pengenalan mt

3
2.0 Pengenalan Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru amatlah penting. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik murid di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membinaitem/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentu Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan murid-murid kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis

Upload: andy-peter

Post on 17-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

2.0 Pengenalan

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru amatlah penting. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik murid di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membinaitem/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentu Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan murid-murid kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan murid. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis-analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item. Analisis-analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya dikehendaki untuk membentuk satu Jadual Penetuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan, saya perlu menggubal satu set instrument ujian objektif sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudian saya perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih tajuk Nombor Bulat yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Matematik Tahun 6. Berdasarkan tajuk ini saya telah membina satu unit JPU bagi memudahkan saya untuk menggubal satu set soalan objektif yang akan saya tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepada murid-murid Tahun 6 yang terdiri daripada 20 orang murid dari sekolah tempat saya mengajar iaitu SK Nanga Tibu, Lubok Antu.Ketika pertama kali saya menerima tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya penyediaan JPU. Ini kerana saya berasa agak keliru untuk membina soalan / item yang bersesuaian mengikut aras Taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, saya mengalami masalah dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah saya pilih. Mujurlah, dengan bimbingan daripada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Gan Wei Ling dan rakan-rakan PPG telah banyak membantu saya dalam menyediakan JPU serta contoh soalan yang sesuai dengan aras JPU. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada saya untuk menjadi warga pendidik yang lebih baik dan berjaya.