pengukuran personaliti keusahawanan dan prestasi
TRANSCRIPT
2015
PENGUKURAN PERSONALITI KEUSAHAWANAN
DAN PRESTASI PERNIAGAAN BAHAN BINAAN DI
NEGERI KELANTAN
NURZALIZA BINTI MOHD NOOR
SARJANA KEUSAHAWANAN
2015
Pengukuran Personaliti Keusahawanan dan Prestasi
Perniagaan Bahan Binaan di Negeri Kelantan
oleh
Nurzaliza binti Mohd Noor
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah
Sarjana Keusahawanan
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
i
PENGESAHAN TESIS
Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil
penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana
Universiti atau Institusi.
TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau akses terbuka dalam talian (teks penuh).
SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pengajian Siswazah
Dari tarikh hingga
SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi
1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi
di mana penyelidikan dijalankan)*
Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk tujuan pengajian
sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran institusi
pengajian
Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama
Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama
Tarikh: Tarikh:
ii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Alhamdulillah, segala
puji-pujian bagi Allah s.w.t di atas segala rahmat, inayah, hidayah dan keizinan-Nya kepada
saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan para sahabat kerana dengan usaha mereka dapat kita sama-sama mengecapi nur Islam pada
hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Prof. Madya Dr. Mohd Rafi Yaacob
selaku penyelia, di atas segala tunjuk ajar, khidmat nasihat, kerjasama, pertolongan dan
dorongan di sepanjang proses penyelidikan ini sehingga ia dapat disempurnakan dengan jayanya
Terima kasih yang tidak terhingga kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta atas didikan,
bimbingan, doa dan restu yang diberikan. Segala jasa ayahanda dan bonda akan anakanda hargai
sehingga ke penghujung hayat. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada
suami tercinta Mohd Azhar bin Ab Aziz yang telah sanggup bersama-sama bersusah payah
membantu dan memberi galakan serta sokongan kepada saya.
Seterusnya, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli keluarga atas jasa,
bantuan dan sokongan yang dihulurkan. Terima kasih buat “Anak-anak tersayang”: Amir
Izzuddin dan Amirah Batrisya yang menghiburkan. Begitu juga kepada pegawai-pegawai Majlis
Daerah di Kelantan yang telah banyak memudahkan perjalanan kajian ini dan juga kepada
semua usahawan yang terlibat dalam kajian ini dengan memperuntukkan masa dan waktu untuk
mengisi borang soal selidik yang telah diedarkan.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang memahami: Nurul Huda,
Nur Anis, Norhasliza, Hasnita, Syuhada dan Syamsuriana, sesungguhnya jasa baik dan
sokongan kalian semua adalah pengalaman dan kenangan indah yang tidak mungkin dapat
dilupakan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat semoga budi dan jasa yang dihulurkan
mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya
iii
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS i
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH xi
ABSTRAK xiii
ABSTRACT xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Hipotesis 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Batasan Kajian 8
1.10 Pembentukan Kerangka Teori (Rekabentuk Kajian) 9
1.11 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Usahawan Dan Keusahawanan 13
iv
