pengelolaan liga hoki kpm 2014_latest _edited
DESCRIPTION
Pengelolaan Liga Hoki Kpm 2014_latest _editedTRANSCRIPT
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 1
LIGA HOKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014
PENGELOLAAN TEKNIKAL PERLAWANAN
1. PENGELOLAAN
a. Pengelolaan perlawanan Liga Hoki KPM adalah menjadi tanggungjawab Negeri Pengelola (NP). Oleh itu Pengurus Kejohanan sebagai Ketua Pengelola (NP) dan lain-lain pegawai-pegawai yang dilantik oleh NP untuk mengelola perlawanan tersebut hendaklah memahami sepenuhnya aspek-aspek Oganisasi Teknikal Perlawanan (OTP) sepenuhnya dan hendaklah dilaksanakan mengikut Peraturan serta Prosedur yang telah ditetapkan.
2. PEMAKAIAN
a. Selaras dengan Peraturan Liga Hoki KPM 2014 dengan ini,
Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP) berikut bagi pengurusan, pentadbiran dan pengelolaan semua perlawanan Liga Hoki KPM adalah digunapakai.
3. PEMATUHAN
a. Semua Pasukan, Pegawai, Pemain dan Pegawai Pertandingan
serta semua yang terlibat di dalam pengelolaan sesuatu perlawanan Liga Hoki KPM hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan dan Prosedur OTP ini seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Liga Hoki KPM 2014. Kegagalan mematuhi mana-mana perkara atau prosedur OTP yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan lanjut oleh JKP.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2
4. ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN (OTP)
4.1 Tujuan
OTP bertujuan melancarkan dan memastikan semua aspek pengelolaan
perlawanan dipatuhi dan dapat dikelolakan tanpa masalah. Ia meliputi skop yang luas dan menjadi satu kewajipan bagi semua pihak iaitu Pegawai Pengelola (PP) dan jawatankuasa terlibat.
4.2 Pegawai
Untuk menambahkan keberkesanan pengurusan OTP ini, pihak JKP dan PP hendaklah melantik pegawai-pegawai berikut:-
4.2.1 Pegawai lantikan JKP/JKT
i. Ahli Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan ii. Ahli Jawatankuasa Keselamatan iii. Ahli Jawatankuasa Perubatan iv. Pengarah Kejohanan (TD) v. Pengurus Teknik (TO) vi. Pengurus Venue ( VC ) vii. Pengurus Pengadil ( Umpires Manager ) viii. Pengadil-pengadil ix. Pengarah Keselamatan x. Pegawai Media xi. Siapa sahaja yang dilantik oleh JKP/JKT untuk
tugasan dalam perlawanan.
4.2.2 Pegawai lantikan JKP
i. Tournament Director ii. Pengawai Penyelaras Keselamatan PP iii. Pengawai Penyelaras Media PP iv. Pegawai Perubatan v. Pegurus Pemungut Bola vi. Lain-lain Pegawai yang difikirkan perlu oleh PP.
4.3 Kad Akreditasi.
Pegawai di para 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah menggunakan kad Akreditasi yang dikeluarkan oleh JKP dan PP. Pegawai-pegawai yang mempunyai Kad Akreditasi JKP boleh memasuki semua venue pertandingan Liga Hoki KPM.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 3
Mana-mana pegawai atau orang yang tidak mempunyai Kad Akreditasi tidak boleh berada di dalam stadium dan kawasan persekitaran stadium / garisan had penonton.
4.4 Tanggungjawab Pegawai
Semua Pegawai di para 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah mahir dalam
skop OTP serta bertanggungjawab ke atas pengelolaan OTP sepenuhnya dan akan
dilantik oleh NP.
4.5 Skop OTP
Semua Pegawai Pengelola dan NP hendaklah meneliti, memahami dan melaksanakan dengan sebaik-baiknya skop OTP. Ia meliputi:
4.5.1 Persiapan stadium permainan dan persekitaran stadium :-
i. Ini adalah tanggungjawab NP.
ii. Stadium permainan mestilah disiapkan selewat-lewatnya
SEHARI SEBELUM PERLAWANAN dan lawatan pemeriksaan stadium hendaklah dilakukan oleh TD sehari sebelum masa permainan. Jika terdapat sebarang kecacatan stadium permainan, TD mesti menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama pihak stadium dan Pengurus Venue PP.
iii. Jika sesuatu perlawanan tidak dapat dijalankan kerana stadium tidak
mengikut Undang-undang Permainan Hoki atau tidak mengikut speksifikasi yang ditetapkan oleh JKP atau pada pendapat Pengadil stadium tidak boleh dimainkan maka, Pasukan PP boleh dikenakan tindakan yang berat oleh JKP.
