pengenalan kumpulan / latarbelakang jabatan
TRANSCRIPT
PENGENALAN KUMPULAN / LATARBELAKANG JABATAN
PENGENALAN KUMPULAN / LATARBELAKANG JABATAN
PENGENALAN KUMPULAN / LATARBELAKANG JABATAN
Latarbelakang Hospital Tampin
PENGENALAN KUMPULAN / LATARBELAKANG JABATAN
Hospital Tampin telah berpindah ke Hospital
Baru Pada 8 Feb 2014
PEMILIHAN AHLI
PEMILIHAN AHLI
Pada tahun 2015, seramai Satu (1) orang ahli baru telah dilantik
bagi mengganti ahli lama untuk projek 2016.
Edaran Memo dan Borang
Penyertaan MEMO 1
Edaran Memo
Borang Penyertaan
PEMILIHAN AHLI
PEMILIHAN AHLI
Borang Penyertaan dikumpul
untuk pemilihanBORANG 1
Tapisan Pengarah
Surat Lantikan MEMO 2
MOTO, OBJEKTIF, ETIKA DAN WAWASAN
KUMPULAN KEJORA.
PENGENALAN KUMPULAN / LATARBELAKANG JABATAN
BIODATA
NAMA KUMPULAN
KEJORA
TARIKH DITUBUHKAN
27 MEI 2008
AHLI KUMPULAN
KEJORA TERDIRI DARI
5 ORANG ANGGOTA
YANG BERTUGAS
DIPELBAGAI UNIT
HOSPITAL TAMPIN.
MOTO KUMPULAN
BERUSAHA KEARAH KEJAYAAN
OBJEKTIF KUMPULAN
1) Menghasilkan satu sistem yang teratur, kemas dan
berkualiti.
2) Mengelakkan pelbagai komplikasi akibat dari Kelewatan
menurunkan suhu badan semasa demam panas pada
kanak-kanak yang berusia 1-6 tahun di wad hospital
tampin
3) Meningkatkan imej jabatan
4) Memberi keselesaan dan kepuasan terhadap pelanggan
dan petugas.
ETIKA KUMPULAN
Memupuk budaya kerja cemerlang dan berwawasan
WAWASAN KUMPULAN
Untuk menjadikan hospital tampin pusat perkhidmatan
perubatan yang berkualiti
MISI, VISI & OBJEKTIF JABATAN / PENGENDALIAN KUMPULAN
VISI HOSPITAL TAMPIN
Untuk menjadikan Hospital Tampin sebuah institusi
perubatan yang memberikan perkhidmatan perubatan yang
berkualiti dan efisyen
MISI HOSPITAL TAMPIN
Hospital Tampin akan melaksanakan secara
Profesionalisma Program Perawatan, Pemulihan dan
Promotif berteraskan Sikap Penyayang dan Kerja
Berpasukan kepada semua Pelanggan dalam Persekitaran
yang selesa
OBJEKTIF HOSPITAL TAMPIN
- Menyediakan perkhidmatan perubatan yang
berkualiti dengan menggunakan Teknologi
( Perubatan ) yang berpatutan kepada semua
pelanggan,
- Memastikan Anggota Hospital Tampin diberi latihan
( yang bersesuaian ) bagi meningkatkan kefahaman
kemahiran dan motivasi ke arah peningkatan
prestasi perkhidmatan,
- Memupuk Budaya Kerja Cemerlang yang
berterusan di kalangan anggota Hospital Tampin
dan
- Melaksanakan program dan aktiviti Konsep Hospital
Sihat (Health Hospital Concept ) yang bersesuaian.
Mesyuarat diadakan sekali dalam seminggu iaitu setiap
hari selasa ( 2.30 hingga 3.30 petang ) pada minggu
pertama dan kedua serta ( 3.30 hingga 4.30 petang )
pada minggu ketiga dan keempat. Kadangkala mesyuarat
diadakan mengikut kesesuaian masa ahli kerana ada
diantara ahli-ahli bekerja ‘shift’, menghadiri mesyuarat/
kursus dan lain-lain sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jadual Mesyuarat seperti dilampirkan.
Sepanjang projek, kami telah
mengadakan mesyuarat
sebanyak 53 kali . Purata
kehadiran ahli KIK adalah
98.86 %. Sebab-sebab lain
ketidak hadiran kerana bercuti
dan berkursus.Bagi ahli yang
tidak dapat hadir maklumat
mesyuarat akan disampaikan .
Sepanjang projek, kami telah mengadakan mesyuarat
sebanyak 53 kali kedatangan ahli adalah 262/265 x
100 = 98.86 %. Ada juga ahli – ahli kumpulan yang
tidak dapat hadir disebabkan bertugas atas panggilan,
berkursus dan bercuti.
PENGENDALIAN KUMPULAN
PERATUS KEHADIRAN MESYUARAT KUMPULAN
KIK KEJORA
CARTA BAR KEHADIRAN INDIVIDU BERBANDING
KESELERUHAN MESYUARAT KUMPULAN KIK KEJORA
( DALAM PERATUS % )
KEHADIRAN MESYUARAT KUMPULAN KEJORA
PENGENDALIAN KUMPULAN
SURAT PANGGILAN
MESYUARAT KUMPULAN
KEJORA
KEHADIRAN
MESYUARAT
MINIT MESYUARAT
Bagi mengimbangi tugas kumpulan, ahli-ahli diberi
tanggungjawab seperti berikut :
PERANAN AHLI DIBAHAGIKAN MENGIKUT JAWATAN, KEPAKARAN DAN KOMITMEN
MEMBANTU
TERLIBAT
Carta Perbatuan seperti berikut digunakan untuk menentukan projek berjalan mengikut masa
(Time-Frame)
AKTIVITI – AKTIVITI PROJEK
Kumpulan KEJORA telah memulakan perjalanan projek
pada 27 Jan 2015. Dalam melaksanakan projek ini, kami
menggunakan konsep PDCA yang membawa maksud :
TAJUK : KELEWATAN MENURUNKAN SUHU BADAN SEMASA
DEMAM PANAS PADA KANAK-KANAK YANG BERUSIA
1 – 6 TAHUN DI WAD HOSPITAL TAMPIN
TEMPOH : 27 JAN 2015 HINGGA 26 JAN 2016
MENGENALPASTI MASALAH
Kumpulan KEJORA telah mengenalpasti beberapa masalah
yang mempunyai hubungkait dengan tugas seharian kami
dan kepentingan para pelanggan dan juga jabatan.
Berikut adalah 50 permasalahan yang telah diutarakan oleh
setiap ahli dari sesi percambahan fikiran.
Dari 50 permasalahan kumpulan KEJORA telah menggunakan
Force Ranking bagi mengenalpasti permasalahan yang paling
penting, penting dan kurang penting untuk menyenarai
pendekkan permasalahan.
TAPISAN MELALUI KAEDAH FORCE RANKING
MENGENALPASTI MASALAH
MENGENALPASTI MASALAH
Kumpulan mengasingkan mengikut susunan keutamaan.
