penggunaan sistem perancangan dan kawalan
TRANSCRIPT
i
PENGGUNAAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN
BELANJAWAN ELEKTRONIK (eSPKB) DALAM PENGURUSAN
KEWANGAN DI JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
NOR EZAH BINTI HAJI MOHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan
Pengurusan Dan Pentadbiran
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
iii
DEDIKASI
Dengan Lafaz BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Istimewa Buat Suami Tersayang Khairuddin bin Haji Hashim
Terima kasih atas doa, dorongan, kesabaran serta kasih sayang yang
menjadi pencetus kepada kejayaan ini.
Buat anak-anakku
Khairul Farhan, Nur Fitriah, Khairul Fikri,
Khairul Fahmy dan Nur Faarihah
Semoga kalian menjadi anak-anak yang bersabar menjejaki kejayaan dan
terus menerokai ilmu Allah tanpa jemu. Terus tingkatkan usaha
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kesabaran kalian
menjadi pendorong ibu untuk berjaya.
Buat Bonda Supinah Hj. Ikhsan dan Sitinah Hj. Siraj
Terima kasih atas do’a, pengertian,sokongan dan nasihat kalian. Kesihatan dan
semangat Bonda berdua menjadikan anakanda wanita yang cekal dan tabah
membina keluarga seutuh binaan Bonda dan Allahyarham Ayahanda.
Juga buat keluarga & rakan-rakan
Dorongan dan kerjasama kalian menguatkan semangat ini untuk
meneruskan perjuangan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengizinkan
dan memberkati rahmat ke atas hambaNYA, maka kajian ini dapat
disempurnakan dengan lancar dan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Dr. Mohd. Anuar bin Abdul Rahman selaku penyelia yang tidak pernah jemu
memberi bimbingan, tunjuk ajar, serta galakan kepada saya dalam
menyiapkan projek ini. Segala bimbingan, komitmen dan keikhlasan Dr.
amat saya dikagumi. Allah jua yang dapat membalasnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah Pelajaran Johor,
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Pegawai-pegawai Pendidikan serta
Kerani-kerani Kewangan di Jabatan Pelajaran Johor dan semua Pejabat
Pelajaran Daerah yang telah terlibat secara langsung dalam kajian soal selidik
ini. Keikhlasan memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini
dipohonkan keberkatan dari Allah sbnw.
Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada penyelaras Program
Pesisir Muar Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin dan Prof. Dr. Abu Bakar bin
Haji Hashim, semua pensyarah UTM serta staf Fakulti Pendidikan dan
Sekolah Pengajian Siswazah yang telah memberikan kerjasama sepanjang
pengajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan terhadap
Penggunaan Sistem Pengurusan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB)
dalam Pengurusan Kewangan di organisasi pendidikan. Kajian ini
bertujuan mengenalpasti penggunaan, kepuasan dan persepsi pengguna
terhadap sistem eSPKB. Kajian ini dilaksanakan secara spesifik di Jabatan
Pelajaran Johor (JPNJ) serta 10 PPD di Negeri Johor. Responden kajian
terdiri daripada Pegawai dan Kerani yang memiliki Kad Pintar yang
disahkan oleh Pengarah JPNJ. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada
empat bahagian. Instrumen soal selidik dibina berdasarkan objektif kajian.
Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi Penggunaan
(0.95), Kepuasan Pengguna (0.90) dan Persepsi Pengguna (0.84). Data yang
diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) for Window Version 13.0. Kajian ini dianalisis secara deskriptif dan
inferensi menggunakan kekerapan, peratusan, min, Ujian t dan ANOVA.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan eSPKB berada pada tahap
Sederhana (Min=2.80) di mana dalam Objek Sebagai 21000 Tuntutan
Perjalanan, mencatatkan tahap yang paling tinggi dengan Min (3.48)..
Dapatan juga menunjukkan kepuasan pengguna eSPKB dalam kategori
perlaksanaan tugas mencatatkan Min yang lebih tinggi (4.57) berbanding
dengan kategori Kompetensi dan Imej serta Kesan Positif eSPKB. Hasil
kajian menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa penggunaan
eSPKB mempermudahkan tugas-tugas pengurusan kewangan dan mereka
memerlukan kursus atau sesi pemantapan profesion dari masa ke semasa.
Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi
penggunaan eSPKB.
vi
ABSTRACT
This descriptive survey is done to the application of an eSPKB
(Budgeting Control and Management Electronic System) in the Johore State
Education Department (JPNJ) and District Education Office (PPD). The
survey was caried out with the purpose to identify the implementation of the
system, the users’ satisfaction and the users’ perception toward this system.
The respondent was among the officers and clerks with authorized ‘Smart
Card’. The questionaires was categorized in 4 groups. Initial research proved
that instrument carried an accepted Alpha value as for the Implementation
(0.95), Users’ Satisfaction (0.90) and for the Users’ Perception (0.84). Then
response was evaluated by using Statistical Package for Social Science (SPSS)
Version 13.0. The research was analyzed descriptively and tabled as
Frequency, Percentile, Mean, T-test and ANNOVA . Findings in the eSPKB
implementation recorded Average level Mean (2.80) with the Objek Sebagai
21000 for Milage Claim recorded the highest Mean (3.84). Findings in the
users’ satisfaction was rather high with Mean (4.17). The Task
Implementation category with Mean (4.57) recorded the highest score
compared to the Positive Effect of eSPKB and the Competency and Imej .
Research found that majority of the respondent agreed that this eSPKB
implementation simplified their job routine and they need to further their
studies by enhancement courses related to this system . Finally there are some
suggestions forwarded to enhance and upgrade the use of eSPKB in financial
and budget management of the Educational Organization.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
Pengesahan Penyelia
Tajuk i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiv
Senarai Singkatan xv
Senarai Lampiran xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
viii
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Skop dan Batasan Kajian 9
1.9 Kerangka Kajian 10
1.10 Definisi Operasional 11
1.10.1 Tahap Penggunaan 11
1.10.2 Tahap Kepuasan 12
1.10.3 Persepsi Pengguna terhadap
Pelaksanaan eSPKB 13
1.10.4 eSPKB 13
1.10.5 Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) 13
1.10.6 Pejabat Pelajaran Daerah 14
1.10.7 Pusat Tanggungjawab (PTJ) 14
1.11 Penutup 14
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Sejarah Pewujudan Sistem Kewangan
Berkomputer 16
2.3 Teori yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan berkomputer - Teori Lima Blok 17
2.4 Sejarah Pewujudan eSPKB 20
2.5 Jenis Perisian Berkaitan Kewangan
Berkomputer 22
2.5.1 Sistem Kewangan Buku Tunai
Sekolah PATSKOM 22
2.5.2 Sistem Kewangan Buku Vot 23
2.5.3 Sistem e-Perolehan 24
2.6 Penggunaan kewangan berkomputer dalam
pengurusan kewangan 24
2.7 Kepuasan Penggunaan Sistem Kewangan
ix
Berkomputer 27
2.7 Pelaksanaan sistem kawalan kewangan
berkomputer 29
2.8 Penutup 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Bahagian A: Demografi Responden 34
3.4.2 Bahagian B: Tahap Penggunaan eSPKB 34
3.4.3 Bahagian C: Tahap Kepuasan Pengguna
eSPKB 36
3.4.4 Bahagian D: Persepsi Pengguna SPKB
dalam pengurusan kewangan 37
3.5 Kajian Rintis 38
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Penganalisisan Data 40
3.7.1 Analisis Deskriptif 40
3.7.2 Analisis Inferensi 41
3.8 Penutup 42
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 43
4.1 Pendahuluan 43
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.3 Keputusan berdasarkan analisis deskriptif 47
4.3.1 Tahap Penggunaan Sistem eSPKB 48
4.3.2 Tahap Kepuasan Pengguna eSPKB 53
x
4.3.2.1 Analisis Tahap Kepuasan
Kategori Pelaksanaan Tugas 53
4.3.2.2 Analisis Tahap Kepuasan
Kategori Kompetensi
dan Imej. 55
4.3.2.3 Analisis Tahap Kepuasan
Kategori Kesan Positif eSPKB 56
4.3.3 Persepsi pengguna eSPKB dalam
pengurusan kewangan 58
4.4 Analisis berdasarkan hipotesis kajian. 64
4.4.1 Perbezaan tahap penggunaan
berdasarkan lokasi 64
4.4.2 Perbezaan tahap penggunaan dan
kepuasan berdasarkan jawatan. 66
4.5 Penutup 67
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 69
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 70
5.2.1 Tahap Penggunaan eSPKB 70
5.2.2 Tahap Kepuasan Pengguna 72
5.2.3 Persepsi Pengguna eSPKB 73
5.2.4 Perbandingan Tahap Penggunaan
eSPKB antara lokasi 74
5.2.5 Perbandingan Tahap Penggunaan
eSPKB antara jawatan 74
5.2.6 Perbandingan Tahap Kepuasan
pengguna eSPKB antara jawatan. 74
5.3 Kesimpulan 75
xi
5.4 Cadangan 76
5.4.1 Cadangan Tindakan 77
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.5 Penutup 81
RUJUKAN
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Senarai Objek Sebagai yang terlibat
dalam kajian 11
3.1 Senarai Responden dan Sampel terpilih 27
3.2 Tahap penggunaan eSPKB mengikut
Objek Sebagai 29
3.3 Permarkatan soal selidik Tahap Penggunaan 30
3.4 Nilai min skor tahap penggunaan eSPKB 30
3.5 Kategori item soal selidik Tahap Kepuasan 31
3.6 Permarkatan soal selidik Tahap Kepuasan 32
3.7 Tahap Persepsi Pengguna eSPKB Dalam
Pengurusan Kewangan JPNJ 33
3.8 Nilai Kebolehpercayaan Koefisyen Item
Soalan Kajian 34
3.9 Kaedah Statistik Penganalisisan Deskriptif 35
3.10 Tafsiran Ujian t 35
3.11 Tafsiran ANNOVA 36
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Responden Mengikut Jawatan 38
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 39
4.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh
Perkhidmatan 39
xiii
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh
Memegang Jawatan 40
4.6 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.7 Taburan Responden Mengikut Lokasi pejabat 41
4.8 Taburan Kekerapan menghadiri kursus eSPKB 41
4.9 Min Dan Sisihan Piawai Tahap Penggunaan
eSPKB Secara Keseluruhan Mengikut Objek
Sebagai (OS) 42
4.10 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Penggunaan eSPKB dalam OS32000 / OS28000
(Penyenggaraan Bangunan). 43
4.11 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Penggunaan eSPKB dalam OS35000
(Perolehan Aset dan Bekalan) 44
4.12 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Penggunaan eSPKB dalam OS21000
(Tuntutan Perjalanan). 45
4.13 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Penggunaan eSPKB dalam pengurusan
keseluruhan. 46
4.14 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Kepuasan Pengguna eSPKB secara keseluruhan. 47
4.15 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Kepuasan Pengguna eSPKB dalam kategori
pelaksanaan tugas. 48
4.16 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
Kepuasan pengguna eSPKB dalam kategori
kompetensi dan imej. 49
4.17 Maklumbalas Responden terhadap Tahap
kepuasan pengguna eSPKB dalam kesan
positif eSPKB. 51
xiv
4.18 Maklumbalas responden terhadap Persepsi
Pengguna eSPKB 52
4.19 Analisis Ujian t Perbezaan penggunaan
eSPKB dalam Penyenggaraan Bangunan,
Tuntutan Perjalanan dan Keseluruhan
di PPD dan JPN. 57
4.20 Maklumbalas responden dalam perbezaan
penggunaan eSPKB antara jawatan. 58
4.21 Maklumbalas responden dalam perbezaan
kepuasan pengguna eSPKB antara jawatan. 59
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
Rajah 1.1 Kerangka Kajian 11
Rajah 2.1 Kitaran Process
‘Program Budgeting’ (PB) 30
xvi
SENARAI SINGKATAN
eSPKB Sistem Pengurusan Kawalan Belanjawan elektronik
EFT Electronic Fund Transfer
FPN Falsafah Pendidikan Negara
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
JANM Jabatan Akauntan Negara Malaysia
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia /
Kementerian Pelajaran Malaysia
MUSAC Messey University School Administration By Computer
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
PATSKOM Sistem Kewangan Buku Tunai Sekolah
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
PTJ Pusat Tanggungjawab
SPSS Statistical Package For Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Soal Selidik Untuk Pengurus dan
Pelaksana eSPKB
B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian
Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (EPRD)
C Surat Sokongan Kajian Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Johor.
D Surat Pengesahan Status Pelajar Dari Fakulti
SOAL SELIDIK DAN DAPATAN KAJIAN
E Keputusan Analisis Kebolehpercayaan
Kajian Rintis Bahagian C,D dan E
G Keputusan Analisis Bahagian A : Demografi
H Keputusan Analisis Bahagian B: Tahap
Penggunaan eSPKB
I Keputusan Analisis Bahagian C: Tahap
Kepuasan Pengguna eSPKB
J Keputusan Analisis Bahagian D: Persepsi
Pengguna eSPKB
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mulai tahun 1999 lagi, kerajaan Malaysia telah melaksanakan
pengurusan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang berorientasikan aplikasi
teknologi berasaskan ICT bagi menggantikan pengurusan secara konvensional.
Berkaitan hal ini M. Ghazie (2005) dalam Seminar Pelancaran Kerajaan
elektronik (e-Government) menyatakan,
‘As we went along we realised that the different flagship
applications worked well on a standalone basis but in order to
ensure a smooth exchange of information across different
flagship applications we needed to have more lateral focus.
An example of this is an eSPKB (electronic Budgeting Control
and Planning System), a budget system which is central to all
the other flagship integration.’ M. Ghazie (2005) m.s 12.
Menurut Aini et al. (2001) pengurusan kewangan elektronik
didefinisikan sebagai satu komponen (kepada organisasi) yang mengumpul,
mengkelas, memproses, menganalisis dan mengkomunikasikan maklumat-
maklumat releven berorientasikan kewangan serta seterusnya membantu
2
proses pembuatan keputusan oleh pihak-pihak berkepentingan sama ada di
dalam mahupun di luar firma. Sehubungan dengan itu Ayob (2004) pula
menyatakan pengurusan kewangan elektronik akan mengukuhkan lagi sistem
yang ada dan mampu bersaing pada setiap keadaan.
eSPKB merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi
elektronik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat
membuat keputusan yang tepat dan cepat. eSPKB boleh digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan
maklumat secara pantas di antara beberapa pihak yang berkaitan dalam
pengurusan kewangan agensi kerajaan. Dalam hal ini kerajaan menjangkakan
menjelang akhir tahun 2010 semua agensi yang menjadi pusat pengurusan
kewangan atau dikenali sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh
negara, perlu melaksanakan eSPKB.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia kini berada dalam era kemajuan yang cepat berubah hasil
daripada globalisasi teknologi, ekonomi, sosial, politik, budaya dan
pembelajaran. Perubahan-perubahan ini telah mengakibatkan berlakunya
perubahan dalam bidang pendidikan seluruh dunia (Cheng dan Townsend,
2000). Oleh itu, pengurusan dalam bidang pendidikan perlu memandang ke
hadapan serta memanfaatkan segala kemajuan bidang teknologi terkini
(Mohammed Sani, 1998). Di Malaysia, kepentingan pengurusan
berorientasikan teknologi di institusi-institusi pendidikan mula diperdebatkan
sejak tahun 1970-an.
Menurut M. Ghazie (2005) kerajaan telah mengenalpasti tujuh aplikasi
peneraju untuk dilaksanakan bagi mencapai objektif Koridor Raya Multimedia
3
(MSC). Aplikasi Kerajaan Elektronik (e-G) merupakan satu daripada aplikasi-
aplikasi yang telah ditetapkan. Lima projek perintis ’First Wave’ telah
dikenalpasti di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik. Projek-projek perintis
yang dimaksudkan itu adalah:
a) Perkhidmatan elektronik (eKhidmat)
b) Perolehan elektronik (ePerolehan)
c) Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
d) Sistem Pemantauan Projek (SPP)
e) Generic Office Environment (GOE)
Semua projek perintis berkenaan, kecuali projek Generic Government
Office (GOE), memerlukan pengaliran data kewangan dengan sistem-sistem
Jabatan Akauntan Negara.
Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) ini
telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan dan kewangan projek-
projek di atas terutamanya e-Perolehan. Ia membantu dalam proses kawalan
belanjawan, memantau perbelanjaan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan
mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya
pengantaramukaan (interface) Sistem eSPKB, urusan bayaran perbelanjaan
dapat dipercepatkan iaitu dalam masa 14 hari tuntutan lengkap dibuat oleh
pihak pelanggan.
Sistem ini akan mewujudkan interaksi antara Kerajaan dengan
pembekal dan perunding melalui pertukaran maklumat dan transaksi secara
on-line. Ini adalah untuk memastikan nilai terbaik bagi perolehan Kerajaan
dengan menjadikan Kerajaan sebagai pembeli melalui automasi dan mengubah
tatacara perolehan semasa. Selain daripada menjamin akauntabiliti dan
integriti pegawai kerajaan dalam perolehan sejajar dengan prosedur yang
4
diwujudkan, sistem ini juga akan membolehkan pelanggan menerima bayaran
dengan lebih cepat dan tepat.
