pengurusan pelaburan awam
TRANSCRIPT
Pengurusan Pelaburan Awam.
Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi dana pencen dan
kumpulan wang simpanan, dana unit amanah, dana insurans dan tabung haji.
Menurut SCA, bidang kuasa pengawalseliaan Suruhanjaya terhadap skim pelaburan
kolektif sedemikian merangkumi dana unit amanah, dana amanah harta dan dana
tertutup, tetapi tidak meliputi skim pelaburan kolektif yang lain seperti dana pencen
dan kumpulan wang simpanan, dana insurans dan tabung haji. Daripada dana ini,
unit amanah membentuk bahagian yang besar. Suruhanjaya sebagai badan yang
bertanggungjawab dalam memastikan industri pengurusan pelaburan beroperasi
dengan teratur dan cekap menerbitkan lesen kepada perantara dalam industri dan
juga mempertimbangkan permohonan untuk menubuhkan dana unit amanah, dana
amanah harta dan skim pelaburan kolektif yang lain, dan juga terbitan dan tawaran
untuk jualan instrumeninstrumen tersebut kepada awam.
Suruhanjaya juga mempertimbangkan permohonan terhadap pengecualian/
kelainan daripada garis panduan dan juga merangka polisi dan peraturan untuk
dana unit amanah serta skim pelaburan kolektif yang lain bawah kawal seliaannya.
Pada tahun 2002, Suruhanjaya telah menerbitkan empat nota amalan dan satu set
garis panduan untuk menggalakkan industri unit amanah yang lebih efektif dan
persekitaran pelaburan yang lebih baik bagi pelabur.
1
Sejajar dengan matlamat memberi kelonggaran kepada industri pengurusan
pelaburan secara berperingkatperingkat, Practice Note 16 on Eligibility of
Management Companies telah diterbitkan bagi melonggarkan lagi keperluan yang
telah ditetapkan terhadap hak milik syarikat pengurusan unit amanah. Polisi baru ini
diperkenalkan untuk membenarkan sesebuah kumpulan syarikat untuk mempunyai
kepentingan dalam lebih daripada satu syarikat pengurusan unit amanah.
Kelonggaran ini diperkenalkan setelah mengambil kira kerumitan struktur
pemegangan saham yang semakin bertambah dalam dunia korporat.
Walaupun diberikan kelonggaran, beberapa syarat telah dikenakan bagi
mengelakkan sebarang konflik kepentingan yang mungkin timbul dan untuk
memastikan ada kawalan untuk mengurangkan perkara sedemikian, termasuk
mengehadkan penguasaan pemegang saham hanya ke atas sebuah syarikat
pengurusan unit amanah, mengehadkan hak mengundi tidak melebihi 20% daripada
saham undian syarikat yang mana pemegang saham tersebut mempunyai
kepentingan minoriti, dan tidak membenarkan pemegang saham melibatkan diri
dalam pengurusan harian syarikat atau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah atau
ahli jawatankuasa pelaburan dalam syarikat yang pemegang saham itu mempunyai
kepentingan minoriti.
2
Pada tahun 2002 juga, Suruhanjaya telah menerbitkan Guidelines on
Property Trust Funds yang telah disemak semula untuk memudahcarakan
pengenalan produk pengurusan pelaburan yang pelbagai dan berorientasikan
permintaan di pasaran modal Malaysia. Semakan semula garis panduan tersebut
telah dijalankan untuk menggalakkan pertumbuhan industri tabung amanah harta, di
samping merangsang sector harta tanah di Malaysia. Garis panduan tersebut
memberikan lebih kelonggaran dalam operasi berkaitan dana amanah harta,
termasuk skop pelaburan yang lebih luas dan had pelaburan yang lebih liberal bagi
portfolio pelaburan dana.
Dengan kelonggaran tersebut, dana amanah harta diberi peluang untuk
melabur dalam kelas aset yang lebih pelbagai, termasuk pelaburan dalam instrumen
yang dibenarkan, seperti aset berkaitan harta tanah sebenar, untuk menggalakkan
lebih fleksibiliti dari segi pengagihan aset. Proses liberalisasi ini juga meliputi
keperluan terhadap tebaran dan tumpuan pelaburan, untuk mengurangkan risiko
kepada pelabur dengan mempelbagaikan pengagihan aset tabung. Di samping itu,
garis panduan ini juga memperkenalkan perubahan ketara kepada kriteria kelayakan
syarikat yang ingin menyertai industri amanah harta, iaitu kini merangkumi anak
syarikat induk harta dan syarikat pembangunan harta.
3
Pengurusan amat penting dalam sebarang aktiviti. Pengurusan pelaburan
awam berkait dengan persekitaran ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara.
Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat merangsang perkembangan aktiviti
ekonomi dan sosial. Persekitaran ekonomi yang baik seterusnya akan menentukan
keupayaan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti pelaburannya. Pengurusan
pelaburan awam berkait dengan pentadbiran aktiviti pelaburan yang dilaksanakan
oleh kerajaan. Pengurusan ini bertujuan untuk memastikan setiap organisasi
kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri mematuhi prosedur penting
untuk melaksanakan projek dan polisi pelaburan yang ditetapkan kerajaan.
Secara umumnya kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan tiga
ejen ekonomi iaitu isi rumah, firma dan institusi perbankan. Dalam konteks
pelaburan awam, setiap ejen ekonomi mempunyai bentuk hubungan tertentu dengan
pihak kerajaan. Isi rumah ialah seorang individu atau kelompok individu yang
berperanan menyediakan perkhidmatan kepada firma dan kerajaan dengan tujuan
untuk memperoleh upah atau gaji. Upah yang diperoleh akan digunakan untuk
membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh firma untuk
memaksimumkan tingkat kepuasan. Sekiranya upah atau gaji yang diperoleh oleh isi
rumah melebihi had pendapatan bercukai, mereka mestilah membayar cukai kepada
kerajaan.
4
Firma ialah entiti perniagaan yang berfungsi mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan dengan tujuan memperoleh
keuntungan maksimum. Keuntungan yang diperoleh oleh firma dikenakan cukai
korporat oleh kerajaan. Firma membayar sejumlah cukai korporat kepada kerajaan
mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Firma membayar upah atau gaji kepada
isi rumah terhadap perkhidmatan yang disediakan. Bank dan institusi kewangan
mempunyai perkaitan dengan ejen-ejen ekonomi melalui aktiviti deposit dan
penyediaan kredit. Bank dan institusi kewangan menjadi perantara kepada ketiga-
tiga isi rumah, firma dan kerajaan. Aktiviti bank dan institusi kewangan tertakluk
kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui akta-
akta tertentu.
Projek pelaburan awam diuruskan oleh organisasi kerajaan tertentu sama ada
di peringkat negeri atau persekutuan. Di peringkat negeri, pelaksanaan pelaburan
awam dikendalikan melalui pengawasan dan pengurusan agensi kerajaan seperti
Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa-
Jawatankuasa tertentu. Manakala di peringkat pusat melibatkan kementerian dan
agensi tertentu seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Unit Perancangan
Ekonomi Pusat dan kementerian lain yang berkaitan.
5
Semua cadangan projek awam yang dicadangkan oleh semua peringkat
pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri, kementerian,
jabatan atau agensi kerajaan semestinya dinilai sebelum dipilih untuk dilaksanakan
setiap tahun. Projek ini akan dinilai secara terperinci terutamanya dari segi faedah
dan kos. Penilaian faedah dan kos haruslah dikaitkan dengan persekitaran ekonomi,
politik dan sosial agar penilaian secara menyeluruh dapat dibuat oleh panel penilai.
Sesetengah cadangan mempunyai hubungan ekonomi dengan cadangan yang lain
dan sesetengahnya mempunyai hubungan sosial. Oleh itu, tidak semua cadangan
boleh dinilai secara berasingan untuk menentukan kelebihan projek-projek
berkenaan. Misalnya projek pembinaan Universiti Utara Malaysia dan projek
Lebuhraya Sintok-Kuala Perlis.
Kerajaan memperolehi sumber pembiayaan sama ada dari dalam negeri atau
luar negeri. Sumber-sumber pembiayaan pelaburan awam yang utama ialah hasil
kerajaan, hutang kerajaan persekutuan dan geran. Hasil kerajaan atau pendapatan
awam merupakan pendapatan yang diperolehi kerajaan daripada pelbagai sumber
iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan penerimaan. Hasil cukai terdiri daripada cukai
dan duti yang dikenakan di bawah pelbagai undang-undang seperti Akta Cukai
Pendapatan 1947, Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Eksais
1975. Cukai dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai
tidak langsung. Cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan individu, cukai
pendapatan syarikat dan cukai keuntungan lebihan. Cukai tidak langsung pula terdiri
daripada duti eksport, duti import, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai perjudian
dan lain-lain.
6
Hasil bukan cukai meliputi bayaran lesen, permit, bayaran perkhidmatan,
sewa, faedah, denda, caruman dari agensi kerajaan dan antarabangsa. Manakala
penerimaan pula terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan, kredit antara
jabatan, pulangan balikbayaran berlebihan atau bayaran tersilap dalam tahun fiskal
yang lepas, penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain dan hasil daripada
Wilayah Persekutuan dan Labuan. Oleh kerana wujud rantaian hubungan formal dan
tidak dalam pengurusan, perancangan dan pelaksanaan projek pelaburan awam,
pengurusan projek awam dianggap sangat rumit kerana melibatkan pelbagai pihak
dalam membuat keputusan pelaburan. Masalah ini boleh diatasi melalui proses
perundingan tertentu. Proses perundingan ini melibatkan menteri-menteri di
peringkat pusat, pegawai atasan kerajaan, ketua-ketua jabatan dan pihak-pihak lain.
Dengan itu, pelaksanaan dan penyiapan projek pelaburan awam mengambil masa
yang agak lama berbanding dengan projek pelaburan swasta. Kadangkala masalah
pertindihan tugas berlaku antara kementerian, jabatan atau unit. Keadaan ini akan
menyebabkan berlaku pembaziran sumber dan masa.
Terdapat beberapa fungsi pengurusan pelaburan awam. Akauntabiliti
bermaksud kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut
undang-undang dan peraturan. Akauntabiliti terbahagi kepada dua jenis iaitu
akauntabiliti pengurusan dan akauntabiliti kewangan. Akauntabiliti pengurusan ialah
aspek akauntabiliti bagi menentukan sama ada penggunaan tenaga manusia, wang
dan lain-lain sumber diurus secara ekonomi, cekap dan berkesan. Manakala
akauntabiliti kewangan ialah akauntabiliti bagi member jaminan bahawa akaun yang
diselenggarakan boleh dipercayai dan segala urusniaga dijalankan dengan jujur,
berintegriti, teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan.
7
Projek pelaburan awam haruslah diurus dengan baik supaya menunjukkan
akauntabiliti awam yang diamanahkan oleh kerajaan kepada agensi kerajaan yang
tertentu. Oleh itu, pihak yang berkenaan dengan projek dapat memastikan tugas-
tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan dan kepentingan
kerajaan dalam sesuatu projek dapat dijaga. Contohnya, prinsip perolehan
seharusnya menunjukkan akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada agensi
kerajaan. Pelaburan awam mestilah diurus supaya pelaksanaannya adalah cekap
dan berkesan. Kecekapan pengurusan pelaburan awam dapat dinilai berdasarkan
kepada tempoh penyiapan sesuatu projek, peminimuman kos dan kerosakan sosial.
Pelaksanaan projek pelaburan yang cekap kebiasaannya dapat disiapkan
dalam jangkamasa yang telah ditetap. Peningkatan projek yang terbengkalai akan
menunjukkan ketakcekapan pengurusan pelaburan awam. Kecekapan dapat
dipertingkatkan melalui pengurusan pelaburan yang baik seperti meningkatkan
kemahiran pekerja dalam sektor awam dan perancangan yang rapi. Projek
pelaburan yang dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos yang
rendah dianggap sebagai projek pelaburan yang Berjaya dan memenuhi syarat
peminimuman kos. Peminimuman kos akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Oleh itu, penender yang menawarkan sebutharga terendah akan ditawarkan projek.
8
Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat mengurangkan kerosakan
yang ditanggung oleh masyarakat dan sosial. Sebuah padang yang baik telah
diubahsuai menjadi gelanggang tenis. Tetapi gelanggang tersebut tidak digunakan
oleh masyarakat. Keadaan ini mewujudkan kerosakan sosial sekiranya padang yang
baik digunakan oleh masyarakat umum. Pembinaan empangan yang merosakkan
flora dan fauna di sekitar empangan juga dianggap telah menyebabkan kerosakan
sosial. Dalam konteks ini, projek pelaburan awam semestinya memberi nilai faedah
yang terbaik kepada masyarakat.
Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat membantu untuk
meningkatkan produktiviti negara. Kelambatan pelaksanaan sesuatu projek akan
membantutkan peningkatan pengeluaran negara. Kegagalan menyiapkan projek
lebuhraya mengikut jadual yang telah ditetapkan akan menjejaskan pengeluaran
output oleh sektor swasta. Ini bermakna bahawa pelaksanaan projek pelaburan
awam memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh
pihak kerajaan.
Aktiviti-aktiviti pelaburan awam perlu dikawalselia oleh pihak-pihak tertentu
supaya wujud pengurusan barang dan aset yang berkesan, matlamat
pelaksanaannya tercapai dan prosedur kerajaan seperti prosedur kewangan dan
prosedur perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja pelaksanaan dipatuhi.
Berkaitan dengan produr kewangan dan perolehan, Perbendaharaan Malaysia yang
merupakan pihak berkuasa pusat, misalnya, berfungsi dalam proses pemberian
kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar nilainya dan menyertai dalam
proses perolehan di agensi Kerajaan lain.
9
Secara umumnya, aktiviti pelaburan sama ada dilaksanakan oleh sector
awam atau swasta amat penting kepada sesebuah negara terutamanya yang
berkaitan dengan usaha kerana meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sosial. Pertumbuhan ekonomi yang baik secara langsung dapat
meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Misalnya kemelesetan ekonomi
sesebuah negara dapat diatasi dengan menggalakkan aktiviti pelaburan. Penjajaran
aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi. Manakala
pembangunan sosial juga penting kepada sesebuah negara kerana dapat menghasil
dan meningkatkan kuantiti dan kualiti modal insan.
Aktiviti pelaburan dilakukan oleh kerajaan dan swasta. Aktiviti pelaburan yang
dijalankan oleh kerajaan dikenali sebagai pelaburan awam manakala aktiviti
pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta dikenali sebagai pelaburan swasta.
Pelaburan swasta ialah sebarang aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor
swasta untuk tujuan penyediaan barangan dan perkhidmatan. Motif utama pelaburan
ini adalah untuk memperoleh keuntungan yang maksimum melalui aktiviti pelaburan
dalam aset kewangan dan asset hakiki. Aset kewangan ialah sebarang aset yang
menghasilkan pulangan kepada pelabur dalam bentuk dividen dan keuntungan
modal.
10
Pelaburan awam ialah perbelanjaan modal awam atau komitmen awam yang
dilaksanakan untuk memperoleh hasil dan sesuatu faedah yang diharapkan
diperoleh selama beberapa tahun pada masa hadapan. Kebiasaannya aktiviti
pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan
kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam.
Misalnya, pelaburan dalam kesihatan membolehkan masyarakat menikmati
kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna bagi memastikan tahap
kesihatan yang baik dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.
Perbelanjaan kerajaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbelanjaan
semasa dan perbelanjaan modal . Perbelanjaan semasa ialah perbelanjaan tidak
produktif iaitu segala bentuk perbelanjaan kerajaan yang tidak menghasilkan produk
khusus. Contoh perbelanjaan ini ialah perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi
kerajaan. Perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam.
Walaupun tidak dikategorikan sebagai pelaburan awam tetapi perlu untuk menjadi
sokongan kepada perbelanjaan produktif.
Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal
untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan
dan kehendak sosial. Keperluan dan kehendak sosial meningkat disebabkan oleh
kesan populasi, kesan urbanisasi, kesan pendapatan dan kesan teknologi.
Peningkatan populasi boleh menyebabkan peningkatan kepada keperluan sosial.
