pengamalan konsep amalgamasi

42
PENGAMALAN KONSEP INTEGRASI, AKULTURASI, AKOMODASI, ASIMILASI DAN AMALGAMASI DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Upload: stepmal

Post on 26-Dec-2015

537 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sosial

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

PENGAMALAN KONSEP INTEGRASI, AKULTURASI,

AKOMODASI, ASIMILASI DAN AMALGAMASI DALAM

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Page 2: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan.................................................................................................................................1

1.1 Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia..........................................................1

1.2 Skop Perbincangan..........................................................................................................2

2.0 Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk..................4

2.1 Integrasi...........................................................................................................................4

2.2 Akulturasi........................................................................................................................4

2.3 Akomodasi......................................................................................................................5

2.4 Asimilasi.........................................................................................................................5

2.5 Amalgamasi....................................................................................................................6

3.0 Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum............................................................7

4.0 Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum...............................................................................10

5.0 Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum...................................15

6.0 Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia..................................16

7.0 Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia.......................20

8.0 Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum............................................................22

9.0 Penutup....................................................................................................................................24

RUJUKAN.........................................................................................................................................25

Page 3: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

1.0 Pengenalan

1.0 Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan sering

dianggap sebagai masyarakat pluralistik. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada lebih 200

kumpulan etnik atau kaum (Kamarulzaman, 2007). Menurut Jabatan Perangkaan Negara (2014),

jumlah penduduk semasa di negara pada masa ini adalah 30,061, 133 orang iaitu negara ke-44

paling ramai penduduk di dunia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014). Banci 2010 yang

ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan kumpulan etnolinguistik terbesar di Malaysia di mana

kaum Melayu adalah yang teramai diikuti kaum Cina dan India.

Kaum Melayu merangkumi lebih kurang 50.4% daripada masyarakat Malaysia manakala

Bumiputerat lain adalah sebanyak 11%. Kaum Melayu menurut peruntukan perundangan dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah rakyat yang beragama Islam dan mengamalkan adat-

adat dan kebudayaan Melayu (Malaysia, 2012). Mengikut susur-galur sejarahnya, rakyat Melayu di

Malaysia adalah dari kelasi-kelasi berbangsa Jawa, Bugis dan Minang dari Indonesia yang telah

menetap di Tanah Melayu pada abad ke-17 sehingga awal abad ke-19 (Nazaruddin et al., 2003).

Kaum Bumiputera pula adalah penduduk asli yang bertaraf Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti

kaum Kadazan, Dusun, Rungus, Bajau dan Murut di negeri Sabah dan kaum Iban, Dayak, Bidayuh,

Melanau dan Kelabit di negeri Sarawak.

Kaum bukan Bumiputera pula adalah kaum Cina dan India tetapi bilangan kaum Cina lebih

besar. Terdapat juga kaum Cina dipanggil Baba dan Nyonya dan Cina Peranakan di Melaka,

Terengganu dan Kelantan di mana mereka mengamalkan budaya Melayu dan berkahwin campur

dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Kaum India pula mempunyai kepelbagaian etnik seperti

Tamil, Malayalee, Telugu, Punjabi dan Hindi. Kebanyakan daripada mereka juga berkahwin

campur dengan masyarakat Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.

1

Page 4: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Jadual 1: Kumpulan Etnolinguistik Terbesar di Malaysia (Berdasarkan Banci 2010)

Kumpulan JumlahMelayu, Semenanjung Malaysia 9, 041, 091Cina Han, Hokkien 1, 848, 211Tamil 1, 743, 922Cina Han, Hakka 1, 679, 027Cina Han, Cantonese 1, 355,541Melayu Banjar 1, 237, 615Cina Han, Teochew 974, 573Cina Han, Mandarin 958, 467Minangkabau 874, 536Indonesia 772, 558Iban 666, 034Filipino 442, 933Cina Han, Hainanese 380, 781Cina Han, Min Bei 373, 337Melayu, Malaysian Timur 271, 979Cina Han, Min Dong 249, 413Cina Selat 236, 918Nepal 217, 587Tausug 201, 797Dusun, Pusat 191, 146

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012

1.1 Skop Perbincangan

Kertas tugasan ini membincangkan tentang empat konsep berkaitan hubungan etnik dan perpaduan

kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia iaitu integrasi, akulturasi, asimilasi, akomodasi dan

amalgamasi. Perbincangan ini merangkumi huraian tentang definisi, sejarah kewujudan konsep,

ciri-ciri konsep, perbincangan dalam kalangan sarjana tentang konsep tersebut, pengamalan konsep

tersebut dalam masyarakat, kesan dan pengaruh konsep tersebut kepada hubungan etnik serta

penilaian terhadap konsep tersebut.

Konsep-konsep yang dibentangkan ini amat berkaitan dengan konsep 1 Malaysia yang telah

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada bulan April, tahun

2009. Konsep ini bertujuan untuk menerapkan semangat dan nilai bersama dan kekitaan dalam

kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan (Perry, 2009).

Konsep ini beransur daripada sikap toleransi di antara satu sama lain kepada penerimaan antara satu

sama lain atau “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity).

2

Page 5: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Konsep ini adalah kesinambungan kepada dua matlamat serampang dua mata dalam Dasar

Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira bangsa dan penstrukturan

semula ekonomi yang dahulunya dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, bapa kepada Perdana Menteri

kita sekarang selepas berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun 1969. Konsep 1 Malaysia

mengandungi elemen pembangunan berdasarkan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan

kecemerlangan untuk pembangunan negara. Konsep ini dikaitkan dengan tema “Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan” untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat dan

menegaskan tentang niat serius kerajaan untuk terus membawa pencapaian dan pembangunan

kepada negara (Malaysia Insider, 2009).

Konsep 1 Malaysia tidak sama dengan ideologi “Malaysian Malaysia” yang dicadangkan

oleh Lee Kuan Yew melalui Parti Tindakan Rakyat apabila membawa Singapura keluar dari

Maaysia pada tahun 1965 (New Strait Times, 2009). Menurut ideologi ini, semua kumpulan etnik

mempunyai hak yang sama dan tidak ada kumpulan yang mempunyai hak istimewa. Namun, ini

menyalahi Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 yang menyatakan hak-hak istimewa Melayu dan

Bumiputera serta kedudukan dan hak bangsa-bangsa lain di negara ini. Pendekatan 1 Malaysia

memastikan Dasar Tindakan Afirmatif diteruskan supaya orang Melayu yang miskin dan

ketinggalan dapat berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa-bangsa lain dalam aspek

ekonomi. Konsep 1 Malaysia menekankan perpaduan rakyat dengan menggalakkan empat proses

serentak – asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi.