2.2.1 Siapakah Usahawan ? 14
2.2.2 Takrif Keusahawanan 16
2.2.3 Ciri-Ciri Usahawan 19
2.2.4 Pendidikan Dan Pembangunan Usahawan Di Malaysia
Pada Masa Kini 22
2.2.5 Prestasi Perniagaan 26
2.2.6 Usahawan Dan Prestasi PKS 28
2.3 Ciri-Ciri Personaliti Yang Mempengaruhi Prestasi
Perniagaan 29
2.3.1 Keperluan Untuk Pencapaian (Motivasi) 29
2.3.1.1 Definisi Dan Konsep Keperluan Untuk Pencapaian 29
2.3.1.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Keperluan Untuk
Pencapaian 31
2.3.2 Lokus Kawalan 32
2.3.2.1 Definisi Dan Konsep Lokus Kawalan 32
2.3.2.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Lokus Kawalan 36
2.3.3 Kesanggupan Untuk Mengambil Risiko 38
2.3.3.1 Definisi Dan Konsep Kesanggupan Untuk
Mengambil Risiko 38
2.3.3.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Kesanggupan
Untuk Mengambil Risiko 40
2.3.4 Keyakinan Diri 42
2.3.4.1 Definisi Dan Konsep Keyakinan Diri
(Efikasi Kendiri) 42
v
2.3.4.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Keyakinan Diri
(Efikasi Kendiri) 43
2.3.5 Kreativiti Dan Inovasi 44
2.3.5.1 Definisi Dan Konsep Kreativiti Dan Inovasi 44
2.3.5.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Kreativiti Dan
Inovasi 46
2.4 Kesimpulan 48
BAB 3 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA
3.1 Pendahuluan 50
3.2 Definisi Perusahaan Kecil Dan Sederhana 50
3.3 Sejarah Dan Perkembangan PKS Di Malaysia 56
3.4 Profil Industri Pembinaan PKS Di Malaysia 60
3.5 Definisi Industri Binaan 62
3.6 Ciri-Ciri Industri Binaan 63
3.6.1 Kos Yang Tinggi 64
3.6.2 Ketahanan 64
3.6.3 Teknologi 65
3.6.4 Tempoh Masa 66
3.7 Faktor-faktor Yang Menjana Perkembangan Industri Binaan 67
3.7.1 Prestasi Ekonomi Umum 67
3.7.2 Bekalan Dan Harga Bahan-bahan Binaan 68
3.7.3 Kadar Inflasi 69
3.7.4 Kemampuan Pengguna 70
3.8 Kesimpulan 70
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan 72
vi
4.2 Reka Bentuk Kajian 73
4.3 Kaedah Persampelan 73
4.4 Kaedah Pengumpulan Data 76
4.4.1 Soal Selidik 76
4.5 Instrumen Kajian 77
4.5.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang Responden 79
4.5.2
Bahagian B: Maklumat Syarikat
80
4.5.3
Bahagian C: Keperluan Untuk Pencapaian
80
4.5.4
Bahagian D: Lokus Kawalan
81
4.5.5
Bahagian E: Kesanggupan Untuk Mengambil Risiko
81
4.5.6
Bahagian F: Keyakinan Diri
81
4.5.7
Bahagian G: Kreativi Dan Inovasi
82
4.5.8
Bahagian H: Kejayaan Perniagaan (Prestasi Perniagaan)
82
4.6
Kaedah
Penganalisisan Data
82
4.6.1
Analisa Data Deskriptif
83
4.6.2
Analisa Data Infrensi
86
4.7 Ujian Rintis 86
4.7.1 Ujian Kebolehpercayaan 87
4.8 Kesimpulan 90
BAB 5 ANALISIS DATA
5.1 Pendahuluan 92
5.2 Ulasan Demografi Responden 93
5.3 Ulasan Demografi Syarikat 106
5.4 Tahap Ciri-Ciri Personaliti Keusahawanan Dalam Prestasi
Perniagaan 111
5.4.1 Keperluan Untuk Pencapaian (Motivasi) 112
vii
5.4.2 Lokus Kawalan 115
5.4.3 Kesanggupan Untuk Mengambil Risiko 117
5.4.4 Keyakinan Diri 118
5.4.5 Kreativi Dan Inovasi 120
5.4.6 Kejayaan Perniagaan (Prestasi Perniagaan) 122
5.4.7 Min Pembolehubah Kajian 123
5.5 Ujian Korelasi Diantara Pembolehubah-Pembolehubah 125
5.6 Tahap Pengaruh Antara Pemboleh Ubah Bebas Dengan Pemboleh
Ubah Bersandar. 128
5.7 Hipotesis Kajian 133
5.7.1 Analisa Data Infrensi 133
5.8 Kesimpulan 136
BAB 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pendahuluan 138
6.2 Perbincangan Dapatan Kajian 138
6.2.1 Ciri-Ciri Demografi 139
6.2.2 Tahap Prestasi Perniagaan Dan Personaliti Usahawan 141
6.2.3 Hubungan Dan Pengaruh Personaliti Terhadap Prestasi
Perniagaan 143
6.3 Implikasi Kajian 145
6.3.1 Implikasi Teori 146
6.3.2
Implikasi Praktis
147
6.4 Cadangan 148
