penggabungjalinan

6
PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. PENYERAPAN Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai- nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yangdisarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnyadan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akanmengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap,kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri

Upload: rohaida-tajudin

Post on 15-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

gabungjalin

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGABUNGJALINAN

PENGGABUNGJALINAN 

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.

Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang

terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran

lain. 

PENYERAPAN 

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga

boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti

sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.  

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan

pembelajaran yangdisarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat

murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia

menerima pelajaran seterusnyadan berupaya pula meneruskannya sendiri.

Mengikut strategi ini, setiap murid akanmengambil bahagian secara aktif di

dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen

kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap,kemanusiaan, dan persekitaran

serta kesenian dan rekreasi. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya

sesuai dengan perkembangan diri dankebolehan murid-murid supaya

pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam

menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkanmenjalankan

pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaranyang

sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Satu

strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid

yangmaksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan

penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses

penggabungjalinan ini beberapakemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini

Page 2: PENGGABUNGJALINAN

juga dapat mengelakkan rasa bosandalam proses pembelajaran. Kemahiran-

kemahiran boleh digabungjalinkan sama adakemahiran-kemahiran yang terdapat

dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata

pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran. Bahan-bahan

program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran.Unsur-

unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik,

kesihatan,seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi

satu mata pelajaranyang diberi nama Alam dan Manusia. Dalam kurikulum baru

sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepadakemahiran asas. Untuk

mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi

ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiranitu, maka

sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu.

Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang

menarik dan bermakna dapat diciptakan. Program terpadu mengandungi 2

strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan.Program ini bertujuan : i.

membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan

lebih  bermakna ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang

lebih menarik  iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan iv.

kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.

PENGGABUNGJALINANKonsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa

Malaysia bukanlah suatu konsepyang baru. Dalam pengajaran bahasa,

kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhanyang melibatkan semua aspek

kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca danmenulis atau

sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengajaatau

tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu.

Tetapiapa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya

penggabungan itu dapatdilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik,

teratur, dan lebih luas lagi. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran

guru adalah bertujuan mengelakkancompartmentalization iaitu satu usaha untuk

mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan

Page 3: PENGGABUNGJALINAN

memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang

berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek

kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran

lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan

pembelajarandibahagikan kepada 2 : i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa

mata pelajaran.Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang

sering dijalankan dalamkelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran

mendengar, bertutur, membaca, dankemahiran menulis. Guru boleh

menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itudalm sesuatu

pengajaran. Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu

adalah mudah berubah.Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara

terancang. Sekiranya iadirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui : a)

Apakah objektif yang hendak dicapai?  b) Apakah kemahiran yang hendak

digabungjalinkan? c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa

hendak dilakukan?Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu

pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan

pencapaian murid, dan masa yangdiperuntukkan.Contohnya :Lisan … membaca

… menulis Membaca … lisan … menulis Lisan … membaca … lisan Lisan …

menulis … membaca |

_____________________________________| | TATABAHASA

Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran

sampinganyang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan

kefahaman menjadikemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai

kemahiran sampingan mengukuhkankemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak

ditumpukan kepada kemahiran membacadan kefahaman.(i) (ii) (iii) Lisan 45%

10% 30% Membaca 25% 40% 25% Menulis 20% 30% 15% Tatabahasa 10%

20% 30%Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan

(45%), dalammodel (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman

(40%), dan model (iii)menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-

Page 4: PENGGABUNGJALINAN

masing diperuntukkan sebanyak 30%. Penggabungan yang kedua ialah

melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran

dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa,kemahiran bahasa

boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.Kemahiran

bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan senidan

muzik menjadi kemahiran sampingan.CONTOH :Tajuk : Kawan saya. Kemahiran

Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya. Kemahiran Pend. Seni :

Melukis dan mewarna gambar kawan saya. Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu

‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan  perbendaharaan kata yang digunakan dalam

bacaan.Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata

pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran

dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan

kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam

beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.Bahasa : a)

Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)  b) Kemahiran membaca c) Kemahiran

menulisPendidikan Seni : a) Kemahiran melukis  b) Kemahiran

mewarnaPendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi