penghargaan & pengenalan

2
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga-Nya dan para sahabat. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnia dan izin-Nya, maka tugasan ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Tiada kata dan madah yang dapat menggambarkan rasa terhutang budi kami kepada individu, kumpulan, mahupun institusi yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan penghasilan tugasan ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih, sesungguhnya tidak dapat dilahirkan dengan sempurnanya dalam beberapa baris ucapan. Namun demikian, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan tugasan ini yang terdiri daripada pensyarah pembimbing iaitu Encik Zulkifly bin Hussin. Bimbingan yang telah beliau berikan amat berguna dan mudah di fahami. Diatas sokongan beliau, tugasan ini mampu disiapkan. Saya berharap tugasan ini dapat memenuhi ciri-ciri tugasan yang telah diamanah kepada saya. Terima kasih kepada Dato Haji Khairuddin bin Haji Arshad atas kesudian beliau untuk ditemu ramah bagi memnuhi kriteria tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PISMP 8G kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap proses pencarian bahan serta maklumat untuk diperlengkapkan sehingga menjadi satu wadah yang seperti ini. Pada asasnya, kerja kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan saya sebagai seorang guru pelatih. Oleh yang demikian, dengan adanya pendedahan yang sebegini rupa, saya yakin dapat menghasilkan tugasan yang lebih bermutu kelak. Bimbingan serta pengaplikasian yang berterusan, para guru pelatih akan dapat menyampaikan ilmu ini kepada anak murid mereka kelak dengan betul. Terima kasih sekali lagi.

Upload: atiqahshahrom

Post on 27-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penghargaan

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN & pengenalan

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga-Nya dan para

sahabat. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnia dan

izin-Nya, maka tugasan ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Tiada kata dan

madah yang dapat menggambarkan rasa terhutang budi kami kepada individu,

kumpulan, mahupun institusi yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung

bagi menjayakan penghasilan tugasan ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih, sesungguhnya tidak dapat dilahirkan

dengan sempurnanya dalam beberapa baris ucapan. Namun demikian, setinggi-

tinggi penghargaan ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan

tugasan ini yang terdiri daripada pensyarah pembimbing iaitu Encik Zulkifly bin

Hussin. Bimbingan yang telah beliau berikan amat berguna dan mudah di fahami.

Diatas sokongan beliau, tugasan ini mampu disiapkan. Saya berharap tugasan ini

dapat memenuhi ciri-ciri tugasan yang telah diamanah kepada saya. Terima kasih

kepada Dato’ Haji Khairuddin bin Haji Arshad atas kesudian beliau untuk ditemu

ramah bagi memnuhi kriteria tugasan ini.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga

PISMP 8G kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap proses

pencarian bahan serta maklumat untuk diperlengkapkan sehingga menjadi satu

wadah yang seperti ini.

Pada asasnya, kerja kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan

pengetahuan saya sebagai seorang guru pelatih. Oleh yang demikian, dengan

adanya pendedahan yang sebegini rupa, saya yakin dapat menghasilkan tugasan

yang lebih bermutu kelak. Bimbingan serta pengaplikasian yang berterusan, para

guru pelatih akan dapat menyampaikan ilmu ini kepada anak murid mereka kelak

dengan betul. Terima kasih sekali lagi.

Page 2: PENGHARGAAN & pengenalan

PENGENALAN

Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak

faktor.Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang

kepimpinandan pengurusan cenderung untuk melihat kepemimpinan sebagai

penyumbangutama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi.

Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepemimpinan

secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepemimpinan adalah

penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga

berpendapat, kepemimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat

penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi.

Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah

disebabkan oleh kepemimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat,

kepemimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi.

Isu kepemimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor

awam baik di negara maju atau negara membangun. Isu ini menjadi bertambah

runcing kerana persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan merupakan

cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin

dalam semua sektor. Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan ini

akan dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan.

Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku

yang beretika. Kepemimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah

agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budaya organisasi. Sikap

dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan anggota organisasi

dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi.