pengurusan m akmal

Upload: mizan-bob

Post on 08-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

PENDAHULUANPengurusan Makmal adalah elemen penting di dalam Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Pengurusan makmal melibatkan pengurusan organisasi,pengendalian peralatan-peralatan makmal, sistem fail dan rekod,penyimpanan peralatan,pembelian penyelenggaraan dan pengurusan persekitaran serta keselamatan makmal.Menurut Everett dan Jenkins (1980) Salah satu perkara yang perlu diajar oleh guru dalam pengajaran amali sains ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menggunakan peralatan dan bahan kimia berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan.Guru matapelajaran sains dan pembantu makmal memang sedar tentang kepentingan pengurusan keselamatan di dalam makmal sains tetapi semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran perkara ini kurang dititik beratkan kerana sudah menjadi rutin harian mereka. Kadang kala guru matapelajaran sains dilantik munguruskan makmal hanya berdasarkan kemahiran saintifik mereka sahaja bukan berdasarkan kemahiran pengurusan makmal sains seperti dinyatakan oleh Grove dan Wallace (1978). Selama ini pengurus makmal dilantik pada asasnya berdasarkan kepada kemahiran saintifikdan sangat sedikit yang muncul berdasarkan kemampuan pengurusan dan mereka memerlukan lantikan pengurusan(Terjemahan oleh Ahmad Saat dan Mohd Zubir,1993)Oleh yang demikian, di dalama tugasan ini saya akan cuba untuk menghuraikan ciri-ciri pengurusan makmal yang baik dan menambahbaik pengurusan makmal sedia ada di sekolah tempat saya berkhidmat iaitu SK Rantau Panjang Sibu. Disamping itu saya juga perlu menyediakan spesimen dengan mengunnakan kaedah awetan kering dan membina alat improvisasi bagi membantu menambahkan sumber pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah saya.

1.0Pengurusan Makmal Sains SK Rantau Panjang SibuSK Rantau Panjang Sibu merupakan sebuah sekolah luar bandar yang kian bertambah bilangan pelajarnya. Semasa saya mula berpindah ke sekolah ini pada tahun 2007 murid di sekolah ini hanyalah seramai 127 orang sahaja dan mempunyai sebuah makmal sains yang serba lengkap. Selepas tujuh tahun berkhidmat di sini pelbagai perubahan dari segi pengurusan dan infrastruktur telah berlaku disini. Bilangan Murid telah bertambah kepada 286 orang dan dijangkan akan terus meningkat disebabkan pertambahan penduduk hasil dari pertumbuhan kilang-kilang kapal dan Projek Perumahan rakyat di kawasan berdekatan. Makmal sains pula telah dikorbankan oleh pihak pengurusan demi menempatkan pusat akses. Amatlah menyedihkan dan menyukarkan bagi saya sebagai seorang guru sains di sekolah ini apabila hanya terdapat sebuah stor sains di sekolah sebesar ini. Murid-murid pula hanya mampu melakukan aktiviti eksperimen di dalam kelas atau bilik lain dan tidak berpeluan untuk melalui pengalam belajar sains di dalam sebuah makmal sains yang lengkap. Guru-guru pula perlu membuat persediaan bagi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam stor sains yang sempit. Peralatan, bahan dan radas untuk aktiviti eksperimen pula perlu dibawa bersama ke kelas dan diletakkan di dalam bekas khas untuk membawa peralatan sains ke kelas yang berjauhan dengan dibantu oleh para pelajar. Murid pula tidak dapat didedahkan secara langsung dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan makmal.Di samping itu ketiadaan pembantu makmal dan guru sains di sekolah ini yang sentiasa sibuk pula menyebabkan keadaan stor yang tidak terurus. Peralatan, radas dan bahan sumber pula tidak disusun dan dilabel dengan baik.Oleh yang demikian saya akan bertindak untuk menyediakan satu proposal bagi memohon peruntukan dan menyediakan sebuah pelan bagi menyedia dan menyusunatur sebuah makmal sains yang baru di sekolah ini.

2.0Pengurusan Makmal Yang Baik.Setiap organisasi perlulah mepunyai sistem pengurusan yang baik terutamanya apabila melibatkan aset dan perbelanjaan. Makmal sains di sekolah rendah juga perlulah diuruskan dengan baik agar stok bahan, radas, dan sumber pembelajaran dan pemudahcaraan guru sentiasa mencukupi dan, guru tidak menghadapi masalah semasa persediaan atau selepas sesi pengajaran di kelas. Biasanya makmal di sekolah rendah tidak mempunyai pembantu makmal dan dikendalikan oleh Guru Ketua Panitia Sains dan Guru Sains itu sendiri. Kerjasama dan pembahagian tugas amatlah penting agar beban ini dapat sama digalas dengan adil oleh semua pihak.Pengurusan Malmal Sains Sekolah Rendah terbahagi kepada lima bahagian iaitu struktur organisasi, perancangan dan rekabentuk, belanjawan pesanan dan pembayaran, penyimpanan stok dan prosedur pelupusan. Kesemua perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pertindihan tugas, kebanjiran dan kekurangan stok peralatan dan bahan guna habis, pembaziran dan kesilapan prosedur pelupusan. Keselamatan mesti diamalkan ketika berada di dalam makmal dan sewaktu eksperimen dilakukan. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), keselamatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam pengurusan sesuatu makmal sains. Unit keselamatan dan kesihatan pekerjaan (UKKPU, 2005) menyatakan makmal adalah tempat kerja yang berisiko tinggi untuk kemalangan atau kecederaan berlaku dan menyebabkan penyakit pekerjaan akibat daripada kerja-kerja di makmal yang dijalankan dan jugaalatan yang digunakan. Setiap individu yang bekerja dalam makmal sains menghadapi risiko kemalangan yang boleh merugikan diri sendiri akibat kecederaan parah, kehilangan harta mahupun nyawa. Sehubungan itu, keselamatan makmal hendaklah diamalkan dan tidak boleh diabaikan kerana kecuaian dan kelalaian setiap individu yang bertanggungjawab itu boleh mendatangkan kecelakaan. Halimaton dan Zaiton (1994), menyatakan semua pihak yang terlibat dalam aktivitidi makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja, persekitaran dan individu lain yang bekerja bersama mereka. Guru guru sains, pembantu makmal dan pelajar-pelajar perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal bagi menjamin keselamatan mereka2.1Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal SainsMakmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Bagi sekolah rendah biasanya, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;a. Unit Keceriaan Bilik Sainsb. Unit Penyimpanan Stokc. Unit Keselamatan Bilikd. Unit Penyimpanan Bahan Bantu MengajarRajah 1.1 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.

Guru Besar

Guru Penolong Kanan

Panitia Sains

Guru Sains

Rajah 1.1: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.

2.2Peranan dan Tanggungjawab Ahli Panitia Sains Kepada Pengurusan Bilik Sains.Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.Ketua Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains. Disamping itu, Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains, menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun, merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.dan memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem. Selain itu, ketua panitia juga betanggungjawab menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti rekod peralatan dan bahan sains, buku stok makmal sains, buku rekod pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains, buku rekod kerosakan dan kehilangan, rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan kemalangan dan rekod penggunaan makmal sains.Disamping kerja-kerja perekodan, ketua panitia juga perlu menjalankantugas seperti menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna. Selain memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan serta memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains. Tambahan kepada itu, ketua panitia juga haruslah memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains., memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat, memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya serta membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya disamping menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah dantugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains, memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains serta memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. Guru sains juga betanggungjawab mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains serta mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan disamping membantu Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok. Disamping itu, guru Sains juga bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains. Serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

