melaka bagi
menarik pedagang asing datang ke Betawi
Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu
Mengatasi kuasa Portugis
Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) pada
20 Mac 1602
Pada pertengahan tahun 1640,Belanda
bersatu dengan Kerajaan Melayu
Johor untuk menyerang Portugis &
menawan Melaka
Selepas berperang salama 6
bulan,akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari
1641
Pusat pentadbiran utama Belanda adalah
di Betawi (Jakarta) iaitu di Pulau Jawa
Namun,Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk
menjadi kuasa penjajah baharu di
Melaka selepas Portugis
Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian
perdagangan yang menetapkan semua kapal yang berlayar ke
utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat kebenaran
daripada Belanda
Belanda menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal
dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi
membuatkan kemasyhuran Melaka merosot
INGGERIS Pada tahun
1600,British membuat persiapan untuk
berdagang di Timur & menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI)
British mula datang ke Kepulauan Melayu
pada awal abad ke-17 untuk menguasai kejayaan ekonomi
Tanah Melayu
Penjajahan British di Tanah Melayu
bermula apabila Sultan Kedah
menghanatar surat kepada Gabenor
British untuk mendapatkan
bantuan tentera British daripada
ancaman Bugis pada tahun 1771
British ingin mencari pelabuhan baharu sebagai pengkalan
laut untuk kapal-kapal British yang berlayar
di Timur teluk Benggala
Permohonan itu ditolak oleh British
Sultan Kedah menghantar pula seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai
EIC,Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah jika British
bersetuju memberikan perlindungan kepada Kedah
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
BIL CATATAN
1 Belanda menyerahkan kepentingannya di india & Melaka kepada British
2 British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu & semua kawasan kepunyaan SHTI di Sumatera kepada Belanda
3 Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan Tanah Melayu
4 British & Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan & menghapuskan kegiatan lanun
5 Jika mana-mana pihak mengundurkan diri daripada salah satu kawasan,maka pihak satu lagi berhak menduduki kawasan yanag ditinggalkan
6 Pemerintah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa & sesame pemerintah tempatan
7 Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100,000 paun (Sepanyol)
Kesan perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perpecahan empayar Johor-Riau
Persaingan kuasa antara Belanda &
British semakin sengit
Pembahagian Kepulauan Melayu
kepada dua linkungan pengaruh
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
Penguasaan British bermula dengan
penempatan British di Pulau Pinang pada 11
Ogos 1786 & Singapura pada 6
Februari 1819
Ketiga-tiga tanah jajahan British
tersebut diletakkan di bawah satu
pentadbiran yang dikenali sebagai NNS
pada tahun 1826
Pada tahun 1832,pusat
pentadbiran NNS dari Pulau Pinang
dipindahkan ke Singapura &
bermula 1 April 1867,pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di
London
Belanda menyerahkan Melaka kepada British
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada
17 Mac 1824
PERLUASAN KUASA
British menghadapi dahagi(penentangan
terhadap pemerintahan)di India
British mempertahankan prinsip berkecuali yang dipersetujui dalam Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824
Campur tangan akan meningkatkan kos sekiranya berlaku
peperangan
Bimbang timbulnya konflik di Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di
Utara adalah di bawah naungannya
Sejak penubuhan NNS,British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu kerana:
Perebutan takhta kesultanan Johor
antara Tengku Hussein denagan adiknya
Tengku Abdul Rahman
Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan
Siam pada 20 Jun 1826 yang
membenarkan pedagang British
menjalankan urusannya di
Kedah,Perak,Selangor,Kelantan &
Terengganu tanpa ancaman Siam
Kapal perang British membedal kubu
pertahanan di Kuala Terengganu pada 4
November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu
& Pahang yang mengancam
kepentingan British
Penentangan Penghulu Naning iaitu Abdul Said (Dol Said)
terhadap cukai
Namun,British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutama apabila mereka berasaterancam daripada kepentingan
perdagangan.Antara peristiwa yang menyebabkan campur tangan adalah:
Revolusi perindustrian yang tercetus di
Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik
Bimbang campur tangan kuasa Eropah
yang lain seperti Jerman,Perancis,Itali,R
ussia & Belanda
Perubahan politik & dasar kerajaan
Britain
Kekayaan hasil bumi di negeri-negeri
Melayu terutamanya bijih timah di
Perak,Selangor,N9 & Pahang serta emas di
Pahang
Selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874,British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.Sebab
campur tangan adalah:
Diperkenalkan di Tanah Melayu semasa
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874
Usaha ini untuk memastikan usaha memonopoli hasil
dagangan utama di negeri-negeri Melayu
seperti bijih timah dapat berjalan dengan
lancar
Pegawai-pegawai yang dilantik
sebagai Residen tidak mempunyai
garis panduan rasmi dalam menjalankan
tugas
Jawatan Residen ialah satu strategi British
untuk menjaga kepentingan mereka
dari sudut ekonomi di Tanah Melayu
SISTEM RESIDEN
Kemasukan residen di Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk membantu Sultan/Raja & pembesar Melayu bagi mewujudkan
keamanan akibat masalah-masalah yang berikut:
Pergaduhan antara kongsi gelap
Kegiatan lanun di Selat Melaka
Perang saudara antara pembesar dalam
perebutan takhta & kawasan
Sultan tidak mempunyai kuasa
mutlak & pembesar kehilangan peranan
mereka
Sistem perhambaan dihapuskan
British membawa masuk imigran dari
China & India ke Tanah Melayu
Pungutan cukai & hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja & pembesar Melayu
tempatan diambil alih oleh British
Antara perubahan yang berlaku akibat pelaksanaan sistem Residen adalah:
RESIDEN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU
TARIKH NEGERI RESIDEN
November 1874 Perak J.W.W Birch
Ogos 1874 Selangor J.G Davidson
1874 Sungai Ujong,Negeri Sembilan W.I Tatham
1888 Pahang J.P Rodger
1895 Negeri Sembilan Martin Lister
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH
TOKOH NEGERI PERISTIWA PENENTANGAN
Dol Said Negeri Sembilan
Menentang cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning membawa kepada Perang Naning pada 1831-1832
• Sultan Abdullah • Dato Maharaja Lela • Dato Sagor • Pandak Indut • Sepuntum(Si Puntum)
Perak • Bermesyuarat secara sulit & merancang pembunuhan JWW Birch • Pembunuhan JWW Birch oleh Pandak Indut & Seputum
merupakan arahan Dato Maharaja Lela
• Dato Bahaman • Tok Gajah • Mat Kilau
Pahang • Dato Bahaman,Tok Gajah & anaknya iaitu Mat Kilau melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua & berjaya menawan Temerloh pada tahun 1892
Haji Mat Hassan Bin Munas (Tok Janggut)
Kelantan Engku Besar Jeram bergabung denagn Tok Janggut melancarkan kempen menentang peraturan baharu British,melancar serangan serta menawan Pasir Puteh pada 29 April 1915
TOKOH NEGERI PERISTIWA PENENTANGAN
Haji Abdul Rahman Limbong
Terengganu • Membuka tanah & menebas hutan tanpa mendapat kebenaran British pada tahun 1922
• Mat Salleh • Antanom
Sabah • Mat Salleh menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) denagn menyerang Pulau Gaya & memusnahkan bangunan kerajaan pada Julai 1897
• Rentap • Sharif Masahor • Datu Patinggi Abdul
Ghafur
Sarawak • Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang & membunuh Alan Lee,pegawai pasukan Brooke pada 1853
• Sharif Masahor berpakat denagn Datu Patinggi menyerang kubu Brooke & membunuh 2 orang pegawai British pada Jun 1859
• Sharif Masahor juga menyerang Kuching pada Februari 1860 namun dikalahkan oleh Charles Brooke
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Kelemahan dalam sistem Residen
menyebabkan British mencadangkan agar
Selangor,Perak,Pahang & N9 disatukan di bawah satu pusat
pemerintahan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
dibentuk
Frank Swettenham dilantik sebagai
Residen Jeneral yang pertama dari tahun
1896-1901
Pada 1 Julai 1986,Perjanjian
Persekutuan telah ditandatangani antara pihak Inggeris dengan Sultan/raja Melayu di Selangor,Perak,Pahang
& N9
Residen Jeneral merupakan ketu pentadbir bagi
kerajaan Persekutuan
Sultan/Raja dianggap sebagai ketua negeri
Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negeri NNMB & pusat pentadbiran
kerajaan persekutuan
Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan
residen Jeneral di Kuala Lumpur
Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan &
kerajaan negeri tidak jelas & lebih memihak
kepada kerajaan Persekutuan
Orang Melayu tidak mendapat
keuntungan dalam pembangunan
ekonomi