3

Page 6: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

2.0 Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk

1.2 Integrasi

Integrasi adalah istilah yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris, “integration” yang memberi

maksud “kesempurnaan” atau “keseluruhan”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),

integrasi diertikan sebagai “penggabungan” atau “pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi

satu kesatuan, penyatuan”. Dalam konteks sosial, integrasi adalah proses penyesuaian di antara

unsur-unsur yang berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga terhasilnya pola kehidupan

masyarakat yang mempunyai keserasian fungsi. Integrasi adalah keadaan di mana kumpulan-

kumpulan etnik yang berlainan bersikap menerima dan bersikap kompromi atau toleran terhadap

kebudayaan majoriti masyarakat tetapi dalam masa yang sama, masih mempertahankan kebudayaan

mereka masing-masing.

Integrasi juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan pelbagai

kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Di Malaysia, proses integrasi

masyarakat adalah suatu usaha yang dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan dalam tempoh yang

lama agar adanya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan kepercayaan.

Perpaduan pula adalah proses yang menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya

setiap individu mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.

1.3 Akulturasi

Akulturasi pula merujuk kepada pengambilan budaya sesebuah kumpulan yang lain daripada apa

yang telah seseorang individu dibiasakan dengan budaya semasa dia membesar. Akulturasi

melibatkan pembelajaran bahasa dominan dan mengambil nilai dan tingkah laku yang baru.

Akulturasi menjelaskan proses perubahan budaya dan perubahan psikologikal yang terhasil

daripada pertembungan budaya. Kesan akulturasi dapat dilihat pada pelbagai tahap dalam kedua-

dua budaya. Di peringkat kumpulan, akulturasi menyebabkan perubahan dalam budaya, adat dan

institusi sosial. Kesan pada peringkat kumpulan termasuklah perubahan dalam makanan, pakaian

dan bahasa. Di peringkat individu pula, perubahan dalam cara individu berakulturasi ditunjukkan

dengan perubahan dalam tingkah laku seharian tetapi juga dalam pelbagai keadaan psikologikal dan

kesejahteraan fizikal.

4

Page 7: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

1.4 Akomodasi

Akomodasi budaya bermaksud bahawa seseorang individu telah berpindah ke kawasan yang

mempunyai budaya yang lain daripada apa yang dia sudah biasakan. Oleh itu, individu tersebut

akan menyesuaikan diri dengan budaya baru menggunakan cara tertentu supaya serasi tinggal dalam

persekitaran tersebut. Perundingan budaya ini perlu untuk mengimbangi dua budaya yang berlainan

dalam kehidupan sendiri seperti tingkah laku dan amalan di tempat kerja yang mengikut budaya

tertentu kemudian pulang ke rumah untuk mengamalkan budaya tradisional yang telah lama

dilakukan.

1.5 Asimilasi

Asimilasi adalah proses di mana kumpulan yang pada awalnya berasingan telah muncul dan

bersepadu menjadi satu. Asimilasi sekunder berlaku apabila kumpulan berlainan bersepadu di

kawasan awam dan institusi sosial seperti kejiranan, sekolah, tempat kerja dan kerajaan. Asimilasi

primer pula berlaku apabila ahli daripada kumpulan berlainan berintegrasi secara peribadi,

pertubuhan dalam bentuk rakan, keluarga dan pasangan kelamin.

Definisi asimilasi seakan-akan sama dengan konsep integrasi tetapi sebenarnya kedua-dua

istilah ini memberi maksud yang agak berlainan. Asimilasi bermaksud penerimaan iaitu manusia

dari pelbagai latar belakang melihat diri mereka sebahagian daripada satu keluarga kebangsaan

seperti masyarakat Malaysia yang mengamalkan satu budaya yang sama, budaya Malaysia.

Sebaliknya, integrasi pula adalah tindakan untuk menggabungkan kaum dan kumpulan agama ke

dalam suatu masyarakat.

Penyerapan budaya dan struktur sosial bagi kumpulan pendatang kepada suatu masyarakat

yang dominan merujuk kepada asimilasi. Dalam keadaan ini, pendatang baru akan mengubah

struktur sosio-budaya mereka untuk disesuaikan dengan budaya dan masyarakat yang dominan.

Dalam keadaan asimilasi yang lain pula, di mana penyerapan sepenuhnya berlaku melibatkan

percampuran antara budaya dominan dan sub-budaya pendatang dengan cara sehingga membawa

kepada budaya baru. asimilasi dikatakan lebih mudah berlaku sekiranya kumpulan minoriti

mempunyai persamaan dengan masyarakat dominan dalam aspek budaya dan biologikal.

1.6 Amalgamasi

5

Page 8: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Amalgamasi pula adalah keadaan apabila etnik atau kumpulan budaya yang berlainan berkahwin

atau berpasangan sehingga melahirkan zuriat. Konsep ini agak berbeza daripada asimilasi yang

bermaksud penggabungan sosial dan budaya manakala amalgasi merujuk kepada penggabungan

secara biologikal antara kumpulan etnik dan kaum dalam populasi masyarakat.

Penjelasan definisi bagi kelima-lima konsep berkaitan hubungan etnik ini menunjukkan

persamaan dan dibezakan secara halus. Secara amnya, integrasi membawa kepada pergabungan

dalam masyarakat dalam keadaan setiap kaum dan etnik memelihara budaya masing-masing tetapi

tolerans dan menerima budaya sesama mereka manakala akulturasi pula merujuk kepada

pengamalan budaya kaum lain dalam kehidupan sendiri. Misalnya, dalam masyarakat bukan

Melayu, memakan nasi lemak sebagai sarapan pagi atau memakai baju kurung untuk urusan rasmi

pejabat adalah perkara yang biasa diamalkan. Akomodasi pula lebih kurang dengan akulturasi tetapi

dalam hal ini, budaya sendiri masih diamalkan seperti memakai baju kurung yang dipotong seperti

baju Cheongsam. Akhir sekali, asimilasi adalah pergabungan budaya menjadi satu budaya sahaja

manakala amalgamasi pula melibatkan pergabungan biologikal.

6

Page 9: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

3.0 Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum

Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia adalah hasil daripada perkembangan sejarah yang

berlaku sejak beberapa dekad yang lalu. Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan dan tempat

berdagang saudagar dari Barat dan Timur dan dengan itu, saudagar Cina dan India juga sering

mengunjungi ke tempat ini. Perdagangan emas dan sutera telah membawa pengaruh Hindu dan

Buddha serta pengaruh Arab dan Islam di tanah Melayu sehingga mendorong kepada wujudnya

budaya kosmopolitan yang ada sekarang.

Pertembungan budaya Melayu, Cina dan India telah membawa kepada usaha setiap kaum

untuk mengekalkan identiti budaya masing-masing tetapi dalam masa yang sama, interaksi telah

membawa kepada pelbagai aspek akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi bagi

mengekalkan perpaduan dan keamanan semasa mereka berada dalam ruang lingkup yang sama.

