pengurusan kebersihan sekolah
DESCRIPTION
sekolah sihatTRANSCRIPT
6.0 PENGURUSAN 3K
A. TAKRIFAN
a. KEBERSIHAN - Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
b. KESIHATAN - Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
c. KESELAMATAN - Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.
B. OBJEKTIF
a. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
b. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
c. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.
C. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA 3K(KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERINGKAT SEKOLAH)
D. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM 3K PERINGKAT SEKOLAH
SetiausahaGuru Penyelaras 3K
Timbalan PengerusiPenolong Kanan HEM
Ahli Jawatankuasa
PengerusiPengetua/Guru Besar
Penolong Kanan PentadbiranPenolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan PetangGuru Penyelaras KebersihanGuru Penyelaras Kesihatan
Guru Penyelaras KeselamatanKlinik Kesihatan
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
Pemimpin MasyarakatPegawai Perhubungan Polis
DanAhli-ahli lain yang difikirkan sesuai
ik Kesihatan
a. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K Peringkat Sekolah tiga kali setahun
(Januari, Jun dan September)
b. Merancang dan mengemas kini Program 3K Peringkat Sekolah
c. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.
d. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong
pelaksanaan Program 3K
e. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K Peringkat Sekolah.
f. LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pelajaran
Daerah/Gabungan (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes
dianggap selesai)
g. Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas bagi Program 3K.
i. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah
ii. Senarai Semak Keselamatan Sekolah
iii. Gotong-Royong Perdana KPM
iv. Penyelenggaraan Tandas Sekolah
6.1 PENGURUSAN KEBERSIHAN
6.1.1 Objektif
1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria
2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum
3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan
4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian
5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah
6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah
6.1.2 Carta Organisasi
6.1.3 Senarai Tugas
PENGETUAPengerusi
PK HEMTimbalan Pengerusi
GURU PENYELARASSetiausaha Kebersihan
AJK KEBERSIHAN AJK KEBERSIHANAJK KEBERSIHAN
AJK KEBERSIHAN AJK KEBERSIHAN
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.
2. Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di
sekolah.
3. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan
agensi-agensi yang berkaitan
4. Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan
murid- murid di sekolah.
5. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan
Kebersihan.
6. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.
7. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan
dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat
pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama,
pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.
8. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan
pengurusan kebersihan murid.
9. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan
sekolah.
10. Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid
dan program kebersihan sekolah.
11. Mengkaji dan menilai kebersihan program secara berterusan.
12. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti
banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.
13. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program
kebersihan.
14. Menyedia dan membuat laporan berkala.
6.1.4 Proses Kerja
JAWATAN PROSES KERJA
Pengetua/PK(HEM) 1. Melantik Jawatankuasa 1.1 Kebersihan dan Keceriaan Kawasan1.2 Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjah
2. Menyediakan Jadual Bertugas mengikut kelas bagi kerja-kerja mengutip sampah pada awal pagi.
JK Kebersihan dan Keceriaan
3. Menyediakan penyepit dan plastik sampah dan menentukan kawasan yang ditugaskan.
4. Menyelia kerja-kerja mengutip sampah dengan bantuan Pengawas yang bertugas.
JK 3K 5. Memberi taklimat kepada Ketua Tingkatan tentang pertandingan 3K yang diumumkan setiap bulan.
Guru Tingkatan 6. Mengawasi pelajar menjalankan tugas harian untuk memastikan bilik darjah sentiasa kemas dan bersih.
PK(HEM)JK 3K 7. Membuat pemeriksaan dan penilaian mingguan
Pengetua 8. Mengesahkan Keputusan Bulanan Pertandingan 3K dan diumumkan di Perhimpunan setiap awal bulan berikutnya.
JK 3K 9. Menyerahkan “Bintang” yang diperoleh kepada kelas tertentu.dan dikumpul sehingga bulan terakhir.
Pengetua 10 Menyampaikan hadiah kepada kelas yang mendapat jumlah bintang terbanyak dalam Pertandingan 3K.
6.1.5 Carta Aliran
Melantik Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kelas (3K)
Memberi taklimat kepada Ketua Tingkatan tentang pertandingan 3K yang diumumkan setiap bulan
Guru Tingkatan mengawasi pelajar menjalankan tugas harian untuk memastikan bilik darjah sentiasa kemas dan bersih
Membuat pemeriksaan dan penilaian mingguan
Pengetua mengesahkan Keputusan Bulanan Pertandingan 3K dan diumumkan di Perhimpunan setiap awal bulan berikutnya.