Justeru itulah pengurusan kewangan di semua jabatan kerajaan dan
tidak terkecuali di JPNJ dan PPD disarankan menggunakan eSPKB sebagai
satu sistem penambahbaikan tugas-tugas pengurusan kewangan yang telah
dilakukan sejak dulu lagi.
1.3 Pernyataan Masalah
Semakin banyak program atau projek yang dilaksanakan adalah impak
dari banyaknya peruntukan kewangan yang disalurkan. Keadaan ini
menyebabkan bidang pengurusan kewangan juga semakin rumit. Sebagai
sebuah organisasi induk yang melaksanakan pengurusan kewangan untuk
semua sekolah-sekolah di Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(JPNJ) perlu memastikan organisasinya memiliki kecekapan dalam mentadbir
sumber di bawah kawalannya terutamanya sumber kewangan.
eSPKB ini diwujudkan bertujuan untuk menggantikan buku vot manual
dan juga buku vot berkomputer standalone yang telah diguna oleh Pusat-pusat
Tanggungjawab. Melalui eSPKB semua dokumen dan data pengurusan
kewangan disediakan secara elektronik. Modul eSPKB telah mula diguna
dalam tahun 2000 dan banyak penambahbaikan telah dilakukan ke atasnya.
Dalam tahun 2002 fungsi-fungsi utama yang dibangunkan dalam eSPKB
adalah bayaran secara pemindahan wang melalui bank Electronic Fund
Transfer - EFT dan pemberitahuan bayaran EFT kepada penerima bayaran
secara automatik.
Tidak dinafikan mungkin terdapat kelemahan atau kelebihan dalam
penggunaannya. Kajian ini cuba melihat tahap penggunaan eSPKB ini di
5
dalam beberapa Pecahan Kepala yang khusus di dalam Belanjawan Kerajaan,
tahap kepuasan pengguna eSPKB ini dan juga persepsi mereka yang lebih
berupa pandangan atau cadangan dari pihak pengguna eSPKB ini.
Namun apa yang berlaku apabila Sistem ini mula dijalankan, rungutan
mula timbul di kalangan pengguna terhadap perubahan ini. Bak pepatah
Inggeris ’Nobody like to change except a wet baby.’ Rasa tidak puas hati
yang diluahkan berkisar tentang kesukaran perubahan dari sistem lama yang
telah selesa dibuat secara manual dengan sistem baru yang memerlukan
kemahiran komputer serta penggunaan yang lebih memakan masa disebabkan
infra yang tidak mencukupi. Hal ini yang mendorong pengkaji mengutarakan
di dalam kajiannya.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan ini, objektif kajian
ini adalah untuk:
a. Mengenal pasti tahap penggunaan eSPKB di dalam pengurusan
kewangan di Jabatan Pelajaran Johor.
b. Mengenal pasti tahap kepuasan pengguna dengan pelaksanaan
eSPKB di dalam pengurusan kewangan Jabatan Pelajaran Johor.
c. Mengenal pasti persepsi pengguna terhadap penggunaan eSPKB
dalam pengurusan kewangan Jabatan Pelajaran Johor.
d. Melihat perbezaan penggunaan eSPKB dalam pengurusan
kewangan berdasarkan lokasi.
6
e. Melihat perbezaan penggunaan dan kepuasan pengguna eSPKB
berdasarkan jawatan.
1.5 Persoalan Kajian.
Beberapa persoalan kajian dikemukakan sebagai panduan untuk mencapai
objektif kajian iaitu:
a. Apakah tahap penggunaan eSPKB di dalam pengurusan kewangan di
Jabatan Pelajaran Johor?
b. Sejauh mana tahap kepuasan pengguna dengan pelaksanaan eSPKB di
dalam pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran Johor?
c. Apakah persepsi pengguna terhadap penggunaan eSPKB dalam
pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran Johor?
d. Adakah terdapat perbezaan penggunaan eSPKB dalam Penyenggaraan
Bangunan antara PPD dan JPN?
e. Adakah terdapat perbezaan penggunaan eSPKB dalam Tuntutan
Perjalanan antara warga PPD dan JPN?
f. Adakah terdapat perbezaan penggunaan eSPKB dalam Pengurusan
Kewangan secara keseluruhan antara PPD dan JPN?
7
g. Apakah terdapat perbezaan dalam tahap penggunaan eSPKB di antara
pelbagai jawatan?
h. Apakah terdapat perbezaan dalam tahapnkepuasan pengguna eSPKB di
antara pelbagai jawatan?
1.6 Hipotesis Kajian
Untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian di atas, hipotesis-hipotesis
kajian berikut diuji pada aras signifikan 0.05.
a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Penyenggaraan Bangunan antara PPD dan JPN.
b. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Tuntutan Perjalanan antara PPD dan JPN.
c. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Kewangan Keseluruhan antara PPD dan JPN.
d. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Tahap Penggunaan
eSPKB di antara pelbagai jawatan.
e. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Tahap Kepuasan
pengguna eSPKB di antara pelbagai jawatan.
8
1.7 Kepentingan Kajian
Keberkesanan penggunaan eSPKB bukan sahaja penting dalam
mencapai matlamat pengurusan kewangan di JPN atau PPD malah impak atau
‘outcome’ dari pelaksanaan tersebut perlulah memberi kesan yang setimpal.
Kesan harus boleh dilihat samada dari pengurusan kewangan kerajaan yang
mantap, bebas dari Audit Berteguran, bayaran yang menepati masa.
Akhirannya ia harus memberi kesan kepada pencapaian prestasi pelajar di
seluruh negeri ini.
Matlamat KPM adalah bertujuan untuk menjadikan sistem pengurusan
pendidikan di Malaysia termasuklah pengurusan kewangan ke arah yang
lebih berkualiti dan bertaraf dunia. Matlamat ini merupakan satu tahap
apabila sistem dan prestasi yang dicapai melebihi atau menyamai pesaing
pada peringkat antarabangsa dalam semua bidang ataupun urusan (Rushami
Zien, 2001).
Dapatan kajian ini penting kepada pihak-pihak yang berikut:
a. Jabatan Akauntan Negara apabila dapatan kajian ini boleh dijadikan
panduan dalam merancang program latihan dalam aspek pengurusan
eSPKB dengan lebih mantap dan berkesan.
b. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mempertimbangkan untuk
mempercepatkan perluasan eSPKB ini ke semua sekolah-sekolah
PTJ yang menguruskan kewangannya sendiri. Pertimbangan ini
harus memenuhi aspek penyediaan komputer serta infrastruktur
berkaitan eSPKB.
c. JPN dan PPD boleh menjadikan kajian ini asas kepada persediaan
dalam menetapkan garis panduan penggunaan eSPKB agar lebih
9
efisien lagi. Kursus dalaman sebagai pemantapan profesionalisma
Pengurusan kewangan eSPKB harus diperluaskan lagi selari dengan
usaha pihak Jabatan Audit Negara.
1.8 Skop dan Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan dan skop tertentu yang perlu dipatuhi dalam
menjalankan kajian ini iaitu:
a. Kajian ini adalah khusus terhadap pengurusan kewangan berdasarkan
elemen eSPKB sahaja. Skop kajian ini tertumpu pada pelaksanaan
eSPKB di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan 10 Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD). Oleh itu hasil kajian ini tidak dapat dijadikan
kesimpulan umum kepada pelaksanaan eSPKB di semua jabatan-
jabatan lain.
b. Sistem eSPKB yang dikaji hanyalah berfokus kepada empat Pecahan
Kepala (Objek Sebagai) Kewangan iaitu OS35000 , OS28000,
OS35000 dan OS21000. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak
boleh dijadikan kesimpulan umum kepada pengurusan Belanjawan
keseluruhan.
c. Keikhlasan sampel dalam memberi maklum balas dan data di dalam
soal selidik juga boleh dipertikaikan. Mereka mungkin menjawab
berdasarkan situasi tempat kerja dan berkemungkinan dipengaruhi juga
oleh kepentingan peribadi.
10
1.9 Kerangka Kajian
Kerangka kajian dibina berasaskan kepada objektif kajian dan hasil
daripada tinjauan kajian-kajian lepas yang merangkumi pengurusan kewangan
berbantukan komputer. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah
penggunaan eSPKB dalam Pengurusan Kewangan di JPN dan PPD manakala
pembolehubah bersandar terdiri dari tahap penggunaan eSPKB, tahap
kepuasan penggunaan eSPKB dan persepsi pengguna eSPKB di dalam
pengurusan kewangan ini.
Rajah 1.1: Kerangka Kajian
Penggunaan eSPKB dalam Pengurusan Kewangan JPN dan PPD
TAHAP PENGGUNAAN
a.Penyenggaraan Bangunan b.Perolehan dan Bekalan c. Tuntutan perjalanan d. Kewangan Keseluruhan
PERSEPSI
PENGGUNA
TAHAP KEPUASAN
a. Pelaksanaan
tugas b. Kompetensi
dan imej c. Kesan positif
eSPKB
11
1.10 Definisi Operasional
Beberapa istilah yang digunapakai dalam kajian ini didefinisikan
mengikut skop yang dinyatakan dengan terperinci.
1.10.1 Penggunaan eSPKB
Penggunaan ialah perihal perbuatan dan kegiatan atau menggunakan
sesuatu (Kamus Dewan, 2003). Menurut Melati et.al. (2000) maksud
penggunaan dalam pengurusan kewangan ialah kegiatan memperolehi,
mengagihkan dan mengurus serta mengawal kecairan sumber-sumber
kewangan kerajaan secara efisien. Geoffrey et.al (1999) pula menyatakan,
‘it is the implementation of system to manage financial
performance that can be monitored between the manufacturers,
wholesalers, retailers and service enterprise operations.’ Geoffrey
et.al (1999)
Dalam kajian ini penggunaan eSPKB dilakukan dengan menggunakan
instrumen yang pernah digunakan oleh Azhar (1997). Ianya diubahsuai dan
merangkumi bidang pengurusan Objek Sebagai seperti yang terkandung di
dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Objek Sebagai yang terlibat dalam kajian.
Bil Objek Sebagai Aktiviti-aktiviti
1 OS32000/OS28000 Penyenggaraan Bangunan
2 OS35000 Perolehan dan Bekalan
3 OS21000 Tuntutan Perjalanan
4 Keseluruhan Melibatkan semua Objek Sebagai
12
1.10.2 Kepuasan eSPKB
Menurut Kamus Webster (1988) kepuasan meliputi sesuatu yang
menyebabkan seseorang gembira, berasa cukup dan merasa bebas dari
sebarang tekanan apabila kemahuannya telah dapat dicapai atau dipenuhi.
Kepuasan menurut Melati et.al (1999) adalah apabila wujud perbandingan
yang positif di antara sistem kewangan yang baru dengan yang sediada.
Biasanya perbezaan positif ini lebih kepada penjimatan masa (timely done)
dan mengurangkan konflik di antara pihak-pihak yang terlibat.
Kepuasan dalam konteks kajian ini bermaksud kesenangan yang
diperolehi hasil daripada penggunaan eSPKB dalam menjalankan tugas-tugas
pengurusan kewangan. Keberkesanan penggunaan eSPKB dan faedah yang
dirasai dapat meringankan beban tugas pengurusan kewangan. Ia membantu
segala urusan berjalan lancar dan menjimatkan masa dalam menghasilkan
sesuatu maklumat yang diperlukan dengan segera.
Aspek kepuasan dikenalpasti berdasarkan instrumen yang diadaptasi
dan diubahsuai daripada kajian yang pernah dilaksanakan oleh Zahri (1992).
Item-item soalan dibahagikan kepada tiga kategori kepuasan iaitu kategori
pelaksanaan tugas, kategori kompeten dan imej serta kesan positif eSPKB.
1.10.3 Persepsi Pengguna terhadap Pelaksanaan eSPKB
Persepsi pengguna eSPKB merangkumi sikap penerimaan responden
dalam menggunakan eSPKB, kesediaan untuk belajar dan mengikuti kursus
bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan eSPKB. Di samping itu aspek
sokongan fizikal, kemudahan dan galakan pihak atasan dalam menggalakkan
pelaksanaan penggunaan eSPKB juga diambil kira.
13
Aspek pelaksanaan penggunaan eSPKB ini dikenalpasti dengan
menggunakan instrumen yang digunakan oleh Zahri (1992) dan Muriatun
(1997) dan Noor Ashikin (2005). Ke semua instrumen ini digabungkan dan
diubahsuai mengikut kesesuaian ciri-ciri yang diperlukan.
1.10.4 eSPKB
Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) ialah
satu sistem pengurusan kewangan yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan
untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat
kewangan di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik (eG). Ia membantu dalam
proses kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan
proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan
Sistem eSPKB dengan Sistem Perakaunan Cawangan yang berhubung dengan
Jabatan Akauntan Negara, urusan belanjawan dapat dipercepatkan berbanding
dengan amalan konvensional.
1.10.5 Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)
Dalam kajian ini JPNJ dirujuk sebagai sebuah jabatan induk yang
mengendalikan kawalan belanjawan pendidikan di seluruh Negeri Johor.
Semua penerimaan waran dari kerajaan persekutuan (Kementerian Pelajaran
Malaysia) diturunkan terus ke jabatan ini. Waran-waran ini akan
dikhususkan mengikut Pecahan Kepala atau Objek Sebagai (OS) bagi
menghadkan kegunaannya mengikut kehendak KPM.
14
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) pula adalah pejabat yang menjalankan
tanggungjawab pelbagai pengurusan pendidikan termasuklah pengurusan
kewangan yang telah diturunkan secara sub waran oleh JPNJ di daerahnya
sahaja. Dalam kajian ini Jabatan Pelajaran Johor adalah merangkuni JPNJ dan
PPD.
1.10.7 Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Dalam kajian ini Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah merujuk kepada
Pejabat atau agensi yang mengendalikan perolehan dan pencairan wang
kerajaan. Liabiliti dan tanggungjawab adalah terletak pada pegawai teratas
agensi tersebut.
1.11 Penutup
Pengurusan kewangan JPNJ antara agensi kerajaan yang manyahut
saranan e-government oleh kerajaan Malaysia. Salah satu langkah yang
dijalankan ialah melalui penggunaan teknologi eSPKB di mana peluang dan
kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan untuk membentuk satu kumpulan
pakar pengurus kewangan serta warga pendidikan yang meningkatkan imej
KPM melalui kecekapan pengurusan kewangan dan pengawalan bajet
kerajaan. Namun perlaksanaan yang tidak berapa lancar di peringkat awal
mencetuskan idea untuk kajian ini. Dengan mempunyai matlamat serta
objektif yang jelas, kajian ini diharapkan akan dapat melancarkan perjalanan
atau penerimaan sistem ini di kalangan pengguna.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini mengutarakan beberapa pandangan dan dapatan kajian-kajian
terdahulu yang terlibat dalam pengurusan kewangan berkomputer.
Hakikatnya belum ada satu pun kajian berkaitan tajuk eSPKB memandangkan
ia adalah satu dasar baru kerajaan Malaysia yang hanya bermula pada Tahun
2003. Oleh itu penulis adalah ‘pioneer’ dalam tajuk ini yang bakal disambung
oleh pengkaji-pengkaji seterusnya. Memandangkan ia adalah pelaksanaan
dasar baru kerajaan yang akan dilaksanakan secara berterusan maka ia
sentiasa perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan. Bab ini akan
membincangkan tinjauan kajian lepas yang berkaitan dengan penggunaan
sistem kewangan berkomputer, kepuasan pengguna serta penerimaan
pelanggan terhadap pelaksanaan sistem ini.
2.2 Sejarah pewujudan sistem kewangan berkomputer.
Satu perubahan besar yang berlaku pada awal abad ke-21 ialah
berkembangnya pelbagai idea progresif dan dinamik yang mempunyai kesan
16
dan implikasi terhadap pengurusan kewangan JPNJ. Menyedari perkembangan
ini, para pengurus kewangan yang terdiri dari pegawai serta pembantu tadbir
kewangan harus bersedia melaksanakan tuntutan perubahan ini dengan penuh
komited dan bertanggungjawab.
Stoner dan Wankel (1989) telah menyatakan tentang kepentingan
teknologi di dalam keseluruhan pengurusan organisasi. Mereka mengatakan
bahawa penggunaan komputer akan meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan pengurusan pelbagai sektor di dalam sesebuah organisasi.
Terdapat pelbagai idea, teori, pendekatan, strategi, kaedah dan dasar
baru yang bersifat kreatif dan inovatif tentang pengurusan memberi impak
yang amat luas terhadap bidang pengurusan pendidikan. Pengurus kewangan
memerlukan anjakan baru dari segi latihan dan pengetahuan profesional,
khususnya menyentuh soal pengurusan kewangan yang berlandaskan
telekomunikasi iaitu eSPKB yang perlu didedahkan kepada semua pegawai
serta pembantu tadbir kewangan.
Selain daripada memudahkan proses kerja dalam sesebuah organisasi,
kajian yang dibuat oleh Eason Ken (1986), juga membuktikan bahawa proses
kerja berbantukan komputer membolehkan organisasi menghasilkan kerja
yang lebih berkualiti dengan penjimatan sumber yang menguntungkan seperti
penjimatan kos kakitangan dan faktor masa. Di mana, penggunaan eSPKB
berupaya menggantikan aktiviti-aktiviti rutin menyediakan proses arahan kerja
dan pembayaran secara manual di samping memudahkan proses kerja.
Dalam kajian Ohashi (1993), dijelaskan bahawa penggunaan teknologi
komputer di dalam pengurusan kewangan kerajaan negara Jepun telah
mempengaruhi beberapa aspek dalam pengurusan organisasi berkenaan.
Antaranya, pengurangan dalam guna tenaga sumber manusia kerana semua
maklumat diproses oleh komputer dan perubahan cara penghantaran maklumat
17
di mana dengan menggunakan ‘networking’ jaringan komputer, maklumat
daripada cawangan-cawangan jabatan dapat di hantar terus ke ibu pejabat
kewangan (Account General) tanpa pejabat penghantaran. Selain dari itu,
adanya perubahan dari segi prosedur kerja secara ‘manual’ kepada secara
berkomputer maka kualiti perkhidmatan telah dapat dipertingkatkan supaya
lebih cepat dan lebih produktif.
2.3 Teori berkaitan dengan pengurusan kewangan berkomputer,
Teori Lima Blok
Menurut Visscher (1991), Teori Lima Blok adalah satu dasar yang
digunakan dalam usaha untuk melaksanakan pengurusan berbantukan
komputer (Computer assisted administration- CASA). Blok-blok yang
dimaksudkan terbahagi kepada lima aspek iaitu Blok A: Reka bentuk dan
pembangunan, Blok B: Kualiti, Blok C: Faktor yang mempengaruhi
penggunaan komputer, Blok D: Penggunaan dan Blok E: Kesan penggunaan.
Teori ini didapati boleh dijadikan sebagai satu landasan falsafah kepada
perlaksanaan penggunaan eSPKB dalam tugas-tugas pengurusan kewangan di
Jabatan Pelajaran Johor.
Blok A (reka bentuk dan pembangunan) merujuk kepada pihak yang
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penggunaan eSPKB dan tujuan
pelaksanaannya. Strategi reka bentuk dan pembangunan yang dirangka adalah
satu inisiatif untuk melaksanakan penggunaan eSPKB secara menyeluruh iaitu
bermula di peringkat pengurusan kewangan jabatan dan seterusnya PPD dan
akan diperluaskan ke semua sekolah-sekolah PTJ. Aktiviti pelaksanaan
eSPKB pula memerlukan pelbagai sokongan kemudahan dari aspek fizikal
bekalan komputer maupun kemahiran menggunakan komputer oleh pengguna.
18
Blok B adalah berkaitan nilai dan kualiti penggunaan eSPKB. Aspek
ini dinilai berdasarkan sistem eSPKB yang bebas daripada membuat kesilapan
dalam menghasilkan dokumen yang diperlukan. Selain itu, indikator kualiti
juga mengambilkira aspek penggunaan yang tidak menyusahkan pengguna
seperti mudah untuk memasukkan dan menerima data, dapat memproses dan
menyediakan Pesanan Tempatan (Local Order – LO) dengan cepat serta
pembayaran segera dalam masa empat belas hari selepas penghantaran
dokumen tuntutan yang lengkap.
Blok C seterusnya adalah berkaitan dengan ciri-ciri yang boleh
mendorong kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan eSPKB. Proses inovasi
yang dilaksanakan pada asasnya mestilah berpandukan matlamat yang jelas
dan perancangan kewangan yang realistik. Keberkesanan pelaksanaan
penggunaan eSPKB juga bergantung kepada reaksi pengurusan iaitu
bagaimana pengurusan bertindak dalam mengendalikan data kewangan
berkomputer ini. Penerimaan ini dapat dilihat melalui hasil peningkatan
penyelesaian tugas seperti mengemaskini data statistik untuk keperluan semua
peringkat pengurusan seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak
Kerajaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Pejabat Pembangunan
Negeri Johor.
Blok D adalah berkaitan dengan penggunaan eSPKB. Sistem eSPKB
sebenarnya bukan semata-mata automasi pejabat, sebaliknya ia juga
merupakan satu pemikiran baru mengenai konsep pengurusan dengan satu
pendekatan yang dinamik bagi mengantikan cara bekerja yang lama.
Kepentingan pengurusan kewangan berkomputer eSPKB yang canggih ini
menyokong dan membantu tugas-tugas rutin perkeranian. Ia juga dapat
membantu proses membuat keputusan sama ada yang mudah ataupun yang
kompleks. Situasi ini sesuai dengan pendapat Visscher (1996), yang
menjelaskan bahawa tahap operasi dan pengurusan yang semakin meningkat
menjadikan kepentingan penggunaan komputer semakin meningkat.
19
Blok E merupakan blok terakhir yang berkaitan dengan kesan
penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan. Dalam aspek
pelaksanaan tugas, pengguna dapat menyediakan laporan yang lebih baik,
mampu menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Individu yang terlibat dalam penggunaan eSPKB juga dapat mengurangkan
tekanan dalam bekerja. Proses komunikasi pula menjadi lebih cekap iaitu
secara terus tanpa had. Interaksi secara terus dengan pihak swasta seperti
kontraktor dan pembekal dapat dikurangkan. Hal sedemikian akan
mengurangkan pandangan serong masyarakat serta mempertingkatkan integriti
di kalangan penjawat awam
Cadangan Teori Lima Blok ini digunapakai secara integrasi di dalam
soal selidik kajian ini. Pihak yang bertanggungjawab dan berautoriti dalam
melaksanakan penggunaan eSPKB perlu merujuk kepada Jabatan Akauntan
Negara (JAN). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menjadi faktor
pendorong yang utama dalam pelaksanaan reka bentuk dan membangunkan
strategi untuk perkembangan pengurusan kewangan berbantukan komputer.
Salah satu strategi tersebut adalah dengan menyediakan infrastruktur talian
komunikasi yang berkeupayaan tinggi untuk pengurusan kewangan eSPKB
yang lebih lancar.
2.4 Sejarah pewujudan eSPKB.
Di Malaysia, penggunaan komputer dalam pendidikan mula
diperkenalkan pada awal tahun 1960-an oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Saiz komputer ini sangat besar, mahal
dan menggunakan kuasa elektrik yang tinggi menyebabkan komputer sukar
20
untuk digunakan. Pada masa tersebut, komputer hanya digunakan dalam
memproses data untuk kegunaan pengurusan pendidikan.
Pada awal 1980-an komputer mikro mula diperkenalkan secara tidak
formal. Ia digunakan untuk membuat inventori dan mengumpul data murid.
Saiz komputer lebih kecil dan harga lebih murah serta mampu dibeli oleh
sekolah. Akhirnya komputer telah mula digunakan dalam pendidikan seperti
dalam program pengajaran berbantukan komputer Computer Aided Learning
(CAL) dan sekolah-sekolah menengah menubuhkan kelab-kelab komputer atas
galakan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1981 (Yusup, 1998).
Usaha untuk membangunkan dan memantapkan lagi pengurusan
kewangan berkomputer di Kementerian Pelajaran Malaysia dan sektor-sektor
di bawahnya telah dimulakan sejak tahun 1995. Tumpuan telah diberikan
kepada empat aspek utama iaitu pertama; penyampaian maklumat yang
berkualiti, terkini, tepat dan menepati masa, kedua; pelaksanaan penggunaan
yang menyeluruh, ketiga; proses-proses pelaksanaan tugas dan keempat;
peningkatan produktiviti (Mohd Khairudin, 1999).
Perkembangan pengurusan kewangan berkomputer di luar negeri
dipelopori oleh Amerika Syarikat apabila berjaya mencipta perisian untuk
kegunaan perniagaan. Perisian ini dibina untuk membantu menguruskan
kewangan dan pembayaran gaji pada tahun 1960-an. Selepas lima belas
hingga dua puluh tahun kejayaan ini dicapai, barulah negara-negara lain
mampu menyainginya dalam pengautomasian dan perkomputeran pengurusan
dan pentadbiran (Visscher, 1996).
Pada akhir 1970-an, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat
dan Belanda mula bergiat cergas dan mempunyai aplikasi komputer dalam
pengurusan kewangan. Bagi negara-negara membangun, penggunaan
komputer dalam pengurusan kewangan masih berada pada peringkat awal
21
kerana kekurangan kepakaran, sumber kewangan dan kemudahan (Visscher,
1996).
Menurut Visscher dan Spuck (1991), perkembangan awal pengurusan
kewangan berkomputer bermula di Amerika Syarikat iaitu pada penghujung
1960-an. Kemudian diikuti Netherland dan Mexico yang bermula pada
pertengahan 1970-an dan seterusnya diikuti Hong Kong yang bermula pada
penghujung 1970-an. Perkembangan ini seterusnya diikuti oleh England yang
bermula pada tahun 1978 dan Australia yang bermula pada awal 1980-an.
Pada tahun 1989, New Zealand telah menubuhkan projek MUSAC
(Messey University School Administration by Computer) yang bertujuan untuk
mengeksploitasikan sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat sebagai
sumber pengurusan dalam pendidikan termasuklah pengurusan kewangan.
Projek MUSAC adalah kemunculan yang paling asas kerana bersifat fleksibel,
proaktif dan memenuhi keperluan pengguna (Nolan dan Patrick, 1990).
Sistem eSPKB yang telah diimplementasikan di Malaysia sejak Tahun
2003 membuka dimensi baru dalam pengurusan belanjawan wang kerajaan.
Melalui penggunaan eSPKB akan dapat memberi maklumat ‘di hujung jari’
kepada para pelanggan memandangkan ianya akan memaklumkan data terkini
terhadap proses yang telah dan sedang berlaku ke atas permohonan mereka.
Satu kecekapan yang dapat dipertingkatkan di sini ialah berjaya
mengurangkan masa kaki tangan untuk menyelongkar fail bagi mendapatkan
rekod status perbelanjaan sesuatu projek. Di samping itu, sebarang kesilapan
yang berlaku dalam kawalan belanjawan kerajaan ini akan dapat dipaparkan
dengan segera untuk diambil tindakan pembetulan secara serta merta.
22
2.5 Jenis Perisian berkaitan kewangan berkomputer.
Antara perisian yang dibangunkan adalah seperti Sistem Maklumat
Pengurusan (EMIS), Sistem Penjadualan Waktu Sekolah (SPJS), Sistem
Senarai Maklumat Disiplin Murid (SSDM), Sistem Kewangan Buku Tunai
(PATSKOM), Sistem Kewangan Buku Vot dan Sistem e-Perolehan. Perisian-
perisian ini dapat membantu dalam meningkatkan kecekapan, produktiviti dan
mempunyai potensi yang sangat penting dalam bidang pengurusan pendidikan
terutamanya aspek kewangan. Penjelasan perisian yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan adalah seperti di bawah:
2.5.1 Sistem Kewangan Buku Tunai Sekolah (PATSKOM)
PATSKOM merupakan penyata akaun tahunan sekolah secara
berkomputer yang menjadi hakcipta Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebelum perisian PATSKOM dilaksanakan, perisian ini telah diuji terlebih
dahulu dan didapati tidak mengganggu sistem komputer. Tujuan perisian ini
dibangunkan adalah untuk membantu pihak pengurusan sekolah menyediakan
Penyata Akaun Tahunan Sekolah dan kertas kerja bagi penyata akaun dengan
mudah, tepat, betul dan lengkap.
Penghasilan perisian PATSKOM adalah berasaskan kepada Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 (format Pemberian Bantuan Sekolah
yang baru) dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2003 (Perubahan
Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan dan Kumpulan Wang Suwa Sekolah).
PATSKOM telah digunakan dengan jayanya di JPNJ dan ini program yang
menjadi ‘benchmark’ kepada pelaksanaan eSPKB. eSPKB adalah satu sistem
pelengkap yang menyeluruh dalam kewangan dan pengawalan belanjawan
tahunan kerajaan.
23
2.5.2 Sistem Kewangan Buku Vot
Pengurusan kewangan yang menggunakan buku Vot adalah
dikhususkan kepada kategori sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ). Oleh itu,
program yang sama seperti PATSKOM telah dibangunkan bagi membantu
Sistem buku Vot lebih mudah berbanding buku tunai. Sehingga ke hari ini
ianya masih dilaksanakan di sekolah-sekolah memandangkan infrastruktur
atau perisian eSPKB belum mampu dilengkapkan di sekolah-sekolah.
Perisian buku Vot yang dibina ini juga mampu untuk melaksanakan
tugas biasa yang lain seperti mencetak borang pembayaran seperti baucer
bayaran (KEW 304), baucer kelompok (KEW 304A), pulangan vot, p
embayaran gaji guru, mencetak borang perubahan gaji kakitangan (KEW 8),
kedudukan vot dan menutup akaun sekolah pada akhir tahun.
2.5.3 Sistem e-Perolehan
Projek e-Perolehan bermula sejak 1990 dan pada 6 Oktober 2000, dua
modul telah berjaya dilancarkan iaitu perolehan melalui kontrak pusat dan
pendaftaran pembekal. Pada 10 Mei 2002 pula, modul belian terus dibina
manakala modul sebut harga dan tender masih dalam pembinaan. Walau
bagaimanapun, kini perisian ini hanya dilaksanakan di Jabatan Pelajaran
Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah sahaja. Sistem ini digunakan untuk
pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menjadi sebahagian dari ‘sub-
system’ eSPKB.
Sistem e-Perolehan bertujuan untuk mengemaskan aliran perolehan dan
membaiki kualiti perkhidmatan. Sistem ini akan menukarkan cara perolehan
daripada manual kepada elektronik melalui internet. Pelaksanaan Sistem e-
24
Perolehan adalah untuk mengautomasi dan mengubah perolehan yang sedia
ada, memastikan nilai terbaik bagi perolehan kerajaan, memastikan pembekal
mendapat bayaran yang tepat, cepat dan selamat, mengurangkan kos operasi
dan mempertingkatkan masa pusingan, memastikan akauntibiliti dan
ketelusan di dalam perolehan dan mempertingkatkan kerjasama di antara
sektor swasta dengan kerajaan.
2.6 Penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan.
Sistem pengurusan kewangan menggunakan komputer terdiri daripada
tiga kategori. Pertama, pewujudan pangkalan data yang menguruskan data
dan maklumat. Kedua, perisian pengiraan elektronik (electronic spreadsheet)
untuk menguruskan nombor-nombor dan akhir sekali perisian dan peralatan
automasi pejabat (office automation), terutamanya perisian penulisan (word
processing) bagi menguruskan dokumen dan perhubungan (Picciano,1998).
Ketiga-tiga perkara di atas merupakan asas bagi membangunkan dan
mempertingkatkan sistem kewangan dalam sesebuah organisasi. Aplikasi-
aplikasi lain yang boleh menyokong pengurusan kewangan adalah seperti
pengguna-pengguna internet, perisian-perisian statistik dan peralatan serta
program dan perisian komputer yang menggantikan tugas-tugas ‘manual’
(Picciano, 1998).
Kajian yang dijalankan oleh UNESCO (1985), mendapati berlaku
perkembangan yang pesat dalam dalam pengurusan kewangan berkomputer
di sekolah-sekolah di Australia. Kesedaran yang tinggi di kalangan pengurus
terhadap keupayaan alat pengurusan ini bermula apabila komputer terbukti
dapat membantu dalam mengendalikan kawalan inventori, pencarian
maklumat, belanjawan sekolah dan urusan akaun sekolah.
25
Vachon (1992), telah membentangkan kertas kerja hasil daripada
pemerhatian yang menggambarkan kesan pelaksanaan penggunaan
mikrokomputer di dalam pengurusan kewangan di Kanada. Kajian ini juga
memberi fokus terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan.
Aspek pengurusan dapat dilihat dari tiga sudut iaitu pertama; sudut
permohonan yang memerlukan peruntukan kewangan . Kedua; pengiraan
jumlah permohonan yang dapat diproses dengan lebih cepat dan keputusan
analisis dapat diperolehi dengan tepat walaupun banyak data yang direkodkan.
Ketiga; keperluan pengurusan yang lain merangkumi personel, belanjawan,
rancangan perbelanjaan sekolah, sistem bas sekolah dan seumpamanya.
Dalam kajian Jacobson dan Armstrong (1991), didapati kekurangan
pengetahuan dalam menggunakan perisian komputer yang berkaitan dan
kekurangan perisian yang sesuai untuk digunakan, menjadi faktor yang
menyebabkan penggunaan sistem ini mengalami kepayahan dan kegagalan.
Kecekapan tidak dapat diwujudkan disebabkan faktor yang disebutkan tadi.
Daripada kajian Bozeman (1991), Penggunaan komputer dalam
pengurusan kewangan telah memberi kesan positif dalam aktiviti-aktiviti
pengurusan bajet kerajaan Responden-responden turut menyatakan sokongan
terhadap keperluan penggunaan komputer dalam tugas-tugas pengurusan.
Satu paradoks pengurusan kewangan pendidikan ialah pengurusannya masih
dikongkong oleh pengurusan bersifat tradisional disebabkan kurangnya
pembaharuan dan inovasi tidak berlaku dalam sistem pengurusan organisasi .
Namun Johnson dan Eisenberg (1996), mengatakan penggunaan
komputer dalam pengurusan kewangan bukan hanya memerlukan pengetahuan
semata-mata tetapi kepimpinan dan wawasan juga turut sama menjadi faktor
kejayaan dalam penggunaan sistem tersebut dalam sesebuah organisasi.
Selain daripada itu, adanya sokongan daripada pihak atasan dan matlamat
26
yang hendak dicapai, penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan
akan lebih berjaya kerana penggunaan sistem ini memerlukan perbelanjaan
yang tinggi dan perancangan yang teratur.
Kajian Taylor, P. (1999) mendapati kecekapan pengurusan kewangan
berkomputer akan dapat menghindarkan kesilapan manusia (human error)
yang dapat menjatuhkan imej sesebuah organisasi yang menjalankan
pengurusan kewangan kerajaan “ The financial planning and controlling in an
organization is to strike the right balance between financial constraints and
the social consequences arising from the decisions made’. Oleh itu
pengawalan belanjawan secara teliti amat perlu supaya tidak banyak lebihan
baki peruntukan atau surplus di hujung tahun
Berdasarkan hasil kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati
penggunaan sistem kewangan dan belanjawan berkomputer di luar negara
semakin berkembang pesat Sehubungan itu kerajaan Malaysia juga melihat
peri pentingnya untuk berjalan seiring dalam kepesatan teknologi elektronik
ini melalui Sistem PengurusanKawalan Belanjawan elektronik. Aspek
kecenderungan penggunaannya dalam tugas-tugas pengurusan kewangan di
semua institusi pendidikan akan berkembang dalam jangka masa beberapa
tahun akan datang secara berperingkat.
2.7 Kepuasan Penggunaan sistem kewangan berkomputer.
Benson et al (1999), telah menjalankan satu kajian dengan
memberikan fokus terhadap faktor dan fungsi penggunaan komputer dalam
pengurusan kewangan di sekolah. Sampel terdiri dari kalangan 105 orang
yang terlibat dengan pengurusan sekolah. Hasil kajian yang dilaksanakan
mendapati pengurusan maklumat kewangan mencatatkan penggunaan fail
27
sebanyak 66.3 peratus setiap hari telah dapat dikurangkan kepada 48.5 peratus.
Oleh itu, pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan
didapati memberikan satu pembaharuan dalam pelaksanaan tugas yang
bergantung kepada perisian, latihan dan pelaksanaan penggunaan komputer
yang menyeluruh.
Visscher (1996), telah menjalankan kajian berkaitan dengan faedah dan
kepentingan penggunaan komputer telah memperolehi hasil yang sama
sebagaimana Telem (1995). Tahap operasi dan pengurusan kewangan yang
semakin sofistikated menjadikan kepentingan penggunaan komputer semakin
meningkat. Selain itu, komputer juga dapat membantu pentadbir sekolah
mencari penyelesaian masalah yang rumit mengendalikan sistem kewangan
sekolah dengan lebih cekap dan tepat.
Dapatan tersebut adalah sama seperti kajian yang dijalankan oleh
Visscher (1991) di mana beliau telah menganalisis penggunaan komputer
dalam pengurusan kewangan berdasarkan kesan pengautomasian dan elemen-
elemen penggunaan komputer itu sendiri. Hasil daripada analisis yang dibuat,
beliau mendapati dengan penggunaan komputer kerja-kerja rutin pengurusan
kewangan mampu menghasilkan laporan yang lebih baik dan lebih efesien.
Kesan terhadap individu pula ialah dapat mengurangkan tekanan kerja
dan mewujudkan satu kepuasan dalam pekerjaan. Selain itu, proses
komunikasi yang lebih berkesan dan secara terus serta perubahan proses
pengurusan yang fleksibel menjadikan tugas-tugas pengurusan kewangan
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.
Pengkaji telah menjalankan beberapa temubual ringkas dengan
pengurusan yang mengendalikan kewangan berkomputer di beberapa agensi
yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Johor Bahru
serta Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Temubual ini dapat
28
memberikan satu petanda baik terhadap kepuasan penggunaan eSPKB.
Bilangan Pesanan Tempatan (LO) yang dapat diproses menunjukkan
peningkatan dari 4 kepada 8 sehari. Namun ia banyak bergantung kepada
faktor dokumen yang dihantar oleh pihak pelanggan memenuhi senarai semak
yang disediakan. Faktor ketiadaan Pegawai melulus disebabkan keluar
bertugas di luar daerah juga menjadi penentu kesegeraan sesuatu LO
dikeluarkan. Kelalaian dalam salah satu faktor akan menyebabkan keseluruhan
permohonan pelanggan itu gagal disiapkan dalam masa yang disasarkan iaitu
30 minit.
2.8 Pelaksanaan sistem kawalan kewangan berkomputer.
Shahril (2005) menyatakan kerajaan pusat cukup prihatin dengan
pembiayaan pendidikan walaupun dalam keadaan ekonomi meleset ataupun
meningkat bagi melaksanakan dasar pendidikan negara. Oleh itu pengawalan
secara cekap dan berkualiti hanya dapat dilaksanakan dengan berbantukan
teknologi komputer yang canggih.
Kajian Lalli (2003) adalah berkaitan pendekatan yang luas dan
komprehensif yang menyatukan perancangan dan pengawalan bajet
dinamakan Program budgeting (PB) seperti dalam Rajah 2.1. Ia adalah satu
program bajet yang mula dijalankan di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Namun konsep PB ini telah dijalankan secara meluas di sektor swasta dan
kerajaan. Konsep kewangan berkomputer ini adalah integrasi proses
perancangan yang bermula dengan kertas konsep sehingga kepada
pelaksanaan dan diselaputi keseluruhannya oleh bajet atau belanjawan.
29
Rajah 2.1 Kitaran Proses Program Budgeting (PB)
2.9 Penutup
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa penggunaan sistem
kewangan berkomputer dalam tugas-tugas pengurusan kewangan adalah
sangat penting untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti organisasi
pendidikan pada alaf globalisasi yang penuh persaingan ini. Kajian lepas
membuktikan penggunaan komputer yang efisien akan menghasilkan
kecemerlangan pengurusan kewangan dan menjana wawasan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menjadikan seluruh pengurusan pendidikan di
Malaysia bertaraf dunia. Oleh itu, langkah memperkenalkan eSPKB dalam
pengurusan kewangan kerajaan adalah suatu yang tepat dan perlu
dilaksanakan. Teori dan pengalaman yang digunapakai di luar negara patut
dikongsi bersama dan diimplementasikan dalam proses memantapkan eSPKB
dalam pengurusan kewangan ini.
PROGRAMMING
BUDGETING IMPLEMENTATION
APPRAISING
PLANNING
Decision Making
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian. Ia
bertujuan untuk menjelaskan prosedur untuk mendapatkan data dan cara
menganalisis data yang dikumpul daripada responden bagi membentuk
maklumat yang bermakna. Aspek yang dibincangkan merangkumi reka bentuk
kajian, teknik persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian dan
analisis kajian.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan
yang bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan
ciri-ciri sesuatu populasi secara fakta dan tepat (Sidek, 2000). Manakala Mohd
Majid (2000) pula mengatakan bahawa kajian tinjauan adalah bermatlamatkan
penerokaan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.
31
Kajian ini akan menghuraikan tentang tahap penggunaan eSPKB, tahap
kepuasan pengguna eSPKB dan persepsi pengguna terhadap pelaksanaan
eSPKB secara deskriptif. Ciri-ciri demografi akan diukur dengan
menggunakan skala nominal. Data-data diperolehi dengan menggunakan soal
selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri dari para pegawai dan
staf bukan pegawai Jabatan Pelajaran Johor dan Pejaat Pelajaran Daerah.
Maklumat yang diterima ditafsirkan secara kuantitatif.
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Pemilihan sampel di dalam kajian dibuat secara tidak rawak
bertujuan. Lokasi Pejabat yang dipilih untuk dijadikan persampelan adalah
seperti jadual 3.1
Jadual 3.1 : Senarai Populasi dan Sampel
Bil Pejabat Pelajaran
Daerah
Bilangan
Pegawai
Bilangan Staf
Bukan Pegawai
1. PPD Johor Bahru 2 2
2 PPD Pasir Gudang 1 1
3. PPD Muar 2 2
4. PPD Batu Pahat 2 2
5. PPD Pontian 2 2
6. PPD Kluang 2 2
7. PPD Segamat 2 2
8. PPD Kota Tinggi 2 2
9. PPD Mersing 1 1
10. PPD Kulai 1 1
11. Jabatan Pelajaran Johor 16 10
Sampel 33 27
Jumlah Sampel 60 orang
32
Sampel adalah juga populasi yang terdiri responden terdiri dari para
pegawai dan staf yang memiliki ‘kad pintar eSPKB’ sahaja. Mereka adalah
warga pendidikan yang terdiri dari Ketua-ketua Sektor, Pegawai-pegawai
Pelajaran Daerah, Ketua-ketua Unit, Pegawai-pegawai Pembangunan, Ketua
Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Kewangan yang bertugas di Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4 Instrumen Kajian
Menurut Mohd Najib (1998), instrumen kajian merupakan set
pengumpulan data secara sistematik dari satu populasi yang ditentukan dengan
cara mengedarkan soal selidik atau temuduga. Dalam kajian ini instrumen
kajian adalah soal selidik yang diedarkan untuk mendapatkan tindak balas
daripada responden bagi pengumpulan data dan maklumat. Kelebihan kaedah
pengedaran soal selidik ialah dapat mengelakkan bias di antara penyelidik dan
responden serta memberi tempoh yang cukup untuk responden memberikan
maklumbalas (Mohd Majid Konting, 1990)
Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat bahagian iaitu
Bahagian A: Latar belakang responden, Bahagian B: Tahap penggunaan
eSPKB, Bahagian C: Tahap kepuasan pengguna eSPKB dan bahagian D:
Persepsi pengguna terhadap pelaksanaan eSPKB. Keputusan kajian ini
dianalisis dengan menggunakan ‘Statistik Package For Social Science’-(SPSS)
Version 13.0.
33
3.4.1 Bahagian A : Demografi Responden
Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan demografi
responden atau sampel kajian. Butir-butir peribadi seperti jawatan, kelulusan
akademik, jantina, bangsa, tempoh perkhidmatan, tempoh memegang jawatan
dan umur diperlukan sebagai pembolehubah bebas. Selain itu, maklumat-
maklumat seperti bilangan komputer untuk tugas-tugas pengurusan kewangan
perancangan kursus kewangan eSPKB, serta kekerapan menyertai kursus
eSPKB juga dinyatakan dalam bahagian ini.
3.4.2 Bahagian B : Penggunaan eSPKB
Bahagian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan eSPKB
dalam pengurusan hal ehwal kewangan. Terdapat 34 item yang berkaitan
dengan tahap penggunaan eSPKB ini seperti yang telah digunakan oleh Azhar
(1997).
Jadual 3.2 : Penggunaan eSPKB mengikut Objek Sebagai (OS)
Objek Sebagai (OS) Bil item
OS32000 / OS28000
- Penyenggaraan dan Kerja Kecil Bangunan
10 item
OS35000
-Perolehan dan Bekalan Pelbagai
9 item
OS21000
-Tuntutan Perjalanan
6 item
Pengurusan Kewangan Keseluruhan
9 item
Jumlah
34 item
34
Belanjawan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri adalah pelbagai. Namun kajian ini hanya melihat
penggunaan eSPKB dalam empat Pecahan Kepala (Objek Sebagai) seperti di
dalam Jadual 3.2. Pembinaan item adalah berdasarkan penggunaan eSPKB
bagi objek-objek tersebut. Pilihan item dalam bahagian ini dinyatakan dalam
skala lima mata seperti jadual 3.3, yang hanya perlu dibulatkan jawapannya
iaitu;
Jadual 3.3: Pemarkatan soal selidik Bahagian B
Bil Singkatan Makna Markah
1 AK Amat Kerap 5
2 K Kerap 4
3 KK Kadang-adang 3
4 TP Tidak Pernah 2
5 ATP Amat Tidak Pernah 1
3.4.3 Bahagian C: Tahap Kepuasan Pengguna eSPKB
Bahagian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan responden
terhadap penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan. Bahagian ini
mengandungi 20 item-item positif merangkumi aspek faedah dan keberkesanan
penggunaan eSPKB dalam membantu meringankan beban tugas pengurusan
kewangan sebagai tugasan harian mereka di pejabat. Item-item soalan ini
diadaptasikan dan diubahsuai daripada soalan kajian yang digunakan oleh Zahri
(1992) dan Noor Ashikin (2005). Item-item soalan dikelaskan kepada tiga
kategori sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 3.4.
35
Jadual 3.4: Kategori item soal selidik Tahap Kepuasan
Kategori Kepuasan Nombor Item
Pelaksanaan tugas 1, 5, 7, 8, 9, 15,
Kompetensi dan imej 2, 6, 12, 16, 17, 18, 19
Kesan positif eSPKB 3, 4, 10, 11, 13, 14
Setiap item mempunyai 5 jawapan yang diukur dengan menggunakan
skala lima mata seperti Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Pemarkatan Soal Selidik Tahap Kepuasan
Bil Singkatan Makna Markah
1 SS Sangat Setuju 5
2 S Setuju 4
3 KS Kurang Setuju 3
4 TS Tidak Setuju 2
5 STS Sangat Tidak Setuju 1
Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan taburan min dan
sisihan piawai untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaa
eSPKB. Tahap kepuasan ini juga digambarkan dalam tiga tahap iaitu tahap
rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi.
3.4.4 Bahagian D: Persepsi Pengguna eSPKB dalam
Pengurusan Kewangan di JPNJ
Bahagian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pengguna eSPKB
dalam pengurusan kewangan di Jabatan ini. Bahagian ini mengambil kira
aspek kesediaan diri pengguna, kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh
36
JPN dan PPD . Item-item dalam bahagian ini diadaptasikan daripada soal
selidik yang pernah digunakan oleh Zahri (1992). Beberapa item juga ditambah
untuk melengkapkan bahagian ini yang pernah digunakan oleh Muriatun (1997)
dan Noor Asikin (2005) dan banyak diubahsuai oleh pengkaji. Jumlah
keseluruhan item dalam bahagian ini ialah 12 item seperti di dalam Jadual 3.6.
Jadual 3.6: Tahap Persepsi Pengguna eSPKB Dalam
Pengurusan Kewangan JPNJ
Kategori Persepsi Nombor Item
Kesediaan Kendiri 1,4,5
Peningkatan berpasukan 2, 8, 9, 10, 11, 12
Pengurusan keseluruhan 3, 6, 7
Item-item dalam bahagian ini juga menggunakan skala lima mata yang
mempunyai lima pilihan dan dianalisis dengan jadual kekerapan dan peratusan.
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan
instrumen yang telah dibina dan memastikan item yang terdapat dalam soal
selidik sesuai dengan situasi responden. Menurut Mohd Salleh (2000),
kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen pengkaji
dalam mengukur permasalahan kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan
pada masa, tempat dan sampel berlainan. Ujian kebolehpercayaan yang
digunakan adalah analisis ‘Alpha Cronbach. Menurut Pallant (2001), nilai
yang melebihi aras .70 adalah paras yang boleh diterima.
37
Untuk memastikan kebolehpercayaan soalselidik yang dibina menepati
piawaiannya, maka penyelidik telah membuat kajian rintis ke atas 10 orang
responden dari JPN dan PPD. Jadual 3.7 adalah perincian nilai Alpha hasil
keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik mengikut bahagian dan kategori
seperti yang telah dijalankan dalan kajian rintis.
Jadual 3.7 : Nilai Kebolehpercayaan Koefisyen Item Soalan kajian rintis
Bahagian Item Soalan Kajian Nilai Alpha
Bahagian B Tahap Penggunaan .95
Bahagian C Tahap Kepuasan .90
Bahagian D Persepsi Pengguna terhadap
pelaksanaan eSPKB
.84
Nilai-nilai yang didapati adalah melebihi daripada aras 0.7 maka
dianggap kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi dan boleh digunakan
untuk mengukur secara konsisten di dalam kajian ini.
3.6 Prosedur Kajian
Langkah awal yang diambil oleh pengkaji dalam kajian ini ialah
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengurusan kewangan Jabatan
sewaktu melaksanakan aplikasi eSPKB dalam pengurusan kewangannya.
Kemudian pengkaji mengemukakan proposal kajian kepada penyelia akademik.
Beberapa perbincangan dibuat di antara pengkaji dengan penyelia akademik
untuk menentukan tajuk kajian, skop kajian dan kaedah-kaedah untuk
mendapatkan sumber kajian. Pengkaji melihat ini adalah satu isu baru yang
38
belum pernah diketengahkan memandangkan ia belum menjadi rutin kepada
semua jabatan.