Salah satu contoh klasik tentang amalgamasi budaya dapat dilihat dalam bentuk pertembungan dan

interaksi budaya Cina dan India. Pendatang Cina awal telah menetap di negara-negara Selat dan

mengamalkan budaya Melayu. Mereka berkahwin campur dengan Melayu dan menghasilkan satu

set generasi yang dikenali sebagai baba dan nyonya. Di samping itu, mereka juga telah membentuk

set adat, kepercayaan, amalan dan seni yang menunjukkan percampuran kedua-dua Cina dan

Melayu. Ini menunjukkan ciri-ciri akulturasi, akomodasi dan asimilasi yang telah berlaku secara

semulajadi.

Corak pemerintahan kerajaan British pada masa dahulu juga telah mengukuhkan lagi

masyarakat majmuk dan pluralistik di negara ini. Dasar imigrasi British yang bercorak bebas

semasa pemerintahan mereka menyebabkan kemasukan orang asing digalakkan melalui sistem

kangany, indenture, kontrak dan bebas. Ketiadaan dasar imigrasi sebelum tahun 1930-an berkaitan

tapat dengan keperluan tenaga buruh untuk perlombongan, perladangan dan pembinaan

infrastruktur di negara ini. Hanya selepas tahun 1930 sahaja barulah adanya sekatan imigrasi

dengan tindakan menghantar pulang imigran ke negara asal mereka. Pihak British pada ketika itu

juga telah mewujudkan Jabatan Perlindungan Orang Asing untuk melindungi buruh-buruh imigran

daripada penindasan dan penganiayaan kongsi-kongsi gelap. Undang-undang Buruh pula

diwujudkan untuk memastikan majikan memberi kemudahan sepatutnya kepada buruh imigran. Hal

ini telah menambah kemasukan imigran dan menggalakkan mereka yang sudah berada di Tanah

Melayu untuk terus menetap di sini.

7

Page 10: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Dasar Ekonomi Komersil yang berbentuk kapitalisme dan bebas juga telah menyebabkan

banyak tanah dibuka untuk tujuan perlombongan dan perladangan. Ini menyebabkan keperluan

tenaga buruh meruncing dan menggalakkan lebih ramai pendatang Cina dan India datang ke sini.

Orang-orang Melayu bergiat dalam perkebunan kecil dan penanaman padi manakala orang Cina

dalam bidang perniagaan, pertanian komersil dan perlombongan sementara orang India bekerja di

kawasan perladangan. Pertempatan yang berlainan dan tahap sosio-ekonomi serta kegiatan yang

berlainan ini jauh berbeza antara kaum. Oleh itu, setiap kaum seolah-olah hidup dengan budaya dan

adat resam masing-masing.

Dasar pendidikan British juga telah menyebabkan masyarakat majmuk lebih ketara

disebabkan adanya sekolah Inggeris, sekolah vernakular, sekolah pondok dan madrasah yang

masing-masing mengamalkan sukatan pelajaran mereka. Ketidakseragaman ini telah menyebabkan

masyarakat hidup berkongsi ruang kehidupan tetapi terpisah dari aspek semangat kenegaraan, taraf

sosio-ekonomi, tempat tinggal dan budaya yang berlainan.

Pada tahun 1945, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mewujudkan satu entiti politik,

Malayan Union daripada masyarakat pluralistik yang akan diikat bersama berdasarkan

kewarganegaraan yang sama di bawah satu konsep negara, Malaysia. Namun, usaha ini bukanlah

mudah kerana perdebatan tentang keistimewaan orang Melayu dan ketaatan pendatang Cina

(khususnya) dan India kepada negara baru ini amat sengit. Tambahan pula, dasar pemerintahan

British ‘pecah dan perintah’ menyebabkan segregasi kaum sehingga muncul ketidaksenangan dan

syak wasangka antara kaum. Proses integrasi kaum pada masa itu agak terhad disebabkan segregasi

kaum dan adanya syak wasangka di antara kaum. Proses kemerdekaan yang membawa kepada

persetujuan pemimpin-pemimpin pelbagai bangsa ini dicabar oleh keadaan masyarakat yang

berpecah-belah dan tidak bersatu-padu sehinggalah berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun

1969. Pada ketika itu, elemen perpaduan antara kaum menjadi kritikal untuk memastikan negara

terus makmur dan maju dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum.

Oleh itu, usaha perpaduan kaum yang melibatkan pelbagai pendekatan seperti integrasi,

akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah digunapakai sama ada secara semulajadi

maupun berdasarkan Dasar Afirmatif kerajaan Malaysia. Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menjadi satu wadah perjuangan demi untuk

mencapai aspirasi negara iaitu Wawasan 2020.

8

Page 11: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Menurut kenyataan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri

Malaysia tentang 1 Malaysia:

“1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan

di negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti

nasional yang sama. Menurut konsep ini, prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-

identiti etnik setiap kaum di Malaysia dihargai dan dihormati. Sikap penerimaan di kalangan rakyat

berbilang kaum di mana setiap kaum menerima keunikan kaum yang lain agar semuanya dapat

hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara diberi

penekanan.

9

Page 12: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

4.0 Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum

Konsep-konsep seperti integrasi, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi

mempunyai ciri-ciri yang sama dan agak berbeza. Jadual 1 menunjukkan definisi setiap elemen ini

dengan lebih jelas.

Jadual 1: Definisi Elemen-Elemen Perpaduan Nasional

Elemen Definisi dan Penerangan

Akomodasi Proses di mana individu dan kumpulan, walaupun sedar akan nilai dan

norma masing-masing, membuat penyesuaian yang perlu kepada situasi

sosial untuk mencegah dan mengurangkan konflik supaya dapat meneruskan

aktiviti kehidupan yang pelbagai. Ini merupakan langkah pertama ke arah

integrasi.

Akulturasi Proses adaptasi di mana sesebuah kumpulan memperoleh, mengekal

dan/atau melepaskan ciri-ciri tertentu dalam budaya dan tret mereka supaya

dapat disesuaikan dengan budaya dan tret kumpulan yang dominan.

Asimilasi Proses pengurangan sempadan yang melihat kumpulan menerapkan eleme-

elemen budaya dan tret kumpulan dominan sambil mengekalkan identiti

etnik dan budaya sendiri. Ini merupakan percampuran tingkah laku dan nilai

melalui interaksi sosial yang membawa kepada kehomogenan lebih tinggi

dalam masyarakat.

Amalgamasi Elemen ini dianggap sebagai integrasi tahap tertinggi dan dilihat sebagai

satu indikator bahawa jarak sosial antara kumpulan telah dilemahkan dan

keetnikan menjadi kurang penting.

Sumber: Mustapha et al., 2009

10

Page 13: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Integrasi nasional di Malaysia sering dikaitkan dengan usaha-usaha perpaduan negara.

Menurut Mohamed Yusoof Ismail (2003), konsep ini menjelaskan proses menyatupadukan rakyat

berbilang kaum dengan budaya yang berlainan di bawah satu bentuk identiti kebangsaan yang

berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Panel Penasihat Perpaduan

Nasional, 1992). Shamsul Amri (2007) menjelaskan bahawa integrasi adalah proses untuk

mewujudkan identiti nasional dalam kumpulan yang terasing dalam aspek budaya, sosial dan

politik. Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), integrasi dan perpaduan dapat diterangkan

sebagai proses untuk menyatupadukan masyarakat di bawah satu identiti kebangsaan. Koperasi dan

perpaduan ini dapat dipupuk melalui integrasi persekutuan, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan

dan politik. Di dalam senario masyarakat Malaysia, elemen asimilasi kurang ditunjukkan tetapi

elemen-elemen masyarakat majmuk yang lain seperti integrasi, akomodasi dan akulturasi lebih

digalakkan. Secara semulajadinya juga, elemen amalgamasi dapat dilihat dalam masyarakat

Malaysia sejak dahulu sehingga sekarang.

Konsep perpaduan di Malaysia lebih berbentuk integrasi kebangsaan yang merangkumi

hubungan manusia yang sangat meluas di samping sikap seperti pembangunan semangat identiti

kebangsaan, integrasi tradisi budaya yang pelbagai dan diskrit melibatkan kepercayaan, nilai,

agama, budaya, bahasa, kaum, jantina dan sebagainya. Perpaduan kebangsaan menyentuh tentang

sikap dan kepercayaan rakyat untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam hidup

masyarakat dan dengan itu ciri-ciri budaya masyarakat secara langsung dipengaruhi oleh proses

penggalakan perpaduan nasional. Pendekatan ini tidak berbentuk asimilasi yang mungkin membawa

kepada penghapusan kumpulan etnik tertentu sepertimana dipraktikkan di negara-negara lain. Di

Malaysia, konsep akomodasi lebih banyak diamalkan untuk membenarkan rakyat hidup dalam

aman dan harmoni dengan keetnikan dan identiti kaum dikekalkan dan tidak dilupakan (Mohamed

Yusoff Ismail, 2003). Oleh itu, pendidikan dikatakan perantara paling penting dan sesuai untuk

mempengaruhi minda rakyat tentang ciri-ciri budaya yang lain dan seterusnya membawa kepada

penerimaan dan tolerans terhadap budaya orang lain. Sekolah menjadi institusi sosial untuk

memberi peluang interaksi kepada pelajar pelbagai kaum untuk memahami dan menerima

kepelbagaian budaya mereka. Contohnya, Sekolah Wawasan adalah konsep sistem pendidikan yang

telah dilaksanakan ke arah memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan cara integrasi.

11

Page 14: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Rajah 1: Integrasi Melalui Sistem Pendidikan Memberi Peluang Interaksi antara KaumSumber: http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html

Akulturasi pada asalnya dikonseptualkan sebagai satu proses unidimensional dengan

pengekalan budaya warisan dan pemerolehan budaya yang diterimadalam satu kontinuum pada dua

titik bertentangan (Gordon, 1964 dalam Schwartz et al., 2010). Akulturasi yang diasaskan kepada

Model Berry (1980) menunjukkan empat kategori akulturasi iaitu:

1. Asimilasi: mengambil budaya yang diterima dan meninggalkan budaya warisan;

2. Pemisahan: menolak budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan;

3. Integrasi: mengambil budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan; dan

4. Marginalisasi: menolak kedua-dua budaya warisan dan budaya yang diterima.

Mohd Arif (2008) menjelaskan konsep akomodasi dengan merujuk kepada rumus Ting

Chew Peh (1987) iaitu A + B + C = A + B + C di mana A, B dan C adalah budaya. Ini bermaksud

bahawa pelbagai kumpulan etnik hidup bebas mengamal dan mempertahankan budaya masing-

masing meskipun berinteraksi dengan etnik lain. Ini amat berbeza dengan konsep asimilasi yang

dirumuskan sebagai A + B + C = A di mana budaya A adalah budaya dominan.

Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik

Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan

masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan

makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa

Melayu Kelantan.

12

Page 15: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Rajah 2: Perkahwinan Baba dan NyonyaSumber: http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/

Rajah 3: Masyarakat Cina Peranakan di KelantanSumber: http://peranakan-facts.blogspot.com/

Rajah 4: Masyarakat India Peranakan di MelakaSumber: http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htm

13

Page 16: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik

Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan

masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan

makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa

Melayu Kelantan. Selain itu, perkahwinan antara kaum seperti ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah

menunjukkan konsep amalgamasi juga dilaksanakan di Malaysia.

Rajah 5: Perkahwinan Campur antara Orang Melayu dan Orang CinaSumber: http://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/

14

Page 17: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

5.0 Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum

Perpaduan nasional, integrasi nasional dan pendekatan-pendekatan seperti integrasi secara am,

akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah banyak diperdebatkan dan diperkatakan

sama ada dalam konteks masyarakat umum maupun dalam kalangan cendiakawan dan sarjana.

Malah banyak kajian telah dilaksanakan tentang perpaduan kaum, hubungan etnik dan sebagainya

di Malaysia dan juga di luar negara.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Chiok et al. (2012) mengenai pandangan

belia/beliawanis terpelajar tentang Wawasan Malaysia menunjukkan bahawa terdapatnya

pandangan yang berbezan tentang isu budaya di Malaysia. Namun dalam kajian mereka,

kebanyakan kaum Cina Malaysia memihak kepada konsep amalgamasi ataupun periuk lebur

(melting pot). Ini berbeza daripada idea kerajaan Barisan Nasional yang telah memformulasikan

Dasar Budaya Kebangsaan 1971 yang menjelaskan bahawa asas kepada budaya Malaysia taua

budaya kebangsaan ialah Melayu iaitu lebih kepada konsep asimilasi.

Swartz et al. (2010) pula menulis artikel tentang perubahan paradigma tentang konsep dan

model akulturasi sedia ada. Menurut mereka, akulturasi tidak boleh dilihat sebagai satu proses uni-

dimensional tetapi sebenarnya suatu proses yang multi-dimensional melibatkan pengaruh bersama

antara nilai-nilai dan pengenalan budaya warisan dan amalan budaya yang diterima.

