pengenalan seni dalam pendidikan.doc

Upload: fizalomi-tajuddin

Post on 05-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN SENI DALAM PENDIDIKANWAJ3073

INTERAKSI 1Pengenalan Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan astu usu asas kepada pendidikan berkualiti yang menggalakkan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai aras kecerdasan dan persekitaran yang berbeza. Mana konsep seni dalam pendidikan pula merujuk kepada gabungan 3 komponen iaitu seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamatnya ialah untuk menambahbaik kualiti pendidikan melalui integrasi seni dalam pendidikan yang menggalakkan ekspresi artistic,inovasi, krativiti, integrasi sosiobudaya dan pencapaian hasil pembelajaran.

Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan keativiti

Terdapat beberapa kepentingan imagiasi, emosi, ekspresi dan kreativiti antaranya ialah meningkatkan daya ingatan, membina keyakinan diri, mampu untuk meramal dan merebut peluang, membantu dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk menguasai keadaan.

Prores pengajaran dan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan akan berlaku. Selain daripada itu, proses pemindahan akan berlaku secara aktif yang melibatkan minda, tubuh badan dan kerohanian.Aktiviti penerokaan, penemuan dan membina konsep baru aka berlaku.Kanak-kanak dan Seni

Fitrah kanak-kanak ialah untuk medapatkan pendidikan, jasmani yang sihat, keadaan emosi yang stabil, mempunyai kerohanian yang terpuji, mempunyai daya berfikir yang tinggi, interaksi sosial yang menggalakkan dan kefahaman tentang nilai estetik. Dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pula terbahagi kepada tiga peringkat umur iaitu :

a)Usia 4 hingga 6 tahun

-Pada usia sebegini, kanak-kanak mempunyai unsur dan keupayaan menyerap pegetahuan dengan banyak dan pesat

b) 7-9 tahun

- pada ketika ini, kanak-kanak mula berminat terhadap aktiviti berkumpulan dan kejayaan secara berkelompokc) 10- 12 tahun

- ketika berada diperingkat umur sebegini, kanak-kanak mula mempunyai minat dan tingkah laku yang berbeza disebabkan oleh kematangan fizikal mereka.

Dalam konsep kanak-kanak sebagai insan sosial, pengaruh daripada keluarga, guru, rakan sebaya dan juga persekitarannya. Pada peringkat ini, sesuatu proses pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian da juga peniruan.Irama

Proses irama belaku secara berulang-ulang. Kanak-kanak melihat, mendengar, merasa dan menyentuh berulang kali dalam kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak juga mempeolehi kemahiran dalam irama semasa belajar mengira, melukis corak dan juga melakukan aktiviti gerakan. Dengan adanya unsure irama semas proses pengajaran dan pembalajaran, murid dapat mempertingkatkan tahap tumpuan mereka. Disamping itu, penglibatan murid juga akan menjadi aktif dan bersemangat serta mempertingkatkan potensi dan keseronokkan. Selain itu, usur irama dalam pendidikan akan menjana pegerakan yang ekspresif.Warna

Alam semulajadi kita dipenuhi dengan wana. Warna memainkan peranan yang penting dalam aspek persenaliti, kebudayaan dan juga psikologi seseorang individu. Keragaman aktiviti kehidupan di dunia turut dikenali sebagai warna kehidupan.. Kita dapat melihat warna daripada cahaya. Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif. Dalam muzik, warna berkait rapat dengan kualiti bunyi.Ruang

Apabila kita fahami tentang konsep ruang, kita akan menjadi lebih peka tentang pergerakan., Seseorang guru perlu menyusun perabut di dalam bilik darjah dengan kemas dan teratur supaya ia menjadi lebih menarik dan berkesan serta menjadikan pergerakan guru dan murid mudah dan selamat. Ini dapat mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan Deria Kanak-KanakTerdapat lima jeis deria yang digunakan iaitu deria bau, rasa, lihat, dengar dan hidu. Deria digunakan bagi mempercepatkan pross pemahaman murid sepanjang perjalana proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan deria akan menjadi lebih seronok dan ceria, Sebagai contoh :Mendengar menggunakan telinga, menyentuh menggunakan kulit, merasa menggunakan lidah, menghidu sama ada bau busuk atau wangi menggunakan hidung dan melihat menggunakan telinga.

Disediakan oleh :Fizalomi bt Tajuddin

PPG Prasekolah