pengamatan dan pendengaran

8
Aktiviti Pengamatan Pendengaran Membezakan perkataan “kepala” dan “kelapa”. Langkah-langkah: 1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk Kelapa . Kelapa, kelapa, Heiyo.. heiyo.. kelapa, K, e, ke, L, a, la, P, a, pa itu kelapa. 2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan kelapa kepada kepala . Kepala, kepala, Heiyo.. heiyo.. kelapa, K, e, ke, P, a, pa L, a, la, itu kepala. 3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kelapa . 4. Guru membaca perkataan kelapa dan murid pun ikut baca berulang kali. 5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kepala . 6. Guru membaca perkataan kepala dan murid pun ikut baca berulang kali.

Upload: deviga-munusamy

Post on 21-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PK

TRANSCRIPT

Aktiviti Pengamatan PendengaranMembezakan perkataan kepala dan kelapa.

Langkah-langkah:

1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk Kelapa.Kelapa, kelapa,Heiyo.. heiyo.. kelapa,K, e, ke,L, a, la,P, a, paitu kelapa.

2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan kelapa kepada kepala.Kepala, kepala,Heiyo.. heiyo.. kelapa,K, e, ke,P, a, paL, a, la,itu kepala.

3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kelapa.4. Guru membaca perkataan kelapa dan murid pun ikut baca berulang kali.5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kepala.6. Guru membaca perkataan kepala dan murid pun ikut baca berulang kali.

7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan danseterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul.

8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar kepada murid tersebut.

9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar yang betul.

KELAPA

KEPALA

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARANTajuk Bahan:Siapa Saya?

Aktiviti:Murid mengecam bunyi yang diperdengarkan oleh guru dengan menggoncang bekas bertutup yang mengandungi bahan ujikaji, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang diperdengarkan.

Keistimewaan:Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang diperdengarkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik perhatian mereka menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

Tambahan dan pandangan: Guru-guru juga boleh menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio yang mana bersesuaian dengan tajuk yang di ajar. Contohnya bunyi haiwan, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi.

Masalah Gangguan Pendengaran

Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang : Tidak menoleh kepada sumber bunyi Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan Membuka tv terlalu kuat Menunjukkan tanda-tanda keliru Tidak memahami pertuturan Meminta percakapan diulang-ulang Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising Sukar memahami perbualan telefon Toleransi terhadap bunyi bising berkurang Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar

Jenis Masalah PendengaranTerdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :1.Masalah pendengaran konduktifBerlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya Ketiadaan lubang telinga (atresia) Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia) Sumbatan tahi telinga di salur telinga Jangkitan kuman pada salur telinga Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2.Masalah Pendengaran SensorineuralBerlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengahbunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.3. Masalah Pendengaran CampuranBerlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

Penyebab Masalah PendengaranAntara penyebab masalah pendengaran ialah : Jangkitan telinga kronik telinga bernanah Faktor keturunan diwarisi daripada ahli keluarga terdekat Kecacatan kongenital Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan contohnya di kilang Proses penuaan umur yang semakin meningkat atau tua dan hilang deria pendengaran

Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran1. Diskriminasi pendengaran2. Penerimaan pendengaran (auditori reception)3. Perhubungan pendengaran (auditori association)4. Rumusan / melengkap pendengaran5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran6. Ingatan pendengaran (auditori memory)

DEFINISITerdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar.Barker(1971)merumuskan mendengarsebagaisuatu prosesyangaktif dandengar adalah satu proses yang pasif.Chuah (1987)mengatakan dengar adalahsatu proses fisiologiyang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.Pendengaran ialah apa yang didengari dan ditafsirkan di otak.Menurut Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 Pendengaran ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran)Menurut Durell dan Marphy (1953), dalam kajian mereka menyatakan kebanyakan kanak-kanak bermasalah dalam menaakul dan mendiskriminasikan bunyi merupakan pembaca yang terencat pencapaian bacaannya iaitu mengalami masalah kecacatan fokus(regractive errors) dan masalah pendengaran.Tiga cara untuk mengenal pasti masalah ketajaman pendengaran, iaitu :(a) meneliti petanda atau gejala(b) memberi ujian diagnosis(c) mendapatkan pengesahan dan rawatan doktor atau pakar perubatan.Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran1. Diskriminasi pendengaran2. Penerimaan pendengaran (auditori reception)3. Perhubungan pendengaran (auditori association)4. Rumusan / melengkap pendengaran5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran6. Ingatan pendengaran (auditori memory)