Oleh yang demikian PP mestilah memberikan keutamaan dalam persiapan stadium permainan dan juga kelengkapan ini.
iv. Pengurus Venue dan TD mesti membuat lawatan pemeriksaan stadium
sebelum hari perlawanan dan mesti memastikan stadium dan kawasan persekitaran stadium adalah sempurna.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 4
4.6 Kelengkapan semua bilik-bilik terutama :-
i. Bilik Persalinan ii. Bilik Pengadil iii. Bilik Keselamatan iv. Bilik Perubatan v. Bilik Sekretariat-lengkap dengan komputer, mesin fotostat dan internet. vi. Bilik / Tempat landasan utama pihak TV jika berkaitan (siaran
langsung / Perlawanan Akhir) vii. Sistem siaraya, scoreboard dan lampu limpah viii. Bilik kemudahan pertolongan cemas/rawatan perubatan ix. Bilik rehat dan makan VIP/VVIP
4.7 Aturcara sebelum perlawanan
4.7.1 Pasukan-pasukan masuk ke dalam stadium
4.7.1.1 Setiap pengurus pasukan wajib melaporkan diri di meja teknikal 20 minit sebelum perlawanan dimulakan. Aktiviti memanaskan badan mestilah dilakukan awal memandangkan jadual yang ketat. Penyesuaian padang sebelum perlawanan hanyalah selama 5 minit dan pengadil akan memanggil ketua pasukan untuk ”toss coin” 10 minit sebelum perlawanan hendak dimulakan.
4.7.1.2 Pergerakan masuk ke dalam padang diketuai
oleh kumpulan Pengadil dengan Pasukan A di sebelah kiri dan Pasukan B di sebelah kanan.
4.7.2 Prosedur bersalam
4.7.2.1 Kumpulan Pengadil akan bergerak satu tapak ke belakang dan menjemput ketua pasukan B untuk bergerak ke pasukan A dan bersalam.
4.7.2.2 Selepas bersalaman, pasukan A dan B akan
berjalan ke bahagian padang sementara menunggu wisel permulaan perlawanan dari pengadil.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 5
ARAHAN MASUK DAN POSISI
1- Pengadil simpanan (R), Pengadil 1 + Pengadil 2. 3- Dikuti oleh Pasukan : - Pasukan A dibelakang A2 (Pengadil 2)
- Pasukan B dibelakang A1 (Pengadil 1) A2 F R A1 Pasukan A Pasukan B 8m Pemain Pasukan A Pemain Pasukan B
12m
Pentas V.I.P.
PERGERAKAN MASUK DAN BERSALAM
2 3
3
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 6
PASUKAN A B e r s a l a m
Tempoh bersalam 30s PASUKAN B
- Pasukan A tidak bergerak.
- Pasukan B bergerak dihadapan pasukan A, bersalam dan bergerak ke posisi asal.
- Pasukan A dan B mengambil tempat masing masing.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 7
4.7.3 Bangku Simpanan / Kawasan Teknikal
i. Hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh duduk di atas bangku simpanan:-
a. 7 pemain simpanan dan maksimum 4 pegawai pasukan
b. Atau sejumlah pegawai dan pemain seperti yang ditetapkan
oleh Peraturan Pertandingan.
c. Kelakuan mereka yang duduk di atas bangku simpanan mestilah tertakluk kepada polisi ‘Fair-Play’ JKP dan Peraturan Pertandingan.
d. Hanya seorang pegawai yang ditugaskan dibenarkan berdiri
di tepi bangku simpanan.
e. Pada bila-bila masa, hanya seorang sahaja dibenarkan memberi arahan-arahan taktik dan dia mesti balik ke posisi asal selepas memberi arahan-arahan tersebut.
f. Jurulatih dan Pegawai-pegawai lain mesti berada di dalam
kawasan teknikal pada setiap masa, kecuali keadaan di mana jurupulih atau doktor terpaksa masuk ke dalam stadium dengan kebenaran Pengadil untuk menilai kecederaan pemain.
