pengenalan kepada teori darwin

16
PENGENALAN LATAR BELAKANG CHARLES DARWIN Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semula jadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal "The Origin Of Species" . Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah. Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya, Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam. Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya. Beliau seorang yang sabar dan tekun.Sifat-sifat inilah yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semula jadi yang terkenal dalam dunia sains. Di Bahia Blanca, Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya. Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu, termasuk juga fosil Megatherium. Kemana sahaja dia pergi beliau sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti. Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan. Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara, Pulau Galapagos. Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di 1

Upload: ramires

Post on 01-Feb-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Teori Darwin

PENGENALAN

LATAR BELAKANG CHARLES DARWIN

Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semula jadi lebih dikenali sebagai

pengarang buku yang terkenal "The Origin Of Species" . Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di

bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah. Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka

manakala datuknya, Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang

telah banyak menulis mengenai alam.

Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan

dan tumbuhan yang ditemuinya. Beliau seorang yang sabar dan tekun.Sifat-sifat inilah yang

akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semula jadi yang

terkenal dalam dunia sains.

Di Bahia Blanca, Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya. Beliau telah

menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu, termasuk juga fosil

Megatherium. Kemana sahaja dia pergi beliau sentiasa memerhatikan jasad hidupan

disekelilingnya dengan teliti. Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang

kecil dan senang disimpan. Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara, Pulau Galapagos.

Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan

burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali

ke England pada tahun 1837, banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan

dengan penyelidikan dan tulisan –tulisannya secara senyap.

Masyarakat pada kurun ke-17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun

sebelum zaman Kristian. Masa tersebut terlalu singkat untuk proses evolusi boleh berlaku dan

menghasilkan beranika ragam hidupan.

1

Page 2: Pengenalan Kepada Teori Darwin

TEORI EVOLUSI

Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia

berasal daripada binatang, khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia. Darwin dalam

bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ). Beliau

menyampaikan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada

proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang. Teori beliau menumpukan perhatian

kepada bagaimana bentuk haiwan yang ringkas berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.

Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari

ameba, sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Perkara tersebut bermakna beliau percaya

bahawa pada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang ringkas.

Dengan proses pertarungan tabii, organisma yang kompleks telah dihasilkan, yang penting disini

ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil

dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang ringkas. Darwin sendiri sedar bahawa rekod-

rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikan

seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.

2

Page 3: Pengenalan Kepada Teori Darwin

ASAS HIPOTESIS DARWIN

Hipotesis evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal daripada

organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai dengan

perubahan. Bukti-bukti yang diajukan oleh Darwin adalah seperti berikut (menurut

keutamaannya).

BUKTI-BUKTI UTAMA

Antara kebanyakan spesis,terdapat pelbagai variasi dan perubahan. Variasi ini sangat jelas dalam

kalangan haiwan ternakan dan tumbuhan pertanian.

Dalam perjuangan hidup, organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang

paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca, iklim

dan suasana sekitarnya. Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya

kepada keturunannya secara proses pemilihan tabii.

Mutasidan pemencilan (asingan) memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu

spesis yang baru.

Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti

bahawa evolusi telah berlaku.

BUKTI-BUKTI SAMPINGAN

a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat –peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara

organism-organisma yang jelas berbeza pada peringkat dewasa.

b) Kebolehan untuk menklasifikasikan organisma-organisma dalam kelas-kelas tertentu menurut

keturunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan.

Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang.Anggota tersebut

telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu

didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna

3

Page 4: Pengenalan Kepada Teori Darwin

VARIASI, KEPELBAGAIAN DAN PERBEZAAN

Dalam sesuatu spesis terdapat banyak variasi yang selalu disebut sebagai diversifikasi. Takrif

istilah "spesis" sebagaimana lazim digunakan ialah organisma-organisma yang meliputi suatu

populasi. Satu dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang lebih

sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana atau dengan erti yang lain

evolusi mencari penjelasan mengenai terjadinya jenis-jenis baru.Masalahnya ialah diversifikasi

dan variasi-variasi yang lazim ditekankan untuk menyokong hipotesis evolusi adalah perubahan-

perubahan yang terdapat dalam lingkungan sesuatu spesis iaitu dalam bidang mendatar,

sedangkan evolusi merupakan perubahan yang melompat dari satu jenis ke satu jenis di tingkat

yang lebih tinggi iaitu dalam bidang menegak.