6.4.1 Cadangan Kepada Usahawan Bahan Binaan 148
6.4.1.1 Menganggotai Persatuan Atau Pertubuhan 148
6.4.1.2 Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran
viii
Dalam Bidang Perniagaan 149
6.4.1.3 Menceburi Sektor Yang Berpotensi
149
6.4.2
Cadangan Kepada Pihak Kerajaan, Kementerian, Persatuan
Dan Agensi Lain
150
6.4.2.1 Menggiatkan Usaha Untuk Membantu Usahawan
Bahan Binaan
150
6.4.2.2 Analisis Keperluan Latihan
151
6.5 Kajian Akan Datang 152
6.6 Kesimpulan 153
RUJUKAN 155
LAMPIRAN A 168
LAMPIRAN B 179
LAMPIRAN C 180
LAMPIRAN D 181
LAMPIRAN E 193
LAMPIRAN F 205
ix
SENARAI JADUAL
NO.
2.1
Ringkasan Sorotan Kajian Mengenai Instrumen Dan Pencipta
MUKA SURAT
48
3.1
Definisi PKS: Berdasarkan Kepada Jumlah Tenaga Kerja
(Sepenuh Masa)
55
3.2
Definisi PKS: Berdasarkan Kepada Hasil Jualan Tahunan
55
4.1
Jumlah Dan Peratusan Sampel Mengikut Daerah
75
4.2
Pembahagian Soal Selidik
78
4.3
Keputusan Ujian Analisa Data Deskriptif
84
4.4
Cronbach Alpha Dan Kekuatan Perkaitan
87
4.5
Instrumen Dan Kebolehpercayaan
89
5.1
Taburan Responden Mengikut Umur, Jantina Dan Bangsa
94
5.2
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan, Taraf
Perkahwinan Dan Bilangan Anak
96
5.3
Taburan Responden Yang Mempunyai Pengalaman Bekerja,
Pengalaman Bekerja Dan Pekerjaan Sebelum Berniaga
98
5.4
Taburan Responden Mengikut Umur Semasa Memulaka
Perniagaan (Tahun), Mempunyai Pengalaman Memulakan
Perniagaan Sendiri Dan Pengalaman Memulakan Perniagaan
Sendiri
100
5.5
Taburan Responden Yang Mempunyai Pengalaman Dalam Bidang
Sekarang, Pengalaman Dalam Bidang Sekarang Dan Mempunyai
Ahli Keluarga Yang Menjalankan Perniagaan
102
x
5.6 Taburan Responden Mengikut Jenis Latihan Yang Dijalani
Sebelum Memulakan Perniagaan Dan Jenis Latihan Yang
Dijalani Selepas Memulakan Perniagaan 104
5.7 Taburan Responden Mengikut Lokasi Perniagaan, Jenis Pemilikan
Dan Umur Syarikat 106
5.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Pekerja, Tempoh
Menguruskan Perniagaan (Seminggu) Dan Jenis Perniagaan 108
5.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Dan Tahap
Perniagaan 110
5.10 Skor Min 112
5.11 Min Bagi Keperluan Untuk Pencapaian (Motivasi) 114
5.12 Min Bagi Lokus Kawalan 116
5.13 Min Bagi Kesanggupan Mengambil Risiko 118
5.14 Min Bagi Keyakinan Diri 120
5.15 Min Bagi Kreativiti Dan Inovasi 122
5.16 Min Bagi Kejayaan Perniagaan (Prestasi Perniagaan) 123
5.17 Taburan Instumen Mengikut Min Dan Sisihan Piawai Setiap
Bahagian 125
5.18 Tafsiran Pekali Kolerasi 126
5.19 Sisihan Piawai, Min Dan Korelasi 128
5.20 Keputusan Ujian Regrasi Berganda Terhadap Pembolehubah 129
5.21 Keputusan Ujian Regrasi Untuk Nilai F dan Tahap Signifikan 130
5.22 Keputusan Ujian Regrasi Berganda Untuk Perbezaan Antara
Pembolehubah Bebas 131
5.23 Keputusan Ujian Analisa Infrensi Untuk Hipotesis 134
5.24 Tafsiran Pekali Korelasi 135
xi
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
1.1
Model Kerangka Teori
10
5.1
Analisis Regrasi Berganda
132
5.2
Model Regrasi Berganda
133
xii
SENARAI SINGKATAN NAMA
CGC Credit Guarantee Corporation
IPT Institusi Pengajian Tinggi
KDNK Keluaran dalam negara kasar
KPUN Kementerian Pembangunan Usahawan
MECD Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa atau Industri
Ministry of International Trade and Industry
PKS Perusahaan Kecil dan Sederhana
PMR Peperiksaan Menengah Rendah
RMK-9 Rancangan Malaysia Kesembilan
PPUS Program Pembangunan Usaha Siswa
SME Small Medium Enterprise
SME Corp SME Corporation Berhad
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
SRP Sijil Rendah Pelajaran
xiii
