penghadang gol

3
JKKK KAMPUNG SAWAH RING, 84700 GERSIK, LEDANG , JOHOR. TEL : 019-7792331 Ruj. Kami :Bil (1)dlm.PJKKKSR/Pemuda/10/01 Ruj. Tuan : Tarikh : 19 Disember 2010 Kepada, YAB Dato’ Hj. Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor. Dato’ MEMOHON PERUNTUKAN RM 20,000 BAGI PEMBINAAN DUA BUAH PENGHADANG BOLA BELAKANG GOL KAMPUNG SAWAH RING 2010 Merujuk perkara di atas, saya mewakili belia kampung Sawah Ring memohon jasa baik YAB Dato’ mempertimbangkan permintaan di atas bagi kemudahan belia beriadah dan bersukan di waktu lapang. Untuk makluman YAB Dato’ perkara di atas telah dipohon melalui YB Ahli Parlimen Ledang sejak tahun 2008 lagi, namun hingga kini tiada perkembangan yang dapat dibanggakan. Penghadang bola sedia ada telah rebah akibat dari bencana ribut pada tahun 2005 yang lalu. Kini masalah tersebut telah menjadi kesulitan kepada belia untuk bermain bola sepak. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami mohon jasa baik YAB Dato’ mempertimbangkan peruntukan seperti yang dinyatakan di atas bagi pembinaan penghadang bola yang baru demi manfaat belia di kampung kami. 3. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan YAB Dato’. Segala kerjasama YAB Dato’ saya dahului ucapan ribuan terima kasih.

Upload: wira-pairan

Post on 08-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

MOHD ISA BIN OTHMAN

JKKK

KAMPUNG SAWAH RING,

84700 GERSIK,

LEDANG , JOHOR.

TEL : 019-7792331 Ruj. Kami :Bil (1)dlm.PJKKKSR/Pemuda/10/01

Ruj. Tuan :

Tarikh : 19 Disember 2010

Kepada,

YAB Dato Hj. Abdul Ghani bin OthmanMenteri Besar Johor.Dato

MEMOHON PERUNTUKAN RM 20,000 BAGI PEMBINAAN DUA BUAH PENGHADANG BOLA BELAKANG GOL KAMPUNG SAWAH RING 2010Merujuk perkara di atas, saya mewakili belia kampung Sawah Ring memohon jasa baik YAB Dato mempertimbangkan permintaan di atas bagi kemudahan belia beriadah dan bersukan di waktu lapang. Untuk makluman YAB Dato perkara di atas telah dipohon melalui YB Ahli Parlimen Ledang sejak tahun 2008 lagi, namun hingga kini tiada perkembangan yang dapat dibanggakan. Penghadang bola sedia ada telah rebah akibat dari bencana ribut pada tahun 2005 yang lalu. Kini masalah tersebut telah menjadi kesulitan kepada belia untuk bermain bola sepak.2.Sehubungan dengan itu, pihak kami mohon jasa baik YAB Dato mempertimbangkan peruntukan seperti yang dinyatakan di atas bagi pembinaan penghadang bola yang baru demi manfaat belia di kampung kami. 3. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan YAB Dato. Segala kerjasama YAB Dato saya dahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

.

(WIRA BIN PAIRAN)

Sk :

Setiausaha JKKK Sawah Ring

Pengerusi JKKK

Merangkap Ketua Pemuda UMNO

Fail

Cawangan Kg Baru Bukit Katil.

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU

UMNO BAHAGIAN LEDANG

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN

KG SAWAH RING

KG BARU BUKIT KATIL

KG GAUNG KEPAR

019-7792331

Ruj.Kami:Bil (05) dlm PPUC/2011

Tarikh : 19 Jun 2011

Kepada,

YB Ir Hj Hamim bin Samuri

Ahli Parlimen Ledang

YB

MEMOHON PERUNTUKAN RM 20,000 BAGI PEMBINAAN PENGHADANG BOLA BELAKANG GOL PADANG SEK. KEB. SAWAH RING 2011

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Pemuda kampung Sawah Ring memohon jasa baik YB mempertimbangkan permintaan di atas bagi kemudahan belia beriadah dan bersukan di waktu lapang. 2.Untuk makluman YB perkara di atas telah dipohon melalui YB pada tahun 2008 lagi, namun hingga kini tiada perkembangan yang dapat dibanggakan. Saya cuba memohon melalui YAB Dato Hj Abdul Ghani bin Othmah Menteri Besar Johor pada tahun lepas namun ianya turut mengecewakan (Surat kepada YAB Dato dilampirkan) untuk semakan dan rujukan.

3Untuk pengetahuan YB penghadang bola sedia ada telah rebah akibat dari bencana ribut pada tahun 2005 yang lalu. Kini masalah tersebut telah menjadi kesulitan kepada belia untuk bermain bola sepak serta telah menjadi satu ancaman kepada pengguna jalanraya apabila kerap kali bola tersasar hingga ke jalan raya.4.Sehubungan dengan itu, pihak kami mohon jasa baik YB mempertimbangkan peruntukan seperti yang dinyatakan di atas. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan YB . Segala kerjasama YB saya dahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Yang menjalankan tugas,

.

(WIRA BIN PAIRAN)

Sk : Ketua UMNO CawanganKetua Pergerakan Pemuda UMNO

JKKK Sawah RingCawangan Kg Baru Bukit Katil.