penghasilan bunyi segmental - upm edutrain …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/4. penghasilan...
TRANSCRIPT
Penghasilan Bunyi Segmental
Hasil PembelajaranSelepas mengikuti kuliah ini, pelajar dapat:
mengenal pasti perbezaan setiap bunyi vokal dan konsonan BM,
menerangkan kedudukan dan fungsi setiap alat ujaran,
Menginterpretasikan setiap segmen bunyi BM berdasarkan cara artikulasi.
Kandungan Kuliah Kuliah berdasarkan bab 3 dalam buku Asas Fonetik
dan Carta the International Phonetic Alphabet (IPA) 2005 yang diedarkan kepada pelajar.
Pelajar diminta menyebut segmen bunyi dan mengenal pasti organ ujaran yang terlibat.
Pendahuluan Segmen bunyi terbahagi kepada dua, iaitu konsonan
dan vokal.
Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang terdiri daripada artikulator aktif dan artikulator pasif.
Titik artikulasi (place of articulation) terdiri daripada kedua-dua jenis artikulator kecuali lidah yang dijelaskan dalam cara artikulasi (manner of articulation).
Konsonan Konsonan ialah bunyi ujaran yang dihasilkan apabila
arus udara disekat sepenuhnya atau sebahagiannya pada titik artikulasi.
Titik artikulasi ialah tempat keluar bunyi ujaran.
Titik artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu titik artikulasi aktif dan titik artikulasi pasif.
Titik artikulasi aktif ialah bahagian alat ujaran yang bergerak, manakala titik artikulasi pasif pula adalah bahagian alat ujaran yang tidak bergerak.
Titik Artikulasi AktifTerdapat 6 titik artikulasi aktif yang terdiri daripada:
bibir bawah
hujung lidah
daun lidah
depan lidah
belakang lidah
pangkal lidah
Titik Artikulasi PasifTerdapat 10 titik artikulasi pasif terdiri daripada:
bibir atas
gigi kacip atas
gigi-gusi
gigi-gusi lelangit keras
lelangit keras
lelangit lembut
anak tekak
rongga tekak
epiglotis
pita suara
Titik Artikulasi UtamaTitik artikulasi utama ialah titik artikulasi yang dinyatakan dalam carta konsonan (pulmonik) IPA, iaitu:
1. dua bibir (bilabial)2. bibir gigi (labiodental) 3. gigi (dental)4. gigi gusi (alveolar), 5. gigi gusi lelangit keras (postalveolar)6. gelungan (retroflex)7. lelangit keras (palatal)8. lelangit lembut (velar)9. anak tekak (uvular)10. rongga tekak (pharyngeal)11. pita suara (glotis)
Cara ArtikulasiCara artikulasi (manner of articulation) ialah cara bunyi ujaran dihasilkan. Terdapat 9 cara artikulasi, iaitu:1. Letupan (plosive)2. Sengauan (nasal)3. Getaran (trill)4. Ketukan atau libasan (tap or flap)5. Geseran (fricative)6. Geseran sisian (lateral fricative)7. Malaran tak bergeser (approximant)8. Sisian tak bergeser (lateral approximant)9. Letusan (affricates)
Deskripsi Konsonan Berdasarkan carta IPA, deskripsi konsonan dalam
bahasa Melayu bermula dari sebelah kiri (cara artikulasi) diikuti oleh sebelah atas (titik artikulasi) dan diikuti oleh bunyi bersuara/tak bersuara.
Contoh: Konsonan /p/ dideskripsikan sebagai bunyi konsonan letupan dua bibir tak bersuara (voiceless bilabial plosive).
Latihan: Berikan deskripsi fonetik bagi kesemua bunyi konsonan yang terdapat dalam IPA.
Vokal Vokal ialah bunyi ujaran yang dihasilkan apabila arus
udara dibiarkan melalui titik artikulasi tanpa sekatan.
Terdapat 28 vokal dlm IPA. Daripada jumlah tersebut 18 dianggap vokal kardinal yg terdiri dpd 8 vokal kardinal utama dan 10 vokal kardinal kedua.
Berikut adalah laman web yg dpt membantu pemahaman tentang pembahagian vokal di atas.
http://en.wikipedia.org/wiki/International_Phonetic_Alphabet
Deskripsi Vokal Berdasarkan carta IPA, deskripsi vokal dalam bahasa
Melayu bermula dari kedudukan bibir (hampar/bundar), diikuti oleh bahagian sebelah atas (daerah artikulasi) dan diikuti oleh sebelah kiri (ruang udara).
Contoh: Vokal /a/ dideskripsikan sebagai bunyi vokal hampar depan luas (open front unrounded vowel).
Latihan: Berikan deskripsi fonetik bagi kesemua bunyi vokal yang terdapat dalam IPA.
Diftong Bunyi diftong terhasil apabila vokal kedua dalam
deretan dua vokal mengalami geluncuran tanpa puncak kelantangan.
Terdapat 3 jenis diftong dlm BM, iaitu [aj], [oj], dan [aw] yang direalisasikan dpd /ai/, /oi/, dan /au/.
Titik dan Cara Artikulasi Konsonan
Sila lihat carta IPA 2005
Kesimpulan Titik dan cara artikulasi memainkan peranan penting
dalam menghasilkan segmen bunyi bahasa yang terdiri daripada konsonan dan vokal.
Bunyi separuh vokal atau geluncuran seperti [w] dan [j] termasuk dalam konsonan.