Berikut adalah 10 permasalahan yang telah di pilih menggunakan Force Ranking
MENGENALPASTI MASALAH
Kumpulan menggunakan data awal bagi mengenalpasti
10 masaalah yang sangat penting.
MENGENALPASTI MASALAH
Bagi mengenalpasti masalah yang sangat penting,
teknik Brainstorming dan Mind Mapping digunakan.
Ahli-ahli diberi peluang untuk mengemukakan
sebarang cadangan untuk penyelesaian.
Kriteria pemilihan terhadap keutamaan
permasalahan digunakan seperti yang ditunjukkan
dibawah.
Skala Urgency & Seriousness dan Analisis Faedah
yang digunapakai dalam memilih keutamaan.
Cara pemilihan masalah berdasarkan kriteria
Urgency & Seriousness
Berikut adalah Skala untuk Urgency &
Seriousness dan Analisa Faedah yang digunakan
dalam memilih keutamaan masalah.
DISEDIAKAN OLEH : EN NORDIN BIN IBRAHIM
MESYUARAT KEJORA
Cara pemilihan masalah berdasarkan kriteria
Urgency & Seriouness.
PEMILIHAN MASALAH
Cara pemilihan masalah berdasarkan kriteria
Analisis Faedah
Cara pemilihan masalah berdasarkan kriteria
Urgency & Seriousness dan Analisis Faedah
PEMILIHAN MASALAH
Kelewatan menurunkan suhu badan semasa demam panas
pada kanak-kanak yang berusia 1 – 6 tahun di wad hospital
tampin berada di kedudukan tertinggi untuk diselesaikan
Mengapa memilih masalah kelewatan menurunkan suhu
badan semasa demam panas pada kanak-kanak yang
berusia 1 – 6 tahun di wad hospital tampin
Masalah ini mendapat ranking tertinggi kerana
di tahap Urgencynya.
Sering berlaku Kelewatan menurunkan suhu
badan semasa demam panas pada kanak-kanak
yang berusia 1 – 6 tahun di wad hospital tampin
Kelewatan timbul apabila terdapat banyak
pesakit didalam wad dan kanak-kanak yang
mengalami demam panas harus di lap badan
mereka dengan tuala basah atau “ Tepid
Sponging” . Prosedur membuat “ Tepid
Sponging” akan menjadi lewat kerana
kadangkala anggota terpaksa memberi
keutamaan pesakit yang lebih kritikal.
Keadaan ini jika berterusan kanak-kanak
tersebut boleh mengalami kekejangan ataupun
lebih dikenali sebagai demam sawan. Imej
hospital akan terjejas.
PEMILIHAN MASALAH
Masalah ini mendapat ranking tertinggi kerana
di tahap Seriousnessnya.
Setelah pemilihan masalah berdasarkan kriteria Urgency &
Seriousness dan Analisis Faedah digunapakai kumpulan
sekali lagi telah berbincang dan diteliti dengan mendalam
latarbelakang masalah. Kumpulan telah melakukan
percambahan fikiran untuk memilih hanya satu masalah
yang perlu diselesaikan dengan segera. Dengan
menggunakan kaedah analisis faedah serta skala wajaran
kumpulan telah membuat pemilihan masalah.
Berikut adalah skala wajaran yang telah kumpulan
gunakan
Serius
Berdasarkan peratus kekerapan yang dikenalpasti kepada setiap masalah
Penting
Berdasarkan akibat atau kesan yang akan berlaku sekiranya masalah tidak
diselesaikan
Trend Pertumbuhan
Berdasarkan peningkatan kekerapan pada setiap masalah pada masa
akan datang
Jika demam lambat dirawat kanak-kanak
akan mengalami kekejangan atau sawan
demam dan jika berterusan akan
merosakkan otak dan menyebabkan
kecacatan kekal dan kematian boleh
berlaku.
PEMILIHAN MASALAH
Dari keputusan analisis kaedah menunjukkan masalah
Kelewatan menurunkan suhu badan semasa demam panas
pada kanak-kanak yang berusia 1 – 6 tahun di wad hospital
tampin adalah paling serius dan penting untuk diselesaikan.
KEPUTUSAN :
Kumpulan telah merumuskan dan membuat keputusan
untuk memilih masalah 1 dengan markah tertinggi
sebanyak 36.5 % iaitu :-
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
KEJORA berpendapat pemilihan tajuk Kelewatan
menurunkan suhu badan semasa demam panas pada
kanak-kanak yang berusia 1 – 6 tahun di wad hospital
tampin adalah tepat dan memberi impak besar kepada
kanak-kanak, Keluarga dan organisasi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
Rasional pemilihan tajuk projek iaitu Kelewatan
menurunkan suhu badan semasa demam panas pada
kanak-kanak yang berusia 1 – 6 tahun di wad hospital
tampin adalah berasaskan kepada faktor-faktor berikut :
A. Kanak-kanak
- Lambat menurunkan suhu badan pada kanak-kanak ,
jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada
bahagian otak, sudah tentu kanak-kanak itu
menghadapi risiko kerosakan otak (meningitis),
sekiranya jangkitan itu serius.
Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh
jangkitan kuman di bahagian paru-paru (pneumonia),
kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah
pernafasan. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan
campak, cacar air dan denggi. Bagaimanapun ada
juga demam yang bukan disebabkan jangkitan kuman
seperti leukimia atau SLE.
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
B. Keluarga kanak-kanak
- Keluarga kanak-kanak tersebut akan merasa
kehilangan jika anak mereka meninggal dunia.
- Keluarga kanak-kanak tersebut terpaksa
menanggung kanak-kanak yang cacat. Mereka
akan merasa risau dan trauma.
C. Impak Imej / Persepsi
- Imej Hospital Tampin akan terjejas kerana tidak
mampu memainkan peranan sebagai sebuah
Hospital yang memberikan perawatan
perubatan yang terbaik.
- Orang awam akan hilang kepercayaan terhadap
perawatan
di wad secara amnya dan Hospital Tampin
secara khususnya kerana tidak menyahut
seruan YAB Perdana Menteri Malaysia “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
- Persepsi buruk terhadap kakitangan Wad
Hospital Tampin seolah-olah mereka tidak
menjalankan tugas.
- Kecekapan kakitangan Hospital Tampin akan
dipersoalkan kerana piagam pelanggan
menetapkan tempoh tertentu untuk memberi
perkhidmatan.
D. Menjejaskan Produktiviti Hospital Tampin
- Tidak mencapai sasaran kerja yang sepatutnya dalam
mewujudkan suasana budaya kerja yang berdidikasi
terhadap tugas, bekerjasama untuk mengukuhkan
produktiviti dan meningkatkan kecekapan disamping
amalan nilai-nilai murni
di kalangan anggota Hospital Tampin.
- Menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan
kepada pesakit atau pelanggan
- Tidak menepati objektif dan visi Hospital Tampin
sebagai Hospital yang menggembleng tenaga ke arah
kesihatan yang lebih baik.
E. Impak Jabatan/ Kementerian Kesihatan
- Integriti dan ketulusan kakitangan Kementerian
Kesihatan Malaysia terjejas.
- Jabatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan
mendapat kesan kerana tidak berjaya meningkatkan
mutu perkhidmatan.
F. Impak Sosial
- Produktiviti perkhidmatan Perawatan Kesihatan menurun
mengakibatkan orang awam tidak yakin akan
kemampuan kakitangan Hospital Tampin dan
kementerian Kesihatan Malaysia amnya.
- Kesukaran menetapkan dasar-dasar baru yang lebih
inovatif dan mesra pelanggan.
- Kesukaran untuk menyakinkan orang ramai bahawa
perkhidmatan Hospital Tampin dan Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah yang terbaik.
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
Penanda aras
Setelah tajuk di pilih kumpulan telah membuat semakan didalam
buku – buku kompilasi KMK dan KIK Kementerian Kesihatan
Malaysia dan telah menghubungi beberapa buah Hospital
seluruh Malaysia bagi membuat perbandingan berhubung cara
merawat demam panas pada kanak-kanak. Maklumat awal
mendapati bahawa Hospital lain tidak mempunyai alat khas yang
digunakan untuk menurunkan suhu
badan kanak-kanak yang mengalami
demam panas. Kanak-kanak hanya
akan di buat tepid sponging. Ringkasan
butiran kaedah menurunkan suhu
badan kanak-kanak yang mengalami
demam panas mengikut negeri adalah
seperti jadual di tunjukkan ini bagi
memastikan bahawa projek ini belum
lagi di buat oleh mana-mana Hospital
di bawah kementerian Kesihatan Malaysia.
Rasional Pemilihan Tajuk Projek
Seterusnya, kami telah memohon surat kebenaran untuk
menjalankan projek KIK pada 17 / 02 / 2015 dan kelulusan
telah diperolehi daripada Pengarah Hospital Tampin
pada 23 / 02 / 2015.
SURAT MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN
KAJIAN
SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN
DEFINASI MASALAH
Definasi masalah dan kesimpulan
KELEWATAN MENURUNKAN SUHU BADAN
Lambat untuk menyejukkan atau mengurangkan panas badan
SEMASA DEMAM PANAS
Ketika Suhu badan yang tinggi
KANAK-KANAK YANG BERUSIA 1 – 6 TAHUN
Anak manusia yang berusia bawah 12 tahun
DEFINASI MASALAH
DEFINASI MASALAH
Amalan dahulu – Demam terjadi kerana kenaikan tahap suhu
tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu
badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui
pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan.
Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan
mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada
bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC
(100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC
(98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.
Demam adalah satu fenomena yang kerap berlaku dan
merupakan antara punca utama kemasukan kanak – kanak ke
dalam wad di seluruh dunia.
Mengapa demam terjadi?
Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil
‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam
menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal.
Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu
boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu
badan manusia.
Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau
penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah
seperti:
Batuk dan selesema akibat jangkitan virus, Jangkitan pada tekak
atau telinga, Jangkitan paru paru, Jangkitan saluran kencing
Radang otak, Demam denggi, Demam campak
Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus,
Juvenile Idiopathic Arthritis
Definisi Kejang Demam •
Kejang demam atau febrile convulsion ialah bangkitan kejang
yang terjadi pada kenaikan suhu tubuh (suhu di atas 38C)
yang disebabkan oleh proses ekstrakranium
CARTA ALIRAN KERJA
CARTA ALIRAN KERJA
CARTA ALIRAN KERJA
DEFINASI MASALAH
Kesan kepada pesakit dan kesan kepada Jabatan
Hospital Tampin menerima kemasukan pesakit yang terdiri
dari berbagai – bagai peringkat umur dan bangsa. Kalangan
pesakit yang diterima ada diantaranya terdiri dari kanak-
kanak yang mengalami Demam Panas. Demam ialah suatu
tindak balas normal badan terhadap sebarang bentuk
jangkitan kuman atau penyakit tertentu. Suhu badan yang
normal adalah 37°C (98°F). Seseorang kanak boleh
dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°c. Demam
panas terjadi apabila suhu melebihi 38°C. Demam selalunya
berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit.
Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:
Batuk dan selesema akibat jangkitan virus, Jangkitan pada
tekak atau telinga
Jangkitan paru paru, Jangkitan saluran kencing, Radang
otak, Demam denggi
Demam campak, Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic
Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis.
Jika lewat menurunkan suhu badan Kulit menjadi
kemerahan kerana demam yang tinggi. Ini boleh
menyebabkan kanak-kanak tidak sedarkan diri dan tiada
tindakbalas. Mereka mungkin jatuh jika mereka sedang
duduk/ berdiri pada masa itu. Otot badan menjadi keras.
Mereka mungkin berhenti nafas dan warna kulit menjadi
kebiruan. Bahagian tangan, kaki dan muka kejang, keras
dan menggeletar. Mata terbeliak ke atas. Mereka mungkin
membuang air kecil/ air besar pada masa itu.. Imej hospital
akan terjejas.
(1) Kanak-kanak boleh mendapat sawan
(2) Jika lambat menurunkan suhu badan pada kanak-kanak ,
jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada
bahagian otak, sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi
risiko kerosakan otak (meningitis) .
(3) Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan
kuman di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak
tersebut mungkin mengalami masalah pernafasan.
Jangkitan virus juga boleh menyebabkan campak, cacar air
dan denggi.
(4) Imej hospital akan terjejas.
Berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan dianalisakan,
kumpulan telah memilih tajuk projek kerana :-
(1) Banyak prosedur terpaksa di buat
(2) Membahayakan nyawa bayi
(3) Kanak-kanak boleh mendapat sawan
(4) Risiko kerosakan otak (meningitis) .
(5) Kanak-kanak mungkin mengalami masalah pernafasan
(6) Memerlukan anggota yang ramai untuk melakukan
prosedur
Sebab-sebab masalah dipilih
KESAN JIKA TIDAK DISELESAIKAN / SEBAB-SEBAB MASALAH DIPILIH
(1) Memerlukan anggota yang ramai untuk melakukan
prosedur
(2) Jika lewat menurunkan suhu badan Kulit menjadi
kemerahan kerana demam yang tinggi. Ini boleh
menyebabkan kanak-kanak tidak sedarkan diri dan
tiada tindakbalas. Mereka mungkin jatuh jika mereka
sedang duduk/ berdiri pada masa itu. Otot badan
menjadi keras. Mereka mungkin berhenti nafas dan
warna kulit menjadi kebiruan. Bahagian tangan, kaki
dan muka kejang, keras dan menggeletar. Mata
terbeliak ke atas. Mereka mungkin membuang air kecil/
air besar pada masa itu
(3) Risiko kerosakan otak (meningitis)
(4) Membahayakan nyawa bayi
(5) Kanak-kanak mungkin mengalami masalah pernafasan
(6) Dari Kajian Kepuasan Pelanggan didapati kebanyakan
anggota, dan waris tidak berpuas hati kerana
kelewatan menurunkan panas badan pada kanak-
kanak.
(7) Telah dibangkitkan dalam mesyuarat kualiti bil 4/2014
(8) Data-data awal yang telah dikumpul dari 1 Ogos 2014
– 31 Dis 2014 di Wad 2B Hospital Tampin
menunjukkan kelewatan menurunkan panas badan
pada kanak-kanak adalah 75 kes
MINIT MESYUARAT KUALITI
DATA-DATA AWAL
Jika lambat menurunkan suhu badan pada kanak-kanak , jika
demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak,
sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak
(meningitis) .
Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman
di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut
mungkin mengalami masalah pernafasan.
Keadaan ini jika berterusan akan membebankan kanak-kanak ,
ibu dan keluarga . Melambatkan proses kerja anggota bagi
merawat pesakit lain . Ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak
sedarkan diri dan tiada tindakbalas. Mereka mungkin jatuh jika
mereka sedang duduk/ berdiri pada masa itu. Otot badan menjadi
keras. Mereka mungkin berhenti nafas dan warna kulit menjadi
kebiruan. Bahagian tangan, kaki dan muka kejang, keras dan
menggeletar. Mata terbeliak ke atas. Mereka mungkin membuang
air kecil/ air besar pada masa itu. Imej hospital akan terjejas.
VISI HOSPITAL TAMPIN
Untuk menjadikan Hospital Tampin sebuah institusi perubatan
yang memberikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan
efisyen tidak akan tercapai
MISI HOSPITAL TAMPIN
Hospital Tampin akan melaksanakan secara Profesionalisma
Program Perawatan, Pemulihan dan Promotif berteraskan Sikap
Penyayang dan Kerja Berpasukan kepada semua Pelanggan
dalam Persekitaran yang selesa juga tidak akan tercapai.
OBJEKTIF HOSPITAL TAMPIN
Memupuk Budaya Kerja Cemerlang yang berterusan di kalangan
anggota Hospital Tampin dan
Melaksanakan program dan aktiviti Konsep Hospital Sihat (Health
Hospital Concept ) yang bersesuaian juga tidak tercapai.
IMPLIKASI
5W + 1H
WHAT
( Apakah masalahnya)
Kelewatan menurunkan panas badan pada kanak-kanak di
wad hospital tampin
WHY
( Kenapa ia berlaku )
Masalah berlaku kerana tiada alat khas yang boleh
menurunkan panas badan kanak-kanak mereka terpaksa di
buat sponging atau mandi berjulum.
WHO
( Siapa yang terlibat )
Ahli Kumpulan KEJORA dan petugas yang diamanahkan
mengikut prosedur yang ditetapkan.
WHEN
( Bila masalah ini berlaku )
Semasa proses Tepid Sponging atau mandi bejulum untuk
menurunkan panas badan.
Kumpulan mengenal pasti kelewatan menurunkan panas
badan pada kanak-kanak di wad hospital tampin dengan
menggunakan 5W + 1H
5W t 1H / TEMA / OBJEKTIF
KEARAH MEMPERCEPATKAN PROSES MENURUNKAN PANAS
BADAN PADA KANAK-KANAK DI WAD
HOSPITAL TAMPIN
DAPAT MELANCARKAN PROSES MENURUNKAN PANAS BADAN PADA KANAK-KANAK DI WAD HOSPITAL TAMPIN
Kaitan Antara Misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Objektif Projek
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
Mencapai sepenuhnya Potensi mereka dalam kesihatan.
Menghargai kesihatan sebagai Aset Paling berharga.
Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi
kesihatan mereka
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
Mengutamakan pelanggan
Saksama
Tidak membebankan
Cekap
Wajar mengikut teknologi
Boleh di sesuaikan mengikut persekitaran
Inovatif
WHERE
( Dimana ia berlaku )
Di wad kanak-kanak 2B Hospital Tampin
HOW
( Bagaimana )
Anggota terpaksa membuat prosedur yang banyak untuk
melakukan tepid sponging atau mandi bejulum.
SASARAN PROJEK
SASARAN PROJEK SASARAN PROJEK
KEJORA menetapkan sasaran projek berdasarkan kepada
justifikasi berikut:
PIAGAM
Kementerian
Kesihatan
Malaysia
Setiap pelanggan akan diberi
perkhidmatan sebaik mungkin
secara profesional
HALA TUJU
HOSPITAL
TAMPIN
Memberikan perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan
ARAHAN
PENGURUSAN
Memastikan slogan ’Rakyat
Didahulukan Pencapaian
Diutamakan menjadi keutamaan
dalam melaksanakan
tanggungjawab perkhidmatan awam
Mempercepatkan proses menurunkan panas badan
pada kanak-kanak di wad hospital tampin dari 57 minit
kepada 30 minit berpandukan kepada Carta aliran
Proses Kerja Sebelum Projek.
MENGENALPASTI PUNCA MASALAH
MENGENALPASTI PUNCA MASALAH
Kumpulan telah merujuk semula carta aliran kerja dan
Rajah Tulang Ikan untuk mengenalpasti punca masalah.
Sebab-sebab paling utama dikenalpasti melalui rajah
tulang ikan 1, Kemudian kumpulan menggunakan teknik
Analisis True-False. Ia dihalusi seperti di rajah tulang ikan
2.
Kesahihan pendapat dinilai lagi, melalui teknik analisis
verifikasi sebab-sebab paling mungkin. Hasilnya 5 sebab
telah dikenalpasti sebagai penyumbang paling mungkin
seperti pada rajah Tulang Ikan 3.
Analisis True-False
MENGENALPASTI PUNCA MASALAH
Analisis True-False
MENGENALPASTI PUNCA MASALAH
Analisis True-False
TEMA / OBJEKTIF / SASARAN PROJEK / CARTA ALIRAN KERJA
Verifikasi Sebab-sebab Paling Mungkin
SEBAB-SEBAB PUNCA MASALAH
PENJELASAN
PENJELASAN
TAFSIRAN SEBAB – SEBAB MASALAH DINYATAKAN
SEPERTI BERIKUT.
1. Tidak ada alat khas untuk menurunkan panas badan
pada kanak- kanak
Di Wad Hospital Tampin proses menurunkan panas badan
pada kanak-kanak dengan cara melakukan mandi berjulum
atau tepid sponging kerana tidak ada alat khas untuk
menurunkan panas badan.
2. Memerlukan peralatan yang banyak
Bagi prosedur mandi berjulum atau tepid sponging
peralatan untuk melakukan prosedur ini adalah banyak
seperti :
•Air paip dalam besin
•6 tuala kecil
•Tuala mandi
•Bekas air kotor
•Linen protector
•Linen Bag.
SEBAB-SEBAB PUNCA MASALAH
PENJELASAN
PENJELASAN
TAFSIRAN SEBAB – SEBAB MASALAH DINYATAKAN
SEPERTI BERIKUT.
3. Badan bayi/kanak-kanak harus dilap dengan air
Proses untuk menurunkan panas badan pada kanak-kanak
dengan badan kanak-kanak dilap dengan kain basah. Proses
ini membuatkan kanak-kanak tidak selesa. Jika lambat
menurunkan suhu badan pada kanak-kanak , jika demam itu
disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak, sudah
tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak
(meningitis) .
Begitu juga jika demam
tersebut disebabkan oleh
jangkitan kuman di bahagian
paru-paru (pneumonia),
kanak-kanak tersebut
mungkin mengalami masalah
pernafasan.
Keadaan ini jika berterusan
akan membebankan
kanak-kanak , ibu dan
keluarga . Melambatkan
proses kerja anggota bagi
merawat pesakit lain .
4. Banyak prosedur yang perlu di buat
Bagi prosedur menurunkan panas badan pada kanak-
kanak memerlukan banyak prosedur seperti :
Jururawat Perlu menilai keadaan pesakit
Sediakan Peralatan
Berikan privacy pada pesakit
Baringkan pesakit dalam posisi
yang sesuai
Letakkan linen protecter dibawah pesakit
Tanggalkan pakaian dan tutup badan
dengan tuala panjang
Lapkan muka pesakit dengan tuala kecil
dan seterusnya seluruh badan pesakit.
Lakukan perawatan ini selama 15-20minit
Hentikan prosedur jika pesakit
mengalami gigil.
Tukarkan kelana basah dan pakaikan pakaian yang nipis.
Kemaskan peralatan
Periksa suhu badan selepas 15 minit
Rekod dan lapurkan keputusan dalam carta suhu.
SEBAB-SEBAB PUNCA MASALAH
TAFSIRAN SEBAB – SEBAB MASALAH DINYATAKAN
SEPERTI BERIKUT.
SEBAB – SEBAB PUNCA MASALAH DITERIMA
DAN DITOLAK
5. Kanak-kanak menangis
PENJELASAN
Di Wad Hospital Tampin proses menurunkan panas badan
pada kanak-kanak dengan cara melakukan mandi berjulum
atau tepid sponging ini membuatkan kanak-kanak tidak
selesa. Kanak-kanak akan menangis dan ini akan
menyukarkan proses mandi berjulum.
Sebab Diterima
Berdasarkan data soal selidik yang
dijalankan, faktor penyebab sebenar
menyumbang kepada kekerapan berlaku
adalah terlalu kerap dan serius.
Kumpulan mempunyai peluang dan
kemampuan yang tinggi untuk mengatasi
sebab-sebab kecil yang menyumbang
kepada masalah.
5W + 1H
Penjelasan Punca Masalah Yang Dipilih
Kaedah 5W + 1H telah digunapakai untuk menjelaskan punca-
punca masalah yang dipilih.
Sebab Ditolak
Faktor Persekitaran seperti Ruang sempit
adalah diluar kawalan kerana peralatan
perubatan dan barang-barang pesakit perlu
untuk pesakit.
Banyak klinik hantar pesakit ke tampin di luar
kawalan kerana Hospital Tampin memang
menerima pesakit-pesakit dari klinik-klinik
berhampiran.
Membuat tepid sponging atau mandi berjulum
diluar kawalan kerana untuk membuat mandi
berjulum atau tepid sponging memang
memerlukan peralatan yang banyak.
Faktor kaedah iaitu manual tiada alat atau
mesin khas yang boleh menurunkan panas
badan semuanya dilakukan secara manual.
Faktor manusia seperti Pesakit ramai di luar
kawalan ahli.
Kurang Staff diluar kawalan ahli.
.
PENGESAHAN PUNCA MASALAH
PENGESAHAN PUNCA MASALAHFAKTOR PERALATAN
TIDAK ADA ALAT KHAS UNTUK MENURUNKAN PANAS
BADAN PADA KANAK-KANAK
Perbandingan bayi/kanak-kanak yang dibuat mandi berjulum
dan tidak dibuat mandi berjulum untuk menurunkan demam
panas
PENGESAHAN PUNCA MASALAH
PENGESAHAN PUNCA MASALAHFAKTOR PERALATAN
MEMERLUKAN PERALATAN YANG BANYAK
Perbandingan Cara Proses menurunkan panas badan
dengan cara mandi berjulum
PENGESAHAN PUNCA MASALAH
PENGESAHAN PUNCA MASALAHFAKTOR KAEDAH
BADAN BAYI/KANAK-KANAKHARUS DILAP DENGAN AIR
Perbandingan badan kanak-kanak perlu dilap dan tidak dilap
PENGESAHAN PUNCA MASALAH
PENGESAHAN PUNCA MASALAHFAKTOR KAEDAH
BANYAK PROSEDUR YANG PERLU DI BUAT
Perbandingan banyak prosedur dilakukan atau tidak semasa
menurunkan panas badan.
PENGESAHAN PUNCA MASALAH
PENGESAHAN PUNCA MASALAHFAKTOR KAEDAH
KANAK-KANAK MENANGIS
Perbandingan kanak-kanak menangis ketika mandi berjulum
dan kanak-kanak tidak menangis
PUNGUTAN DATA
RAJAH POKOK
Dengan menggunakan faktor – faktor ini kumpulan boleh
menyenaraikan alternatif – alternatif penyelesaian dengan
menggunakan kaedah Rajah Pokok
RAJAH POKOK / KONSEP S.W.O.T
Beberapa alternatif penyelesaian telah di buat. Kumpulan
telah menggunakan kaedah S.W.O.T.
KONSEP S.W.O.T
Modus Operandi ( Plan Of Action )
Kumpulan telah menggunakan kaedah 5W + 1H untuk
menterjemahkan idea :-
Dari 4 alternatif penyelesaian yang disenaraikan, SATU
alternatif penyelesaian yang telah dipilih iaitu:-
1)Cipta alat yang boleh menurunkan demam panas dengan
cepat
Kumpulan telah membuat beberapa sesi percambahan fikiran
untuk merumuskan alternatif penyelesaian. Hasilnya Satu Baju
sejuk yang boleh menurunkan demam panas dengan cepat
telah berjaya dicipta dari ilham kumpulan yang membuat
hubungkait antara Cool Fever dengan Baju. Pihak Pengurusan
telah menerima cadangan ini untuk tindakan selanjutnya.
MODUS OPERANDI
Baju Sejuk Kejora ini dibuat dengan meletakkan plat
logam yang boleh menyejukkan baju di bahagian dalam
dan dibawah ketiak pesakit.
Harga pembuatan Rm 2,350.00
Setelah membuat anggaran kos kumpulan berbincang
dan membuat keputusan untuk tidak membuatnya kerana
kos yang tinggi terpaksa di tanggung dan ia tidak pratikal
MODUS OPERANDI
Harga Baju Rm 49.00, Pembuatan Rm 3.00 Jumlah.
Keseluruhan Rm 52.00
Setelah membuat anggaran kos kumpulan berbincang dan
membuat keputusan untuk membuat ujicuba kerana kos murah dan
ia pratikal.
Harga Pembuatan Rm 7.60
Setelah membuat anggaran kos kumpulan berbincang dan
membuat keputusan untuk membuat ujicuba kerana kos
murah dan ia pratikal.
