pengelolaan kejohanan bola baling antara ipg peringkat zon utara 2010
TRANSCRIPT
1.0
KERTAS KERJA PENGELOLAAN
KEJOHANAN BOLA BALING ANTARA IPG
PERINGKAT ZON UTARA 2010
2.0
MINIT MESYUARAT
INDUK
3.0
MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
LAPORAN MINIT MESYUARAT AJK KEPEGAWAIAN
BIL : 1/TAHUN 2010
Tarikh : 25.9.2010
Masa : 8.00-9.00 malam
Tempat : Kelas 4PISMP PJ/PK/PSK
Kehadiran : Norazman Bin Mohamad (Ketua AJK Kepegawaian) Mohd Afiq Syazwan Bin Jame’an Mohd zahiruddin Bin Abdul Halim
Tidak Hadir Bersebab : -
Kehadiran Pensyarah Penasihat : -
Bil. Perkara Catatan1. 1.0 Ucapan Ketua AJK Kepegawaian
1.1Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat menghadirkan diri bagi membincangkan mengenai tugas AJK Kepegawaiaan Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara bagi tahun 2010.
1.2Tarikh bagi Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara telah dirancangkan, iaitu pada 30 Oktober 2010
1.3Tugasan bagi AJK Kepegawaian telah dibincangkan bersama pengerusi pengelolaan kejohanan:
a) Penyediaan papan markah bagi setiap padang
b) Penyediaan bola bagi setiap perlawananc) Penentuan masa bagi setiap perlawanan
yang dijalankan.
2. 2.0Ucapan Ahli Jawatankuasa
2.1Perbincangan mengenai pembahagian tugasan bagi AJK Kepegawaian:
2.1.1 Saudara Afiq Syazwan dengan sukarela mengambil tugasan mengenai penyediaan papan markah.
2.1.2 Saudara Zahirudin mencadangkan agar diberikan tugasan bagi penyediaan bola yang diperlukan bagi setiap pelawanan. Ketua AJK bersetuju.
2.1.3 Ketua AJK Kepegawaian saudara Norazman dengan sukarela menerima tugasan menyediakan alatan dan menentukan masa yang diperlukan bagi setiap perlawanan.
2.2Permintaan diharap agar setiap AJK dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan serta merta.
2.3Saudara Zahirudin mencadangkan agar meminta bantuan dari rakan yang lain semasa kejohanan dijalankan agar tidak terdapat sebarang masalah yang tidak diingini.
3. 3.0Perkara Berbangkit
3.1Semua AJK diminta agar tidak melengahkan tanggungjawab yang diterima.
3.2Bidang Tugas
2.1.1 Setiap AJK haruslah mencari maklumat mengenai tanggungjawab yang diterima dan haruslah merujuk kepada pensyarah penasihat mengenai sebarang tindakan yang perlu diambil.
2.1.2 Setiap AJK hendaklah melaporkan perjalanan tugasan yang dijalankan kepada ketua AJK dan Pengerusi Kejohanan.
2.1.3 Kerjasama penting dalam pelaksanaan tugas.
4. 4.0 Hal-hal lain
4.1Penyediaan alatan
1.1 Setiap AJK perlu menyenaraikan alatan yanga diperlukan dan menyerahkan senarai alatan kepada AJK Alatan sebelum masa yang ditetapkan oleh AJK Alatan.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 9.00 malam.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(MOHD AFIQ SYAZWAN BIN JAME’AN ) (EN.OTHMAN BIN CHE MAN)AJK Kepegawaian Pensyarah PenasihatPengelolaan Kejohanan Bola Baling Pengelolaan Kejohanan Bola Baling
Peringkat Zon Utara Peringkat Zon Utara
4.0
LAPORAN AJK KEPEGAWAIAN
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
Pada tanggal 30 Oktober 2010, pelajar dari kelas 4PISMP PJ/PK/PSK akan
menganjurkan pertandingan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara. Oleh yang
demikian, perkara utama yang telah dilakukan untuk penganjuran tersebut ialah
pembentukan Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja untuk pertandingan ini. Pengerusi
yang telah dilantik ialah Zaril Iswan manakala Naib Pengerusi pula disandang oleh Wan
Ismayuzi. AJK Kepegawaian yang telah dipilih pula ialah Zahiruddin, Azman dan Afiq
Syazwan.
Kami dari AJK Kepegawaian telah mengadakan beberapa sesi mesyuarat bagi
memastikan semasa penganjuran berlangsung kelak, tiada perkara berbangkit yang
tidak dapat diselesaikan. Kami juga telah membahagikan tugas antara kami bertiga iaitu
Zahiruddin ditugaskan di bahagian penyediaan bola iaitu bertanggungjawab dalam
memastikan bola yang digunakan sesuai untuk permainan dan menyediakan orang-
orang yang akan mengutip bola sekiranya bola keluar dari kawasan permainan. Azman
pula ditugaskan untuk menjaga masa iaitu skop kerjanya lebih terarah kepada
memastikan masa permainan berjalan dengan tepat dan betul tanpa ada berat sebelah.
Afiq Syazwan pula bertanggungjawab di papan skor iaitu skop kerjanya mencatat
jumlah gol yang berjaya diraih oleh pasukan yang sedang bermain pada setiap
perlawanan. Selain itu, Afiq juga bertanggungjawab mengarahkan orang bawahannya
untuk menghantar keputusan perlawanan kepada urusetia yang bertugas ketika itu.
Selain itu juga, kami telah menyediakan senarai bahan yang diperlukan semasa
hari pertandingan kepada AJK Peralatan iaitu Nik Ahmad Syafiq dan Prabhu Ragawan.
Antara barang yang telah diminta ialah papan skor, kad manila, kerusi dan meja serta
bola baling yang sesuai. Kami berbangga kerana kerjasama yang diberikan oleh AJK
Peralatan sangat baik dan mereka melakukan kerja dengan komited. Di samping itu
juga, kami selalu meminta pendapat pengerusi dan beberapa orang pensyarah tentang
skop kerja kami supaya kami dapat melakukan kerja dengan baik dan lancar tanpa ada
sebarang masalah ketika penganjuran kelak.
Jadi, apa yang kami telah lakukan sebelum penganjuran pertandingan ini telah
pun kami lakukan dan diharap tugas kami semasa pertandingan dapat dijalankan
dengan baik dan lancar tanpa ada sebarang masalah. Sekian sahaja laporan dari kami
dari AJK Kepegawaian.
Disediakan oleh :
...............................................
(MOHD ZAHIRUDDIN BIN ABDUL HALIM)
Wakil AJK Kepegawaian,
4PISMP PJ/PK/PSK
IPG Kampus Tuanku Bainun
5.0 REFLEKSI
Pada 30 Oktober 2010 akan berlangsungnya satu Kejohanan Bola Baling
Antara IPG Peringkat Zon Utara. Kami selaku AJK Kepegawaian telah
menerima tugas masing-masing dan diamanatkan agar berusaha
menjalankan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah
kami semua dapat menjalankan tugasan yang diberikan di mana saya
bertanggungjawab dalam menyediakan papan markah bagi setiap
perlawanan dan melaporkan jumlah pungutan mata hasil dari perlawanan.
Manakala saudara Azman pula ditugaskan untuk menjadi ketua dalam
penjagaan masa setiap perlawanan dan saudara Zahirudin pula memastikan
bola perlawanan disediakan di setiap padang dan ada ahli yang
bertanggunjawab menjaga bola agar tidak berlakunya kelewatan masa.
Sebelum kejohanan berlangsung, kami semua telah mengadakan
beberapa mesyuarat agar dapat memastikan setiap dari kami memahami apa
yang diperlukan dan melaporkan mengenai sebarang perubahan atau
tindakan yang perlu diambil. Setelah mengetahui tanggungjawab masing-
masing, kami semua terus menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan
agar tiada berlaku sebarang keciciran. Kami semua bersama-sama dalam
menyediakan tempat atau kawasan kejohanan. Perkara pertama adalah
dengan melukis garisan padang dan kami juga perlu mengangkat segala
peralatan yang diperlukan.
Perkara yang berikutnya yang perlu kami lakukan selaku AJK
Kepegawaian adalah dengan melantik beberapa ahli di bawah bidang
tanggungjawab kami. Saya telah pun melantik 2 orang lagi pembantu dari
kelas saya agar dapat membantu dalam menulis atau mencatat markah.
Mereka juga akan membantu saya dalam menyediakan alatan yang
diperlukan seperti papan markah, pen marker, kerusi, meja dan jadual
keputusan perlawanan. Apabila perlawanan tamat, pembantu saya akan
mengisi borang jadual pemarkahan sebelum saya menghantar kepada AJK
Pusat yang bertanggungjawab dalam mengira jumlah mata yang diperolehi
setiap pasukan.
Di samping itu, tugasan lain adalah saya juga turut sama dalam
membantu rakan yang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Dengan
saling memberi kerjasama, perjalanan pertandingan akan berjalan dengan
lebih lancar dan sistematik. Manakala beban yang ditanggung akan
berkurangan. Oleh yang demikian, diharap segala tugasan yang kami
laksanakan dapat diterima oleh semua pihak dan sebarang kesilapan dari
kami, kami mohon segala kemaafan. Sekian, terima kasih.