Kuasa Sultan/Raja hanya tertumpu pada urusan agama Islam & adat istiadat Melayu
Kesan pembentukan NNMB:
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Pada 10 Mac 1909,British & Siam
telah menandatangani Perjanjian Bangkok
Melalui Perjanjian Bangkok,British
Berjaya melindungi kepentingan mereka di Tanah Melayu &
menyekat perluasan kuasa Siam
Pembentukan NNMTB
membolehkan British meletakkan seorang penasihat
British di setiap negeri
Kerajaan Siam menyerahkan haknya
ke atas Kedah,Kelantan,Terengganu & Perlis kepada British & membentuk
NNMTB
Pada tahun 1914,Sultan Johor
telah menandatangani surat perjanjian dengan British &
bersetuju menerima penasihat British
Sultan/Raja bebas dalam urusan pentadbiran manakala penasihat British hanya berperanan sebagai
penasihat
British berusaha gigih untuk mengukuhkan kekuasaannya dengan mempengaruhi NNMTB bergabung
dengan NNMB tetapi gagal
JEPUN
Perang Dunia Kedua bermula di Eropah
Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut & mendarat di Pantai Padang Pak
Amat,Kota Bharu pada 8 Disember 1941
Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur
Kuasa-kuasa Barat menumpukan
perhatian di Eropah 7 membiarkan tanah
jajahan di Asia terdedah kepada serangan tentera
Jepun
Tentera Jepun juga mendarat di Pattani & Singgora,Thailand &
bergerak ke bahagian barat Tanah Melayu melalui jalan darat
Jepun telah Berjaya menawan Lapangan Terbang
Sungai Petani & Alor Setar pada 9 Disember 1941
Pertahanan British menjadi lemah terutama apabila kapal tentera laut
British yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur tanah
Melayu dibom oleh tentera Jepun
Pengeboman kapal tentera British
membolehkan lebih ramai tentera Jepun tiba di Tanah Melayu
Jepun menguasai Jitra & Alor Setar pada 12
Disember 1941
Tentera British terpaka berundur ke
selatan
Jepun mengebom Pulau Pinang pada 11
Disember 1941
Jepun Berjaya menguasai seluruh
Tanah Melayu termasuk Singapura pada pertengahan
Februari 1942
Di Sarawak,Jepun menawan Miri
pada 16 Disember 1941 & Kuching pada 24 Disember 1941
Jepun mula menawan
beberapa Bandar utama di Sabah
seperti Labuan,Beaufort
,Jeselton & Sandakan pada Januari 1942.
Seluruh negeri Sabah dikuasai tentera Jepun
pada awal Mei 1942
FAKTOR KEJAYAAN
JEPUN
Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian & sokongan penduduk Asia Tenggara
British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura
Pakatan kerjasama dengan Siam
Strategi peperangan yang sesuai
Kelengkapan perang yang canggih
Persediaan perang yang rapi & teratur
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
ASPEK KESAN
Dasar Diskriminasi Kaum • Jepun memberikan layanan baik kepada orang Melayu. • Pemerintah Jepun memberikan peluang kepada pemimpin Melayu
untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun. • Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan Peperangan China-
Jepun pada tahun 1937 atas sebab sikap orang Cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberikan taat setia pada negara China.
• Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan untuk mengusir British di India.
• Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian & syak wasangka orang Cina terhadap orang Melayu.
Sosial • Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya & memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun
• Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan & menderita.
• Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma.
• Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan system perdagangan antarabangsa yang bermasalah.
• Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk. • Akibat keganasan kempeitai (polis jepun) ramai penduduk
terutamanya orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan.
Ekonomi • Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi. • Penduduk menderita kerana bekalan makanan yang tidak
mencukupi. • Makanan utama seperti beras dikenakan kawalan ketat. • Perusahaan bijih timah & getah merosot & hampir terhenti
disebabkan kerosakan & kemusnahan yang berlaku di lombong,ladang & kilang.
• Nilai mata wang jatuh teruk. • Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan
makanan sendiri seperti ubi kayu & keledek bagi menggantikan beras.
Politik • Kemerosotan ekonomi & kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah & mencapai kemerdekaan.
• Orang Melayu yang mendapat peluang & pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin bahawa mereka mentadbir negara sendiri.
