pengurusan perolehan koleksi di muzium islam ......1 bab 1 pengenalan 1.0 pendahuluan kajian ini...
TRANSCRIPT
PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN
Siti Norakhma Binti Abd Manah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2015
PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM
KELANTAN
SITI NORAKHMA BINTI ABD MANAH
40225
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Program Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan yang saya jalankan ini telah
digunakan sebagai bahagian sokongan untuk keperluan ijazah atau kelulusan sama ada
kepada institusi pengajian lain.
_________________________
Siti Norakhma Binti Abd Manah
(40225)
Alexander Anak Chelum
Alexander Anak Chelum
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2015.
Student’s Declaration:
I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------------
(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the
work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except
where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been
written for me by another person.
___________________ _____________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I ------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that
the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *
partial/full fulfillment for the conferment of -------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned
work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: ______________________________ Date: _____________
(Name of the supervisor)
SITI NORAKHMA ABD MANAH, 40225, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS
PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN
Siti Norakhma Abd Manah (40225)
BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS
(ARTS MANAGEMENT)
PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN
(ARTS MANAGEMENT)
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall
be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and
rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________
( ) ( )
Current Address:
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
Lot 317, Kg Kenak,
Bunut Susu, 17020,
Pasir Mas, Kelantan
Projek bertajuk “Pengurusan Perolehan Koleksi Di Muzium Islam Kelantan” telah
disediakan oleh Siti Norakhma Binti Abd Manah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
......................................................
Encik Alexander Anak Chelum
Penyelia Program PengurusanSeni
Tarikh:......................................
i
ISI KANDUNGAN
_______________________________________________________________________
HALAMAN
PENGAKUAN
PENGESAHAN
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pendahuluan………………………………………………………………………….....1
1.1 Latar Belakang Kajian…………………………………………………………………..2
1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………………………………5
1.3 HipotesisKajian…………………………………………………………………………5
1.4 Objektif Kajian………………………………………………………………………….6
1.5 Persoalan Kajian………………………………………………………………………...6
1.6 Signifikan Kajian………………………………………………………………………..7
1.7 Skop Kajian…………………………………………………………………………..…9
1.8 Lokasi Kajian…………………………………………………………………………...10
1.9 Kesimpulan……………………………………………………………………………..11
ii
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………….12
2.1 Kesimpulan……………………………………………………………………………...46
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pedahuluan……………………………………………………………………………...47
3.1 Reka Bentuk Kajian……………………………………………………………………..48
3.2 Kawasan Kajian………………………………………………………………………....48
3.3 Kerangka Kajian………………………………………………………………………...49
3.4 Kaedah Pengumpulan Data Primer………………………………………………….......54
3.5 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder…………………………………………………..56
3.6 Instrumen Kajian………………………………………………………………………..57
3.7 Kesimpulan……………………………………………………………………………...59
BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan ……………………………………………………………………………60
4.1 Dapatan Kajian Objektif 1……………………………………………………………....62
4.2 Dapatan Kajian Objektif 2……………………………………………………………...78
iii
4.3 Dapatan Kajian Objektif 3………………………………………………………………83
4.4 Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian ………………………………………………….89
4.5 Kesimpulan……………………………………………………………………………...91
BAB 5: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………… 93
5.1 Perbincangan …………………………………………………………………………...94
5.2 Penemuan Kajian ……………………………………………………………………....103
5.3 Cadangan……………………………………………………………………………….106
5.4 Implikasi Kajian …………………………………………………………………….....108
5.5 Kesimpulan……………………………………………………………………………..110
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
ABRIVIASI
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini memfokuskan tentang Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam
Kelantan (MIK). Selain itu, kajian ini turut menyentuh tentang kaedah yang digunakan oleh
pihak muzium dalam mendapatkan koleksi untuk dipamerkan di dalam Muzium Islam
Kelantan. Kajian ini juga membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pihak
pengurusan dalam teknik reka letak koleksi seperti artifak yang terdapat di dalam Muzium
Islam Kelantan dan juga tentang penjagaan dan pemeliharaan koleksi Muzium Islam
Kelantan.
Pengurusan perolehan koleksi sangat penting dalam organisasi sesebuah muzium.
Pengurusan perolehan koleksi mengambil kira aspek-aspek seperti pendaftaran koleksi yang
diterima melalui sewa, derma, peminjaman, pembelian atau pun pertukaran melalui muzium
lain. Sesebuah muzium mempunyai prosedur yang telah ditetapkan bagi memperoleh koleksi
untuk dipamerkan di muzium. Oleh itu, pihak pengurusan perolehan koleksi memainkan
peranan yang penting dalam memastikan koleksi yang diterima dan terdapat di muzium
terpelihara.
2
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut sebuah buku terbitan Muzium Islam Kelantan, sejarah bangunan Muzium Islam
Kelantan adalah bangunan ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu yang merupakan bekas
pejabat lama Majlis Agama Islam dan Aadat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah
salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik di bandar Kota
Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah
siap sepenuhnya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan
menelan belanja sebanyak RM218,000. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium
Islam, perpustakaan islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran.
Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik
Hassan bin Mohd Salleh pada tahun 1990 sehingga 1920. Bangunan ini dibina pada tahun
1902 dan berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan-Pattani iaitu pada
penghujung abad ke-19 dan pada awal abad ke-20.
Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata
buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi
setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada sesetengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-
ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik.
Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara
walaupun tingkapnya tertutup.
3
Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa
bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini
antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang
sering diadakan di Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaan.
Pada tahun 1905, bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam
iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu. Pada 3 Julai 1917, rumah ini berserta
dengan kawasan telah dibeli oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan harga RM15,
000. Pada 9 Ogos 1917, bangunan ini mula dijadikan pejabat Majlis Agama Islam Kelantan
setelah berpindah dari pejabat sementaranya di tingkat atas bangunan lama Pejabat Tanah
Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar.
Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah
Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917.
Penggunaan sepenuhnya kedua-dua bangunan ini menjadi pejabat ialah selepas merdeka
apabila sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru di Jalan Merbau pada awal tahun
1956.
4
Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu
mulai 9 Ogos 1917 sehingga 15 Februari 1990 apabila Majlis Agama Islam Kelantan
berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad iaitu
bermula tahun 1920 sehingga 1940, rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah
seperti mesyuarat-mesyuarat, perbincangan forum, tempat menterjemah, menerbit kitab-kitab
dan juga pejabat mufti pada masa itu.
Pengubahsuaian.
Sebelum diubahsuai pada tahun 1991, bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali
iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan
sebuah rumah kediaman kepada ruang pejabat.
Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada reka
bentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau
bertukar tempat tetapi tidak mengubah ciri-ciri utama bangunan yang asal.
Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan pengubahsuaian yang
paling besar terhadap bangunan ini. Walaupun berlaku pengubahsuaian, namun bangunan ini
rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-
ciri dalaman seperti struktur bilik tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.
5
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Muzium Islam Kelantan mempunyai koleksi yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan
yang tinggi. Terdapat isu yang dikenalpasti oleh pengkaji tentang pengurusan perolehan
koleksi di Muzium Islam Kelantan iaitu muzium ini kurang mendapatkan koleksi untuk
dipamerkan di muzium disebabkan peruntukan yang terhad. Selain itu, muzium ini hanya
mendapatkan koleksi yang tidak terdapat di lokasi kajian sahaja. Ruang galeri yang sempit
menyebabkan tiada kepelbagaian teknik reka letak koleksi yang dipamerkan di Muzium Islam
Kelantan. Muzium ini juga tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemeliharaan koleksi
terbabit.
(Sumber: hasil temubual bersama informen, Encik Ali Riduan bin Daud)
1.3 HIPOTESIS KAJIAN
Menerusi kajian ini iaitu Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam Kelantan,
pengkaji menjangkakan lebih ramai lagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang akan
mengkaji berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi ini. MIK dikenali dengan koleksi
seperti artifak yang mempunyai sejarah yang tinggi dan menarik. Ramai pengunjung untuk
melihat koleksi yang dipamerkan di muzium terbabit. Pengkaji turut meramalkan bahawa
dengan adanya kajian ini, ramai pelajar yang akan berminat untuk mendapatkan ilmu
berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi sebagai persediaan mereka untuk membuat
tesis nanti. Selain itu, kajian ini juga akan membantu para pegawai dari muzium lain bagi
mengkaji semula bahagian pengurusan perolehan koleksi di muzium mereka.
6
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji mengenalpasti beberapa objektif kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :
1. Mengenalpasti prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan
koleksi di Muzium Islam Kelantan.
2. Mengetahui teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan.
3. Mengkaji kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam Kelantan.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa persoalan kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :
1. Apakah prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan koleksi di
Muzium Islam Kelantan?
2. Bagaimanakah teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan?
3. Bagaimanakah kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam
Kelantan?
7
1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN
Pengkaji menyenaraikan beberapa signifikan kajian yang merangkumi beberapa aspek
iaitu:
1.6.1 Muzium Islam Kelantan
Menerusi kajian ini, ia memberi kepentingan kepada kakitangan Muzium Islam
Kelantan khususnya pihak pengurusan perolehan koleksi muzium ini. Hal ini
kerana melalui kajian ini, pegawai yang terlibat dengan koleksi dapat mengetahui
lebih lanjut tentang kaedah untuk menguruskan koleksi yang diterima mahupun
melalui inisiatif yang lain. Selain daripada itu juga, kajian ini turut memberi
kelebihan kepada pihak pengurusan koleksi bagi membaiki kelemahan yang wujud
dalam mengendalikan koleksi di Muzium Islam Kelantan.
1.6.2 Masyarakat
Dengan pengendalian koleksi yang baik dan terancang oleh pihak pengurusan
perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan, masyarakat memperoleh pendedahan
tentang koleksi yang mempunyai sejarah yang agung ini. Pendedahan ini
menjadikan masyarakat lebih berilmu tentang keunikan koleksi yang dipamerkan
di Muzium Islam Kelantan.
8
1.6.3 Pelajar
Pendedahan awal tentang sejarah di persekolahan membuatkan pelajar
berkeinginan untuk melihat secara langsung akan koleksi yang terdapat di
muzium. Pengurusan koleksi yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang
berkaliber mampu memberikan pendedahan terbaik kepada pelajar berkenaan
dengan koleksi yang terdapat di muzium.
1.6.4 Pengkaji akan datang
Dengan adanya kajian pengurusan perolehan koleksi di muzium, ini akan
memudahkan bagi pengkaji akan datang menjalankan kajian dengan menjadikan
kajian ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Pengkaji akan datang akan
menjalankan kajian dengan lebih lanjut lagi tentang koleksi di muzium
berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
9
1.7 SKOP KAJIAN
1.7.1 Muzium Islam Kelantan
Pengkaji akan menjalankan kajian yang mendalam dengan skop kajian di
Muzium Islam Kelantan. Pengkaji akan menggunakan pendekatan temubual dengan
pegawai-pegawai di MIK bagi memenuhi butiran maklumat dalam kajian ini. Muzium
Islam Kelantan terlibat dengan menjadi medan lokasi pengkaji dalam menjalankan
kajian berkenaan pengurusan perolehan koleksi.
1.7.2 Bahagian pengurusan perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan
Pengkaji akan bersama-sama dengan pegawai yang terlibat dengan pengurusan
perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan. Di sini, pengkaji akan meneliti pengurusan
kakitangan dalam menguruskan setiap perolehan koleksi yang diterima dan
dipamerkan di Muzium Islam Kelantan. Mereka yang terlibat dengan pengurusan
perolehan koleksi ini akan membantu pengkaji sama ada secara langsung mahupun
tidak dalam kajian ini.
1.7.3 Pengunjung Muzium Islam Kelantan
Pengunjung Muzium Islam Kelantan akan membantu kajian yang akan
dijalankan oleh pengkaji kelak. Mereka akan terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung melalui temubual bebas dengan pengkaji.
10
1.8 LOKASI KAJIAN
Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama
Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid
Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Muzium
ini beralamat di Muzium Islam Kelantan, Jalan Masjid, Kota Bharu, 15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Rajah 1.1: Peta lokasi kajian Muzium Islam Kelantan
(sumber: http://www.muzium.kelantan.gov.my/)
11
1.9 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dalam bab satu, iaitu pengenalan, pengkaji menerangkan
keseluruhan tentang perkara yang hendak dikaji berkenaan dengan Pengurusan Perolehan
Koleksi di Muzium Islam Kelantan.
Pengkaji menjelaskan tentang latarbelakang kajian yang menyentuh tentang perkara
berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan. Dalam bahagian
ini pengkaji menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang istilah muzium menurut ICOM dan
juga muzium yang dijadikan medan para penyelidik bagi mendapatkan informasi.
Selain daripada itu, pengkaji turut menjelaskan tentang permasalahan kajian yang dikaji
oleh pengkaji. Pengkaji turut menyentuh tentang objektif kajian dalam kajian yang dijalankan
ini. Pengkaji menyatakan beberapa objektif sepanjang menjalankan kajian ini. Pengkaji juga
menerangkan tentang hipotesis kajian yang diramalkan selepas kajian ini sempurna disiapkan.
Lokasi kajian ini turut dinyatakan oleh pengkaji dalam laporan kajian ini. Pengkaji
menerangkan tentang kepentingan kajian ini kepada masyarakat, pengunjung, kakitangan dan
ramai lagi. Skop kajian ini merupakan Muzium Islam Kelantan. Pengkaji menyatakan
persoalan semasa menjalankan kajian ini. Secara keseluruhan, bab satu menerangkan tentang
pokok pangkal perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.