Evolusi mikro adalah berkenaan perubahan-perubahan dan variasi-variasi yang terdapat dalam

sesuatu organisma dan boleh dilihat secara eksperimen.Perubahan-perubahan tersebut adalah

kecil dan terbatas dalam lingkungan sesutu spesis sahaja. Contohnya, dari satu jenis lalat buah-

buahan yang bernama Dropsophila melanogaster dan berbagai macam variasi boleh diperolehi

secara eksperimen, tetapi variasi-variasi tersebut tetap termasuk dalam keluarga Drosophila dan

tidak melintas batasnya sehingga terjelma suatu jenis yang baru. Teori evolusi juga mengatakan

bahawa bentuk leher zirafah itu adalah satu contoh pemilihan tabii. Hipotesisnya ialah, leher

zirafah itu menjadi panjang sedikit demi sedikit. Jika hipotesis tersebut benar,zirafah itu masih

mendatar iaitu kita masih belum melihat penjelmaan spesis yang baru tetapi hanya mendapat

bentuk-bentuk variasi dan diferisiasi dalam kalangan keluarga zirafah.

Sebaliknya, evolusi makro memperlihatkan perubahan secara besar-besaran yang dikatakan

pernah terjadi dalam sejarah kehidupan. Perubahan-perubahan yang besar itulah yang disangka

menyebabkan terjelmanya sesuatu spesis yang baru. Masalahnya ialah perubahan itu tidak dapat

dilihat melalui langkah-langkah eksperimen tetapi hanya sebagai hipotesis atau andaian sahaja.

4

Page 5: Pengenalan Kepada Teori Darwin

SANGGAHAN TERHADAP TEORI CHARLES DARWIN

Catatan Fosil Membantah Evolusi

Kehidupan muncul di muka Bumi dengan tiba-tiba dan dalam bentuk kompleks ketika lapisan

bumi dan catatan fosil dipelajari, terlihat bahawa semua makhluk hidup muncul

bersama .Lapisan bumi tertua tempat fosil-fosil makhluk hidup ditemuikan adalah Kambrium,

yang diperkirakan berusia 500-550 juta tahun.

Catatan fosil memperlihatkan makhluk hidup yang ditemui pada zaman Kambrium muncul

dengan tiba-tiba – tidak ada nenek moyang yang hidup sebelumnya. Fosil-fosil di dalam batu-

batuan Kambrium berasal dari siput, trilobita, bunga karang, cacing tanah, ubur-ubur, landak laut

dan invertebrata kompleks yang lain. Pelbagai jenis makhluk hidup yang kompleks muncul

secara tiba-tiba sehingga penulis geologi mengelar kejadian ajaib ini sebagai “Ledakan

Kambrium” (Cambrian Explosion).

Sebahagian besar bentuk kehidupan yang ditemukan dalam lapisan ini memiliki sistem kompleks

seperti mata, insang, sistem peredaran darah, dan struktur fisiologi maju yang tidak berbeza

dengan spesies moden mereka. Misalnya, struktur mata majmuk berkanta ganda dari trilobita

adalah suatu keajaiban rupa bentuk. David Raup, seorang profesor geologi di Universiti Harvard,

Universiti Rochester dan Universiti Chicago mengatakan:

“Trilobita memiliki rupa bentuk optimal, hingga memerlukan seorang pereka optik yang sangat

terlatih dan sangat imaginasi jika ingin membuatnya pada masa kini. Binatang-binatang

invertebrat kompleks ini muncul secara tiba-tiba dan sempurna tanpa memiliki kaitan atau apa-

apa bentuk peralihan dengan organisma yang mempunyai satu sel yang merupakan satu-satunya

bentuk kehidupan di bumi sebelum mereka.”