Berry (2005) menambah tentang isu akulturasi di mana beliau menyatakan bahawa

pertembungan budaya yang berlainan pastinya akan membawa sama ada konflik ataupun

perundingan. Semasa akulturasi, kumpulan orang dan ahli individunya terlibat dalam kontak antara-

budaya dan dengan itu berpotensi menghasilkan konflik sehingga perlunya ada perundingan atau

negosiasi bagi membawa penyesuaian dan adapatasi kepada kedua-dua kumpulan budaya. Menurut

Berry lagi, strategi dan proses akulturasi berlaku dalam kumpulan besar dan kecil di mana beberapa

pendekatan boleh digunakan seperti integrasi, asimilasi, pemisahan dan marginalisasi. Penggunaan

strategi integrasi kurang memberikan stres dan mencapai adaptasi yang lebih baik berbanding

marginalisasi manakala penggunaan asimilasi dan pemisahan memberi stres dan adaptasi pada

tahap sederhana. Namun, integrasi memerlukan banyak perundingan untuk mencapai matlamat

perpaduan. Walau bagaimanapun, Berry (2005) menyarankan penggunaan pendekatan integrasi

kerana kurangnya konflik dan tekanan yang terhasil.

15

Page 18: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

6.0 Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia

Hubungan etnik, perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan beberapa perkara yang sering

dikaitkan dengan masyarakat majmuk di sesebuah negara termasuklah Malaysia. Fokus pendekatan-

pendekatan atau dasar-dasar ini adalah untuk memastikan bahawa kaum-kaum yang berbilang dapat

hidup rukun damai dan memastikan adanya kesejahteraan hidup dalam aspek ekonomi, sosial dan

politik. Namun, apabila kaum-kaum yang berbilang tinggal dalam ruang lingkup yang sama, pihak

dominan mungkin akan menindas yang minoriti dan dengan itu, menimbulkan huru-hara dan

kecelaruan. Dalam masa yang sama, kesemua pihak mungkin mengamalkan budaya masing-masing

sehingga menimbulkan konflik di antara satu sama lain. Impak konflik ini mungkin akan

melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa seperti yang disaksikan dalam Peristiwa

Hitam 13 Mei 1969.

Pada awalnya, proses asimilasi digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di

Malaysia sepertimana ditunjukkan dalam Dasar Integrasi Nasional pada tahun 1971. Asimilasi

budaya ini memerlukan pihak minoriti seperti Cina dan India bertolak-ansur dan menggabungkan

pemikiran dan amalan budaya termasuk bahasa mereka kepada budaya kaum majoriti. Usaha ini

diharap dapat memastikan adanya persefahaman antara satu sama lain dan seterusnya persamaan

budaya yang dicapai akan membawa kepada perpaduan, keamanan dan keharmonian.

Lantaran itu, pendidikan menjadi saluran utama untuk mengasimilasikan budaya kaum lain

mengikut budaya Melayu. Salah satu daripadanya adalah pengajaran di sekolah kebangsaan yang

menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Melayu manakala di sekolah-sekolah vernakular,

mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan. Proses pendidikan ini seakan-akan mencapai

matlamatnya apabila adanya anak-anak kaum yang lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan

tidak lagi fasih berbahasa ibunda mereka. Di Sabah misalnya, kebanyakan anak-anak kurang pandai

berbahasa ibunda mereka dan lebih banyak menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di sekolah

tetapi sebagai bahasa komunikasi di rumah dan juga dalam pergaulan masyarakat setempat.

Selain daripada sistem pendidikan, pergaulan di antara kaum yang lebih bebas juga telah

membawa kepada perggabungan yang lebih ketara seperti pemakaian pakaian yang sama dan

memakan jenis makanan yang serupa. Di restoran Cina dan India kini, banyak menghidangkan

makanan ala Melayu manakala di restoran Melayu juga, makanan ala masakan Cina dan India turut

dihidangkan.

16

Page 19: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Rajah 6: Pelbagai Makanan ala Malaysia Berbilang Kaum yang Dimakan oleh Semua Kaum

Rajah 7: Pelbagai Pakaian Melayu yang Digabungkan dengan Ciri-Ciri Kaum Lain

17

Page 20: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Proses akulturasi, akomodasi dan asimilasi seperti ini berlaku secara semulajadi dalam

kalangan masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kaum-kaum minoriti selain bangsa

Melayu masih ingin mengekalkan adat resam dan tradisi budaya mereka. Oleh itu, asimilasi yang

mendalami sehingga kepada sikap dan pemikiran mereka dianggap tidak berjaya sepenuhnya. Ini

kerana kaum-kaum minoriti mungkin membuat akomodasi terhadap budaya amalan kaum Melayu

tetapi mereka juga masih tebal dengan amalan budaya mereka sendiri. Contohnya, kaum Cina yang

beragama Budha masih menyembah nenek moyang mereka dan melakukan upacara memuja

semangat nenek moyang sedangkan ajaran ini bercanggah dengan amalan orang Melayu yang

berpaksikan agama Islam.

Selain dari itu, amalgamasi iaitu pergabungan dua budaya secara biologikal pula terjadi

dalam perkahwinan campur iaitu perkahwinan di antara dua orang yang berlainan latar belakang

budaya. Menurut Bean dan Stevens (2003), perkahwinan campur dianggap sebagai cara paling

mungkin untuk melenyapkan batasan sosial dan budaya, seterusnya membawa kepada integrasi

sosial dan budaya kerana interaksi dekat antara manusia daripada dua keetnikan berbeza dapat

membawa kepada penerimaan dan pergabungan budaya yang berlainan. Di Malaysia, ciri

masyarakatnya yang pluralistik memberi peluang untuk interaksi sosial daripada keetnikan yang

berlainan dan dengan itu meningkatkan peluang untuk berkahwin campur. Interaksi ini juga

semakin dirapatkan oleh faktor-faktor seperti akses kepada pendidikan, latihan dan pekerjaan dalam

kalangan orang muda daripada latar belakang etnik yang berlainan serta peluang melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti sosial dan masyarakat (Penny & Khoo, 1996).

Di Malaysia, perkahwinan campur berlaku dalam kalangan bukan Islam dengan bukan Islam

tetapi berlainan bangsa dan juga di antara bukan Islam dan Islam yang berlainan bangsa. Di dalam

kes yang pertama, perkahwinan dalam kalangan bukan Islam, tidak ada obligasi untuk pertukaran

agama di mana kedua-duanya boleh terus mengamalkan pegangan agama dan kepercayaan masing-

masing atau salah seorang akan beralah dan menganut agama dan kepercayaan pasangannya.

Namun, bagi yang bukan Islam berkahwin dengan seseorang yang berugama Islam, adalah wajib

bagi pasangan bukan Islam untuk menganut dan menukar agamanya kepada Islam.

Konsep perkahwinan campur ini dianggap baik kerana proses amalgamasi yang berlaku

akan menyebabkan pergabungan budaya dengan syarat adanya tolak ansur dan sifat terbuka dalam

kedua-dua pasangan. Namun, konflik juga timbul kerana ketidakserasian dan perbezaan budaya

akan menyebabkan pasangan bergaduh untuk menentukan mana satu budaya yang perlu diikut dan

18

Page 21: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

mana yang perlu ditinggalkan. Lantaran perkahwinan campur juga banyak terdorong kepada isu

perceraian kerana keadaan konflik perkahwinan yang besar.

Pendekatan integrasi yang digalakkan dalam konsep 1 Malaysia juga masih dipertikaikan

oleh masyarakat di Malaysia. Kaum Melayu yang menjadi bangsa dominan berasa risau bahawa

hak-hak ketuanan Melayu dan hak-hak istimewa mereka sepertimana dinyatakan dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan memandangkan

bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India lebih mendahului dalam aspek sosio-ekonomi. Namun,

usaha-usaha integrasi yang meningkatkan perpaduan antara kaum di mana setiap budaya diberi

penghargaan dan penghormatan terus dilakukan. Contohnya, usaha untuk meningkatkan

perkahwinan campur dan juga perayaan bersama seperti Kongsi-Raya (antara kaum Melayu dan

Cina) dan Deepa-Raya (antara kaum India dan Melayu).

Rajah 8: Perayaan Integrasi Kaum: Deepa-Raya dan Kongsi-Raya

Perkongsian perayaan-perayaan ini memberi peluang kepada kaum yang berlainan untuk

memahami budaya kaum yang lain dan dengan itu menimbulkan persefahaman dan toleransi antara

satu sama lain. Amalan rumah terbuka di mana masyarakat mengeratkan lagi hubungan kejiranan

dan persaudaraan dengan melawat rumah masing-masing semasa perayaan juga dapat

mengurangkan jurang sosial antara kaum.

19

Page 22: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

7.0 Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia

Usaha perpaduan masyarakat pluralistik di Malaysia telah dilaksanakan sejak dari dahulu lagi iaitu

semasa proses pembentukan negara Malaysia, bermula dengan usul Malayan Union sehinggalah

tertubuhnya pula Barisan Nasional dalam arena politik untuk menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar

kerajaan telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi interaksi sosial dan persefahaman antara kaum

supaya perpaduan, keamanan dan keharmonian dapat dicapai. Pada awalnya, pendekatan asimilasi

diberikan penekanan yang memerlukan kaum-kaum minoriti menerima-pakai budaya kaum majoriti

iaitu Melayu. Pendekatan ini digunakan mengikut Dasar Afirmatif yang diamalkan oleh kerajaan

pada masa itu bagi memelihara hak-hak orang Melayu di samping memastikan kaum-kaum lain

tidak akan mencapai kelebihan dalam aspek sosio-ekonomi berbanding kaum Bumiputera. Oleh itu,

sistem pendidikan yang digunakan sebagai alat perpaduan telah menyebabkan Bahasa Melayu

dipelajari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar Bahasa Kebangsaan mewajibkan

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pendidikan, bahasa rasmi dalam urusan pejabat dan

kerajaan, bahasa rasmi dalam acara-acara dan majlis rasmi dan sebagainya. Pendekatan ini telah

membawa kepada kefasihan berkomunikasi dalam bahasa Melayu bukan sahaja dalam kalangan

orang Melayu tetapi oleh rakyat yang berbangsa lain juga.

Hakikatnya, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kaum nampaknya

merapatkan lagi interaksi dan komunikasi antara kaum kerana jurang sosial yang dirapatkan apabila

kaum berlainan berkomunikasi dengan bahasa yang sama memberi peluang untuk memahami dan

seterusnya menerima antara satu sama lain. Namun demikian, penggunaan bahasa sahaja tidak

memadai untuk integrasi yang mantap di antara kaum. Proses asimilasi tidak berjaya sepenuhnya

walaupun semua rakyat dapat berbahasa dalam bahasa Melayu kerana apa yang berlaku adalah

proses akomodasi iaitu penyesuaian bangsa minoriti kepada amalan dalam masyarakat tetapi

apabila mereka kembali ke dalam ruang lingkup masyarakat mereka sendiri, amalan budaya kaum

masih tebal diamalkan.

Dalam masa yang sama, impak globalisasi yang telah membawa beberapa transformasi

dalam sistem pendidikan sejak dua dekad yang lalu juga telah sedikit sebanyak ‘menggagalkan’

usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi-institusi pendidikan. Perlaksanaan Program

PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Materimatik dalam Bahasa Inggeris sejak awal

tahun 2000-an telah menyebabkan ramai anak-anak muda kurang memberi tumpuan kepada bahasa

Melayu tetapi meningkatkan lebih usaha menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa global.

20

Page 23: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Malahan, di kalangan orang Melayu sendiri, kepetahan anak-anak Melayu bercakap dalam Bahasa

Melayu turut terjejas tetapi semakin ramai pula yang lebih fasih berbahasa Inggeris.

Namun, asimilasi merupakan suatu usaha yang cuba menghapuskan sesuatu amalan bangsa

dan seterusnya menyebabkan budaya itu dilupakan untuk memberi ruang kepada amalan budaya

bangsa yang lain. Penghapusan kategori kaum di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut

Goldberg (1993), bangsa atau kaum dinyatakan sebagai wacana perkauman dan menentukan

siapakah yang menjadi penduduk bumiputera dan siapa yang bukan; siapa yang wajar menjadi

warganegara dan siapa tidak; siapa yang boleh mengundi dan siapa tidak; siapa yang dilindungi

oleh undang-undang dan siapa tidak; dan siapa yang mempunyai akses dan keistimewaaan dan

siapa yang dipinggirkan. Melalui konsep asimilasi, kaum Melayu dianggap kaum teristimewa di

Malaysia manakala kaum-kaum yang lain perlu diasimilasikan untuk membudayakan amalan orang

Melayu dalam kehidupan mereka dalam aspek bahasa, makanan, pemakaian dan melalui galakan

dan usaha afirmatif, agama. Menurut Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, kaum Melayu

dan Bumiputera di Malaysia diberikan kuota khas untuk perkhidmatan awam, pemberian biasiswa,

kemasukan ke institusi pendidikan awam dan pemberian lesen perniagaan. Peruntukan undang-

undang ini juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk membentuk monopoli Melayu dalam bidang

perdagangan tertentu. Tindakan afirmatif ini dilaksanakan kerana diskriminasi Melayu dan

Bumiputera lain dalam aspek pekerjaan dan ekonomi semasa pemerintahan koloni British manakala

kaum Cina dan India lebih maju dalam aspek ekonomi dan pekerjaan pada ketika itu.

Isu perdebatan kaum, penyatupaduan kaum berbentuk afirmatif menggunakan pendekatan

asimilasi ini menjadi isu yang sensitif dan boleh membawa kepada rusuhan kaum dan perpecahan

antara rakyat negara ini. Oleh itu, konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana

Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak pada 5 April 2009 menekankan kepada bangsa

Malaysia di mana semua tindakan adalah berdasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik.