g. Pemain dan Pegawai di bangku simpanan hendaklah
sentiasa bertertib.
ii. Larangan:
a. Merokok di bangku simpanan.
b. Membantah atau sentiasa membantah keputusan Pengadil atau Penolong Pengadil.
a. Provokasi kepada pegawai dan pemain pasukan.
b. Membaling sebarang objek ke arah atau masuk ke dalam
stadium.
e. Merosakan harta benda awam/sendiri.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 8
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 9
BANGKU SIMPANAN
PEMAIN PEGAWAI
- ANTARA 7ORANG PEMAIN SIMPANAN - 4 ORANG PEGAWAI - MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM PERMAINAN DAN - HANYA SEORANG JURULATIH SAHAJA
PASTIKAN BERLAINAN WARNA DENGAN WARNA DIBENARKAN MEMBERI ARAHAN TAKTIKAL PAKAIAN PEMAIN DAN PEGAWAI DI DALAM DAN BELIAU HENDAKLAH KEMBALI KE STADIUM BOLEH MEMAKAI BIB BANGKU SIMPANAN SELEPAS SELESAI MEMBERI ARAHAN - HENDAKLAH SENTIASA DUDUK (KECUALI UNTUK - JURULATIH, ATAU PEGAWAI DIBENARKAN
‘WARM UP’ ATAU MEMBERI MINUMAN KEPADA BERDIRI DI SEBELAH BANGKU SIMPANAN RAKAN SEPASUKAN)
- PEMAIN YANG DIGANTUNG DARI BERMAIN BOLEH - SEKIRANYA SESEORANG PEGAWAI DIARAH- BERADA DI BANGKU SIMPANAN KECUALI KAN KELUAR STADIUM, BELIAU HENDAKLAH PERLAWANAN DIMANA BELIAU MENERIMA KAD MENINGGALKAN KAWASAN BANGKU MERAH. PAKAIAN BELIAU HENDAKLAH BERLAINAN SIMPANAN DARIPADA RAKAN SEPASUKAN YANG LAIN, WALAU BAGAIMANAPUN MEMAKAI BAJU T TANPA KOLAR, BERSELUAR JEANS LUSUH DAN BERSELIPAR TIDAK DIBENARKAN.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 10
4.8 Penggunaan Bola
i. Selaras dengan arahan dari ‘FIH’ kita harus memastikan bola yang mencukupi untuk setiap perlawanan. Ini adalah untuk meningkatkan masa permainan sebenar atau mengurangkan masa permainan yang terbuang dan juga memastikan permainan berjalan dengan lancar.
ii. Arahan-arahan adalah seperti berikut:
iii. ‘Ball boys’ (atau ‘girls’ ) yang dipilih oleh Negeri Pengelola mestilah
mahir dengan tugasan dan berumur antara 13 hingga 17 tahun.
iv. Sekurang-kurangnya 8 biji bola berjenama ”Kookabura” yang diperlukan untuk
setiap perlawanan mestilah diperiksa oleh TO sebelum perlawanan.
v. Pengadil akan membawa sebiji bola dan pegawai teknikal akan
menyimpan sebiji bola di bangku pegawai.
vi. Minimum lapan (8) ‘ball boys’ yang ditempatkan di sekeliling stadium akan memegang sebiji bola setiap orang seperti yang ditetapkan oleh TD.
vii. ‘Ball boys’ ini boleh berdiri atau pun duduk tanpa menggangu
pandangan penonton.
viii. Bola bolehlah diletakkan di tepi ‘ball boys’ atau dipegang. Mereka dilarang untuk menggunakan kaki atau tangan untuk bermain dengan bola tersebut.
ix. Jika bola melepasi sempadan garisan, umpamanya di kawasan
penonton, ‘ball boy’ yang terdekat akan membaling bola kepada pemain yang datang untuk menerima bola. Apabila bola sudah diganti, barulah ‘ball boy’ tadi berusaha untuk mendapatkan bola yang keluar. ‘Ball boys’ juga mestilah secara amnya memahami peraturan hoki ‘Ball boys’ mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya ke atas tindakan dan kelakuan mereka, supaya hanya satu bola sahaja dibalingkan kepada pemain dan bukan dua atau tiga.