5

Page 6: Pengenalan Kepada Teori Darwin

Richard Monastersky, penerbit Earth Sciences, salah satu terbitan popular dalam penulis

evolusionis, memberikan pernyataan di bawah ini mengenai “Ledakan Kambrium” yang muncul

sebagai kejutan besar bagi evolusi:

“Setengah juta tahun lalu, binatang-binatang dengan bentuk-bentuk sangat kompleks seperti

yang kita lihat pada masa kini muncul secara tiba-tiba. Tempoh ini di zaman Kambrium Bumi

sekitar 550 juta tahun lalu, menandakan ledakan ahli avolusi yang mengisi lautan dengan

makhluk-makhluk hidup kompleks pertama di dunia. Filem binatang besar masa kini ternyata

telah ada di awal zaman Kambrium. Binatang-binatang pertama itu adalah berbeza satu sama

lain sepertimana binatang-binatang pada masa kini.”

Bagaimana bumi ini dipenuhi pelbagai jenis binatang secara tiba-tiba dan bagaimana spesies-

spesies yang berbeza-beza ini muncul tanpa nenek moyang yang sama adalah pertanyaan yang

masih belum terjawab oleh ahli evolusionis. Richard Dawkins, ahli zoologi Oxford, salah satu

pembela evolusionis terkemuka di dunia, memberi komen mengenai realiti ini:

“Sebagai contoh, lapisan batuan Kambrium yang berumur sekitar 600 juta tahun adalah lapisan

tertua di mana kita menjumpai sebagian besar kelompok utama invertebrat. Dan kita mendapati

sebahagian besarnya telah berada pada tahap lanjutan evolusi, ketika kali pertama mereka

muncul. Mereka seolah-olah ditempatkan begitu sahaja di sana, tanpa ada proses evolusi. Tentu

saja, kesimpulan tentang kemunculan tiba-tiba ini menggembirakan penyokong penciptaan.”

6

Page 7: Pengenalan Kepada Teori Darwin

Dawkins terpaksa mengakui, “Ledakan Kambrium” adalah bukti kuat adanya penciptaan, karena

penciptaan adalah satu-satunya penjelasan mengenai kemunculan bentuk-bentuk kehidupan yang

sempurna secara tiba-tiba di bumi ini. Douglas Futuyma, ahli biologi evolusionis terkemuka

mengakui fakta ini dan mengatakan: “Organisme muncul di muka bumi dengan dua

kemungkinan: dalam bentuk yang telah sempurna atau tidak sempurna. Jika muncul dalam

bentuk tidak sempurna, mereka pasti telah berkembang dari spesies yang telah ada sebelumnya

melalui proses modifikasi. Jika mereka memang muncul dalam keadaan sudah berkembang

sempurna, mereka pasti telah diciptakan oleh suatu kecerdasan dengan kekuasaan tak terbatas.”

Darwin sendiri menyedari kemungkinan ini ketika menulis: “Jika banyak spesies benar-benar

muncul dalam kehidupan secara serempak dari genera atau famili-famili yang sama, fakta ini

akan berakibat fatal bagi teori penurunan dengan modifikasi perlahan-lahan melalui seleksi

alam.”

Agaknya, zaman Kambrium merupakan “pukulan yang mematikan” bagi Darwin. Inilah yang

membuat seorang ahli paleo-antropologi evolusionis dari Switzerland, Stefan Bengston,

mengakui ketiadaan mata rantai peralihan saat ia menjelaskan tentang zaman Kambrium. Beliau

mengatakan:

“Peristiwa yang mengecewakan (dan memalukan) bagi Darwin ini masih membingungkan

kami”.