Bagi melancarkan tugas-tugas penyelidikan ini, pengkaji terlebih dahulu
memperolehi surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seterusnya pengkaji memohon kebenaran menjalankan penyelidikan di
beberapa unit di JPN serta 10 PPD yang mengendalikan pengurusan kewangan.
3.7 Penganalisisan Data
Analisis data ditunjukkan melalui jadual taburan min dan sisihan piawai.
Tahap penggunaan eSPKB juga digambarkan dalam tiga tahap iaitu tahap
rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi berdasarkan taburan min item. Julat
skala dibahagikan kepada tiga bahagian [ (5-1)/3], maka julat di antara tahap
baru iaitu 1.33 diperolehi. Pembahagian tahap penggunaan dapat dilihat di
dalam Jadual 3.8.
Jadual 3.8: Nilai Min Skor Tahap Penggunaan eSPKB
Tahap Penggunaan eSPKB Min Skor
Rendah 1.00 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.67
Tinggi 3.68 hingga 5.00
Semua data dan maklumat yang diperolehi melalui soal selidik yang
diedarkan dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian ‘SPSS’
(Statistical Package For Social Science) Version 13.0. Perisian ini adalah
pakej statistik yang digunakan dalam sains sosial untuk memproses data-data
yang dikumpulkan dengan mudah dan tepat.
39
3.7.1 Analisis Deskriptif.
Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk
menerangkan kekerapan, peratusan, min dan penyusunan data dalam bentuk
jadual 3.9.
Jadual 3.9: Kaedah Statistik Penganalisisan Deskriptif
Objektif Kajian Kaedah
Statistik
Analisis Data
Mengenalpasti tahap
penggunaan eSPKB
Deskriptif Min dan sisihan
piawai
Mengenalpasti tahap
kepuasan pengguna eSPKB
Deskriptif Min dan sisihan
piawai
Mengenalpasti persepsi
pengguna eSPKB
Deskriptif
Kekerapan,
peratus
3.7.2 Analisis Inferensi
Statistik Inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian t dan
ANNOVA, sebagaimana yang telah digunapakai di dalam kajian Shahrulbanun
(2005).
Ujian t merupakan kaedah statistik yang sangat berguna untuk
membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan (Mohd Najib, 1999).
Dalam kajian ini, ujian t digunakan untuk melihat perbezaan antara tahap
penggunaan eSPKB di antara lokasi JPN dan PPD. Bagi membuat keputusan
samada Hipotesis Nul (Ho) diterima atau ditolak adalah seperti di Jadual 3.10.
40
Jadual 3.10 : Tafsiran Ujian t
Tafsiran Keputusan
t kiraan > t sifir
t kiraan < t sifir
Ho ditolak
Ho diterima
Menurut Cohen dan Holliday (1979), ANNOVA adalah kaedah yang
terbaik untuk digunakan dalam membandingkan perbezaan di antara beberapa
kumpulan yang mempunyai dua min atau lebih. Dalam kajian ini analisis
ANNOVA digunakan untuk melihat perbezaan dalam tahap penggunaan dan
tahap kepuasan pengguna eSPKB di antara pelbagai jawatan yang mempunyai
min yang berbeza. Bagi membuat keputusan samada Hipotesis Nul (Ho)
diterima atau ditolak adalah seperti di Jadual 3.11.
Jadual 3.11 : Tafsiran ANNOVA
Tafsiran Keputusan
F kiraan > F sifir
F kiraan < F sifir
Ho ditolak
Ho diterima
3.8 Penutup
Secara keseluruhanannya, bab ini menerangkan secara terperinci
berkenaan metodologi kajian yang merangkumi rekabentuk, kaedah
persampelan, prosedur kajian dan cara-cara penganalisaan data. Dapatan-
dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis data yang telah dijalankan
dengan kaedah-kaedah yang telah dinyatakan untuk mendapatkan jawapan
kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk
tujuan kajian ini. Metodologi kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai
objektif kajian.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini akan menghuraikan hasil kajian mengenai pelaksanaan eSPKB
dalam tugas-tugas pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran Johor. Data
dianalisis berdasarkan objektif kajian. Huraian dibuat mengikut jantina,
jawatan, tempoh perkhidmatan, tempoh memegang jawatan, umur dan lokasi
pekerjaan responden. Huraian hasil kajian juga tertumpu kepada tahap
penggunaan Sistem eSPKB, tahap kepuasan pengguna eSPKB dan persepsi
pengguna terhadap pelaksanaan sistem eSPKB dalam tugas-tugas pengurusan
kewangan.
4.2 Latar Belakang Responden
Bahagian ini bertujuan untuk menghuraikan latar belakang responden
berdasarkan jantina, jawatan, tempoh perkhidmatan, tempoh memegang
jawatan, umur dan lokasi pejabat yang terlibat dalam kajian.
42
Sebanyak 60 sampel telah dikenalpasti terlibat dalam kajian ini namun
hanya 47 responden sahaja yang mengembalikan borang soal selidik. Setelah
dianalisa ralat telah dilakukan oleh 3 orang responden, maka 45 borang soal
selidik sahaja yang layak dianalisa. Hasil analisis mendapati seramai 28
orang ( 62.2 peratus) responden adalah lelaki dan 17 orang (37.8 peratus)
responden perempuan yang terlibat dalan kajian ini seperti dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 28 62.2
Perempuan 17 37.8
Jumlah 45 37.8
Daripada 45 orang tersebut seramai 14 orang adalah dari kumpulan
Pegawai yang terdiri dari Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah serta
Penolong Pengarah dan Penolong PPD (31.1 peratus), 12 orang ( 26.7 peratus)
Penyelia Kanan. Staf terdiri dari 4 orang ( 8.9 peratus) Ketua Pembantu Tadbir
dan 15 orang ( 33.3 peratus) pula terdiri dari Pembantu Tadbir Kewangan. Ini
ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jawatan
Jawatan Bilangan Peratus
Pegawai Pelajaran
Penyelia Kanan
Ketua Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir
14
12
4
15
31.2
26.6
8.9
33.3
Jumlah 45 100.0
43
Jadual 4.3 pula menunjukkan bilangan responden berdasarkan
kelulusan akademik. Responden yang memiliki kelulusan akademik peringkat
SPM / MCE sebanyak 15 orang (33.3 peratus) dan STPM / Diploma
mencatatkan 13 responden (28.8 peratus). Responden yang berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana adalah seramai 17 orang (37.8 peratus).
Jadual 4.3:Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik
Kelulusan Akademik Bilangan Peratus
SPM / MCE
STPM / Diploma
Ijazah Sarjana Muda /
Sarjana
15
13
17
33.4
28.8
37.8
Jumlah 45 100.0
Jadual 4.4 yang menunjukkan taburan responden mengikut tempoh
perkhidmatan. Dapatan kajian menunjukkan 12 orang (26.7 peratus)
responden telah berkhidmat kurang 6 tahun, diikuti 3 orang ( 6.7 peratus)
responden telah berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun. Seterusnya 2 orang (
4.4 peratus) responden telah berkhidmat antara 11 hingga 15 tahun manakala
28 orang (62.2 peratus) responden telah berkhidmat melebihi 15 tahun.
Jadual 4.4:Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan
Tempoh Perkhidmatan Bilangan Peratus
Kurang 6 tahun
6 hingga 10 tahun
11 hingga 15 tahun
15 tahun ke atas
12
3
2
28
26.7
6.7
4.4
62.2
Jumlah 45 100.0
44
Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut tempoh
memegang jawatan. Hasil kajian mendapati 27 orang (60.0 peratus)
responden telah memegang jawatan kurang dari 6 tahun, sebanyak 12
orang (26.7 peratus) responden telah memegang jawatan antara 6 hingga
10 tahun dan sebanyak 3 orang (6.7 peratus) responden telah memegang
jawatan selama 11 hingga 15 tahun dan 3 orang (6.7 peratus) telah
menjawat lebih 15 tahun.
Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Tempoh Memegang Jawatan
Tempoh Memegang Jawatan
Bilangan
Peratus
Kurang 6 tahun
6 hingga 10 tahun
11 hingga 15 tahun
Lebih 15 tahun
27
12
3
3
60.0
26.7
6.7
6.7
Jumlah 45 100.0
Taburan umur responden ditunjukkan dalam Jadual 4.6. Hasil
kajian yang dijalankan menunjukkan sebanyak 11 orang (24.4 peratus)
responden berumur kurang daripada 30 tahun, 1 orang (2.2 peratus)
responden berumur antara 31 hingga 35 tahun , manakala 3 (6.7 peratus)
responden berumur antara 36 hingga 40 tahun dan 30 (66.7 peratus)
responden berumur 41 tahun ke atas.
Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Umur
Umur Bilangan Peratus
Kurang 30 tahun
31 hingga 35 tahun
36 hingga 40 tahun
41 tahun ke atas
11
1
3
30
24.4
2.2
6.7
66.7
Jumlah 45 100.0
45
Jadual 4.7 menunjukkan taburan lokasi pejabat responden yang
terpilih dalam kajian ini. Responden yang bertugas di PPD sebanyak 18
orang (40 peratus) manakala responden yang bertugas di JPN adalah
sebanyak 27 orang (60 peratus).
Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut lokasi pejabat
Lokasi Pejabat Bilangan Peratus
PPD
JPN
18
27
40.0
60.0
Jumlah 45 100.0
Kekerapan menghadiri kursus pula mendapati seramai 29 orang (64.4
peratus) responden tidak pernah menghadiri sebarang kursus eSPKB, 15 orang
(33.3 peratus) pernah menyertai kursus sekali dan 1 orang (2.2 peratus)
pernah berkursus sebanyak dua kali atau lebih. Ini ditunjukkan seperti dalam
Jadual 4.8.
Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Menghadiri Kursus eSPKB
Kekerapan Menghadiri
Kursus eSPKB
Bilangan Peratus
Tidak pernah
Sekali
Dua kali dan lebih
29
15
1
64.4
33.3
2.2
Jumlah 45 100.0
4.3 Keputusan berdasarkan analisis deskriptif
Keputusan berdasarkan analisis deskriptif akan dibincangkan secara
terperinci berdasarkan Objek Sebagai yang berkaitan.
46
4.3.1 Tahap Penggunaan Sistem eSPKB
Sebanyak 34 soalan telah dikemukakan untuk melihat tahap penggunaan
eSPKB di dalam Pengurusan Kewangan Jabatan Pelajaran Johor. Tahap
penggunaan ini dibahagikan kepada empat bahagian mengikut pecahan Objek
Sebagai seperti pada Jadual 4.9 yang menunjukkan nilai min yang diperolehi.
Jadual 4.9: Min Dan Sisihan Piawai Tahap Penggunaan eSPKB
Secara Keseluruhan Mengikut Objek Sebagai (OS)
Objek Sebagai (OS)
Min
Sisihan Piawai
Pengurusan Kewangan OS32000 / OS28000
- Penyenggaraan dan Kerja Kecil Bangunan
2.72 1.1
Pengurusan Kewangan OS35000
- Perolehan dan Bekalan Pelbagai
2.44 1.1
Pengurusan Kewangan OS21000
- Tuntutan Perjalanan
3.48 1.14
Pengurusan Kewangan Keseluruhan 2.79 1.3
Min keseluruhan = 2.8 (Sisihan Piawai = 0.91)
Dapatan kajian seperti di dalam Jadual 4.9 memberikan gambaran
Tahap penggunaan eSPKB secara keseluruhan adalah di tahap sederhana
berdasarkan taburan min item iaitu 2.8. Penggunaan dalam pengurusan
kewangan OS21000 mencatatkan min yang tertinggi iaitu 3.48 berbanding
dengan pengurusan OS32000 / OS28000 dengan min 2.72, OS35000
mempunyai min 2.44 dan pengurusan kewangan keseluruhan yang memiliki
min 2.79 yang berada di bawah tahap min. Dapatan kajian akan ditunjukkan
secara terperinci di dalam Jadual 4.10, Jadual 4.11, Jadual 4.12 dan Jadual
4.13.
47
Jadual 4.10 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Penggunaan eSPKB
dalam OS32000 / OS28000 (Penyenggaraan Bangunan).
BIL
PENGURUSAN
OS32000/ OS28000 PENYENGGARAAN
BANGUNAN
ATP TP KK K AK MIN
B1 Perancangan perbelanjaan/Belanjawan tahunan
10 (22.2%)
10 (22.2%)
11 (24.4%)
10 (22.2%)
8 (17.8%) 3.1
B2 Pendaftaran kontraktor Kelas F
13 (28.9%)
11 (24.4%)
6 (13.3%)
10 (22.2%)
5 (11.1%) 3.3
B3 Rekod / Status kontraktor
15 (33.3%)
11 (24.4%)
7 (15.6%)
8 (17.8%)
4 (8.9%) 3.2
B4 Rekod akaun kontraktor
13 (28.9%)
12 (26.7%)
8 (17.8%)
8 (17.8%)
4 (8.9%) 3.1
B5 Pembukaan sebutharga.
14 (31.1%)
11 (24.4%)
6 (13.3%)
8 (17.8%)
6 (13.3%) 3.4
B6 Ulasan JK Teknikal 15 (33.3%)
16 (35.6%)
7 (15.6%)
2 (4.4%)
5 (11.1%) 2.7
B7 Laporan JK Pemutus sebutharga 17 (37.8) 11
(24.4%) 7
(15.6%) 4
(8.9%) 6
(13.3%) 2.8
B8 Penyediaal LO kepada pemenang sebutharga
11 (24.4%)
9 (20.0%)
6 (13.3%)
4 (8.9%)
15 (33.3%) 3.6
B9 Membuat tuntutan setelah diperakui kerja siap.
11 (24.4%)
8 (17.8%)
8 (17.8%)
5 (11.1%) 17 (37.8) 4.2
B10 Pembayaran kepada kontraktor.
9 (20.0%)
9 (20.0%)
4 (8.9%)
5 (11.1%)
18 (40.0%) 4.2
Min keseluruhan 2.72
Jadual 4.10 menunjukkan 10 item yang telah dikemukakan dalam soal
selidik bagi mengenalpasti penggunaan eSPKB dalam OS32000/OS28000
Penyenggaraan Bangunan. Hasil dapatan menunjukkan terdapat kesemua
item menunjukkan min yang melebihi min keseluruhan 2.72 kecuali B6 iaitu
penggunaan eSPKB dalam Ulasan Jawatankuasa Teknikal yang hanya
mempunyai min 2.7.
48
Jadual 4.11 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Penggunaan eSPKB
dalam OS35000 (PerolehanAset dan Bekalan).
BIL PENGURUSAN
OS35000- PEROLEHAN ASET & BEKALAN
ATP TP KK K AK MIN
B11 Pendaftaran dan penyimpanan data pembekal
11 (24.4%)
13 (28.9%)
11 (24.4%)
8 (17.8%)
2 (4.4%) 2.5
B12 Rekod kontrak selari pembekal dengan KPM
16 (35.6%)
16 (35.6%)
8 (17.8%)
4 (8.9%)
1 (2.2) 2.3
B13 Membuat surat / laporan kepada KPM
16 (35.6%)
13 (28.9%)
9 (20.0%)
3 (6.7%)
4 (8.9%) 2.6
B14 Penyediaan Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.
14 (31.1%)
10 (22.2%)
4 (8.9%)
8 (17.8%)
9 (20.0%) 2.5
B15 Rekod pembekal perabot kayu kontrak pusat
17 (37.8)
14 (31.1%)
3 (6.7%)
4 (8.9%)
7 (15.6%) 2.0
B16 Rekod akaun bank pembekal
16 (35.6%)
13 (28.9%)
3 (6.7%)
6 (13.3%)
7 (15.6%) 2.1
B17 Proses tuntutan pembayaran pembekal
11 (24.4%)
11 (24.4%)
4 (8.9%)
10 (22.2%)
9 (20.0%) 3.0
B18 Laporan / minit mesyuarat urusan perolehan
17 (37.8)
11 (24.4%)
6 (13.3%)
5 (11.1%)
6 (13.3%) 2.1
B19 Rekod prestasi pembekal
17 (37.8)
12 (26.7%)
3 (6.7%)
7 (15.6%)
6 (13.3%) 2.3
Min keseluruhan 2.44
Jadual 4.11 pula menunjukkan sembilan item yang dikemukakan untuk
melihat tahap penggunaan eSPKB dalam OS35000 Perolehan dan Aset.
Dapatan menunjukkan 5 item yang berada di bawah paras min iaitu B12 yang
berkaitan dengan rekod Kontrak Selari pembekal yang dilantik oleh pihak
49
Kementerian Pelajaran Malaysia, B15 mengenai rekod pembekal perabot kayu
kontrak pusat, B16 berkaitan rekod akaun bank pembekal, B18 menyatakan
tentang laporan minit mesyuarat urusan perolehan dan B19 berkaitan rekod
prestasi pembekal. Pencapaian min tertinggi ialah 3.0 iaitu pada B17 yang
berkaitan dengan proses tuntutan bayaran pembekal.