x. ‘Ball boys’ dilarang sama sekali untuk memasuki stadium
permainan atau kawasan teknikal pada bila-bila masa.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 11
xi. Mana-mana ‘ball boy’ yang menunjukkan kelakuan yang kurang sopan atau cuba menyebelahi mana-mana pasukan mestilah dilaporkan kepada pengelola perlawanan oleh Pengadil. Tindakan yang sama juga mesti diambil jika pemain atau pegawai pasukan yang menunjukkan kelakuan kurang sopan terhadap mana-mana ‘ball boy’.
xii. Semua ‘ball boys’ mestilah berpakaian seragam dan dalam warna
yang berlainan daripada kedua-dua pasukan.
xiii. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ‘ball boys’ haruslah berbincang dengan KP berhubung dengan pemberian sekurang-kurangnya 8 biji bola kepada kumpulan Pengadil untuk pemeriksaan dan pegawai ini mestilah mudah dihubungi oleh TD atau Pengadil Simpanan semasa perlawanan.
xiv. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ‘ball boys’ ini perlulah
memberi latihan yang mencukupi supaya setiap ‘ball boy’ mahir dalam tugas semasa perlawanan.
4.9 Memanaskan badan sebelum dan semasa perlawanan
i. Tertakluk kepada keadaan cuaca dan padang (ditentukan oleh TD/PP), kedua-dua pasukan akan dibenarkan untuk memanaskan badan di bahagian padang yang terdekat dengan bangku simpanan masing-masing sebelum perlawanan
ii. Semasa perlawanan
iii. Maksimum 6 orang pemain setiap pasukan boleh memanaskan
badan pada masa yang sama tanpa menggunakan bola, di tepi bangku simpanan masing-masing.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 12
MEMANASKAN BADAN SEMASA PERLAWANAN
- Maksimum 6 orang pemain (Tanpa bola kecuali Penjaga Gol) - Maksimum 2 orang pegawai untuk menemani pemain-pemain
- Mesti berpakaian berlainan warna:- dari pasukan sendiri, pasukan lawan, kumpulan pengadil
Kawasan memanaskan badan
Kawasan rawatan‘emergency
PSK A PSK B TO/P
4
PENTAS VVIP
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 13
5.0 Pasukan perubatan dan rawatan perubatan ke atas pemain di atas Padang
i. Pasukan perubatan sangat penting didalam sesuatu perlawanan. Pasukan perubatan hendaklah diketuai oleh seorang Doktor atau pembantu Doktor, anggota paramedik, ambulan dan 4 orang pembawa stretcher.
ii. Pegawai Teknikal tidak akan memulakan perlawanan sekiranya
tidak ada pasukan perubatan. 5.1 Prosedur rawatan
i. Dua pasukan pembawa ‘stretchers’ harus berkedudukan di atas bangku hampir dengan Pengadil Simpanan di setiap bahagian padang.
iii. Bila seseorang pemain memerlukan rawatan perubatan dalam
padang semasa perlawanan, prosedur-prosedur berikut perlu di beri perhatian:-
iii. Sebaik sahaja Pengadil memberi isyarat, doktor pasukan dan
seorang lagi pegawai boleh bergerak dari bangku simpanan dan lari ke arah pemain yang cedera.
iv. Pada masa yang sama, pembawa-pembawa ‘stretcher’ yang
terdekat dengan pemain cedera tadi, lari masuk ke arah pemain dengan ‘stretcher’ dibuka.
v. TD/PP boleh untuk tidak memulakan permainan jika tiada Pasukan
perubatan. 5.2 Minuman semasa perlawanan
i. Oleh kerana imbangan air di dalam badan amat penting bagi kesihatan, JKP menggalakkan pemain untuk meminum air semasa perlawanan. Walaubagaimanapun, peraturan-peraturan berikut haruslah dipatuhi supaya tidak berlaku keadaan yang kelam kabut di kawasan padang dan juga untuk mengelak kecederaan kepada pemain-pemain:-
ii. Air / cecair boleh diminum semasa perlawanan berlangsung atau
semasa perlawanan diberhentikan.
iii. Air mestilah di dalam botol plastik dan pemain boleh minum di luar padang.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 14
iv. Adalah dilarang untuk membaling atau membuang botol atau lain-
lain bahan ke dalam padang permainan.
v. Penjaga gol boleh menyimpan botol air di belakang golnya.
vi. Botol-botol plastik boleh diletakkan di tepi padang, kira-kira 1 meter dari garisan tepi tetapi botol-botol ini haruslah tidak mengganggu pergerakkan Pengadil.
