pengenalan pidato

Upload: sallezad-salleh

Post on 10-Oct-2015

151 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMK 3101

TRANSCRIPT

PENGENALAN

PENGENALAN

1.1 Definisi pidatoPidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Bersyarah atau pidato merupakan aktiviti komunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Syarahan atau pidato juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar. Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai

yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup.

Tujuan Pidato

Lazimnya syarahan atau pidato dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti beriku t:

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut.

Memberitahu audiens tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-hal semasa yang menarik hati.

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara.

Mempengaruhi audiens supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

1.2 Perbezaan antara syarahan dan pidato

Persamaan syarahan dan pidato ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan.

Pada asasnya pidato dan syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks yang dilihat oleh masyarakat. Syarahan boleh dilihat daripada beberapa konteks. Yang pertama ialah konteks syariah dan akidah. Seringkali penyampaian yang berkisar akidah, syariah, sirah dan fiqah disebut syarahan. Penyampaian panjang lebar oleh tokoh-tokoh, khususnya ahli akademik berkenaan sesuatu. Ini juga dipanggil syarahan. Pidato tidak menyebut hal-hal kerukunan Islam dan iman, tidak menyebut sirah nabi dan lain-lain.

Pidato merupakan persembahan yang menggunakan teks dan bahan rujukan yang banyak semasa menyampaikan.

Sementara ucapan pula membawa maksud yang berbeza. Ucapan biasanya berkaitan dengan sesuatu majlis atau upacara, dibuat semasa awal atau akhir majlis tersebut berlangsung. Ucapan biasanya boleh menyentuh hal-hal lain selain topik yang diberikan, atau juga boleh menyentuh dua tiga perkara sekali gus, tidak seperti pidato yang hanya bertumpu kepada satu topik sahaja.

1.3 Ciri-ciri pidatoBinaan sesuatu teks pidato

Secara kasar, binaan sesuatu pidato terdiri daripada bahagian-bahagian yang seperti berikut :

1. Pembuka kata

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak- pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato yang berkenaan

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan atau pidato perlu diberikan dalam bahagian ini.

3. Isi atau format

Isi pidato merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

4. Penutup isi atau amanat

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato tadi.

5. Penutup pidato

Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan atau pidato tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan pidato, melahitkan pendapat, penyampaikan yang menarik dan menutup pidato.

1.4 Cara-cara pengucapan pidato

Gaya dan Penampilan

1. Mata dan Kepala

Mata hendaklah memandang muka hadirin dengan adil, kiri, kanan, depan, belakang, dan tengah, bukan memandang lantai atau siling. Pandangan yang tajam akan menampakkan keyakinan.

2. Tangan

Kadangkala sukar mengawal pergerakan tangan kita. Maka cara terbaik ialah biarkan tangan anda bergerak sesuka hatinya.

3. Mulut

Cuba senyum selalu. Ini kerana senyum itu dapat memaniskan suasana ketika berpidato. Tambahan pula, diri sendiri tidak akan gementar.

4. Intonasi

Jangan bercakap menjerit-jerit atau terlalu perlahan. Gunakan nada semulajadi dan kawal supaya kelihatan profesional.

5. Humor

Selitkan unsur-unsur humor. Jangan terlampau banyak

.

6. Emosi

Emosi harus dikawal supaya tidak keterlaluan. Jauhkan daripada mengkritik pihak-pihak tertentu atau menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan.

Penyampaian yang Menarik

Isi dan susunan pidato yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian pidato yang berkesan termasuklah kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa dan gaya.

Kelancaran

1. Memulakan pidato dengan berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada.

2. Pandang tepat kearah audiens semasa menyampaikan pidato.

3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.

4. Pause berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audiens memahami atau mengikuti hujah.

5. Kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.

6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh, em atau ya.

7. Menyampaikan pidato mengikut tempo yang sederhana; elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

Nada dan intonasi

Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya,

1. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian

2. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati

3. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujul

4. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar

5. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.

Kecekapan berbahasa

Pidato yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut :

1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.

2. Aras bahasa bersesuaian dengan audiens.

3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato untuk menarik minat audiens. Keidahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.