• Penduduk tempatan sedar denagn kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkan oleh orang Asia.
• Pasukan Force 136 yang ditubuhkan oleh tentera Barikat mendapat sokongan penduduk tempatan.
• Kaum Cina menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). • PKM menubuhkan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA)
yang juga dikenali sebagai “Bintang Tiga”. • Hubungan antara tentera Berikat melalui Force 136
membolehkan MPAJA mendapat latihan ketenteraan,bekalan makanan,senjata & ubat-ubatan bagi menentang tentera Jepun.
Selepas kekalahan Jerman di Eropah
pada tahun 1944,kekuatan Jepun yang menjadi sekutu
Jerman mula terancam
Pada pertengahan tahun 1945,Tentera
Berikat bersiap sedia untuk menyerang
Jepun & ingin mendapatkan semula
Tanah Melayu
Namun,Jepun menyerah kalah
sebelum serangan dilakukan.
AS & Britain menumpukan
perhatian untuk mengalahkan Jepun
Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkn
pengeboman ke atas Hiroshima pada Ogos 1945 & Nagasaki pada
9 Ogos 1945
Kemusnahan negara Jepun menyebabkan
Maharaja Jepun,Maharaha
Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945
GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU
PKM ditubuhkan pada tahun 1930 atas
arahan pertubuhan Komunis
Antarabangsa yang dipengaruhi oleh
Rusia
PKM perlu mendapatkan
sokongan orang Melayu & Orang India
Namn PKM hanya mendapatkan
sokongan orang Cina kerana permusuhan antara negara China
& Jepun
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara Komunis di Tanah
Melayu
Ketika pendudukan Jepun,PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan
British untuk menentang Jepun
Dalam tempoh 2 minggu,British
menduduki semula Tanah
Melayu selepas Jepun mengaku
kalah
PKM melalui MPAJA atau Bintang Tiga telah keluar
dari tempat persembunyian &
merampas senjata Jepun & Tentera Kebangsaan
India
Mereka juga menimbulkan huru hara & menguasai
Tanah Melayu
Mereka juga melakukan penyeksaan ke atas orang
melayu atas cara membalas dendam akibat layanan baik
yang diterima oleh orang Melayu semasa pendudukan
Jepun
PROSES KEMERDEKAAN
TUJUAN BRITISH MEMPERKENALKAN
MALAYAN UNION
Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian & sokongan penduduk Asia Tenggara
British berharap agar bangsa Malayan Union akan melupakan negara asal & memberikan taat setia kepada Malayan Union
Orang Melayu & kaum lain yang berada di Tanah Melayu akan disatukan menjadi bangsa Malayan Union
Raja-Raja Melayu akan kehilangan kuasa & hanya berperanan sebagai penasihat
Menghilangkan identity “Tanah Melayu” & “bangsa Melayu”
Menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan
CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN
MALAYAN UNION
Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama tanpa mengira bangsa & keturunan berdasarkan prinsip
jus soli
Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan
Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang berkuasa penuh dalam hal pentadbiran & dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan
& Majlis Undangan Persekutuan
Singapura kekal sebagai tanah jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British yang berasingan
Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang & Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat
PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
Malayan Union ditentang hebat oleh
penduduk Tanah Melayu khasnya orang
Melayu
Dato Onn Jaafar & wakil 41 buah Pertubuhan Melayu telah
menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya anjuran Persatuan
Melayu Selangor yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman ,Kuala
Lumpur pada 1-4 Mac 1946
Bantahan terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai
bentuk seperti akhbar,menghantar telegram &
surat bantahan ke London,mengadakan perarakan
& tunjuk perasaan
RESOLUSI KONGRES
Menggalakkan pelajaran dalam kalangan orang Melayu
Mengadakan Derma Kebangsaan Melayu
Menubuhkan jawatankuasa bagi merangka perlembagaan UMNO
Menghantar sebuah perwakilan ke London untuk menolak Malayan Union
Tindakan segera menolak Malayan Union
FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU
TERHADAP MALAYAN UNION
Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan & tandatangan Raja-raja Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union melalui