2.3Belanjawan, Pesanan dan PembayaranBelanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Panitia Sains dan gurru-guru sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Guru Besar. Semasa membuat belanjawan, banyak perkara perlu diambil kira seperti menyemak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item bagi mentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis dan bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan serta jenis-jenis peralatan yang sangat kurang serta peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan selain mengenalpasti tem-item peralatan yang rosak dan kecurian.Sebelum membuat belanjawan juga guru perlu memeriksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,gas, perabot dan lain-lain dan menyediakan senarai keperluan tahunan serta membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains. Di samping itu langkah seperti mendapat senarai harga dari pembekal dan mendapatkan jumlah peruntukan PCG juga penting bagi memudahkan guru merancang perbelanjaan dari peruntukan ang diberi.Langkah seterusnya ialah guru perlu membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan serta enyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat dan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.Setelah pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar, guru perlu tahu bahawa jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00-RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat. Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status pembekal,perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat yang telah dipilih perlu disediakan. Kemudian, pihak panitia perlu mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang Berjaya serta mendapatkan kelulusan ketua jabatan iaitu Guru Besar.Selepas itu, Panitia menghantar Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal. Apabila Pembekal menerima pesanan, mereka akan menghantar nota akuan penerimaan pesanan dan nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan dan menghantar barangan.bersama tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.Prosedur Pembelian Secara Terus pula terbahagi kepada dua iaitu secara sebutharga (Direct Award) dan Petty Cash. Bagi Pembelian Terus secara sebut harga, Guru Sainsl mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh Guru Besar dan pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat. Pemilihan akan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi dan pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO. Manakala Pembelian secara terus ecara Petty Cash pula, guru mengisi boring permohonan dan ditandatangan oleh Guru Besar atau.boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

2.4Penyimpanan StokDi bilik sains sekolah, peralatan sains dan bahan kimia biasanya disimpan di bahagian stor yang juga bilik persediaan. Di stor, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa yang disimpanpadanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yangberacun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Stok perlu selalu semak kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama dan gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang dan simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. Bagi bahan kimia tak organikpula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup janganlah disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam, contohnya Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara perlulah diasingkan daripada bahan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat,barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara pula adalah seperti ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi manakala logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.manakala bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.manakala bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida perlu disimpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

2.5 Prosedur PelupusanPelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah seperti membuang terus baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh ke dalam sistem saliran air yang banyak. Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan manakala bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak.Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang dan bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang manakal najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Kerani Sekolah dan Pembanu Am Pejabat Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar.Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen seperti Borang KEW PS-19, Surat dari Jabatan Alam Sekitar Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mendapatkan kelulusan pelupusan, Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.Bagi pelupusan Aset Alih Kerajaan pula, bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan. Pihak Panitia perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut.Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

.

3.0 Reka Bentuk Makmal SainsMakmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah penyimpanan yang betul. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap.

4.0Kertas Kerja Perbelanjaan Peruntukan PCG Panitia Sains SK Rantau Panjang Sibu4.1PengenalanPembelajaran sains menekankan pembelajaran secara hands-on yang berfokus kepada kaedah inkuiri-penemuan. Dalam pendidikan sains di Malaysia, hands-on biasanya dirujuk sebagai kerja amali, eksperimen, ujikaji atau kerja makmal yang biasanya dijalankan di makmal yang berorientasikan pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM 2002). Aktiviti hands-on akan melibatkan alatan dan bahan kimia, spesimen segar atau awet, model atau rekaan (Jordan et al. 2011; Nurzatulshima 2002; Samsudin 1999).Menurut Harlen (2000) dan Hayward (2003), alatan dan bahan merupakan material yang penting dalam pengajaran sains yang menggunakan kaedah eksperimen. Apabila menjalankan eksperimen, pengurusan alatan dan bahan seperti memastikan interaksi dengan betul dan cermat antara pelajar dan peralatan dan bahan, tentunya membawa kepada pemikiran kritis, kreatif dan analitis (Hayward 2003; Sweeney & Paradis 2003). Ia juga dapat mendedahkan suasana dan perasaan sebagai seorang saintis yang sedang menyelesaikan sesuatu masalah (Harwood 2004). Justeru, bagi memastikan pembelajaran sains di makmal berjalan lancar, guru perlu bertindak sebagai pengurus yang cekap. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Manakala kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikanperalatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat,membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Atas sebab pentingnya radas dan peralatan sains yang telah dinyatakan di atas, pihak panitia sains dan pengurusan sekolah adalah bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan peruntukan PCG dengan sewajarnya dalam menyediakan radas dan peralatan ini untuk pembelajaran dan pemudahcaran sains di sekolah ini. 4.2ObjektifKertas kerja ini diajukan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi membelanjakan Peruntukan PCG bagi panitia sains agar ianya dapat dibelanjakan untuk pembelian radas, peralatan sains dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru-guru sains bagi membantu mereka merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkualiti. Disamping itu, para pelajar juga berpeluang menggunakan radas, peralatan sains dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibeli menggunakan peruntukan ini bagi memperkayakan ilmu mereka secara hands-on dan minds-on semasa pembelajaran di dalam kelas secara amali. Walaupun sudah terdapat radas, peralatan, dan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam stok bilik sains di sekolah ini hasil dari pembelian menggunakan peruntukkan sebelum ini, tetapi demi memampankan pengurusan stok yang sentiasa berubah akibat kemalangan oleh pelajar dan guru semasa PdP dan keperluan-keperluan baru, maka perbelanjaan bagi tujuan ini haruslah diteruskan.4.3JangkamasaPeruntukan perbelanjaan ini akan dibelanjakan sebelum Mei agar pelajar berpeluang menggunakan radas, peralatan dan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2014.4.4Kumpulan sasaranGolongan yang akan mendapat manfaat bagi pembelian radas, alatan dan sumber pengajaran sains ini adalah para pelajar SK Rantau Panjang, ini secara khususnya agar mereka berpeluang mengendalikan radas dan alatan sains secara langsung. Secara amnya pula ia memanfaatkan pihak sekolah agar prestasi pelajaran pelajar di dalam matapelajaran sains dapat dipertingkatkan secara tidak langsung. 4.5Sumber KewanganPeruntukan PCG bagi Matapelajaran Wajib Sains Sebanyak RM 1000

4.6Prosedur PesananPerancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Panitia Sains dan gurru-guru sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Guru Besar. Semasa membuat belanjawan, banyak perkara perlu diambil kira seperti menyemak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item bagi mentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis dan bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan serta jenis-jenis peralatan yang sangat kurang serta peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan selain mengenalpasti tem-item peralatan yang rosak dan kecurian.Sebelum membuat belanjawan juga guru perlu memeriksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,gas, perabot dan lain-lain dan menyediakan senarai keperluan tahunan serta membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains. Di samping itu langkah seperti mendapat senarai harga dari pembekal dan mendapatkan jumlah peruntukan PCG juga penting bagi memudahkan guru merancang perbelanjaan dari peruntukan ang diberi.Langkah seterusnya ialah guru perlu membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan serta enyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat dan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

4.7Senarai Peralatan DiperlukanHasil dari pemeriksaan stok yang dibuat pada November 2013, antara bahan dan radas yang diperlukan beserta kuantitinya adalah seperti berikut.BIL:PERALATAN MAKMALKUANTITI

1. Bikar (1000 ml)20

2. Tabung uji20

3. Kasa dawai20

4. Jam randek20

5. Buret20

6. Segitiga tanah liat20

7. Kaki retort dan pengapit20

8. Selinder penyukat20

9. Penunu Bunsen20

10. Termometer20

4.8Senarai Pesanan dan Harga Terbaik Yang DitawarkanNama Syarikat Pembekal : Central Scientific Company Sibu Sdn. Bhd.BIL:PERALATAN MAKMALKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH HARGA (RM)

1. Bikar (1000 ml)204.5090.00

2. Tabung uji201.4028.00

3. Kasa dawai201.5030.00

4. Jam randek20120.00480.00

5. Buret2026.40528.00

6. Segitiga tanah liat203.3066.00

7. Kaki retort dan pengapit2026.4528.00

8. Selinder penyukat2021.00420.00

9. Penunu Bunsen2015,30306.00

10. Termometer206.00120.00

JUMLAH1000.00

Tarikh diperlukan:31 MAC 2014

Rumusan.Diharap dari pembelian stok baru radas dan peralatan Bilik Sains ini akan dapat membantu guru-guru sain dalam merancang dan melaksanakan PdP sains dengan lebih berkesan dan member peluang kepada pelajar untuk menajamkan kemahiran saintifik mereka. Pihak panitia sains amat berharap agar pembelian peralatan ini diluluskan oleh pihalk pengurusan SK Rantau Panjang Sibu.

Disediakan Oleh:

(ROSMIZAN BIN JAHAWI)Setiausaha Panitia SainsSK Rantau Panjang, Sibu

DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKANSebab:___________________________________________________________________________________________________________________________________________

(AMBAU ANAK LAWIEH)GURU BESAR SK RANTAU PANJANG SIBU.5.0 Inovasi Peralatan Sains dan Sumber Pembelajaran dan PemudahcaraanTidak semua peralatan dan sumber pengajaran dan pembelajaran, radas dan alatan sains perlu dibeli menggunakan PCG. Kadangkala guru perlu menggunakan kreativiti mereka bagi menyediakan bahan tersebut. Dalam subtajuk ini saya akan cuba untuk mengetengahkan inovasi dalam menyediakan bahan sumber PdP bagi tajuk sifat-sifat cahaya iaitu satu kit yang dapat digunakan bagi membuktikan bahawa cahaya bergerak lurus. Kit ini dipanggil Linear Light Apparatus merupakan prototaip yang berguna untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan sendiri aktiviti bagi membuktikan bahawa cahaya bergerak lurus. Kit ini dibina menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti kadbod tebal dari fail lama, polisterene dan sedikit kertas warna sebagai hiasan. Manakala untuk menghasilkan sumber cahaya bagi aktiviti ini pula saya menggunakn Lampu suluh kecil yang murah dan senang didapati beserta bateri. Gambar alatan tersebut adalah seperti di dalam rajah 5.1 di bawah.

6.0 Pengawetan Tanduk Rusa Menambahkan Koleksi Spesimen Bilik SainsBagi menambahkan koleksi spesimen seperti yang dikehendaki oleh tugasan ini, saya telah berhubung dengan rakan-rakan pemburu di kawasan Nanga Lipus kanowit bagi mendapatkan sampel tanduk rusa dan kijang yang mereka perolehi hasil dari pemburuan tradisi mereka di kawasan hutan berhampiran. Pada 7 Julai 2014 saya telah dihubungi oleh seorang rakan pemburu iaitu Bunsin anak Girak dari Rumah Benar Nanga Lipus yang mengatakan bahawa mereka telah mendapat hasil buruan yang banyak pada minggu tersebut, beliau telah menghadiahkan saya dengan satu tanduk rusa dan kijang masing-masing yang telah disalai dan dijemur bagi tujuan pengawetan agar tanduk-tanduk tersebut tahan lama. Menurut beliau spesimen tersebut masih muda dan bersaiz kecil semasa ditembak. Tanduk rusa tersebut adalah seperti di dalam Rajah 6.1 di bawah.

