pengurusan bilik darjah
DESCRIPTION
cara pengurusan bilik darjahTRANSCRIPT
1
ISL 6
Huraikan perkara-perkara yang boleh diamalkan dalam pengurusan bilik darjah dari
aspek :
1. Amalan kebersihan
2. Keceriaan dan kekemasan
3. Susunatur peralatan
Berdasarkan gambarajah di atas, kita dapat melihat bahawa amalan kebersihan
kelas tersebut adalah sangat baik. Hal ini kerana, kawasan persekitaran kelas seperti
lantai dan dinding adalah dalam keadaan bersih dan kemas. Ini menunjukkan murid-
murid di dalam kelas berkenaan mengamalkan amalan kebersihan yang sihat dan baik.
Menyapu sampah setiap hari, membuang sampah ke dalam tong sampah,
membersihkan papan hitam dan memastikan tong sampah tidak penuh merupakan
antara perkara-perkara yang dititikberatkan dalam amalan kebersihan.
Seterusnya, keceriaan dan kekemasan juga merupakan aspek yang penting
dalam bilik darjah. Merujuk gambarajah bilik darjah di atas, keceriaan yang ditunjukkan
agak memuaskan. Hal ini kerana, papan kenyataan yang terdapat di belakang kelas
2
adalah menarik namun tidak menceriakan. Amalan keceriaan dan kekemasan yang
boleh dibuat adalah seperti memenuhkan papan kenyataan dengan lebih banyak
maklumat dan artikel yang perlbagai warna, gambar atau carta, menghias dinding kelas
dengan meletakkan carta organisasi atau gambar ahli kelas, menggunakan langsir
tingkap yang menarik, meletakkan alas meja di atas meja guru dan sebagainya.
Berikutnya adalah mengenai susunatur peralatan. Berdasarkan gambarajah
tersebut, susunatur peralatan seperti meja, kerusi dan meja guru adalah dalam
keadaan yang baik dan tersusun. Susunatur bilik darjah yang baik ialah apabila
susunan segala perabot di dalam bilik darjah adalah dalam keadaan yang tersusun,
tidak menganggu laluan guru dan murid, tidak membahayakan murid dan sentiasa
memastikan ia kemas dan boleh digunakan. Hal ini kerana susunatur peralatan di
dalam bilik darjah juga merupakan faktor yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif.