pengenalan kepada komputer

Upload: mattdaehli

Post on 05-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teori Mengenai Komputer

TRANSCRIPT

PENGENALANStoran computer ialah adalah ruang simpanan data bagi sistem komputer pada saat pemprosesan. Segala maklumat dan dokumen disimpan di dalam storan komputer, oleh itu maklumat mudah diperolehi apabila diperlukan. Storan komputermerupakan pemegang data dalam bentuk elektromagnetik untuk di akses oleh pemproses komputer. Saiz storan diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait , Gigabait dan Terabait. Fungsi storan computer adalah penting untuk membantu pengguna menyimpan segala program dan maklumat yang akan digunakan pada masa akan datang. Ia juga sangat berguna untuk menyimpan data semasa sementara diproses oleh pemprosesor sehingga maklumat tersebut selamat disimpan ke dalam storan media seperti cakera keras (hard disk) dan juga pen pemacu ( pen drive)Terdapat 2 jenis storan iaitu : Storan Utama (Primer)Dikenali sebagai memori utama dalam komputer termasuklahRAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory ).Ia merupakan memori dalaman ( internal memory) yang terdapat dalam CPU (Unit Pemproses Pusat). Ia terbahagi kepada 2 iaitu : MemoridanMemori Cache Storan Sekunder (Secondary Storage)Storan sekunder menyimpan maklumat secara kekal walaupun tanpa bekalan kuasa. Ia mampu menyimpan lebih banyak data berbanding dengan memori RAM. Akan tetapi capaiannya agak lambat Data, program dan informasi yang akan digunakan lagi disimpan dalam storan sekunder sepertidisket,hard disk, tapedan sebagainya

STORAN SEKUNDERStoran sekunder adalah peranti storan yang direka bentuk untuk menyimpan data dan suruhan dalam bentuk kekal. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik. Dalam perkembangan teknologi terkini, storan utama menuju kepada muatan besar dengan menggunakan litar mikroelektrik yang kecil dan storansekunder menuju kepada muatan besar dengan menggunakan media magnet danoptik. Muatan data dalam peranti storan, utama atau sekunder, diukur dengan menggunakan sukatan bait iaitu KB (kilobait), MB(megabait), GB (gigabait) dan TB (terabait). Storan sekunder dianggap sebagaisemipermanentkerana dengan arahan tertentu, kerana data di dalamnya boleh dihapuskan. Muatan data ataupun arahan pada storan sekunder dipanggil densiti. Unit untuk mengukur densiti bergantung kepada jenis storan sekunder yang ada. Fungsi storan sekunder berbeza dengan storan primer dimana storan sekunder berfungsi menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa dibekalkan. Fungsi yang lain pula ialah menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.Storan sekunder tidak memerlukan ruang dan tempat simpanan yang besar seperti rak atau almari yang besar, banyak dan luas. Kebolehpercayaan (reliable) data selamat sekiranya tidak diberi hak penggunaan secara bebas. Data dan arahan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Kos storan sekunder lebih murah dari kos untuk membeli rak atau almari. Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak dan selamat serta jimat masa untuk pencarian data dan arahan.[endnoteRef:1] [1: http://www.sabah.edu.my/mtc017.wcdd/storansekunder.html]

JENIS STORAN SEKUNDERStoran sekunder terbahagi kepada empat komponen. Pertama ialah Cakera liut (floppy disk) yang merupakan sebuah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan-kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis dan mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat yang nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.Kedua pula ialah Cakera keras (hard disk) yang merupakan antara peranti yang menyimpan data yang amat banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik untuk melindunginya. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan ia wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.Disebabkan saiz storan yang besar, permintaan terhadap cakera ini bertambah khususnya dalam sektor awam dan swasta. Walaupun kos peranti adalah agak mahal tetapi permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa.Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari. Cakera keras ini wujud dalam dua jenis iaitu SATA dan IDE. Namun setelah dunia berkembang maju, SATA menjadi pilihan para pengguna di seluruh dunia berikutan kelajuannya memancar dan memindahkan maklumat.Ketiga ialah cakera optic dimana cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) dan cakera optik merupakan antara contohnya. Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jeniswrite once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri untuk berfungsi. CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz 120 mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM. Cakera optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat, tetapi hanya sekali rakaman sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik WORM. Cakera optik boleh padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya dengan teknologi yang ada pada hari ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh padam adalah lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan teknologi laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan menghapus data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada cakera keras kerana ia lebih stabil dan tidak berlakucrash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical Disk) dan cakera padat boleh baca dan tulis (CD-RW). Semasa proses merakam (tulis) data pada cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya tersebut meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam susunan yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula, pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan diterima sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima sebagai nilai 1.Dan yang keempat ialah pemacu kilat USB. Ia adalahperanti storaningatan kilatyang disepadukan dengan antaramukaUSB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64MBsehingga 128GBdengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga yang berbeza bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis dan padam sehingga lebih sejuta kaliserta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,disambung menggunakan penyambungUSB1.1 atau USB 2.0. Namun telah wujud USB 3.0 dimana pacuannya lebih laju dan tepat. Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanyacakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengendalianmoden sepertiWindows,Mac OS XdanLinux. Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibatelektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus kekomputer. Sebenarnya tiada bahan bergerak langsung pada pemacu kilat USB; istilahpemacudigunakan kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan perintah sistem yang sama seperticakera kerasmekanikal biasa, dengan peranti storan dipaparkan padasistem pengendaliandanantaramuka grafik penggunakomputer sekadar seperti pemacu keras yang lain. Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.[endnoteRef:2] [2: http://christyinovasi.blogspot.com/2009/12/jenis-jenis-storan-sekunder.html]

PEMILIHAN JENIS STORAN SEKUNDERStoran sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Oleh itu, pemilihan jenis storan sekunder amat penting sekali kerana storan merupakan tempat penyimpanan maklumat-maklumat yang penting. Bagi perniagaan kecil dan sederhana dalam talian contohnya berniaga alat kosmetik dan lain-lain, storan sekunder yang dipilih perlulah mengandungi memori yang sederhana besar yang diukur dalam MB(megabait) dan GB (gigabait). Ini adalah kerana bagi sektor perniagaan kecil dan sederhana maklumat dan gambar merupakan antara aspek yang terpenting. Fail ataupun dokumen dan gambar mempunyai densiti yang rendah berbanding video dan lain-lain. Selain itu juga, kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana ini lebih tertumpu kepada dokumen dan gambar.Tambahan pula, pemilihan storan sekunder ini amat penting kerana storan sekunder yang tidak besar, kecil, dan mudah untuk dibawa akan memudahkan proses perniagaan dan berurusan dengan pihak lain. Hanya bawa dan plug in sahaja.

Jenis-jenis Storan Sekunder Yang SesuaiPada pendapat saya cakera keras merupakan antara jenis storan sekunder yang sesuai dalam perniagaan kecil dan sederhana ini. Ini kerana cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang diselaputi dan dilapisi biasanya di kedua-keduabelah dengan bahan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju bolehmempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang diplih mesti menyokongUDMA (ultra direct memory access) dan kelajuan pusingan sekurang-kurangnya5400 rpm. Sekiranya mampu, kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200 rpm.Cakera keras merupakan storan skunder yang boleh menyimpan data, mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan storan skunder yang lain seperti pita magnetic, cakera liut dan storan optic. Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flatcable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayarmaka kadar maksima penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.Selain cakera jenis sambungan IDE (Intregrated Drive Electronics) terdapatsejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer SystemInterface) atau disebut scuzzy. Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya sesuaidiguanakan pada server kerana harganya agak mahal. Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau data-data dengan banyak. Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan. Media storan diperlukan memandangkan simpanan data didalam RAM adalahbersifat sementara. [endnoteRef:3] [3: http://komputerr-priamania.blogspot.com/2011/11/tambahan-untuk-cpu.html]

Storan sekunder kedua yang sesuai untuk menyokong perniagaan jenis kecil dan sederhana ini pula ialah pemacu kilat USB dimana iaadalahperanti storaningatan kilatyang disepadukan dengan antaramukaUSB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64MBsehingga 128GBdengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kaliserta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun, disambung menggunakan penyambungUSB1.1 atau USB 2.0 dan yang terbaru USB 3.0. Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanyacakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong olehsistem pengendalianmoden sepertiWindows,Mac OS XdanLinux.Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Sebenarnya tiada bahan bergerak langsung pada pemacu kilat USB; istilahpemacudigunakan kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan perintah sistem yang sama seperticakera kerasmekanikal biasa, dengan peranti storan dipaparkan padasistem pengendaliandanantaramuka grafik pengguna komputer sekadar seperti pemacu keras yang lain. Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.[endnoteRef:4] [4: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemacu_kilat_USB]

Penyimpanan Data Storan SekunderSetiap storan mempunyai cara penyimpanan datanta yang tersendiri. Bagi storan sekunder, data disimpan berasaskan hierarki. Hierarki organisasi data terbahagi kepada lima paras iaitu; BitDiwakili oleh 0 dan 1 yang dikendalikan oleh perkakasan. Aksara / bait1 bait dibentuk oleh 8 bit. Aksara dibentuk oleh satu kumpulan bit dan tidak semestinya terdiri daripada 8 bit - bergantung kepada jenis sistem pengekodan seperti ASCII, EBCDIC. Contohnya huruf A, B, D, U, L. MedanMedan adalah satu unit data yang terdiri daripada satu atau lebih aksara. Paras logikal unit data yang paling rendah. Contoh medan: a. Nama: ditetapkan misalkan 40 aksara, seperti MOHD AKIL. b. Nombor kad pengenalan: ditetapkan 8 aksara (k/p lama) dan 10 digit/aksara (k/p baru) seperti 740820-03-1233. Rekodrekod adalah koleksi beberapa medan yang berkaitan. Juga boleh memerihalkan sesuatu peristiwa/keadaan, iaitu beberapa medan yang berkaitan tentang sesuatu peristiwa/keadaan digabungkan secara logikal untuk membentuk rekod. Contoh rekod: rekod peribadi pelajar yang terdiri daripada beberapa medan tentang maklumat peribadi pelajar seperti; a. no. pendaftaran : 7192 b. nama : Mohd Najmuddin bin Kamal c. tempat : Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia d. no. kad pengenalan : 780402-11-1438 e. negeri lahir : Johor f. alamat semasa : Kolej Pertama, OUM Failkoleksi beberapa rekod yang berkaitan. Contoh fail: fail peribadi pelajar akan terdiri daripada beberapa rekod peribadi pelajar.[endnoteRef:5] [5: file:///F:/MM%20Downloader/72367434-TOPIK-04-STORAN-SEKUNDER%20(1)]

KESIMPULANGenerasi komputer keempat (1980-sekarang) yang merupakan penyelidikan mikroelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)Storan Sekunder yang sedia ada berfungsi hasil daripada pengoperasian computer generasi keempat ini. Ia bersifat meruap iaitu maklumat tidak hilang walaupun kuasa elektrik terputus. Digunakan untuk menyimpan data secara kekal supaya boleh digunakan semuala apabila diperlukan. Ia dapat menyimpan data atau suruhan sehingga ribuan juta aksara oleh CPU. Data perlu melalui storan primer sebelum dicapai oleh CPU untuk diproses manakala Storan primer lebih mahal daripada storan sekunder disebabkan ciri masa capaian lebih cepat (sehingga seribu juta per saat) sedangkan capaian storan sekunder hanya sejuta per saat.Pada zaman teknologi yang serba maju sekarang, berbagai kaedah dan peranti storan sekunder telah dibincangkan. Penyelidikan masih dijalankan untuk meningkatkan keupayaan storan sekunder seperti teknologi storan maju (advanced storage technology) yang cuba menyimpan lebih banyak dalam ruang yang kecil. Sebagai contoh, saiz cakera keras sebesar kotak mancis telah diperkenalkan oleh IBM yang juga antara syarikat teknologi yang terkenal. Ianya dikenali sebagai microdrive. Kapasiti storan data terdiri dari 1 GB, 500 MB dan 340 MB. Tujuan pemampatan ialah untuk mengurangkan saiz storan fail. Mungkin di satu hari nanti kita akan dapat storan bermuatan ultra-tinggi. RUJUKAN