MODUS OPERANDI
KEJORA juga mendapati bahawa kaedah menurunkan Demam
Panas pada Kanak-kanak dengan menggunakan Baju belum
lagi digunapakai di beberapa buah Hospital kerajaan . Hasil
temubual bersama Matron di Unit kejururawatan adalah seperti
berikut :
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
PROSES PERTAMA
Kumpulan Kejora mengumpul banting-banting yang tidak
digunakan lagi
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Ke Dua membuat lakaran baju
Lakaran baju dibuat mengikut saiz badan kanak-kanak
Banting di potong mengikut ukuran
saiz badan bayi / kanak-kanak
MODUS OPERANDI
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Ketiga
Banting dan plastik alas
meja di seal mengikit
ukuran yang telah
dipotong
Garam bukit di sebatikan
bersama air
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Keempat
Cecair garam bukit dimasukkan kedalam banting yang telah
diseal
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Kelima
Cecair garam bukit yang
telah di seal dimasukkan
kedalam banting yang telah di
seal.
Bahagian tepi keratan dijahit
dengan Satin Bias tape
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Keenam
Keratan-keratan yang telah diletak dengan Satin Bias Tape
di sambung menjadi baju
MODUS OPERANDI
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Kelima
Cecair garam bukit yang
telah di seal dimasukkan
kedalam banting yang telah di
seal.
Bahagian tepi keratan dijahit
dengan Satin Bias tape
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Proses Keenam
Keratan-keratan yang telah diletak dengan Satin Bias Tape
di sambung menjadi baju
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL
Baju yang telah siap dijahit
Pandangan dari depan
Pandangan dari belakang
MODUS OPERANDI
CARA-CARA MENGGUNAKAN KEJORA SMART COOL
BAHAN-BAHAN / KOS
LATAR BELAKANG KEJORA SMART COOL (KSC)
Kejora Smart Cool (KSC) ini dicipta dari ilham kumpulan yang
membuat hubungkait antara Cool Fever dengan Baju
Setiap ahli bermuafakat memberi buah fikiran serta
menggunakan kebolehan bakat yang ada bagi merekacipta
KEJORA KSC.
Bahan-bahan yang digunakan serta kosnya adalah seperti
berikut :
CIRI-CIRI KEJORA KSD
- Menggunakan banting terpakaidan Cecair Garam Bukit
- Boleh menurunkan demam panas pada bayi dan kanak-kanak
mengambil darah bayi.
- Ringan hanya 1 kg
- Senang dibawa
- Mudah digunakan
KEJORA SMART COOL
Produk ini dihasilkan oleh bahan cecair garam bukit, tidak
mengandungi bahan kimia yang menyakiti badan kita dan
permukaan baju adalah anti bakteria.
Fungsi utama baju sejuk Kejora Smart Cool ialah
mengurangkan kepanasan badan yang disebabkan demam
panas.
Baju ini juga boleh menolong mengurangkan sakit-sakit
sengal. Baju sejuk Kejora Smart Cool ini tidak boleh dijemur
dibawah matahari dan perlulah dijauhi daripada benda tajam.
FUNGSI KEJORA SMART COOL
Fungsi utama baju sejuk Kejora Smart Cool ialah
mengurangkan kepanasan badan yang disebabkan
demam panas.
Baju ini juga boleh menolong mengurangkan sakit-sakit
sengal.
CIRI-CIRI KEJORA SMART COOL
Cecair merupakan air garam bukit, ianya mudah di bawa
ke mana-mana.
Siapa yang sesuai memakainya ?
Amat sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-
kanak.
PERLAKSANAAN UJICUBA
PERLAKSANAAN UJICUBA
PERSEMBAHAN PENGURUSAN
Setelah alternatif penyelesaian
di pilih, kumpulan kami telah
mempersembahkan kepada
pihak pengurusan pada
7.4.2015.
Surat permohonan bertarikh 14.7.2015 untuk uji cuba
penggunaan KEJORA KSC di Wad Kenanga 2B telah
dikemukakan ke pihak Pengurusan Hospital.
Surat kebenaran telah diluluskan pada 17.7.2015
Sebelum Ujicuba sebenar dijalankan Ujicuba keberkesanan
Surat PermohonanSurat Kebenaran
Sebelum Ujicuba sebenar dijalankan Ujicuba keberkesanan
KEJORA 2 IN 1 dan KEJORA SMART COOL (KSC) telah
dijalankan di Wad Kenanga 2B selama 1 minggu.
Ini dapat dilihat pada perbandingan telly sheet menggunakan
KEJORA 2 IN 1 dan KEJORA SMART COOL (KSC)
PERLAKSANAAN UJICUBA
PERLAKSANAAN UJICUBA
CARTA BAR MENUNJUKKAN PERBANDINGAN
UJICUBA KEJORA 2 in 1 dan KEJORA SMART COOL
(KSC) Ujicuba sebenar telah dijalankan empat minggu
( 20/7/2015 – 16/8/2015 ) pengumpulan data telah dibuat,.
RAJAH PARETO
CARTA ALIRAN KERJA
Tempoh Masa Proses menurunkan demam panas pada
bayi/kanak-kanak
Selepas Cadangan Penyelesaian = 14 Minit
Sebelum Cadangan Penyelesaian = 57 Minit
TINDAKAN PEMBETULAN
Maklumbalas dari ahli kumpulan yang diterima
mendapati :-(Tindakan Pembetulan )
- Cecair garam yang diletakkan didalam baju mengalir
keluar mengikut lubang-lubang kecil yang ada pada
banting.
Memasukkan cecair garam bukit kedalam plastik terlebih
dahulu sealkan kemudian masukkan kedalam baju
TINDAKAN PEMBETULAN
Maklumbalas dari ahli kumpulan yang diterima
mendapati :-(Tindakan Pembetulan )
- Baju yang dibuat dari banting luar dan dalam menjadi
keras setelah cecair garam bukit habis keluar
Menukarkan Plastik pengalas meja dibahagian dalam atau
dibahagian luar
PUNGUTAN DATA AKHIR
PENGESAHAN DAN PENILAIAN PROJEK
Kumpulan Kejora telah membuat uji cuba keselesaan KSC
di dapati ianya selesa digunakan. Keberkesanan juga telah
dilakukan pada 15/02/2016 sehinggq 21/02/2016 dengan
menguji cuba bayi/kanak-kanak seramai 15 orang dimana
seorang bayi hanya memakan masa 14 minit. Ini bermakna bagi
15 orang bayi/kanak-kanak hanya mengambil masa hanya
210 minit .
KEBAIKAN KSC
PENGESAHAN DAN PENILAIAN PROJEK
Melalui perlaksanaan projek dan data-data yang telah dikumpul
sebelum dan selepas projek, beberapa rumusan dan penilaian
telah dibuat yang melibatkan kakitangan, pelanggan dan pihak
pentadbiran. Pihak pengurusan sangat berpuashati kerana
kumpulan telah berjaya melaksanakan perubahan dengan
terciptanya KSC.
Dengan adanya KSC dapat memudahkan menurunkan demam
panas
Data-data perbandingan adalah seperti berikut.
CARTA PITA ( STAKE BAR ) PERBANDINGAN
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
Berikut adalah merupakan graf analisis hasil maklumbalas dari
borang kajian kepuasan pelanggan selepas penggunaan KSC.
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
Berikut adalah merupakan graf analisis hasil
maklumbalas dari borang kajian kepuasan pelanggan
yang telah diberikan kepada anggota
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
A) PENGURANGAN KOS OPERASI
Kos Operasi dapat dijimatkan pada 1/2/16 hingga 15/2/16
dengan KSC tidak perlu lagi membuat mandi berjulum atau
tepid sponging yang memerlukan peralatan yang banyak
dimana kos membuat mandi berjulum atau tepid sponging
sebanyak Rm 20.00 seorang dapat dijimatkan.
Kos mandi berjulum atau tepid sponging untuk seorang
bayi/kanak-kanak untuk menurunkan demam panas = Rm
20.00
Pesakit pada 1/2/16 hingga 15/2/16 sebanyak 30 orang
Jumlah 30 orang x Rm 20.00 = Rm 600.00
KSC
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
Penjimatan 1/2/16 hingga 15/2/16 sebanyak
Rm 443.00 untuk 30 orang bayi/kanak-kanak .
KSC dapat mengurangkan Anggaran kos dalam setahun
sebanyak :
Anggaran pengurangan sebanyak Rm 30,528.00 setahun
bagi Hospital Tampin.
PENJIMATAN KOS OPERASI
Rm 30,528.00
Sebulan 60 pesakit x Rm 42.40 = Rm 2,544.00
= Rm 5,544.00 - 5 helai KSC Rm 38.00 = Rm 2,506.00
Setahun 60 orang pesakit x 12 bulan = 720 orang pesakit
= 720 pesakit x Rm 42.40 = Rm 30,528.00
= Rm 30,528.00 - 5 helai KSC Rm 38.00 = Rm 30,528.00
Baju Sejuk Kejora Smart Cool telah dibuat sebanyak 5 helai
untuk kegunaan Wad Kenanga 2B ( Rm 7.60 x 5 = Rm 38.00 )
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
Perbandingan Masa Sebelum Dan Selepas Projek
Penjimatan Output / Hasil Kerja
Anggota mengambil masa 57 minit untuk membuat mandi
berjulum atau tapid sponging pada bayi/kanak-kanak dengan
KSC masa diambil hanya 14 minit pengurangan sebanyak
43 minit bagi seorang pesakit
Sebelum Projek masa yang diambil bagi
1 Orang bayi/kanak-kanak
- 57 minit
Selepas Projek masa yang diambil bagi 1
Orang bayi / kanak-kanak
- 14 minit
Penjimatan masa bagi seorang bayi 43 minit
PENJIMATAN OUTPUT / HASIL KERJA
BAGI 1 Feb 2016 - 15 Feb 2016
Penjimatan masa bagi 1 Orang
bayi/kanak-kanak
- 43 minit
30 Orang bayi/kanak-kanak x 43
minit
- 1290 minit
Penjimatan masa - 21 Jam 30 minit
Penjimatan masa sebulan 1290 minit x 2 = 2580 minit
Penjimatan setahun 2580 minit x 12 bulan = 30,960 minit
Penjimatan Setahun 30,960 minit
Bersamaan = 516 jam
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
1. PENAMBAHBAIKAN PADA PROSES KERJA
SEBELUM
SELEPAS
Mandi berjulum atau tepid sponging harus dilakukan pada
Bayi/kanak-kanak untuk menurunkan demam panas. Prosedur
ini memerlukan proses yang banyak.
Bayi/kanak-kanak hanya perlu memakai baju sejuk Kejora
Smart Cool. Prosedur menurunkan demam panas dapat
dikurangkan. Dengan adanya KSC ini kerja rutin berjalan
dengan lancar.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
2. PENINGKATAN HASIL KERJA
SEBELUM
SELEPAS
Kualiti kerja anggota menurun kerana terpaksa melakukan
berbagai prosedur untuk menurunkan demam panas pada
bayi/kanak-kanak.
Dengan menggunakan KSC dapat meningkatkan kualiti
kerja kerana kerja lebih cepat, mudah dan tidak perlu
melakukan prosedur yang banyak.. KSC ini boleh
digunakan juga di Rumah.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
SEBELUM
SELEPAS3. LEBIH MUDAH DIKENDALIKAN
Anggota sukar untuk melakukan prosedur yang banyak kerana
bayi/kanak-kanak mungkin menangis dan meronta kerana
tidak selesa .
Menurunkan demam panas pada bayi/kanak-kanak
menjadi mudah dan cepat kerana KSC mudah digunakan
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
4. PENINGKATAN IMEJ JABATAN 5. ALAT SELAMAT UNTUK PESAKIT
SEBELUM
Semasa proses menurunkan demam panas dengan
melakukan mandi berjulum atau tepid sponging pada
bayi/kanak-kanak mereka tidak selesa dan menangis.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
SELEPAS SELEPAS
Setelah di ujicuba sebulan terus menerus dengan penggunaan
yang intensif, didapati bahawa penggunaan KSC ini tidak
mendatangkan kesan sampingan kepada bayi dan anggota.
Surat pengesahan keselamatan untuk digunakan dari Medivest
.
Kumpulan telah ke sirim untuk mendapatkan pengesahan
keselamatan pada 2 March 2016.
SEBELUM SELEPAS
Tiada alternatif untuk
menambahbaik cara kerja
sedia ada.
Bangga dan lebih
bertanggungjawab apabila
pelanggan menyatakan rasa
kepuasan atas tugas yang
dibuat.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
6. Motivasi Ahli Bertambah
7. Peningkatan Idea Baru, Inovatif dan Kreatif
SEBELUM SELEPAS
Kakitangan beranggapan kerja
sebagai satu rutin biasa yang
terus menerus dan tiada
inisiatif membuat transformasi
tugas.
Berjaya menjana idea kreatif
dengan terhasilnya KSC,
KEJORA telah membawa
perubahan sikap, imej serta
komitmen dan lebih bersikap
positif.
8. PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN HATI
PELANGGAN
Satu kajian kepuasan pelanggan telah dibuat sekali
lagi semasa projek ujicuba dijalankan untuk
mendapat maklumbalas dari Ibu dan ahli keluarga
berkaitan cadangan penyelesaian yang cuba
diterapkan oleh kumpulan.
Sebanyak 50 borang kajian kepuasan kepada ibu
dan waris manakala 20 borang telah diberikan
kepada anggota dan didapati ibu, waris dan anggota
berpuashati dan menyokong perubahan. Mereka
memahami dan bersetuju betapa pentingnya KSC
kepada bayi/kanak-kanak, ibu dan waris.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
9. PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN
KAKITANGAN
Apabila anggota telah mengetahui cara-cara
menggunakan KSC dengan selamat ia dapat meringan
beban kerja kakitangan dan kakitangan tidak perlu lagi
risau tentang kelewatan menurunkan demam panas pada
bayi dan kanak-kanak.
Suasana kerja akan bertambah ceria dan hubungan
antara kakitangan dengan keluarga bayi dan kanak-
kanak tetap terjalin. Sehubungan dengan itu imej jabatan
akan meningkat.
B) ANALISA KOS FAEDAH
i) Faedah Sebenar
RM 7.60
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
C) Faedah-Faedah Sosial
1. Dapat mengelakkan demam panas menjadi lebih teruk
dan tinggi bagi mengelakkan kekejangan, kerosakan pada
otak dan kecacatan pada bayi dan kanak-kanak.
2. Dapat mengelakkan masalah jangka panjang yang
disebabkan demam panas. Seperti Masalah kerosakan
pada otak dan kecacatan kekal.
3. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem
penyampaian perkhidmatan awam dan meningkatkan
produktiviti selaras dengan objektif Kementerian
Kesihatan Malaysia.
4. Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap ketulusan
perawatan Hospital Tampin.
5. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan penglibatan
anggota dalam inovasi serta memupuk warga kerja
berminda kelas pertama.
6. Membantu merealisasikan pelaksanaan Hala Tuju Tahun
2015 Hospital Tampin.
7. Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
meningkatkan tahap perawatan kepada orang awam
dapat direalisasikan.
D) SUMBANGAN KEPADA OBJEKTIF ORGANISASI
Objektif Jabatan Tercapai
1. Objektif Hospital Tampin tercapai di mana ”KEJORA
SMART COOL” KSC telah berjaya mengurangkan
tempoh masa menurunkan demam panas pada bayi
dan kanak-kanak dari
57 minit ke 14 minit.
Kejayaan ”KEJORA SMART COOL” KSC untuk
menyelesaikan masa melakukan prosedur
menurunkan demam panas pada bayi dan kanak-
kanak menjadi 14 minit atau lebih awal telah berjaya
menjimatkan banyak masa serta kos perawatan
Hospital Tampin.
Disamping itu Objektif Hospital Tampin Menyediakan
perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan
menggunakan Teknologi ( Perubatan ) yang
berpatutan kepada semua pelanggan tercapai.
Merealisasikan Visi Hospital Tampin
1. Dengan usaha dan inovasi yang dilakukan pegawai
dan kakitangan Hospital Tampin yang berkenaan
menunjukkan mereka bersama-sama mendokong dan
berusaha menjayakan Visi Hospital Tampin iaitu untuk
menjadikan Hospital Tampin sebuah institusi
perubatan yang memberikan perkhidmatan perubatan
yang berkualiti dan efisyen tercapai.
PENCAPAIAN HASIL PROJEK
TINDAKAN PENYERAGAMAN
Setelah tamat tempoh percubaan Kumpulan KEJORA telah
mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan
untuk tindakan penyeragaman berdasarkan kebaikan dan data-
data yang diperolehi. Setelah dibuat penelitian dan kajian
mendalam, pihak pengurusan telah bersetuju dengan
cadangan-cadangan yang dikemukakan dan Kumpulan Kejora
telah meletak 5 helai Baju Sejuk Kejora Smart Cool di Wad
Kenanga 2B . Berkuatkuasa pada 26.1.2016 Hospital Tampin.
KSC telah di “implementasi” kan.
Setelah penyeragaman dilakukan kejora telah memberi
tunjuk ajar kepada anggota. Kejora telah menyerahkan Baju
sejuk Kejora Smart Cool kepada Wad Kenanga 2B untuk
digunapakai oleh pesakit demam panas.
TINDAKAN PENYERAGAMAN
KSC telah dimasukkan ke dalam Carta aliran Kerja, Fail Meja
dan Check List untuk panduan semua kakitangan di mana
prosedur menurunkan demam panas pada bayi dan kanak-kanak
dengan menggunakan KSC menjadi lebih teratur dan
sistematik.
Kami berharap sasaran projek ini dapat digunapakai oleh
hospital-hospital di Negeri Sembilan., di mana kebaikannya
amat ketara agar komplikasi yang lebih teruk dapat dielakkan
untuk meningkatkan perkhidmatan dan kerpuasan pelanggan.
Pihak pengurusan telah menghantar surat kepada Jabatan
Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan untuk tindakan
penyeragaman diseluruh Hospital di Negeri Sembilan.
Setelah penyeragaman dilakukan kumpulan telah
membuat hak cipta Harta Intelek pada 10/3/2016. Sijil
Harta Intelek akan dikeluarkan setelah 4 bulan didaftarkan.
Surat Akuan Sumpah
KAJIAN SELEPAS PROJEK
Setelah KSC digunapakai di wad kenanga 2B kejora telah
membuat permerhatian dengan bayi dan kanak -kanak
yang telah menggunakan KSC untuk membuat
perbandingan keputusan selepas menggunakan KSC dan
sebelum menggunakan KSC dari 15hb Feb 2016 sehingga
6hb Mac 2016
Sebanyak 35 bayi/kanak-kanak yang telah menggunakan
KSC dan mereka telah diambil suhu badan didapati semua
suhu badan bayi/kanak-kanak turun dan mereka suka dan
selesa memakai Kejora Smart Cool. Ini terbukti setelah
beberapa orang pelanggan telah membeli dan menempah
Kejora Smart Cool untuk digunakan dirumah.
FAIL MEJA/PENILAIAN KUMPULAN
CHECK LIST DAN FAIL MEJA DATA KEMAJUAN AHLI KUMPULAN
( SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK )
PENILAIAN KUMPULAN
MASALAH KELEMAHAN / KEKURANGAN DAN
CARA MENGATASI
Dalam melaksanakan projek KIK kami , beberapa
kesulitan telah dikenalpasti :-
PEMBELAJARAN KUMPULAN
MASALAH KELEMAHAN / KEKURANGAN DAN
CARA MENGATASI
Setelah menjalankan projek KIK kumpulan kami, di dapati
banyak perkara-perkara baru yang telah dipelajari oleh kumpulan.
Pembelajaran kumpulan ini telah diperolehi melalui temuduga
secara lisan diantara ahli kumpulan.
Hasil daripada temuduga beberapa perkara dapat disenaraikan :-
1. Ahli kumpulan kini lebih mahir membuat keputusan dalam
sesuatu perkara dalam kehidupan seharian ketika
mengendalikan sesuatu masalah.
2. Lebih yakin meluahkan pendapat secara “Brain Storming”
dalam sesuatu perbincangan ketika bermesyuarat di
tempat kerja.
3. Lebih gemar melakukan sesuatu kerja secara
berkumpulan kerana masalah dapat diselesaikan dengan
lebih mudah melalui tindakan kumpulan.
4. Ahli kumpulan pandai menyesuaikan diri dengan
kumpulan ketika bermesyuarat dan berbincang tanpa
menyinggung perasaan diantara satu sama lain.
5. Mengajar ahli-ahli lebih berdisiplin
6. Membina semangat keyakinan diri dan sikap yang positif.
7. Mengajar ahli-ahli menjadi lebih ‘komited’ dan sabar
walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
8. Dapat mencungkil bakat dan daya kreativiti ahli-ahli
9. Dapat menghargai masa
10. Pengetahuan tentang kaedah penyelesaian masalah
dengan sistematik
KESIMPULAN
Kumpulan KEJORA telah mencipta KSC untuk
menyelesaikan
Kelewatan menurunkan demam panas pada bayi/kanak-kanak
di wad Hospital Tampin. Kejayaan projek ini juga dapat
meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan kerja menjadi
lebih bersistematik, efiyen, efektif dan mudah digunakan.
Petugas merasa selesa dan berpuashati kerana KSC
memudahkan penyimpanan dan menjimatkan masa serta
tenaga.