Tanpa menghapuskan keistimewaan yang diperuntukkan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera

lain yang dinyatakan dalam Perkara 153, konsep 1 Malaysia mengusulkan agar penekanan juga

diberi kepada perlindungan hak dan kebajikan rakyat bukan Melayu. Melaui konsep 1 Malaysia,

asimilasi telah diganti dengan pendekatan integrasi iaitu keharmonian negara tanpa mengira bangsa

dan tidak perlu mengubah identiti bangsa. Di bawah 1 Malaysia, sikap penerimaan terhadap kaum

dan budaya lain dalam masyarakat pluralistik ini diberikan penekanan agar setiap bangsa menerima

perbezaan kaum dan seterusnya hidup bersama-sama dengan menghormati satu sama lain sebagai

rakyat negara ini. Oleh yang demikian, di masa kini, tumpuan lebih diberikan kepada usaha-usaha

integrasi dan juga pendekatan-pendekatan seperti akulturasi, akomodasi dan juga amalgamasi.

Pendekatan integrasi yang dilaksanakan memberi lebih ruang dan peluang untuk kontak sosial di

21

Page 24: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum supaya akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku

secara semulajadi.

22

Page 25: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

8.0 Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum

Sebagai sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum dengan budaya dan warisan yang unik

seperti bahasa, kepercayaan, tradisi dan agama, maka setiap kaum tentunya akan nilai-nilai dan

ekspektasinya sendiri (Syed Serajul Islam, 2008). Konsep-konsep perpaduan kaum seperti integrasi,

akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi sememangnya telah lama diamalkan oleh

masyarakat di negara ini sama ada melalui tindakan aifrmatif maupun secara semulajadi dan

menunjukkan kesan yang baik dan juga sebaliknya. Hal ini dapat dilihat daripada pencapaian

Malaysia yang telah melalui transformasi ekonomi yang besar bermula dengan ekonomi berasaskan

pertanian di awal 1960-an kepada pembuatan pada tahun 1970-an hingga 1980-an dan kini

pembangunan berasaskan teknologi sejak tahun 1990-an (Abu Bakar et al., 2013). Pencapaian ini

adalah hasil daripada kebolehan rakyat Malaysia berbilang budaya untuk bertolak-ansur dan hidup

serta bekerja bersama-sama sambil merealisasikan matlamat pembangunan dan kemakmuran

negara. Namun, Musa Hitam (2007) pernah menyatakan bahawa pembangunan bangsa bukan

seperti menyediakan prasarana tetapi memupuk nilai-nilai kebangsaan dan kerakyatan bersama

supaya setiap individu walau berbilang kaum, agama dan kepercayaan dapat hidup bersama dan

bersatu-padu memajukan negara dengan nilai-nilai bersama dan semangat juang yang dikongsi.

Namun demikian, hakikatnya pada hari ini menunjukkan bahawa pembangunan bangsa

Malaysia ini dengan nilai-nilai kebangsaan yang sama masih jauh daripada matlamat yang telah

ditetapkan. Masih terdapat pergolakan kaum seperti yang berlaku pada tahun 1969 (antara Cina dan

Melayu) dan pada tahun 2001 (antara India dan Melayu) yang harus dipastikan agar tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, secara amnya, hubungan etnik di negara ini adalah aman dan tidaklah seteruk

seperti yang dihadapi di negara-negara berbilang bangsa seperti Nigeria, Rwanda, Bosnia, Thai,

Sudan dan India (Zaid, 2007). Konflik-konflik yang timbul di antara etnik-etnik tersebut datang

daripada perdebatan identiti dalam bentuk bahasa dan budaya (Shamsul, 2006). Sejarah hubungan

etnik di negara kita di mana pendekatan asimilasi kurang diterima oleh bangsa Cina dan India

sehingga seterusnya penggunaan kaedah yang lebih sederhana risiko konfliknya tetapi

menghasilkan hubungan etnik yang lebih rapat seperti integrasi menjadi antara faktor kejayaan

usaha-usaha perpaduan yang telah dilaksanakan. Pendekatan integrasi yang digunakan telah

mengukuhkan lagi identiti rakyat Malaysia berdasarkan model pelbagai budaya (Abu Bakar et al.,

2013).

23

Page 26: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Dalam masa yang sama, hubungan yang lebih baik antara kaum ini membolehkan proses-

proses akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku secara semulajadi. Perkahwinan campur di

antara kaum yang semakin banyak berlaku memberi harapan bahawa akhirnya masyarakat Malaysia

akan mencapai perggabungan budaya bukan sahaja secara fizikal tetapi juga dalam aspek

biologikal. Walau bagaimanapun, isu-isu perkauman dan perbezaan budaya adalah sensitif dan

boleh menyebabkan pergolakan dan permusuhan antara kaum. Oleh itu, segala program hubungan

etnik dan perpaduan bangsa yang dicadang dan dilaksanakan perlulah memberi penekanan kepada

nilai-nilai menghormati dan memahami semua budaya kaum di Malaysia. Ketelusan amat kritikal

bagi mengurangkan syak wasangka di kalangan kaum. Dengan cara ini, keikhlasan dan kemahuan

untuk berkongsi sebuah negara bangsa yang sama akan membawa kepada perpaduan dan

keharmonian negara bangsa yang diharapkan.

24

Page 27: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

9.0 Penutup

Pembangunan bangsa dan integrasi etnik di Malaysia seringkali dianggap pada luarannya sahaja dan

tidak sampai ke akar umbinya kerana aspek-aspek penting dalam proses pembangunan bangsa dan

meningkatkan hubungan etnik itu sendiri kurang diberikan perhatian. Sekiranya keempat-empat

aspek iaitu asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi digunakan untuk integrasi etnik di

negara ini, maka kesemuanya ini akan menjadi proses asas untuk pembangunan negara bangsa.

Perlaksanaan program-program integrasi nasional perlu mengambilkira kesemua elemen ini dan

memastikan kesemuanya menuju kepada halatuju yang sama dengan latarbelakang demografi etnik

di Malaysia yang unik. Konsep Rukun Negara, Bangsa Malaysia dan 1 Malaysia yang pernah

diketengahkan dan memberi penumpuan kepada pembangunan bangsa Malaysia perlulah

mempunyai visi dan misi jangkamasa panjang, selari dan sesuai dengan keadaan semasa dan masa

akan datang serta menjamin keharmonian, kestabilan dan keamanan rakyat di negara ini.

Sepertimana yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini, kefahaman tentang pendekatan-

pendekatan yang digunakan bagi meningkatkan interaksi dan integrasi antara kaum amat penting.

Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan di negara-negara pluralistik yang lain dengan kejayaan

dan cabaran masing-masing. Harus diingat bahawa setiap negara bermasyarakat majmuk

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan apa yang diamalkan di negara lain perlu dijadikan teladan

tetapi disesuaikan dengan acuan pembangunan dan perkembangan di negara sendiri.

Kesemua pendekatan yang dibentangkan di dalam kertas tugasan ini memainkan peranan

tersendiri dan mempunyai potensi dan batasannya bagi meningkatkan integrasi antara kaum di

negara ini. Oleh yang demikian, gabungan pendekatan ini perlu digunakan dengan cara yang

berkesan bagi mencapai matlamat pembangunan bangsa Malaysia yang mengikut aspirasi yang

telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini. Hakikatnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang

mudah dilakukan kerana perbezaan pandangan, pendapat, kepentingan dan sebagainya akan terus

menjadi halangan dan cabaran yang harus ditangani. Namun, sekiranya generasi baru dididik

tentang penerimaan kaum, sikap toleransi dan memahami adat budaya kaum-kaum lain, maka

Malaysia masih mempunyai harapan yang cerah untuk suatu hari nanti mewujudkan masyarakat

majmuk yang boleh hidup bersama dengan keadaan rukun damai.

25

Page 28: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong (2006). Negara-negara: Proses dan Perbahasan (Edisi ke-2). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdullah, A. & Pederson, P. B. (2003). Understanding Multicultural Malaysia: Delights, Puzzles, and Irritations. Selangor, Malaysia: Prentice Hall, Pearson

Abu Bakar Nordin, Norlidah Alias & Saedah Siraj (2013). National integration in multicultural school setting in Malaysia, The Malaysian Online Journal of Educational Science, Volume 1, Issue 1: 20-29

Bean, F. & Stevens, G. (2003). America’s Newcomers and the Dynamics of Diversity. New York: Russell Sage Foundation

Berry, J. W. (1980). Acculturation as varieties of adaptation. In: Padilla, AM., editor. Acculturation: Theory, models, and some new findings. Boulder, CO: Westview

Berry, J. W. (2005). Acculturation: living successfully in two cultures, International Journal of Intercultural Relations, 29: 697-712

Chiok, P. F., Low, C. C. & Ang, S. M. (2012). Malaysian culture: views of educated youths about our way forward, International Journal of Intercultural Relations, 29: 697-712

Hirschman, C. (1986). The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial Ideology. Sociological Forum, 1 (2): 330-361.

Hirschman, C. (1987). The meaning and measurement of ethnicity in Malaysia: An analysis of census classifications, The Journal of Asian Studies, 46 (3): 555-82.

Hirschman, C. (2004). The origins and demise of the concept of race, Population and development review, 30 (3): 385-415.

Goldberg, D. (1993). Racist culture: Philosophy and the politics of meaning. Oxford: Blackwell

Gordon, M. (1964). Assimilation in American life. New York, NY: Oxford University Press

Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010), dari laman web: http://www.statistics.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Demografi Malaysia 2010, dari laman web: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=54:population-updated-31072009&catid=35:key-statistics&Itemid=53&lang=en

Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Lee Hock Guan (2000). Ethnic Relations in Peninsular Malaysia: The Cultural and Economic Dimensions, Social and Cultural Issues, No. 1

Malaysia (2012). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta 1260/2006, dari laman web: http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

26

Page 29: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Malaysia Insider (2009). Figuring out One Malaysia, Malaysia Insider, 12 April 2009

Mohd Arif Atan (2008). Antara akomodasi dan asimilasi, http://melayumoden.com/?p=167

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari, Bil. 3, 61-84

Mujibu, A. M., Badrul, A. M., Azlan, A. R., Zaherawati, Z., Nazmi, N., Jeniifah, N. & Mahazril, A. Y. (2012). Ethnic Plurality and Nation Building Process: A Comparative Analysis between Rukun Negara, Bangsa Malaysia and 1Malaysia Concepts as Nation Building Programs in Malaysia, Asian Social Science; Vol. 8, No. 13

Musa Hitam. (2007). Introduction. Dalam Zaid Ibrahim (Ed.), In good faith. Petaling Jaya: ZI Publication

Nasir Sulaiman dan Tan, M. S. E. (2005) Ulangkaji Total Sejarah SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd

Nazaruddin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Modh Rashid (2003). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Edisi kedua, Selangor: Prentice-Hall Inc

Nazaruddin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Mohd Rashid, (2005). Pengajian Malaysia. Prentice Hall, Selangor

Penny, J. & Khoo, S. E. (1996). Intermarriage: A Study of Migration and Integration, AGPS, Canberra

Perry (2009). 1Malaysia Concept – A vision of justice for all, URL: http:www.wiramalaysia.blogspot.com/2009/06/1-malaysia-concept-vision-of-justice.html

Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, Faridah Karim, Abdul Razak Ahmad & Maimun Aqsha Lubis (2009). Social integration among multi-ethnic students at selected Malaysian universities in Peninsular Malaysia: A survey of campus social climate, AJTLHE, Vol. 1, No. 1, 35-44

Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Zaid Ahmad dan Ho Hui Ling (2006), Hubungan Etnik, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Salfarina Abdul Gapor, Mohd Zaini Abu Bakar and Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2009). Explaining Ethnic Relations in Malaysia Through the “Concentric Circle Model”: Case Studies of the States of Perak and Kelantan, Malaysia, European Journal of Social Sciences – Volume 12, Number 2

Shamsul Amri, Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Shamsul, A. B. (2009). Melestari Perpaduan, Memperkukuh Integrasi: Konsep Satu Malaysia sebagai Wahana Terkini. Dalam Kumpulan Dokumen-dokumen Seminar Gagasan Satu Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan. Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri Terengganu & Universiti Malaya

Sittamparam, R. (2009). PM: We welcome parties open to 1Malaysia Concept, News Straits Times, 11 October 2009

27

Page 30: PENGAMALAN KONSEP AMALGAMASI

Schwartz, S. J., Unger, J. B., Zamboanga, B. L. & Szapocznik, J. (2010). Rethinking the concept of acculturation: implications for theory and research, Am Psychol., 65(4): 237-251

Shamsul, A. (2006). Identity contestations in Malaysia. Dalam Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad (Eds.), Inter-ethnic relations in Malaysia. Serdang: Universiti PutraMalaysia Press

Syed Azwan Syed Ali (2009). 1 Malaysia Not Same As “Malaysian Malaysia”, Bernama, April 15, 2009

Syed Serajul Islam. (2008). National integration in Malaysia at 50: Achievements and aspirations. Singapore: Thomson Learning.

Wan Norhasniah Wan Husin (2011). Nation-building and 1Malaysia concept: Ethnic relations challenges in the educational field, International Journal of Humanities and Social Science Vol. 1 No. 9 [Special Issue – July 2011] 228

Wong Khek Seng, Raminah Sabran dan Kok Meng Kee (2005), Pengajian Am Kertas 1 & 2 STPM, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET

http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/http://peranakan-facts.blogspot.com/http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htmhttp://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html

28