11
Misalnya, masyarakat memerlukan bekalan air bersih, bekalan elektrik,
pengangkutan dan lainlain. Pelaburan awam dilaksanakan oleh kerajaan dengan
tujuan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam. Dengan
sumbersumber yang terhad, kerajaan tidak berupaya untuk menyediakan
keseluruhan barangan dan perkhidmatan. Manakala sektor swasta berperanan
untuk mengeluarkan barang-barang swasta. Sektor ini tidak berupaya untuk
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan awam dengan cekap seperti sektor
awam. Oleh kerana pengeluaran barangan dan perkhidmatan sektor swasta
bermotifkan keuntungan, kebiasaannya pengeluaran barangan dan perkhidmatan
oleh sektor swasta kurang daripada tingkat optimal pengeluaran.
Pelaburan awam merupakan instrumen penting bagi memperbaiki
ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Salah satu matlamat
pelaburan awam ialah penyediaan barang-barang modal overhed sosial.
Penyediaan barang-barang ini dapat memperbaiki agihan pendapatan dan
kekayaan. Pembinaan sekolah dapat memberi peluang pendidikan kepada semua
pelajar tanpa mengira miskin atau kaya. Peluang pendidikan yang diperoleh
membolehkan individu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan.
Walau bagaimanapun, kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula
pendapatan dan kekayaan bergantung kepada jenis perbelanjaan pelaburan yang
dibuat oleh kerajaan. Ada sesetengah perbelanjaan pelaburan memberi faedah
hanya kepada segelintir individu, sektor dan negeri. Sesetengah yang lain pula
memberi faedah kepada keseluruhan masyarakat, sektor, negeri dan negara.
12
Pelaburan awam langsung adalah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang
dijalankan oleh kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan
perkhidmatan awam. Contoh pelaburan awam langsung ialah penyediaan
kemudahan prasarana seperti sistem perhubungan jalan raya yang baik,
perkhidmatan telekomunikasi berteknologi tinggi, perkhidmatan utiliti yang meluas,
kemudahan kesihatan dan kemudahan awam. Dalam konteks ini, kerajaan melalui
kementerian tertentu akan melaksanakan projek pelaburan awam.
Kebanyakan saiz pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan berskala
besar kerana skop penggunaan adalah luas berbanding dengan sektor swasta.
Sasaran penggunaan projek pelaburan awam tidak dibatasi oleh keupayaan
membayar pengguna secara total. Oleh itu, persoalan mengenai penetapan harga
seunit barang dan perkhidmatan yang dihasilkan bukannya menjadi motif utama.
Sebaliknya, sasaran penggunaan projek sektor swasta berasaskan keupayaan atau
kesanggupan membayar oleh pengguna. Saiz pelaburan sektor swasta banyak
bergantung kepada harga pasaran. Jika harga rendah, saiz pengeluaran kecil. Ini
bermakna jumlah pelaburan ialah kecil.
Pengurusan pelaburan awam dilaksanakan bagi memastikan objektif
pelaksanaan sesuatu projek oleh kerajaan adalah berjaya. Pelaburan awam
semestinya dijadikan sebagai wadah untuk mencapai dasar-dasar kerajaan.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar setelah Malaysia mencapai
kemerdekaan untuk melaksana dan melancarkan proses pembangunan ekonomi
secara lebih berkesan.
13
Pengurusan pelaburan awam dapat dipecahkan kepada empat peringkat iaitu
peringkat makro, peringkat sektor, peringkat wilayah dan peringkat projek.
Pengelasan pengurusan pelaburan mengikut peringkat adalah bertujuan untuk
memudahkan pengawasan dan penyeliaan sesuatu projek yang telah dipilih untuk
dilaksanakan. Pada peringkat makro, aktiviti-aktiviti pelaburan awam diuruskan oleh
kementerian-kementerian tertentu dalam kerajaan persekutuan. Kementerian-
kementerian ini merencana, mengurus dan melaksanakan projek-projek di bawah
pelaburan awam selaras dengan arahan kerajaan atau pemerintah. Contohnya
projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan diurus oleh
Kementerian Pendidikan. Perancangan dan pelaksanaan projek ini memerlukan
penglibatan di peringkat kementerian.