Jadual 4.12 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Penggunaan eSPKB
dalam OS21000 (Tuntutan Perjalanan).
BIL PENGURUSAN 0S 21000 - TUNTUTAN PERJALANAN ATP TP KK K AK MIN
B20 Penghantaran tuntutan perjalanan oleh pemohon
3 (6.7%)
9 (20.0%)
8 (17.8%)
12 (26.7%)
13 (28.9%) 2.7
B21 Tuntutan disertakan Lampiran bukti
3 (6.7%)
9 (20.0%)
4 (8.9%)
14 (31.1%)
15 (33.3%) 2.9
B22 Rekod akaun pemohon 2 (4.4%)
10 (22.2%)
7 (15.6%)
12 (26.7%)
14 (31.1%) 2.9
B23 Pembayaran tuntutan kepada pemohon
1 (2.2%)
10 (22.2%)
8 (17.8%)
12 (26.7%)
14 (31.1%) 3.2
B24 Rekod pembayaran diterima 2 (4.4%)
12 (26.7%)
7 (15.6%)
12 (26.7%)
12 (26.7%) 2.9
B25 Penyelarasan baki OS 3 (6.7%)
14 (31.1%)
12 (26.7%)
7 (15.6%)
9 (20.0%) 2.5
Min keseluruhan 3.48
Jadual 4.12 menunjukkan hasil dapatan dalam tahap penggunaan
eSPKB dalam OS21000 Tuntutan Perjalanan. Ia menunjukkan kesemua item
berada di bawah tahap min keseluruhan iaitu 3.48. Jadual 4.13 menunjukkan
terdapat 9 item yang dikemukakan untuk melihat tahap penggunaan dalam
pengurusan kewangan keseluruhan. Hasil dapatan menunjukkan 4 item berada
di bawah tahap min keseluruhan iaitu 2.79.
50
Jadual 4.13 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Penggunaan
eSPKB dalam pengurusan keseluruhan.
BIL PENGURUSAN KEWANGAN
KESELURUHAN ATP TP KK K AK MIN
B26 Penyelenggaraan rekod/status kewangan semua OS
9 (20.0%)
10 (22.2%)
7 (15.6%)
7 (15.6%)
12 (26.7%) 3.0
B27 Penyata penyesuaian kewangan
10 (22.2%)
13 (28.9%)
5 (11.1%)
4 (8.9%)
13 (28.9%) 2.8
B28 Permohonan tambahan pada setiap baki OS
12 (26.7%)
13 (28.9%)
7 (15.6%)
7 (15.6%)
6 (13.3%) 2.5
B29 Status terimaan waran KPM
10 (22.2%)
13 (28.9%)
3 (6.7%)
8 (17.8%)
11 (24.4%) 2.8
B30 Rekod pembayaran yang telah dibuat
9 (20.0%)
11 (24.4%)
7 (15.6%)
8 (17.8%)
10 (22.2%) 3.0
B31 Akaun belum terima 15 (33.3%)
12 (26.7%)
4 (8.9%)
6 (13.3%)
8 (17.8%) 2.3
B32 Akaun belum bayar (AP 58)
10 (22.2%)
9 (20.0%)
12 (26.7%)
7 (15.6%)
7 (15.6%) 2.5
B33 Daftar inventori 13 (28.9%)
14 (31.1%)
6 (13.3%)
6 (13.3%)
6 (13.3%) 2.5
B34 Penyediaan penyata belanjawan
15 (33.3%)
8 (17.8%)
5 (11.1%)
10 (22.2%)
7 (15.6%) 2.8
Min keseluruhan 2.79
Jadual 4.13 menunjukkan tahap penggunaan eSPKB secara keseluruhan
dengan min (2.79). 4 item yang berada di bawah paras min keseluruhan ialah
B28 berkaitan dengan permohonan waran tambahan pada setiap baki OS, B31
51
tentang Akaun Belum terima, B32 menentukan Akaun Belum Bayar (AP58)
dan B33 berkaitan daftar inventori.
4.3.2 Tahap Kepuasan Penggunaan eSPKB
Setelah mengenalpasti tahap penggunaan eSPKB di kalangan
responden, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan
responden hasil daripada penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan.
Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawai.
Dapatan nilai tahap kepuasan min 4.18 dengan SP 0.48 menunjukkan tahap
kepuasan yang tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.14.
Jadual 4.14: Maklumbalas responden dalam Tahap Kepuasan
Pengguna secara keseluruhan.
Tahap kepuasan Min Sisihan Piawai
Pelaksanaan Tugas 4.16 0.47
Kompetensi dan Imej 4.06 0.42
Kesan Positif Pengguna eSPKB 4.25 0.54
Keseluruhan 19 item 4.18 0.48
Bahagian Tahap Kepuasan Pengguna ini mengandungi tiga kategori
yang dinilai iaitu pelaksanaan tugas, kompetensi dan imej serta kesan positif
eSPKB terhadap tugasan seharian mereka. Dapatan menunjukkan min yang
tinggi dalam semua ketegori seperti di dalam Jadual 4.14. Analisis dijalankan
secara perinci seperti di dalam Jadual 4.15, Jadual 4.16 dan Jadual 4.17.
52
4.3.2.1 Analisis Tahap Kepuasan Kategori Pelaksanaan Tugas
Jadual 4.15 menunjukkan maklumbalas responden yang diterima dan
di analisis berkaitan dengan kategori Pelaksanaan Tugas. Kategori ini
mencatatkan min yang tinggi iaitu 4.16.
Jadual 4.15 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Kepuasan Pengguna
eSPKB dalam kategori pelaksanaan tugas.
BIL Pelaksanan Tugas STS TS KS S SS MIN
C1 Kerja-kerja pengurusan dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat .
0 1 (2.2%) 1 (2.2%)
26 (57.8%)
17 (37.8%) 4.31
C5 Urusan Pesanan Tempatan dapat dikurangkan. 0 1 (2.2%) 2
(4.4%) 25
(55.6%) 17
(37.8%) 4.29
C7
Urusan Pesanan Tempatan serta pembayaran dapat dijalankan dengan cekap, selamat dan berkesan
0 1 (2.2%) 2 (4.4%)
20 (44.4%)
22 (48.9%) 4.40
C8 Penggunaan eSPKB dapat menjimatkan masa dan tenaga
0 1 (2.2%) 2 (4.4%) 24 (53.3) 18
(40.0%) 4.31
C9
Penggunaan eSPKB tidak dapat membantu mengurangkan beban tugas saya di pejabat.
3 (6.7%)
9 (20.0%)
2 (4.4%)
23 (51.1%)
8 (17.8%) 3.53
C15
Penyediaan borang-borang dan dokumen-dokumen sebut harga menjadi lebih mudah apabila menggunakan eSPKB
0 2 (4.4%)
2 (4.4%)
28 (62.2%)
13 (28.9%) 4.11
Min keseluruhan 4.16
Analisis kajian menunjukkan soalan C9 yang menyatakan eSPKB tidak
dapat memudahkan tugasan seharian pengguna menunjukkan dapatan yang
53
jauh lebih rendah dari paras min iaitu hanya 3.53 berbanding 4.16. Dapatan
menunjukkan soalan C15 mempunyai min yang rendah iaitu 4.11 dalam
menyatakan bahawa penyediaan borang dan dokumen menjadi mudah apabila
menggunakan eSPKB.
4.3.2.2 Analisis Tahap Kepuasan Kategori Kompetensi dan Imej.
Jadual 4.16 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap Kepuasan pengguna
eSPKB dalam kategori kompetensi dan imej.
BIL Kompetensi dan Imej STS TS KS S SS MIN
C2
Pembayaran kepada kontraktor dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat
0 1 (2.2%) 1 (2.2%) 26 (57.8%)
17 (37.8%) 4.31
C6
Penggunaan eSPKB tidak dapat meningkatkan prestasi dan kualiti kerja saya
1 (2.2%) 1 (2.2%) 6
(13.3%) 15
(33.3%) 21
(46.7%) 4.01
C12
Pihak swasta memahami karenah dan faedah pengurusan kewangan melalui eSPKB ini.
0 2 (4.4%)
3 (6.7%)
31 (68.9%)
9 (20.0%) 4.04
C16
Penggunaan eSPKB tidak dapat meningkatkan tahap kepuasan bekerja di pejabat
1 (2.2%)
5 (11.1%)
6 (13.3%)
22 (48.9%)
11 (24.4%) 3.82
C17 Penggunaan eSPKB secara meluas dapat menaikkan imej JPNJ
0 0 1 (2.2%) 25 (55.6%)
19 (42.2%) 4.10
C18
Penggunaan eSPKB tidak meningkatkan kemahiran saya mengurus tugas seharian
0 8 (17.8%)
4 (8.9%)
22 (48.9%)
11 (24.4%) 3.80
C19
Penggunaan eSPKB dalam pengurusan dapat meningkatkan kualiti output kerja saya
0 0 2 (4.4%)
25 (55.6%)
18 (40.0%) 4.36
Min keseluruhan 4.06
54
Jadual 4.16 menunjukkan maklumbalas responden terhadap Tahap
Kepuasan pengguna dalam kategori Kompetensi dan Imej. Dapatan kajian
menunjukkan tiga soalan yang menunjukkan min tinggi melebihi min
keseluruhan adalah soalan C2 dengan min 4.31 yang menyatakan tentang
pembayaran kepada kontraktor atau pembekal dapat dilaksanakan dengan
cepat dan tepat dengan menggunakan eSPKB. Soalan C17 yang menyatakan
bahawa penggunaan eSPKB dapat menaikkan imej JPNJ menunjukkan min
4.10 serta soalan C19 yang menyatakan bahawa eSPKB dapat meningkatkan
kualiti output kerja responden juga mencatatkan min yang tinggi iaitu 4.36.
4.3.2.3 Analisis Tahap Kepuasan Kategori Kesan Positif eSPKB
Jadual 4.17 menunjukkan maklumbalas responden dalam menyatakan
tahap kepuasan pengguna di dalam kategori Kesan Positif eSPKB. Dapatan
kajian ini menunjukkan soalan C13 yang menyatakan bahawa eSPKB ini telah
sepatutnya dilaksanakan sejak dulu lagi mencatatkan min tertinggi iaitu 4.47.
Di samping itu, soalan C14 yang menyatakan bahawa kemahiran dan
pengalaman pengguna bertambah apabila menggunakan eSPKB dalam
pengurusan kewangan juga menunjukkan min yang tinggi iaitu 4.29. Empat
soalan yang lain dalam kategori ini mempunyai min rendah daripada min
keseluruhan iaitu 4.18.
55
Jadual 4.17 : Maklumbalas Responden terhadap Tahap kepuasan
Pengguna eSPKB dalam kesan positif eSPKB.
BIL Kesan Positif eSPKB STS TS KS S SS MIN
C3
Kaedah pembayaran terus ke dalam akaun dapat menghindarkan fitnah berkaitan penyelewengan serta salahguna kuasa.
0 1 (2.2%)
1 (2.2%)
24 (53.3)
19 (42.2%) 4.36
C4 Masalah berurusan terus dengan pihak swasta dapat dikurangkan.
1 (2.2%)
1 (2.2%)
5 (11.1%)
22 (48.9%)
16 (35.6) 4.14
C10 eSPKB sesuai digunakan bagi penyediaan data sebagai laporan rasmi.
0 2 (4.4%)
5 (11.1%)
24 (53.3)
14 (31.1%) 4.10
C11
Pengurusan bajet, agihan kerja / bekalan ke sekolah serta penyeliaan dan pemantauan dapat disediakan dengan lebih teratur.
0 2 (4.4%)
1 (2.2%)
31 (68.9%)
11 (24.4%) 4.13
C13 eSPKB ini sudah sepatutnya dijalankan sejak lama dulu lagi.
0 0 0 24 (53.3) 21 (46.7%) 4.47
C14
Kemahiran dan pengalaman saya bertambah apabila menggunakan eSPKB.
0 0 3 (6.7%)
26 (57.8%)
16 (35.6) 4.29
Min Keseluruhan 4.25
4.3.3 Persepsi pengguna eSPKB dalam pengurusan kewangan JPNJ
Keputusan kajian berkaitan persepsi pengguna dalam pelaksanaan
eSPKB adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.18.
56
Jadual 4.18 : Maklumbalas responden terhadap persepsi Pengguna eSPKB
Analisis data menunjukkan hampir kesemua iaitu 40 orang (88.8
peratus) responden berasa gembira iaitu bersetuju menggunakan eSPKB
semasa menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan, hanya 5 orang (11.1
peratus) responden yang menyatakan rasa kurang gembira dengan
penggunaan eSPKB. Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna yang
belum gembira menggunakan eSPKB semasa menjalankan tugas-tugas
kewangan mereka. Manakala kesemua 45 orang (100 peratus) responden
BIL ITEM TIDAK
SETUJU
KURANG
SETUJU
SETUJU
BIL % BIL % BIL %
1 Gembira menggunakan eSPKB - - 5 11.1 40 89.9
2 Perlu berkemahiran - - - - 45 100
3 Melakukan tugas dengan baik - - - - 45 100
4 Berminat mengikuti kursus eSPKB - - 3 6.7 42 93.3
5 Perlu lebih banyak pendedahan. - - 8 17.8 37 82.2
6 Bersedia belajar lagi. - - - - 45 100
7 Bersedia menggunakan eSPKB - - - - 45 100
8 Latihan dan sokongan mencukupi 9 20.0 13 28.9 23 51.1
9 Mendapat galakan pihak atasan. 5 11.1 6 13.3 34 75.5
10 Makmal komputer yang khusus
dan selesa
5 11.1 11 24.4 29 64.4
11 Penyediaan infra struktur
mencukupi oleh kerajaan.
4 8.8 7 15.6 34 75.6
12 Banyak peraturan yang perlu
dipatuhi
12 26.7 6 13.3 27 60.0
Min keseluruhan 4.09
57
menyatakan bahawa semua pengguna yang terlibat dengan pengurusan
kewangan perlu berkemahiran menggunakan eSPKB.
Responden juga yakin dapat melakukan tugas dengan baik apabila
menggunakan eSPKB dengan hasil dapatan kajian iaitu 45 orang (100 peratus)
berpendapat bahawa pelaksanaan penggunaan eSPKB akan dapat memastikan
tugas-tugas pengurusan dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik. Item
ke 7 menunjukkan sebanyak 45 orang (100 peratus) responden mahu dan
sentiasa bersedia menggunakan eSPKB dalam tugas-tugas pengurusan.
Masalah berurusan dengan kontraktor atau pembekal dapat dikurangkan
disebabkan mereka telah menerima bayaran secara automatik (EFT) dan dalam
masa yang lebih cepat, melalui kemudahan eSPKB secara tidak langsung akan
dapat meningkatkan minat dan sikap yang positif ketika melaksanakan tugas-
tugas pengurusan kewangan.
Majoriti responden iaitu 42 orang (93.3 peratus) menyatakan bahawa
mereka amat berminat untuk mengikuti kursus eSPKB bagi memastikan
mereka mempunyai pengetahuan dan berkemahiran menggunakan eSPKB.
Merujuk kepada item ke 5, terdapat 37 orang (82.2 peratus) responden yang
masih memerlukan lebih banyak pendedahan tentang penggunaan eSPKB jika
mempunyai masa lapang dan 8 orang (17.8 peratus) didapati yang kurang
perlukan pendedahan ini.
Lebih kurang separuh dari bilangan responden 23 orang (51.1 peratus)
menyatakan telah diberikan latihan dan sokongan yang mencukupi dalam
eSPKB ini. Seramai 13 responden (28.8 peratus) kurang bersetuju dengan
pernyataan ini malah 9 orang (20.0 peratus) langsung tidak bersetuju
terhadapnya. Separuh dari responden ini adalah sebahagian mereka yang
mungkin telah mahir melalui usaha sendiri dan tidak dinafikan mereka tidak
pernah berpeluang mengikuti kursus eSPKB.
58
Dari item ke 9 didapati 11 responden (24.4 peratus) kurang setuju
menyatakan bahawa mereka mendapat galakan dari pihak atasan dalam
penggunaan eSPKB ini. Namun majoriti 34 orang (75.5 peratus) dari mereka
mengakui menerima galakan dari pihak atasan. Sikap keterbukaan ini adalah
satu aspek penting bagi setiap individu khususnya golongan yang terlibat
dalam bidang yang berstruktur dan perlu sentiasa mengikuti prosedur seperti
pengurusan kewangan. Ini kerana mereka perlu sentiasa menambahkan
pengetahuan yang sedia ada dari masa ke semasa kerana proses perubahan
dalam pengurusan kewangan sentiasa berlaku. Galakan dan sokongan pihak
atasan akan mengelakkan kesilapan atau ketidakpatuhan terhadap prosedur
kewangan yang boleh mengakibatkan seseorang penjawat awam
membahayakan perkhidmatannya juga dirinya sendiri. Pengguna akan begitu
mudah terdorong kepada salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan ini.
Selari dengan dapatan di atas, kesemua 29 orang (64.4 peratus)
responden menyatakan bahawa lokasi tempat kerjanya menyediakan makmal
komputer yang selesa khusus untuk tujuan pengurusan kewangan ini. Ini
menunjukkan tahap infra struktur atau kemudahan asas eSPKB ini perlu
dipertingkatkan lagi. Hal ini disokong pula dengan 11 orang (24.4 peratus)
yang kurang menyokong tentang persediaan makmal komputer ini dan terus
dinafikan kewujudan kemudahan ini oleh 5 orang (11.1 peratus).
Namun majoriti seramai 34 orang (85.6 peratus) responden
menyatakan bahawa e-kerajaan telah menyediakan infra struktur eSPKB yang
secukupnya di pejabat mereka. Pernyataan ini disangkal oleh 7 responden
(15.6 peratus) yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini malah 4 orang (8.8
peratus) yang tidak bersetuju dalam hal ini.
Sistem eSPKB menyediakan peraturan tertentu yang mewajibkan
pengguna mesti memiliki Kad Pintar yang terhad bilangannya di sesebuah
pejabat. Pengguna juga perlu memiliki komputer yang telah dikonfigurasi
59
sehingga ke peringkat pencetak. Perisian Internet Explorer Version 6.0 dan
Acrobat Adobe Reader Version 4.0 adalah kadar minimum perlu dimiliki oleh
pengguna.
Sehubungan itu 27 responden (60.0 peratus) bersetuju menyatakan
terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi sekiranya hendak menggunakan
perkakasan komputer. 6 orang (13.3 peratus) kurang bersetuju dengan
pernyataan di atas. Manakala 12 orang (26.7 peratus) tidak bersetuju
menyatakan bahawa terlalu banyak peraturan perlu dipatuhi dalam
penggunaan perkakasan eSPKB ini.
Pelaksanaan penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan secara
keseluruhannya adalah Amat Positif apabila keseluruhannya memiliki Min
4.06 dengan Sisihan Piawai 0.47. Hasil daripada tindakbalas yang diberikan
mendapati responden ingin membuat pembaharuan dalam melaksanakan tugas
di tempat kerja.
Justeru, responden berasa gembira untuk menggunakan eSPKB
memandangkan tugas-tugas mereka dapat dilaksanakan dengan baik.
Kebanyakan responden juga berminat untuk mengikuti kursus eSPKB dan
belajar dengan lebih lanjut bagi meningkatkan kemahiran sedia ada serta
sebagai persediaan terhadap pelaksanaan tugas pada masa hadapan yang
sentiasa mengalami perubahan. Kesediaan responden ini memerlukan
sokongan daripada pihak atasan dengan memberikan latihan, sokongan dan
galakan serta menyediakan kemudahan makmal komputer yang khusus untuk
kegunaan pengurusan kewangan. Persepsi pengguna dalam Pelaksanaan
eSPKB adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.12.
60
4.4 Analisis berdasarkan hipotesis kajian.
Analisis ini dilakukan bagi mengenalpasti perbezaan tahap penggunaan
eSPKB dan tahap kepuasan pengguna di antara lokasi dan jawatan.
4.4.1 Perbezaan tahap penggunaan berdasarkan lokasi
Ujian t digunakan untuk menganalisis perbezaan tahap penggunaan
eSPKB dalam tiga aktiviti pengurusan kewangan antara PPD dan JPN bagi
Hipotesis Nul (a, b dan c).
a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Penyenggaraan Bangunan antara PPD dan JPN.
b. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Tuntutan Perjalanan antara PPD dan JPN.
c. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penggunaan eSPKB
Kewangan Keseluruhan antara PPD dan JPN.
61
Jadual 4.19 : Analisis Ujian t Perbezaan penggunaan eSPKB dalam
Penyenggaraan Bangunan, Tuntutan Perjalanan dan Keseluruhan mengikut
lokasi.
Aktiviti
Lokasi
Min
Aras
signifikan
Ujian t
Nilai P
Keputusan
Penyenggaraan
Bangunan
PPD
(n=18)
JPN
(n=27)
3.40
2.27
0.802 .375 Ho ditolak
Tuntutan
Perjalanan
PPD
(n=18)
JPN
(n=27)
3.37
3.56
0.030 0.863 Ho
diterima
Keseluruhan PPD
(n=18)
JPN
(n=27)
3.11
2.57
0.007 0.932 Ho
diterima
Jadual 4.19 menunjukkan keputusan analisis. Nilai signifikan yang
diperolehi bagi tahap penggunaan eSPKB Penyenggaraan Bangunan adalah
0.375 manakala penggunaan eSPKB dalam Tuntutan Perjalanan ialah 0.863
dan Keseluruhan ialah 0.932. Nilai signifikan dalam penggunaan eSPKB
Tuntutan Perjalanan dan Keseluruhan melebihi 0.05 (5%) dari aras signifikan
yang telah ditetapkan. Nilai signifikan yang tinggi menunjukkan
kecenderungan ke arah signifikan.
Sehubungan itu, Ho diterima bagi kedua-dua hipotesis tersebut iaitu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan eSPKB di antara
PPD dan JPN dalam Tuntutan Perjalanan dan secara keseluruhan. Namun
terdapat perbezaan yang signifikan iaitu Ho ditolak dalam penggunaan eSPKB
62
Penyenggaraan Bangunan. antara JPN dan PPD. Ini ditunjukkan dengan Nilai
signifikan yang lebih rendah berbanding dengan aras signifikan yang
ditetapkan.
4.4.2 Perbezaan Tahap Penggunaan dan Tahap Kepuasan
Pengguna berdasarkan jawatan.
ANNOVA digunakan untuk menganalisis perbezaan tahap
penggunaan eSPKB dan tahap kepuasan pengguna eSPKB antara jawatan.
Cohen dan Holliday (1979) menyatakan bahawa ANNOVA Satu Arah
(Oneway ANNOVA) digunakan untuk membandingkan atau membezakan dua
atau lebih min. Kajian ini berkaitan dengan empat perjawatan yang
mempunyai min yang berbeza. Analisis ini berkaitan dengan Hipotesis d dan
Hipotesis e.
Hipotesis d: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Tahap
Penggunaan eSPKB di antara pelbagai jawatan.
Hipotesis e: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Tahap
kepuasan pengguna eSPKB di antara pelbagai jawatan.
63
Jadual 4.20 : Maklumbalas responden dalam perbezaan penggunaan
sistem eSPKB antara jawatan.
Jawatan Bilangan Min Aras
signifikan
ANNOVA
Nilai F Keputusan
Pegawai Tinggi 14 3.05
.007
4.62
Ho ditolak Pegawai Rendah 12 3.19
Ketua PT 4 3.14
PT 15 2.17
Jumlah 45 2.80
Dari Jadual 4.20, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud
perbezaan yang signifikan di antara pelbagai jawatan dalam tahap penggunaan
eSPKB di dalam organisasi pendidikan. Ini dibuktikan apabila Nilai F yang
diperolehi 4.62 melebihi aras signifikan 0.07 maka Ho ditolak.
Jadual 4.21 : Maklumbalas responden dalam perbezaan tahap kepuasan
pengguna sistem eSPKB antara pelbagai jawatan.
Jawatan Bilangan Min Aras
signifikan
ANNOVA
Nilai F Keputusan
Pegawai Tinggi 14 4.52
.004
5.28
Ho ditolak
Pegawai Rendah 12 4.15
Ketua PT 4 4.08
PT 15 3.90
Jumlah 45 4.18
64
Dari keputusan analisis Jadual 4.21 menunjukkan tahap kepuasan
pengguna eSPKB di antara pelbagai jawatan ialah 5.28. Dalam ujian ini, Ho
ditolak dan ini membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kepuasan pengguna eSPKB di antara pelbagai jawatan di dalam pengurusan
kewangan di Jabatan ini.
4.7 Penutup
Secara keseluruhan bab ini telah menerangkan secara terperinci
dapatan-dapatan kajian yang telah diperolehi melalui analisis yang
menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ – (SPSS)
Version 13.0. Kaedah Statistik berbentuk deskriptif merangkumi pengiraan
min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan telah ditunjukkan satu persatu
mengikut tajuk dan objektif kajian. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan
kesimpulan dari hipotesis kajian yang telah dianalisis menggunakan Ujian t
dan ANNOVA. Perbincangan dan rumusan dapatan kajian diterangkan
dengan jelas di dalam bab ini berdasarkan analisis deskriptif dan analisis
hipotesis dari keputusan kajian yang diperolehi.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Kajian ini telah dijalankan di JPNJ dan juga 10 PPD di Negeri Johor.
Seramai 45 orang responden yang terdiri dari kalangan pegawai dan staf
bukan pegawai telah memberi maklumbalas menerusi borang soal selidik yang
diedarkan. Penentuan objektif kajian yang ditetapkan adalah untuk
mengenalpasti tahap penggunaan eSPKB, tahap kepuasan pengguna dan
persepsi pengguna eSPKB dalam pengurus kewangan di JPNJ dan PPD.
Selain itu kajian ini juga untuk melihat perbezaan penggunaan eSPKB
mengikut Objek Sebagai di antara JPNJ dan PPD. Di samping itu juga kajian
adalah untuk melihat perbezaan tahap penggunaan dan tahap kepuasan
pengguna eSPKB di antara pegawai dan staf bukan pegawai.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan mungkin boleh digunakan oleh
pengkaji yang berminat untuk membuat kajian lanjutan terhadap perkara yang
sama pada masa akan datang atau untuk kegunaan pihak pentadbiran Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran mengurus
kewangan kerajaan di kalangan pegawai-pegawai dan staf di pejabat pelajaran.
66
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian
Perbincangan dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada objektif
kajian. Setiap huraian akan dikaitkan dengan dapatan kajian terdahulu.
Namun oleh kerana kajian ini adalah ‘pioneer’ dalam pengurusan
kewangan yang menggunakan sistem eSPKB maka pengkaji akan cuba
mengaitkan dengan beberapa dapatan atau rujukan yang hampir
menyamai subtopik yang dibincangkan.
5.2.1 Penggunaan eSPKB
Salah satu objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab 1 adalah
untuk mengenalpasti tahap penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan.
Terdapat 34 item yang telah dikemukakan dalam soal selidik bagi melihat
tahap penggunaannya. Item-item ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian
mengikut Objek Sebagai iaitu OS32000/28000 Penyenggaraan Bangunan,
OS35000 Perolehan dan Aset, OS21000 Tuntutan Perjalanan dan
Keseluruhan.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap penggunaan eSPKB di
Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah berada di tahap
sederhana. Item soal selidik yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap
penggunaan eSPKB telah diadaptasikan daripada kajian yang dibuat oleh
Azhar (1997) yang mencatatkan aras Alpha yang boleh diterima iaitu 0.94.
Manakala aspek penggunaan eSPKB telah menggabungkan item soal selidik
yang pernah digunakan oleh Zahri (1992) dan Muriatun (1997). Item di dalam
bahagian ini juga mencatatkan aras Alpha yang boleh diterima iaitu 0.97.
67
Secara keseluruhannya, tahap penggunaan eSPKB dalam pengurusan
kewangan berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga mendapati
tahap penggunaan eSPKB dalam bidang pengurusan penyenggaraan bangunan
(OS32000 dan OS 28000) adalah paling tinggi. Manakala penggunaan
eSPKB masih berada pada tahap yang rendah dalam kategori pengurusan Aset
dan Perolehan (OS35000). Keadaan ini wujud kerana bidang perolehan ini
seperti pembelian perabot kerusi meja serta peralatan pengajaran
pembelajaran, masih di kawal sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pelajaran dan
hanya permohonan dari pihak sekolah perlu melalui Pejabat Pelajaran Daerah
masing-masing. Ini adalah prosedur seperti yang tertulis di dalam Arahan
Perbendaharaan.
Hasil kajian mendapati Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir
mencatatkan tahap penggunaan eSPKB yang paling tinggi iaitu 43.2 peratus di
dalam bidang pengurusan tersebut diikuti oleh Ketua Sektor dan Penyelia
Kanan. Ini adalah disebabkan Pembantu Tadbir adalah pelaksana utama
dalam penggunaan eSPKB ini dalam menyediakan ‘Nota Minta’ . Penyelia
Kanan sebagai Pelulus Pertama dan Penolong Pengarah serta Ketua Sektor
pula bertindak sebagai Pelulus Kedua. Kegagalan salah satu pihak ini
bertindak melalui “ Kad Pintar’ khas yang hanya dimilikinya dalam tempoh
masa tertentu akan menyebabkan Pesanan Tempatan (LO) gagal dikeluarkan.
Sebanyak 19 item telah dikemukakan untuk mengenalpasti tahap
kepuasan pengguna eSPKB dalam pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran
Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah. Item soal selidik untuk mengenalpasti
tahap kepuasan penggunaan eSPKB pula telah diadaptasi dan diubahsuai
daripada kajian yang pernah dilaksanakan oleh Zahri (1992)dan Noor Ashikin
(2006). Aras Alpha yang dicatatkan ialah .98.
Bagi tahap kepuasan penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan,
secara keseluruhannya berada pada tahap kepuasan yang tinggi iaiu melebihi
68
nilai tahap 4.00 . Kategori kesan positif eSPKB mencatatkan tahap yang
paling tinggi iaitu 4.25. Hasil daripada penggunaan eSPKB, responden dapat
melaksanakan tugas-tugas pengurusan kewangan seharian dengan lebih
mudah, cekap, selamat dan berkesan.
Dapatan kajian ini menggambarkan penggunaan eSPKB dalam
pengurusan kewangan pendidikan dapat memberi impak yang positif.
Golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan juga tidak mahu ketinggalan
dalam penggunaan eSPKB ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka. Di samping itu tahap kepuasan yang tinggi ini juga menunjukkan
tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penggunaan eSPKB.
Melalui penggunaan eSPKB beban tugas kewangan yang semakin bertambah
disebabkan program dan projek pendidikan yang banyak dapat diatasi oleh
pengurus kewangan di JPNJ dengan sebaiknya.
Dengan menggunakan eSPKB , segala tugas-tugas pengurusan
kewangan dapat dilakukan dengan sistematik dan lebih mudah dengan hasil
yang memuaskan serta meyakinkan. Sebagaimana menurut Bennet (1996),
komputer mampu mengendalikan kerja-kerja manusia dengan lebih baik dan
efektif serta boleh menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
Secara umumnya penggunaan eSPKB dalam pengurusan kewangan
adalah positif. Kesemua responden menyatakan keyakinan mereka terhadap
penggunaan eSPKB. Melalui eSPKB mereka dapat melaksanakan tugas-tugas
pengurusan kewangan dengan lebih baik. Selain daripada itu responden
menyatakan bahawa mereka amat memerlukan lebih banyak pendedahan
tentang penggunaan eSPKB (rujuk item ke 5) dan ingin mempelajari eSPKB
dengan lebih lanjut (rujuk item ke 6).
Maklum balas ini secara tidak langsung menunjukkan responden
berminat untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan eSPKB. Para
69
pengguna juga ingin meningkatkan kemahiran yang sedia ada serta tidak
mahu ketinggalan dalam apa jua bentuk pembaharuan dalam eSPKB itu
sendiri. Latihan dan pendedahan yang lebih banyak dalam penggunaan
eSPKB adalah sebagai usaha untuk terus meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam applikasi eSPKB yang sentiasa berkembang.
5.2.2 Perbezaan Penggunaan eSPKB dan kepuasan pengguna
antara lokasi dan jawatan.
Hasil dapatan melalui Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam penggunaan eSPKB bagi OS32000/OS28000 Penyenggaraan
bangunan antara JPN dan PPD. Ini menunjukkan bahawa JPN dan PPD
mempunyai tahap penggunaan eSPKB yang berbeza dalam penyenggaraan
bangunan. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penggunaan eSPKB OS2100 Tuntutan Perjalanan dan Keseluruhan antara JPN
dan PPD. Ini bermakna kedua-duanya mempunyai tahap penggunaan yang
hampir sama.
Dapatan kajian melalui Ujian t memunjukkan Ho adalah ditolak dan
Ha diterima. Ini bermakna pegawai dengan kakitangan bukan pegawai
mempunyai tahap penggunaan eSPKB yang berbeza. Hal ini memang benar
disebabkan bebanan tugas yang ditanggung oleh para pegawai yang terpaksa
banyak menghadiri mesyuarat luar dan sebagainya. Ini adalah selari dengan
pendapat Jaafar, 1999 di mana elemen seperti sifat-sifat pengguna, pengusaha
dan pelaksana boleh memberi kesan ke atas suasana kerja sesebuah organisasi.
Dapatan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kepuasan penggunaan eSPKB di antara para pegawai dengan bukan pegawai.
Ini menunjukkan Kedua-dua penjawat ini mempunyai tahap kepuasan
70
penggunaan eSPKB yang berbeza. Hal ini selari dengan hipotesis terdahulu di
mana ianya dipengaruhi oleh golongan bukan pegawai menjadi pengguna
majoriti berbanding dengan pegawai. Hal ini disokong oleh pendapat Moran
(1981) dan Choe (1996) yang turut mendapati wujud hubungan yang
signifikan antara latihan dan pendidikan kakitangan dengan kepuasan
pengguna.
5.3 Kesimpulan
Keseluruhan kajian ini banyak membei impak kepada pengurusan
kewangan eSPKB di dalam seluruh organisasi pendidikan di Negeri Johor.
Meskipun tahap penggunaan eSPKB berada di tahap sederhana, ini
menunjukkan perlu adanya pendekatan yang kolaboratif untuk memberi
pendedahan kepada warga pendidikan yang terlibat dengan pengurusan
eSPKB.
eSPKB merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi
elektronik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat
membuat keputusan yang tepat dan cepat. eSPKB boleh digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan
maklumat secara pantas di antara beberapa pihak atau agensi kerajaan dan
swasta yang berkaitan dengan perolehan dan perkhidmatan
Hasil daripada penggunaan teknologi ini telah dapat mempertingkatkan
perkhidmatan kerajaan sekaligus meningkatkan keupayaan kerja masyarakat
Malaysia dengan lebih pantas dan mudah. Hasil daripada perkembangan ini,
masyarakat kita kini dikenali sebagai ‘Post Industrial Advanced Industrial
Society’. Ini bermakna masyarakat hari ini bukan sekadar bergantung kepada
71
buruh, tanah, modal, usahawan, maklumat dan R & D, malah lebih kepada
teknologi dan ilmu (Muhammad Shafie, 1997).
Hasil kajian menunjukkan bahawa teknologi dan ilmu adalah penting
untuk menguasai kemahiran penggunaan eSPKB. Ini dibuktikan dengan min
kepuasan pada soal selidik Bahagian C yang tinggi, min persepsi Bahagian D,
eSPKB dapat memudahkan kerja rutin seharian yang tinggi dan min
keperluan berkursus yang tinggi. Justeru itu kursus dan latihan perlu diberikan
kepada pengguna-penguna eSPKB yang memiliki kad pintar untuk
memastikan peningkatan ilmu dan kemahiran. Ini penting kerana mereka
menjadi tonggak dalam menguruskan kewangan kerajaan. Tidak dinafikan
bahawa imej sesebuah jabatan bergantung kepada pengurusan kewangannya.
Menurut Wan Mohd Zahid (1993), sistem pengurusan kewangan
pendidikan yang berwibawa dan responsif mestilah bersifat dinamis sebagai
penggerak dan membolehkan keseluruhan sistem pendidikan berada dalam
keadaan yang segar dan hidup. Dalam konteks ini, sistem pengurusan
kewangan pendidikan sentiasa berkembang selaras dengan peredaran masa
dan keperluan zaman.
5.4 Cadangan
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, penyelidik
menyarankan beberapa cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.
72
5.4..1 Cadanganan Tindakan
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, beberapa cadangan
diutarakan bertujuan untuk meningkatkan tahap penggunaan eSPKB dalam
pengurusan kewangan. Perlu dilakukan beberapa tindakan yang terancang
oleh para pengguna eSPKB perlu juga mendapat sokongan dari pihak atasan
seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Perancangan dan pelaksanaan program secara berterusan
perlu dilakukan dalam usaha untuk memantapkan pengurusan kewangan
eSPKB ini. Antara cadangan-cadangan yang perlu diberi perhatian adalah
seperti berikut :
a) Cadangan kepada pemilik Kad Pintar eSPKB.
i) Pengguna eSPKB ini perlu didedahkan ilmu eSPKB ini
secara teoritikal dan praktikal pada peringkat awal mereka
dilantik sebagai pengurus kewangan yang memiliki kad
pintar eSPKB. Dari maklumbalas responden Bahagian D
Persepsi pengguna, soalan D2 dan D5 menyatakan bahawa
mereka perlu diberi banyak pendedahan dan berkemahiran
dari peringkat awal lagi.
ii) Mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan sama ada oleh
pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
atau Jabatan Akauntan Negara. Dapatan kajian dalam
Bahagian D Persepsi pengguna, soalan D4 dan D6
menunjukkan kesediaan pengguna untuk berkursus dan
menambah ilmu dalam eSPKB ini.
73
iii) Meningkatkan ilmu dan pengetahuan kendiri melalui
peningkatan kelulusan akademik atau secara ‘online’ melalui
internet di hujung jari.
b) Cadangan kepada Pejabat Pelajaran Daerah / Jabatan Pelajaran
Negeri.
i) Mengadakan latihan dan kursus secara berterusan dan
menyeluruh bukan sahaja kepada para pegawai pelajaran
malah merangkumi semua sekolah PTJ terutamanya sebagai
persediaan pelaksanaan eSPKB ini kelak .
ii) Perlu menubuhkan satu kumpulan untuk membuat
penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Negeri Johor
dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan kewangan
melalui eSPKB daripada peringkat pengurusan hinggalah ke
peringkat bawahan. Inisiatif ini adalah satu usaha persediaan
terhadap perubahan yang tidak dijangkakan akan berlaku
dalam pengurusan kewangan pada masa akan datang.
iii) Memantau, membantu dan membimbing para pengguna
eSPKB yang telah dilantik agar mereka menjadi pemimpin
pelapis pengurusan kewangan yang cekap di masa akan
datang. Mereka ini yang akan membimbing kumpulan
seterusnya untuk terus mantap dan mengurangkan kesilapan
teknikal dari masa ke semasa.
iv) Menyediakan Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan kepada
Unit atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berjaya membentuk
74
kumpulan pengurusan kewangan yang cekap dan sentiasa
menunjukkan prestasi kewangan tanpa teguran samada dari
pengurusan jabatan atau juruaudit yang dilantik.
c) Cadangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
i) Menyediakan kemudahan infra struktur intranet jalur lebar
atau ‘wireless’ amat diperlukan bagi mengurangkan
gangguan laluan sistem operasi eSPKB. Ini akan
meningkatkan kualiti pengurusan kewangan sekaligus imej
organisasi pendidikan.
ii) Meluluskan peruntukan penyenggaraan sistem komputer
eSPKB sediada dari masa ke semasa. Gangguan sistem yang
berlaku akan memberi implikasi dan kesan kelewatan pada
kemajuan perbelanjaan jabatan. Oleh itu peratus perbelanjaan
yang telah disasarkan sebanyak 10 peratus sebulan akan
terjejas.
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan
Kemahiran penggunaan eSPKB merupakan salah satu dari beberapa
agenda untuk Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan selaras
dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub di dalam teras ke tujuh Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Kecemerlangan ini boleh dijana melalui beberapa cadangan yang berikut:
75
i) Mengkaji tahap penggunaan dan kemahiran eSPKB di kalangan
pengurus dan pelaksana kewangan dari peringkat atasan dalam
pengurusan seperti di kalangan pentadbir JPN dan PPD termasuklah
semua lapisan pegawai dan staf sokongan sebagai pelaksana.
Kajian ini adalah perlu bagi memastikan pihak pentadbir atasan
bukan sahaja berperanan sebagai pemberi arahan sahaja tetapi turut
melaksanakan apa yang diarahkan. Selain itu, pihak pentadbir
atasan juga perlu berkemahiran kerana mereka merupakan
penggerak dan pendorong utama dalam proses ini. Oleh itu, mereka
perlu bersedia terlebih dahulu sebelum melaksanakannya di
peringkat bawahan agar keberkesanan proses pelaksanaan
penggunaan eSPKB dalam bidang pengurusan kewangan dapat
diimplementasikan secara menyeluruh dari peringkat atas sehingga
ke peringkat bawahan.
ii) Kajian seterusnya juga boleh difokuskan kepada aspek tahap
penggunaan eSPKB dalam pengurusa kewangan di sekolah. Ini
kerana KPM berhasrat ingin melaksanakan pembestarian ke seluruh
sekolah menengah dan rendah menjelang 2010 serta pelaksanaan
Sekolah Kluster yang akan menggunakan autonomi dalam
pengawalan kewangannya sendiri. Sekolah-sekolah PTJ seperti
SBP dan SMT serta beberapa buah SMK dan SK yang terpilih di
Negeri Johor, yang telah diberi kuasa pengawalan kewangannya
akan diberi keutamaan untuk mendahului yang lainnya
iii) Masalah yang menghalang proses pelaksanaan penggunaan eSPKB
dalam pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian. Kajian ini
dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang menghalang
proses perkembangan pada masa hadapan. Penyenggaraan
berjadual terhadap kemudahan infra asas seperti internet dan
76
intranet serta perisian eSPKB perlu dilaksanakan. Oleh itu
perancangan pelan strategik untuk mengatasi masalah yang dikenal
pasti tersebut dapat dirangka sebagai panduan proses pelaksanaan
yang seterusnya.
iv) Kajian tentang penilaian terhadap perisian yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan boleh juga dilaksanakan untuk mengenalpasti
adakah perisian eSPKB yang dibina ini benar-benar memberikan
kepuasan dan dapat membantu dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pentadbir di sekolah mengikut bidang tugas yang
ditetapkan.
v) Alat kajian seperti soal selidik yang sesuai dengan proses perubahan
penggunaan teknologi dalam pengurusan perlu sentiasa dikemaskini
dan diperbaharui dan disesuaikan dengan perkembangan teknologi
dalam bidang pendidikan. Ini akan dapat membantu Bahagian
Dasar dan Perancangan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia
serta Jabatan Aakauntan Negara Malaysia untuk mengemaskinikan
modul-modul latihan dan kursus yang sesuai untuk meningkatkan
tahap kemahiran penggunaan eSPKB kepada pihak yang berkait
rapat dengan pengurusan kewangan.
5.5 Penutup
Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan satu perubahan
yang positif dalam pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran Johor. Pemilik
Kad Pintar sahaja yang boleh melaksanakan tugasan tersebut. Penyelewengan
yang berlaku di mana-mana peringkat akan dikesan lebih awal dan koreksi
dapat dilakukan segera. Pihak swasta seperti kontraktor dan pembekal yang
77
bertindak sebagai pelanggan di Jabatan Pelajaran Johor juga semakin
berpuashati memandangkan kurangnya bilangan komplen dalam pengurusan
kewangan. Ini disebabkan eSPKB mewajibkan jabatan yang menjadi tetuan
projek melakukan pembayaran dalam masa 14 hari selepas tuntutan lengkap
dibuat. Kegagalan ini akan mengakibatkan pegawai dikenakan ‘surcharge’.
Selain daripada itu, menurut Mohamad Sani Ibrahim (1998) latihan
dalam perkhidmatan mampu menggalakkan perkembangan, peningkatan dan
kecekapan pengurusan. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh para pebffuna
eSPKB sudah tentunya mendorong mereka melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan penuh integriti dan sebaik mungkin.
Para pengguna eSPKB harus bersedia melengkapkan diri masing-
masing dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang bakal dilalui dalam
manghadapi Wawasan 2020. Salah satu cabaran tersebut ialah membentuk
sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh iaitu bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini
tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan (Wan Mohd Zahid, 1993). Ini akan dapat
membantu para pengurus kewangan mewujudkan ciri-ciri integriti, dan jatidiri
sedagai penjawat awam yang amanah dan meningkatkan imej perkhidmatan
awam Malaysia.
78
RUJUKAN
Aini Aman, Azmi Harun, dan Kamarulbaini Keliwon (2001). Sistem
Perakaunan dan Kawalan. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Ayob Jantan (2004). Pengetua Sekolah Yang Efektif. Shah Alam: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azhar Ahmad. (1997). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru
sekolah menengah di bandaraya Kuching Utara. Universiti Malaysia Sabah:
Tesis Sarjana
Benson, Pati, Peltier, Gary, Matranga dan Myrna. (1999). Moving
school administrators into the computer age. Journal of Educational
Computing Research. 120(2): 272-284
Bozeman,W.C. and Rranchev, S.M. (1991). Application of Computer
Technology to Educational Administration in the United States. Journal of
Research on Computing in Education.102(24): 62-78.
Cheng, Y.C dan Townsend, T. (2000). Educational change and development in the
asia pacific region: challenges for the future.The Netherlands: Swets and
Zeitlinger Publisher.
Choe, J. (1996). The Relationship Among Performance of Accounting
Information systems, Influence Factors, and Evolution Level of Information
Systems. Journal of Management Information Systems. 74(16): 124-148.
79
Cohen, Louis and Holliday, Michael. (1979). Statistics For Education and
Physical Education. New York: Harper and Rows Publisher
Eason, Ken. (1998). Information Technology And Organizational Change.
3rd.ed. Victoria : Taylor and Francis Inc.
Jaafar Muhammad. (1999). Kelakuan Organisasi, Edisi Ketiga. Petaling
Jaya: Aniza Publishing Sdn. Bhd.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia. (2002). Panduan Sistem eSPKB. Kuala
Lumpur: Edisi Terhad.
Jacobson,C and Armstrong,R. (1991). Computer Applications in
Management: How Do We Compare?. Journal of Education for Business.
127(66): 208-213.
Johnson, D.W. (1987). Human relations and your carrier, 2nd Edition.
New Jersey: Prentice Hall Inc.
Johnson, D. and Eisenberg, M. (1996). Computer Literacy and Information Literacy:
A Natural Combination. Emergency Librarian.14(23): 2-17.
Kamus Dewan (2003). Kamus Dewan Edisi Keempat. Ampang:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Perbangunan
Pendidikan (2006-2010):RMK-9. Edisi Terhad.
Lalli, W.R. (2003). Handbook of Budgeting. Fifth Edition. Hoboken: John
Wiley & Sons.
Melati Hj Ahmad Anuar et al. (1999). Pengurusan Kewangan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
80
M. Ghazie Shafie. (2005). How e-Government Project Can Be
Integrated Into Broader Technology Roadmap. Kuala Lumpur: Tidak
diterbitkan.
Mohammed Sani Ibrahim. (1998). Perancangan dan strategi
pelaksanaan latihan guru-guru sekolah bestari. Prosiding Seminar
Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: UPM, Hlm 132-
155.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Najib Ghafar. (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia.
Moran, T.P. (1981). An Applied Psychology of the User. Computing
Surveys. 13(1): 1-11.
Muhammad Shafie Abd Latiff ( 1997 ). Cyber Campus dan Multimedia
Super Corridor. DATA, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
Bil 9 Feb, halaman 4.
Muriatun Mohd Said. (1997). Penggunaan komputer di kalangan Guru –
guru kanan- Sekolah Menengah Daerah Segamat. satu tinjauan.
Universiti Malaysia Serawak: Tesis Sarjana.
Nolan and Patrick. (1990). The development of computer assisted school
administration in New Zealand. Palmerston North, New Zealand:
ERDC Massey University.
Noor Ashikin Abdul Aziz. (2005). Persepsi Pentadbir terhadap
penggunaan ICT dalam Pengurusan Sekolah di Sekolah Menengah Daerah
Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
81
Ohashi, T.(1993). Improving Productivity in Civil Service: A Symposium
Report. Tokyo: Asian Productivity Organization. 11-19.
Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual, A step by step guide to data
analysis using SPSS for windows (version 10). Australia: Allen and Unwin.
Picciano, A.G (1998). Educational Leadership and Planning for Technology. 2nd
ed, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Rushami Zien Yusof. (2001). Manual TQM Dalam Pendidikan: Kualiti
Pendidikan Bertaraf Dunia. UUM Sintok: Tidak diterbitkan.
Shahrulbanun A. Ghani. (2005). Hubungan Pengetahuan dan Kemahiran
Pengurusan dengan prestasi kerja guru kanan mata pelajaran di Sekolah
Menengah di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana .
Sidek Mohd Noah. (2000). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Stoner, James. A. F dan Wankel, Charles (1989). Management.
(Terjemahan Yaacob Ibrahim, Jabatan Pengajian Pengurusan (UPM). Petaling
Jaya: Amiza Publising. Sdn. Bhd.
Taylor, P. (1999). Managing Budgets & Cash Flows. Hong Kong: Grolier
International.
Telem, M. (1995). The potential impact of information technology on the
high school principal: a preliminary exploration. Journal of Research on
Computing in Education. 27(3): 121-144
82
Vachon, P. (1992). Impacts of informatics on the organization of
school boards and provincial projects in Canada. A case study: the
province of Quebec. Proceedings of the IFIP TC3/ WG 3.1 working conference
on impact of informatics on the organization of education. 5-9 August 1991.
Santa Barbara: ELSEVIER,260-265.
Visscher, A.J. (1991). School administrative computing: A framework
for analysis. Journal of Research on Computing in Education. 24(1):18-24
Visscher, A.J dan Spuck, D.W. (1991). Computer assisted school
administration and management: The state of the art in seven nations.
Journal of Research on Computing in Education. 24(1): 122-131
Visscher, A.J. (1996). Information technology in educational
management as an emerging discipline. Journal of Research on
Computing in Education. 25(4): 214-233
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Webster’s Dictionary of the English Language. (1988). New York: Lexicon
Publisher.
Zahri Aziz. (1992). Persepsi Pegawai Pendidikan Di Jabatan Pendidikan
Daerah Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pentadbiran Pendidikan.
Universiti Malaya: Tesis Sarjana.