Rajah 6.1 Spesimen Tanduk Rusa7.0Refleksi KeseluruhanSegala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan kurnianya akhirnya saya dan rakan seperjuangan telah dapat menyelesaikan segala kehendak tugasan SCE 3123 yang telah diamanahkan oleh pensyarah pembimbing kami Encik George anak Berundang yang telah banyak membimbing dan membantu kami di sepanjang kursus ini. Banyak pengetahuan dan kemahiran baru yang dapat saya dan rakan-rakan telah perolehi dari pengisian kursus ini dan diharap ianya dapat membantu kami di dalam menjalankan tugas sebagai guru di sekolah.Banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi sepanjang proses menyiapkan Amali Pengurusan dan Penganjuran Permainan Tradisional yang telah kami jalankan sepanjang mengikuti kursus yang mencabar ini. Antaranya ialah kekangan masa yang perlu dibahagikan diantara kerjaya sebagai guru, pelajar PPG dan seorang ketua keluarga. Bebanan tugas guru di sekoalh dengan pelbagai program di luar bilik darjah, tugasan-tugasan kursus PPG dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa memerlukan saya untuk membahagikan masa dengan bijak dan efektif agar tidak berlaku pembaziran masa, dan tiada kerja tertangguh atau tanggungjawab yang terabai. Mujurlah dengan adanya seorang isteri yang memahami tugas serta bebanan dan sentiasa memberikan galakan kepada diri saya untuk terus berusaha dalam pelajaran kerjaya dan kehidupan bekeluarga.Proses mengumpul maklumat bagi keperluan tugasan ini juga memerlukan saya untuk meluangkan banyak masa dan belanja kerana agak sukar untuk mendapatkan sumber rujukan di perpustakaan berdekatan memandangkan kawasan tempat tinggal saya yang agak jauh untuk mengakses maklumat dari perpustakaan di IPG. Sumber rujukan di internet dalam bahasa melayu pula agak terhad dan bahan dalam bahasa inggeris pula memerlukan penguasaan bahasa inggeris untuk menterjemahkannya. Sebagai penyeleaiannya saya dan rakan-rakan berkongsi maklumat mengenai tugasan dengan memanfaatkan laman sosial sebagai medium untuk bertukar-tukar bahan rujukan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Banyak perkara baru yang saya perolehi daripada proses menyelesaikan tugasan ini seperti Pengurusan Malmal Sains Sekolah Rendah terbahagi kepada lima bahagian iaitu struktur organisasi, perancangan dan rekabentuk, belanjawan pesanan dan pembayaran, penyimpanan stok dan prosedur pelupusan. Kesemua perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pertindihan tugas, kebanjiran dan kekurangan stok peralatan dan bahan guna habis, pembaziran dan kesilapan prosedur pelupusan. Disamping itu, saya juga mepelajari bahawa Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains.Hasil dari tugasan ini juga saya menyedari bahawa tidak semua peralatan dan sumber pengajaran dan pembelajaran, radas dan alatan sains perlu dibeli menggunakan PCG. Kadangkala guru perlu menggunakan kreativiti mereka bagi menyediakan bahan tersebut. Saya juga mempelajari mengenai pengawetan bahagian batanduk rusa menggunakan kaedah tradisional iaitu menyalai yang dapat mebuatkan tanduk rusa tahan lama dan diselaputi satu lapisan yang dapat mengahalang bacteria dan kulat daripada merosakkan spesimen tersebut. Hasil dari kursus ini juga saya menyedari masih begitu banyak aspek yang lemah pada diri saya dalam bidang pengurusan panitia sains dan bilik sains di sekolah tempat saya bertugas dari segi pegurusan stok dan rekod. Kita biasanya hanya mahu kerja disiapkan dengan cepat tanpa mengambil kira prosedur kerja yang sepatutnya. Pengetahuan mengenai pengurusan makmal dan bilik sains adalah amat penting bagi seorang guru kerana kita terlibat secara langsung didalam menjayakannya di sekolah. Saya berharap dengan adanya ilmu baru ini saya dapat mengaplikasikanya di dalam tugas harian sebagai seorang guru di samping membantu saya dalam menjawab soalan-soalan UJian akhir kursus pada hujung semester ini nanti.