pengurusan konservasi koleksi tembaga di … konservasi koleksi tembaga... · 3.7 kaedah analisa...
TRANSCRIPT
PENGURUSAN KONSERVASI KOLEKSI TEMBAGA DI MUZIUM ADAT-ISTIADAT DIRAJA NEGERI KELANTAN.
Mohamad Zulhafizuddin Bin Aziz
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2013
hl.t Khidmat Maklumat Akaol' nil<: UNlVERSITI MALAYSlA ' {A ..
PENGURUSAN KONSERV ASI KOLEKSI TEMBAGA DI MUZIUM ADAT
ISTIADA T DIRAJA NEGERI KELANTAN.
MOHAMAD ZULHAFIZUDDIN BIN AZIZ 26914
Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2013
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN PENULISAN
JUDUL: PENGURUSAN KONSERV ASI KOLEKSI TEMBAGA DI MUZIUM ADAT-ISTIADAT DIRAJANEGERI KELANTAN
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya MOHAMAD Zl1LHAFIZUDDIN BIN AZIZ
Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. _ Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
5. **sila tandakan ( -V )
D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RASMII972)
D TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
I2J TIDAK TERHAD
Tanoatangan ~enyelia -Tarikh: \ I1t / b/'),,0\ ~ Tarikh: lqIG{20 J3 Alamat Tetap:
Tandat~liS D/A KEDAl FARIDAH KAMPUNG MORAK, 16040 TUMPAT, KELANTAN.
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Saljana dan SaIjana Muda Jika TesisiLaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisllaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
ii
PENGAKUAN
Projek bertajuk " PENGURUSAN KONSERVASI KOLEKSI TEMBAGA 01
MUZIUM AOAT-ISTIAOAT OIRAJA NEGERI KELANTAN" telah disediakan oleh
Mohamad ZulhaflZuddin Bin Aziz dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan
Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(DR NORIA TUGANG)
Tarikh:
19 ~6fUJ/31
iii
PENGHARGAAN
Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi dengan berkat usaha dan bantuan dari semua
pihak, akhirnya penyelidikan "Pengurusan Konservasi Koleksi Tembaga Oi Muzium Adat
Istiadat Negeri Kelantan" beIjaya disempurnakan.
Penyelidikan ini merupakan sebahagian dari syarat untuk bergraduat di Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi memenuhi keperluan Ijazah SaIjana Muda Seni
Gunaan Pengurusan Seni dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan untuk
menyiapkan kajian ini bukanlah kejayaan saya seorang sahaja malah melibatkan ban yak
pihak yang banyak membantu sarna ada secara langsung atau tidak langsung.
Sel1Ubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada penyelia saya, Dr. Noria Tugang, yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat serta
dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian saya ini. Tanpa bantuan dan
tunjuk ajar dari beliau sudah tentu kajian ini tidak mampu disiapkan sepenuhnya. Segala
jasa dan pengorbanan beliau amat dihargai.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Aziz Bin
Jaafar dan Wan Hasmah Binti Wan Mat yang telah banyak membantu dari pelbagai aspek
termasuk melaburkan wang ringgit semata-mata untuk melihat anak lelakinya ini berjaya
dalam menyiapkan penyelidikan ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada semua adik beradik
dan ternan.. istimewa dalam memberikan semangat dan peransang kepada saya. J asa kalian
tidak akan dilupakan dan akan dikenang hingga ke akhir hayat. Kalianlah nadi kehidupan
iv
dan sumber inspirasiku. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik (CAIS) UNIMAS, Pustaka Negeri Kelantan, dan
pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan iaitu En. Mohd Aluwi Bin Che Ali, En. Wan
Jaafar Bin Wan Yusof, Pn. Zuhaimi Binti Mohd Zain dan En. Wan Azman Bin Jamaluddin
yang merupakan informan saya.
Buat rakan-rakan seperjuangan Program Pengurusan Seni (2010-2013)
terutamanya, Mohd Aidil Fazuwa yang telah memberikan idea dan saling membantu di
dalam setiap masalah yang dihadapi, terima kasih diucapkan. Kenangan kita bersama tidak
akan dilupakan.
Akhir sekali, setinggi-setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan kajian "Pengurusan
Konserva~i Koleksi Tembaga Oi Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan". Tanpa
kerjasama anda semua pastinya kajian ini tidak berjaya.