Pengukuran Personaliti Keusahawanan Dan Prestasi Usahawan Dalam Perniagaan Bahan
Binaan Di Negeri Kelantan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan antara ciri-ciri personaliti
keusahawanan dan prestasi usahawan perniagaan bahan binaan di Negeri Kelantan. Personaliti
keusahawanan dikaji dalam lima dimensi iaitu keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus
kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri termasuk kreativiti dan inovasi.
Bagi mencapai matlamat kajian ini, intrumen kajian untuk mengukur pembolehubah bersandar
dan bebas telah dibentuk berdasarkan sorotan kajian. Pembolehubah bersandar yang terlibat
dalam kajian ini adalah prestasi usahawan. Manakala personaliti keusahawanan bertindak
sebagai pembolehubah bebas yang terdiri dari keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus
kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri termasuk kreativiti dan inovasi.
Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan peratus. Soal selidik dibentuk dan
diedarkan kepada 80 orang responden di sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang.
Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program “Statistical Package for
Social Science (SPSS)”. Keputusan-keputusan dari analisis menunjukkan prestasi usahawan
berada pada tahap sederhana dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua ciri-
ciri personaliti keusahawanan. Analisis regrasi menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti
mempunyai hubungan yang positif dan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi usahawan.
Manakala ciri kreativiti dan inovasi adalah tidak signifikan pada model kajian. Berdasarkan
penemuan tersebut, didapati ciri personaliti yang kritikal iaitu keperluan untuk pencapaian
(motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri perlu ditanam
di kalangan usahawan bahan binaan. Kajian ini berjaya menambahkan sorotan kajian di dalam
bidang keusahawanan dan mampu menjadi sumber rujukan di dalam program-program latihan
dan pembangunan keusahawanan.
xiv
Pengukuran Personaliti Keusahawanan Dan Prestasi Usahawan Dalam Perniagaan Bahan
Binaan Di Negeri Kelantan
ABSTRACT
This research is to identify the correlation between entrepreneur personality features and
performances of entrepreneur construction material in Kelantan. The personalities are measured
in five dimensions which are need for achievement (motivation), locus of control, willingness to
take risk, self confidence as well as creativity and innovation. In order to achieve the objectives
of this research, dependant variables and independant variables have been designed due to
literature. The dependant variables that involve in this research are entrepreneur performance
while the independant variables are entrepreneur personality features like need for achievement
(motivation), locus of control, willingness to take risk, self confidence as well as creativity and
innovation. The data will be resigned descriptively to get the average and percentage. The
questionnaires have be created and distributed to 80 respondents around Kota Bharu, Pasir
Puteh and Machang. Statistical Package for Social Science (SSPS) has be used as a method to
analyze the result. The analyzed results show that the entrepreneur performance is in moderate
level and has significant relationship with all entrepreneur personality features. Regression
analysis shows the personality’s features have positive correlation and significant influence with
entrepreneur performance while creativity and innovation are not significant to the research.