Seperti yang kita fahami, catatan fosil menunjukkan bahawa makhluk hidup tidak berevolusi dari

bentuk primitif ke bentuk yang lebih maju, tetapi muncul secara tiba-tiba dan dalam keadaan

sempurna. Ringkasnya, makhluk hidup tidak muncul melalui evolusi, tetapi diciptakan.

Menurut teori evolusi, setiap spesies hidup berasal dari satu nenek moyang. Spesies yang ada

sebelumnya lambat laun berubah menjadi spesies lain, dan semua spesies muncul dengan cara

tersebut. Menurut teori tersebut, perubahan ini berlangsung sedikit demi sedikit dalam masa

jutaan tahun.

7

Page 8: Pengenalan Kepada Teori Darwin

Oleh itu, sepatutnya terdapat banyak spesies peralihan selama tempoh perubahan yang panjang

ini. Sebagai contoh, seharusnya terdapat beberapa jenis makhluk setengah ikan – setengah

reptilia pada masa lampau, dengan beberapa ciri reptilia sebagai tambahan pada ciri ikan yang

telah mereka miliki atau seharusnya terdapat beberapa jenis burung-reptilia dengan beberapa ciri

burung di samping ciri reptilia yang telah mereka miliki. Evolusionis menyebut makhluk-

makhluk imaginasi yang mereka yakini hidup di masa lalu ini sebagai “bentuk peralihan”.

Jika binatang-binatang seperti ini memang pernah wujud, maka seharusnya mereka muncul

dalam jumlah dan variasi sampai jutaan atau bilion. Lebih penting lagi, sisa-sisa makhluk aneh

ini seharusnya ada pada catatan fosil. Jumlah bentuk-bentuk peralihan ini pun semestinya jauh

lebih besar daripada spesies binatang masa kini dan sisa-sisa mereka seharusnya ditemui di

seluruh pelusuk dunia. Dalam “The Origin of Species”, Darwin menjelaskan:

“Jika teori saya benar, pasti pernah terdapat jenis-jenis bentuk peralihan yang tak terhitung

jumlahnya, yang mengaitkan semua spesies dari kelompok yang sama…. Sudah tentu bukti

kewujudan mereka pada masa lampau hanya dapat ditemui pada peninggalan-peninggalan

fosil.” 

Bahkan Darwin sendiri sedar akan ketiadaan bentuk-bentuk peralihan tersebut. Dia berharap

bentuk-bentuk peralihan itu akan ditemui pada masa hadapan. Namun di sebalik harapan

besarnya ini, dia sedar bahawa rintangan utama teorinya adalah ketiadaan bentuk-bentuk

peralihan. Kerana itulah dalam buku “The Origin of Species”, pada bab “Difficulties of the

Theory” dia menulis:

“… Jika suatu spesies memang berasal dari spesies lain melalui perubahan sedikit demi sedikit,

mengapa kita tidak melihat sejumlah besar bentuk peralihan di mana sahaja? Mengapa alam

tidak berada dalam keadaan kacau-bilau, tetapi seperti kita lihat, spesies-spesies hidup dengan

bentuk sebaik-baiknya…. Menurut teori ini, harus ada bentuk-bentuk peralihan dalam jumlah

besar, tetapi mengapa kita tidak menemui mereka terkubur di kerak bumi dalam jumlah tidak

terkira….Dan pada fasa peralihan, yang memiliki keadaann hidup peralihan, mengapa sekarang

tidak kita temui jenis-jenis peralihan dengan kerabat yang erat? Telah lama kesulitan ini sangat

membingungkan saya.”

8

Page 9: Pengenalan Kepada Teori Darwin

Satu-satunya penjelasan Darwin atas hal ini adalah catatan fosil yang telah ditemui hingga kini

belum memadai. Dia menegaskan jika catatan fosil dipelajari secara terperinci, mata rantai yang

hilang akan ditemui.

Oleh sebab mempercayai ramalan Darwin, ahli evolusonis telah mencari fosil dan melakukan

penggalian mencari mata rantai yang hilang di seluruh pelusuk dunia sejak pertengahan abad ke-

19. Walaupun mereka telah bekerja keras, tidak ada satu pun bentuk peralihan ditemui.

Bertentangan dengan kepercayaan evolusionis, semua fosil yang ditemukan membuktikan

bahawa kehidupan muncul di bumi secara tiba-tiba dan dalam bentuk yang telah lengkap. Usaha

mereka untuk membuktikan teori evolusi tersebut tanpa sengaja telah menumpaskan teori itu

sendiri.

Seorang ahli paleontologi Inggeris ternama, Derek V. Ager, mengakui fakta ini meskipun dirinya

seorang evolusionis:

“Jika kita mengamati catatan fosil secara terperinci, baik pada tingkat aliran mahupun spesies,

maka yang selalu kita temui bukanlah evolusi bertahap, namun ledakan tiba-tiba satu kelompok

makhluk hidup yang disertai kepupusan kelompok lain.”

Ahli paleontologi evolusionis lainnya, Mark Czarnecki, berkomentar sebagai berikut:

“Kekangan utama dalam membuktikan teori evolusi selama ini adalah catatan fosil; jejak

spesies-spesies yang terawet dalam lapisan bumi. Catatan fosil belum pernah mengungkapkan

jejak-jejak jenis peralihan hipotetis Darwin – sebaliknya spesies muncul dan musnah secara

tiba-tiba. Anomali ini menguatkan pembentangan penciptaan bahawa setiap spesies diciptakan

oleh Tuhan.”

9

Page 10: Pengenalan Kepada Teori Darwin

Mereka juga harus mengakui kesia-siaan menunggu kemunculan bentuk-bentuk peralihan yang

“hilang” pada masa akan datang, seperti yang dijelaskan seorang profesor paleontologi dari

University Glasgow, T. Neville George:

“Tidak ada gunanya lagi menjadikan keterbatasan catatan fosil sebagai alasan. Entah

bagaimana, catatan fosil menjadi berlimpah dan hampir tidak dapat dikelola, dan penemuan

muncul lebih cepat dari pengintegrasian…bagaimanapun, akan selalu ada kekosongan pada

catatatan fosil.”

10

Page 11: Pengenalan Kepada Teori Darwin

KESIMPULAN

Charles Darwin merupakan orang yang memperkenalkan konsep evolusi. Dengan memiliki ilmu

pengetahuan yang tinggi dan lahir dari sebuah keluarga yang bijaksana, akhirnya beliau berjaya

menulis beberapa buku hasil daripada teori yang dibuatnya sendiri. Berdasarkan teori yang

diasaskannya, beliau percaya bahawa setiap makhluk kompleks yang wujud di dunia ini telah

mengalami proses evolusi di mana mengambil jutaan tahun untuk membentuk kepada satu rupa

yang lebih baik. Semua makhluk kompleks tersebut adalah berasal daripada beberapa haiwan

yang ringkas dan berevolusi menjadi makhluk yang kompleks. Sebagai contoh, beliau percaya

manusia wujud daripada sejenis sel (Amoeba) bertukar menjadi seekor kera yang akhirnya

berevolusi menjadi seorang manusia. Setiap makhluk yang kompleks berasal daripada nenek

moyang yang sama iaitu daripada organisma-organisma yang ringkas. Hal demikian bermakna

beliau percaya pencipta pada asalnya menciptakan beberapa organisma yang ringkas dan

berevolusi menjadi organisma yang lebih kompleks. Walau bagaimanapun, teori yang telah

dibuatnya itu sukar untuk diterima umum apatah lagi sangat bertentangan dengan konsep agama.

Banyak pihak tidak bersetuju dan membuat sanggahan terhadap teori tersebut berdasarkan bukti-

bukti yang kukuh. Pada akhir hidup beliau, beliau masih gagal untuk membuktikan teorinya

kerana fosil-fosil yang telah ditenui tidak menyokong kepada berlakunya evolusi. Namun begitu,

beliau berharap agar penyelidikan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.

11