kekerasan,ugutan & paksaan
Penggubalan Malayan Union dibuat di London tanpa pengetahuan & penglibatan pemimpin Melayu
Pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang asing akan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam
Raja-Raja Melayu hilang kedaulatan
REAKSI ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
Orang Cina & India mengambil
pendekatan “tunggu & lihat” kerana British
menjanjikan hak kewarganegaraan
yang sama
British menangguhkan pemberian hak tersebut kerana
mendapat tentangan yang kuat dari orang
Melayu
Orang Cina menyifatkan British
memungkiri janji
Hak kewarganegaraan ini akan
menguntungkan mereka kerana mereka akan
menikmati hak yang sama dengan orang
Melayu
Orang Cina membuat bantahan melalui
akhbar Cina & menubuhkan Malayan
Democratic Union (MDU)
Tindakan British mengeluarkan
Singapura daripada
Malayan Union menyebabkan
British dikecam
Kaum India di tanah Melayu tidak berminat
dengan hal politik di Tanah Melayu
Kaum India lebih memberi perhatian
terhadap perkembangan politik
di tanah air mereka iaitu Parti Kongres
India
CIRI-CIRI PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948 YANG DITANDATANGANI OLEH RAJA-RAJA MELAYU & WAKIL
BRITISH
Jawatan Menteri Besar diwujudkan bagi menggantikan residen British
Kedudukan Istimewa diberi kepada orang Melayu sebagai kaum Bumiputera
Syarat kewarganeraan diperketat
Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah
Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan & Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Gabungan 11 buah negeri & Singapura kekal di bawah jajahan British
PERJUANGAN & PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Semangat perjuangan dalam kalangan orang
Melayu terhadap penjajahan telah
bermula sejak penjajahan Portugis
Gelombang penentangan oeh orang Melayu di
Tanah Melayu serta golongan bumiputera
di Sabah&Sarawak dilakukan oleh tokoh-
tokoh tempatan
Semangat perjuangan orang Cina & India lebih tertumpu kepada
perjuangan di tanah masing-masing
Campur tangan British di Tanah Melayu menyemarakkan
usaha penentangan orang Melayu
terhadap penjajahan
Imigran Cina & India menubuhkan
persatuan untuk mengukuhkan ikatan
sesame sendiri
Pada tahun 1889,British
memperkenalkan Ordinan
Persatuan untuk mengawal kegiatan
berpersatuan
Pada awal abad ke-20,penentangan terhadap
kuasa asing dilihat semakin meluas melalui
penerbitan pelbagai akhbar & majalah untuk meningkatkan semangat
nasionalisme
Penubuhan Parti Politik & persatuan di
Tanah Melayu merupakan gerakan penentangan yang
lebih bersepadu
PERJUANGAN & PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Ekoran daripada peristiwa itu,kerajaan telah mengisytiharkan
darurat pada 16 Jun 1948 di Johor & Perak
Undang-undang darurat
dikuatkuasakan seluruh Tanah Melayu
oleh British
British turut mengharamkan
PKM & pertubuhan di bawah
naungannya namun PKM tetap
meneruskan kegiatannya melalui
gerakan gerila bawah tanah
Pada 12 Julai 1948,darurat
diisytiharkan di seluruh Persekutuan
Tanah Melayu
PKM menubuhkan Min Yuen (gerakan
rakyat) dalam kalangan penduduk untuk mendapatkan
bekalan makanan,perubatan,kewangan & maklumat
PKM membunuh sesiapa yang
menjadi pengkhianat kepada PKM
PKM menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-Bangsa Tanah Melayu
untuk mendapat sokongan orang Melayu & India & meneruskan perjuangan
mereka
Kerajaan bertindak melaksanakan
beberapa rancangan di bawah Undang-
Undang Darurat untuk membendung kegiatan PKM
PENGISYTIHARAN DARURAT
Pentadbiran tentera British ditubuhkan pada 12 Disember
1945 untuk menghentikan aktiviti
MPAJA & memaksa MPAJA dibubarkan
PKM menyebarkan ideologi mereka ke dalam persatuan sekerja,belia &
penuntut sekolah serta menghasut kesatuan sekerja
untuk melancarkan mogok
Apabila Chin Peng mengambil alih
pimpinan PKM,gerakan
keganasan dilakukan secara terbuka
PKM cuba mengukuhkan
kedudukannya & bergerak secara
terbuka
Tentera MPABA ditubuhkan oleh PKM
bagi melancarkan pemberontakan
berenjata
MPABA menyerang estet & lombong,membakar rumah
pekerja,membakar bas,menggelincirkan kereta
api,merosakkan jentera lombong serta membunuh pengurus ladang &
kontraktor buruh di ladang getah
Pada 12 Jun 1948,PKM membunuh tiga orang
pemimpin parti Kuomintang di Johor
& tiga orang peladang Eropah dibunuh di Perak pada 16 Jun
1948
TINDAKAN KERAJAAN DALAM
MENGATASI KOMUNIS DI
TANAH MELAYU
Rundingan Baling 1955
Operasi Kawasan Putih & Kawasan Hitam 1953
Perang saraf (1952-1954)
Rancangan Brigs 1950
Meningkatkan keselamatan negara
Penggunaan kad pengenalan
PERSETUJUAN PERSIDANGAN MEJA BULAT DI
LANCASTER HOUSE LONDON 1956
Sebuah badan bebas dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu
Kerajaan British dibenarkan menempatkan tentera di tanah Melayu
Rakyat tempatan akan menggantikan pegawai British memegang beberapa jawatan penting
Tanah Melayu kekal dalam lingkungan akaomanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi
Kerajaan British bersetuju memberikemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Tepat jam 12.00 tengah malam pada
30 Ogos 1957,bendera Union Jack diturunkan
di Padang Kelab Selangor,Kuala
Lumpur (Dataran Merdeka)
Tunku Abdul Rahman menerima dokumen
pengisytiharan kemerdekaan
daripada wakil Ratu Elizabeth II
Perkataan “Merdeka”
dilaungkan olen Tunku Abdul
Rahman sebanyak 7 kali & disambut gemuruh ribuan
rakyat
Pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu (Jalur
Gemilang) dikibarkan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dnaikkan & diiringi lagu Negaraku yang
pertama kali didengarkan secara
rasmi
Seruan Azan dikumandangkan sebagai simbolik agama Islam
sebagai agama rasmi di Persekutuan Tanah Melayu &
diikuti tembakan meriam sebanyak 101 das
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA
Mencapai kemerdekaan
Kemajuan ekonomi bersama
Keseimbangan kaum
Ancaman Komunis di Singapura
REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN
NEGERI REAKSI
Persekutuan Tanah Melayu
• Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) & barisan sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu
• UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura
Singapura • PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri
Sarawak • Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri
• Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan pembentukan Malaysia.
• Cadangan penubuhan Malaysia awalnya tidak disokong oleh Parti Negara Sarawak (PANAS) tetapi kemudian menyokong pembentukan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Bandar Abang Haji Mustapha
REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN
NEGERI REAKSI
Sabah • Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan membentuk pemerintahan sendiri.
• Pada September 1961,Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO),Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO),PartiPasok Momugun,Parti Bersatu & Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah & menyokong pembentukan Malaysia.
Brunei • Sultan Omar ALI Saifuddin,Sultan Brunei menyokong cadangan pembentukan Malaysia pada awalnya kerana dapat membantu Brunei mendapatkan kemerdekaan lebih awal & terlindung daripada ancaman Filipina & Indonesia.
• Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan pergolakan politik Brunei & faktor-faktor lain.
• Brunei kekal sebagai tanah jajahan British & mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
British • British bersetuju dengan pembentukan Malaysia & bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat
REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN
NEGERI REAKSI
Indonesia • Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno berhasrat menggabungkan Indonesia & Tanah Melayu bagi menubuhkan Melayu-Raya atau Indonesia-Raya
• Konfrantasi ke atas Malaysia dilancarkan pada 1963 dengan slogan “Ganyang Malaysia”
• Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. • Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor,Sabah,Sarawak & melancarkan
serangan gerila. • Indonesia & Filipina enggan menerima keputusan Suruhanjaya Cobbold yang
mendapati penduduk Sabah & Sarawak bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia
Filipina • Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina.
• Presiden Macapagal berpendapat bahawa Sabah dipajak kepada SBUB oleh Sultan Sulu & bukan dijual
• Hubungan Tanah Melayu & Filipina menjadi keruh. • Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966.
PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Peringkat Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA
Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memperkenalkan konsep Malaysia
kepada penduduk Sabah,Sarawak &
Brunei
Rundingan & perbincangan
diadakan sebanyak 4 kali untuk
memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia
Brunei tidak menyertai rundingan
pertama tetapi menghantar perwakilan
pemerhati pada 3 rundingan yang
berikutnya
Dipengerusikan oleh Donald Stephen &
dianggotai oleh wakil-wakil Tanah
Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak & Brunei
Jawatankuasa ini bersetuju
menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai
asas pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
PENUBUHAN SRUHANJAYA COBBOLD
Ditubuhkan pada 17 Januari 1962 untuk
mendapatkan pandangan Penduduk
Sabah & Sarawak terhadap idea
Gagasan Malaysia
Suruhanjaya Cobbold memulakan tugasnya pada 19 Februari 1962 hingga 18 April 1962 &
menerima 2200 memorandum & surat
daripada pelbagai pihak
Pada 21 Jun 1962, Laporan
Suruhanjaya Cobbold diserahkan
kepada kerajaan British & kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu
Dipengerusikan oleh Lord Cobbold &
dianggotai oleh wakil British ,Sir Anthony
Abell & Sir David Watherson serta 2 orang wakil Tanah
Melayu,Mohd Ghazali Shafie & Wong Pow
Nee Hasil kajian mendapati
sebanyak 80% penduduk Sabah & Sarawak bersetuju
menyertai Malaysia
SURUHANJAYA COBBOLD
MENGESYORKAN BEBERAPA
PERKARA YANG BERIKUT:
Kuasa imigeresen & agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing
Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai “Malaysia”dengan Sabah & Sarawak mempunyai ketua negeri yang
tersendiri
Sabah & Sarawak diberikan kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara yang tidak boleh dpinda atau dibatalkan tanpa
mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri berkenaan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah & Sarawak
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 bagi
merangka Perlembagaan
Persekutuan yang baharu
Perkara 20 yang dituntut oleh Sabah &
dipersetujui oleh Sarawak juga dilihat semasa Penggubalan
Perlembagaan Malaysia
JAK diketuai oleh Lord Lansdowne &
dianggotai oleh Tun Abdul Razak,wakil-
wakil kerajaan British serta wakil-wakil
negeri Sarawak,Sabah & Singapura
TUNTUTAN 20 PERKARA SABAH & SARAWAK LAPORAN JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
• Agama Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah
• Agama Islam sebgai agama rasmi Persekutuan tetapi di Sabah & Sarawak dikecualikan
• Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan,tetapi bahasa Inggeris terus digunakan sebagai bahasa rasmi di sabah & Sarawak sehingga Majlis Undangan & Majlis Negeri meminda perkara itu 10 tahun selepas hari Malaysia
• Kuasa Imigeresen di bawah kerajaan negeri • Kuasa Imigeresen menjadi hak kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberikan hak bersuara
• Sistem Pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan • Pendidikan di bawah kuasa kerajaan pusat,tetapi system pendidikan di Sabah & Sarawak dikekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua-dua negeri itu bersetuju mengubahnya
• Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri,di samping bilangan penduduk
• Bilangan kerusi yang diperuntukkan: - Sabah: 16 kerusi - Sarawak: 24 kerusi - Singapura: 15 kerusi
PERKARA 20 & LAPORAN JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
PERSETUJUAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada Jun 1963,rundingan akhir
pembentukan Malaysia diadakan di
London
Persetujuan & perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh
wakil-wakil dari kerajaan
British,PTM,Singapura,Sabah & Sarawak
Brunei yang pada mulanya turut serta dalam perundingan telah menarik diri
pada saat-saat akhir perjanjian itu
ditandatangani
Perundingan tersebut berakhir pada 8 Julai
1963
PENGISYTIHARAN MALAYSIA
Upacara Pengisytiharan
Malaysia diadakan dengan gilang-
gemilang di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur pada 16 September 1963
Upacara Pengisytiharan
Malaysia diadakan secara serentak di
Singapura,Jesselton & Kuching
Pengisytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman
FAKTOR UTAMA PENYINGKIRAN
SINGAPURA
Masalah perkauman
Persaingan politik antara PAP & MCA
Ekonomi & Kewangan
KESIMPULAN
Sejarah & politik merupakan komponen
utama dalam mewujudkan
keharmonian & perpaduan kaum di
sesebuah negara
Semangat nasionalisme harus
ada dalam diri masyarakat kini demi memastikan Malaysia
menjadi sebuah negara maju &
berjaya serta disegani di seluruh dunia
Penjajahan bangsa asing seperti
Portugis,Belanda,British & Jepun meninggalkan kesan besar terhadap penduduk Malaysia
dalam aspek ekonomi,politik,sistem pendidikan & lain-lain