5.3 Penempatan pasukan bunyi-bunyian PTR dan PL
i. Pasukan bunyi-bunyian/ kumpulan sorak (jika ada) hendaklah ditempatkan dikawasan bertentangan dengan Pentas Utama (PU) dan ia sekali-kali tidak boleh didalam kawasan berhampiran Pentas Utama/Pentas DiRaja/Pentas Tetamu Kehormat.
5.4 Bendera, sepanduk, kain rentang dan apa jua bahan untuk iklan
i. Hanya bendera Malaysia, Jalur Gemilang, Bendera Pasukan negeri sahaja yang dibenarkan dibawa masuk dan dipamerkan sepanjang perlawanan Liga Hoki KPM
ii. Sepanduk atau kain rentang boleh dipamerkan semasa perlawanan Liga Hoki KPM dengan syarat:
iii. Ia tidaklah melindungi penglihatan penonton/penyokong.
iv. Tidak boleh merendahkan, memperlekehkan,menggunakan bahasa
lucah, provokasi kepada Pasukan, Pegawai,Pemain, penonton atau penyokong pasukan yang satu lagi, Pegawai Pertandingan, Pegawai Pengelola dan sesiapa sahaja.
v. Sebarang sepanduk atau kain rentang hendaklah tidak mempunyai
apa-apa jua bentuk iklan.
vi. Pasukan negeri adalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas pematuhan syarat-syarat ini.
5.5 Penempatan anggota keselamatan/polis.
i. Anggota Polis / Anggota Keselamatan (mesti memakai vest keselamatan atau pakaian seragam) hendaklah berada ditempat stadium / padang permainan selewat-lewatnya 20 minit sebelum perlawanan dimulakan.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 15
5.6 Skrin gergasi dan papan keputusan
Skrin gergasi adalah sebagai papan makluman kepada penonton atau pegawai, oleh yang demikian semua maklumat yang hendak disampaikan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
i. Mempamerkan nama-mana Pemain dan juga Pegawai Pasukan
iaitu 18 minit sebelum masa perlawanan.
ii. Mempamer sebarang iklan Liga Hoki KPM dan juga penaja-penaja bagi Pasukan dan pastikan iklan-iklan ini tidak bercanggah dengan iklan JKP/JKT.
5.7 Lesen Pemain dan Pegawai
i. TD/PP hendaklah memastikan setiap pemain dan pegawai mempunyai lesen dan pemain serta pegawai di bangku simpanan hendaklah memakai lesen tersebut.
ii. Pemain atau Pegawai yang tidak memakai Lesen di bangku
simpanan boleh diarahkan meninggalkan bangku simpanan dan jika enggan TO hendaklah melaporkan segera kepada TD atau PP bagi tindakan selanjutnya.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 16
1. PENGENALAN
1.1 Pegawai-pegawai pasukan juga adalah sebahagian daripada Pegawai
Pengelolaan Pertandingan kerana pegawai-pegawai ini bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan pasukan tetapi memastikan Pasukan, Pegawai dan Pemain mematuhi semua Peraturan dan Prosedur Liga Hoki KPM 2014 dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
1.2 Tanggungjawab Pegawai-pegawai pasukan boleh dibahagikan kepada
tiga (3) fasa :-
a. Sebelum, b. Semasa, dan c. Selepas Pertandingan
1.3 Peranan dan tanggungjawab Pegawai Pasukan yang digariskan di dalam
jadual berikut hanyalah satu keperluan asas yang wajib diketahui oleh semua pegawai-pegawai pasukan untuk memahami sepenuhnya Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP).
a. SENARAI SEMAKAN TINDAKAN PEGAWAI PASUKAN LIGA HOKI KPM 2013
BIL PERKARA
1 TANGGUNGJAWAB SEBELUM PERLAWANAN.
1.1 PELANTIKAN OLEH PASUKAN.
i. Pastikan pelantikan semua pegawai dibuat dan mengandungi maklumat berikut: Tarikh kuat kuasa dan tempuh perkhidmatan, Bidang tugas dengan jelas,
ii. Pegawai Pasukan
A Pengurus Pasukan
B Penolong pengurus Pasukan
C Ketua Jurulatih – Sekurang-kurangnya spesifik hoki tahap 2
D Penolong Jurulatih: Sekurang-kurangnya spesifik hoki tahap 1
E Fisioterapi
F Pengadil
6. TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 17
1.2 MAHIR PERATURAN PERSATUAN/ UNDANG-UNDANG
i. Undang-undang permainan hoki terkini disiarkan FIH.
ii. Peraturan Liga Hoki KPM musim semasa.
iii. Peraturan Fair Play.
iv. Peraturan Tatatertib / Rayuan.
v. Peraturan Keselamatan.
vi Organisasi Teknikal Perlawanan.
vii Borang-borang Pertandingan.
viii Tanggungjawab dan tugas Pegawai Pertandingan yang lain.
1.3 72 JAM SEBELUM PERLAWANAN
i. Tanggungjawab Am Negeri Pengelola (NP):
a. Semak jadual pertandingan:tarikh,masa dan venue.
b. Semak Pegawai Perlawanan yang bertugas.
c. Semak peralatan pasukan/latihan
d. Mesyuarat Pegawai Pasukan.
e. Senarai nama :lengkap
g. Dokumen berkaitan (kad akreditasi/ kad pengenalan asal).
h. Semak warna pasukan dan pastikan tidak sama.
ii. Tanggungjawab Pegawai Pengelola
a. Menjamin keselamatan Pegawai Pertandingan dan penonton.
b. Melantik Pegawai Perhubungan untuk Pegawai Pertandingan.
c. Memastikan venue dan kelengkapan venue terutamanya Padang Permainan mestilah disiapkan sekurang-kurangnya SEHARI sebelum hari perlawanan.
d. Menyediakan bilik mesyuarat Pegawai Pasukan dan Pegawai Pertandingan dengan sempurna.
e. Memastikan Mesyuarat Pegawai Pasukan dan Pegawai Pertandingan diadakan sehari sebelum hari perlawanan.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 18
1.4 Bantahan mengenai perlawanan.
i. Dapatkan fakta yang tepat dari Pegawai Pertandingan/C:12.
ii. Pastikan dibuat secara lisan sewaktu diminta tandatangan keputusan perlawanan dan secara bertulis dalam masa 30 minit selepas perlawanan dan sertakan yuran bantahan RM300.00. Surat dihantar kepada TD.
iii. Pegawai boleh membuat apa jua bantahan kecuali keputusan fakta oleh Pengadil.
1.5 Rungutan
i. Sebarang rungutan seperti prestasi Pegawai Pertandinganatau lain-lain mesti dihantar secara bertulis dan lengkap dengan bukti kepada JKP.
ii. JKP memberi jaminan akan dirujuk kepada Jawatankuasa berkenaan untuk tindakan.
4.7 Perlawanan dihentikan atau ditangguh.
i. Mesti mendapatkan pengesahan daripada TO/TD sahaja.
ii. Patuhi arahan lanjut yang diberikan olehTD/PP.
BIL PERKARA
iii. Pastikan mendapat borang ulasan TO untuk rekod terutama bagi kes tatatertib.
4.8 Rekod pasukan.
i. Pastikan disimpan dengan kemas dan juga pastikan rekod adalah tepat.
4.9 Mesyuarat tatatertib.
i. Wajib mengambil tindakan surat panggilan mesyuarat tatatertib.
ii. Jika gagal mengambil tindakan pada tarikh ditetapkan perbuatan tersebut di anggap menghina JK.Tatatertib dan boleh dikenakan hukuman berasingan.
iii. Wajib hadir mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan.
iv. Jika gagal hadir atau tidak hadir pada mesyuarat kedua tatatertib Pegawai / Pemain boleh dijatuhkan hukum oleh Jawatankuasa Tatatertib.
4.10 Kenyataan akhbar/ media massa
i. Pegawai Pasukan boleh membuat kenyataan akhbar mengenai pasukannya, pemain dan juga berkaitan dengan pengurusan masing-masing.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 19
ii. Pegawai Pasukan dilarang membuat kenyataan akhbar mengenai pengurusan pengelolaan Liga Hoki KPM termasuklah mengenai prestasi Pegawai Pertandingan.
4.11 Persiapan Pasukan pada musim akan datang.
Bermula selepas tamat Perlawanan Akhir Liga Hoki KPM 2014.
5. CADANGAN KEPADA JKP
Pegawai Pasukan boleh dan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan pengurusan dan pengelolaan Liga Hoki KPM musim semasa serta musim-musim akan datang.