Dalam konteks pelaburan awam peringkat makro, sesebuah kementerian
bertindak untuk melakukan pengumpulan statistik dan ramalan berdasarkan data-
data tertentu. Data-data tersebut digunakan untuk membuat ramalan makro. Projek
pelaburan bagi pembinaan sekolah baru, kerajaan memerlukan data berkaitan
dengan jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu tempat pada masa sekarang
dan masa hadapan. Data-data tersebut akan dikumpul dan diunjurkan bagi
menentukan keperluan dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan sekolah
tersebut. Tugas ini kebiasaannya dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi. Dalam
kementerian ini terdapat jabatan-jabatan yang bertindak untuk menyelaraskan
segala aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses pelaksanaan pelaburan awam.
14
Pengurusan pelaburan awam pada peringkat projek atau pengurusan akhir
melibatkan pengendalian dan pengawasan aktiviti-aktiviti pelaburan awam bagi
memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat
disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pelaksanaan sesuatu projek
pelaburan awam semestinya mengikut proses yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan. Kitaran pelaksanaan projek pelaburan awam dimulai dengan penyediaan
kertas cadangan sesuatu projek kemudian diikuti oleh penilaian kertas cadangan.
Proses selanjutnya berlaku secara berperingkat-peringkat sehingga projek tersebut
tamat dan boleh digunakan oleh kumpulan sasaran.
Proses pengurusan pelaburan awam melibatkan tiga jenis pengurusan utama
iaitu pengurusan tender, pengurusan kewangan, pengurusan personel dan
pengurusan projek. Dalam modul ini, pengurusan tender akan diberi tumpuan.
Pengurusan aspek-aspek lain dibincangkan secara langsung dalam kursus-kursus
lain. Oleh kerana peruntukan untuk projek pelaburan awam melibatkan jumlah
kewangan yang besar, proses perolehan secara tender akan dilaksanakan.
Pengurusan pelaburan awam merupakan elemen terpenting dalam sesuatu
pelaksanaan projek awam. Pelaksanaan projek awam merupakan amanah kerajaan
kepada organisasi-oganisasi kerajaan yang tertentu, pengurusan pelaburan awam
dapat memastikan projek dapat disiapkan dan dilaksanakan mengikut
prosedur/peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
15
Sejak merdeka, pembangunan ekonomi Malaysia semakin pesat
berkembang. Dari sebuah ekonomi berasaskan kepada sektor pertanian, beralih
kepada sebuah ekonomi yang mengutamakan sektor perindustrian. Perubahan
struktur ekonomi ini didorong oleh polisi-polisi pelaburan yang lebih liberal, insentif
dan kemudahan yang lebih menarik. Selain itu, usaha-usaha mempromosikan
eksport yang lebih intensif turut membantu meningkatkan pelaburan swasta
merangkumi pelaburan swasta tempatan dan asing di Malaysia. Dari segi sejarah,
pelaburan langsung asing merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi
kemajuan ekonomi Malaysia sejak di zaman penjajah lagi. Secara keseluruhannya
pelaburan langsung asing telah menjadi perintis dalam mempelbagaikan ekonomi
Malaysia.
Pada tahun 1986, pihak kerajaan melonggarkan perlaksanaan Akta
Penyelarasan Pelaburan dan pada masa yang sama menggantikan Akta Insentif
Pelaburan 1968 dengan Akta Galakan Pelaburan 1986 untuk menggalakkan
kemasukkan FDI. Faktor luaran yang telah menyumbangkan kepada peningkatan
FDI ialah kenaikan nilai yen dan pada masa yang sama, berlaku pertambahan kos
pengeluaran di Jepun. Kedua-dua faktor ini telah menggalakkan industri-industri
Jepun untuk menempatkan semula kilang-kilang di tempat lain di mana kos
pengeluaran adalah lebih murah.
16
Apabila di lihat dari segi penglibatan pelabur-pelabur tempatan dalam sektor
pembuatan, didapati pelabur tempatan lebih cenderung kepada industri berasaskan
sumber. Sebaliknya, pelabur asing lebih banyak terlibat dalam industri bukan
berasaskan sumber dan berorientasikan eksport, seperti industri elektrik dan
elektronik serta tekstil dan pakaian. Peningkatan dalam pelaburan ini didorong oleh
polisi-polisi kerajaan seperti penyediaan berbagai jenis galakan cukai di bawah Akta
Galakan Pelaburan, 1968. Selain itu, galakan-galakan bagi perusahaan yang
membuat barang-barang untuk dieksport diperbaiki, sementara galakan baru telah
dibuat bagi perusahaan-perusahaan elektronik dan hotel. Kemudahan-kemudahan
untuk Kawasan-kawasan Perdagangan Bebas (KPB) dan gudang-gudang
pembuatan yang diberi lesen turut disediakan.
Secara umumnya bagi tempoh 1976 – 1980 (Rancangan Malaysia Ketiga),
pelaburan swasta dikatakan menjadi punca pembentukan modal yang utama.
Keadaan ini berbeza dengan tempoh Rancangan Malaysia Kedua di mana
pelaburan awam telah memainkan peranan utama. Pada tempoh awal Rancangan
Malaysia Ketiga (1976), kadar pertumbuhan pelaburan swasta adalah sangat rendah
berbanding tahun-tahun selepasnya. Keadaan ini berlaku disebabkan kemelesetan
ekonomi dunia dan kesannya ke atas kegiatan dalam negeri yang keupayaannya
berlebihan.
17
Manakala pada penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ketiga, pelaburan
swasta meningkat dengan pesat yang disebabkan oleh peningkatan yang berlaku
dalam eksport negara dan langkah tegas yang diambil oleh kerajaan bagi
mengurangkan kebimbangan sektor swasta menerusi pindaan Akta Penyelarasan
Perindustrian (ICA) dan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) bagi menggalakkan
penyertaan pelabur asing dan domestik. Sebagai tindak balas terhadap krisis
kewangan serantau, kerajaan pada mulanya mengurangkan perbelanjaan sektor
awam bagi melengkapi dasar kewangan yang ketat sebagai satu cara untuk
menurunkan defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran dan mencegah
penyusutan lebih teruk terhadap nilai Ringgit.
Namun, apabila krisis semakin teruk, kerajaan telah mengembalikan semula
peruntukan yang dahulunya telah dipotong dan menyuntik perbelanjaan
pembangunan tambahan sejumlah RM30.7 bilion dalam separuh kedua tempoh
Rancangan bagi merangsang aktiviti ekonomi dan menangkis kejatuhan mendadak
dalam pelaburan swasta (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Jumlah pelaburan
asing yang tinggi direkodkan dalam dua industri utama iaitu industri elektrik dan
elektronik dan industri kimia dan bahan keluaran kimia. Jepun merupakan negara
yang hampir keseluruhan ekuiti pelaburannya ditumpukan kepada sektor elektrik dan
elektronik serta industri kimia dan keluaran kimia.
18
Secara umumnya, pelaburan merupakan ‘satu aktiviti yang melibatkan
pembelian apa juga aset (harta) sama ada aset hakiki atau aset kewangan, yang
menawarkan jangkaan pendapatan atau keuntungan modal atau kedua-duanya
sekali’. Daripada definisi tersebut, pelaburan dapat di lihat daripada dua aspek, iaitu
aset hakiki dan aset kewangan. Aset hakiki merupakan harta ketara atau kebendaan
yang kewujudan fizikalnya memudahkan seseorang itu memberitahu nilainya, seperti
tanah, rumah, bangunan, kilang, rumah kedai, kenderaan, jentera dan logam. Aset
hakiki ini membolehkan pemiliknya mendapat kemudahan atau hasil daripada
penggunaannya.
Sebaliknya, aset kewangan merupakan sekeping kertas atau dokumen yang
kewujudan fizikalnya tidak boleh memberitahu dengan jelas nilainya yang sebenar
seperti sijil-sijil saham, buku akaun bank dan sijil premium Bank Simpanan Nasional
(Rosalan Haji Ali, 1992). Dari segi pemilikan, pelaburan swasta merupakan
pelaburan yang dimiliki dan dilakukan oleh syarikat milik swasta manakala pelaburan
awam ialah pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Pelaburan swasta pula
terdiri daripada pelaburan yang dilakukan oleh pelabur domestik dan pelabur asing.
Pelaburan asing dilakukan oleh syarikat swasta asing atau orang perseorangan
asing di sesebuah negara (Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia,1993)
19
Kebanyakan negara-negara sedang membangun mempunyai komponen
perbelanjaan kerajaan yang besar yang tertumpu kepada projek-projek infrastruktur.
Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur oleh kerajaan seperti
pengangkutan, komunikasi, kuasa elektrik dan saliran akan mengurangkan kos
pengeluaran firma atau meningkatkan pulangan mengikut skala kepada pihak
pelabur. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan keuntungan pihak swasta.
Walaupun pelaburan kerajaan adalah dalam sektor kedua atau ketiga, kewujudan
kilang-kilang baru oleh pihak kerajaan akan meningkatkan permintaan terhadap
produk-produk yang berkaitan (melalui kesan rantaian) dan seterusnya
menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan swasta.
Komponen yang semakin penting dalam aliran masuk modal asing di negara
sedang membangun yang berasaskan kepada sektor swasta ialah pelaburan
langsung asing (FDI). Secara teori FDI boleh menghasilkan beberapa kesan ke atas
ekonomi di dalam negara (van Loo F., 1997). Kesan pelaburan langsung asing yang
pertama ke atas ekonomi ialah pelaburan asing akan mewujudkan kesan rantaian
langsung ke atas pelaburan dalam industri-industri domestik. Faedah berbanding
daripada pelabur asing yang disebabkan oleh kemahiran teknologi tinggi yang
mereka miliki, insentif cukai dan beberapa kemudahan lain yang diperolehi oleh
mereka akan turut mempengaruhi pelaburan di industri-industri domestik yang
berkaitan.
20
Kesimpulannya, pelaburan awam penting bagi sesebuah negara. Walaupun
ciri-ciri pelaburan awam dan pelaburan swasta berbeza tetapi kedua-duanya
merupakan pelengkap antara satu sama lain. Matlamat pelaburan awam bersifat
menyeluruh demi mencapai kemakmuran sesebuah negara dan menjadi kebajikan
masyarakat. awam yang dilaksanakan untuk memperoleh hasil dan sesuatu faedah
yang diharapkan selama beberapa tahun pada masa hadapan. Kebiasaannya aktiviti
pelaburan dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan
masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Misalnya,
pelaburan dalam kesihatan membolehkan masyarakat menikmati kemudahan dan
perkhidmatan kesihatan yang sempurna bagi memastikan tahap kesihatan yang baik
seterusnya meningkatkan kualiti hidup.
Matlamat utama pelaburan awam ialah matlamat alokasi, penstabilan,
penyediaan barang-barang sosial, agihan semula pendapatan dan kekayaan,
pembentukan modal, penyediaan peluang pekerjaan, mengatasi masalah sosial,
menghasilkan kekayaan masyarakat dan memperbaiki imbangan kekayaan. Kadar
pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui pelaburan
awam. Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan menyumbang kepada stok
tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan
langsung dalam sektor barang-barang modal. Penciptaan barang-barang modal
overhed sosial sebenarnya membantu dalam aktiviti pembentukan modal dalam
sektor swasta. Pembentukan modal swasta sangat penting dalam pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. Kepentingan modal swasta ditunjukkan dalam Model
Harrod-Domar.
21
Bibliografi
1. Coe, C.K. (1989). Public financial management. New Jersey: Prentice
Hall.
2. Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan ekonomi pelbagai tahun.
Kuala Lumpur. Perbendaharaan Malaysia.
3. Kementerian Kewangan Malaysia ( 1997 ). Buku pendauan perolehan
kerajaan. Kuala Lumpur; perbendaharaan Malaysia.
4. Modul Kendiri Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam.
5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
6. http://km.anm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=175:pengurusan-
pelaburan-kerajaan&catid=95:pelaburan-pinjaman&Itemid=567&lang=bm
7. http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/02/analisis-pelaburan-investment-in.html
22