Menyerahkan “Bintang” yang diperoleh kepada kelas tertentu.dan dikumpul sehingga bulan terakhir
Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan 3K
Tamat
6.1.6 Senarai Semak Pengurusan Kebersihan
Menyediakan Jadual Bertugas
Menyediakan penyepit, plastik sampah
Pelajar mengutip sampah di kawasan yang ditetapkan di bawah seliaan JK dan Pengawas
Melantik Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Kawasan
BIL ASPEK ITEM CATATAN
1. Pengurusan
1.1 Pengurusan1.1.1 Kebersihan persekitaran luaran sekolah1.1.2 Kebersihan persekitaran dalaman sekolah1.1.3 Kebersihan warga sekolah1.2 Pentadbiran dan Pengurusan1.2.1 Jawatankuasa Induk 3K sekolah1.2.2 Pelan Tindakan Jangka Pendek1.2.3 Pelan Tindakan Jangka Panjang1.2.4 Fail dan dokumen sokongan1.2.5 Penglibatan (Agensi Kerajaan, PBT, Swasta, NGO & Individu)
2. Kantin
2.1 Kebersihan Fizikal2.1.1 Lantai dan dinding2.1.2 Longkang2.1.3 Tandas2.1.4 Tempat memasak2.1.5 Tempat mencuci peralatan memasak2.1.6 Tempat mencuci tangan2.1.7 Stor2.1.8 Pencegahan LILATI (lipas, lalat, tikus)2.2 Peralatan dan Perabot2.2.1 Kerusi dan meja2.2.2 Peti sejuk2.2.3 Pinggan mangkuk2.2.4 Tong sampah2.3 Pekerja2.3.1 Kebersihan diri2.3.2 Pakaian (penutup kepala, apron dan kasut)2.4 Makanan dan minuman2.4.1 Bertutup
3. Tandas
3.1 Pengurusan Kebersihan Tandas3.1.1 Berfungsi3.1.2 Jadual Pembersihan3.1.3 Tatacara penggunaan3.1.4 Tong sampah3.1.5 Sanitari3.1.6 Utiliti
4.Bilik Darjah dan Bilik Khas
4.1 Pengurusan Kebersihan Bilik Darjah dan Bilik Khas4.1.1 Jadual tugas berkala4.1.2 Pencahayaan dan pengudaraan4.1.3 Lantai4.1.4 Tingkap4.1.5 Perabot4.1.6 Utiliti
Sistem Saliran 5.1 Pengurusan Kebersihan
BIL ASPEK ITEM CATATAN5. dan Sistem
Perparitan5.1.1 Kesempurnaan longkang5.1.2 Pengaliran air
6.Sistem Pelupusan Sisa Pepejal
6.1 Proses Pelupusan6.1.1 Bilangan dan kedudukan tong sampah6.1.2 Pengurusan karung plastik6.1.3 Jadual kutipan 6.1.4 Tempat pelupusan yang sempurna6.1.5 Kaedah pelupusan sampah kering, sampah basah dan sisa makanan6.1.6 Kitar semula
7.Stor bahan dan alat pembersihan (kontraktor pembersihan)
7.1 Pengurusan Stor
7.1.1 Senarai bahan dan alatan
7.1.2 Susun atur bahan dan alatan
6.1.7 Norma Kerja Pengurusan Kebersihan
Bil. Tugas Kerja Masa Diambil Jumlah Unit Boleh Dijalankan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan Sekolah
Mengadakan mesyuarat
Menyediakan senarai aktiviti dan projek
Menyediakan senarai kelengkapan
Menyediakan senarai tugas pekerja
Menyediakan buku rekod bertugas
Menyediakan jadual gotong-royong
Menyediakan jadual tugas kelab atau persatuan
Menyediakan jadual penyeliaan
Memberi penerangan kepada warga sekolah
Membuat laporan penyeliaan tugas dan projek
Membuat penilaian
Memberi penghargaan
1 jam
2 jam
1 jam
1 jam
1 jam
1 jam
30 minit
1 jam
30 minit
1 jam
2 jam
1 jam
1 jam
6.1.8 Peraturan dan pekeliling yang berkaitan
Surat Pekeliling Ikhtisas No 4/1981:16 September 1981Kebersihan Di Sekolah-sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1982:21 Ogos 1982Kempen Anti Denggi di Sekolah-Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 14/1989:28 Disember 1989Kebersihan Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1997:9 Julai 1997Amalan Kebersihan Di Sekolah
Garispanduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997Kementerian Pendidikan Malaysia
Konsep dan Manual Sekolah Selamat,2003Kementerian Pelajaran Malaysia
6.1.9 Borang Yang Berkaitan Kebersihan
1. Buku Laporan Harian
2. Laporan Mingguan & Bulanan Program Bebas Denggi di Sekolah
3. Borang Laporan Pemantauan Kantin
4. Format Borang Penilaian dan Pemantauan Kantin Sekolah & Asrama
5. Borang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas