pengenalan bidang menggambar

9
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Definisi Menggambar •Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. •Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. •Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek •Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. •Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi •Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar • Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar • Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman • Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari • Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. • Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa • Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan • Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira • Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian • Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan

Upload: krishna-veeni

Post on 03-Jul-2015

492 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Definisi Menggambar•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan TeknikMurid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual denganperasaan gembira• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif

(c) Aras Sintesis dan Penilaian• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

LUKISAN(a) Definisi LukisanLukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Page 2: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan BahanPensil H- Adalah sejenis pensel jenis kerasPensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembutPensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warnaArang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesanPen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halusSoft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembutKrayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilinPen marker- Menghasilkan kesan garisan tebalMarker pelukisan (rendering marker)Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Tekniki. Coreng / contengii. Garisan konturiii. Titikiv. Pangkah silangv. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

CATANCatan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak

Jenis Warna1. Warna Poster

Page 3: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

2. Warna Air3. Cat Akrilik4. Cat Minyak5. Cat Tempera6. Cat Gouache7. Fresko - Kapur plaster

KOLAJKolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolajperlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

MONTAJMontaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.

CETAKANCetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotongpermukaan plat dengan dakwatTeknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

GOSOKANGosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik gosokan• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang samasecara berulang kali• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan• Gosokan secara pusingan• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.• Gosokan potongan kertas

RESIS

Page 4: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertasResis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

PERCIKANPercikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.

MOZEKSatu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

RUMUSAN• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik

Page 5: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

BIDANG : MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN Pengenalan Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua dimensi seperti dari tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi iaitu daripada kota mancis kepada lori. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid-murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid-murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka

PENDIDIKAN SENI VISUAL KPLI-SR PRA SEKOLAH 3.8 Topeng 3.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Page 6: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

1. PengenalanMembentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

2. KandunganTajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

3. Alat dan BahanPenggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

4. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat BinaanTerdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

4.1 Teknik Picitan4.2 Teknik Lipatan4.3 Teknik Potongan4.4 Teknik Cantuman4.5 Teknik Pembungkusan4.6 Teknik Guntingan4.7 Teknik Luakan

5. Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat BinaanTerdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Page 7: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

5.1 Arca TimbulBentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.5.2 Arca MobailBahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.5.3 Arca StabailBahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.5.4 AsemblajBahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

5.5 ModelBentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.5.6 DioramaGubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

5.7 BonekaModel yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.5.8 TopengMewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.5.9 OrigamiObjek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.