pengertian reka bentuk pengajaran -...

10
ISL edu 3105 Tajuk 2: Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku. Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Definisi lain yang diberikan kepada maksud reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Konklusinya Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat bidang utama iaitu; Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk strategi pengajaran Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar Rujukan: http://buayancrew.blogspot.com/ EDU3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengertian reka bentuk pengajaran

Upload: buidat

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Tajuk 2:

Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video

pengajaran, perisian komputer dan sebagainya

Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta

amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan

penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu

unit pelajaran berlaku.

Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi

mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.

Definisi lain yang diberikan kepada maksud reka bentuk pengajaran adalah proses

untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil

kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994).

Konklusinya Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses

menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat bidang utama iaitu;

Reka bentuk sistem pengajaran

Reka bentuk strategi pengajaran

Reka bentuk mesej

Ciri-ciri pelajar

Rujukan: http://buayancrew.blogspot.com/ EDU3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengertian reka bentuk

pengajaran

Page 2: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Proses pengajaran atau penyampaian merupakan suatu kemestian dalam latihan dan

pendidikan . Reka Bentuk Pengajaran (RP)– manifestasi bahawa pembelajaran seharusnya

berlaku dan dibina mengikut proses yang teratur menjurus kepada hasil pembelajaran .

Perancangan yang teratur , lengkap dan sistematik harus ada untuk mencapai matlamat yang

ditetapkan .

RP menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana mengajar agar pembelajaran

berlaku . RP ialah proses 3 peringkat : i . Penentuan Objektif yang Jitu ii . Perancangan

Pengajaran Pembelajaran iii. Penilaian Pengajaran Pembelajaran

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran

kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran

KATEGORI REKA BENTUK PENGAJARAN

- RP Sebagai Satu Proses

- RP Sebagai Satu Disiplin

- RP Sebagai Satu Sains

RP Sebagai Satu Proses RP – pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis

dengan mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran (Briggs, 1977).

Merangkumi keseluruhan proses :

- i . Menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran

- ii. Membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran

- iii. Menyediakan bahan dan aktiviti pengajaran – pembelajaran .

- iv. Melaksanakan perancangan pengajaran – pembelajaran .

- v. Membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran .

RP Sebagai Satu Disiplin RP – satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan

penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran . Proses pelaksanaan strategi pengajaran

Teori RP – menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi memastikan

pembelajaran berlaku . Kaedah Terus Kaedah Pandang Sebut Kaedah

Page 3: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Reka B entuk Pengajaran Sebagai Satu Sains

Satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk , melaksana , menilai , dan

menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran ,

baik kecil ataupun berskala besar pada semua peringkat . Bermodelkan pengajaran bilik

darjah dan bermodelkan kurikulum , kursus atau produk . Mereka bentuk , mengembangkan ,

dan menguruskan pembelajaran ( Richery , 1986)

( Yusup Hashim , 1998) Proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran

yang mengandungi empat bidang ;

- Reka bentuk sistem pengajaran

- Reka bentuk strategi

- Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar

Reka Bentuk Sistem Pengajaran - Prosedur menganalisis , mereka bentuk , membina dan

melaksana serta menilai pengajaran

Reka Bentuk Strategi - Proses memilih dan menyusun atur penyampaian dan aktiviti

pengajaran pembelajaran M encakupi penentuan langkah pengajaran pemilihan isi

kandungan kaedah pengajaran media penyampaian aktiviti pembelajaran yang dapat

mengukuhkan proses pembelajaran dan menjamin pencapaian hasil pembelajaran .

Proses merancang cara dan format penyampaian mesej Proses kognitif perlu diambil kira

Mempengaruhi aspek lain dari segi tingkah laku kognitif , afektif dan psikomotor Pemilihan

media Tugasan pembelajaran

Reka Bentuk Mesej

- Ciri-ciri Pelajar

- Latar belakang

- Pengalaman

- Kemahiran

- Sikap

- Pengetahuan sedia ada

Page 4: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A–Analyse learner (Analisis pelajar) S–State objective (Nyatakan objektif) S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R–Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar) E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:

Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa tempuh perlaksanaannya?

A–Analyse learner (Analisis pelajar)

S–State objective (Nyatakan objektif)

S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media

dan bahan)

U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

R–Require learner participation (Memerlukan

penglibatan pelajar)

E–Evaluate and revise (Nilai dan semak))

Page 5: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaran

terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya

mudah diukur dan cicapai.

Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif

pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.

Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah

perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran

kendiri dan sebagainya.

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media;

cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang

sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan

dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu

arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian

seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah

menjadi kebiasaan.

Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara

aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja

kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga

membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau

menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang

perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi

gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencuba

Page 6: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum

balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang

memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian

objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian

formatif dan juga sumatif

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas

kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima

peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis

persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat

Analisis Reka

Bentuk Pembangunan Pelaksanaan Penilaian

Page 7: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses

analisis iaitu :

Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?

Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan

Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?

Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?

Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

proses menentukan cara pembelajaran akan berlaku

Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :

Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan

strategi rekabentuk

Jenis Analisis

Analisis Keperluan

Analisis Tugasan

Analisis Pengajaran

Page 8: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh

pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran

Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut

spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar

ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

proses memasukkan pengajaran dalam dunia sebenar

Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar

bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku.

Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia

diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

proses mengenal pasti impak pengajaran

Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif

merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya

melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan

maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen

multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

Reka bentuk mesej

Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam penyampaikan mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri ialah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga kompenen, iaitu mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej.

Page 9: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

1. Mesj ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan. Mesaj

boleh dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan sebagainya. 2. Bentuk mesej merujukan kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam

bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, symbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.

3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian

mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bemtuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Anatara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projector overhed, LcD, projector filem dan sebagainya.

Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang bertindak saling. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesen dapat berlaku.

Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkah laku, dan respons pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya.

Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej.

Menurut edgar dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Berikut ialah paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969)

Page 10: Pengertian reka bentuk pengajaran - hearteye.weebly.comhearteye.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480094/tajuk_2.pdf · Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

ISL edu 3105

Gagne dan briggs (1974) mengemukakan enam kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang sesuai bagi menyampaikan maklumat atau mesej bergantung pada objktif dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut ialah:

1. Perkataan/struktur bahasa

2. Bentuk bunyi bukan bahasa

3. Perkataan bercetak

4. Gambar statik

5. Gambar bergerak

6. Sampel sebenar

Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media nergantung pada bentuk mesej dan objektif pengajaran-pembelajaran yang hendak dicapai.

Rujukan: http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-2-reka-bentuk-pengajaran.html