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memohon maaf seandainya terdapat
sebarang kesilapan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Yang baik itu datang dari-Nya
dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.
v
fusat Kbidm:lt Ma uOJat aDi'miK UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
PENGHARGAAN iii
JADUAL KANDUNGAN v -
ABSTRAK V1l1
ABSTRACT IX
PET A NEGERI KELANTAN X
BABSATU:PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Pennasalahan Kajian 3
1.3 Hipotesis 3
1.4 Objektif 4
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Limitasi Kajian 6-7
BAB 2: SOROTAN KESUSA TERAAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Sejarah Negeri Kelantan 8-9
2.3 Latar Belakang Negeri Kelantan 10
2.4 Sejarah Bandar Kota Bharu 11-12
2.5 Latar Belakang Muzium Adat Istiadat Diraja N egeri Kelantan 13
2.6 Lokasi Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan 14
2.7 Konsevasi 15-16
2.8 Restorasi 17
2.9 Definisi Muzium 18-19
vi
1-2
I
3.0 Peranan Konservator 20
3.1 Kaitan Dari Segi Pengurusan Konservasi 21-24
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.Z Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Kaedah Kajian 27
3.4 Sumber Data 27
3.4.1 Kajian Keperpustakaan 27-28
3.4.2 Kajian Kerja Lapangan 29
3.4.2.1 Kualitatif 30
3.5 Proses Kajian Tinjauan 30-31
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 32
3.7 Kaedah Analisa Data 32
BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisa Data 34
4.2.1 Temuramah 34
4.2.2 Pengurusan Muzium 35-36
4.2.3 Prosedur Pengurusan Koleksi 37-46
4.2.4 Pemeliharaan Koleksi 47-50
4.2.5 Ancaman Kerosakan Koleksi Tembaga 51-52
4.3 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pemeliharaan Koleksi 53
4.4 Langkah Yang Diaplikasikan Dalam Pemeliharaan Koleksi 54-58
4.5 Pemerhatian 59-61
vii
! J
4.6 Rumusan 62
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 63-65
5.3 Cadangan 66-68
5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 69,.71
RUJUKAN
Buku
Kamus
Tesis
Internet
LAMPIRAN
Respondan
viii
l
,
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkaitan pengurusan konservasi koleksi Tembaga yang telah
dijalankan di Muzium Adat-Istiadat negeri Kelantan. Pengurusan merupakan aspek yang
penting dalam memelihara koleksi agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Kajian ini
dilakukan untuk meneliti secara lebih mendalam tentang kaedah-kaedah, serta prosedur
yang telah telah ditetapkan dalam proses pemeliharaan koleksi Tembaga. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa pengurusan yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan
yang berterusan oleh pihak Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan berdasarkan prosedur
pengurusan koleksi merupakan pelindung utama kepada kestabilan setiap koleksi. Secara
keseluruhannya, kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada pelbagai pihak
terutamanya yang mempunyai kepentingan seperti pelajar dan pengkaji yang akan datang.
ix
I I
ABSTRACT
This study is related to the conservation management of the Copper collection was
conducted at the Museum customs Kelantan. Management is an important aspect 10
maintaining a collection so as to be in good condition. This study was conducted to
examine in more depth about the rules and procedures set forth in the preservation process
Copper collection. The findings show that management involves continuous planning and
execution by the Museum of Tribal-State Ceremonial based collection management
procedures is key to the protector of stability every collection. Overall, this study can be
used as a reference to the various parties who have an interest primarily as students and
researchers in the future.
x
BABI
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Abu Samah (2004) muzium secara umumnya adalah temp at mengumpul,
memelihara, mempamerkan bukti kebendaan yang mengaitkannya dengan manusia dan
persekitaran.
Pada zaman klasik Yunani Museum turut dikenali sebagai 'a place sacred to the
Muse specifically, the great institution for literature and scientific studies built and
equipped by ptolomy I at Alexandria, which was virtually a university of Hellesnistic
world'.
(www.angelfire.com/mtimuzium/menu.htm)
Muzium yang pertama ditubuhkan adalah di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3
sebelum Masihi. Muzium memainkan peranan yang penting sebagai tanda ketamadunan
kebudayaan dan kesenian sesebuah masyarakat. Sebagai khazanah ilmu, muzium secara
umumnya merupakan tempat "mengumpul, memelihara, mempamerkan bukti kebendaan
yang mengaitkannya dengan manusia dan persekitaran".
Pengertian ini diperluaskan lagi oleh Majlis Muzium Antarabangsa (IeOM) sebagai
"Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat
dan perlcembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan
dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti
tinggalan manusia dan persekitarannya". (www.muziumsarawakldefinisimuzium.htm)
1
Muzium berperanan sebagai wadah atau medium untuk menyampaikan serta
mempersembahkan warisan kebudayaan dan kesenian negara yang tidak temilai kepada
masyarakat umum khasnya untuk tatapan generasi yang akan datang supaya warisan
warisan ini tidak len yap mengikut arus permodenan.
Oleh itu, dasar-dasar tertentu yang melibatkan fungsi-fungsi muzium seperti Dasar
Perolehan Koleksi, Dasar Penyelidikan, Teknik dan Konsep Pameran, Kaedah Konservasi
serta Program Pendidikan dan Pengembangan Permuziuman telah digubal dan menjadi
asas panduan kepada pegawai dan kakitangan muzium yang bertanggungjawab
menggerakannya.
Kajian yang dilakukan pengkaji adalah untuk mengkaji keberkesanan aktiviti
konservasi yang dilakukan oleh pihak Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan sebagai
pusat kajian pengkaji. Selain itu, juga mengkaji permasalahan-permasalahan yang sering
dihadapi dalam usaha menjalankan konservasi koleksi seperti kajian awal, teknik dan
kaedah yang digunakan, dokumentasi, spesifikasi rawatan bahan, serta aspek lain yang
harus diteliti dengan lebih mendalam dalam mengekalkan keadaan asal koleksi-koleksi
tersebut.
2
,....
1.2 Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian merupakan persoalan yang ingin dicungkil oleh pengkaji.
Pennasalahan ini cuba dikupas oleh pengkaji dalam kajian ini. Dalam menjalankan kajian
ini, terdapat beberapa permasalahan kajian yang diandaikan oleh pengkaji. Antaranya dari
segi tiada makmal konservasi di labatan Muzium Negeri Kelantan dan faktor kekurangan
tenaga pakar dalam proses pengurusan konservasi.
1.2 Hipotesis
Berdasarkan hipotesis daripada p emerhati an,
pemeliharaan yang diambil oleh pihak Muzium Adat
dalam memelihara koleksi tembaga didapati berkesan.
pengkaji
-Istiadat D
mendapati
iraja Negeri
langkah
Kelantan
Walaupun demikian, bukan sahaja aspek nilai estetika sahaja yang perlu dipelihara
bahkan aspek tempoh hayat dan keadaan fizikal koleksi juga perlu diambil kira dalam
memuatkannya untuk pameran.
Walaupun nilai estetika sesuatu objek kesenian mesti dipelihara, tetapi aspek-aspek
seperti dari egi visual serta tarikan pengunjung akan koleksi tersebut perlulah juga diambil
kira.
3
l
1.3 Objektif Kajian
Kaj ian ini adalah untuk menjelaskan peranan pihak Muzium Adat Istiadat Diraja
Negeri Kelantan di Unit Pemeliharaan tentang corak pengurusan yang diamalkan untuk
mengekalkan nilai estetika dan sejarah asal sesuatu koleksi tembaga yang dirawat
menggunakan prosedur restorasi atau dikenali sebagai kuratif. Untuk mencapai matlamat
ini, terdapat dua objektifkhusus dirangka agar hipotesis kajian dapat diuji iaitu:
1.3.1 Mengenalpasti kaedah pengurusan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan
dalam pemeliharaan koleksi tembaga di Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan.
1.2.2 Meneliti langkah-langkah yang diaplikasikan oleh pihak muzium dalam usaha
pemeliharaan koleksi tembaga di Muzium Adat-Istiadat Negeri Kelantan untuk
memastikan koleksi tembaga dapat dipelihara dengan baik untuk generasi yang akan
datang.
4
"1J51t Khi~mat l\faklumat Akademik UMVERSlTl rvl~ LAYSIA SARAWAK
1.4 Skop Kajian
Kajian ini khusus dijalankan di bahagian Unit Konservasi, Muzium Adat Istiadat
Diraja Negeri Kelantan sebagai pusat kajian pengkaji. Antara skop kajian utama ialah
pengkaji lebih memfokuskan kajian dari segi aspek-aspek konservasi yang dilakukan oleh
pihak Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan. Selain itu, pengkaji turut ingin
mengkaji kaedah atau teknik konservasi bahan koleksi dari pelbagai aspek seperti keIja
keIja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium di samping
menganalisis keIja-keIja pencegahan kerosakan dan membaikpulih koleksi yang
dijalankan.
Kajian ini dibuat juga adalah untuk mendalami permasalahan yang sering dihadapi
oleh pihak muzium dari segi mendapatkan peruntukan untuk rawatan konservasi bahan
koleksi supaya aktiviti rawatan bahan dapat dijalankan mengikut prosedur yang
sepatutnya.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah semua peralatan dan
kemudahan yang sedia ada mencukupi untuk menjalankan kerja rawatan bahan. Di
samping juga untuk menyelidik peranan pihak lain yang turut bertanggungjawab dalam
menjalankan aktiviti konservasi ini.
5
1.5 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini, pengkaji berharap agar hasil kajian yang diperoleh dapat
memberi manfaat kepada Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan dan bahagian
bahagian Tain yang terlibat agar sistem konservasi mereka lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, kajian ini diharap dapat memberi pemahaman yang lebih terperinci,
khusus dan jelas kepada masyarakat umum tentang kaedah yang digunakan oleh pihak
Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan di samping berupaya menjadi panduan dan
sumber rujukan kepada para penggemar seni, budaya dan warisan yang akan datang
terutama dari aspek konservasi.
1.6 Limitasi Kajian
Terdapat limitasi yang mungkin berlaku semasa menjalankan kajian ini. Antaranya
kekurangan populasi kajian yang penting dalam bidang kajian menyebabkan maklumat
-yang diperoleh adalah terhad dan tidak berkembang dengan lebih luas. Malab, sukar untuk
mendapatkan populasi kajian sehingga perlu mengadakan sesi tertentu untuk berjumpa
dengan mereka. Oleh itu pengkaji membuat surat sokongan yang disahkan oleh pihak
universiti untuk menjalankan kajian di tempat tersebut.
Masalah dari segi kurangnya sumber rujukan bagi bidang yang dikaji mengenai
pengurusan konservasi tembaga. Kebanyakan buku yang telah dikaji adalah berkenaan
dengan pengurusan muzium lebih tertumpu kepada muzium luar negara dan kurangnya
aktiviti konservasi di Malaysia dibukukan. Contohnya; buku yang digunakan adalah dari
penulis luar seperti Preserving What Is Valued: Museums, Conservation, and First Nations
oleh Miriam Clavir lebih membincangkan aspek konservasi di luar negara.
6
,....,---
Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan yang menjadi lokasi kajian yang
dirancang iaitu di Unit Pemeliharaan. Limitasi yang berlaku adalah kurangnya aktiviti
konservasi yang dijalankan ke atas koleksi tembaga dan kebanyakannya lebih memelihara
koleksi tekstil, keris, dan lain-lain lagi. Hal ini juga mungkin berlaku disebabkan
kebanyakan koleksi tembaga yang ada masih dalam keadaan yang baik dan tidak
memerlukan proses restorasi .
7
I
BAB2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji menjalankan kajian literatur atau sorotan kesusasteraan
mengenai kajian-kajian lepas untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan
konservasi. Menurut Chua Yan Piaw (2006) dalam bukunya Kaedah Penyelidikan,
mendefinisikan kajian literatur sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke
atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data, dan kaedah memperoleh
maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan.
Pengkaji menggunakan pelbagai jenis media cetak dan media elektronik dalam
membuat kajian literatur ini antaranya memperoleh data daripada buku, kamus, jurnal,
majalah, tesi , dan internet. Maklumat yang dirujuk daripada hteratur ini termasuklah teori,
reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan dapatan
kajian.
2.2 Sejarab Negeri Kelantan
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu
nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa
namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolarn tanah". Selain itu Negeri
Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura,
Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.
8
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan
kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan
dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja
Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan
Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat
perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.
Pada ]499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan
Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan
ancaman o]eh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bemaung di bawah
Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4
wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760,
seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang.
Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak
Long Sulaiman beIjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja
Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh
Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan.
Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara
ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri
yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya
mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam
terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
9
Oi bawah syarat Petjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu
daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh J epun yang
menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi
dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali
kepada pemerintahan British.
-Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan
bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16
September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk
Persekutuan Malaysia.
(http://wupid.umk.edu.my/20 11 lind ex. php/info-kelantanl sej arah -kelantan.html)
2.3 Latar Belakang Negeri Kelantan
Abdul Halim Nasir (1979), menjelaskan bahawa Kelantan terletak di pantai timur
Semenanjung Malaysia di antara garisan lintang 40 32' dan 16' di utara dan garis bujur
101 37' di timur. Di utara ialah Laut China Selatan di mana terdapat pantai lautnya
sepanjang 60 batu. Di sebelah barat ialah Negeri Perak dan Negara Thailand, sempadan
dengan Negeri Perak terdapat banjaran gunung Titiwangsa. Banjaran gunung inilah yang
menjadi benteng atau sempadan yang memutuskan perhubungan lalulintas di antara kedua
negeri tersebut.
Luas negeri Kelantan ialah kira-kira 5713 batu persegi. Sebahagian besar muka
buminya masih hutan terutamanya di bahagian selatan, timur dan barat. Penduduk
penduduk negeri Kelantan terdiri dari berbagai bangs a iaitu Melayu, India, Cina dan Siam. 10
Orang Melayu adalah golongan yang terbanyak iaitu melebihi 90 peratus dari jumlah senua
penduduk dan diikuti oleh orang Cina dan India serta Siam, dan sedikit lain-lain bangsa.
Jumlah penduduk di Negeri Kelantan pada tahun 1969 ialah kira-kira 714,943 orang.
Negeri Kealntan terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu Kota Bharu, Pasir
Mas, Tumpat, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua
Musang.
2.4 Sejarah Bandar Kota Bharu
Kota Bharu merupakan sebuah pusat pemerintahan bagi Negeri Ke1antan. Lahirnya
Kota Bham ini kerana ibu negeri yang sebelumnya iaitu Kota Saba selalu dilanda banjir
dan runtuh ke daIam Sungai Kelantan. Oleh itu, Almarhum Sultan Muhammad ke-2 (Long
Senik) berpendapat pusat pemerintahan patut dipindahkan ke tenpat lain. Pada tahun 1844
baginda telah berkenan mendirikan sebuah istana baru di kawasan yang lebih selamat dari
ancaman banjir dan lebih sesuai untuk dijadikan pus at pemerintahan, iaitu kawasan daratan
ke timur Sungai Kelantan.
Pada tahun tersebut, baginda telah merasmikan pengisytiharan nama Kota Bharu
sebagai ibu negeri Kelantan,mengambil sempena kota yang baru siap itu. Bagi
mengelakkan kesamaan nama iaitu Kota Bharu yang sarna dengan nama istana tersebut,
Almarhum Sultan Muhammad ke-2 menitahkan supaya nama istana ditukar kepada nama
baru iaitu Istana Balai Besar. Dari semenjak pengisytiharan tersebut hinggalah ke tahun
1885,boleh dikatakan kemajuan negeri telah bertambah, keamanan dan perhubungan erat
daIam negeri mahupun luar negeri telah tercapai dengan sepenuhnya. Nama negeri
Kelantan pada masa itu sentiasa disanjung tinggi oleh seluruh negeri dan negara-negar
jiran. 11
.. I
Sejak terdirinya Istana Balai Besar dan Bandat Kota Bham dalam tahun 844 masihi,
rakyatr mula membuat mmah-mmah kediaman dan kampung halamari mereka masing
masing di sebelah hilir dan hulu kawasan Buluh Kubu atau Dalam Kubu. Lama-kelamaan
menjadi perkampungan yang besar. Pada zaman awalnya, Kota Bham mempakan sebuah
bandar yang kecil lagi sempit kawasannya. Pada mulanya Kota Bham mempunyai
keluasan seluas 10.12 hektar yang dikelilingi oleh parit sebagai kubu dan dipagari pula
pokok-pokok buluh. Di dalam kawasan kubu itulah didirikan mmah-mmah kediaman
orang betjasa kepada raja dan negeri. Manakala bagi orang biasa pula mendirikan mmah di
kawasan sekitarnya.
Bandar Kota Bham berkembang dan maju sejak dari tahun 1903 Masihi apabila
satu pentadbiran bam diasaskan. Bagi memastikannya sebagai ibu negeri, mulai tahun
1939 bandar Kota Bham telah diwartakan sebagai sebuah bandar dan ditadbir oleh
Lembaga Bandaran Kota Bham, dab pentadbiran ini ditukar kepada Majlis Bandaran Kota
Sham pada tahun 1953. Pada tahun 1971 pula Majlis Bandaran Kota Bham talah
dimansuhkan dan ditukar kembali ke taraf Lembaga Bandaran Kota Bham. Pada tahun
1978 Lembaga Kota Bham telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Kota
Sham (MPKB) sehingga sekarang.
Kini Kota Bham mempunyai masa hadapan yang cerah dengan siapnya lebuhraya
Timur-Bli!at (dari Gerik, Perak ke Jeli), petjalanan Kota Bham dengan pantai barat dapat
dipendekkan. Penumpuan kerajaan ini ialah untuk memajukan bandar Kota Bham selaras
dengan tarafnya sebagai ibu negeri.
12