5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audiens.

6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

Gaya Penyampaian

1. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.

2. Jangan kaku atau beraksi berlebihan

3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, dan marah apabila emosi tinggi.

4. Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.

5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.

6. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majllis.

Pakaian

Untuk lelaki, pakailah suit kemas bertali leher dan berkasut kulit. Atau sebagai alternatif, pakailah baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Ingat, pakaian lengkap sangat penting. Jangan sekali-kali berkasut sukan Adidas atau Converse, walaupun mahal dan baru. Pakailah kasut kulit. Juga jangan berbaju Melayu tidak bersampin, bersongkok atau berbutang. Jaga kredibiliti dan

profesionalisme anda. Bagi perempuan, saya tidak begitu arif, tetapi suit nampak paling sesuai. Kemaskan tudung atau uruskan rambut dengan rapi.

Bersedia,Yang paling penting ialah bersedia. Kalau anda boleh ulang teks sebanyak 100 kali, ulanglah. Sampai hafal. Adanya teks di tangan menunjukkan anda tidak cukup bersedia ketika berpidato. Kalau dibenarkan melihat point-point sekalipun, serlahkan krebiliti anda dengan tidak membawa apa-apa di tangan. Yang penting, bersedialah, sehingga ke saat terakhir. Yang membentuk kesempurnaan anda ialah kesediaan anda.

Kemahiran menutup ucapan

1. Sebelum mengakhiri pidato, pemidato hendaklah membuat rumusan keseluruhan dan menegaskan pendirianya terhadap tajuk yang disampaikan untuk meyakinkan para pendengar

2. Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan

3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri pidato.

4. Mengakhiri pidato dengan meninggkalkan suatu soalan rangsangan kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama.

5. Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh memanfaatkan para pendengar.

6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilp kata semasa berpidato.

1.5 Peraturan Pertandingan Pidato

1. Peserta:1.1. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3. (Menengah Rendah)

1.2. Setiap maktab diwakili oleh seorang peserta.

2. Hadiah: 3 hadiah disediakan untuk pemenang iaitu:

Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. 6 hadiah saguhati kepada peserta-peserta yang lain.

3. Penentuan Tajuk: 3.1. Tajuk-tajuk pidato akan disediakan oleh pihak penganjur

3.2. Tajuk-tajuk yang disediakan berdasarkan isu-isu semasa dan tajuk-tajuk yang ada hubungan dengan Pengetahuan Agama Islam.

4. Peraturan Pemarkahan: 4.1 Pembahagian markah

i. Isi (25 markah)

Pemidato akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan pemarkahan:

[Rujuk borang pemarkahan]

Isi yang diperlukan sebanyak 5 isi

ii. Bahasa (20 markah)

Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

iii. Penyampaian (45 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan ide tertib.

iv. Adab (5 markah)

Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah tersebut.

v. Markah bonus (5 markah)

Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan dan perawakannya.

4.2. Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah diambilkira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan cara penyampaian. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, cara penyampaian dan bahasa dijadikan asas penentuan.

5. Syarat-syarat Perpidato: 5.1. Pemidato-pemidato diberi masa 8 minit sahaja.

5.2. Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan 2 kali bila masa tamat.

5.3. Apa yang disampaikan oleh pemidato setelah loceng penamat dibunyikan, markah tidak akan diberi oleh Hakim.

5.4. Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan dipotong markah.

5.5. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

5.6. Penggunaan bahasa atau tuturkata yang kurang sopan adalah dilarang.

5.7. Pemidato-pemidato tidak dibenarkan menundingkan jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka atau menepuk meja semasa berpidato.

5.8. Pemidato dimestikan berbahasa baku.

5.9. Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

6. Hakim: 6.1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.

6.2. 3 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya sebagai ketua.

7. Panduan Kepada Jemaah Hakim:7.1. Pemidato-pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya; persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan; penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton-penonton melalui tepuk sorak.

7.2. Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan dipotong markah.

7.3. Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.

7.4. Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan 5.5 dan 5.7 di atas akan dipotong markah.

7.5. Markah juga akan dipotong jika tidak berbahasa baku.

Penutup:Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk sama ada lisan dan tulisan tidak akan dilayan.