pengenalan 10 kitab sumber rujukan hadis

2
PERSATUAN ULAMA & GURU-GURU AGAMA ISLAM SINGAPURA (PERGAS) Sijil Pengajian Islam / Pengajian Hadis 1 / Mengenal 10 Kitab Sumber Rujukan Hadis No. Nama Kitab Nama Penyusun / Pengarang Bilangan Hadis Keistimewaan Syarahnya & Nama Pengarang 1 Al-Muwatto’ Imam Malik b. Anas Al-Asbuhi (93-179h) 1942 hadis Imam Syafi’e berkata: “Kitab paling sahih selepas Kitab Allah (Al-Quran) ialah kitab Al-Muwatto”. (Imam Syafi’e berkata demikian kerana pada waktu itu kitab Sahih Bukhari belum wujud). Al-Istidzkar oleh Imam Ibn Abdil Barr (w463h) 2 Al-Musnad Imam Ahmad b. Hanbal (164-241h) 27718 hadis Disusun mengikut urutan sahabat Nabi s.a.w. Ini bermakna, kita dapat membaca semua hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar dalam satu tempat iaitu Musnad Abu Bakar, semua hadis Umar dalam Musnad Umar dan seterusnya. Sebahagian kecil hadisnya daif (lemah). _ 3 Sahih Al-Bukhari Imam Muhd b. Ismail Al-Bukhari (194- 256h) 7563 hadis Kesemua hadisnya sahih dan diterimapakai oleh umat Islam tanpa waswas. Ia juga merupakan kitab hadis utama yang dijadikan rujukan sesudah Al-Quran. Dengan ini, martabatnya lebih tinggi daripada kitab Muwatto’ Imam Malik. Fathul Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani (w852h) 4 Sahih Muslim Imam Muslim b. Al- Hajjaj An-Nisaburi (204-261h) 7479 hadis Kesemua hadisnya sahih dan diterimapakai oleh umat Islam. Martabatnya menyusuli martabat kitab sahih Bukhari. Al-Minhaj oleh Imam Nawawi (w676h) 5 Sunan Abu Daud Imam Sulaiman b. Ash’ats As- Sijistani (202- 275h) 5263 hadis Disusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis- hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif. ‘Aunul Ma’bud oleh Syamsulhaq Al-‘Azim Aabaady (w1329h) 6 Sunan At-Turmudzi Imam Muhd b. Isa At-Turmudzi (209- 279h) 3965 hadis Disusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis- hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif. Tuhfatul Ahwadzy oleh Abdur Rahman Al- Mubarakfuri (w1353h) 7 Sunan An-Nasai Imam Ahmad b. Syu’aib An-Nasai (215-303h) 5769 hadis Disusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis- hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif. Hasyiatus Sindi oleh Imam As-Sindi (w1138h) 8 Sunan Ibn Majah Imam Muhd b. Yazid 4341 hadis Disusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis- Hasyiatus Sindi oleh

Upload: shuq-faqat-al-fansuri

Post on 25-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan 10 Kitab Sumber Rujukan Hadis

PERSATUAN ULAMA & GURU-GURU AGAMA ISLAM SINGAPURA (PERGAS)Sijil Pengajian Islam / Pengajian Hadis 1 / Mengenal 10 Kitab Sumber Rujukan Hadis

No. Nama Kitab

Nama Penyusun / Pengarang Bilangan Hadis Keistimewaan

Syarahnya & Nama Pengarang

1 Al-Muwatto’Imam Malik b. Anas Al-Asbuhi (93-179h)

1942 hadis

Imam Syafi’e berkata: “Kitab paling sahih selepas Kitab Allah (Al-Quran) ialah kitab Al-Muwatto”. (Imam Syafi’e berkata demikian kerana pada waktu itu kitab Sahih Bukhari belum wujud).

Al-Istidzkar oleh Imam Ibn Abdil Barr (w463h)

2 Al-MusnadImam Ahmad b. Hanbal (164-241h)

27718 hadis

Disusun mengikut urutan sahabat Nabi s.a.w. Ini bermakna, kita dapat membaca semua hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar dalam satu tempat iaitu Musnad Abu Bakar, semua hadis Umar dalam Musnad Umar dan seterusnya. Sebahagian kecil hadisnya daif (lemah).

_

3 Sahih Al-BukhariImam Muhd b. Ismail Al-Bukhari (194-256h)

7563 hadis

Kesemua hadisnya sahih dan diterimapakai oleh umat Islam tanpa waswas. Ia juga merupakan kitab hadis utama yang dijadikan rujukan sesudah Al-Quran. Dengan ini, martabatnya lebih tinggi daripada kitab Muwatto’ Imam Malik.

Fathul Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani (w852h)

4 Sahih MuslimImam Muslim b. Al-Hajjaj An-Nisaburi (204-261h)

7479 hadisKesemua hadisnya sahih dan diterimapakai oleh umat Islam. Martabatnya menyusuli martabat kitab sahih Bukhari.

Al-Minhaj oleh Imam Nawawi (w676h)

5 Sunan Abu DaudImam Sulaiman b. Ash’ats As-Sijistani (202-275h)

5263 hadisDisusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis-hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif.

‘Aunul Ma’bud oleh Syamsulhaq Al-‘Azim Aabaady (w1329h)

6 Sunan At-TurmudziImam Muhd b. Isa At-Turmudzi (209-279h)

3965 hadisDisusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis-hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif.

Tuhfatul Ahwadzy oleh Abdur Rahman Al-Mubarakfuri (w1353h)

7 Sunan An-NasaiImam Ahmad b. Syu’aib An-Nasai (215-303h)

5769 hadisDisusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis-hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif.

Hasyiatus Sindi oleh Imam As-Sindi (w1138h)

8 Sunan Ibn MajahImam Muhd b. Yazid b. Majah Al-Qazwini (209-273h)

4341 hadisDisusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis-hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif.

Hasyiatus Sindi oleh Imam As-Sindi (w1138h)

9 Sahih Ibn HibbanImam Muhd b. Hibban Al-Busti (275-354h)

Tidak diketahui

Hadis-hadisnya banyak tetapi tidak tersusun dengan baik. Di samping itu, tidak semua hadisnya Sahih walaupun kitab ini dinamakan ”Sahih”, ini adalah kerana Ibn Hibban agak longgar syaratnya dalam mensahihkan hadis.

_

10 Sunan Ad-DaruqutniImam Ali b. Umar Ad-Daruqutni (306-385h)

Tidak diketahui secara pasti, tapi lebih kurang 4000

hadis.

Disusun mengikut bab-bab fiqeh. Hadis-hadisnya berbeza martabat antara Sahih dengan Daif.

At-Ta’liq Al-Mughni oleh Syamsulhaq Al-‘Azim Aabaady (w1329h)