pengunaan modul tahun 6

3
PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 6 Penerangan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 6 Pendahuluan Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik dan diterjemahkan dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Keperluan Penyebaran Maklumat Jelaskan kepada Ketua Panitia (KP) bahawa modul PdP Matematik KSSR Tahun 6: 1. Merupakan tafsiran DSKP Tahun 6 dan bukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). 2. Modul yang dibina tidak merangkumi semua tajuk di dalam DSKP. Dipilih beberapa tajuk sahaja. 3. Cadangan aktiviti yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian persekitaran murid. Guru boleh memilih mana-mana aktiviti yang sesuai bagi memastikan Standard Pembelajaran tercapai dan tidak semestinya melaksanakan kesemua aktiviti. Nota: Modul PdP matematik KSSR Tahun 6 yang dibina hanya mengandungi sebahagian tajuk-tajuk yang terdapat dalam 4 bidang pembelajaran. 1

Upload: kathleen-smith

Post on 12-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

modul kssr

TRANSCRIPT

Page 1: Pengunaan Modul Tahun 6

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 6

Penerangan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 6

Pendahuluan

Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik dan diterjemahkan dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan.

Keperluan Penyebaran Maklumat

Jelaskan kepada Ketua Panitia (KP) bahawa modul PdP Matematik KSSR Tahun 6:1. Merupakan tafsiran DSKP Tahun 6 dan bukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).2. Modul yang dibina tidak merangkumi semua tajuk di dalam DSKP. Dipilih beberapa tajuk

sahaja.3. Cadangan aktiviti yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian persekitaran murid. Guru

boleh memilih mana-mana aktiviti yang sesuai bagi memastikan Standard Pembelajaran tercapai dan tidak semestinya melaksanakan kesemua aktiviti.

Nota: Modul PdP matematik KSSR Tahun 6 yang dibina hanya mengandungi sebahagian tajuk-tajuk yang terdapat dalam 4 bidang pembelajaran.

1

Page 2: Pengunaan Modul Tahun 6

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 6

Pengunaan Modul

Minta guru-guru membaca kandungan muka surat (iii) hingga (v) sebelum melihat isi kandungan modul bermula pada muka surat 1.

Bagaimana modul ini digunakan (Rujuk muka surat vi)

Bidang: Merupakan skop kandungan Matematik yang ditetapkan.

Ada empat bidang pembelajaran iaitu bidang;

1. Nombor dan operasi,2. Sukatan dan geometri,3. Perkaitan dan algebra,4. Statistik dan kebarangkalian.

Tajuk: Merupakan tajuk yang perlu diajar oleh guru. Bagi matematik tahun 6 terdapat 12 tajuk di bawah empat bidang pembelajaran.(Bagi modul ini tajuk bagi muka surat 1 ialah Nombor dan Operasi. Skop Nombor Bulat hingga tujuh digit).

Standard kandungan (SK):Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik. Guru perlu memastikan murid dibimbing bagi mencapai standard yang ditetapkan.

Standard pembelajaran (SP):Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. Melalui aktiviti yang dilakukan murid sewajarnya berupaya mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.

Nota: Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik.

Masa: Cadangan masa bagi mencapai SK dan SP yang ditetapkan. Masa yang ditetap- kan boleh diikuti, dikurangkan atau dilanjutkan mengikut kesesuaian pembelajaran murid.

2

Page 3: Pengunaan Modul Tahun 6

PENGGUNAAN MODUL PDP MATEMATIK (KSSR) TAHUN 6

Kerangka Aktiviti Yang Terhasil Pada Modul

Aktiviti yang dibina dalam modul terbentuk dalam tiga lajur iaitu lajur fasa, cadangan aktiviti dan cadangan komunikasi.

Lajur fasa: Fasa yang dibina ada 4 fasa berasaskan kepada elemen kreativiti dan inovasi yang mana terdiri daripada fasa:

1. Persediaan,2. Imaginasi,3. Perkembangan,4. Tindakan.

Fasa PersedianMerupakan fasa awal yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan murid bersedia untuk memulakan pembelajaran. Pembelajaran di fasa ini boleh berlaku melalui pemerhatian dan analisis yang dibuat oleh murid.

Fasa ImaginasiMerupakan fasa percambahan dan penjanaan idea melalui pembelajaran, fasa ini membentuk dan mengalakkan murid mengeluarkan idea-idea bagi SP pada hari tersebut.

Fasa PerkembanganSemasa aktiviti dilakukan oleh murid, jika berlakukan kesilapan, guru perlu membuat pembetulan serta merta di fasa ini. Proses penambahbaikan perlu dilakukan serta merta bukannya tertangguh. Ini bertujuan mengelakkan kesilapan tersebut berterusan dan tertanam dalam jiwa murid-murid. Fasa ini juga membolehkan guru menilai adakah murid berupaya menguasai SP melalui standard yang ditetapkan.

Fasa TindakanMerupakan fasa pengukuhan atau penilaian bagi memastikan objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Dalam modul ini banyak diselitkan dengan lembaran kerja.

Nota: Perlu diingatkan fasa kreativiti dan inovasi ini tidak semestinya dihabiskan dalam sehari. Sekiranya pdp tidak dapat dihabiskan, contohnya pada hari pertama guru cuma dapat mengajar fasa persediaan dan fasa imaginasi sahaja. Hari kedua boleh mulakan dengan fasa perkembangan dan fasa tindakan.

PentaksiranMerupakan ujian sumatif bagi memastikan standard pembelajaran tersebut tercapai.

Nilai dan sikapMerupakan cadangan elemen yang boleh diterapkan semasa pdp.

Lampiran dan Lembaran Kerja:Merupakan cadangan dan latihan yang boleh dijadikan aktiviti bagi menambah kefahaman murid.

3