From this finding, realized that the critical entrepreneur personality features like need for
achievement (motivation), locus of control, willingness to take risk, self confidence should be
inculcated among entrepreneur of construction material. This research successfully increase the
number of literetures in the field of entrepreneur and could be a reference in training program
and entrepreneur development.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan terkini dalam penyelidikan berkaitan keusahawanan telah
memberi penumpuan yang lebih kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
sebahagian besarnya disebabkan oleh kesedaran bahawa PKS memainkan
peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara. Negara maju mahupun negara
membangun seperti Malaysia, melihat keusahawanan dalam PKS sebagai satu
mekanisme untuk meningkatkan agihan pendapatan, merangsang pertumbuhan
ekonomi, serta membentuk semula struktur ekonomi yang amat bergantung
kepada PKS.
Memandangkan peluang kejayaan di kalangan PKS amat besar
implikasinya dalam pertumbuhan dan kesejahteraan sosio-ekonomi sesebuah
negara, memahami kejayaan PKS adalah amat penting. Mewujudkan PKS yang
lebih berjaya, berpotensi untuk mewujudkan pekerjaan baru, meningkatkan
perdagangan, dan seterusnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesuatu
negara. Namun begitu, kajian berkaitan PKS menunjukkan kekurangan
konsistensi terhadap faktor-faktor utama yang menentukan kejayaan PKS.
Antara PKS, perniagaan bahan binaan di Malaysia adalah salah satu
penyumbang utama untuk pertumbuhan ekonomi. Bahan binaan digunakan
2
secara meluas dalam proses pembinaan. Tahun 2006 contohnya menyaksikan
perkembangan sektor pembinaan yang berkembang sebanyak 0.7% berikutan
pelaksanaan sebahagian besar 880 projek baru dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) pada suku keempat.
Melihat kepada kepentingan PKS di industri bahan binaan kepada
negara, kajian ini memberi tumpuan menyiasat pengukuran personaliti
keusahawanan dan prestasi perniagaan dalam industri tersebut di Kelantan.
Kawasan-kawasan kajian yang terpilih adalah daerah Kota Bharu, Pasir Puteh
dan Machang. Ciri-ciri personaliti yang dimaksudkan ini dikelaskan kepada lima
bahagian iaitu keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan,
kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri serta kreativiti dan inovasi.
1.2 Latar Belakang Kajian
Di Malaysia, PKS merupakan sektor terpenting untuk pertumbuhan
ekonomi. 86.6% daripada jumlah PKS terlibat dalam sektor perkhidmatan
seperti perniagaan am peruncitan, pembinaan dan pembuatan. 75% daripada
keseluruhan perniagaan adalah terdiri perniagaan kecil di Malaysia.
PKS telah mendapat pengiktirafan yang meluas baik di negara maju
mahupun di negara sedang membangun. Antara PKS, perniagaan bahan binaan
turut memberi sumbangan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Memandangkan penglibatan orang-orang Melayu masih baru dalam industri
perniagaan bahan binaan di Malaysia, adalah perlu untuk menyiasat sifat-sifat
3
yang terlibat dalam personaliti keusahawanan dengan prestasi perniagaan. Istilah
personaliti keusahawanan dalam kajian ini menggambarkan individu yang
bermotivasi tinggi adalah keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus
kawalan, serta kreativiti dan inovasi (Stevenson & Gumpert, 1983; McClleland,
1961; Shane et al, 2003; Rotter, 1966). Personaliti keusahawanan boleh dilihat
sebagai ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi perniagaan seperti yang
ditunjukkan dari segi peningkatan jumlah kajian yang ditumpukan kepada
keusahawanan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebagai contoh; Shane et al,
2003 ; Llewelly et al, 2003; Littunen, 2000; Gartner, 1990; Bird, 1998; dan
McClleland, 1961. Llewelly et al, 2003; Littunen, 2000; Gartner, 1990 dan
McClleland, 1961.
1.3 Pernyataan Masalah
Beberapa penyelidik (Shane et al, 2003; Llewelly et al, 2003; Littunen,
2000) berpendapat bahawa ciri-ciri personaliti mempunyai hubungan yang
positif dengan prestasi perniagaan. Laporan kajian lepas (Andreas Rauch &
Michael Frese, 2000) menyatakan bahawa salah satu ciri personaliti iaitu
mengambil risiko mempunyai kesan negatif ke atas prestasi perniagaan iaitu
berada pada tahap sederhana. Di mana terdapat 59.8 % (setuju), 23.4% (tidak
pasti), 16.8% (tidak setuju). Ini menunjukkan responden belum bersedia
mengambil risiko sepenuhnya. Persoalannya, adakah terdapat perhubungan
antara ciri-ciri personaliti (keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus
4
kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri serta kreativiti
dan inovasi) dengan prestasi perniagaan? Sorotan kajian menunjukkan bahawa
setakat ini belum ada kajian yang dilaksanakan di Malaysia untuk menjawab
persoalan ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan jawapan kepada
soalan yang dikemukakan, khususnya dalam industri pembinaan. Oleh yang
demikian, matlamat ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara ciri-ciri
personaliti dengan prestasi perniagaan yang dimiliki oleh para usahawan bahan
binaan.
1.4 Persoalan Kajian
Terdapat enam persoalan kajian yang berkaitan perniagaan bahan binaan di
Kelantan.
1) Adakah terdapat perhubungan antara ciri personaliti keperluan untuk
pencapaian (motivasi) dengan tahap prestasi perniagaan?
2) Adakah terdapat perhubungan antara ciri personaliti lokus kawalan dengan
tahap prestasi perniagaan?
3) Adakah terdapat perhubungan antara ciri personaliti kesanggupan untuk
mengambil risiko dengan tahap prestasi perniagaan?
4) Adakah terdapat perhubungan antara ciri personaliti keyakinan diri dengan
tahap prestasi perniagaan?
5) Adakah terdapat perhubungan antara ciri personaliti kreativiti dan inovasi
dengan tahap prestasi perniagaan?
5
6) Apakah hubungan prestasi perniagaan ke atas ciri-ciri personaliti dalam
perniagaan bahan binaan di Kelantan?
1.5 Objektif Kajian
Terdapat tiga objektif kajian ini adalah:
1) Untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti keusahawanan dari segi: keperluan
untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk mengambil
risiko, keyakinan diri, serta kreativiti dan inovasi dalam perniagaan bahan
binaan.
2) Untuk mengenal pasti tahap prestasi perniagaan bahan binaan.
3) Untuk mengenal pasti perhubungan antara ciri-ciri personaliti keusahawanan
dan tahap prestasi perniagaan bahan binaan.
1.6 Hipotesis
Terdapat lima hipotesis kajian:
1) Ciri personaliti keperluan untuk pencapaian (motivasi) mempunyai
hubungan yang signifikan dengan tahap prestasi perniagaan.
2) Ciri personaliti lokus kawalan mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tahap prestasi perniagaan .
3) Ciri personaliti kesanggupan untuk mengambil risiko mempunyai hubungan
yang signifikan dengan tahap prestasi perniagaan.
6
4) Ciri personaliti keyakinan diri mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tahap prestasi perniagaan.
5) Ciri personaliti yang kreativiti dan inovasi mempunyai hubungan yang
signifikan dengan tahap prestasi perniagaan.
1.7 Kepentingan Kajian
Umumnya terdapat lima kepentingan kajian:
1) Mengetahui hubungan antara ciri-ciri personaliti dengan prestasi perniagaan
di kelompok yang terpilih dan boleh dicontohi oleh usahawan yang lain.
2) Tidak terdapat penyelidikan sebelum ini yang membuat kajian mengenai
pengukuran personaliti keusahawanan dan prestasi perniagaan bahan binaan
di Kelantan. Kajian ini menyumbang kepada ilmu keusahawanan kepada
bakal usahawan bahan binaan.
3) Dengan adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan
membolehkan bakal usahawan dan usahawan lebih yakin untuk menjalankan
dan meningkatkan prestasi perniagaan.
4) Di mana usahawan boleh mengikuti kursus-kursus, seminar dan ceramah
mengenai ilmu keusahawanan untuk mengetahui lebih mendalam cara
pengurusan perniagaan.
5) Antara pengurusan perniagaan ialah pertumbuhan jualan, pulangan terhadap
jualan, aliran tunai, keuntungan bersih, peningkatan penguasaan pasaran
7
dan pulangan atas pelaburan.
6) Dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan ilmiah tambahan bagi pihak
yang ingin membuat kajian dan kepada bakal usahawan bahan binaan.
7) Memberi gambaran mengenai peluang dan sektor yang boleh diceburi oleh
individu yang menceburi bidang perniagaan berdasarkan kepada sektor yang
menjadi pilihan utama para usahawan yang telah berjaya.
8) Sebagai garis panduan kepada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
serta Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan keusahawanan di negeri Kelantan
khasnya bagi merangka program pembangunan yang lebih berkesan pada
masa akan datang.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada ciri-ciri personaliti dari segi
keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk
mengambil risiko, keyakinan diri, serta kreativiti dan inovasi dengan prestasi
perniagaan bahan binaan. Tumpuan kajian ini melibatkan kelompok kawasan
terpilih di negeri Kelantan. Pemilihan negeri Kelantan adalah kerana negeri ini
mempunyai lingkungan usahawan Melayu yang terlibat dalam industri
pembinaan, pembekal bahan-bahan binaan atau hardware. Berbeza dengan
usahawan Melayu negeri lain, usahawan Melayu Kelantan amat aktif dalam
8
perniagaan. Tidak hairanlah usahawan Melayu Kelantan mampu memberi
persaingan kepada perniagaan yang didominasi oleh kaum Cina.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini menggambarkan ciri-ciri personaliti dan prestasi perniagaan
Melayu di beberapa kawasan sekitar negeri Kelantan. Ini boleh menggambarkan
ciri-ciri personaliti usahawan bahan binaan di lain-lain negeri di Malaysia.
Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada usahawan bahan binaan di sekitar
daerah Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang.
Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pengedaran borang soal
selidik kepada pengusaha bahan binaan di daerah terpilih di Kelantan. Ketepatan
dan kesahihan yang didapati melalui kaedah ini bergantung kepada jawapan
yang diberikan oleh responden. Pengkaji menghadapi masalah masa yang terhad
dan kos yang tinggi dalam usaha untuk mengumpul kembali borang soal selidik
yang diedarkan. Kaedah pengumpulan data primer adalah terhad kepada borang
soal selidik yang dikembalikan dan mempunyai jawapan yang lengkap.
Masa yang terhad dan kos pengangkutan yang tinggi menjadi beban
kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Masa yang singkat menyukarkan
pengkaji untuk mengumpulkan maklumat yang mencukupi dan tepat mengenai
topik kajian. Malah, ia juga menghadkan pengkaji untuk mencari maklumat di
kawasan berjauhan dengan Kota Bharu, Kelantan bagi memantapkan lagi kajian
ini.
9
1.10 Pembentukan Kerangka Teori (Rekabentuk Kajian)
Kajian ini adalah bercorak kuantitatif yang menggunakan data-data
statistik sebagai medium pengkajian. Berdasarkan kepada perbincangan ke atas
permasalahan, persoalan dan objektif kajian sebelum ini, satu model kajian telah
dapat dibentuk. Dalam model kajian ini, penyelidik telah mengambil prestasi
perniagaan sebagai pembolehubah bersandar manakala ciri-ciri personaliti
keusahawanan sebagai pembolehubah bebas kajian. Secara ringkas, model
kajian adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1.
10