pengetahuan-baru.docx

1
PENGETAHUAN BARU – PEMERHATIAN Setelah menjalani praktikum selama beberapa minggu di SJK (C) Chung Hwa Damansara, saya telah membuat sedikit pemerhatian mengenai tingkah laku dan emosi murid-murid pendidikan khas ini. Saya mendapati bahawa setiap murid mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang berbeza. Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas mudah penat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid pendidikan khas kurang memberi respons semasa proses pengajaran dan pembelajran dilaksanakan. Selain itu, murid murid pendidikan khas tidak berminat dan suka untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Maka,dengan itu saya membuat sedikit pembacaan mengenai kesihatan dan kognitif kanak-kanak pendidikan khas. Sememangnya, daya tumpuan untuk belajar lemah berbanding dengan murid-murid normal di arus perdana. Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas yang mudah penat akan mengganggu murid yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, keadaan kelas menjadi tidak terkawal dan bising, Hal ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru dan murid yang ingin belajar. Oleh itu, penyelesaian yang dicadangkan adalah merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk belajar sambil bermain atau bentuk permainan. Hal ini, murid berminat untuk mengikut aktiviti pengajaran guru dan tidak mudah berasa penat. Manakala, lembaran kerja yang dibina untuk murid-murid haruslah mudah difahami dan tidak membebankan murid.

Upload: yu-yong-

Post on 16-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGETAHUAN BARU PEMERHATIANSetelah menjalani praktikum selama beberapa minggu di SJK (C) Chung Hwa Damansara, saya telah membuat sedikit pemerhatian mengenai tingkah laku dan emosi murid-murid pendidikan khas ini. Saya mendapati bahawa setiap murid mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang berbeza.Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas mudah penat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid pendidikan khas kurang memberi respons semasa proses pengajaran dan pembelajran dilaksanakan. Selain itu, murid murid pendidikan khas tidak berminat dan suka untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Maka,dengan itu saya membuat sedikit pembacaan mengenai kesihatan dan kognitif kanak-kanak pendidikan khas. Sememangnya, daya tumpuan untuk belajar lemah berbanding dengan murid-murid normal di arus perdana.Menerusi pemerhatian saya, murid-murid pendidikan khas yang mudah penat akan mengganggu murid yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, keadaan kelas menjadi tidak terkawal dan bising, Hal ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru dan murid yang ingin belajar.Oleh itu, penyelesaian yang dicadangkan adalah merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk belajar sambil bermain atau bentuk permainan. Hal ini, murid berminat untuk mengikut aktiviti pengajaran guru dan tidak mudah berasa penat. Manakala, lembaran kerja yang dibina untuk murid-murid haruslah mudah difahami dan tidak membebankan murid.